musnahnya namrudz kerana nyamuk

6
Musnahnya Namrudz kerana Nyamuk Nama raja tersebut ialah Namrudz. Pada zaman Nabi Ibrahim A.S, ada seorang raja yang angkuh, sombong dan zalim kepada rakyatnya. Raja itu mempunyai 700 000 tentera berkuda dengan senjata yang lengkap. Pada suatu hari, Raja Namrudz berkata: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk

Upload: hasylim-bin-kushairi

Post on 15-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Agama Tahun 5

TRANSCRIPT

Page 1: Musnahnya Namrudz Kerana Nyamuk

Musnahnya Namrudz kerana

Nyamuk

Nama raja tersebut ialah Namrudz. Pada zaman Nabi Ibrahim A.S, ada seorang raja yang angkuh, sombong dan zalim kepada rakyatnya. Raja itu mempunyai 700 000 tentera berkuda dengan senjata yang lengkap.

Pada suatu hari, Raja Namrudz berkata: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, kirimlah kepadaku untuk berperang denganku, jika aku kalah ambillah kerajaanku.”

Nabi Ibrahim A.S berdosa kepada Allah: “Ya Allah, sesungguhnya

Page 2: Musnahnya Namrudz Kerana Nyamuk

Namrudz menunggu kedatangan tentera-Mu, kirimlah kepada mereka tentera daripada golongan nyamuk.”

Ketika tentera Namrudz sedang berkumpul di padang pasir, Allah SWT telah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Maka keluarlah nyamuk yang tidak terkira banyaknya sehingga menutupi bumi dan langit.

Nyamuk berkata “Wahai Tuhan kami, apakah yang harus kami buat?” Allah SWT menjawab “Aku telah memberikan rezeki kepada kamu semua, yang berbentuk daging dan darah tentera Namrudz.”

Page 3: Musnahnya Namrudz Kerana Nyamuk

Allah telah memberikan kekuatan kepada nyamuk, lalu mereka menyerang dan menghisap darah tentera Namrudz. Sekejap sahaja semua tentera Namrudz mati. Namrudz pulang ke istana tanpa tentera.

Tentera Namrudz yang kuat akhirnya kalah kepada tentera nyamuk yang kecil dan lemah. Apabila Allah berkehendak, manusia tidak akan mampu menghadapinya.

Kemudian Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menyeksa Namrudz. Tanpa membuang masa nyamuk itu pun masuk ke dalam lubang hidung Namrudz.

Page 4: Musnahnya Namrudz Kerana Nyamuk

Nyamuk tersebut sampai ke dalam kepala Namrudz dan memakan otaknya selama 40 hari. Akhirnya Namrudz mati kerana seekor nyamuk. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

TAMAT

PENGAJARAN

1)Jangan sekali-kali bersifat sombong dan angkuh kerana manusia tidak mampu melawan kekuasaan Allah.Segala-gala yang ada di dalam dunia adalah milik Allah.

2)Janganlah menilai seseorang itu dan memandang rendah terhadap kebolehan mereka.

Page 5: Musnahnya Namrudz Kerana Nyamuk

3)Kita haruslah taat kepada yang Maha Esa.

4)kita hanyalah seorang insan yang biasa dan lemah.

5)Apalagi manusia yang mempunyai akal dan anggota badan yang sempurna.