mzp 3112v vokal

11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN TUGASAN PROJEK MZP 3112V ALAT MUZIK UTAMA-VOKAL II Nama : ALIAA IRYANI BINTI MD.ZELAN No. K/P : 930118-02-5336 No. Matriks : 28509 Program : PISMP Ambilan : JAN 2013 Unit : L7B

Upload: aliaa-iryani

Post on 26-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

vokal

TRANSCRIPT

Page 1: Mzp 3112v Vokal

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran MalaysiaKAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA

PERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PROJEK

MZP 3112V

ALAT MUZIK UTAMA-VOKAL II

Nama : ALIAA IRYANI BINTI MD.ZELAN

No. K/P : 930118-02-5336

No. Matriks : 28509

Program : PISMP

Ambilan : JAN 2013

Unit : L7B

Nama Pensyarah : PUAN HANIZAH ABDUL BAHAR

Tarikh Serahan : 4 APRIL 2014

Page 2: Mzp 3112v Vokal

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan

kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya

menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran dalam proses untuk menyiapkan kajian ini.

Alhamdulillah berkat pertolongan pihak -pihak berikut saya dapat menyiapkan kerja kursus yang

diamanahkan pada tempoh yang ditetapkan.

Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Hanizah Abdul Bahar, pensyarah

matapelajaran Alat Muzik Utama-VOKAL II (MZP 3112V), di atas kesudian beliau memberi

tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan

tugasan ini berlaku. Dengan motivasi yang tinggi, saya sentiasa bersemangat untuk

melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan ribuan teima kasih

kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung

sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Tanpa bantuan mereka semua yang

sanggup berkongsi ilmu dan pendapat, adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini.

Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan

mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di

muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat

terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan.

Justeru, saya akhirkan penghargaan ini dengan serangkap pantun,

“Berkejar-kejaran ombak di laut,

Menyentuh pantai berpasir bersih,

Budi tuan disebut-sebut,

Kerja selesai dan terima kasih.”

Page 3: Mzp 3112v Vokal

LIRIK LAGU MENGHITUNG HARI-KRIS DAYANTI

Menghitung hari

Detik demi detik

Masa kunanti apakan ada

Jalan cerita kisah yang panjang

Menghitung hari

Padamkan saja kobar asmaramu

Jika putik itu takkan ada

Yang aku minta tulus hatimu

Bukan puitis

Pergi saja cintamu pergi

Bilang saja pada semua

Biar semua tahu adanya

Diri ku kini sendiri

Oh... Pergi saja cintamu pergi

Bilang saja pada semua

Biar semua tahu adanya

Diri ku kini sendiri

Diri ku kini sendiri...

Page 4: Mzp 3112v Vokal

ULASAN KRITIS

Menghitung Hari adalah sebuah album studio karya penyanyi pop Indonesia Krisdayanti yang

dikeluarkan pada tahun 1999. Lagu ini ditulis oleh Andi Rianto manakala komposernya ialah

Andi Rianto. Album ini merupakan rilisan semula album Krisdayanti sebelumnya, Sayang

(1998), untuk pasaran Malaysia. Selain memaparkan seluruh lagu dari album Sayang, album ini

juga memuatkan dua buah lagu baru karya pemuzik berbangsa Malaysia, iaitu "Jangan

Biarkan" dan "Hati Ini Telah Dilukai" yang dinyanyikan secara duet bersama Ajai (bekas

anggota Exists, band Malaysia yang terkenal di Indonesia pada era 1990-an).

Album ini berjaya besar di Malaysia dan berjaya melonjakkan Krisdayanti sebagai

penyanyi solo terkenal di negara-negara rumpun Melayu di Asia Tenggara. Krisdayanti juga

berjaya meraih trofi di acara perhargaan tertinggi muzik Malaysia, Anugerah Industri Muzik

(AIM), sebagai "Album Indonesia Terbaik" pada tahun 1999. Lagu ini berkisarkan tentang kisah

percintaan sepasang kekasih yang tidak kesampaian. Pasangannya mengharapkan kekasihnya

akan pergi membawa cinta mereka

Genre lagu ini ialah pop balada. Muzik Balada adalah muzik yang berbentuk naratif

muzik . Balada secara khusus merupakan ciri-ciri dari puisi dan lagu popular dari Kepulauan

Inggeris dari tempoh abad pertengahan sampai abad 19 dan digunakan secara meluas di

seluruh Eropah dan kemudian Amerika , Australia dan Afrika Utara. Bentuk ini sering digunakan

oleh penyair dan komposer dari abad ke-18 untuk menghasilkan balada lirik. Pada abad ke-19,

muzik ini memerlukan makna dari bentuk lambat lagu cinta popular dan istilah ini sekarang

sering digunakan sebagai sinonim dengan lagu cinta, khususnya power ballad pop atau rock.

Lagu Menghitung Hari menggunakan tempo yang agak perlahan bersesuaian dengan

genrenya.

Lagu ini mengambil masa selama 3:31 minit. Lagu ini juga menggunakan meter 4/4 dan

menggunakan tanda nada G Major. Lagu ini juga mempunyai 24 bar. Not yang paling rendah

dalam lagu ini ialah not C manakala not yang paling tinggi ialah not D. Lagu ini seharusnya

dinyanyikan dengan penuh perasaan agar pendengar dapat merasai maksud yang tersirat dan

tersurat dalam lagu ini kerana ia mempunyai lirik dan maksud yang sangat indah. Penyanyi juga

harus menyanyi lagi ini dengan berhati-hati dan mempunyai pic yang tepat kerana julat suara

bagi lagu ini agak tinggi. Jeda paling besar dalam lagu ini ialah Major ke-7 manakala jeda paling

kecil ialah Major ke-2. Lagu ini menggunakan empat bar dalam satu frasa.

Page 5: Mzp 3112v Vokal

Kebanyakan lagu ini menggunakan suara dada dan kepala. Suara “dada” terhasil dari

getaran resonans di bahagian rongga dada di mana penggunaannya adalah amat terhad iaitu

hanya digunakan di bahagian pic yang rendah dan suara biasa (suara percakapan). Semasa

penggunaan teknik “suara dada”, bahagian kotak suara akan mengesan getaran yang berkala

pada rawan yang berhubung dengan pangkal tekak. Penyanyi akan diberi gambaran bahawa

berlaku satu getaran di bahagian muka dan torasik atau dada.

Manakala “suara kepala” telah dikenali pada abad ke-13 seperti yang dinyatakan oleh

Johannes de Garlandia dan Jerome of Moravia. Penggunaan teknik adalah sesuai ketika

menyanyikan pic yang tinggi. Menurut Clippinger, titik permulaan pertukaran register suara bagi

lelaki dan perempuan bermula dari huruf Eb atau E diatas middle C. Kelebihan penggunaan

teknik adalah memudahkan seseorang penyanyi itu menyanyikan pic yang tinggi dengan

selesa. Ini kerana “suara kepala” mempunyai renj yang besar berbanding “suara dada”.

Kesimpulannya, lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dari segi cara

penghayatan yang perlu ditekankan supaya pendengar dapat menghayati lagu ini dengan lebih

mendalam. Penyanyi haruslah mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan lagu ini juga harus

dinyanyikan dengan dinamik yang betul serta penyanyi haruslah mendengar dengan teliti

supaya ketidaktepatan pic tidak berlaku kerana banyak pic-pic yang tinggi yang boleh

membuatkan penyanyi menyanyi dengan pic yang kurang tepat.

Page 6: Mzp 3112v Vokal

REFLEKSI

Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya akhirnya

dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Alat Muzik Utama Vokal II ini. Pengalaman yang saya

dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali. Langkah pertama saya setelah

mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari, membaca serta mengumpul semua

maklumat berkaitan dengan tugasan melalui internet, buku atau jurnal. Tugasan ini amat

menarik perhatian saya kerana seperti yang Tuan ketahui, saya amat meminati bidang vokal

kerana ia telah menjadi sebahagian dari hidup saya sejak kecil lagi dan sering mebuat

persembahan nyanyian di luar kawasan IPG juga untuk menimba pengalaman yang baru.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Puan Hanizah Abdul

Bahar kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Tanpa bantuannya,tidak mungkin saya

dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Terima kasih juga saya ucapkan kepada

rakan-rakan yang banyak memberi sokongan ketika saya menjalankan kursus ini iaitu Zana,

Nabil, dan Alya. Mereka juga banyak membantu saya dalam memahami perkara-perkara baru

yang tidak saya ketahui. Jutaan terima kasih juga diucakan kepada ibu dan bapa saya yang

banyak memberi sokongan moral kerana saya hampir berputus asa kerana terdapat banyak

tugasan lain yang harus dihantar pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun, saya berasa amat bangga dan rela hati untuk membuat kerja

kursus ini. Hal ini kerana melalui tugasan ini saya dapat mempelajari banyak input-input baru

berkenaan dengan cara-cara untuk mengawal vokal dengan lebih baik dan renj suara yang

sesuai bagi setiap peringkat umur sama ada bagi lelaki atau perempuan. Oleh itu, walaupun

terdapat pelbagai kekangan sepanjang penghasilan tugasan ini,saya hadapinya dengan sabar

dan tabah supaya saya dapat mendalami perkara baru dalam bidang vokal ini. Tambahan pula,

melalui tugasan ini, telah banyak mengajar saya untuk menghasilkan suara dari perut ataupun

dari kepala bersesuaian dengan lagu yang ingin disampaikan.

Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali

dan dapat saya gunakan untuk masa kini atau masa hadapan dan turut membantu saya dalam

sesi pengajaran mata pelajaran muzik di sekolah nanti dan turut membantu saya menjadi guru

yang lebih berkualiti tidak seperti khabar angin yang tidak elok mengatakan bahawa guru muzik

sering mengambil lewa dengan tugas mereka tanpa memberi komitmen yang tinggi di dalam

kelas.

Page 7: Mzp 3112v Vokal

Akhir sekali, kerja kursus sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam usaha

meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan. Dikala proses menyiapkan kerja kursus ini,

secara langsung atau tidak langsung telah menambahkan lagi ilmu pengetahuan melalui

rujukan, perbincangan dan juga kajian yang telah dilakukan. Subjek ini amat penting kerana

Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran major saya dan saya haruslah mendapat

pendedahan yang lebih awal mengenai Pendidikan Muzik supaya tidak gentar untuk mengajar

kelak.

Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya perolehi

melalui tugasan projek ini. Saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi melalui

tugasan projek ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan seterusnya

menjadikan generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi

selaras dengan hasrat wawasan 2020.

Page 8: Mzp 3112v Vokal

RUJUKAN

Page 9: Mzp 3112v Vokal

LAMPIRAN