nasyid
DESCRIPTION
nasyidTRANSCRIPT
1
PERTANDINGAN nasyid ISWAHYU
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT
2
1. SYARAT PENYERTAAN
1.1 Terbuka kepada murid-murid yang mengikuti kelas al-Quran dan Fardhu
Ain (KAFA),Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.(JAKIM)
1.2 Peserta mestilah warganegara Malaysia.
2. SYARAT PESERTA/ KUMPULAN
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid-murid KAFA (KAFA,
SAR/KAFA Integrasi/ KAFA Sekolah Harian) melibatkan tahun 1 hingga
tahun 6. Peserta hanya dibenarkan mewakili sekolah atau negeri, tempat
murid belajar.Cth
(Murid yang belajar di Sekolah KAFA di Wilayah Persekutuan, hanya
dibenarkan mewakili sekolah atau negeri bagi Wilayah Persekutuan,
walaupun murid tersebut bermastautin /menetap di Selangor) dan
merupakan murid KAFA (KAFA ,SAR,KAFA Integrasi/KAFA Sekolah
Harian)
2.2 Setiap sekolah/ daerah hanya dibenarkan menghantar 2 kumpulan
nasyid (1 kumpulan lelaki dan 1 kumpulan perempuan) yang
mengandungi tidak kurang daripada 8 orang dan tidak lebih daripada
10 orang murid termasuk pemain muzik bagi setiap kumpulan.
2.3 Kumpulan yang menjadi johan bagi setiap kategori akan mewakili
daerah ke peringkat negeri.
2.4 Semua peserta hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada
ibubapa/penjaga.
3. PENYERTAAN CIPTAAN LAGU DAN LIRIK NASYID
3.1 Penyertaan Ciptaan lagu dan lirik adalah khusus kepada lagu Bahasa
melayu dan terbuka kepadea semua guru-guru KAFA dengan mengisi
Borang yang disediakan dan disahkan oleh Guru Besar. (Borang ini
hendaklah dikepil bersama dengan 2 salinan lirik lagu kepada pihak urus
setia sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.
3.2 Pencipta lagu dan penulis lirik tidak semestinya dari orang yang sama.
3
3.3 Skor lagu dan lirik hendaklah dihantar bersama-sama borang
penyertaan kumpulan.
3.4 Lagu yang dicipta mestilah dipertandingkan dan dinyanyikan oleh
kumpulan yang bertanding.
3.5 Setiap penyertaan lagu dan lirik akan menjadi hak milik penganjur serta
Hak Cipta Terpelihara.
4. BORANG PENYERTAAN KUMPULAN
4.1 Setiap kumpulan hendaklah mengisi borang penyertaan kumpulan
(Borang Penyertaan Nasyid) dengan lengkap dan disahkan oleh Guru
Besar sekolah masing-masing.
4.2 Borang penyertaan Peringkat Negeri yang lengkap dan disahkan
hendaklah sampai kepada pihak urus setia sebelum atau pada tarikh
yang ditetapkan.
5. TEMA : “PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA”
6. LAGU
6.1 Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu.
6.2 Lagu pertama hendaklah diambil daripada mana-mana lagu yang telah
disediakan oleh pihak JAKIM, sebagaimana yang terdapat dalam Garis
Panduan IKK.
6.3 Manakala lagu kedua hendaklah ciptaan baru. Ia hendaklah ciptaan
asal, bebas daripada saduran/ ciplak/ plagiat dan belum pernah
dirakamkan/ dicetak atau disiarkan untuk sebarang siaran. Walau
bagaimanapun ia dibenarkan merujuk kepada lagu-lagu yang sedia ada
sebagai panduan dan rujukan.
6.4 Lagu yang disampaikan hendaklah berbentuk Nasyid Kontemporari
atau Nasyid Tradisional yang mengandungi unsur-unsur lagu Masri
seperti Bayati, Soba, Nahawan, Hijaz, Rast, Sikah, Jiharkah atau unsur-
unsur lagu Hijazi seperti Husaini, Mayyah, Banjakah, Rakbi dan Dukkah.
Ciri-ciri qasidah adalah digalakan bagi kedua-dua lagu (Nasyid Moden
dan Nasyid Kontemporari).
4
6.5 Rentak berunsur hardrock, heavy metal, jazz, rap, hip-hop dan yang
seumpamanya adalah dilarang sama sekali.
6.6 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
7. LIRIK
7.1 Salah satu daripada lirik kedua lagu tersebut hendaklah ciptaan baru
dan asli.
7.2 Lirik bagi lagu yang pertama adalah Bahasa Arab dan bagi lagu
kedua adalah Bahasa Kebangsaan.
7.3 Lirik Bahasa Arab hendaklah disertakan terjemahannya secara bertulis.
7.4 Lirik lagu yang dicipta hendaklah menepati konsep tema Festival Nasyid
yang ditetapkan serta mengandungi unsur nilai-nilai Islam yang unggul
seperti keimanan kepada Allah Ta’ala, kepatuhan kepada ibubapa,
berakhlak mulia, nasihat, perpaduan, cintakan tanah air, masyarakat
penyayang dan nilai-nilai murni yang lain.
7.5 Lirik lagu tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif dan negatif .
7.6 Tema tidak semestinya menjadi tajuk lagu.
7.7 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
8. PERSEMBAHAN
8.1 Segala aktiviti kumpulan nasyid di pentas bermula sebaik sahaja peserta
pertama naik ke atas pentas dan masa akan berhenti dikira selepas
peserta terakhir turun dari pentas.
8.2 Hanya pergerakan kecil bersesuaian dengan lagu yang disampaikan
dan tidak keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi
pergerakan yang keterlaluan.
8.3 Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik
tradisional nasyid seperti kompang, bongo, conga, darbuka, Turkish
tomolo, shaker, tamborine, djembe, cabasa, gendang, maracas,
rebana, chime dan cajon dan yang diharuskan oleh syara’.
8.4 Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live), tidak
boleh menggunakan minus one.
8.5 Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.
5
8.6 Setiap kumpulan dibenarkan memperkenalkan nama kumpulan, tetapi
dilarang memperkenalkan nama/ identiti setiap anggota kumpulan.
8.7 Mana-mana pasukan yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh
dibatalkan penyertaannya.
9. PAKAIAN
Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan bersopan seperti berikut:
9.1 Lelaki
9.1.1 Memakai pakaian kebangsaan (bersamping dan bersongkok
hitam) yang lengkap dan berkasut. Sandal atau selipar tidak
dibenarkan sama sekali.
9.2 Perempuan
9.2.1 Berbaju kurung/jubah dan bertudung yang sempurna dan
berkasut. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.
9.2.2 Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.
Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan.
9.2.3 Semua etika dan larangan yang terdapat dalam peraturan
berpakaian boleh merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Peraturan tersebut mesti dipatuhi dan diikuti.
10. MASA
10.1 Setiap kumpulan diberi masa 12 minit untuk mempersembahkan kedua-
dua buah lagu dan tambahan 3 minit untuk persiapan masuk dan keluar.
10.2 Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 9 minit atau
melebihi masa 12 minit yang telah ditetapkan.
11. PEMARKAHAN
Lagu Pertama
11.1 Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu:
i- Suara dan sebutan : 40 markah ii- Persembahan dan Kreativiti : 30 markah iii- Lirik : 20 markah iv- Persembahan : 10 markah
Jumlah : 100 markah
6
Lagu Kedua
11.1 Penghakiman kumpulan nasyid dibahagikan kepada empat bahagian
iaitu:
i- Suara : 35 markah ii- Lagu : 20 markah iii- Lirik : 20 markah iv- Persembahan dan Kreativiti : 15 markah
iv- Muzik : 10 markah
Jumlah : 100 markah
12. PENENTUAN KEPUTUSAN
12.1 Kumpulan Nasyid Terbaik
12.1.1 Kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan
sebagai Johan.
12.1.2 Kumpulan yang mendapat markah kedua tertinggi akan
diisytiharkan sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.
12.1.3 Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan
dirujuk kepada :
Pertama : Suara Kedua : Lagu Ketiga : Persembahan
12.1.4 Sekiranya masih sama, penilaian akan dirujuk kepada elemen
keberkesanan Persembahan.
12.1.5 Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bersidang dan
membuat keputusan.
12.1.6 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
12.2 Ciptaan Lagu Terbaik Dan Lirik Terbaik
12.2.1 Setiap lagu dan lirik yang dipersembahkan dan menepati tema
dan konsep nasyid akan dinilai untuk pertandingan.
12.2.2 Lagu dan Lirik yang mendapat markah tertinggi memberi kesan
dan mempengaruhi markah penghakiman.
12.2.3 Sekiranya terdapat persamaan, hakim akan bersidang dan
membuat keputusan.
12.2.4 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
7
13. HADIAH PERTANDINGAN NASYID
Peruntukan hadiah dan pembahagian kategori yang menerima hadiah akan
ditentukan oleh Jawatankuasa Induk ISWNS.
14. BANTAHAN PESERTA
14.1 Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada
Pengerusi Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi
yang disediakan.
14.2 Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.
14.3 Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah Hakim
sebelum keputusan diumumkan. Bantahan yang diterima selepas
keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
14.4 Semua bantahan akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jemaah
Hakim dan keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD.
14.5 Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 200.
15. PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN
15.1 Nasyid Arab
Bagi penghakiman dan pemarkahan untuk kategori lagu nasyid bahasa
arab adalah menggunakan format yang berbeza berdasarkan tajuk dan
lirik lagu telah pun disediakan oleh urusetia pertandingan . Format
pemarkahan nasyid bahasa arab adalah mengikut pecahan berikut.
a. Suara dan sebutan (40 markah)
Setiap lagu dinilai dari aspek berikut:
i- “Vocal range”Ketepatan pic, nada, tempo dan frasa: 10 markah
ii- Sebutan lirik jelas : 10 markah
iii- Penguasaan teknik / Improvisasi vocal : 10 markah
iv- Keseimbangan/harmoni : 10markah
8
b. Persembahan dan Kreativiti (30 markah)
i- Persembahan & Kreativiti Pentas : 10 markah
ii- Ekspresi dan Penghayatan : 10 markah
iii- Dinamik persembahan : 10 markah
c. Muzik (20 markah)
i- Kekemasan : 10 markah
ii- Kesesuaian rentak : 10 markah
d. Lagu (10 markah)
i- Irama Masri/Qasidah : 6 markah
ii- Bentuk Kontemporari : 4 markah
15.2 Nasyid Bahasa Melayu
Bagi nasyid Bahasa melayu format pemarkahan adalah berdasarkan penilaian seperti berikut:
a. Suara (35 markah)
Setiap lagu dinilai dari aspek berikut:
Kualiti ton : 8 markah
Ketepatan pic,nada,tempo dan frasa : 8 markah
Sebutan : 6 markah
Dinamik : 6 markah
Keseimbangan/harmoni : 7 markah
b. Lagu (25 markah)
Keaslian Lagu (Melodi) : 4 markah
Irama Masri/Unsur Irama padang pasir
dan qasidah : 5 markah
Bentuk Kontemporari : 4 markah
Kesesuaian rentak : 6 markah
Disiplin Lagu/kreativiti ciptaan : 6 markah
9
c. Lirik (20 markah)
Kesesuaian Mengikut tema : 4 markah
Kejelasan mesej : 6 markah
Kesinambungan isi : 6 markah
Bahasa : 4 markah
d. Gaya dan Persembahan (20 markah)
Gaya dan penampilan : 6 markah
Etika : 6 markah
Ekspresi : 4 markah
Keberkesanan persembahan : 4 markah
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23