nota lengkap

Upload: faizahharun2

Post on 14-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    1/16

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    2/16

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    3/16

    BOLA

    Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna

    yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah

    seperti berikut :

    1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)Bola saiz 3.

    Berat antara 425 g sehingga 475 g.

    Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

    2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga16 tahun)

    Bola saiz 2.

    Berat antara 325 g hingga 375 g.

    Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

    3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12tahun)

    Bola saiz 1.

    Berat antara 290 g hingga 330 g.

    Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

    Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan

    disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan

    tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkatantarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling

    Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

    TIANG GOL

    Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri

    daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.

    Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya

    3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan

    dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan

    palang ialah 8 cm.

    PEMAIN DAN PAKAIAN

    Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju

    lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua

    pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang

    perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    4/16

    dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada

    pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.

    Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10

    orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan

    memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk

    penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain

    gelanggang.

    KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

    1. Berlari2. Melompat3. Hantaran bola

    4. Menyambut bola5. Mengelecek bola dengan tangan6. Mengadang7. Menjaring8. Menjaga gol

    Di dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas

    dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut. 3

    kemahiran asas tersebut ialah :

    1. Hantaran bola2. Menangkap bola3. Menjaring

    KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

    Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang

    sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola

    jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :

    a) Hantaran bahub) Hantaran lantunc) Hantaran aras dadad) Hantaran lompate) Hantaran sisi

    HANTARAN BAHU

    Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan

    Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    5/16

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    6/16

    PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN

    Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas

    ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan

    kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk

    menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam

    permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas

    kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:

    a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau

    menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.

    Konsep konsep Penting dalam Sistem Tuas

    1. Daya usaha di mana otot menghasilkan daya.2. Beban/rintangan sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu

    sendiri.3. Paksi/fulkrum sendi4. Lengan daya dan lengan beban.

    a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat. b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.

    Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran

    menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan

    pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku

    sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu,

    jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akanbergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku

    dengan cepat.

    KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

    Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan

    bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan

    kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.

    Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap

    tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis

    hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul

    bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.

    Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi

    permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

    1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    7/16

    2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu

    jari berfungsi sebagai penahan bola.

    4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yangselamat.

    5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengankaki belakang.

    6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalamkedudukan seimbang.

    7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka danjari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola

    yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada

    jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut

    membengkok dan tangan terbalik.

    Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi,hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

    CARA MENANGKAP BOLA

    1. Dengan kedua-dua belah tangan bola aras mukaApabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya

    hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan

    dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola

    hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

    2. Dengan kedua-dua belah tangan

    bola rendahUntuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua

    belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala

    ke bawah semasa menangkap bola.

    3. Menangkap bola dengan sebelah tanganCara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi

    tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima

    hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang

    kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang

    bola.

    4. Menangkap bola tinggiJika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor

    yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa

    yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    8/16

    sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya

    dengan lebih kemas.

    KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA

    1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu

    jauh di belakang.

    3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.4. Genggaman yang tidak kemas.5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

    MEMEGANG BOLA

    Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih

    daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan

    gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu

    memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan

    digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya.

    Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan

    mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan

    pemain melakukan gerakan yang seterusnya.

    Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangandan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar

    tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada

    pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

    PRINSIP SAINS DALAM MENANGKAP BOLA

    Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum

    pertama Newton iaitu Humum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak

    akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia

    akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika

    diganggu oleh daya luar.

    Konsep konsep Penting dalam Inersia

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    9/16

    1. Otot otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot otot kecil.2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang

    sedang bergerak.

    3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat(menyerap momentum)

    Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola

    dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut.

    Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah

    terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan

    berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.

    KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

    Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu

    pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya

    dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlahgol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka,

    bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.

    Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh

    semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada

    pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol.

    Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan

    melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada

    barisan belakang yang akan menjaringkan bola.

    Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama

    yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskanmendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran

    dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah

    berputus asa.

    PRINSIP PRINSIP UTAMA

    Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol

    dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

    1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak

    dilaksanakan.

    4. Pemain mengikut lajak.5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

    JENIS JARINGAN

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    10/16

    Jaringan dari Atas Kepala

    Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta

    mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-

    pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan

    kedudukan bergerak atau berlari.

    Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

    1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang

    kepala pada aras bahu.

    4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan keatas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.

    5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

    Jaringan dari Bawah Lengan

    Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia

    boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi.

    Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau

    pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.

    Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:

    1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkansambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

    2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah kedepan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.

    3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

    Jaringan Lompat

    Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala,

    tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak

    tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,

    terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan

    yang berbahaya.

    Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh

    daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya,

    jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

    Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

    1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemainmemegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    11/16

    2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuatjaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala.

    Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.

    3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

    Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:

    1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatansendiri boleh mengelirukan penjaga gol.

    2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secaramemusingkan bahu dan lengannya.

    3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol dicelah-celah kaki penjaga gol.

    4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka merekasudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

    Jaringan pada Aras Paha

    Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan

    yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha,

    dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat

    pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol

    atau pemain pertahanan.

    Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan

    lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini

    membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu golpihak lawan.

    Jaringan Sisi

    Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan

    lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.

    Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan.

    Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri

    dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan

    sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di

    bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara

    mengejut.

    Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh

    Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain

    baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada

    aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma.

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    12/16

    Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan

    badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

    Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

    1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke

    kawasan gol.

    3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasaberada di udara sebelum mendarat.

    4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan ataumenggulingkan tangan.

    Jaringan Penalti

    Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan.

    Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

    Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

    1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklahfokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal

    dilakukan.

    2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung

    untuk menjaring.

    4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

    Jaringan Lambung

    Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke

    depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

    1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudutpemain lawan daripada lontaran penalti.

    2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yangmemperoleh bola untuk membuat jaringan.

    3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketikaterjadi serangan pantas.

    Jaringan Voli

    Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

    Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:

    1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    13/16

    3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

    PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARINGDalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang

    terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang

    kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk

    menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika

    hendak membuat jaringan bola.

    Ketika membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana

    salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau

    halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.

    Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:

    1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasangol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai

    beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas

    bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan

    tepat ke sasaran.

    2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untukmemberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan

    memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah

    sasaran dengan tepat.

    Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran

    pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada

    jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh

    badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan

    objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut

    lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada objek adalah kurang.

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    14/16

    LATIHAN ANSUR MAJU

    Jaringan Lompat

    a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak,

    angkat tangan kanan)

    c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan(bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.

    d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.e) Latihan berpasangan berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3

    orang).

    g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol). Jaringan jaringan Lain

    a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.

    b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

    10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

    1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan5 orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila bila

    masa dalam permainan.

    2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih

    untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.

    4. Seorang pemain dibenarkan: Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola dengan apa cara pun

    dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya.

    Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam kawasan

    permainan yang ditetapkan.

    5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    15/16

    6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemainpadang.

    7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan kedalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.

    8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihaklawan hendaklah sekurang kurangnya 3 meter dari pembaling.

    9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itumenghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

    10.Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.

    REFLEKSI

    Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini.Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh

    dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan.

    Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah tidak banyak. Peralatan yang

    diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan

    14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk

    mengawal permainan.

    Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran

    bola, menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan

    menjaga gol. Setiap kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke

    dalamnya.Sebagai contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan

    ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai

    fulkrum. Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah

    Hukum Newton Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk

    mengurangkan inersia bola bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip

    sains yang diaplikasikan dalam kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya.

    Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan oleh tangan manakala daya

    diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk memberikan daya yang

    kuat.

    Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan supaya kemahiran

    tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku kepada

    pemain.

    BIBLIOGRAFI

  • 7/29/2019 Nota Lengkap

    16/16

    BUKU RUJUKAN

    1. Lee Chin Choy (2006). Siri Sukan Popular Fajar Bakti: Bola Baling. Shah Alam. FajarBakti Sdn. Bhd.

    2. Poh Liong Yong (2003). Fizik Tingkatan 4. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.3. Reita E. Clanton (1997). Team Handball Step To Success. United States of America.

    Human Kinetics, Inc.

    4. Teng Boon Tong (1993). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. PetalingJaya. Longman Malaysia Sdn. Bhd.

    5. Wee Eng Hoe (2000). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan EdisiKedua.Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    LAMAN WEB

    1. http://www.wikipedia.com2. http://www.tutor.edu.com

    http://www.wikipedia.com/http://www.wikipedia.com/http://www.tutor.edu.com/http://www.tutor.edu.com/http://www.tutor.edu.com/http://www.wikipedia.com/