nota geografi : batuan

8
Bagaimana batuan di kelaskan ? Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini. (b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus;

Upload: nazri15

Post on 26-Jun-2015

1.159 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Geografi : Batuan

Bagaimana batuan di kelaskan ?

 

          Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza

daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya,

mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji

kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah

penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas

tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi.

Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis

tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan

mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. 

Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan

(a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.

(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;

(c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.

Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu:

(a) batuan igneus;

(b) batuan enapan;

(c)batuan metamorfosis.

 

 

Batuan Igneus

          Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak

bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu

igneus boleh dikelaskan  berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau

batuan  ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid.

Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya

daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak

Page 2: Nota Geografi : Batuan

mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya,

batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :

l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian

bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh

kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya

granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan

hakisan.

2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan -  Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah

melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan

bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar

yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan

daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan

menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar

melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil

yang datar.

          Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya

dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang

berukir.

 

 

Batuan Enapan

          Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya

memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-

sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal

lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar

atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan

enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.

Page 3: Nota Geografi : Batuan

Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-

tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara

kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan

umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah

dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah

penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada

asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :

l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik -  Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan

bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan

yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu

kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak

dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu

pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu

dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya

bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat

yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir

mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.

2. Batuan enapan yang terjadi secara organik -  Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan

yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan 

meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada

jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga

terjadi secara organik. Batuan  ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah

reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan  di atas memberikan tekanan

kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat.

Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat

tinggi nilainya dari segi ekonomi.

3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia -  Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia

larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada

satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari

Page 4: Nota Geografi : Batuan

penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu.

Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

 

Batuan Metamorfosis

 

          Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan

igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal

batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasa-kuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila

pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung  akan berubah

menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit

menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan

metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya

boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di

Sarawak.

          Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia

akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu

ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis

mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain.

Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100°C hingga 800°C.

Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan

boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi

saiz dan bentuknya.  Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan

yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas

mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak

bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai

metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. 

Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan

kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis

seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi

Page 5: Nota Geografi : Batuan

mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan

batuan mertgalami proses penghabluran semula.

          Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis

mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti

batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan

yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat

tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya

menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang

berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan

metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran

semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai

kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu

loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis

tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.