mystream@sekolah: dari stem ke stream untuk … · abad ke21 untuk menyediakan- generasi masa depan...

282

Upload: truongmien

Post on 11-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MYSTREAM@SEKOLAH: DARI STEM KE STREAM UNTUK … · abad ke21 untuk menyediakan- generasi masa depan kita dengan asas penting ... tingkah laku dan memainkan peranan dalam memahami

693

MYSTREAM@SEKOLAH: DARI STEM KE STREAM UNTUK KEMAHIRAN ABAD KE-21

Marlia M. Hanafiah1*, Khairiatul M. Jansar1, Nur Izzah Hamna A. Aziz1, Siti

Amira Ainaa Idris1

1Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK Pembelajaran berasaskan komuniti (CBL) telah memberi dorongan baru kepada pendidikan abad ke-21. CBL boleh dianggap sebagai salah satu daripada teknik pedagogi yang baru. Selaras dengan agenda Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), CBL bertujuan meningkatkan kualiti modal insan untuk memenuhi keperluan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam transformasi Pendid ikan 4.0. Oleh itu, program MySTREAM telah d iperkenalkan untuk an jakan paradigma daripada pendekatan tradisional kepada falsafah moden yang menekankan kemahiran abad ke-21. Program MySTREAM merangkumi pendidikan kelestarian dengan mengambilkira beberapa elemen seperti pemikiran kritis, membayangkan senario masa depan dan membuat keputusan secara kolaboratif. Dengan mengintegrasikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matemat ik (STREAM), MySTREAM menyediakan pelajar abad ke-21 yang mampu menilai sesuatu melalui pengalaman dan kebijaksanaan, mampu menyelesaikan masalah dan bekerja melalui proses kreatif. Kata kunci: Kemahiran abad ke-21; pendidikan kelestarian; transdisiplin; pendidikan berkualiti PENGENALAN MySTREAM adalah pendekatan pendidikan yang menggunakan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik bagi menghasilkan pelajar, penyelid ik, pendidik dan pemimpin abad ke-21. Daripada memberi tumpuan kepada skor ujian piawaian, program MySTREAM memberi penekanan kepada menghargai proses pembelajaran yang menekankan kemahiran abad ke 21 termasuk komunikasi, penerokaan, pemahaman, aplikasi, penciptaan, mensintesis, kolaborasi, pemikiran krit ikal, penyelesaian masalah, kreativit i dan inovasi. Pendekatan MySTREAM memberi ilham kepada generasi muda untuk berfikir dan beraksi seperti saintis, membina seperti jurutera, mereka bentuk seperti ahli teknologi, membuat percaturan seperti seorang ahli matematik, mencipta dan kreativ iti seperti seorang artis dan yang paling penting adalah percaya kepada konsep ketuhanan yang satu serta jati d iri nasional yang mendalam. Sejajar dengan kemunculan agenda Revolusi Perindustrian Keempat, MySTREAM meletakkan permintaan terhadap pengetahuan bersepadu dan aplikasi inovasi pengetahuan untuk mengubah tabiat pembelajaran mengikut rangka kerja Pendidikan 4.0. Terdapat keperluan transformasi pendidikan dengan memperkasa pendidikan untuk membangunkan inovasi seperti yang disasarkan di bawah Pendidikan 4.0. MySTREAM menekankan aspek pembelajaran dan pengajaran moden selaras dengan desakan abad ke-21 melalui perp indahan pengetahuan secara lapangan dan melibatkan aktiv iti intervensi dan bukannya semata-mata teori di dalam kelas. Pendidikan Kelestarian, Pendid ikan untuk Pembangunan Lestari dan Pendidikan untuk Kelestarian adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan amalan pengajaran untuk aspek kelestarian alam sekitar. Pendidikan kelestarian memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat partisipatif yang mendorong dan memperkasakan pelajar untuk mengubah tingkah laku mereka dan memainkan peranan dalam memartabatkan konsep pembangunan lestari (Norden 2018a). Pendid ikan

Page 2: MYSTREAM@SEKOLAH: DARI STEM KE STREAM UNTUK … · abad ke21 untuk menyediakan- generasi masa depan kita dengan asas penting ... tingkah laku dan memainkan peranan dalam memahami

694

kelestarian melibatkan kecekapan seperti pemikiran kritikal, membayangkan senario masa depan dan membuat keputusan secara kolaboratif (Norden 2018b). Kecekapan ini juga boleh d igunakan untuk penyelidikan yang lestari kerana pendidikan dan penyelid ikan adalah saling berkaitan. Pendid ikan kelestarian haruskan dibangunkan dan diperkenalkan di dalam kurikulum atau sukatan pelajaran supaya ia relevan dengan situasi alam sekitar masa kin i yang harus dipelihara dan dipulihara bagi mencapai mat lamat pembangunan mampan (SDGs). Tiga tonggak utama pembangunan lestari adalah alam sekitar, ekonomi dan sosial boleh digunakan dan disesuaikan dalam bidang akademik dan penyelidikan. Rajah 1 menunjukkan elemen dalam persekitaran pengajaran yang terlibat dalam pembinaan kapasiti di kategori dan tahap yang berlainan. Penglibatan pelajar dalam program MySTREAM telah dijalankan melalui aktiv iti lapangan berdasarkan teori Pembelajaran Berpandu (Levy 2012). Satu siri pembelajaran berasaskan komuniti untuk pendidikan kelestarian telah dijalankan kepada pelajar sekolah sejak 2014 o leh Kumpulan Penyelidikan SEMrg yang diketuai oleh Dr. Marlia Mohd Hanafiah daripada Fakult i Sains dan Teknologi, UKM. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengukuhkan pendidikan dan ilmu kelestarian kepada pelajar sekolah dan menilai bagaimana program berasaskan komunit i seperti MySTREAM ini mencerminkan kemahiran abad ke-21.

Rajah 1. Elemen dalam persekitaran pembelajaran

RANGKA KERJA KONSEP Pembinaan modul MySTREAM MySTREAM bermaksud Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (Rajah 2). Untuk mengintegrasikan seni dan sains, pendekatan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) perlukan digabungkan dengan seni bagi menterjemahkan pendidikan ang bersifat holistik. Walau bagaimanapun, integrasi seni ke dalam STEM tidak mencukupi. Satu lagi aspek penting adalah iman atau kepercayaan yang diwujudkan dalam agama juga perlu diintegrasi ke dalam STEM. Program MySTREAM juga meliputi pendidikan kelestarian dengan mengintegrasikan aktivit i berasaskan kelestarian dan rentas disiplin.

Rajah 2. Logo MySTREAM

Page 3: MYSTREAM@SEKOLAH: DARI STEM KE STREAM UNTUK … · abad ke21 untuk menyediakan- generasi masa depan kita dengan asas penting ... tingkah laku dan memainkan peranan dalam memahami

695

Konsep MySTREAM telah diperkenalkan kepada pelajar dan masyarakat menggunakan pendulum untuk menerangkan konsep perpindahan tenaga seperti tenaga kinetik, tenaga graviti, tenaga mekan ikal dan potensi (Rajah 3). Sepert i yang ditunjukkan dalam Rajah 3, t idak ada pergerakan yang terlibat pada titik ayunan tertinggi. Pada ket ika ini, ia hanya mempunyai tenaga graviti. Bagaimanapun, apabila ia turun ke bawah di mana kelajuan meningkat, tenaga potensi ditukarkan kepada tenaga kinetik. Di kedudukan bawah, semua tenaga adalah tenaga kinetik kerana kelajuannya yang paling t inggi. Apabila ia beralih ke sisi lain, ketinggiannya meningkat. Pada kedudukan baru ini, pendulum kehilangan tenaga kinetik dan mempero leh semula tenaga graviti. Pendulum berada ke kedudukan berhenti d i bahagian atas ayunannya dan seterusnya memperlihatkan corak perpindahan tenaga yang berterusan. Anggapkan pendulum (bola jisim, m) d igantung pada rentetan panjang L yang telah ditarik sehingga bola adalah ket inggian H <L di atas titik terendah. Apabila ia d ilepaskan daripada kedudukan rehat, seberapa cepat ia kembali ke bawah boleh diukur melalui Persamaan 1: Ei = mgH + (0) = (0) + 1/2mv2 = Ef

(1) v = √2gH

Persamaan 1 menerangkan dalam kedudukan menegak, pendulum mencapai tenaga kinetik yang paling besar dan paling kurang tenaga potensi kerana kelajuan yang paling besar dan paling dekat dengan Bumi pada ketika ini (berdasarkan daya graviti konservatif). Sebaliknya, pendulum mempunyai tenaga kinetik yang kurang dan tenaga potensi paling besar pada kedudukan tertinggi yang disebabkan kelajuan sifar dan kedudukan paling jauh dari Bumi pada masa ini. Jika amplitud adalah terhad kepada perubahan kecil, masa (T) yang diambil untuk kitaran lengkap ialah:

T ≈ 2π√L/g (2)

Di mana L adalah panjang pendulum dan g ialah pecutan graviti tempatan. Untuk perubahan kecil, tempoh ayunan adalah lebih kurang sama untuk perubahan saiz yang berbeza yang menyatakan bahawa tempohnya adalah bebas daripada amplitud.

Rajah 3. Konsep perpindahan tenaga menggunakan pendulum

Tinjauan temubual (kajian bersemuka) telah d ijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada peserta berkaitan aktiv iti MySTREAM. Kaedah tinjauan in i d igunakan untuk sasaran responden tertentu yang terlibat (pelajar sekolah dan guru). Hasil daripada tinjauan in i d igunakan untuk meneroka tindak balas responden untuk mengumpulkan leb ih banyak maklumat yang lebih mendalam mengenai pendidikan kelestarian d i abad ke 21 melalui peralihan STEM ke pembelajaran STREAM. Melalui

Page 4: MYSTREAM@SEKOLAH: DARI STEM KE STREAM UNTUK … · abad ke21 untuk menyediakan- generasi masa depan kita dengan asas penting ... tingkah laku dan memainkan peranan dalam memahami

696

tinjauan ini, sikap dan tingkah laku responden terhadap aktiviti yang dijalankan di bawah MySTREAM telah diperhatikan dan dianalisis. HASIL INTERVENS I Pendidikan Kelestarian dalam kemahiran abad ke-21 melalui pembelajaran berasaskan komuniti Program MySTREAM mula d iperkenalkan pada tahun 2016 semasa program kelestarian alam sekitar (MyKAS) yang telah diadakan di Rembau Negeri Sembilan. Ia melibatkan 500 pelajar sekolah menengah daripada 20 sekolah d i Rembau. Baru-baru in i pada November 2018, program MySTREAM diperkenalkan kepada sekitar 1200 pelajar sekolah semasa program SEMARAK@Masyarakat, sebuah program berasaskan komunit i yang dianjurkan o leh Faku lti Sains dan Teknologi, UKM (Rajah 4). Berdasarkan kaji selid ik temu duga yang dijalankan, didapati bahawa majoriti responden (> 90%) memahami keperluan mengintegrasikan kesenian dan agama dalam mengajar STEM untuk mencerminkan kemahiran abad ke-21 untuk menyediakan generasi masa depan kita dengan asas penting seperti pemikiran kritis, penilaian risiko yang bijak, keterlibatan dalam pembelajaran pengalaman, berterusan dalam menyelesaikan masalah, kemampuan bekerjasama dalam kumpulan dan kreatif serta inovatif. Hasil yang berimpak daripada MySTREAM memberikan kesan positif kepada masyarakat dengan mempromosikan kesedaran yang lebih besar tentang pentingnya aspek ilmu pengetahuan berkenaan kelestarian alam sekitar dan pendekatan transdisiplin ke arah kemahiran dan pembelajaran abad ke-21. Hasil intervensi program MySTREAM juga menunjukkan pengetahuan saintifik baru berkaitan dengan konsep kelestarian dan Pendidikan 4.0 diperolehi oleh para peserta (Rajah 5).

Rajah 4. Program MySTREAM di SEMARAK FST, UKM

Page 5: MYSTREAM@SEKOLAH: DARI STEM KE STREAM UNTUK … · abad ke21 untuk menyediakan- generasi masa depan kita dengan asas penting ... tingkah laku dan memainkan peranan dalam memahami

697

Rajah 5. Kumpulan MySTREAM, bahan pameran, buku kelestarian (MyKAS) dan modul aktiviti

MySTREAM Program MySTREAM menyumbangkan kepada peningkatan kefahaman dan kesedaran pelajar dan masyarakat untuk mencapai kelestarian melalu i kemahiran dan pengetahuan. Penemuan daripada program berasaskan sains ini menterjemahkan usaha UKM amnya dan FST khususnya untuk menyumbang program berasaskan komunit i melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, operasi kampus dan tadbir urusnya. Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan kelestarian, MySTREAM juga menyumbang hasil yang berkesan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1. Hasil program MySTREAM Hasil program MySTREAM

1 Memudahkan penyertaan aktif komuniti Universiti dalam mempromosikan pendekatan STREAM, melalui pendekatan formal dan tidak formal.

2 Membina budaya kewarganegaraan alam sekitar di Universiti dan masyarakat setempat. 3 Bersama-sama dengan para penyelidik, mahasiswa prasiswazah dan siswazah yang berkhidmat

sebagai pengajar dan fasilitator untuk memastikan penglibatan semua aras kepakaran dalam program berasaskan komuniti.

4 Kursus dan program pemasaran secara aktif yang ditawarkan o leh fakult i dan UKM sebagai salah satu universiti penyelidikan terbaik di Malaysia.

5 Secara aktif mempromosikan inisiatif FST dan memastikan bahawa fakult i mendapat pengiktirafan yang sewajarnya bagi segala usaha-usahanya. .

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, program MySTREAM yang diperkenalkan melalui pendidikan kelestarian menitik beratkan pengetahuan tentang transdisiplin untuk pembelajaran abad ke-21. Program berasaskan komuniti ini dapat menyatukan seni dan sains menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran partisipatif yang memot ivasi dan memperkasakan pelajar untuk mengubah tingkah laku dan memainkan peranan dalam memahami konsep pembangunan mampan. Pada akh ir aktivit i, program MySTREAM dapat mendidik pelajar untuk melihat sesuatu isu dan permasalahan daripada perspektif holistik dengan mewujudkan hubungan antara pelbagai aspek dan disiplin. Hasil intervensi menunjukkan tiada pedagogi khusus untuk pendidikan lanjutan, namun terdapat beberapa elemen yang dapat disesuaikan dalam persekitaran pengajaran seperti refleksi kritis, pemikiran

Page 6: MYSTREAM@SEKOLAH: DARI STEM KE STREAM UNTUK … · abad ke21 untuk menyediakan- generasi masa depan kita dengan asas penting ... tingkah laku dan memainkan peranan dalam memahami

698

dan analisis sistemik, pembelajaran partisipatif, berfikir secara kreatif untuk senario masa depan dan pembelajaran ko laboratif. Sebagai contoh, penyelidikan transdisiplin dalam menilai pencemaran alam sekitar boleh d iamalkan dengan melibatkan penyelidikan impak pencemar alam sekitar terhadap pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan masyarakat (kesihatan manusia) dan tahap kesedaran komunit i. Penyelidikan transdisiplin tidak hanya melihat satu disiplin tertentu, namun mengkaji isu daripada perspektif holistik dengan mewujudkan hubungan antara aspek alam sekitar dengan aspek sosial dan ekonomi. Penyelidikan transdisiplin juga memerlukan usaha pelbagai pemegang taruh dengan memperkukuh hubungan akademik-komuniti-kerajaan (Hanafiah 2018). Ini akan membantu memupuk rasa tanggungjawab oleh pelbagai p ihak berkepentingan ke arah meningkatkan kesihatan manusia dan kualiti alam sekitar. Oleh itu, pendidikan lanjutan dapat dilaksanakan melalu i penyelid ikan dan pendidikan transdisiplin yang mengintegrasikan dan bergerak melampaui pendekatan khusus disiplin untuk menangani masalah alam sekitar di abad ke-21 ini. PENGHARGAAN Program MySTREAM telah ditaja menggunakan peruntukan geran Dana St rategik UKM (KRA-2018-054). RUJUKAN Hanafiah, M.M. 2018. Rainwater Harvesting System (MyRAWAS): Towards upscaling water-conserving

practice at university level. Environment & Ecosystem Science 2(1): 10-12. Levy, P. 2012. Developing inquiry‐guided learning in a research university in the United Kingdom. New

Directions for Teaching and Learning 129: 15-26. Norden, B. 2018a. Transdisciplinary teaching for sustainable development in a whole school project.

Environmental Education Research 24(4): 663-677. Norden, B. 2018b. Learning and teaching sustainable development in global-local contexts.

Environmental Education Research 24(5): 772-773.