muzik zaman barok

12
1.0 Pengenalan. Zaman Barok (1600-1750) juga dikenali sebagai zaman pergolakan dalam politik, sains dan kesenian dalam masyarakat Eropah Barat. Zaman ini berlangsung selama lebih daripada satu kurun. Pada zaman ini juga telah menghasilkan antara komposer-komposer yang paling terrenal dalam era muzik klasik barat. Muzik zaman ini lebih bersemangat dan merdu. Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap didengar. Zaman ini juga merupakan pertembungan agama antara puak Protestants dan Katholik. Era ini memperlihatkan perkembangan kebudayaan kelas pertengahan. Penghasilan muzik bermula di rumah, gereja dan universiti, dikenali sebagai collegium musicum yang sehingga kini masih berfungsi di kebanyakan kampus. Istilah ‛baroque’ didapati daripada perkataan Portugis iaitu ‛barroco’. Peralihan zaman Renaissance ke zaman Barok membawa banyak perubahan dalam aspek muzikal. Kecenderungan minat pencipta muzik beralih daripada tekstur poliponi kepada tekstur homoponi. Era Barok memperkenalkan gaya baru – monody, iaitu nyanyian solo dengan iringan alat muzik instrumental. Monody dipelopori oleh penulis, artis, dan pemuzik Florentine yang dikenali sebagai Camerata yang mengenengahkan seni drama Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 1

Upload: rosidah-darus

Post on 26-Jun-2015

1.121 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: muzik zaman barok

1.0 Pengenalan.

Zaman Barok (1600-1750) juga dikenali sebagai zaman pergolakan dalam politik, sains

dan kesenian dalam masyarakat Eropah Barat. Zaman ini berlangsung selama lebih

daripada satu kurun. Pada zaman ini juga telah menghasilkan antara komposer-komposer

yang paling terrenal dalam era muzik klasik barat. Muzik zaman ini lebih bersemangat

dan merdu. Muzik Zaman Barok mempunyai corak dan bentuk melodi yang sedap

didengar.

Zaman ini juga merupakan pertembungan agama antara puak Protestants dan Katholik.

Era ini memperlihatkan perkembangan kebudayaan kelas pertengahan. Penghasilan

muzik bermula di rumah, gereja dan universiti, dikenali sebagai collegium musicum yang

sehingga kini masih berfungsi di kebanyakan kampus. Istilah ‛baroque’ didapati daripada

perkataan Portugis iaitu ‛barroco’.

Peralihan zaman Renaissance ke zaman Barok membawa banyak perubahan dalam aspek

muzikal. Kecenderungan minat pencipta muzik beralih daripada tekstur poliponi kepada

tekstur homoponi. Era Barok memperkenalkan gaya baru – monody, iaitu nyanyian solo

dengan iringan alat muzik instrumental. Monody dipelopori oleh penulis, artis, dan

pemuzik Florentine yang dikenali sebagai Camerata yang mengenengahkan seni drama

muzikal Greek kuno. Ahli-ahli Camerata begitu berminat membincangkan tentang le

nouve musiche (the new music) yang lebih berstail ekspresif. Ahli-ahli Camerata

menyedari bahawa stail ini bukan sahaja sesuai untuk puisi yang pendek, malah berkesan

digunakan pada keseluruhan drama. Dengan itu, terhasillah satu seni muzikal yang

penting iaitu muzik opera.

Komposer-komposer pada Zaman Barok percaya bahawa muzik semestinya menyentuh

perasaan seseorang pendengar. Muzik haruslah mempunyai unsur emosi emosi yang

dapat menarik perhatian pendengar. Idea ini terhasil daripada Zaman Barok iaitu Zaman

Renaissance. Falsafah utama Zaman Renaissance ialah “muzik hádala alat komunikasi

yang Sangay penting dan dapat membangkitkan sebarang jenis emosi kepada

pendengar”. Falsafah ini telah dipraktikkan oleh komposer-komposer Zaman Barok.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 1

Page 2: muzik zaman barok

Dalam era klasik barat, muzik Zaman Baroklah yang mempunyai unsur-unsur emosi yang

paling tinggi.

2.0 Ciri-ciri Muzik Zaman Barok

Zaman Barok mempunyai beberapa ciri-ciri yan penting yang membezakankanya

daripada muzik dari zaman lain. Antara cirri-ciri penting adalah:

• hasil karya muzik baroque biasanya bermula dengan satu mud asas yang diulang secara

berterusan sehingga akhir

• bermula dengan satu corak irama yang diulang secara berterusan sehingga akhir lagu

dengan penekanan kepada bit.

• melodi era Baroque adalah berdasarkan satu idea muzik asas yang diulang dan

dipelbagaikan. Idea asas diulang pada pic, sama ada yang lebih tinggi atau rendah. Hiasan

(ornaments) digunakan pada melodi atau not yang panjang. Faktor ini menyebabkan

melodi zaman Baroque susah untuk dinyanyikan dan diingati.

• tonaliti muzik Zaman Baroque adalah dalam nada Major dan nada minor.

• pertukaran dinamik secara mendadak sama ada daripada kuat ke lembut atau sebalik.

‘Terrrace dynamics’ digunakan terutamanya dalam permainan alat harpsikod, organ dan

muzik vokal.

• muzik Baroque kebanyakannya bertekstur polifoni dan homofoni. Dalam harmoni,

penekanan adalah kepada kod dan bes (basso continuo) untuk mengiringi sesuatu karya.

• modulasi dan kod ke-7 diperkenalkan di samping penggunaan kaden perfek  (V-I).

• Jenis muzik vokal era Baroque ialah opera, cantata, oratorio, lied, recitative,dan aria.

• Muzik instrumental pula ialah sonata, suite, dan cancerto. Fugue ditulis untuk kedua-

dua jenis muzik vokal dan instrumental.

• Orkestra era Baroque memberi penekanan lebih kepada alat muzik hapsikod dan alat

muzik seperti cello, double bes, violin, viola dan basun. Alat tiup bras, alat tiup dan

perkusi dipelbagaikan dan digunakan mengikut keperluan sesebuah karya.

3.0 Enam bentuk muzik instrumental pada Zaman Barok.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 2

Page 3: muzik zaman barok

Dalam genre muzik barat pada Zaman Barok, muzik instrumental amat tekenal dan

diminati. Alat-alat muzik bertali dan tiup kayu digunakan secara meluas dalam ensemble

dan orkestranya. Enam bentuk muzik instrumental yang utama dicipta dan digunakan

pada zaman tersebut ialah :

i. Suite

Suite adalah sebuah komposisi instrumental biasanya dalam gaya tarian. Ianya

merangkumi beberapa pergerakan. Suite juga merupakan suatu bentuk

kesatuan muzical yang umumnya dipentaskan dengan sekali duduk, pada

zaman perkembanganya dikenal dengan suite saja. Dance suite merupakan

satu set tarian yang populer di abad 17. Biasanya terdiri dari Prelude,

Allemande,Courante, Sarabande, dan Gigue, masing – masing mewakili jenis

tarian dengan irama tertentu.

ii. Sonata

Perkataan ‘Sonata’ adalah merujuk kepada beberapa jenis komposisi muzik

pada Zaman Barok. Sonata pada amnya merujuk kepada sebuah karya muzik

untuk satu atau lebih alat muzik dalam beberapa pergerakan. Sonata juga

biasanya dikategorikan sebagai ‘sonatas da chiesa’ ( sonata untuk gereja) atau

‘sonatas da camera’ ( sonata untuk dewan). Contohnya Sonata for Two

Violins, Piano Sonata, Trio Sonata dan sebagainya.

iii. Theme and Variation

Komposisi di mana satu tema yang utama dimainkan dan kemudian tema ini

akan mempunyai beberapa variasi yang berlaianan.

iv. Concerto

Conserto adalah komposisi muzik instrumental yang digubah untuk satu alat

muzik solo diiringi oleh orkestra. Concerto mengacu pada sebuah pertunjukan

instrument solo dengan iringan sebuah orchestra. Berkembang dengan

beberapa gaya dibawahnya, seperti concerto grosso, iaitu sebuah concerto

kecil yang terdiri atas para solois.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 3

Page 4: muzik zaman barok

v. Tocata

Tocata adalah merujuk kepada komposisi muzik untuk alat muzik seperti

organ dan keyboard. Ia merangkumi satu pergerakan kord yang pendek dan

biasanya akan menonjolkan teknik bermain alat muzik oleh perfomernya.

vi. Fugue

Merupakan komposisi untuk alat muzik yang mempuyai tekstur counterpoint.

Ini bermakna komposisi ini mempunyai dua suara atau lebih yang sama

penting yang dimainkan serentak. Irama dan melodi dalam komposisi fugue

adalah lebih ceria dan rancak.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 4

Page 5: muzik zaman barok

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 5

Page 6: muzik zaman barok

Soalan 2 ( b ).

Analisis lagu ‘Ingin Jadi Seperti Burung ’ berdasrkan kepada bentuk, struktur , nada,

tanda masa, corak irama, rentak , tempo dan pergerakan kordnya.

Lagu ini merupakan lagu KBSR tahun 1 dan merupakan lagu ciptaan Minggu Maidir .

Analisis ke atas skor muzik di atas menunjukkan bahawa ia merupakan gubahan yang

terdiri dari 16 bar. Skor lagu ini juga adalam dalam tekstur homofoni dimana satu baris

melodi atau suara nyanyian diiringi oleh lapisan lain yang dimainkan oleh kord-kord

muzik.

Lagu ini adalah dalam nada D minor. Nada ini dapat dipastikan dengan kehadiran tanda

nada Bb dihujung sebelah kiri baluk skor muzik. Kehadiran tandanada Bb dan not

terakhir dalam skor lagu ialah not D dalam skala diatonik jelas menunjukkan nada

melodi ini adalah dalam nada D minor.

Bentuk merujuk kepada tema lagu yang diulang. Bentuk lagu ini adalah dalam bentuk

ABA ( Tenari ). Bentuk ABA atau Tenari adalah merujuk kepada komposisi muzik yang

mempunyai dua bahagian utama iaitu A dan B . Apabila terdapat pengulangan pada angi

bahagian A maka ia dikenali sebagai ABA atau tenari. Bahagian pertama dilabel A dan

bahagian kedua dilabel sebagai B. Dalam skor Lagu ‘Ingin Jadi Seperti Burung ’ ini

bahagian A adalah dari bar 1 sehingga bar ke 4 . Bahagian B pula adalah dari bar 5

sehingga bar 8 dan seterusnya diulangi dengan bahagian AB.

Bentuk A adalah melibatkan dua frasa iaitu

Frasa lagu pertama Lihatlah-lihatlah di langit biru

Frasa lagu ketiga Riangnya-riangnya rasa hatiku ( bentuk yang diulang )

Bentuk B juga melibatkan dua frasa iaitu

Frasa lagu kedua Burung berterbangan berkawan-kawan

Frasa lagu keempat Ingin ku bersama tinggi di awan ( bentuk yang diulang )

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 6

Page 7: muzik zaman barok

Irama memainkan peranan yang amat penting dalam muzik. Irama meliputi kesemua

aspek yang mempunyai kaitan dengan masa dalam muzik. Irama merangkumi unsur

detik, meter , tempoh masa, tekanan dalam meter, pengumpulan detik dalam bar dan

pengumpulan bar-bar menjadi frasa.

Tanda masa lagu ini adalah dalam tandamasa lazim iaitu meter duaan iaitu dua detik

dalam satu bar. Corak irama yang sesuai dengan lagu ini ini ialah rentak mac. Rentak

mac tekanan terletak pada detik pertama . Tempo yang sesuai untuk lagu ini ialah = 100.

Kord memberikan perasaan yang pelbagai kepada sesebuah karya muzik. Ada kord yang

mudah , komplek, tenang, tegang, cerah dan gelap. Pergerakan kord-kord dalam skor lagu

‘Ingin Jadi Seperti Burung ’ ialah

kord i – iv – i

V – i - V

i – iv – i

V – i – V– i

Dari pergerakan kord di atas, pergerakan kord frasa yang pertama berulang pada kord

frasa lagu ketiga begitu juga dengan pergerakan kord frasa lagu kedua adalah sama

dengan pergerakan kord frasa lagu yang keempat hanya satu bar yang terakhir sahaja

menggunakan kord yang berlainan kerana ia mengakhiri melodi 16 bar tersebut. Dalam

melodi ‘Ingin Jadi Seperti Burung’ kaden perfek digunakan kerana ia berakhir dengan

kord V – i dalam nada D minor.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 7

Page 8: muzik zaman barok

Bibliografi

1. Pravina Manoharan, Kamarudin Ahmad, Mohd Azam Sulong, Janet Tan Goon

Hong, (2010) . HBMS3404 Teknologi dan Alat Muzik. Kuala Lumpur: Open

Universiti Malaysia.

2. Prof Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon, Mohd Nizam Hj Nasrifan, (2010)

HBMS3103 Pengajaran Muzik IV. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

3. Pravina Manoharan (2009) HBMS2103 Pengajaran Muzik 2. Kuala Lumpur :

Open Universiti Malaysia.

4. Mohd Azam Sulong, Ghazali Abdul Ghani, Mahayuddin Abdul Rahim, Mohd

Niam Haji Hasrifan . (2009) HBM2203 Pengajaran Muzik III. Kuala Lumpur :

Open Universiti Malaysia.

5. HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur : Open Universiti Malaysia.

6. HBMS1103 Pengenalan Pendidikan Muzik . Kuala Lumpur : Open Universiti

Malaysia.C. H. Lee ( 2004 ). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 1. Seberang Prai ,

Penang : Rhytham.

Rosidah Darus 691022105854/smpkpm-oum 8