nota padat psv3110

Upload: tokwant-zaidi

Post on 03-Jun-2018

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Nota Padat Psv3110

    1/4

    Seni & Pendidikan

    Tokoh & Teori Seni

    PSV3110 - Sejarah dan Apresiasi Seni

    Lukisan

    Ilustrasi

    Lukisan Perspektif

    Elemen Asas Lukisan

    SENI ABAD KE-15 : RENAISAN

    Ciri-Ciri Guru Pendidikan Seni Cemerlang

    PSV3110 - Sejarah dan Apresiasi Seni

    PENGENALAN SENI ALAM MELAYU

    Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak

    masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai

    dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

    Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum

    peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh

    kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-

    simbol yang digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk

    mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

    Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan

    penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di

    beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi

    hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

    Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi

    manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di

    zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka

    seperti lukisan-lukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, GuaBalambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak.

    Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat

    rapat antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan

    kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang

    sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

    Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia

    untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan

    seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan

    pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan

    kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-

    kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-

    ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka

    percayai wujud di dalam alam semulajadi.

    Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam

    dan kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan

    disebatikan dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah

    melahirkan beberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke

    bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan

    sewenang-wenang oleh penenunnya. Pelbagai pantang larang masih

    dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai

    musibah.

    Lukisan Gua

    Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh

    manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian

    seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah

    dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua

    Balambangan di Sabah. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua

    menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan

    pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu

    memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yangmungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

    Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu

    Malaya Dalam Sejarah Majalah Persatuan Sejarah Malaya pada bulan

    November 1959 berkata, Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna

    tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam

    kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan

    individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis

    ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi

    diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan

    oleh pelukis tersebut.

    Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan

    seperti dugong, tapir, dan rusa. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana

    kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah

    satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada

    suatu masa dahulu, lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang

    sepanjang lebih dari seratus kaki, tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan

    sebahagian besar lukisan ini.

    Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan

    warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di

    Gua Tambun. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh

    masyarakat Zaman Noelitik.

    Selain itu, terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis

    oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong, Sungai

    Siput, Perak, di Hulu Kelantan, di Pahang dan juga di Kedah. Lukisan-lukisan

    tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk

    manusia, haiwan, geometrik, sampan, unsur alam dan juga bentuk abstrak. Ia

    dihasilkan dengan menggunakan arang.

    Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam, yang terletak berdekatan dengan Gua

    Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki telah dijumpai. Garisan-garisan

    pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang

    dan susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam

    tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca. Lukisan-

    lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak

    jauh dari gua tersebut.

    Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan, Sabah menggambarkan

    cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang. Bentuk-

    bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu

    fenomena di ketika itu. Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang

    mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. Lukisan ini menggunakan arang dengan

    gambaran motifmanusia, unsur alam, haiwan, sampan dan abstrak. Motif-

    motif ini menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu.

    Artifak

    Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia (terutama alat perkakas

    dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Tempoh

    prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal

    penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan

    berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun

    1400. Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah

    termasuk barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat

    daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan,

    telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya

    peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas

    bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong

    Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.

    Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu

    dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan

    kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembika

    tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di

    kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua

    Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.

    Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di

    bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari

    gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula

    tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di

    pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan

    di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat

    daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang

    dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya

    ditemui di Semenanjung Malaysia.

    Seni PribumiDi kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey

    dan Jah Hut di Pahang, topeng adalah tunggak budaya mereka. Pelbagai jenis

    topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu

    seperti Roh, Poyang, Moyang, Bes, dan Hantu. Kaum asli ini membuat topeng

    untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Topeng-topeng ini pada mulanya

    diukir oleh bomoh atau batin.

    Kaum Jah-hut

    Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang.

    Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan,

    bertam, buluh dan rotan. Selain hasil anyaman, kaum Jah-hut juga

    sememangnya sinonim dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca

    dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka.

    http://psv3.blogspot.com/http://psv3.blogspot.com/p/tokoh-teori-seni.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/psv3110-sejarah-dan-apresiasi-seni.htmlhttp://psv3.blogspot.com/http://psv3.blogspot.com/p/ilustrasi.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/lukisan-perspektif.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/elemen-asas-lukisan.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/seni-abad-ke-15-renaisan-pengenalan.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/ciri-ciri-guru-pendidikan-seni.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/ciri-ciri-guru-pendidikan-seni.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/seni-abad-ke-15-renaisan-pengenalan.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/elemen-asas-lukisan.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/lukisan-perspektif.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/ilustrasi.htmlhttp://psv3.blogspot.com/http://psv3.blogspot.com/p/psv3110-sejarah-dan-apresiasi-seni.htmlhttp://psv3.blogspot.com/p/tokoh-teori-seni.htmlhttp://psv3.blogspot.com/
  • 8/12/2019 Nota Padat Psv3110

    2/4

    Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut.

    Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan

    mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan

    dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran

    mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan,

    lagenda serta gambaran kehidupan mereka.

    Kaum Mah Meri

    Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang

    tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar

    orang Senoi. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah,

    Mahmeri memberi maksud bersisik. Mereka juga dikenali sebagai orang laut,

    sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut

    iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey.

    Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang

    digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka. Kreativiti mengukir

    patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna

    amat menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan

    beribadat atau untuk disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan

    animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung

    dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi.

    Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud

    dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama

    ada secara positif atau pun negatif.

    Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas

    keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut. Moyang Sauh yang

    digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor

    ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatanmenyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama. Untuk

    memastikan para nelayan selamat pulang, bomoh Mah Meri akan

    menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi

    pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil

    meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut

    hinggalah mereka pulang ke darat. Ukiran serta makanan tersebut

    kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai.

    Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang Naga

    Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha

    mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan

    penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati

    pesakit, salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan

    ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai

    berpengaruh ke atas penyakit tersebut. Ukiran ini kemudian diberikan

    kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi mengalihkan

    penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian

    membuangnya ke laut atau ke dalam hutan, lalu secara simboliknya

    mengeluarkan penyakit itu dari badan pesakit.

    Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan

    kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan, penyembahan dan

    hiburan. Nama seperti Moyang Tetek Lanjut, Moyang Labi-Labi dan Moyang

    Katak Kala, sentiasa menjadi sebutan. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin

    dan bomoh sebagai perantara alam metalizik dan realiti. Bentuk-bentuk

    topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng

    dibezakan melalui corak, gaya dan piuhan.

    Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang

    menggerun, menakut serta melucukan. Terutamanya topeng untuk tujuan

    penyembuhan penyakit. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli

    berperanan sebagai tabib dan hakim, maka topeng menjadi mekanisme

    penjelmaan mereka dari manusia kepada makhluk magis.

    Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu.

    Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh

    yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk

    ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna

    di dalam budaya kaum Mah Meri.

    Oleh sebab ini, setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu

    nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Setiap ukiran tertakluk

    kepada tafsiran pengukir yang menghasilkannya, kepakaran pengukir untuk

    membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Ukiran

    berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk

    disiapkan.

    Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga memainkan peranan yang

    penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri.

    Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin, seorang wanita kaum Mah

    Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan

    seperti bakul memburu, bekas simpanan, tikar serta perhiasan upacara.

    Pua Kumbu

    Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan

    masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau

    coklat tua. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir

    menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Pua kumbu

    menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan

    teliti, ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban.

    Motif Penerangan KepercayaanEngkeramba Merupakan

    gambaran figura

    roh.

    Dipercayai berkuasa

    menghalang bencana atau

    kuasa jahat daripada

    menyerang tanam-

    tanaman dan penghuni

    rumah panjang

    Biasanya, motif ini hanya

    boleh ditenun oleh anak

    dan isteri ketua rumah

    panjang

    Fauna Buaya mempunyai kuasa untuk

    menjaga tempat berhuma

    (tanaman padi).

    Mempercayai bahawa

    buaya adalah jelmaan

    saudara-mara mereka.Ular membawa petanda buruk

    dimana kemunculan ular

    dikaitkan dengan kuasa

    jahat atau hantu dantidak

    ditenun dengan sewenang-

    wenangnya

    Katak ditenun dengan gaya

    seperti manusia.

    menurut kepercayaan

    kaum Iban, selampai iaitu

    roh perempuan sering

    menjelma sebagai katak

    dan dikatakan mempunyai

    kuasa untuk mencipta bayi

    Harimau dan

    tikus kasturi

    sering dikarang dalam

    bentuk abstrak

    Dipercayai orang yang

    memakai kain tenunan ini

    dianugerahkan keberanian

    Burung pembawa alamat baik

    kain yang mempunyai moti

    burung dipercayai boleh

    menyembuhkan penyakit

    dan mendatangkan

    kekayaan dalam apa

    pekerjaan.

    Rusa mendatangkan kejayaan

    atau tuah semasa berburu

    Serangga labah-labah, kunang-

    kunang, kala jengking dan

    lipanFlora rotan, pucuk

    paku, pucuk

    rebung, buah-

    buahan, biji

    benih dan

    bungha-

    bungaan.

    Alam & Alatan bulan, awan

    larat, alat tenun

    Mengikut kepercayaan, jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan

    motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya, ia dipercayai akan

    'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. Maksud memakan

  • 8/12/2019 Nota Padat Psv3110

    3/4

    diri itu pula adalah pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain

    yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut.

    Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi

    mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. Apabila

    selesai setiap pua kumbu dihasilkan, penenun akan membuat sebuah tatu di

    tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah

    ditauliahkan.

    Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan

    mereka. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota

    badannya termasuk di bahagian leher. Pua kumbu pada zaman dahulu sering

    digunakan dalam upacara kelahiran, perkahwinan, pengkebumian,

    perubatan, menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan

    upacara bercucuk tanam.

    Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita

    suku kaum Iban, malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan

    utama kaum lelaki suatu ketika dulu. Bagi masyarakat Iban, seni tangan itu

    bukan sahaja menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap

    bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Dahulu jika seseorang wanita Iban

    yang tidak mempunyai kepandaian menenun kain, dia tidak akan dipilih

    sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh.

    Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran

    menenun pua. Walaubagaimanapun, pua yang dihasilkan adalah antara yang

    terbaik di kalangan suku kaum Dayak.

    a) ArtifakArtifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti

    peralatan, senjata atau ornamen.A) Tembikar Seni tembikar telah wujud

    dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti

    dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha, Kelantan, BukitTengku Lembu, Perlis, Ulu Tembeling, Pahang, Bukit Tambun, Perak dan Gua

    Niah, Serawak.

    Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk

    sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada

    suhu sebarang suhu. Di Johor, dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi

    dengan motif geometri berbentuk tulang ikan. Para pengkaji sejarah

    menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda

    untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam

    b) Keris

    Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di

    Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. Selain sebagai

    senjata untuk mempertahankan diri, keris juga merupakan satu lambang

    yang menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara. Contoh keris

    yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung, Keris Taming Sari, Keris Pekaka,

    Keris Panjang dan Keris Madura.

    Catan Cina

    Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan

    Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu

    Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun.

    Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa.

    Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di

    China.

    Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari

    sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka

    bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa

    penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat

    dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara

    yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend

    Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen WeiSin.

    Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan

    hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran

    Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui

    Qo pada tahun 1926.

    Catan air

    Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara

    jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi

    tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat

    minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada

    akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria.

    Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-

    karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.

    Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan

    Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan

    Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang

    bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai

    rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah

    oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

    Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam

    aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah

    berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni

    Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-

    pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme,

    Futurisme dan Konstruktivisme.

    Seni bina

    Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang

    tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik

    disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana,

    rumah berhala, monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen

    keretapi, pusat pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi.

    Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang

    yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar

    dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

    Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai

    senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga

    politik serta rohani yang simbolik.

    Contoh senibina sebelum merdeka:

    (1) Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).(2) Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).

    (3) Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888)

    (4) Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).

    (5) Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).

    (6) Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).

    Rumusan :

    Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat

    atau rekod sejarah. Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni

    halus tidak dipentingkan. Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah

    iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme.

    Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia.

    Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka

    Seni PlastikIstilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman

    mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk

    kepada keperluan permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah

    satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam

    bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. Unsur plastik ini menjurus

    kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan

    yang merangkumi objek tiga dimensi.

    Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina,

    tembikar, ukiran, tenunan senjata dan sebagainya. Membentuk ialah teknik

    menghasilkan karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut,

    dan menggelek. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan

    sebagainya. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga

    dimensi secara mengikat, melentur, menyambung, membentuk, menjalin,

    mencantum dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini

    ialah batu, kayu, logam, besi, keluli dan sebagainya.Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan

    dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Seniman dan

    peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-

    an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk

    individualistik. Gaya avant-garde yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme

    Amerika telah diberi penghargaan.

    Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk

    menerapkan ciri nasional atau keaslian seni plastik moden. Seniman pada

    sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional

    dan tidak terikat pada media, bahan dan proses berkarya.

    Seni Arca

    Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan

    pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni

  • 8/12/2019 Nota Padat Psv3110

    4/4

    seperti ruang, jalinan, warna, struktur dan rupa. Seni arca di Malaysia boleh

    dikatakan masih baru berbanding dengan catan.

    Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an.

    Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff

    Mohidin, Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan

    hal-hal yang menghubungkan catan dengan arca.

    Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni

    arca. Contohnya, karya Syed Ahmad Jamal The Link (1963), yang sama

    tema dengan catannya.

    Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi

    karya-karya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca Djin

    Api (1959), Forest (1968) dan Ecstacy (1986).

    Djin Api -1959 oleh Anthony Lau

    Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun

    1976 satu pameran Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia telah diadakan di

    Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah

    Anthony Lau, Chan Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong

    Laitong dan Latiff Mohidin.

    Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah

    sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca

    ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar

    Ismail, Wan Ahmad Wan Mohamod, Ham Rabeah Kamarun, Ramlan

    Abdullah, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja Shahriman danBayu Utomo.

    Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti

    persoalan agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya.

    Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media

    campuran jelas kelihatan awal dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil,

    sama ada secara konvensional, bersifat galeri, pemasangan (installation) atau

    pun arca persekitaran.

    http://2.bp.blogspot.com/-M2UaTgXdtA0/UObfX72DRuI/AAAAAAAAAL8/9PlQqQthR4g/s1600/anthony-lau-spirit-of-fire.jpg