nilai murni.docx

5
NILAI-NILAI MURNI 1 BAIK HATI 1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain 1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. 1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan. 1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan memaafkan. 2. BERDIKARI 2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. 2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba. 3. BERHEMAH TINGGI 3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan. 3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. 3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan semua orang 4. HORMAT 4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga– memulia dan patuh kepada mereka. 4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin– menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka.

Upload: ku-ler-ee

Post on 02-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

NILAI-NILAI MURNI1 BAIK HATI

1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain 1.2. Bertimbang rasa mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain. 1.3. Murah hati memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan. 1.4. Saling memahami sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 1.5. Saling bermaafan sanggup meminta maaf dan memaafkan.

2. BERDIKARI

2.1. Berupaya bertindak sendiri sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. 2.2. Yakin kepada diri sendiri percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

3. BERHEMAH TINGGI

3.1. Kesopanan berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan. 3.2. Mengakui kesilapan sendiri sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. 3.3. Ramah mesra sedia bergaul mesra dengan semua orang

4. HORMAT

4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga memulia dan patuh kepada mereka. 4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka. 4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara. 4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum. 4.5. Patuh kepada undang-undang mematuhi undang-undang setiap masa.

5. KASIH SAYANG

5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain menyayangi diri sendiri dan orang lain. 5.2. Sayangkan alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.

6. KEADILAN

6.1. Adil Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian. 6.2. Saksama tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggarbatasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat Negara dan agama.

8. KEBERANIAN 8.1. Berani mencuba Berani melakukansesuatu perkara yang baru dan mencubauntuk kebaikan diri sendiri dan orang laindengan mengambil kira risiko yang akandihadapi.8.2. Berani kerana benar Beranimempertahankan sesuatu yang diakuikebenarannya dengan menunjukkan buktiyang nyata9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL 9.1. Kebersihan diri Merupakan kebersihan anggotayang perlu dijaga oleh setiap individu untukkehidupan yang sihat. 9.2. Kebersihan persekitaran Pemeliharaan alamsekeliling supaya rapi dan bebas daripadakekotoran dan pencemaran. 9.3. Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain. 10. KEJUJURAN 10.1. Amanah Bertanggungjawab dalam melakukansesuatu tugas yang diberikan dan dapatmenimbulkan kepercayaan dan keyakinan oranglain.10.2. Bercakap benar Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung. 10.3. Ikhlas Melakukan sesuatu suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN 11.1. Daya usaha Berusaha bersungguh-sungguhdengan inisiatif, kreatif dan enovatif untukmenghasilkan sesuatu yang berkualiti.11.2. Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12. KERJASAMA

12.1. Gotong-royong Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela. 12.2. Toleransi Bertolak ansur serta dapat mengawal mengelakkan berlakunya perselisihan. 12.3. Perpaduan Bersefahaman dan bekerjasama diperingkat keluarga, masyarakat, negara danantarabangsa

13. KESEDERHANAAN 13.1. Pertuturan dan pelakuan yang sederhanaBertutur dan berkelakuan yang tidak melampauibatas serta menyinggung perasaan ataumenimbulkan kemarahan orang lain.13.2. Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN 14.1. Berterima kasih Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaanterhadap sesuatu jasa, sumbangan ataupemberian.

15. RASIONAL

15.1. Membuat pertimbangan Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT 16.1. Bermaufakat Mengutamakan persetujuan dankerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagikepentingan bersama. 16.2. Kerajinan Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetanggadan masyarakat.16.3. Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat Memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

17. PATRIOTIK 17.1. Cintakan negara Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara. 17.2. Berkorban untuk negara Sanggup melakukanapa sahaja demi mempertahankan negara daripadadiceroboh.