n !thus fducanon i.hjjvf:lt,sitv -...

8
SULIT 5lJLlJ\N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/2016 KOD VAP3023 KURSUS : PENGAWALAN PEROSAK MASA : 2 JAM 30 MINIT TARIKH : 3 0 DEC 2015 ARAHAN 1. Kertas ini mengandungi TIGA bahagian: A, B dan C. 2. Jawab SEMUA soalan di dalam buku jawapan yang disediakan. 3. Kertas soalan lni akan dikumpul semula pada akhir peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat termasuk muka hadapan ». PROGRAM: ------------------- TAHUN: KUMPULAN KULIAH : _ NO. PENDAFTARAN : -------- NO. KAD PENGENALAN : .._I-L_-'---__.__---'--__'--__,_____,__----'-_-'----'----'--__ PENSYARAH: Profesor Dr. Yusof bin Ibrahim TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU SULIT

Upload: vanquynh

Post on 14-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1714/1/Pengawalan Perosak (VAP3023).pdf · Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang

SULIT

5lJLlJ\N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV

PEPERIKSAAN AKHIRSEMESTER 1 SESI 2015/2016

KOD VAP3023 KURSUS : PENGAWALAN PEROSAK

MASA : 2 JAM 30 MINITTARIKH : 3 0 DEC 2015

ARAHAN

1. Kertas ini mengandungi TIGA bahagian: A, B dan C.

2. Jawab SEMUA soalan di dalam buku jawapan yang disediakan.

3. Kertas soalan lni akan dikumpul semula pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat termasuk muka hadapan

». PROGRAM:-------------------

TAHUN: KUMPULAN KULIAH :_

NO. PENDAFTARAN :--------

NO. KAD PENGENALAN : .._I-L_-'---__.__---'--__'--__,_____,__----'-_-'----'----'--__PENSYARAH: Profesor Dr. Yusof bin Ibrahim

TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT

Page 2: N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1714/1/Pengawalan Perosak (VAP3023).pdf · Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang

VAP3023: Pengawalan Perosak2

SAHAGIAN A (30 markah)Arahan: Jawab semua soalan berikut.

1. Penyakit karat yang terdapat pada tanaman kopi dan kekacang lazimnya

mempamerkan warna oren kemerah-merahan terutamanya pada daun dan buah,

tetapi terdapat satu penyakit karat daun yang menyerang khususnya sayur kangkungyang mempamerkan bintik-bintik berwarna

_

2. Insektisid aerosol berjenama KILLSECT yang dijamin selamat untuk kegunaandomestik mempamerkan tanda lilitan pada dinding bekasnya berwarna

3. Tanaman padi diserang oleh kulat Pyricularia oryzae menunjukkan dengan ketara

simptom kecederaan tangkai padi mengakibatkan kerugianhasil tuaian.

4. Buah limau kekal berwarna hijau (tidak menguning) walaupun sudah masak adalah

simptom jelas penyakit citrus greening atau dikenali sebagai penyakit

_________________di tempat asalnya iaitu negeri China.

5. Spesies rumpai rusiga tumbuh melata di kawasan tanaman sayur-sayuran dan satu

daripadanya ialah yang bergelar rumput halia hitam atau nama saintifiknya

6. Pengawalan perosak pemakan daun secara suntikan batang dengan insektisid

monocrotophos (Azodrin'") atau trichlorfon (Dipterex") sesuai dilakukan pada tanaman

jenis _

7. Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang maju seperti tanaman

kelapa sawit kerana serangan ke atas lenggai oleh kepinding nyamuk dan ulat

pengorek lenggai serta dibebani dengan beberapa penyakit seperti lenggai hitam

yang disebabkan oleh kulat Phytophthora sp. dan mati rosot pucuk koko yang

dlsebabkan oleh kulat bernama_

[Lihat sebe/ah

Page 3: N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1714/1/Pengawalan Perosak (VAP3023).pdf · Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang

VAP3023: Pengawalan Perosok 3

8. Kulat bernama (saintifik) ____________ ialah satu-satunya kulat

yang menyebabkan penyakit peluruhan daun primer pada tanaman getah di Malaysia.

9. Kumbang belalai Rhynchophorus schech yang menyerang umbut kelapa dan kelapasawit mempunyai mulut menggigit-mengunyah yang terletak tepat di _

" O. Plasmodiophora brassicae adalah satu-satunya kulat rendah yang menyerang

tanaman kubis mengakibatkan kerosakan berupa _

11. Melalui Lembaga Racun Perosak Malaysia, kerajaan telah mengkategorikan racun

perosak kepada enam dan yang paling beracun dan amat toksik mempunyai lambang

tengkorak dan tulang silang serta gegelang berwarna pada bekasnya.

12. Pengusaha tanaman padi di Tanjung Karang kini berasa tertekan dengan hargarendah yang diberi oleh kilang Bernas kerana tuaian padi yang banyak bercampur

dengan biji rumpai Echinochloa crus-quill yang mana nama biasanya ialah

13. Selain rumput daun tirus seperti rumput kerbau Paspalum conjugatum yang terdapatdi ladang-Iadang getah, banyak juga terdapat rumpai berkayu (woody) jenis daun

lebar seperti senduduk atau nama saintifiknya _

14. Bagi tanaman getah, masalah penyakit lebih hebat daripada serangan serangga.

Begitupun, serangga bernama (saintifik) ialah yang

paling terkenal kerana serangannya mengakibatkan pokok getah tumbang akhirnya.

15. Viroid cadang-cadang, Imperata cylindrica dan 1% daripada spesies serangga di

dunia ini dikirakan perosak kerana secara kuantitinya mencedera dan menyebabkan

penyakit tanaman serta secara kualitinya _

16. Sebagai bioagen, serangga Diadegma semiclausum dan Apante/es plutellae digelar

parasitoid kerana_

[ Lihat sebelah

Page 4: N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1714/1/Pengawalan Perosak (VAP3023).pdf · Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang

VAP3023: Pengawalan Perosak 4

17. Perosak jenis mandibulate seperti kumbang Epi/achna indica dan rama-rama Erionata

thrax lazimnya amat merbahaya kepada tanaman ladangan tetapi serangan ulat lipatdaun bernama Cnapha/ocrosis medina/is tidak akan menjejaskan hasil padi selagiaras kerosakan yang disebabkannya tidak mencapai _

18. Populasi kumbang pendebungaan kelapa sawit E/aeidobius kamarunikus kini didapatisemakin berkurangan di sesetengah tempat kerana ia teramat rentan terhadapinsektisid piretroid seperti cypermethrin, malah ia juga menjadi bahan makanan pula

kepada haiwan perosak seperti _

19. Dalam proses ekdisis, bahagian tisu dalaman seperti stomodeum dan proktodeumserta jaringan trakea dan trakeol disalinkan dengan tisu yang baharu bersama-sama

dengan eksoskeleton. Ini terjadi kerana tisu dalaman ini sebenarnya pada asalnyaialah----------------------------------------------

20. Serangga perosak dalam order Hemiptera yang sering menyerang anak benih pokok

getah dalam nurseri seperti afid Aphis craccivora dan teritip Saisettia nigra serta dari

bukan serangga seperti hamama lelabah merah Tetranychus urticae melakukan

kerosakan dengan cara_

21. Karbohidrat yang telah dicerna dan dileraikan kepada satu saiz molekul

monosakarida mudah melepasi dinding epitelium mesenteron dan diserap ke dalam

hemolimfa dengan bantuan proses difusi dan osmosis, tetapi molekul monosakarida

ini tidak boleh berpatah balik ke dalam mesenteron kerana_

22. Tidak terdapat sebarang alat pengepam seperti set piston atau diafragma bagi alat

penyembur galas jenis pneumatik untuk memberi tekanan semburan kerana

23. Hormon prothoracicotropic merangsang ekdisis dengan rembesan hormon juvanadan hormon ekdison dan seterusnya pengerasan dan pewarnaan kutikel denganrembesan hermon bursikon, masing-masing dari tiga kelenjar ductless korpus

kardiakum, korpus allatum dan akhirnya kelenjar protoraks yang mana akan merosot

setelah--------------------------------------

[Lihat sebelah

Page 5: N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1714/1/Pengawalan Perosak (VAP3023).pdf · Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang

VAP3023: Pengawalan Perosak 5

24. Tanaman pokok getah di Brazil, Amerika Selatan tidak maju seperti di Malaysiakerana diserang oleh penyakit kulat endemik SALB yang bernama Microcyclus ulei

yang mengakibatkan _

25. Tujuan menjalankan kalibrasi alat penyembur pestisid ialah untuk menentukan

26. Apabila terdapat kulat Ustilaginoidea virens pada tangkai buah pad; ini member;

petandabahawa ___

27. Selain mengguna perangkap dan umpan beracun seperti warfarin, burung jelapangbernama Tito alba dikatakan agen kawalan biologi yang berkesan terhadap tikus

sawah Rattus argentiventer kerana sifat semulajadinya yang masih lagi membunuh

tikus walaupun _

28. Simptom seperti daun klorosis dan ialah petanda yang nyatabahawa serangan nematod Meloidogyne sp. telah berlaku.

29. Kulat dalam genera Rigidoporus dan Ganoderma ialah kulat yang lazim

mengakibatkan penyakit akar pada tanaman minuman, pokok getah dan buah­

buahan, tetapi lain bagi Ganoderma boninense kerana kulat ini menyebabkan

penyakit kelapa sawit yang membawa maut.

30. Diketahui bahawa penyakit lecur anak benih "seedling blight sayur-sayur boleh

disebabkan oleh empat genera kulat patogenik dan satu daripadanya ialah dari genus

I"

[Lihat sebe/ah

Page 6: N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1714/1/Pengawalan Perosak (VAP3023).pdf · Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang

VAP3023: Pengawalan Perosak 6

SAHAGIAN S (30 markah)Arahan: Jawab mana-mana tiga (3) soalan berikut.

1. Tanaman jagung manis mesti diawasi daripada serangan perosak tidak kurangdaripada tiga spesies serangga pengorek batang dan tongkol jagung.

a) Jelaskan pada minggu ke berapa selepas percambahan biasanya pokok jagungmulai diserang.

b) Namakan spesies utama dan cara kecederaan mula-mula (initial) dilakukan

sebelum larva mengorek batang jagung.

c) Mengapa pokok jagung ini tidak diserang perosak ini terlebih awal lagi.

d) Namakan baki dua spesies lagi yang bersama-sama dengan spesies pertama

mencederakan tongkol jagung serta nyatakan dengan jelas bahagian tongkol

yang dicederakan oleh setiap satu spesies berkenaan.

e) Ada kalanya tongkol jagung juga diserang oleh penyakit dan lain-lain perosakbukan serangga. Kenai pasti dan ceritakan hal penyakit tongkol jagung ini.

Kenai pasti juga satu daripada perosak bukan serangga dan ceritakan simptom

kerosakannya.

(15 markah)

2. Banyak kultivar sayur-sayuran bernilai ekonomik tidak terlepas daripada serangan

serangga dan penyakit, sama ada pada daun mahupun buahnya.

a) Sagi tanaman sayur kubis dan tomato di Cameron Highlands, kemukakan dua

spesies serangga perosak (SP) (nama biasa atau saintifik) dan dua spesies

organisma penyebab penyakit (OPP) (nama biasa atau saintifik) yang lazim

berleluasa.

b) Pllih satu daripada SP dan satu daripada OPP tersebut, jelaskan simptomkerosakan dan akibat serangan bagi setiap satu.

c) Kemukakan cadangan anda berkaitan pendekatan atau langkah-Iangkah yang

boleh diambil bagi mengurangkan serangan atau mengelak kejadian begini

berulang pada musim-musim berikutnya.

(15markah)

[ Lihat sebelah

Page 7: N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1714/1/Pengawalan Perosak (VAP3023).pdf · Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang

VAP3023: Pengawalan Perosak 7

3. Encik Mahat mengusahakan tanah sawah seluas 20 hektar yang mesti disembur

dengan insektisid formulasi komersil SERANG® (20% b.a. L-1, EC) untuk mengawalbenah hijau Nephotettix virescens. Semburan yang akan beliau lakukan adalah

mengikut kadar sebanyak 0.5% b.a. dalam 200 Lair Ha-1• 8erapa banyakkahinsektisid formulasi SERANG® yang beliau perlukan untuk melakukan semburan di

tanahnya seluas 20 hektar?

(15 markah)

4. Pengetahuan konsep ekonomi populasi perosak amat penting dalam merencanakan

langkah pengawalan ke atas serangga perosak dan penyakit tanaman. Denganbantuan ilustrasi, perjelaskan konsep aras ambang ekonomi (ET), aras kecederaan

ekonomi (ElL) dan aras ambang tindakan (AT) berbanding aras keseimbangan am

(GEP). Huraikan corak dinamik perkembangan populasi perosak dalam keadaan

ekosistem semulajadi (natural) bersama-sama bioagen berbanding corak dinamik

dalam keadaan intervensi teknologi di mana pestisid diguna untuk mengurangkanancaman populasi perosak. Dalam keadaan ekosistem semulajadi dengan adanya

bioagen, jeiaskan peranan rumpai dalam mengekalkan GEP pada aras rendah.

(15 markah)

5. Dengan bantuan ilustrasi, perjelaskan pemahaman teori ekologi populasi perosak

yang dikirakan amat penting dalam memahami kesan pengaruh faktor fizikal abiotik

dan agen biotik ke atas perkembangan dan kepadatan populasi. Dalam keadaan

berlakunya ledakan populasi perosak, jelaskan mengapa boleh terjadi sedemikian.

Jelaskan keadaan serangan perosak rama-rama intan Plutella xylostella yang sukar

dibendung di tanah tinggi Cameron Highlands kerana amalan pengurusan oleh

petani di situ. 8eri cadangan langkah-Iangkah kawalan perosak yang perlu diambil.

(15 markah)

[ Lihat sebelah

Page 8: N !tHUS fDUCAnON I.HJJVf:lt,SITV - pustaka2.upsi.edu.mypustaka2.upsi.edu.my/eprints/1714/1/Pengawalan Perosak (VAP3023).pdf · Industri tanaman koko di Malaysia tidak dapat berkembang

VAP3023: Pengawalan Perosak 8

BAHAGIAN C (25 markah)Arahan: Jawab hanya satu (1) daripada soalan berikut.

1. Tanaman getah adalah tanaman terpenting bagi ekonomi Malaysia. Oleh itu apabila

terjadinya serangan serangga dan wabak penyakit, hasil tuaian sudah pasti terjejas.Kenai pasti nama saintifik: (a) satu spesies serangga perosak akar dan satu spesies

perosak daun, serta (b) satu spesies agen penyakit akar dan satu spesies agen

penyakit daun. Jelaskan simptom dan akibat serangan oleh kesemua perosak dan

penyakit yang telah anda kenai pasti. Apakah cadangan anda bagi mengawal

serangga dan merawat penyakit yang menyerang akar getah. Kemukakan langkah­

langkah jangka panjang yang boleh diambil bagi merencatkan perebakan serta

mengelak kerosakan akar berulang.

(25 markah)

2. Kelapa sawit adalah sumber utama pengeluaran pertanian dan pertukaran asingsumber pertanian Malaysia. Beqitupun kelapa sawit tidak terlepas daripada diserang

serangga perosak, perosak bukan serangga dan penyakit kulat, sama ada pada (a)

daun, (b) batang mahupun (c) tandan buah. Bagi setiap bahagian tanaman ini, kenai

pasti satu spesies serangga perosak atau perosak bukan serangga dan satu spesieskulat penyebab penyakit. Jelaskan simptom dan akibat serangan oleh kesemua

perosak dan penyakit yang telah anda kenai pasti. Apakah cadangan anda bagi

mengawal serangga dan merawat penyakit yang menyerang tandan buah sawit.

Kemukakan langkah-Iangkah jangka panjang yang berupa mesra alam yang boleh

diambil bagi merencatkan perebakan serta mengelak kerosakan tandan berulang.(25 markah)

3. Tanaman padi sebagai tanaman ruji tidak terlepas daripada sumber serangan: (a)

serangga perosak, (b) penyakit dan (c) perosak mamalia, serta (d) persaingan

dengan rumpai, sama ada di sawah mahupun di dalam kilang dan gudang simpanan.Kenai pasti dengan nama saintifik satu spesies bagi setiap sumber serangan

tersebut di atas. Perjelaskan simptom kerosakan akibat serangan keempat-empat

agen perosak tersebut dan syorkan langkah yang boleh diambil bagi mengekang

serangan dan persaingan pada masa akan datang.

(25 markah)

SOALAN TAMAT