new sme definition
DESCRIPTION
Press statement on new SME Definition announced by YB PM at National SME Development Council meeting.TRANSCRIPT
1 | P a g e o f 4
KENYATAAN MEDIA
EMBARGO sehingga 12.00 tengah hari, 11hb Julai 2013
Definisi Baharu PKS bagi Memudahkan Peralihan
kepada Ekonomi Berpendapatan Tinggi
Putrajaya, 11 Julai – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
hari ini telah mengumumkan definisi baharu PKS yang berkuat kuasa 1 Januari 2014. Majlis
Pembangunan PKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh beliau dengan ahli-ahli
daripada 16 Kementerian dan agensi termasuk dari Sabah dan Sarawak telah meluluskan
cadangan untuk menaikkan had kelayakan paras ambang bagi jualan tahunan dan bilangan
pekerja bagi semua sektor ekonomi. Bagi sektor pembuatan, PKS ditakrifkan sebagai firma
yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta (pada masa ini: kurang daripada
RM25 juta) atau bilangan pekerja tidak melebihi 200 pekerja (pada masa ini: kurang
daripada 150 pekerja). Nilai ambang bagi sektor perkhidmatan dan lain juga dinaikkan, iaitu
PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta
(pada masa ini: kurang daripada RM5 juta) atau bilangan pekerja tidak melebihi 75 pekerja
(pada masa ini: kurang daripada 50 pekerja).
Kajian semula ini adalah tepat pada masanya memandangkan perubahan ekonomi yang
berlaku sejak definisi sedia ada diterima pakai pada tahun 2005. Ini termasuk inflasi harga,
perubahan struktur ekonomi dan perubahan trend perniagaan. Semasa kajian semula
dijalankan, peluang juga diambil bagi mewujudkan satu definisi yang lebih menyeluruh bagi
meliputi semua sektor ekonomi termasuk pembinaan, perlombongan dan kuari.
Kajian semula definisi PKS ini adalah sebahagian daripada cadangan di bawah Pelan Induk
PKS (2012-2020) bagi memastikan definisi kekal relevan apabila Pelan ini dilaksanakan.
Nilai ambang bagi pelbagai saiz penubuhan iaitu mikro, kecil dan sederhana juga telah
diselaraskan menaik dengan sewajarnya (rujuk butiran di Lampiran). Sebagai contoh, bagi
PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (SME CORP. MALAYSIA)
Aras 6, SME 1, Blok B, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 603-2775 6000 Faks: 603-2775 6001 http:// www.smecorp.gov.my
2 | P a g e o f 4
kes perusahaan mikro yang merangkumi hampir 80% daripada jumlah PKS, definisi telah
diseragamkan bagi semua sektor. Di bawah definisi baharu ini, Perusahaan Mikro
merupakan firma yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau
pekerja kurang daripada 5 orang.
Definisi baharu ini dijangka menyebabkan lebih banyak firma diklasifikasikan sebagai PKS,
terutamanya daripada sektor perkhidmatan bagi memudahkan transformasi negara ke arah
negara berpendapatan tinggi melalui inisiatif di bawah Pelan Induk PKS. Hasil daripada
perubahan definisi, peratusan bahagian PKS kepada jumlah pertubuhan dijangka
meningkat daripada 97.3% pada masa ini kepada 98.5%.
Definisi baharu ini adalah berdasarkan kepada kajian semula yang menyeluruh, mengambil
kira kedua-dua pendekatan atas ke bawah serta bawah ke atas termasuk simulasi teknikal,
penanda aras global dan penglibatan pihak berkepentingan. Beberapa siri perbincangan
kumpulan fokus telah diadakan dengan hampir 60 pihak berkepentingan termasuk
persatuan industri daripada semua sektor, Kementerian dan agensi, pengawal selia dan
institusi kewangan. Inisiatif ini juga menghasilkan definisi baharu yang lebih jelas. PKS
ditakrifkan sebagai entiti perniagaan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) atau setaraf. Anak syarikat yang dimiliki oleh syarikat induk yang sama ada
syarikat tersenarai awam atau syarikat besar tidak lagi dianggap sebagai PKS
memandangkan mereka mendapat sokongan daripada syarikat induk mereka dari segi
akses kepada pembiayaan, teknologi, pasaran dan lain-lain. Definisi baharu ini yang akan
berkuat kuasa tahun hadapan akan memberi masa yang mencukupi kepada kementerian
dan agensi, bank dan entiti lain untuk membuat perubahan kepada sistem mereka.
Hub Perniagaan Perusahaan Mikro: Transformasi Pusat Penjaja Tidak Berdaya Maju
kepada Hub Perusahaan Mikro oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Majlis telah meluluskan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membangunkan
projek perintis yang akan mentransformasikan pusat penjaja sedia ada kepada premis
perniagaan lebih baik yang akan menarik lebih ramai pelanggan. Strategi yang bakal
dilaksanakan termasuk penswastaan pengurusan pusat penjaja, pelantikan penyewa
utama, dan memperlengkapkan pusat penjaja dengan infrastruktur Teknologi Maklumat dan
Informasi.
Enam (6) pusat penjaja telah dikenal pasti untuk menyertai projek perintis bagi
mentransformasikan pusat tersebut, iaitu:
Pusat Komersil Komuniti Bandar Tun Razak;
Pusat Penjaja Jalan Usahawan;
Medan Selera Taman Maluri;
Medan Selera Taman Setiawangsa;
Medan Selera Damai; dan
3 | P a g e o f 4
Medan Selera Mega.
Penubuhan Panel Penasihat Perniagaan PKS
Majlis telah bersetuju dengan penubuhan Panel Penasihat Perniagaan PKS (SBAP) untuk
memberi input berkaitan pembangunan PKS dan strategi keusahawanan dalam
mewujudkan syarikat bertaraf dunia. Penubuhan Panel ini adalah sejajar dengan aspirasi
negara untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada ekonomi dan kesejahteraan sosial
negara. Panel ini terdiri daripada ahli-ahli MPPK, pemimpin-pemimpin perniagaan dan juga
pakar-pakar dalam bidang berkaitan dan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri.
Sebanyak 155 program telah dirancang untuk dilaksanakan dengan komitmen kewangan
berjumlah RM18.4 bilion. Program-program ini bakal memberi manfaat kepada 467,838
PKS.
Akses kepada Pembiayaan
Sektor perkhidmatan mewakili peratusan terbesar (60%) daripada jumlah keseluruhan
pembiayaan belum jelas PKS dengan kadar kelulusan keseluruhan kekal tinggi pada 88%.
Lebih daripada 56,000 permohonan berjumlah RM23.2 bilion telah diluluskan di bawah
dana PKS Bank Negara Malaysia. Sehingga akhir bulan Mei 2013, sejumlah RM2.2 bilion
masih boleh digunapakai oleh PKS.
Usaha untuk menyokong PKS dalam bidang pertumbuhan baru dan industri inovatif telah
dipertingkatkan termasuk produk pembiayaan inovatif, penilaian kredit dipertingkatkan,
pemudahan perniagaan dan pembangunan kapasiti untuk institusi kewangan, yang telah
menjana kelulusan pembiayaan berjumlah lebih daripada RM1.2 bilion untuk 103 buah
perniagaan dalam bidang pertumbuhan baru.
Jumlah pembiayaan belum jelas perusahaan mikro yang diberi melalui rangka kerja
“Pembiayaan Mikro” adalah sebanyak RM859 juta yang merangkumi lebih daripada 68,000
akaun. BNM telah mempergiatkan usaha promosi untuk mempertingkatkan kesedaran
mengenai “Pembiayaan Mikro” menerusi iklan pada bas yang menonjolkan karikatur
Dato’ Lat.
Sekretariat
Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
11 Julai 2013
- Tamat -
4 | P a g e o f 4
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
En. Faiz Ramzi Sutarji di 03-2775 6014 atau
emel [email protected]
Lampiran 1
KATEGORI MIKRO KECIL SEDERHANA
Pembuatan Jualan tahunan
kurang daripada
RM300,000 ATAU
kurang daripada 5
pekerja
Jualan tahunan dari
RM300,000 hingga
kurang daripada
RM15 juta ATAU
dari 5 hingga
kurang daripada 75
pekerja
Jualan tahunan dari
RM15 juta hingga
tidak melebihi RM50
juta ATAU
dari 75 hingga tidak
melebihi 200 pekerja
Perkhidmatan
dan sektor lain
Jualan tahunan
kurang daripada
RM300,000 ATAU
kurang daripada 5
pekerja
Jualan tahunan dari
RM300,000 hingga
kurang daripada
RM3 juta ATAU
dari 5 hingga
kurang daripada 30
pekerja
Jualan tahunan dari
RM3 juta hingga
tidak melebihi RM20
juta ATAU
dari 30 hingga tidak
melebihi 75 pekerja