ngarut assgnmnt.docx

3
adalah statistik perihalan. Statistik perihalan ialah satu jenis statistik yang melibatkan proses atau kedah mengumpulkan data termasuk kaedah pembinaan graf dan pengiraan yang berkaitan. Tajuk masa yang diambil untuk menonton rancangan media dalam tempoh seminggu yang dipilih untuk tugasan ini memerlukan beberapa kaedah untuk menyusun, mempersembah dan memperihalkan data yang dikumpulkan. Hal ini kerana data yang dikumpulkan ini adalah data mentah yang memerlukan proses pengumpulan, penyusunan dan pengiraan berdasarkan corak taburan yang berbeza mengikut individu sebelum dipersembahkan kepada umum. Johnson dan Christensen (2000) mendefinisikan statistik perihalan sebagai statistik yang difokuskan kepada usaha menghurai, meringkas dan menerangkan data. Jadi, tajuk ini merupakan kaedah untuk menentukan set bagi suatu masa tertentu dalam cara yang paling ringkas dan menerangkan hubungkait antara pemboleh ubah yang berkaitan dengan tajuk ini. 2 7 12 17 22 27 32 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 Histogram bagi Jadual Masa (jam) Kekerapan

Upload: nur-aqilah

Post on 29-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

adalah statistik perihalan. Statistik perihalan ialah satu jenis statistik yang melibatkan proses atau kedah mengumpulkan data termasuk kaedah pembinaan graf dan pengiraan yang berkaitan. Tajuk masa yang diambil untuk menonton rancangan media dalam tempoh seminggu yang dipilih untuk tugasan ini memerlukan beberapa kaedah untuk menyusun, mempersembah dan memperihalkan data yang dikumpulkan. Hal ini kerana data yang dikumpulkan ini adalah data mentah yang memerlukan proses pengumpulan, penyusunan dan pengiraan berdasarkan corak taburan yang berbeza mengikut individu sebelum dipersembahkan kepada umum. Johnson dan Christensen (2000) mendefinisikan statistik perihalan sebagai statistik yang difokuskan kepada usaha menghurai, meringkas dan menerangkan data. Jadi, tajuk ini merupakan kaedah untuk menentukan set bagi suatu masa tertentu dalam cara yang paling ringkas dan menerangkan hubungkait antara pemboleh ubah yang berkaitan dengan tajuk ini.

Kaedah-kaedah statistik digunakan secara meluas dalam pelbagai ruang lingkup kehidupan manusia. Malah boleh dikatakan setiap individu akan menggunakan statistic samada secara langsung mahupun tidak langsung. Contohnya, ramalan awal hasil tanaman pokok cili bagi seorang petani yang menunjukkan statistik keberhasilan tanaman pokok cili itu dalam satu tempoh masa tertentu. Penggunaan baja dan kuantiti air yang mencukupi menunjukkan data-data yang perlu dikumpulkan dalam proses untuk menentukan keputusan hasil tanaman. Data-data yang dikumpulkan kebiasaannya melibatkan kawasan atau suasana persekitaran di sekeliling manusia. Oleh itu, kita boleh nyatakan bahawa statistic ini adalah satu cara untuk mempersembahkan sesuatu data secara terbuka.

Malah, statistik ini bukan sekadar melibatkan kaedah-kaedah yang dinyatakan tetapi lebih penting ialah satu kesimpulan umum akan dapat dihasilkan di sebalik data berkenaan dan seterusnya membantu dalam membuat satu keputusan terbaik berpandukan data-data yang telah dikumpulkan.

Seterusnya, statistic ini terbahagi kepada dua iaitu statistik perihalan dan statistik pentakbiran. Statistic perihalan hanya melibatkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk untuk menyususn dan mempersembah data manakala statistic pentakbiran adalah untuk mendapatkan satu keputusan keseluruhan suatu kajian. Menurut Izham Shafie (2000), statistik pentakbiran adalah kaedah menggunakan keputusan daripada sampel untuk membuat keputusan atau ramalan mengenai sesuatu populasi. Statistik ini hanya memberi tumpuan untuk mengetahui sesuatu populasi berdasarkan daripada sebahagian sampel yang dipilih untuk dikaji. Melalui kajian yang yang dijalankan terhadap beberapa sampel, satu keputusan akan dapat dibuat dan dirumuskan secara ringkas untuk dipersembahkan.Kesimpulannya, statistic asas adalah satu cabang ilmu yang penting kepada semua orang kerana ia akan dapat membantu dalam membuat sebarang keputusan secara tepat. Keputusan yang diperoleh juga akan dapat ditafsir dan dipersembahkan kepada umum menggunakan cara yang paling ringkas dan mudah difahami. Statitstik ini adalah satu sumber ilmu yang akan memudahkan urusan dalam menjalani kehidupan seharian bagi setiap indidvidu. Oleh itu, subjek Statistik Asas ini sangat penting untuk diajar kepada pelajar PPISMP di Institut Pendidikan Guru kerana ia adalah satu bentuk latihan untuk mengetahui bagaimana untuk mengumpul, menyusun, membuat kpeutusan dan seterusnya mentafsir data apabila bergelar seorang guru kelak.

Setelah pemilihan tajuk ini dilakukan, jenis data yang dapat dikenal pasti bagi tajuk ini adalah statistik perihalan. Statistik perihalan ialah satu jenis statistik yang melibatkan proses atau kedah mengumpulkan data termasuk kaedah pembinaan graf dan pengiraan yang berkaitan. Tajuk masa yang diambil untuk menonton rancangan media dalam tempoh seminggu yang dipilih untuk tugasan ini memerlukan beberapa kaedah untuk menyusun, mempersembah dan memperihalkan data yang dikumpulkan. Hal ini kerana data yang dikumpulkan ini adalah data mentah yang memerlukan proses pengumpulan, penyusunan dan pengiraan berdasarkan corak taburan yang berbeza mengikut individu sebelum dipersembahkan kepada umum. Johnson dan Christensen (2000) mendefinisikan statistik perihalan sebagai statistik yang difokuskan kepada usaha menghurai, meringkas dan menerangkan data. Jadi, tajuk ini merupakan kaedah untuk menentukan set bagi suatu masa tertentu dalam cara yang paling ringkas dan menerangkan hubungkait antara pemboleh ubah yang berkaitan dengan tajuk ini.