neopaleo

5
PERBEZAAN ZAMAN PALEOLITIK DAN ZAMAN NEOLITIK Penempatan masyarakat zaman Paleoliik bermula sekitar 200000 tahun sehingga 100000 tahun dahulu. Kajian persekitaran kuno mendapati bahawa tapak-tapak ini berada di persekitaran sungai dan tasik pada ketika itu yang ditumbuhi oleh hutan tropika savanah 1 . Masyarakat pada masa ini hidup di sekitar kawasan tasik dan sungai. Di persekitaran tasik terdapat fauna, flora dan air tawar yang diperlukan oleh manusia awal 2 . Manakala, kawasan sungai pula terdapat banyak bahan mentah yang boleh dijadikan untuk dibuat sebagai alatan batu. Namun begitu, pada sekitar abad ke 45000 sehingga 40000 tahun dahulu, masyarakat Paleolitik mula tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Masyarakat zaman prasejarah memilih untuk tinggal di gua kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh, binatang liar, tiupan angina, hujan dan panas. Secara amnya, masyarakat Paleolitik diketahui hidup secara nomad iaitu berpindah-randah dalam beberapa kelompok kecil, hidup sebagai 1 Mokhtar Saidin, Bukti Prasejarah di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, Halaman 22. 2 Ibid, Halaman 22

Upload: hanahusain

Post on 29-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

different

TRANSCRIPT

PERBEZAAN ZAMAN PALEOLITIK DAN ZAMAN NEOLITIK Penempatan masyarakat zaman Paleoliik bermula sekitar 200000 tahun sehingga 100000 tahun dahulu. Kajian persekitaran kuno mendapati bahawa tapak-tapak ini berada di persekitaran sungai dan tasik pada ketika itu yang ditumbuhi oleh hutan tropika savanah[footnoteRef:1]. Masyarakat pada masa ini hidup di sekitar kawasan tasik dan sungai. Di persekitaran tasik terdapat fauna, flora dan air tawar yang diperlukan oleh manusia awal[footnoteRef:2]. Manakala, kawasan sungai pula terdapat banyak bahan mentah yang boleh dijadikan untuk dibuat sebagai alatan batu. Namun begitu, pada sekitar abad ke 45000 sehingga 40000 tahun dahulu, masyarakat Paleolitik mula tinggal di dalam gua-gua atau berlindung di bawah ranting-ranting yang ditutup dengan rumput-rampai dan di dalam lubang-lubang di bawah tanah. Masyarakat zaman prasejarah memilih untuk tinggal di gua kerana ingin melindungi diri daripada serangan musuh, binatang liar, tiupan angina, hujan dan panas. Secara amnya, masyarakat Paleolitik diketahui hidup secara nomad iaitu berpindah-randah dalam beberapa kelompok kecil, hidup sebagai pemburu dan pemungut[footnoteRef:3]. Mereka akan berpindah-randah apabila kekurangan bekalan makanan di satu-satu kawasan. Aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Paleolitik ialah memburu binatang, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Dari aspek kepercayaan pula, masyarakat Paleolitik mempunyai kepercayaan animisme, iaitu percaya bahawa semua benda di dunia ini mempunyai roh. Mereka turut mempercayai kehidupan di alam lain selepas kematian berdasarkan kepada penemuan rangka manusia Perak Man yang mewakili manusia zaman Paleolitik. Semasa rusa berhijrah ke Selatan, mereka telah menangkap rusa untuk diambil kulitnya bagi membuat pakaian. Manakala peralatan yang digunakan oleh masyarakat Paleolitik diperbuat daripada batu. Mereka memilih kawasan sungai untuk dijadikan tempat membuat alat batu. Mereka menggunakan alat batu seperti beliung, kapak, gergaji, pisau, parang dan pemukul kulit kayu untuk memburu serta mempertahankan diri daripada musuh dan binatang liar. Manusia awal menggunakan batu pelandas, batu teras dan batu pemukul untuk membuat alat pebel alat repihan[footnoteRef:4]. [1: Mokhtar Saidin, Bukti Prasejarah di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, Halaman 22.] [2: Ibid, Halaman 22] [3: Ibid, Halaman 21] [4: Ibid, Halaman 23]

Berbeza pula dengan kehidupan masyarakat prasejarah zaman neolitik. Masyarakat pada zaman neolitik mula hidup menetap dan mereka memilih gua serta pelindung batuan sebagai kawasan penginapan. Selain itu, masyarakat Neolitik juga sudah mempunyai sistem sistem bermasyarakat iaitu mempunyai ketua dan pembahagian kerja.. Apabila mereka mula hidup menetap, masyarakat Neolitik mula menternak binatang dan menjalankan aktiviti pertanian. Masyarakat zaman Neolitik dikatakan telah mula bercucuk tanam tumbuhan jenis berakar seperti ubi, keladi dan pisang. Namun begitu, bukti kewujudan tumbuhan masih kabur kerana tumbuhan tersebut hanya dijumpai dalam iklim tropika. Selain itu, masyarakat zaman Neolitik sudah mula menghasilkan pelbagai jenis tembikar. Tembikar tersebut digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan tempat untuk menyimpan air[footnoteRef:5]. Masyarakat zaman Neolitik juga mula menghasilkan barang kemas yang diperbuat daripada batu dan cengkerang, alat batu beliung, dan pemukul kulit kayu. Mereka turut menggunakan alat batu tetapi lebih kemas buatannya dari zaman Paloelitik. Pada zaman Neolitik juga telah wujudnya sistem perkuburan iaitu menanam mayat pada satu kawasan. Mereka juga mula mempercayai kuasa ghaib dan kuasa luar biasa serta menjalankan upacara ritual dan amalan korban. Masyarakat zaman neolitik turut melakukan pemujaan untuk mengelakkan daripada malapetaka yang akan menggangu kehidupan mereka. [5: Ibid, Halaman 58]

KESIMPULAN Konklusinya, penemuan peninggalan manusia Zaman Paleolitik di tapak ekskavasi Bukit Jawa, Lenggong, Perak telah membuktikan bahawa zaman prasejarah di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Lembah lenggong sebagai tempat kediaman manusia dianggarkan telah wujud 74000 tahun dahulu, walaupun rangka manusia zaman kuno yang ditemui di sini cuma 10000 atau 11000 tahun sahaja tuanya[footnoteRef:6] . Perkembangan zaman prasejarah di Alam Melayu telah dibuktikan melalui penemuan tinggalan arkeologi. Terdapat beberapa zaman prasejarah yang membentuk perkembangan masyarakat di Alam Melayu antaranya adalah zaman batu awal yang terdiri daripada zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Perbezaan antara zaman Paleolitik dan zaman Neolitik telah menampakan berlakunya perkembangan dari semua aspek. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan tamadun dalam hidup manusia. [6: Mohd Arof Ishak, Tamadun Alam Melayu, Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia, 2009, Halaman 26.]