murid menjadi guru

5
MURID MENJADI GURU Di dalam sebuah kampung yang mundur, tinggal seorang budak bernama Atong. Ayahnya telah meninggal sejak dia masih kecil lagi. Dia tinggal dengan ibunya. Penduduk kampung itu sangat miskin. Ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang terletak di bandar. Kemudahan belajar di kampung itu pula amat kurang. Oleh itu, kanak-kanak di kampung itu tidak berpeluang untuk belajar. Pada tahun ini, Atong berusia tujuh tahun. Dia sepatutnya sudah bersekolah. Dia teringin untuk pergi ke sekolah. Namun, keluarganya amat miskin. Ibunya tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah. “ Atong, mak bersalah terhadap kamu kerana mak tidak dapat menghantar kamu bersekolah di bandar,” kata ibu Atong. “Janganlah mak berkata begitu, Mak tidak bersalah terhadap saya. Tak mengapalah jika saya tidak dapat pergi ke sekolah.” Atong memang anak yang taat. Dia tidak menyalahkan ibunya. Malah, dia mencuba untuk menenangkan hati ibunya. Walaupun begitu, Atong akan berdiri di tepi tingkap pada setiap pagi. Dia suka melihat kanak-kanak lain menggalas beg menuju ke

Upload: linggie-john

Post on 05-Feb-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sajak

TRANSCRIPT

Page 1: Murid Menjadi Guru

MURID MENJADI GURU

Di dalam sebuah kampung yang mundur, tinggal seorang budak bernama Atong.

Ayahnya telah meninggal sejak dia masih kecil lagi. Dia tinggal dengan ibunya.

Penduduk kampung itu sangat miskin. Ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak-

anak mereka ke sekolah yang terletak di bandar. Kemudahan belajar di kampung itu

pula amat kurang. Oleh itu, kanak-kanak di kampung itu tidak berpeluang untuk belajar.

Pada tahun ini, Atong berusia tujuh tahun. Dia sepatutnya sudah bersekolah. Dia

teringin untuk pergi ke sekolah. Namun, keluarganya amat miskin. Ibunya tidak mampu

untuk menghantarnya ke sekolah. “ Atong, mak bersalah terhadap kamu kerana mak

tidak dapat menghantar kamu bersekolah di bandar,” kata ibu Atong. “Janganlah mak

berkata begitu, Mak tidak bersalah terhadap saya. Tak mengapalah jika saya tidak

dapat pergi ke sekolah.” Atong memang anak yang taat. Dia tidak menyalahkan ibunya.

Malah, dia mencuba untuk menenangkan hati ibunya.

Walaupun begitu, Atong akan berdiri di tepi tingkap pada setiap pagi. Dia suka melihat

kanak-kanak lain menggalas beg menuju ke sekolah dengan gembira. Hatinya berasa

cemburu. Walaupun Atong tidak dapat bersekolah, namun dia tidak pernah berputus

asa. Dia meminjam buku kawan-kawannya yang sedang bersekolah. Dia menyalin

perkataan sepatah demi sepatah dan mulai belajar sendiri dengan tekun. Atong

mencapai kemajuan yang pantas dalam masa beberapa bulan sahaja. Daripada buta

huruf, kini dia sudah pandai bersajak.

Pada suatu hari, Atong membantu ibunya membersihkan halaman rumah. Sambil itu,

dia bersajak. Kebetulan pula, sajaknya itu didengari oleh seorang guru. Cikgu Fan

Page 2: Murid Menjadi Guru

berasa terkejut lalu berkata “Mengapakah saya tidak pernah berjumpa dengan budak

ini? Rupa-rupanya, Cikgu Fan berasal dari bandar. Dia pun berjalan menuju ke arah

Atong lalu bertanya,” Adik siapakah nama kamu? Siapa yang mengajar kamu

menyampaikan sajak tadi ? Kamu memang pandai bersajak.” Oh, nama saya Atong!

Keluarga saya tidak mampu menghantar saya ke sekolah. Saya hanya belajar sendiri.”

Atong berasa malu apabila ada orang memujinya.

Cikgu Fan mendapati Atong amat berpotensi dan yakin di akan berjaya jika dididik

dengan baik dan betul. Cikgu Fan sanggup membiayai semua perbelanjaan Atong

untuk belajar. Selepas mendengar kata-kata itu, Atong berlari masuk ke rumah dengan

gembira. Dia memberitahu ibunya tentang berita gembira itu. Ibunya berkali-kali

mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Fan. Sebelum bertolak pada keesokan

harinya, ibunya berpesan kepada Atong, “Atong , kamu harus belajar dengan

bersungguh –sungguh. Jangan kecewakan harapan cikgu Fan.” Atong menganggguk-

anggukkan kepalanya.

Sejak Atong bersekolah, pengetahuannya semakin bertambah. Untuk tidak

mengecewakan harapan Cikgu Fan dan ibunya, dia belajar dengan bersungguh-

sungguh. Lama-kelamaan, dia menjadi lebih pandai daripada murid-murid lain di

sekolah itu. Namun, dia tidak sombong. Malah , dia masih meminta tunjuk ajar daripada

orang lain dengan rendah hati.

Sepuluh tahun kemudian, Atong pun menjadi dewasa. Ilmu pengetahuannya lebih

banyak daripada Cikgu Fan.Kadang-kadang Cikgu Fan pula yang meminta tunjuk ajar

daripadanya! Rakan-rakannya pun mencipta sebuah lagu.” Indigo hijau berasal

Page 3: Murid Menjadi Guru

daripada biru. Warnanya lebih cantik. Antara mereka siapakah guru ?Tentulah orang

yang lebih cerdik.” Atong berasa malu kerana seoleh-olah dirinya telah melebihi

gurunya. Oleh itu, dia tidak mahu mengajar gurunya lagi apabila gurunya itu meminta

tunjuk ajar daripadanya. Cikgu Fan berkata,”Indigo hijau dalam lagu itu terhasil

daripada rumput biru. Warnanya juga lebih menarik daripada biru. Samalah juga

dengan keadaan kita.” “ Walaupun kamu murid saya, tetapi ilmu pengetahuan kamu

lebih tinggi daripada ilmu saya . Ilmu saya juga terhad. Sesiapa sahaja yang lebih

banyak memahami dan mahir dengan ilmu yang ada dalam buku, dialah guru kita. Oleh

itu, tidak salah jika saya minta tunjuk ajar daripada kamu pula!’ “ Orang-orang dahulu

ada berkata, ‘Tiada had ketika menuntut ilmu’, Indigo hijau berasal daripada biru tetapi

warnanya lebih menarik. Ais terhasil daripada air tetapi suhunya jauh lebih sejuk.” Kata

Cikgu Fan lagi.

“Ayat ini digunakan sebagai perumpamaan generasi muda yang hebat daripada

generasi tua.” “Oleh itu, usahlah Atong berasa malu akan lagu itu lagi.” Atong pun

mengangguk. Semenjak itu, mereka saling mengkaji dan berbincang tentang ilmu

mereka.

Akhirnya, ilmu Atong jauh lebih hebat daripada Cikgu Fan. Malah , dia juga menjadi

seorang sasterawan! Kisah ini menunjukkan indigo jauh lebih cantik daripada warna

biru walaupun asalnya daripada warna biru juga.

Moral daripada cerita ini ialah kita haruslah berusaha gigih untuk mencapai kejayaan

dan mengapai apa yang diimpikan. Bak pepatah Melayu Di mana ada kemahuan di situ

ada jalan.

Page 4: Murid Menjadi Guru

Pandanglah teman renungkan bersama

Manusia dinilai dari iman dan amalnya..

Minta petunjuk moga tak dipersia

Selagi pintu taubat masih terbuka

Isikan dada dengan ilmu agama…

Takkan merana dan rasa sengsara..

Kerana pasti kembali padaNya…

Kejauhan remang rembulan

Dedaun mengusik jendela……..