nota modul komsas

16
HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP) RUMUSAN Komsas ialah akronim kepada komponen kesusasteraan Melayu. Komsas telah diperkenalkan pada tahun 2001. Ia bertujuan untuk mendedahkan unsur sastera kepada semua pelajar. Ia telah diselitkan dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Dalam Komsas, telah diperuntukkan dua waktu pengajaran dalam seminggu. KOMSAS berperanan untuk memantapkan aspek emosi dan pada masa yang sama, ia akan mewujudkan variasi dalam pengajaran Bahasa Malaysia. KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa Malaysia secara formal mulai bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Rajah 1.1 melambangkan unsur sastera yang terdapat dalam teater “Puteri Gunung Ledang, The Musical” yang dibintangi pelakon-pelakon terkenal Malaysia dan digemari ramai. Secara praktisnya, kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Hal ini bermakna pengajaran KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran bahasa. Dua impak tersebut ialah untuk menjadikan P&P Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang sekali gus akan menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan mempelajari kesusasteraan. Dengan itu, mari kita lihat pendidikan KOMSAS dalam konteks pendidikan kebangsaan, konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS, dan matlamat serta objektif pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. 1.1.1 Pendidikan KOMSAS dalam Konteks Pendidikan Kebangsaan Sebagaimana yang telah anda ketahui dalam penerangan yang lalu, KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap akan membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti mana yang disarankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Jelasnya, KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan. 1.1.2 Konsep Bersepadu dalam Pendidikan KOMSAS Konsep bersepadu dalam KOMSAS meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan. Yang pertama ialah aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Hal ini bermakna, dalam masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya. Aspek yang kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. 1.1.3 Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

Upload: muhammad-ashraff

Post on 27-Nov-2015

254 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bahan bacaan sokongan

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

RUMUSAN

 

• Komsas ialah akronim kepada komponen kesusasteraan Melayu.• Komsas telah diperkenalkan pada tahun 2001.• Ia bertujuan untuk mendedahkan unsur sastera kepada semua pelajar.• Ia telah diselitkan dalam pengajaran Bahasa Malaysia.• Dalam Komsas, telah diperuntukkan dua waktu pengajaran dalam seminggu.• KOMSAS berperanan untuk memantapkan aspek emosi dan pada masa yang sama, ia akan

mewujudkan variasi dalam pengajaran Bahasa Malaysia.

KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa Malaysia secara formal mulai bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Rajah 1.1 melambangkan unsur sastera yang terdapat dalam teater “Puteri Gunung Ledang, The Musical” yang dibintangi pelakon-pelakon terkenal Malaysia dan digemari ramai. 

Secara praktisnya, kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetik. Hal ini bermakna pengajaran KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran bahasa. Dua impak tersebut ialah untuk menjadikan P&P Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang sekali gus akan menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan mempelajari kesusasteraan. Dengan itu, mari kita lihat pendidikan KOMSAS dalam konteks pendidikan kebangsaan, konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS, dan matlamat serta objektif pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.

1.1.1   Pendidikan KOMSAS dalam Konteks Pendidikan Kebangsaan

Sebagaimana yang telah anda ketahui dalam penerangan yang lalu, KOMSAS merupakan suatu medium yang diharap akan membentuk serta memantapkan aspek emosi dan rohani, seperti mana yang disarankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Jelasnya, KOMSAS berperanan sebagai pembentuk emosi yang berkesan melalui penghayatan bahan-bahan sastera yang ditetapkan. 

1.1.2   Konsep Bersepadu dalam Pendidikan KOMSAS

Konsep bersepadu dalam KOMSAS meliputi dua aspek yang kedua-duanya saling berkaitan. Yang pertama ialah aspek ilmu, iaitu apabila pengajaran KOMSAS menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Hal ini bermakna, dalam masa pengajaran Bahasa Malaysia, pelajar-pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Kesusasteraan seperti tema, plot, gaya bahasa dan sebagainya. Aspek yang kedua ialah penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

1.1.3   Matlamat dan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS

Secara umumnya, P&P KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa matlamat. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), 2002, KOMSAS tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Ia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, komponen ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan dengan itu, KOMSAS diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

a. Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar;

b. Mempertingkatkan kemahiran berbahasa;

c. Merangsang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya satera; dan

d. Memupuk semangat yakin diri.

Page 2: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

AKTIVITI 1.1

 1. Fikirkan, apakah rasional KOMSAS diperkenalkan?

2. Apakah perkaitan antara KOMSAS dengan pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah? Bincangkan.

 

 

 

1.2   SUKATAN PELAJARAN KOMSAS

Secara khususnya, tidak terdapat sukatan pelajaran KOMSAS secara bersendiri. Tegasnya, aspek dan maklumat yang akan diajar dalam KOMSAS diselitkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia. Dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia, terdapat tiga hasil pembelajaran utama, iaitu:

a. Interpersonal;

b. Maklumat;  

c. Estetik;

Dalam hal ini, KOMSAS telah dimasukkan di dalam hasil pembelajaran yang ketiga, iaitu estetik. Berikut dinyatakan teks yang digunakan dan genre yang diajarkan, pengisian kurikulum dan pelaksanaan pengajaran, dan rancangan pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Malaysia. Mari kita lihat keterangan berikut:

i.  Teks yang digunakan dan genre yang diajarkan

  Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2000, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 23 Februari 2000, senarai karya dan genre yang digunakan dalam P&P KOMSAS adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.1 yang berikut.

Jadual 1.1: Teks dan Genre Sastera KOMSAS

GENRE SASTERA

TEKS PENGARANG CATATAN

NOVEL

• Limpahan Darah di Sungai Semur

• Meniti Kaca

• Aku Anak Timur

• Anak Din Biola

• Pahlawan Pasir Salak

Zakaria Salleh

Raja Sabaruddin Abdullah

Siti Aminah Haji Yusof

Maaruf Mahmud

Ismail Sarbini

Tingkatan 1 hingga 3

CERPEN • Hadiah Hari Guru Rejab F.I Tingkatan 1

Page 3: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

• Gema Menggegar Kota

• Diari Sorang Pengawa

• Makmal ZNF

• Sehijau Warna Daun

• Pak Usu

• Tina

• Batu

• Buku Catatan Farid Badrul

• Mama

• Erti Kasih Makna Sayang

• Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya

Timah Baba

Ali Majod

Shamsinor Zaman S.Z

Zaen Kasturi

Othman Rasul

Aminhad

Rahman Shaari

Mohd Tajudin Abd. Rahman

Mahaya Mohd Yasin

Rohana Hassan

Tung Wai Chee

hingga 3

DRAMA

• Baju Emas Sang Maharaja

• Bila Retak Kota Melaka

• Jerat

• Penunggu Pusaka

• Angin

• Buyung

Johan Jaafar

Aziz Jahpin

Ria Asmira

Zakaria Ariffin

Basaruddin Abd.Razak

Jahara Alias

Tingkatan 1 hingga 3

SAJAK • Negeri Cinta

• Seorang Guru Tua

• Surat dari Kampus

• Puisi Buat Mama

• Tasik Biru, Bau Sarawak

• Burung Tempua

• Mata Ayah

• Seuntai Kata Untuk Dirasa

• Bicara Buat Guru

• Tangan Kepada Jari

Nahmar Jamil

Gunawan Mahmood

Nawawee Muhammad

Adi Badiozaman Tuah

Kemala

Abdul Hadi Yusuf

Usman Awang

A.Samad Said

Mohd Ridzuan Harun

Hilmi Rindu

Tingkatan 1 hingga 3

Page 4: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

Pesan

• Cinta

• Ruang

Awang Abdullah

Ahmad Razali Hj.Yusof

PUISI TRADISIONAL

• Pantun Dua Kerat

• Pantun Budi

• Pantun Kanak-kanak

• Syair Badrul Zaman

• Syair Ken Tambuhan

• Syair Menyambut Pelajaran

• Pantun Perpisahan

• Pantun Joget Pahang

• Pantun Teka-teki

• Syair Pesanan Ibu

• Syair Nur Alam Shah Lela Putera

• Syair Mungkir Janji

  Tingkatan 1 hingga 3

PROSA TRADISIONAL

• Lebai Malang

• Tujuh Puteri Turun Ke Dunia

• Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka

• Keberanian Lima Bersaudara

• Pak Kaduk

• Putera Besar Lahir ke Dunia

• Puteri Buluh Betung

• Cerita Kera dengan Buaya

  Tingkatan 1 hingga 3

ii.  Pengisian kurikulum dan pelaksanaan pengajaran   Sebagaimana yang telah anda ketahui, KOMSAS diajar untuk memenuhi keperluan hasil pembelajaran

bidang estetik dalam sukatan pelajaran bahasa Malaysia. Berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Malaysia

Page 5: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

KBSM, pengisian kurikulum KOMSAS meliputi elemen-elemen berikut:

Ilmu;

Nilai Murni;

Kewarnegaraan;

Peraturan Sosiobudaya; dan

Kemahiran Bernilai Tambah.

Dalam hal pelaksanaan pengajaran pula, KOMSAS diajarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5. Dalam peruntukan masa pengajaran bahasa Malaysia sebanyak 6 waktu seminggu, 2 waktu diperuntukkan untuk pengajaran KOMSAS. Secara praktisnya, waktu pengajaran 2 waktu itu amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre novel yang ditetapkan dalam KOMSAS. Manakala bagi 4 waktu lagi itu, genre-genre lain boleh diselitkan dalam pengajaran bahasa Malaysia, seperti dalam bentuk eksploitasi bahan. Sebagai contoh, pengajaran kefahaman bahasa Malaysia boleh menggunakan bahan-bahan sastera seperti cerpen, prosa tradisional, sajak atau puisi tradisional.

iii.  Rancangan pengajaran KOMSAS dalam bahasa Malaysia

  Untuk mengetahui tentang pengajaran KOMSAS dalam bahasa Malaysia, sila rujuk Jadual 1.2 (* Rujuk buku Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003, Huraian Sukatan Pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum).

Jadual 1.2: Contoh Rancangan Pelajaran Tahunan KOMSAS

MINGGU TAJUK PENGARANGSISTEM

BAHASAPENGISIAN

KURIKULUMCATATAN

1. Pemahaman (*10.0)  Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera

 

(*10.1)  Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan

 

(*10.2)  Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya sastera

Ayat: Subjek dan predikat

 

Kosa Kata

Ilmu: SasteraSejarah

 

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir,Kuntruktivisme

 

Nilai:Kerajinan

Prosa Moden: Cerpen Pak Usu

 

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir,Kuntruktivisme

Nilai:Kerajinan

2. Penulisan (*10.3)   Ayat:  Ilmu:  Sajak:

Page 6: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

Menyatakan bentuk dan nada puisi

 

(*10.4)  Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran

 

(*10.4) Menghuraikan maksud, gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi

 

(*11.0)  Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam karya penulisan kreatif dan bukan kreatif

 

(*11.1)  Mengenal pasti gaya bahasa dalam karya bukan sastera serta menggunakannya dalam penulisan bukan kreatif

 

(*11.2)  Menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam karya sastera serta menggunakannya dalam penulisan kreatif

 

Ayat Selapis,Ayat Majmuk

SasteraSosial

 

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir,Kuntruktivisme

Nilai:Patriotik,Kasih Sayang

Bicara Buat Guru

 

Puisi Tradisional: Pantun Budi

Page 7: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

(*11.3)  Membandingkan penggunaan laras bahasa dalam pelbagai genre

3. Novel (*10.0)   Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera

 

(*10.1)   Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan

 

(*10.2)   Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya sastera

 

(*10.6)   Mengulaskarya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan

Golongan Kata:Kata Nama,Kata Kerja,Kata Adjektif,Kata Tugas

Ilmu: SasteraSosial, Kemanusiaan

 

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir,Kuntruktivisme

 

Nilai:Patriotik,Kasih Sayang,Menghargai Masa

 

 

 

Novel: Pahlawan Pasir Salak

4. Karangan (*12.0)  Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

 

(*12.1)  Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas

Golongan Kata:Kata Nama,Kata Kerja,Kata Adjektif,Kata Tugas

Ilmu:SasteraSosial, Kemanusiaan

 

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir,

Menulis Karangan Berbentuk Cereka,Mencipta Pantun

Page 8: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah, dan menarik

 

(*12.2)  Mengemukakan isi yang bernas dan membina kerangka penulisan

 

(*12.3)  Membina ayat topik dan ayat huraian untuk membina perenggan yang kohesif

 

(*12.4)   Menyusun isi dan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang koheren

(*12.5)  Membina baris puisi dengan kemas dan indah

 

(*12.6)  Mengedit dan memurnikan sesuatu karya yang telah dihasilkan

Kuntruktivisme

 

Nilai:Patriotik,Kasih Sayang,Menghargai Masa

 

 

 

* Rujuk buku Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003,  Huraian Sukatan Pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Seterusnya, mari kita lihat contoh rancangan pelajaran harian KOMSAS dalam Rajah 1.2 dan langkah pengajaran yang telah disediakan dalam Jadual 1.3. 

Page 9: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

Rajah 1.2: Contoh rancangan pelajaran harian KOMSAS

Jadual 1.3: Langkah Pengajaran KOMSAS

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

Induksi Set   Sketsa ringkas:

Peristiwa pembunuhan JWW Birch.

 

Langkah 1 Urutan peristiwa Pahlawan Pasir Salak

Pelajar diberikan borang pengurusan

KBKK

Page 10: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

grafik, dan mereka diminta mengisikan urutan peristiwa dalam ruangan yang dikhaskan.

Guru meminta beberapa orang pelajar membacakan urutan peristiwa yang ditulis.

Langkah 2 Urutan peristiwa Pahlawan Pasir Salak

Berdasarkan borang grafik pelajar diminta berbincang tentang perisiwa tersebut dalam kumpulan (1 kumpulan terdiri daripada 3 orang)

Ketua kumpulan diminta membentangkan urutan peristiwa dalam gaya bahasa tersendiri.

Pembentangan aktiviti kumpulan

Langkah 3 PlotDefinisi plotJenis plot

Guru membincangkan definisi dan jenis-jenis plot, dan dikaitkan dengan plot novel.

Pelajar diminta mengenal pasti plot novel.

Beberapa orang pelajar diminta mengulas tentang plot novel.

Perbincangan dan soal jawab

Penutup   Guru menyatakan kesimpulan pengajaran.

Guru menegaskan aspek nilai-nilai yang terdapat dalam pengajaran novel tersebut.

 

Page 11: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

AKTIVITI 1.2

 Berdasarkan contoh rancangan pengajaran KOMSAS, fikirkan dan jelaskan bagaimana penguasaan ilmu bahasa dapat dipertingkatkan.

 

 

 

1.3   TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS

Teknik pengajaran dan pembelajaran KOMSAS adalah lakonan, teater pembaca, dan teater bercerita; kerusi panas dan main peranan; serta improvisasi, tatacerita dan mestamu. Mestamu bermaksud membacakan puisi secara berlagu, tetapi tidak disertai muzik iringan. Penerangan diberi seperti berikut:

a.  Lakonan, teater pembaca, dan teater bercerita

  Lakonan, teater pembaca, dan teater bercerita ialah 3 teknik pengajaran yang melibatkan kemahiran asas seni lakon. Genre sastera yang sesuai menggunakan teknik ini ialah, drama, novel, dan cerpen. Keterangan mengenai lakonan, teater pembaca dan teater bercerita diberikan seterusnya.

  

i. LakonanLakonan ialah aktiviti penglahiran emosi dan perilaku berdasarkan cerita atau peristiwa yang dipaparkan dalam bentuk skrip. Sebagai suatu teknik pengajaran, lakonan perlu dilengkapkan dengan aspek-aspek asas lakonan seperti latar tempat (setting), persediaan pelakon (costume) dan skrip. Dalam pengajaran drama, skrip yang tersedia boleh digunakan untuk dilakonkan, manakala dalam pengajaran cerpen atau novel pula, guru boleh mengubahsuai isi atau mana-mana petikan dalam cerpen atau novel tersebut untuk dijadikan skrip.

ii. Teater PembacaTeater pembaca ialah satu bentuk drama naratif yang dilakonkan secara spontan. Dalam teater pembaca, pembaca akan bertindak sebagai orang yang akan menceritakan latar tempat dan masa sesuatu peristiwa, ataupun sebagai orang yang memperkukuh sesuatu watak, peristiwa atau aksi. Walau bagaimanapun  ceritanya akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon. Hal ini bermakna, teater pembaca melibatkan pembaca sebagai pencerita dan pelakon yang akan melakonkan perkara yang di ceritakan.

iii. Teater Bercerita Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa yang sama. Tegasnya, pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita itu. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan skrip yang diolah daripada cerita atau isi bahan-bahan sastera yang dipilih. Secara umumnya, teknik ini boleh digunakan untuk mengajarkan genre-genre sastera yang berbentuk naratif seperti cerpen, novel dan prosa klasik.

b.  Kerusi panas dan main peranan   Kerusi panas dan main peranan ialah teknik pengajaran yang melibatkan penghayatan sesuatu bahan

sastera. Kedua-dua teknik ini melibatkan  penguasaan pelajar dalam aspek komunikasi dan seni lakon. Pengajaran cerpen, novel dan prosa klasik sangat sesuai diajarkan dengan teknik ini. Sila rujuk keterangan

Page 12: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)

berikut.

  

i. Kerusi Panas Kerusi panas ialah suatu teknik yang digunakan oleh pelakon-pelakon dalam latihan penghayatan watak dalam sesuatu lakonan. Dalam teknik ini, pelakon atau seseorang yang akan memegang sesuatu watak itu diminta mengkaji dan menghayati watak yang akan dilakonkan sama ada dari segi emosi, penampilan fizikal, gaya dan tutur kata. Sebagai teknik pengajaran, kerusi panas ialah tempat duduk yang diletakkan di hadapan kelas, di mana seorang pelajar yang dipilih berdasarkan watak dalam cerpen atau novel akan duduk di situ. Pelajar yang duduk di kerusi panas itu, sebelum ini diminta menghayati dan mengenali watak yang dipegangnya itu secara terperinci. Dalam aktiviti seterusnya, pelajar lain akan menanyakan soalan-soalan berkenaan watak tersebut, manakala pelajar yang duduk di kerusi panas akan menjelaskannya.

ii. Main PerananMain peranan merupakan suatu teknik yang melibatkan pelajar memainkan sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri ataupun individu lain. Dalam teknik ini, pelajar yang memainkan sesuatu peranan yang diberi, akan beraksi atau berlakon seperti watak yang dimainkannya itu. Dalam pengajaran tentang isi atau perwatakan dalam novel atau cerpen, teknik ini boleh digunakan untuk memudahkan pelajar memahami isi atau perwatakan secara lebih berkesan. Dalam pemahaman isi cerita misalnya, pelajar boleh diminta memainkan peranan seperti watak yang terdapat dalam novel atau cerpen, untuk menjelaskan apa-apa isi cerita yang berkaitan dengan watak yang dipegangnya.

iii.  Improvisasi, tatacerita dan mestamu

  Improvisasi, tatacerita dan mestamu ialah teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk semua genre sastera. Pemahaman dan penghayatan terhadap isi cerita atau maksud, sama ada novel, cerpen, prosa klasik, sajak serta puisi klasik boleh diajarkan dengan teknik ini. Sila rujuk keterangan berikut.

  

i. ImprovisasiImprovisasi ialah lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan. Dalam pengajaran cerpen misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerpen berkenaan.

ii. TataceritaTatacerita boleh juga disamakan dengan teknik bercerita. Dalam teknik ini pelajar akan diminta bercerita tentang apa yang mereka fahami daripada novel, cerpen atau prosa klasik yang dibaca. Dalam hal ini pelajar boleh diminta menceritakan mana-mana bab atau bahagian cerita secara spontan. Perlu diingatkan bahawa, semua aspek bercerita seperti suara, mimik muka, dan gerakan badan perlu diaplikasikan dalam teknik ini.

iii. MestamuMestamu bermaksud membacakan puisi secara berlagu, tetapi tidak disertai muzik iringan. Dalam hal ini puisi tersebut akan dibaca secara biasa dan dikuti dengan cara berlagu, baris demi baris. Mestamu boleh dibuat secara berseorangan atau berpasangan. Dalam keadaan berseorangan, pembaca akan membacakan baris pertama puisi  secara biasa, kemudian pembaca tersebut akan mengulang baris yang sama secara berlagu pula. Jika mestamu secara berpasangan, seorang akan membacakan puisi secara deklamasi, manakala seorang lagi akan melagukannya. Untuk tujuan ini, pembaca boleh mengadaptasikan irama lagu yang popular untuk disesuaikan dengan pusi tersebut.

 

SEMAK KENDIRI 1.1

 1. Apakah yang anda faham mengenai istilah KOMSAS?

2. Bagaimanakah KOMSAS berkait dengan pengajaran Bahasa Malaysia?

3. Nyatakan genre-genre sastera yang digunakan dalam KOMSAS.

 

Page 13: Nota Modul Komsas

HBML3103SMP - PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (SMP)