nota kenaikan pangkat & pemangkuan

9
KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN 1. DEFINISI KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN 1.1. “Kenaikan pangkat” ertinya peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat. 1.2. “Pemangkuan” ertinya pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat. 2. JENIS KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN 2.1. Jenis Kenaikan Pangkat i) Ke Gred iaitu kenaikan pangkat ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan. ii) Ke Jawatan iaitu kenaikan pangkat ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan tertinggi. 2.2. Jenis Pemangkuan i) Dengan tujuan naik pangkat sekiranya pegawai layak mengikut skim perkhidmatan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan. ii) Bukan dengan tujuan naik pangkat sekiranya pegawai tidak layak mengikut skim perkhidmatan atau syarat-syarat lain yang ditetapkan 3. ASAS-ASAS KENAIKAN PANGKAT 3.1 Kenaikan pangkat seseorang pegawai berasaskan merit yang ditentukan mengikut:- i) kecekapan dan prestasi kerja; ii) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman; iii) sifat-sifat peribadi termasuk kesesuaiannya dengan jawatan pangkat, keutuhan, potensi dan kepimpinan; iv) kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat. 3.2 Lembaga Kenaikan Pangkat juga boleh mengambil kira aspek lain sebagai tambahan kepada perkara di atas. 1

Upload: fansuri80

Post on 20-Jun-2015

802 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PPLD & PPPS

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN

1. DEFINISI KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN

1.1. “Kenaikan pangkat” ertinya peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

1.2. “Pemangkuan” ertinya pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

2. JENIS KENAIKAN PANGKAT DAN PEMANGKUAN

2.1. Jenis Kenaikan Pangkat

i) Ke Gred iaitu kenaikan pangkat ke mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

ii) Ke Jawatan iaitu kenaikan pangkat ke mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan tertinggi.

2.2. Jenis Pemangkuan

i) Dengan tujuan naik pangkat sekiranya pegawai layak mengikut skim perkhidmatan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan.

ii) Bukan dengan tujuan naik pangkat sekiranya pegawai tidak layak mengikut skim perkhidmatan atau syarat-syarat lain yang ditetapkan

3. ASAS-ASAS KENAIKAN PANGKAT

3.1 Kenaikan pangkat seseorang pegawai berasaskan merit yang ditentukan mengikut:-

i) kecekapan dan prestasi kerja;ii) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;iii) sifat-sifat peribadi termasuk kesesuaiannya dengan jawatan pangkat,

keutuhan, potensi dan kepimpinan;iv) kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat.

3.2 Lembaga Kenaikan Pangkat juga boleh mengambil kira aspek lain sebagai tambahan kepada perkara di atas.

3.3 Jika dua atau lebih pegawai mempunyai merit yang sama, kelayakan akdemik atau pengalaman kerja berlkitan dengan jawatan naik pangkat di samping kekananan pegawai juga boleh dijadikan asas pertimbangan dan pemilihan.

1

Page 2: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

4. KAEDAH PENETAPAN KEKANANAN

4.1 Kekananan seseorang pegawai ditentukan seperti berikut:-

i) bagi pegawai yang berada di gred lantikan, mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap;

ii) bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat, mengikut tarikh pegawai itu dinaikkan pangkat.

4.2. Jika dua atau lebih pegawai dilantik secara tetap atau dinaikkan pangkat ke gred yang sama dalam skim perkhidmatan yang sama dan pada tarikh yang sama, kekananan pegawai itu adalah dianggap sama.

4.3. Seseorang pegawai akan hilang kekananan atas sebab-sebab berikut:-

i) Bercuti tanpa gaji selama tempoh pegawai itu bercuti kecuali cuti belajar tanpa gaji atas tajaan Kerajaan;

ii) Dilanjutkan tempoh percubaan dengan berdenda (bagi pegawai di gred lantikan)

5. SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT

i) Mengikut Skim Perkhidmatan:-

a) Telah disahkan dalam perkhidmatan (jika di gred lantikan);b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;c) Lulus semua Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan;d) Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.

ii) Bebas daripada hukuman tatatertib

iii) Lulus pengisytiharan harta

iv) Lulus tapisan Badan Pencegah Rasuah.

6. PEGAWAI YANG BOLEH DITIMBANG KENAIKAN PANGKAT

i) Pegawai tetap;

ii) Pegawai yang layak mengikut skim perkhidmatan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan;

iii) Pegawai yang dipinjamkan/tukar sementara ke agensi;

iv) Pegawai yang sedang bercuti;

v) Pegawai yang memohon (jika urusan dibuat secara iklan yang disyaratkan memohon);

2

Page 3: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

vi) Pegawai yang memangku jika disyaratkan memangku.

7. PEGAWAI YANG TIDAK BOLEH DITIMBANG KENAIKAN PANGKAT

i) Pegawai dalam tempoh percubaan, sementara, kontrak, sangkut dan sambilan;

ii) Pegawai yang belum layak mengikut skim perkhidmatan;

iii) Pegawai yang tidak memohon (jika disyaratkan memohon);

iv) Pegawai yang tidak memangku (jika disyaratkan memangku);

v) Pegawai yang meletak jawatan/melepas jawatan dengan izin atau bersara pilihan;

vi) Pegawai dalam tempoh hukuman tatatertib;

vii) Pegawai yang tidak melepasi tapisan BPR;

viii) Pegawai yang tidak mengisytihar harta

8. DASAR KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI YANG SEDANG DISIASAT DAN TELAH MENERIMA HUKUMAN TATATERTIB

8.1. Pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan hendaklah dipertimbangkan.

8.2. Pegawai yang mempunyai ke prima facie hendaklah dipertimbangkan dan dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat.

8.3. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib tidak layak dipertimbangkan mengikut tempoh dan urusan seperti berikut:-

Hukuman Tempoh/Urusan Tidak Layak Dinaikkan Pangkat

Amaran 6 bulan atau 1 urusan, mana yang terdahulu

Denda 12 bulan atau 1 urusan, mana yang terdahulu

Lucut Hak Emolumen 18 bulan atau 1 urusan, mana yang terdahulu

Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan atau 1 urusan, mana yang terkemudian

Turun Gaji 36 bulan atau 1 urusan, mana yang terkemudian

Turun Pangkat 48 bulan atau 2 urusan, mana yang terkemudian

3

Page 4: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

9. KAEDAH PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN/KENAIKAN PANGKAT

i) Berasaskan kepada kekosongan jawatan;

ii) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) jika skim perkhidmatan tidak mensyaratkan sesuatu kenaikan pangkat tertakluk kepada kekosongan jawatan;

iii) Secara Bekumpulan/Individu

a) Secara berkumpulan dengan dipertandingkan mengikut merit bagi urusan pemangkuan/kenaikan pangkat ke gred(Gred 54 ke bawah)

b) Secara individu bagi pemangkuan/kenaikan pangkat ke jawatan (Gred Utama C ke atas)

iv) Melalui Iklan/Tanpa Iklan

a. Melalui iklan dengan mempelawa pegawai yang layak untuk memohon. Hanya pegawai memohon sahaja dipertimbangkan.

b. Tanpa melalui iklan di mana Ketua Jabatan boleh mengemukakan senarai nama pegawai yang layak berserta dokumen/maklumat yang diperlukan.

v) Memangku Terlebih Dahulu/Kenaikan Pangkat Terus

a) Kenaikan pangkat ke gred - boleh dinaikkan pangkat terus tanpa memangku terlebih dahulu

b) Kenaikan pangkat ke jawatan- memangku lebih dahulu sekurang- kurangnya 6 bulan

10. INSTRUMEN DAN KAEDAH PENILAIAN DALAM URUSAN PEMANGKUAN/ KENAIKAN PANGKAT

i) Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dengan wajaran:-

Tahun Pertama - 20%Tahun Kedua - 35%Tahun Ketiga - 45%

Jumlah 100%

ii) Temuduga

iii) Peperiksaan/Ujian

iv) Kursus

v) Kaedah lain yang sesuai

4

Page 5: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

11. JAWATAN KOSONG YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI PEMANGKUAN/KENAIKAN PANGKAT

i) Jawatan kosong secara operasi atau hakiki boleh digunakan bagi tujuan pemangkuan.

ii) Hanya jawatan kosong secara hakiki atas sebab-sebab berikut sahaja yang boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat:-

a) Jawatan baru wujud;b) Jawatan naik taraf/turun taraf;c) Penyandang bersara wajib, bersara pilihan atau disarakan atas sebab

kesihatan;d) Penyandang meletak/melepas jawatan;e) Penyandang meninggal dunia;f) Penyandang dinaikkan pangkat ke gred/jawatan lebih tinggi;g) Penyandang dilantik ke skim perkhidmatan atau perkhidmatan lain;h) Penyandang dikenakan tindakan tatatertib turun pangkat atau buang

kerja;i) Penyandang ditamatkan perkhidmatan.

iii) Bagi kenaikan pangkat secara KUP yang tidak tertakluk kepada kekosongan jawatan, peruntukan perbelanjaan tambahan bagi menampung emolumen (gaji dan elaun) di atas gred kenaikan pangkat diluluskan melalui Waran Perjawatan.

12. PENETAPAN TARIKH KENAIKAN PANGKAT

Tarikh kenaikan pangkat seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat mengikut prinsip berikut:-

i) Bagi kenaikan pangkat ke gred tidak lebih awal daripada tarikh kekosongan jawatan atau tarikh pegawai itu layak dinaikkan pangkat mengikut skim perkhidmatannya, yang mana terkemudian.

ii) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan tidak lebih awal daripada tarikh pegawai itu diluluskan memangku atau pada tarikh jawatan hakiki itu kosong, yang mana terkemudian.

13. KUASA MENIMBANG DAN MELULUSKAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT

i) Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Yang Dilantik Di bawah Bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran:-

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 1974 – P.U.(A) 89

5

Page 6: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

ii) Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Di bawah Bidangkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:-

Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 – P.U.(A) 151

14. PELAKSANAAN URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD)

i) Berdasarkan Kepada Kekosongan Jawatan (Hakiki)

a) Secara individu bagi kenaikan pangkat PPPS ke Gred Utama C ke atas

b) Secara berkumpulan dan mengikut bidang bagi kenaikan pangkat PPPS sehingga ke gred DG54:-

- Bidang Umum (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) sehingga Gred DG54

- Bidang Teknikal sehingga Gred DG54 (pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan, Senibina, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Teknologi Makanan dan Perakaunan)

- Bidang Pendidikan Islam sehingga Gred DG48 (pengkhususan dalam Pengajian Islam, Syariah, Usuluddin, Dakwah, Al Quran, Hadith, Bahasa Arab dan lain-lain)

c) Secara berkumpulan mengikut negeri dan jenis sekolah – SK, SJKT & SJKC

d) Dilaksanakan dengan kaedah memangku terlebih dahulu sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum dipertimbangkan kenaikan pangkat.

ii) Secara Khas Untuk Penyandang (KUP)

a) Pengetua Cemerlang

- Konsep Pengetua Cemerlang dilaksanakan mulai tahun 1994 berasaskan kemahiran/kepakaran dan kecemerlangan dalam bidang kepengetuaan. Pengetua Cemerlang dikekalkan sebagai Pengetua di Sekolah Menengah secara KUP supaya kemahiran/kepakaran mereka dapat terus dimanfaatkan walaupun setelah dinaikkan pangkat.

- Semasa di bawah SSB, kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang ialah dari Gred DG2 ke Gred DG1. Di bawah SSM ialah di Gred DG52, DG54 dan JUSA C. Gred

6

Page 7: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang telah diperluaskan sehingga JUSA C mulai tahun 2004 tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat. Kuota JUSA C sebanyak 5 jawatan.

- Kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang dilaksanakan dengan cara memangku terlebih dahulu 1 hingga 3 tahun.

b) Guru Cemerlang

- Konsep Guru Cemerlang PPPS/PPPLD dilaksanakan mulai 1994 berasaskan kemahiran/kepakaran dan kecemerlangan dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan matapelajaran kepakaran. Guru Cemerlang dikekalkan sebagai guru mengajar dalam bilik darjah di sekolah secara KUP supaya kemahiran/kepakaran mereka dapat terus dimanfaat oleh murid dan sekolah walaupun setelah dinaikkan pangkat. Konsep kenaikan pangkat Guru Cemerlang juga dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Kolej Komuniti.

- Semasa di bawah SSB, kenaikan pangkat Guru Cemerlang Siswazah ialah dari Gred DG3 ke Gred DG2, manakala Guru Cemerlang PPPLD dari Gred DGA6 ke DGA5. Di bawah SSM, gred kenaikan pangkat Guru Cemerlang Siswazah ialah di Gred DG44, DG48, DG52, DG54 dan Gred Khas C dan PPPLD di Gred DGA32. Gred kenaikan pangkat Guru Cemerlang Siswazah telah diperluaskan sehingga ke Gred Khas C mulai 2004 tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

- Kenaikan pangkat Guru Cemerlang dilaksanakan dengan cara memangku terlebih dahulu 1 hingga 3 tahun.

c) Time-Based

- Konsep kenaikan pangkat secara Time-Based bagi PPPS dan PPPLD dilaksanakan mulai 1.1.1998 bertujuan menyediakan lebih banyak peluang kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Kenaikan pangkat secara Time-Based ini adalah bagi semua PPPS dan PPPLD yang layak tidak kira di mana jua mereka bertugas. Mereka dinaikkan pangkat secara terus tanpa memangku terlebih dahulu dan dikekalkan di jawatan yang mereka sandang secara KUP tanpa perlu bertukar mengisi jawatan naik pangkat.

7

Page 8: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

- Gred kenaikan pangkat secara Time-Based semasa di bawah SSB ialah dari Gred DG3 ke Gred DG2 bagi PPPS dan dari Gred DGA6 ke Gred DGA5 bagi PPPLD. Manakala di bawah SSM, gred kenaikan pangkat secara Time-Based bagi PPPS adalah dari Gred DG41 ke Gred DG44 (gred sisipan baru di bawah SSM) dan Gred DG44 ke Gred DG48. Bagi PPPLD pula hanya setakat Gred DGA32.

15. KAEDAH DAN SYARAT-SYARAT KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PPPS DAN PPPLD DI BAWAH SSM

Kaedah dan syarat-syarat kenaikan pangkat secara Time-Based bagi PPPS dan PPPLD yang memilih SSM ditetapkan mengikut peraturan seperti berikut:-

i) Surat JPA(S)324/14/9 Klt. 22 (44) bertarikh 28 Oktober 2002

- Kelayakan kenaikan pangkat adalah berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan dan kedudukan matagaji pada 31 Oktober 2002:-

a) PPPS Gred DG3 yang berada di matagaji P1T11 hingga P1T26 atau matagaji setaraf di P2 atau P3 dengan tempoh berkhidmat selama tidak kurang daripada 11, 10, 9 ataui 8 tahun, mengikut mana berkenaan;

b) PPPLD Gred DGA6 yang berada di matagaji P1T21 atau P2T20 atau matagaji setaraf di P2 atau P3 dengan tempoh berkhidmat selama tidak kurang daripada 9 tahun.

- Tempoh berkhidmat dan kedudukan matagaji pada 31 Oktober 2002 akan menentukan tarikh layak dan juga samada dikecualikan atau tidak daripada syarat lulus PTK.

- Kenaikan pangkat PPPS dari Gred DG41 ke Gred DG44 hendaklah tidak kurang daripada 10 tahun berkhidmat secara gabungan di atas Gred DG3/DG41 dan kenaikan pangkat ke Gred DG48 pula tidak kurang daripada 12 tahun berkhidmat secara gabungan di atas Gred DG3/DG41/DG44.

ii) Skim Perkhidmatan PPPS/PPPLD Di Lampiran B Kepada Pekelingan Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002

- Bagi PPPS yang berada di matagaji P1T11 ke bawah atau matagaji setaraf di P2 atau P3 pada 31 Oktober 2002 dan yang dilantik selepas 31 Oktober 2002.

8

Page 9: Nota Kenaikan Pangkat & Pemangkuan

- Bagi PPPLD yang berada di matagaji P1T19 ke bawah atau matagaji setaraf di P2 atau P3 atau yang berkhidmat kurang daripada 9 tahun pada 31 Oktober 2002.

- Tempoh berkhidmat sebagai PPPS Gred DG41 bagi kenaikan pangkat ke Gred DG44 ialah tidak kurang daripada 10 tahun dan bagi kenaikan pangkat ke Gred DG48 pula ialah tidak kurang daripada 10 di atas Gred DG44. Tiada pengecualian daripada syarat lulus PTK bagi kenaikan pangkat ke Gred DG44 dan DG48.

- Tempoh berkhidmat sebagai PPPLD Gred DGA29 bagi kenaikan pangkat ke Gred DGA32 ialah tidak kurang daripada 10. Tiada pengecualian daripada syarat lulus PTK.

9