(the gift of dhamma excels all gifts) in loving memory...

50
Bagaimana Mengatasi Masalah Anda? How to Overcome Your Difficulties (Malay) Bhante Dr K. Sri Dhammananda Untuk Bukan Islam Sahaja

Upload: lynhi

Post on 07-Mar-2018

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Sasana Abhiwurdhi Wardhana Society

123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-22741141, Fax: 03-22732570E-mail: [email protected]

Sasana Abhiwurdhi Wardhana SocietyBuddhist Maha Vihara

123, Jalan Berhala, Brickfields,

Bagaimana Mengatasi

Masalah Anda?How to Overcome Your

Difficulties (Malay)

Bhante Dr K. Sri Dhammananda

Untuk Bukan Islam Sahaja

BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1 1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM

Page 2: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

The Sangha Sunday School Meditation Class

Helping the Untouchables Wheelchairs for the handicapped

Dhamma for the Deaf

BUDDHIST MAHA VIHARA

Continuing the spread of Buddhism in Malaysia

for over 116 years ……….

Millions have benefitted from the selfless dedication of our Sangha, volunteer teachers & friends of

the Vihara obtaining Buddhist education, free publications, counselling, blessings,

welfare assistance, etc.

Sabbadanam dhammadanam jinati(The GifT of Dhamma T of Dhamma T excels excels e all GifTs)Ts)T

Donated ByFamily Members

Deeply missed and forever cherishedMay he rejoice in this meritorious deed

and be peaceful and happy.May he attain the Bliss of Nibbana

Sadhu! Sadhu! Sadhu!

In Loving Memory Of

Mr. Ng Khim Chin

BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2BagaimanaMengatasiCover.indd 2 1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM1/25/11 9:23:09 AM

Page 3: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Publication of the

Sasana Abhiwurdhi Wardhana Society

Buddhist Maha Vihara,123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-22741141 Fax: 603-22732570E-Mail: [email protected]: www.buddhistmahavihara.com

www.ksridhammananda.comwww.bisds.org

Permission to reprint for free distribution can beobtained upon request.

Published for Free Distribution

The Society gratefully acknowledges the efforts ofMs. Ng Poh Hwa for translating the original

English text into Malay and Mr. K. Don Premaserifor editing the translation.

1st Print – January 2011 (2500 copies)

Printed by Orange Enterprise

ISBN: 978-967-5710-11-7

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in1 1 1/25/11 9:20:51 AM

Page 4: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

1

Bagaimana MengatasiMasalah Anda?

OlehBhante Dr K. Sri Dhammananda

Kebimbangan dan ketakutan

Adakah anda bimbang? Adakah anda sedih? Jika ya, anda dijemput untuk membaca buku ini. Tema buku ini dikhususkan untuk anda dan juga kepada mereka yang sentiasa dibelenggu kebimbangan tanpa sebab sehingga ada yang meninggal dunia kerana dirundung kebimbangan yang keterlaluan!

Kebimbangan dan kesengsaraan merupakan unsur berkembar yang tidak pernah berpisah. Kedua-duanya wujud bersama di dunia ini. Seandainya anda berasa-bimbang, anda bersedih! Andainya anda dibelenggu kesengsaraan, anda dirundung kebimbangan. Kita mesti berdepan dengan kenyataan. Walaupun kita tidak dapat melarikan diri daripadanya, kita semestinya tidak membenarkan kedua-dua unsur berkembar ini menguasai kita. Kita yang seharusnya menguasainya. Kita dapat melakukannya dengan ikhtiar kita sebagai manusia, bersama dengan tujukan ketabahan

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in3 3 1/25/11 9:20:52 AM

Page 5: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

2

dan kesabaran yang tepat. Dengan kefahaman yang sempurna dan menggunakan kebijaksanaan kita dengan cermat, kita dapat mengawal emosi dan mengelakkan diri daripada kebimbangan dan kesedihan.

Kebimbangan adalah ciptaan kita sendiri. Kita menciptanya dalam minda, melalui kekurangan atau kegagalan kita untuk memahami betapa bahayanya perasaan egoistik kita, dan salah faham tentang sesuatu yang dianggap bernilai. Alangkah baiknya jika kita dapat melihat sesuatu mengikut perspektif yang sempurna, bahawa tiada sesuatu yang abadi di dunia ini, dan perasaan egoistik kita merupakan imaginasi liar dan rawak dalam minda kita yang tidak terlatih; kita harus bersusah payah mencari jalan penyelesaian untuk mengkikiskan kebimbangan dan keazaban. Kita semestinya berusaha untuk melatih minda dan hati kita untuk melupakan kepentingan diri sendiri dan sebaliknya berkhidmat untuk manusia sejagat. Ini merupakan salah satu cara di mana kita dapat mencari keamanan dan kebahagiaan yang sebenar.

Kebanyakan orang mempunyai hasrat, keinginan, ketakutan dan kerisauan yang tidak mampu dikawal atau diubah. Mereka malu untuk mengakui

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in4 4 1/25/11 9:20:52 AM

Page 6: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

3

hakikat ini kepada diri mereka sendiri. Namun kesemua emosi ini mampu menguasai diri. Puas kita cuba menyembunyikannya, tetapi kesemua emosi ini mampu mencari jalan untuk melepaskan diri dengan mengakibatkan pergolakan di dalam anggota atau panca indera kita sehingga terjadi penyakit yang kronik. Kesemua ini dapat dielakkan secara meditasi atau latihan minda yang teratur kerana minda yang liar merupakan punca segala kebimbangan.

Apabila anda bimbang, jangan sesekali menujukkan muka yang muram kepada setiap individu yang anda bertemu. Anda sepatutnya mendedahkan kebimbangan anda kepada mereka yang benar-benar dapat membantu anda. Alangkah baiknya sekira anda dapat kekalkan senyuman yang manis dan bukan membenarkan semua masalah berkonfrontasi dengan anda. Bukannya susah jika anda betul-betul mencuba. Ramai remaja sangat bimbang apabila menghadapi masalah terputus hubungan dengan teman lelaki atau perempuan. Malahan mereka sering memutuskan untuk membunuh diri apabila terdesak akibat kerisauan dan kehampaan. Ada pula terlantar di hospital sakit jiwa. Ramai belia yang hampa menjalani hidup yang azab. Semua kejadian malang ini disebabkan kurangnya

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in5 5 1/25/11 9:20:52 AM

Page 7: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

4

pemahaman mengenai alamiah hidup yang sebenar. Bagaimanapun perpisahan tidak dapat dielakkan. Kadangkala mungkin berlaku pada awal penghidupan; ada kalanya di pertengahan dan kadangkalanya pada akhirnya; ini sememangnya tidak dapat dielakkan. Seseorang harus mencari punca apabila perkara ini berlaku. Walaupun demikian, beliau haruslah berani untuk menanggungnya dengan memahami alamiah hidup yang sebenar sekiranya perpisahan tetap berlaku. Sebaliknya bukanlah susah untuk seseorang mencari kawan-kawan baru, untuk memenuhi kekosongan didalam diri jika ingin berbuat demikian.

Buddha pernah bersabda: “Dimana pun ketakutan timbul, ketakutan hanya timbul di dalam diri seorang yang jahil, bukannya di dalam diri seorang yang bijaksana.”

Ketakutan cuma keadaan minda sahaja. Keadaan minda seseorang berdasarkan kawalan dan tujuan; pemikiran yang negatif akan menimbulkan ketakutan; pemikiran yang positif menrealisasikan harapan dan prinsip hidup kita. Dalam semua kes, pilihan tetap bergantung pada diri kita sendiri. Setiap orang mempunyai kebolehan untuk mengawal mindanya sendiri. Alamiah

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in6 6 1/25/11 9:20:52 AM

Page 8: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

5

membolehkan manusia mempunyai kuasa kawalan mutlak terhadap semua aspek kecuali mindanya sendiri. Setiap benda yang dicipta manusia bermula daripada pemikarannya. Berasaskan dua hakikat ini, kita mampu mengatasi ketakutan.

Seorang ahli anatomi British yang terkenal ketika ditanya oleh pelajar beliau apakah cara yang terbaik untuk mengatasi ketakutan, menjawab, “Cuba melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain”.

Pelajar itu sungguh hairan dengan jawapan tersebut dan meminta penjelasan seterusnya lalu gurunya berkata, “Adalah mustahil anda memperolehi dua set pemikiran yang berbeza dalam minda anda pada masa yang sama”. Salah satu set pemikiran akan sentiasa menyingkir satu yang lain. Seandainya, minda anda diisi sepenuhnya dengan keinginan untuk menolong sesiapa sahaja tanpa mementingkan diri, anda tidak akan diserami perasaan takut pada masa yang sama.

“Kerisauan mengeringkan darah lebih cepat berbanding dengan usia.” Ketakutan, kerisauan dan kekhuatiran merupakan naluri semulajadi

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in7 7 1/25/11 9:20:52 AM

Page 9: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

6

bagi kemandiran diri. Namun ketakutan yang berterusan dan kerisauan yang berpanjangan merupakan musuh secara langsung kepada organisme manusia. Ia akan melemahkan fungsi-fungsi normal badan.

Sekiranya anda pelajari bagaimana mengambil hati orang lain, hati anda sentiasa baik. Ini kerana minda anda tidak akan membenarkan kerisauan menyelubunginya.

Suara Alamiah

Mengejar kepentingan kebendaan and duniawi, manusia zaman moden tidak mengendahkan keperluan alamiah. Aktiviti mentalnya tertumpu khususnya untuk memenuhi kebahagian masa depan dan mengabaikan keperluan fizikal badannya serta kepentingan waktu semasa. Tindak-tanduk manusia zaman semasa yang tidak wajar ini adalah akibat spontan daripada salah faham tentang cara dunia kita berfungsi, hidup manusia dan tujuan hidup manusia. Ia adalah punca kepada kesemua kehampaan, kekhuatiran, ketakutan dan ketidakselamatan masa kini. Sesiapa yang inginkan keharmonian tidak sepatutnya mengganggu kebebasan orang lain. Ini adalah cara yang salah untuk

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in8 8 1/25/11 9:20:52 AM

Page 10: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

7

mencari kebahagian dengan mengganggu dan memperdayakan orang lain.

“Anda boleh sentiasa memperdayakan sesetengah orang, dan semua orang pada sesetengah masa, tetapi anda tidak mampu memperdayakan semua orang pada setiap masa.”

(Abrahim Lincoln)

Jika manusia zalim dan jahat, sentiasa hidup berlawanan dengan hukum-hukum semulajadi alamiah dan alam semesta melalui tindak-tanduk, pertuturan dan pemikirannya, dia mencemarkan keadaan sekelilingnya. Akibat daripada kelakuan dan pemikiran tersebut, alamiah berkemungkinan tidak dapat menghasilkan apa yang diperlukan oleh manusia demi kehidupannya malahan manusia berkemungkinan mengalami epidemik dan pelbagai bencana.

Sebaliknya, sekira manusia hidup selaras dengan hukum semulajadi alamiah, mengamal hidup yang berlandaskan agama, mensucikan keadaan sekeliling melalui pahala daripada kebaikannya dan menunjukkan kasih sayangnya kepada semua kehidupan, dia dapat menukar keadaan sekelilingnya supaya membawa kesan yang lebih baik demi kehahagiaan manusia.

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in9 9 1/25/11 9:20:52 AM

Page 11: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

8

Anda mungkin seorang yang moden dan sibuk, tetapi jangan lupa meluangkan sedikit masa untuk membaca buku-buku yang bermanfaat. Tabiat ini akan memberi anda banyak kelegaan dan membenarkan anda melupakan kerisauan anda serta mengembangkan minda anda. Pada masa yang sama anda harus juga ingat bahawa anda mempunyai agama. Agama merupakan sesuatu yang baik untuk diri anda. Jadi, adalah tanggungjawab anda untuk merenung tentang ajaran agama anda dan meluangkan beberapa minit sehari untuk menjalankan kewajipan agama.

Kesihatan Mental dan kecenderungan untuk melakukan jenayah

Bukan T.B ataupun kanser yang merupakan penyakit yang paling mencemaskan kita pada zaman ini. T.B sudah dapat dikawal, manakala terdapat harapan yang cerah untuk mencari cara untuk mengubati kanser di masa depan. Sebaliknya, yang paling mencemaskan di masa kini ialah kelaziman dan peningkatan pelbagai jenis penyakit mental dan gangguannya. Kita terpaksa membina lebih banyak lagi hospital dan institusi untuk merawat mereka yang sakit mental dan pelbagai jenis penyakit mental lain

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in10 10 1/25/11 9:20:52 AM

Page 12: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

9

Terdapat ramai juga yang tidak menerima sebarang rawatan untuk penyakit-penyakit ini, tetapi sememangnya memerlukan rawatan.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapakah unsur jenayah dalam masyarakat kita dibincang bersama dengan penyakit sakit mental. Salah satu sebabnya ialah jangkauan yang jauh berpunca secara langsung daripada hasil penyelidikan Freud yang menunjukkan bahawa penjenayah dan penjahat juga merupakan orang yang sakit mental, dan lebih memerlukan rawatan daripada hukuman. Ini merupakan satu pandangan liberal ke atas masalah ini berdasarkan pemulihan sosial yang progresif dan membuka jalan kepada cara menebus kesalahan dan bukannya membalas dendam atau bertindak menjatuhkan hukuman di atas kesalahan yang dilakukan.

Mengenali Jiran Tetangga Anda

Kita tidak pernah melihat cara hidup orang lain. Kita mungkin tidak mengerti akan hidup orang yang berlainan taraf sosial dengan kita, tidak mengerti mereka yang lebih kaya atau lebih miskin daripada kita. Jika kita sihat, kita tidak dapat menyelami keadaan mereka yang sakit dan sekiranya kita hampa, kita sudah tentu tidak dapat memahami

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in11 11 1/25/11 9:20:52 AM

Page 13: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

10

kekuatan seorang yang cukup bertenaga.

Kurangnya pengalaman menghasilkan ketidaksabaran kerana kesabaran hanya wujud hasil daripada pemahaman. Tanpa pengalaman sudah tentunya tiada pemahaman. Justeru itu, baik bagi kita untuk memperolehi pengalaman yang luas sebanyak yang mungkin daripada semua aspek hidup, khasnya melancong ke beberapa tempat untuk meluaskan pengalaman kita. Pastikan juga kita tidak selalu melancong dalam keadaan mewah sehingga terlindung daripada hakikat sebenar hidup.

Kehampaan Manusia

Buddha mengajar bahawa kehampaan dan ketidakbahagiaan semua manusia berasal dari keinginan terhadap jenis benda yang salah, kebahagian yang boleh dibeli dengan wang ringgit, menguasai orang lain, dan yang terpenting, terus mengamal hidup sebegini hingga mati. Hajat untuk menikmati kesemua aspek ini membuat seseorang itu mementingkan diri sendiri, hanya memikirkan tentang diri sendiri, menginginkan benda cuma untuk diri sendiri serta tidak mempedulikan apa yang akan terjadi kepada orang lain. Oleh kerana mereka tidak akan dapat

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in12 12 1/25/11 9:20:53 AM

Page 14: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

11

semua yang diingini, mereka akan berasa resah dan tidak puas hati. Satu-satunya cara untuk mengelakkan keresahan ini dengan mengikiskan puncanya, iaitu keinginan. Ini agak susah. Akan tetapi apabila seseorang mencapainya, dia akan sampai di suatu keadaan kesempurnaan dan ketenteraman.

*Kita tidak menikmati keseronokan duniawi. Keseronokan yang dikejari pula telah mengatasi dan mengongkong kita (yakni melalui kekhuatiran yang berterusan untuk mencari keseronokan yang menembuskan seluruh tenaga kita). Kita menderita lebih daripada mengecapi keseronokan dalam proses mengejari keseronokan duniawi ini.

Masa akan menyembuhkan luka kita

Kesusahan akan timbul dan juga berlepas. Apa yang menyebabkan anda menitiskan air mata pada hari ini akan dilupakan tidak lama lagi; anda mungkin ingat anda pernah menangis ketika itu tetapi mungkin tidak teringat mengapa anda menangis! Semasa kita membesar dan melalui hidup, jika kita ingat perkara tersebut selalunya kita akan hairan dan mendapati akan terjaga hingga larut malam memikirkan tentang sesuatu yang telah berlaku dan menghampakan kita seharian,

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in13 13 1/25/11 9:20:53 AM

Page 15: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

12

atau bagaimana kita memupuk kemarahan terhadap seseorang dan membenarkan pemikiran yang sama berkeliaran dalam minda kita tentang bagaimana kita mahu mengenakan atau membalas dendam terhadap orang yang pernah menyakiti kita. Kita mungkin terperangkap dalam keberangan mengenai sesuatu dan akhirnya tertanya-tanya apa yang kita marahkan. Kita akan terkejut apabila memahami betapa bazirnya masa dan tenaga bila kita dibelenggu dengannya dan bagaimana kita sengaja melaluinya dengan kedukaan padahal kita sepatutnya memberhentikannya dan mula memikirkan perkara yang lain.

Apa jua kesusahan kita, bagaimana wujudnya duka itu, masa akan menyembuh kelukaan di dalam diri kita. Akan tetapi pasti kita dapat melakukan sesuatu untuk mencegah diri kita daripada dilukai pada mulanya. Mengapa kita harus membenarkan orang lain dan kesusahan menghabiskan tenaga kita dan membuatkan kita sedih? Sebenarnya, bukan mereka, tetapi kita yang membuatkan diri kita sendiri sedih.

Anda mungkin mengalami kesusahan di pejabat anda atau di tempat anda bekerja, tetapi anda tidak sepatutnya terbawa-bawa atau

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in14 14 1/25/11 9:20:53 AM

Page 16: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

13

menyambungkan kesusahan itu di rumah anda dan mencetuskan suasana yang buruk.

Anda seharusnya sedar yang terdapat suatu jalan penyelesaian atau penamatan terhadap masalah dan kesusahan tersebut yang akan dijumpai melalui tercapainya kebebasan dari keinginan kita yang mementingkan diri sendiri dengan menghapuskan semua bentuk kekeliruan dan kejahilan.

Apabila kita gagal mencari penyelesaian untuk mana-mana masalah, kita akan cuba mencari mangsa iaitu orang yang sentiasa bertentangan sebagai sasaran melepaskan kila kita. Kita belum sedia untuk mengakui kelemahan kita. Kita lebih selesa melemparkan tuduhan pada orang lain dan mengekalkan kila terhadap seseorang. Sesungguhnya, sesetengah daripada kita berasa gembira berbuat demikian. Ini adalah perlakuan yang salah sama sekali. Kita tidak sepatutnya menujukkan kemarahan terhadap orang lain. Kita sepatutnya dengan sedaya upaya, bersabar dan bertenang, menguraikan masalah kita sendiri. Kita harus bersedia untuk berdepan dengan apa saja kesusahan yang kita hadapi.

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in15 15 1/25/11 9:20:53 AM

Page 17: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

14

Kebahagiaan dan Materialisme

Ramai orang percaya bahawa mereka dapat menyelesaikan semua masalah jika mereka memperolehi wang; malahan mereka gagal menyedari bahawa wang juga menimbulkan masalah sampingan. Wang semata-mata tidak dapat menyelesaikan semua masalah.

Ramai orang tidak pernah ketahui dan sibuk menghabiskan semua tenaga cuba mengumpul sebanyak mungkin “gajet” seumur hidup mereka, dan apabila memperolehinya mereka berasa tidak puas ataupun bosan dengannya. Mereka terpaksa memperolehi lebih banyak lagi “gajet” atau sesuatu “gajet” yang lain. Kenyataannya, semakin banyak benda yang diperolehi mereka, semakin tinggi keinginan mereka untuk memperolehi lebih; maka mereka tidak mungkin bahagia atau puas hati.

Nasihat berikut memberikan kita penghargaan yang amat tinggi untuk membentukkan minda kita apabila kehilangan sesuatu:

“Jangan anggap yang ini kepunyaan anda dan itu kepunyaan sayaAnggap saja, ia mendatang kepada anda dan yang itu kepada saya

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in16 16 1/25/11 9:20:53 AM

Page 18: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

15

Maka kita tidak akan kesal akan kepudaran sinarnyaDaripada semua kesinaran yang akhirnya hilang.”

Kekayaan bukan sesuatu untuk anda tinggalkan di mana saja dan untuk diidamkan. Ia untuk digunakan demi kebajikan anda dan juga orang lain. Andainya anda menggunakan masa anda dengan bergantung kepada harta benda anda tanpa memenuhi tanggungjawab anda terhadap negara, rakyat dan agama anda mungkin dapati apabila sampainya saat untuk anda meninggal, dunia ini akan tetap dibelenggui kerisauan. Anda tidak mampu memanfaatkan harta benda yang anda kumpulkan dengan bersusah payah.

Menginginkan kekayaan dan perolehan melalui perjudian seperti menginginkan perteduhan matahari menggunakan awan, manakala menginginkan kemajuan dan kemewahan melalui kegigihan di dalam kerja umpama mendirikan sebuah rumah yang kekal sebagai tempat berteduh daripada matahari dan hujan.

“Harta benda anda akan tetap berkekalan setelah anda meninggal dunia. Rakan-rakan dan saudara-mara anda sekadar mampu menemani anda

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in17 17 1/25/11 9:20:53 AM

Page 19: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

16

sampai tanah perkuburan sahaja. Akan tetapi perbuatan baik dan jahat yang anda lakukan semasa hidup akan mengikuti anda ke kehidupan yang berikutnya.”

Banyak benda yang kita harapkan agar memberikan keseronokan menghampakan kita apabila diperolehi. Ini tidak ubah seperti tiga hajat dalam cerita dogeng yang kita biasa dengar semasa kecil. Sungguh menarik untuk memperoleh wang yang banyak tetapi jika kita memperolehinya, mungkin perasaan bimbang dibawa bersamanya kepada kita untuk memutuskan bagaimana menggunakannya ataupun melindunginya, ataupun kita akan diarah melakukan sesuatu yang bodoh. Orang kaya mula tertanya-tanya adakah kawannya menghargainya ataupun wangnya, dan ini merupakan satu lagi bentuk kesengsaraan mental. Dan sentiasa wujudnya ketakutan akan kehilangan sesuatu yang kita ada, sama ada kepunyaan atau orang kesayangan kita. Oleh itu apabila kita jujur dan mememerhati dengan teliti apa yang kita anggap sebagai “kebahagiaan” kita, kita akan dapati bahawa ia merupakan sejenis maya dalam minda, tidak dapat dipegang sepenuh, tidak sempurna, dan lebih-lebih lagi, diiringi dengan ketakutan akan kehilangannya.

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in18 18 1/25/11 9:20:53 AM

Page 20: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

17

Kekayaan anda hanya dapat menghiasi rumah anda tetapi bukan anda. Hanya sifat baik anda sendiri dapat menghiasi anda. Pakaian anda dapat menghiasi badan anda tetapi bukan anda. Hanya tindak-tanduk baik anda dapat menghiasi anda.

Cara yang harus oleh diterima oleh manusia untuk mendapatkan kebahagiaan mestilah sesuatu yang tidak berbahaya. Tiada guna menikmati kebahagiaan dengan mengabikatkan kesengsaraan kepada orang lain atau kehidupan lain. Buddha pernah bersabda, “Sesungguhnya berkat melimpahi mereka yang menyara hidup tanpa mencederakan yang lain.”

Anda mungkin tidak berupaya untuk mengubah dunia mengikut kehendak anda tetapi anda boleh berubah hati anda untuk mengecapi kebahagiaan.

Hanya apabila anda telah mengalami penderitaan melalui perbuatan baik barulah anda dapat mencapai kebahagiaan yang lebih berbanding dengan mereka yang lain.

“Jika kita ingin mencari kebahagiaan, kita harus berhenti mengharapkan dibalas budi atau

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in19 19 1/25/11 9:20:53 AM

Page 21: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

18

mengingat tentang mereka yang tidak mengenang budi, tetapi menghulur bantuan demi kebahagiaan berkat memberi didalam diri kita sendiri. Mereka yang tidak mengenang budi umpama lalang yang tumbuh secara semula jadi. Mereka yang mengenang budi umpama bunga mawar. Ia perlu diasuh, di siram air, dipupuk, dijaga rapi serta disayangi.”(Dale Carnegie).

Mengawal minda anda

Minda manusia mempengaruhi badannya secara mendalam. Jika dibenarkan berfungsi secara kejam beserta dengan pemikiran yang tidak baik, minda boleh mengakibatkan bencana, mahupun boleh membunuh seseorang; tetapi ia juga boleh memulihkan badan yang sakit. Bagaimana pula? Semasa minda tertumpu pada pemikiran yang benar dengan usaha dan pemahaman yang benar kesan yang dapat dihasilkan adalah sangat besar. Minda yang diiringi pemikiran yang suci dan baik sememangnya menjadi pedoman hidup yang sihat dan tenteram.

Buddha pernah bersabda, “Tiada musuh yang dapat mencederai seseorang dengan begitu banyak berbanding dengan pemikiran kita sendiri yang berasaskan tamak haloba, kebencian,

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in20 20 1/25/11 9:20:53 AM

Page 22: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

19

kedengkian dan sebagainya.”

Seseorang yang tidak tahu bagaimana menyesuaikan mindanya mengikut keadaan umpama mayat di dalam keranda.

Alihkan minda anda kepada anda sendiri, dan cuba mencari kebahagiaan dalam diri anda. Anda akan sentiasa menemui suatu sumber kebahagiaan yang tidak terhad di dalamnya yang sedia untuk dikecapi.

Hanya apabila minda terkawal dan disimpan di laluan yang benar dengan perkembangan yang teratur barulah ia menjadi berguna untuk penggunanya dan masyarakat. Minda yang kurang teratur merupakan liabiliti kepada pemiliknya dan juga orang lain. Semua kebinasaan yang ditimpa oleh dunia adalah akibat manusia yang belum belajar cara kawalan, keseimbangan dan ketenangan minda.

Ketenangan bukannya kelemahan. Sikap yang tenang pada bila-bila masa menunjukkan seseorang beradab. Bukanlah susah untuk seseorang bertenang apabila kesemua perkara mengikut kehendaknya, tetapi agak susah untuk bertenang apabila perkara menjadi terdesak, dan

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in21 21 1/25/11 9:20:54 AM

Page 23: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

20

sifat inilah yang bernilai untuk dicapai. Dengan ketenangan dan kawalan, seseorang membentuk perwatakan yang utuh. Membayangkan mereka yang bising, becok dan sibuk bercerewet sebagai kuat dan berkuasa adalah salah.

Bertindak Dengan Bijak

Manusia wajib tahu bagaimana menggunakan kekayaan, tenaga dan ilmunya pada masa yang sesuai, di tempat yang sesuai dan cara yang sesuai demi kebaikannya sendiri, dan juga demi kebaikan serta kebajikan orang lain. Jika dia salahgunakan keistemewaan tersebut, ia akan mengakibatkan keruntuhan dia sendiri. “Manusia semestinya cukup teguh untuk mengetahui apabila dia lemah, cukup berani berdepan dengan ketakutan, tetap megah tanpa mengorbankan pedoman hidup diambang kekalahan, rendah diri dan beradab tatkala kejayaan.”

Sesetengah orang menerima wang yang banyak atau harta kerana durian runtuh atau wasiat peninggalan ibu bapa mereka. Namun di kalangan mereka hanya segelintir sahaja yang tahu bagaimana untuk menyimpan harta dan mengekalkan harta yang baru diperolehi. Biasanya seseorang yang mendapat harta

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in22 22 1/25/11 9:20:54 AM

Page 24: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

21

sedemikian tanpa usaha dan kerja keras tidak mampu menghargainya. Oleh itu mereka akan mula membelanjakannya ke atas benda yang tidak diperlukan dan, dengan cepat, kesemua harta yang diperolehi akan kehabisan. Manusia mesti tahu bagaimana menguruskan harta tanpa membazirkannya dengan menggunakan sedikit akal waras.

Penyesuaian Diri Kita

Kita hidup dalam dunia yang sentiasa berubah. Akan tetapi tidak ramai yang menyedari kenyataan ini. Seseorang tidak harus berpaut pada tradisi, adat, santun, tabiat dan kepercayaan, yang diperkenalkan oleh nenek moyang dan orang zaman dahulu dengan tanggapan bahawa dia harus mengikuti kesemua tradisi ini selama-lamanya. Sekiranya pandangan sempitnya berterusan, masyarakat kita tidak mungkin mengecapi kemajuaan. Mungkin terdapat adat yang baik di antara semua adat resam yang diwarisi daripada nenek moyang, yang bersesuaian untuk masyarakat moden. Sebaliknya ibu bapa dan orang tua sentiasa berkonflik dengan generasi muda mereka. Mereka ingin melihat anak-anak mereka mengikuti adat dan tradisi mereka. Bagaimanapun, ini bukan satu sifat yang

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in23 23 1/25/11 9:20:54 AM

Page 25: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

22

baik untuk diamalkan. Mereka harus membenarkan anak-anak mereka berganjak langkah bersama masa sekiranya tidak berbahaya. Ibu bapa hanya perlu menyingkap kembali bagaimana ibu bapa mereka sendiri menentang sesetengah cara hidup yang moden tetapi kelaziman semasa mereka muda. Konflik antara orang konservatif dan generasi muda bukan suatu gejala yang sihat bagi perkembangan masyarakat. Sememangnya, jika kanak-kanak sesat akibat daripada panduan yang salah masyarakat moden, ibu bapa sepatutnya menasihati dan membimbing mereka.

Anda mesti mempelajari bagaimana bersabar dengan pendapat dan adat orang lain, walaupun tidak disukai anda. Dalam konteks ini, bersabar tidak bermaksud anda perlu menuruti idea dan idealnya.

Setiap individu adalah sebahagian daripada dunia manusia ini dan bertanggungjawab terhadap apa jua yang berlaku di dalamnya. Dia mesti berperihatin sama ada dunia menuju ke arah bersifat lebih kemanusiaan atau sebaliknya. Dia harus bertanya kepada dirinya sendiri sama ada apa yang dilakunya menyumbang kepada keadaan dunia yang lebih teratur dan secara langsung menjadi pendorong untuk tindak-tanduknya. Hidup

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in24 24 1/25/11 9:20:54 AM

Page 26: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

23

sebegini adalah hidup yang bahagia. Dengan itu, hidup kita menjadi lebih terpuji, dan kita tidak puas hati secara konstruktif dengan keadaan semasa, dan melakukan sesuatu secara bahagia untuk mencapai keadaan yang lebih baik.

Keadaan yang sihat

Betapa pahit gurau-senda atau teguran yang ditujukan kepada anda oleh sesiapa pun, seperti seorang yang bijak anda juga mesti membalas dengan gurauan yang tidak mewujudkan keadaan yang tidak sihat.

Ketika anda bermain suatu permainan, jangan tunjukkan kemarahan jika anda sedang menuju kekalahan; dengan berbuat demikian anda bukan saja merosakkan keriangan orang lain tetapi di akhir permainan anda akan kalah sepenuhnya.

Anda tidak dapat membetulkan setiap orang di dunia ini demi mencapai keharmonian mengikut cara yang diingini. Anda juga tidak dapat mengalihkan semua batu dan duri di dunia untuk keselesaan semasa berjalan. Seseorang yang ingin berjalan di atas lantai dengan lancarnya perlulah berkasut. Begitu juga, seseorang yang inginkan ketenteraman minda, mesti mengawasi

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in25 25 1/25/11 9:20:54 AM

Page 27: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

24

perasaannya sendiri.

Terdapat banyak cara untuk membetulkan seseorang jika dia tersilap. Mengkritik, menuduh dan menjerit kepadanya di khalayak ramai tidak dapat membetulkannya. Anda mesti faham bagaimana membetulkannya tanpa menghina atau menjatuhkan air mukanya. Ramai orang bermusuhan dengan mengkritik orang lain. Jika anda dapat memberitahunya dengan baik, dengan tujuan untuk membetulkannya, dia pasti akan mendengar dan suatu hari nanti akan berterima kasih di atas bimbingan dan kebaikan anda terhadapnya.

Bila saja anda memberikan pendapat mengenai perkara tertentu, sentiasa cuba untuk menggunakan perkataan yang tidak menyinggung perasaan orang lain. Terdapat banyak cara untuk anda memberikan pendapat sama ada secara lemah-lembut, bersopan ataupun secara diplomasi.

Anda sepatutnya tidak melepaskan kemarahan anda apabila kesalahan anda diketengahkan. Anda mungkin berpendapat bahawa dengan melepaskan kemarahan dan menjerit kepada orang lain, anda dapat menahan atau mengatasi kelemahan anda. Ini tidak benar dan perlakuan

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in26 26 1/25/11 9:20:54 AM

Page 28: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

25

salah yang tidak dapat diterima.

Anda sepatutnya tidak mendedahkan rahsia peribadi bekas sahabat anda yang memberitahu rahsianya kepada anda walaupun perhubungan anda dengannya tidak rapat lagi. Jika anda berbuat demikian, anda akan dipandang rendah oleh orang lain dan tidak lagi diterima sebagai seorang yang ikhlas.

Saksama

Anda tidak sepatutnya membuat sebarang keputusan secara terburu-buru apabila mood anda kurang baik atau telah dihasut orang, mahupun ketika anda dalam mood yang baik akibat pengaruh emosi. Ketika ini, anda beremosi dan sebarang keputusan atau kesimpulan yang dibuat akan dikesali kelak hari nanti. Anda seharusnya mententeramkan minda anda dahulu dan berfikir panjang. Barulah keputusan anda menjadi saksama.

Amalkan toleransi; toleransi akan membantu anda mengelakkan keputusan yang gopoh. Ia membantu anda bersimpati dengan masalah orang lain, mengelakkan kritikan yang berubah-ubah, memahami bahawa walaupun individu yang

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in27 27 1/25/11 9:20:54 AM

Page 29: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

26

terbaik tidak juga sempurna; kelemahan yang anda dapati pada jiran anda mungkin ada pada diri anda sendiri.

Merendah diri

Merendah diri adalah tolok bandingan para cendikiawan untuk mempelajari perbezaan antara apa yang sebenar dan apa yang belum pasti. “Buddha sendiri memulakan gagasannya dengan meninggalkan status seorang putera sebagai suatu tindakan merendahkan diri. Beliau mencapai Pencerahan tetapi tidak kehilangan sifat semulajadinya, tidak angkuh tentang pencapaiannya. Hujjah-hujjahnya halus dan tunjuk ajar beliau tidak angkuh. Beliau meluangkan masa untuk sesiapa pun, walaupun orang yang palih rendah disisi masyarakat. Beliau tidak pernah kehilangan kebolehan berjenakanya.”

Jangan membazirkan masa anda

Membazirkan kewujudan manusia dengan bersedih diatas masa yang lampau, dan sikap malas serta sambil lewa menunjukkan ketidaklayakannya menjadi manusia justeru itu membenarkan kamma buruknya menurunkannya ke tempat yang sewajar dengan

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in28 28 1/25/11 9:20:54 AM

Page 30: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

27

ketidaklayakannya itu. Ingat dengan baik, dan buat baik semasa masih hidup. Dengan membazirkan masa, anda bukan saja mencederakan diri sendiri tetapi juga orang lain, pada hal masa anda dan orang yang lain adalah sama.

Kesabaran dan toleransi

Bersabar terhadap semua. Kemarahan memimpin seseorang ke rimba yang tidak berhaluan. Ketika menjengkel dan menyakiti hati orang lain, ia juga menyakiti seseorang itu sendiri, melemahkan bentuk fizikal dan mengganggu minda. Sepatah kata kasar, umpama lepasan panah yang terlepas dari ibu panah, tidak dapat dipatahbalikkan walaupun anda meminta ribuan ampun.

Sesetengah makhluk tidak dapat melihat pada waktu siang manakala ada yang buta pada waktu malam. Akan tetapi seorang individu yang terpacu ke tahap hasad dengki yang tinggi tidak mampu memerhati, sama ada di waktu siang mahupun malam.

Dengan siapa dan apa yang anda berlawan semasa marah? Anda sebenarnya berlawan dengan diri anda, pada hal andalah musuh anda sendiri yang terburuk. Minda adalah kawan terbaik

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in29 29 1/25/11 9:20:54 AM

Page 31: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

28

dan juga musuh terburuk anda. Anda mesti cuba menghapuskan nafsu keinginan, kebencian dan kejahilan yang terselindung di dalam minda anda dengan mengamalkan kesusilaan, konsentrasi dan kearifan.

Sesetengah jenis masalah jantung, penyakit reumatik dan penyakit kulit dapat dikesan berpunca daripada kemarahan kronik, hasad dengki serta iri hati. Perasaan membinasa seperti ini meracuni isi hati. Perasaan tersebut mempercepatkan perkembangan penyakit yang tersembunyi dan menimbulkan keadaan untuk mikrob penyakit bertapak.

Kembali ke baik dari jahat

Jika anda ingin menghapuskan musuh, anda sepatutnya mulakan dengan menghapuskan hasad dengki anda yang merupakan musuh di dalam selimut.

Di samping itu jika anda mudah diganggu oleh musuh anda, ini bermaksud anda telah menepati kehendak musuh dan terperangkap oleh mereka tanpa disedari.

Anda tidak sepatutnya bertanggapan bahawa

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in30 30 1/25/11 9:20:54 AM

Page 32: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

anda hanya dapat mempelajari sesuatu daripada mereka yang memuji dan membantu serta berhubung rapat dengan anda. Terdapat banyak juga yang anda boleh pelajari daripada musuh anda; anda sepatutnya tidak memikirkan mereka itu salah sama sekali kerana kebetulan mereka musuh anda. Mereka juga pasti mempunyai sifat yang baik.

Anda tidak dapat menghapuskan musuh dengan membalas kejahatan dengan kejahatan. Jika anda berbuat demikian anda akan hanya mengundang lebih ramai musuh. Cara yang paling betul untuk mengatasi musuh ialah dengan memancarkan kasih sayang suci kepada mereka. Anda mungkin berasa perkara in mustahil atau mengarut. Akan tetapi cara ini dihayati oleh mereka yang berbudaya dan bertamadun. Apabila anda mengetahui seseorang sangat marah terhadap anda, cari punca permusuhan tersebut terlebih dahulu. Siasat jika ia disebabkan oleh kesilapan anda. Terus akui dan meminta maaf daripadanya tanpa ragu-ragu. Jika disebabkan oleh salah faham antara anda berdua, berbicara dengannya secara terbuka hati dan cuba memaklumkannya tentang keadaan sebenar. Seandainya disebabkan oleh iri hati atau perasaan emosi yang lain anda semestinya memancarkan kasih

29

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in31 31 1/25/11 9:20:55 AM

Page 33: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

saying suci terhadapnya supaya anda akan dapat mempengaruhinya melalui gelombang mental anda. Kemungkinan anda tidak faham bagaimana ini berlaku tetapi melalui pengalaman daripada ramai orang dibuktikan bahawa ini adalah cara yang paling berpengaruh, bijak dan mudah dan amat digalakkan di dalam agama Buddha. Sememangnya, untuk melakukannya anda mesti mempunyai keyakinan dan kesabaran. Dengan berbuat demikian anda akan dapat menyedarkan musuh anda bahawa dialah yang bersalah; lagipun anda juga akan bermanfaat dalam pelbagai cara kerana tidak menampung kemusuhan di dalam isi hati anda.

Kasih Sayang Suci

Selagi terdapat seorang individu yang anda dapat pujuk dengan kata-kata bersifat belas kasihan, yang mendapat kemeriahan dan keriangan dengan kehadiran anda, yang dapat meringankan bebannya berkat bantuan anda walaupun amat kecil, anda merupakan khazanah manusia sejagat yang bernilai. Anda tidak perlu berasa tawar hati atau tertekan.

Mungkin ada kalanya mereka yang anda sayangi seakan-akan tidak mempedulikan anda dan anda

30

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in32 32 1/25/11 9:20:55 AM

Page 34: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

sudah tentu terasa kehantapan. Jangan terasa kesungulan. Ada kena-mengenakah jika mereka tidak berasa terhutang budi kepada anda atau mempedulikan anda, asalkan anda tahu yang anda memang berlembut dan baik terhadap orang lain serta penuh dengan kasih sayang terhadap rakan sebaya. Kebahagiaan seseorang tidak harus bergantung kepada orang lain. Orang yang menjangka mendapatkan kepuasan hidupnya daripada orang lain lebih teruk lagi berbanding dengan pengemis yang berlutut sambil menangis untuk meminta sedekah hariannya.

Kemabukan

Kemabukan menyingkirkan sebabMenenggelamkan ingatanMencacatkan mindaMenghilangkan tenagaMenyemarakkan darahMenyebabkan kecederaan dalaman dan luaran yang tidak dapat diubati.

Ahli sihir kepada badanSetan kepada mindaPencuri isi dompetSumpah pengemisKesedihan isteri

31

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in33 33 1/25/11 9:20:55 AM

Page 35: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Kesengsaraan anak-anakGambar Si Kejam Pembunuh diri sendiriYang minum mengganggu kesihatan orang lainDan merampas dirinya sendiri.

Keputusan akhirnya tidak lain daripada kemerosotan fizikalnya dan keruntuhan akhlak.

Ancaman Dadah

Arak dianggap sebagai salah satu sebab utama kemerosotan fizikal dan keruntuhan akhlak manusia. Kini dadah merupakan satu lagi bentuk penyalahgunaan yang kejam, lebih memudaratkan dan lebih merbahaya berbanding dengan arak. Ia merangkumi heroin, hashih dan banyak lagi bentuk. Ia menonjolkan kehodohan mereka, yang menyebabkan lebih banyak masalah manusia dan masyarakat yang lebih serius sehingga tergugatnya keharmonian kemanusiaan. Kini ia telah menjadi masalah dunia sejagat. Akibatnya adalah lebih serious dan merbahaya daripada arak. Kecurian, rompakan, jenayah seks dan penipuan secara besar-besaran berlaku akibat daripada pengaruh dadah yang membinasakan masyarakat. Pembunuhan dan kemusnahan keluarga juga berlaku akibat penagihan dadah.

32

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in34 34 1/25/11 9:20:55 AM

Page 36: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Berjuta-juta ringgit sehingga tidak terkira sudah dibelanjakan oleh banyak kerajaan di seluruh dunia untuk membanteras tabiat penagih dadah yang buruk dan memulihkan mereka tetapi ketagihan tetap bertahan didalam diri mereka. Ia menjadi tanggungjawab wajib kita, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, membantu setakat yang boleh, melalui agama kita dan organisasi masyarakat, untuk membanteras tabiat ini yang berbahaya dan buruk dan mengelakkan anak-anak kita daripada mendekatinya. Hidup penagih dadah adalah hidup yang meyeksakan dan umpama neraka di dunia, yang menuju ke pusara lebih awal berbanding individu normal.

Sebagai manusia kita seharusnya dapat melatih kawal-diri sendiri dan membezakan antara baik dan buruk. Elakkan dari ketagihan dadah dan membantu yang lain untuk berbuat demikian. Ini adalah servis yang terbaik demi kemanusiaan.

Hidup secara harmoni

Sejarah dunia menyedarkan kita tentang nasib malang, kesengsaraan dan kesusahan yang keterlaluan di dunia ini akibat daripada diskriminasi kaum, warna kulit, pelampau agama dan tamak haloba terhadap kuasa politik dan kekayaan

33

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in35 35 1/25/11 9:20:55 AM

Page 37: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

yang melibatkan kematian secara kejam. Isu-isu tersebut tidak mendatangkan sumbangan terhadap keamanan dan kebahagiaan. Manusia yang tergilakan kuasa dan kekayaan serta diracuni kecemburuan sering menimbulkan kesusahan dan selalu cuba memberi alasan untuk perbuatan mereka dengan mengatakan yang bukan-bukan dan menyinggung perasaan orang lain. Kita kini hidup di dunia yang bersepakat secara fizikal tetapi minda terpisah.

Anda mencipta syurga dan neraka

“Jika anda ingin hidup di dunia ini dengan aman dan bahagia, benarkan yang lain juga hidup dengan aman dan bahagia juga, supaya anda dapat membolehkan hidup di dunia ini sesuatu yang bermakna.” Usah harapkan kebahagiaan dan keamanan dalam dunia ini kecuali dan sehingga anda dapat menyesuaikan diri untuk hidup mengikut prinsip-prinsip mulia tersebut. Usah harapkan kebahagiaan dan keamanan dari syurga sekadar sembahyang sahaja. Jika anda bertindak mengikut prinsip-prinsip moral, anda dapat mencipta syurga anda sendiri di dunia ini. Jika tidak anda dapat juga menyaksi api neraka di dunia ini sendiri. Tidak tahu bagaimana hidup mengikut undang-undang alamiah dan kosmik,

34

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in36 36 1/25/11 9:20:55 AM

Page 38: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

kita sentiasa merugut apabila berdepan dengan masalah.Jika setiap orang cuba menyesuaikan diri tanpa merugut dan mengkritik orang lain kita dapat menikmati puncak kebahagiaan syurga yang sebenar berbanding dengan sesetengah orang yang berada dalam khayalan yang tidak terhingga.

Tidak perlu mencipta syurga di mana-mana untuk balasan kebaikan, atau neraka untuk hukuman. Kebaikan dan kejahatan merupakan reaksi yang tidak dapat dielakkan di dunia ini sendiri. Dalam hubungan ini, keyakinan atau ketakwaan anda tidak relevan. Cara ini merupakan yang terbaik untuk membolehkan anda membantu ke arah kesejahteraan masyarakat dan negara. Kini, tamadun manusia telah membangun sehingga ke tahap ini disebabkan mereka akur tentang hakikat ini and sumbangan keharmonian daripada sesetengah orang yang turut bersimpati dan prihatin terhadap kebahagian dan perkembangan orang lain. Anda boleh faham sekarang mengapa kita sepatutnya mengamalkan kesusilaan. Di samping itu, anda mesti faham bahawa dengan membantu orang lain hidup bersusila, anda juga membantu diri anda sendiri hidup bersusila. Bila anda hidup bersusila, anda membantu mereka hidup bersusila.

35

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in37 37 1/25/11 9:20:55 AM

Page 39: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

“Kita hidup dan kerja serta bermimpi,Setiap orang memperolehi bahagiannya yang kecilKadang kalanya kita gelak ketawaKadang kalanya kita menangisDemikianlah hari berlepas.”

Hidup perkahwinan yang bahagia

Dalam perkahwinan yang berjaya, si suami dan isteri lebih mementingkan kepentingan bersama daripada kepentingan si individu. Ini merupakan minat yang saling tersirat dan suatu cara pengorbanan bersama demi kepentingan bersama kedua-dua individu.

Perasaan selamat dan ketenangan berasal daripada usaha bersama.

Banyak masalah dan kerisauan timbul antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak-anak, saudara mara dan rakan-rakan disebabkan oleh salah-faham dan ketidaksabaran. Suami tidak sepatutnya melayan isteri seperti orang gaji. Walaupun dia adalah tulang belakang keluarga, adalah tanggungjawabnya untuk membantu isterinya dengan kerja rumah tangga bila-bila saja dia senang. Sebaliknya isteri tidak sepatutnya

36

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in38 38 1/25/11 9:20:55 AM

Page 40: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

sentiasa berleter atau bersungut ke atas suaminya jika terdapat kekurangan di rumah. Dia juga tidak sepatutnya mencurigai suaminya. Sesungguhnya jika suaminya mempunyai kelemahan di dalam aspek tertentu, dia boleh menegurnya dengan lemah-lembut. Seseorang isteri mestilah bertoleransi tanpa menyusahkan suaminya. Si Suami juga harus bertindak dengan bijak.

Perkahwinan membawa berkat tetapi ramai orang mengubah perkahwinan mereka menjadi neraka akibat kurangnya pemahaman, toleransi dan kesabaran sesama mereka. Kemisikinan bukan punca utama perkahwinan yang tidak bahagia. Suami dan isteri mesti belajar berkongsi apa saja dalam hidup harian yang mendatangkan kebahagiaan mahupun kesakitan. Saling memahami antara pasangan hidup merupakan rahsia kepada kebahagiaan hidup berumah tangga.

Menerima kritikan

Manis itu pembawa penyakit, pahit itu ubat. Pujian seperti gula-gula bila keterlaluan akan mengakibatkan penyakit. Sementara kritikan umpama pil yang pahit atau suntikan yang sakit untuk mengubati penyakit. Kita seharusnya

37

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in39 39 1/25/11 9:20:55 AM

Page 41: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

berani untuk menerima kritikan dan jangan takut padanya.

“Kehodohan yang kita kelihatan pada orang lainMencerminkan diri kita sendiri”

Hidup individu seseorang, keadaan dan dunia adalah suatu refleksi fikiran dan kepercayaan kita sendiri. Semua orang adalah cermin yang memantulkan wajah kita sendiri. Semua orang melihat dunia manusia dan benda, seperti melihat ke dalam cermin yang memantulkan refleksi mereka.

Awasi urusan diri sendiri

Alangkah baiknya, jika anda dapat menguruskan perkara sendiri tanpa campur tangan orang lain. Di sini terdapat beberapa nasihat yang diberi oleh Buddha:

“Seseorang tidak sepatutnya menatap kesilapan orang lain serta perkara yang sepatutnya disiapkan tetapi belum disiapkan oleh orang lain. Sebaliknya, harus menatap apa yang wajar dlakukannya sendiri dan yang belum dilakukannya.”

Sekali lagi Buddha berkata, “Bagi seseorang

38

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in40 40 1/25/11 9:20:55 AM

Page 42: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

yang memerhati kesilapan orang lain dan sentiasa marah, kekotoran batinnya sendiri akan bertambah. Dia jauh daripada pembinasaan keburukannya sendiri.”

Tambahan lagi Buddha bersabda: “Senang untuk melihat kesilapan orang lain; tetapi susah mengesani kesilapan sendiri. Seseorang mengangini kesilapan orang lain seperti sekam padi; tetapi menyembunyi kesilapannya seperti pemburu mahir yang dapat menyembunyikan dirinya.”

“Orang yang mulia tidak akan menyimpang daripada jalan yang benar walau dalam apa jua keadaan pun. Mereka tidak lagi mempunyai nafsu keinginan untuk mengejar keseronokan duniawi. Para bijaksana tetap kelihatan tenang diluaran serta di minda di dalam keadaan suka mahupun duka.”

Tiada sesiapa yang hidup di dunia ini bebas daripada dituduh ataupun dikritik oleh yang lain. Buddha bersabda:

“Ada yang menuduh orang lain kerana mendiamkan diri. Yang banyak bercakap mahupun yang bercakap secara sederhana pun dituduh.

39

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in41 41 1/25/11 9:20:56 AM

Page 43: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Tiada sesiapa pun yang bebas daripada dituduh.”

Selanjutnya, Beliau bersabda: “Tidak pernah, mahupun akan terdapat, atau kini terdapat sesiapa yang dituduh atau dipuji sepenuhnya.” Bumi mana tidak ditimpa hujan. Bukan semua yang mengkritik anda merupakan musuh. Anda boleh menggunakan peluang tersebut untuk menilai serta mencari kelemahan sendiri yang tidak ketara sebelum ini.

Anda tidak sepatutnya melepaskan kerja yang baik disebabkan oleh kritikan. Jika anda bersemangat untuk meneruskan kerja anda dengan baik walaupun dikritik, anda pasti menjadi seorang yang akan berjaya di mana saja.

Jangan bimbang

Rahsia kepada kebahagiaan dan kejayaan hidup bergantung kepada apa yang sepatutnya dilakukan sekarang, dan bukan dengan membimbangkan diri dengan yang masa yang lampau atau masa depan. Kita tidak boleh balik ke masa lampau dan membentukkannya semula mahupun meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Cuma satu-satunya masa yang dapat kita mengawal kesedaran kita, iaitu sekarang!

40

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in42 42 1/25/11 9:20:56 AM

Page 44: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Ramai orang asyik bimbang berfikir tentang masa depan. Jika mereka mempelajari untuk menyesuaikan diri mengikuti keadaan hidup harian mereka, tiada alasan untuk mereka bimbang. Apa jua khayalan, apa jua idaman yang terdapat di dalam minda mereka, mereka harus sentiasa ingat bahawa mereka hidup dalam dunia yang sentiasa berubah.

Menjadi baik “Tiada bintang yang dapat kita percayaiTiada cahaya sebagai pedomanKita tahu yang kita mestiMenjadi baik, adil serta bertindak betul”

Tiang kejayaan

Kegagalan merupakan tiang kejayaan. Belajar daripada kegagalan kita demi mencapai kejayaan. Tidak pernah gagal bermaksud tidak pernah menang. Melainkan kegagalan yang kita alami dan tekanan yang diiringi, kita tidak akan dapat mengecapi kejayaan dengan sepenuhnya.

Kegagalan semata-mata suatu pusingan dalam kejadiaan beriringan yang kecil. Kita tidak harus gentar menghadapinya. Kegagalan bukan

41

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in43 43 1/25/11 9:20:56 AM

Page 45: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

sahaja membantu kita mencapai kejayaan, tetapi membuat kita menjadi baik, bersimpati, memahami orang lain dan kaya dengan pengalaman hidup.

Kecantikan yang sebenar

Jika seseorang dilahirkan hodoh, bagaimana hodohpun air mukanya, jika dia mengamalkan kasih sayang, kasih sayang itu dapat memberikannya suatu kecantikan dalaman abadi yang menonjol secara luaran dan mencorak seluruh badannya dengan kecantikan yang luarbiasa ini. Jelas sekali ia menonjolkan daya tarikannya sebab inilah kecantikan yang sebenar, bukannya bentuk atau warna muka atau kulitnya.

Kita ambil contoh seorang yang kacak. Kadang-kala orang mungkin tidak tertarik dengan dia kerana kecantikannya yang mungkin dicacatkan oleh kesombongan atau sikap bongkak diatas kecantikannya sendiri. Sementara seorang yang hodoh tetapi penuh dengan kasih sayang yang tiada batasnya dan bertutur dengan lemah-lembut dan bersopan, melayan orang lain dengan baik pasti dapat menawan hati setiap orang.

42

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in44 44 1/25/11 9:20:56 AM

Page 46: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Ketenangan di saat kematian

Manusia bukan diganggu oleh keadaan luarannya, tetapi oleh pengertian mereka terhadap keadaan luaran. Sebagai contoh kematian tidak mengerikan. Perasaan ngeri atau takut sebenarnya terpahat di dalam minda kita. Tumpuan ke atas kebenaran hakiki iaitu hidup tetap menderita mungkin negatif bagi sesetengah orang yang tidak dapat berdepan dengan kenyataan, tetapi tumpuan ini berperanan untuk menyedarkan diri tentang kenyataan hidup.

Berpaut kepada hidup akan menyemarakkan ketakutan terhadap kematian. Ia mencipta seorang yang hipokondriak, iaitu seorang yang tidak akan mengambil risiko walaupun untuk kebenaran. Dia hidup diselubungi ketakutan yang sesuatu penyakit atau kemalangan akan meragut nyawanya. Apabila sedar yang kematian tidak dapat dielakkan, ketakutan yang tidak rasional itu akan mengejutkan sesetengah orang yang berpaut pada dunia untuk mengharapkan rohnya terselamat di syurga. Tiada sesiapa pun mampu berbahagia dalam keadaan yang penuh ketakutan atau dengan berpegang pada harapan palsu. Memang susah untuk melupakan atau mengabaikan naluri untuk kemandiran

43

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in45 45 1/25/11 9:20:56 AM

Page 47: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

diri. Bagaimanapun, pasti terdapat cara untuk mengatasinya. Caranya dengan melupakan kepentingan diri dengan berkhidmat untuk orang lain dimana kita menukarkan kasih sayang terhadap diri kepada kasih saying terhadap orang lain. Tatkala sibuk dan leka membantu orang lain, anda akan melupai ketakutan, sifat semata-mata mementingkan diri, keangkuhan, harapan palsu dan sifat keras kepala.

Semua orang inginkan ketenangan di saat kematian setelah menunaikan tanggungjawab dan kewajipannya di dalam hidup. Namun berapa ramaikah yang bersedia seperti ini? Berapa ramaikah yang akan bersusah payah untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga, saudara mara, rakan-rakan, negara, agama dan bangsa? Jika seseorang mati tanpa menunaikan tanggungjawabnya, sudah pasti susah untuknya memperolehi ketenangan di saat kematiannya.

Ramai yang takut menghadapi mayat manusia. Akan tetapi mereka yang hidup lebih merbahaya daripada yang mati. Lebih ramai orang yang gementar dan ditumpas oleh mereka yang hidup berbanding dengan bangkai yang tidak bernyawa.

44

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in46 46 1/25/11 9:20:56 AM

Page 48: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

SERVICES AVAILABLE ATTHE BUDDHIST MAHA VIHARA

• BookingforDana(AlmsGiving)andBana(Sermons)• BlessingServices/FuneralServicesbyMonks• BookingofFacilitiesforreligiousfunctions/events• MarriageRegistration• FullMoon/NewMoonDayPuja&FreeVegetarianLunch• SundayDhammaClassesforChildren&Adults• Buddhist&PaliUniversityCourses• KSriDhammanandaLibrary• Bookshop• Kindergarten-TadikaSudharma• PARAMABusiness&I.T.TrainingCentre

WEEkLy ACTIVITIES• DailyPuja 6.30a.m.&7.30p.m.• ChoirPractice Tuesday 8.00p.m.• SpecialTalk Friday 1.00p.m.• DhammaTalk Friday 8.00p.m.• Meditation Mon,Tues&Thurs 8.00p.m.• BojjhangaPuja Saturday 7.30p.m.-8.30p.m.• Puja&Talk Sunday 8.30a.m.• DhammaSchool Sunday 8.30a.m.&11.00a.m.• DharmafortheDeaf Sunday 2.00p.m. (forthnightly)

DONATION IN CASH OR kIND CAN BE MADE FOR:• PropagationofBuddhism(Dhammaduta)• FreePublications(MalaysiaandOverseas)-Annuallyabout300,000 booksin19Languages• EducationFund• FullMoonandNewMoonservicessponsorship• GeneralMaintenanceoftheBuddhistMahaVihara• Utilities(Electricity,water,telephone,administrationetc)• Illumination(lighting)oftheMainShrineHall• Illumination(lighting)oftheAwkanaBuddha&Cakra• Monks'Dana• Monks'Requisites• WelfareFund(MalaysiaandOverseas)• SpecialReligiousEvents -Wesak -AnnualBlessingService -AnnualMeritOffering -KathinaPinkama(ceremony) -Monks’NovitiateProgramme

MAy THE BLESSINGS OF THE NOBLE TRIPLE GEMBE WITH yOU AND yOUR FAMILy

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in47 47 1/25/11 9:20:56 AM

Page 49: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Buddhist Maha Vihara123,JalanBerhala,Brickfields,50470KualaLumpur,WilayahPersekutuan,Malaysia.Tel:603-22741141Fax:603-22732570

DONATION FORM

I / We would like to make a donation to the Buddhist MahaVihara.

Name:

Address:

Amount:RM

Towards:FreePublications (English,Mandarin,Malay,Tamil,Sinhalese,Spanish, Thai,Vietnamese,Burmese,Hindi,Kannada,Telegu, Oriya, Kishwahili, Chichewa, Luganda, Brazilian Portugese,Dutch,French)

Others,pleasespecify

Allchequescanmadepayableto:BUDDHISTMAHAVIHARAor TT to “BUDDHIST MAHA VIHARA” ACCOUNT NO.0061-10-003018-0,EONBANKBERHAD,BRICKFIELDS,KL.KindlysendusacopyofyourBANKSLIPso thatwecansendyouanOFFICIALRECEIPT.

DonationscanalsobemadebyVisaandMasterCardattheBMVoffice.

BagaimanaMengatasiMasalahAnda.in48 48 1/25/11 9:20:56 AM

Page 50: (The GifT of Dhamma excels all GifTs) In Loving Memory Ofbuddhistmahavihara.org/admin/uploads/how_to_overcome_yr...The Sangha Sunday School Meditation Class ... Seorang ahli anatomi

Sasana Abhiwurdhi Wardhana Society

123, Jalan Berhala, Brickfields,50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-22741141, Fax: 03-22732570E-mail: [email protected]

Sasana Abhiwurdhi Wardhana SocietyBuddhist Maha Vihara

123, Jalan Berhala, Brickfields,

Bagaimana Mengatasi

Masalah Anda?How to Overcome Your

Difficulties (Malay)

Bhante Dr K. Sri Dhammananda

Untuk Bukan Islam Sahaja

BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1BagaimanaMengatasiCover.indd 1 1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM1/25/11 9:23:06 AM