mutu sukan negara

9
MUTU SUKAN NEGARA ULBS BAHASA MELAYU MULLAI MALAR DAN SANTHIYAH

Upload: mullai-malar

Post on 13-Dec-2015

661 views

Category:

Documents

1 download

DESCRIPTION

isi-isi untuk karangan,jenis-jenis sukan,contoh tokoh sukan,punca-punca kemerosotan,langkah mengatasi

TRANSCRIPT

Page 1: Mutu Sukan Negara

MUTU SUKAN NEGARAMUTU SUKAN NEGARA

ULBS BAHASA MELAYU

MULLAI MALAR DAN SANTHIYAH

ULBS BAHASA MELAYU

MULLAI MALAR DAN SANTHIYAH

Page 2: Mutu Sukan Negara

Jenis- Jenis SukanJenis- Jenis Sukan

Page 3: Mutu Sukan Negara
Page 4: Mutu Sukan Negara

KEADAAN SUKAN DI NEGARA KITAKEADAAN SUKAN DI NEGARA KITA

Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De Langkawi, Sukan Komenwell dan sebagainya. Pencapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walaupun begitu, pencapaian Malaysia sebagai peserta amatlah mengecewakan. Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik di London 2012 menimbulkan pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai taraf dunia.

Page 5: Mutu Sukan Negara

PUNCA-PUNCA KEMEROSOTANPUNCA-PUNCA KEMEROSOTAN

Kemerosotan mutu sukan negara disebabkan oleh kekurangan kelengkapan dan kemudahanperalatan sukan. Kebanyakan stadium di negara ini masih kekurangan peralatan dan kemudahan. Oleh itu, agak sukar bagi atlet kita untuk mempertingkatkan pencapaian mereka dan bersaing dengan para atlet dari negara-negara lain.

Di samping itu, pendedahan pada peringkat antarabangsa masih belum mencukupi untuk memantapkan mutu pencapaian atlet negara. Kebanyakan atlet negara kekurangan pengalaman dan gagal menyesuaikan diri di negara tuan rumah. Mereka tidak boleh bermain mengikut keupayaan yang sebenar kerana berasa kekok dengan suasana dan keadaaan yang asing bagi mereka manakala ada atllet yang hanya cemerlang di tempat sendiri.

Page 6: Mutu Sukan Negara

Bukan setakat itu sahaja, program latihan yang disediakan untuk para atlet masih belum setanding dengan program latihan atlet luar negara. Pihak pengurusan sukan seperti Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih gagal merumuskan program latihan yang benar-benar berkesan dan sesuai untuk atlet negara. Kadang kala atlet mempunyai kerenah tersendiri seperti ponteng latihan, tidak puas hati dengan jurulatih dan banyak menghadapi masalah peribadi. Sikap tidak profesional ini telah membantutkan usaha jurulatih untuk meneruskan program latihan yang lebih mencabar.

Selain itu, bakat sukan dalam kalangan pelajar sekolah yang tidak dicungkil denN sebaik-baiknya telah menyebabkan mutu sukan negara merosot. Hal ini demikian kerana pihak sekolahlebih mengutamakan aspek kecemerlangan akademik. Pendek kata, lebih banyak alasan daripada kesungguhan yang diberikan untuk mengelakkan diri daripada komitmen untuk memantapkan mutu sukan negara.

Page 7: Mutu Sukan Negara

LANGKAH MENGATASILANGKAH MENGATASI

Antara langkah untuk meningkatkan kualiti sukan negara adalah dengan memberi insentif kepada atlet yang memenangi sesuatu pertandingan.Hal ini berlaku demikian kerana ganjaran yang diberikan kepada atlet negara tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka. Dengan ini, pemain dan atlet yang diberikan insentif tadi akan lebih bersemangat untuk menempa kejayaan untuk negara. Tamsilnya, Majlis Sukan Negara boleh menganugerahkan hartanah, wang atau saham kepada kepada mereka yang berjaya. Selagi tiada insentif diberikan kepada mereka, sudah pasti hasrat untuk melonjakkan mutu sukan negara akan terbantut.

Selain itu, bilangan jurulatih yang berkaliber hendaklah ditambah.Hal ini kerana kebanyakan jurulatih yang sedia ada tidak menunjukkan komitmen yang yang tinggi dan kurang berpengalaman dalam melatih atlet. Dengan penambahan jurulatih yang berkaliber, atlet-atlet akan menjadi lebih mahir dalam bidang sukan yang diceburi oleh mereka. Sebagai contoh, Misbun Sidek merupakan seorang jurulatih yang berkaliber kerana telah melahirkan jaguh dunia dalam sukan badminton seperti Datuk Lee Chong Wei. Jelaslah bahawa mutu sukan negara akan terus merosot sekiranya bilangan jurulatih yang berkaliber tidak ditambah.

Page 8: Mutu Sukan Negara

Langkah seterusnya adalah dengan menaik taraf prasarana sukan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar. Hal ini berlaku demikian kerana pada masa sekarang kemudahan prasarana sukan kurang disediakan di kawasan tersebut. Prasarana sukan yang lengkap dapat membantu atlet berlatih dengan selesa dan efektif serta dapat mencungkil bakat dari kawasan tersebut. Sebagai contoh, kemudahan sukan seperti gimnasium, kolam renang, stadium dan sebagainya tidak disediakan di kawasan luar bandar. Selagi kemudahan sukan tidak disediakan secara menyeluruh di semua kawasan, selagi itulah isu ini akan terus berlanjutan tanpa penyelesaian yang konkRIT.

Page 9: Mutu Sukan Negara

SEKIAN TERIMA KASIHSEKIAN TERIMA KASIH