muzik kbsm ting.2_gong besar sarawak

10

Click here to load reader

Upload: wan-mazni-wah

Post on 16-Jul-2015

1.024 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

GONG BESAR (SARAWAK)

2 HARAPAN

NURUL AMIRAH BINTI SABRY

SIT I NOR AISHAH SHAHIDA BINTI MOHD ROSLI

Page 2: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

ENSEMBEL GONG BESAR

• Terdapat di negeri Sabah dan Sarawak

• Ia terdiri daripada beberapa buah gendang iaitu terdapat satu atau dua buah gong kecil

diletak secara mendatar.

• Gong besar diperbuat daripada gangsa atau tembaga dan diklasifikan sebagai alat idiofon.

• Ciri-ciri tempatan masih dikekalkan dalam sesebuah ensembel gong.

• Nama dan cara memukul gong serta bilangan dan jenis gong digunakan berbeza antara

satu kaum dengan kaum lain.

• Misalnya, kaum Kayan dan Kenyah dari kawasan Batang Rejang di Sarawak menggunakan

enam atau tujuh buah gong dalam sesebuah ensembel. Kaum Bidayuh dari kawasan barat

• Sarawak menggunakan tujuh hingga sembilan buah gong. Di Sabah pula, lebih daripada

tujuh buah gong digunakan dalam ensembel gong mereka.

Page 3: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

FUNGSI• Majlis sambutan tetamu yang berkunjung ke rumah panjang dan

mengiringi tarian serta lain-lain keraian.

• Ensembel ini juga dimainkan bagi tujuan ritual dan upacara

pengebumian.

• Pada zaman dahulu, Gong Besar dipukul dengan tujuan untuk

menghantar pesanan atau berita dari satu rumah panjang ke rumah

panjang yang lain.

• Kini, ensembel ini dipersembahkan bagi tujuan sosial atau hiburan di

pesta-pesta kebudayaan seperti Hari Gawai.

Page 4: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

MUZIK

• Pic gong besar tidak menepati pic konsert yang mengikut skel

diatonik kerana warna ton dan jeda antara pic setiap gong lebih

diutamakan.

• Setiap pemain bermain sebuah gong sahaja dengan rentak tersendiri.

• Pemain memukul gong pada busutnya atau pada dindingnya dengan

sebatang kayu atau pemukul yang dibaluti getah atau kayu lembut.

• Gong tersebut menghasilkan warna ton tertentu.Setiap pemain

memainkan rentak tersendiri dan bertingkah bagi menghasilkan satu

gabungan rentak melodi.

Page 5: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

ENSEMBEL GONG BESAR

(SARAWAK)Ensembel gong di Sarawak terdiri daripada beberapa gong dan gendang

Tawak (tawag)Merupakan sejenis gong gantung yang terbesar .Bergaris pusat antara 40 sentimeter

dan mempunyai dinding yang tebal serta lilitan yang lebar . Busutnya dipukul denganpemukul yang berbalut . Gong ini pada asasnya menghasilkan bunyi yang rendah danbergaung . Walau bagaimanapun, gong ini menghasilkan bunyi staccato (pemain memegangbusut selepas memukul untuk menghentikan getaran).

Agung(Gong)Sejenis gong yang mempunyai saiz sederhana dengan rim yang sempit . Busutnya dipukul

dengan sebatang kayu.

Bandil (Bandai atau selegai)Sejenis gong gantung yang mempunyai saiz sederhana dengan rim yang sempit.

Busutnya dipukul dengan sebatang kayu.

Canang (gan)Sejenis gong gantung yang bersaiz kecil. Busutnya dipukul dengan sebatang kayu .

Alat ini menghasilkan pic yang tinggi pada up beat dan pic rendah pada down beat.

Page 6: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

Engkerumong

Sejenis gong bersaiz kecil dimainkan oleh kaum Bidayuh. Gong ini biasanya

diletakkan di atas riba pemain secara mendatar dan dipukul pada busutnya

dengan pemukul kayu. Alat ini menghasilkan rentak sinkopasi.

Gendang (Katoa)

Gendang memainkan rentak asas dalam sesebuah lagu. Biasanya gendang

mempunyai buluh yang diperbuat daripada kayu dan berbentuk silinder atau

tong panjang. Satu atau dua muka kulit dipasang pada buluh. Gendang dipalu

dengan kayu atau dengan kedua-dua belah tangan pemain.

Page 7: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

• Lazimnya, terdapat dua atau lebih tawak dalam Ensembel Gong Besar yang

dimainkan oleh kaum Kajang , Kayan , dan Kenyah dari kawasan Batang Rejang.

Sebuah agung atau bandil dan dua buah canang kerap digunakan. Akan

tetapi, bilangan gong ini boleh digandakan dua atau lebih.

• Dalam lagu kaum Bidayuh, dua buah gendang yang dipanggil ‘ sadabat’ digunakan.

Gendang sadabat pertama memainkan corak tersendiri yang sinkopasi, sementara

gendang sadabat kedua memainkan rentak asas secara unison dengan alat canang.

• Dalam lagu kaum Kajang, sebuah gendang yang dipanggil ‘ katoa’ digunakan untuk

memainkan sebahagian daripada corak irama asas lagu ini.

• Gendang biasanya menguatkan detik yang berterusan dalam muzik atau meniru

rentak gong lain dalam ensembel.

Page 8: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

• Muzik Ensembel Gong Besar lazim bermula dengan kemasukan bunyi alat-alat

muzik secara berperingkat-peringkat.

• Alat canang (atau gan) biasanya memulakan lagu dan menentukan detik

berterusan dan tempo. Rentak canang diikuti dengan rentak agung,tawak dan

gendang.

• Sebuah lagu Ensembel Gong Besar merupakan satu corak irama rentak yang

berulang-ulang.

• Setiap pemain memukul sebuah gong sahaja dan memainkan irama yang

bertingkah.Semua pemain memainkan corak irama rentak masing-masing pada

waktu yang sama bagi menghasilkan suatu gambungan rentak.

• Jika gong-gong dalam ensembel itu mempunyai pic tertentu, melodi juga dapat

dihasilkan. Apabila semua gong ini dipalu pada waktu yang sama, beberapa

lapisan corak irama dapat dihasilkan dan dengan tekstur yang berlapis-lapis.

• Lagu-lagu ensembel ini lazimnya dalam meter dupel 4 atau 8 pada tempo

sederhana.

Page 9: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

GONG BESAR (SARAWAK)

Page 10: Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak

SEKIAN

TERIMA

KASIH…