muzakarah2012-prosiding

7
8/17/2019 muzakarah2012-prosiding http://slidepdf.com/reader/full/muzakarah2012-prosiding 1/7 PENDAHULUAN • Informasi Muzakarah • Ringkasan

Upload: aznirisra

Post on 06-Jul-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: muzakarah2012-prosiding

8/17/2019 muzakarah2012-prosiding

http://slidepdf.com/reader/full/muzakarah2012-prosiding 1/7

PENDAHULUAN

• Informasi Muzakarah

• Ringkasan

Page 2: muzakarah2012-prosiding

8/17/2019 muzakarah2012-prosiding

http://slidepdf.com/reader/full/muzakarah2012-prosiding 2/7

Page 3: muzakarah2012-prosiding

8/17/2019 muzakarah2012-prosiding

http://slidepdf.com/reader/full/muzakarah2012-prosiding 3/7MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-6 (2012)3

Ringkasan Muzakarah

Muzakarah telah menyaksikan pembentangan 1 laporan awal penyelidikan dan 11kertas kerja oleh barisan cendekiawan Syari’ah nusantara. Sebelum bermulanya sesipembentangan kertas-kertas kerja di bawah tema tahun ini, satu laporan awal

penyelidikan ‘Isu-isu Kecuaian (Taqṣīr ) dan Pencerobohan (Ta`addī ): Jaminan danPengurusan Etika dalam Produk Muḍārabah  dan Mushārakah ’ telah dibentangkanoleh Prof.Madya Dr.Asmadi Mohamed Naim dari Universiti Utara Malaysia. Projekpenyelidikan ini adalah sebagai memenuhi salah satu keputusan dalam ResolusiMCSN ke-5 yang diputuskan di Phuket pada tahun sebelumnya.

Selepas itu, sesi pembentangan kertas-kertas kerja dimulakan dengan tema ‘AplikasiIjārah Mawṣūfah Fi Dhimmah   Di Dalam Perbankan Dan Pasaran Modal’. Empatkertas kerja dibentang dan didiskusi di bawah tema ini. Kertas kerja pertama dankedua bertajuk ‘Aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah  (Pajakan Hadapan) Di DalamPerbankan’ disampaikan oleh Muhd Ramadhan Fitri Ellias, Ketua JabatanPengurusan Syari’ah, Maybank Islamic dan Awang Mohd Hairul Azrin Haji Besar.Kedua-dua kertas kerja ini memperincikan tentang konsep-konsep Ijārah al- 

Dhimmah   serta mengutarakan produk-produk perbankan yang berasaskan Ijārahal-Dhimmah . Di samping itu, kertas kerja tersebut turut membahaskan isu-isuberkaitan perlaksanaannya dalam produk perbankan Islam.

Kemudian, Muzakarah diteruskan dengan pembentangan kertas kerja kedua untuktopik ‘Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah ’ oleh Dr.Yulizar D. Sanrego Nz, AnggotaKelompok Kerja Pasar Modal, Dewan Syari’ah Nasional Majelis Ulama Indonesiadengan tajuk ‘Aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah  (IMFD) dan Ijārah Mawṣūfah Fi

Dhimmah Al Mawjūdāt Al Mawʿud Bisti’jārihā (IMMB) dalam Pengembangan ProdukSukuk di Indonesia’. Menurut beliau, aplikasi kontrak-kontrak tersebut semakinmemperkaya model-model instrumen kewangan Syari’ah sedia ada dan menjanjikanlebih kepelbagaian kepada masyarakat untuk melabur. Dalam konteks Indonesia,penggunaan akad IMMB dalam penerbitan sukuk dilihat lebih sesuai berbanding

dengan akad IMFD, khususnya untuk bagi memenuhi kepentingan pemerintah.Kemudian, pembentangan diteruskan lagi oleh Lokmanulhakim Bin Hussain dariISRA dengan tajuk ‘Isu-isu Syari’ah dalam ØukËk Ijā rah Muntahiyah Bi Al-TamlÊkdan Ṣukūk   Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah : Satu Analisa’. Institusi kewangan Islamperlu menghadapi cabaran dalam memberi respons terhadap pembiayaan projek-projek mega samada di peringkat kerajaan atau syarikat-syarikat besar. Maka,alternatif yang bercirikan Islamik perlu diterokai dan diperkenalkan kepada industri. Justeru, banyak usaha dijalankan oleh institusi-institusi kewangan Islam daninstitusi-institusi kajian fiqh dalam bentuk penyelidikan untuk memperkenalkanalternatif-alternatif Islamik, yang akhirnya menyaksikan kelahiran bon-bon Islamikatau dikenali dengan ṣukūk . Oleh yang demikian, kertas kerja ini telahmembincangkan dua jenis ṣukūk   iaitu ‘Ṣukūk Ijārah Muntahiyah Bi Al-Tamlīk  dan

Ṣukūk Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah ’.Perbahasan pada hari pertama telah diakhiri dengan pembentangan oleh Dr.Abdurrahman Raden Aji Haqqi dengan kertas kerjanya yang bertajuk ‘AplikasiKonsep Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah  ( Pajakan Hadapan ) Dalam Pasaran Modal’.Kertas kerja ini telah mengupas dengan terperinci perbahasan fiqhi tentang konsepIjārah Mawṣūfah Fi Dhimma  dan aplikasi kontrak ini dalam pasaran modal. Kertaskerja ini menyarankan agar negara-negara Islam memperkukuh kerjasama dalampenyelidikan dan pembangunan produk-produk dalam pasaran modal agar lebihberinovasi dan berdaya saing.

Page 4: muzakarah2012-prosiding

8/17/2019 muzakarah2012-prosiding

http://slidepdf.com/reader/full/muzakarah2012-prosiding 4/7GARIS PANDUAN SYARIAH DALAM APLIKASI IJĀRAH MAWṢŪFAH FI DHIMMAH  

DAN ISU-ISU PELABURAN DALAM TAKAFUL

4

Setelah selesai pembentangan semua kertas kerja, muzakarah memberi ruangkepada beberapa pendiskusi yang dijemput untuk membuat ulasan terhadap kertas

kerja yang telah dibentangkan. Tiga pendiskusi untuk kertas kerja ini ialah K.H.Ma’ruf Amin (Ketua Dewan Syari’ah Nasional, Majelis Ulama Indonesia), Dato SeriSetia Haji Metussin bin Haji Baki (Brunei) and Dr. Maroning Salaming (Thailand ).

Pada hari kedua, topik perbincangan Muzakarah berkisar kepada ‘Aspek Pelaburandalam Takaful’. Beberapa kertas kerja yang menarik telah dibentangkan untuk temaini. Kertas kerja pertama yang bertajuk ‘Isu-Isu Investasi Dalam Industri Takaful:Pengalaman Malaysia’ disampaikan oleh Mohammad Mahbubi Ali dari ISRA.Berbanding dengan insurans konvensional yang dibangunkan atas dasar kontrakkomersial (muʿāwadhat ), kerangka konseptual takaful pula diasaskan berdasarkanprinsip saling menolong (taʿāwun ), saling menjamin (tadhāmun ) dan salingmenanggung (takaful) antara satu sama lain. Kertas kerja ini telah membahaskantentang konsep takaful, mekanisme, serta isu-isu Syari’ah dan operasi yang timbul

dalam takaful di Malaysia.

Kertas kerja kedua yang bertajuk ‘Investasi Asuransi Syari’ah Di Indonesia’ telahdisediakan oleh Prof. Dr. Jaih Mubarok, Anggota Kelompok Kerja Pasar Modal,Dewan Syari’ah Nasional, Majelis Ulama Indonesia. Kertas kerja ini telahmembahaskan dan menerangkan dawabit (parameter) pelaburan perusahaaninsurans Syari’ah, meskipun pada dasarnya pelaburan sistem Syari’ah tidak hanyadilakukan oleh perusahaan insurans Syari’ah.

Untuk yang berikutnya, pembentangan diteruskan lagi oleh Dr. Yasmin HananiMohd Safian dari Universiti Sains Islam Malaysia dengan kertas kerja yang bertajuk‘Isu-Isu Pelaburan dalam Takaful’. Kertas kerja ini telah menyingkap sejarah industriinsurans dan takaful. Selain membahaskan isu-isu pelaburan dalam takaful, kertas

kerja ini turut membincangkan analisa perbahasan falsafah antara Barat dan Islamyang membawa kepada perbincangan moral dan tanggungjawab pemerintah sertaindividu itu sendiri.

Dua kertas kerja berikutnya yang bertajuk ‘Aspek Pelaburan dalam Takaful’ masing-masing telah disampaikan oleh wakil pengamal industri takaful, Wan Jemizan WanDeraman dari Takaful Ikhlas, Malaysia dan Puan Rokilah Abdul Samat dari HSBCInsurance, Singapura. Secara umumnya, objektif pelaburan dalam takaful adalahuntuk melindungi modal pemegang saham dan menguatkan dana takaful disampinguntuk mengekalkan kecairan serta mengoptimumkan pendapatan. Justeru, kertaskerja tersebut membahaskan topik-topik yang merangkumi konsep dan keperluandalam pelaburan serta garis panduan berkaitan pelaburan sebagaimana yangditetapkan oleh pihak berkuasa sesebuah negara.

Pembentang terakhir ialah Dr. Zakariya Hama dari Universiti Islam Yala Thailand,dengan kertas kerja yang bertajuk ‘Aspek Pelaburan Dalam Takaful: PengalamanProduk Muang Thai Takaful Thailand’. Kertas kerja ini membincangkan tentangkonsep takaful, pandangan ulama’ mengenai takaful, dan produk takaful yangditawarkan oleh Syarikat Muang Thai Insurans. Disamping itu, terdapat jugabeberapa isu Syari’ah yang telah dibahaskan iaitu isu berkenaan wakālah ,muḍārabah , dan percampuran di antara wakālah  dan muḍārabah .

Page 5: muzakarah2012-prosiding

8/17/2019 muzakarah2012-prosiding

http://slidepdf.com/reader/full/muzakarah2012-prosiding 5/7MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-6 (2012)5

Setelah selesai pembentangan, beberapa pendiskusi telah dijemput untuk memberikomen terhadap kertas kerja yang berkisar sekitar isu pelaburan dalam takaful.

Para pendiskusi tersebut adalah terdiri daripada Dr. H. Endy M. Astiwara (MajelisUlama Indonesia), Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (UIAM),dan Puan Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohd Taib (Brunei).

Setelah selesai perbincangan topik Aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Zimmah  dan AspekPelaburan dalam Takaful, draf resolusi bagi kedua-dua topik telah dirangka dandisepakati oleh ahli jawatankuasa resolusi yang dipilih.

Antara kandungan resolusi bagi topik Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah  ialah penetapanbahawa “Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah ” ialah satu instrumen yang boleh digunakanuntuk melengkapkan sesuatu produk kewangan Islam. Bagaimanapun, Muzakarahmenyarankan agar kajian lanjut perlu dilakukan untuk menetapkan parameteryang jelas di dalam aplikasi Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah .

Muzakarah juga mencadangkan kepada pihak-pihak yang berkaitan, khususnyapara penasihat Syari’ah dalam mengaplikasikan Ijārah Mawṣūfah Fi Dhimmah  dalam perbankan Islam dan pasaran modal Islam memberi perhatian yang saksamaterhadap isu pembinaan aset sewaan yang tidak dapat disiap dan diserahkan padamasa yang telah dipersetujui serta isu ta’wid  dan gharamah  yang dikenakan.

Bagi topik pelaburan dalam takaful, Muzakarah menggesa pihak yang terbabitdalam industri takaful agar berhati-hati dalam perkara berkaitan dengan urusanpelaburan/investasi. Antara saranan yang diberikan adalah seperti memastikanpelaburan/investasi menggunakan kontrak Syari’ah, dibuat secara halal, menjauhkanyang haram dan shubhah  (samar-samar), serta menjaga kepentingan tabung risiko/tabarru’ .

Page 6: muzakarah2012-prosiding

8/17/2019 muzakarah2012-prosiding

http://slidepdf.com/reader/full/muzakarah2012-prosiding 6/7GARIS PANDUAN SYARIAH DALAM APLIKASI IJĀRAH MAWṢŪFAH FI DHIMMAH  

DAN ISU-ISU PELABURAN DALAM TAKAFUL

6

Page 7: muzakarah2012-prosiding

8/17/2019 muzakarah2012-prosiding

http://slidepdf.com/reader/full/muzakarah2012-prosiding 7/7