hubungan guru dan murid
DESCRIPTION
DISEDIAKAN OLEH : AHMAD NIZAMUDDIN BIN HUSSIN MUHAMMAD HAFIQ NASYITUN BIN HAMDAN 3 PISMP PJK IPGKSMTRANSCRIPT
DISEDIAKAN OLEH :AHMAD NIZAMUDDIN BIN HUSSIN
MUHAMMAD HAFIQ NASYITUN BIN HAMDAN3 PISMP PJK
IPGKSM
TAJUK :HUBUNGAN GURU DAN
MURID
EDU3104PENGURUSAN BILIK DARJAH
DAN TINGKAHLAKU
ISU
• Pada 15 Disember 2005, seorang guru tuisyen, Patricia Barbara Shanta ,54 tahun telah ditahan kerana mendera pelajar dan menyebabkan kecederaan fizikal ke atas pelajar tahun tiga. • Sementara itu, seorang guru didakwa kerana
telah menendang pinggang seorang pelajar tahun enam sebanyak dua kali pada 2 April 2007 di salah sebuah sekolah di Sik, Kedah.
• Selain itu, muka seorang pelajar berusia dua belas tahun senget akibat ditampar seorang guru . Pelajar itu ditampar gara-gara ingin mengambil buku di dalam beg sebelum lewat menghadiri perhimpunan. • Di Sarawak, seorang guru wanita dikatakan ingin
mendisiplinkan para pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka beramai-ramai di dalam kolam.
• Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian.
• Seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabah pula telah didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka.• Di Sibu, tujuh pelajar lelaki dari Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama di Baram, Miri pula mendakwa dirotan guru sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama.
• Di Alor Gajah, Melaka pula gara-gara didakwa ponteng kelas, empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah dirotan belakang betis sehingga lebam dan bengkak.• Di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat mata kiri
seorang murid, mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit.
FAKTOR
• Punca datang daripada kenakalan atau kedegilan kanak-kanak itu sendiri. • Guru tersebut termasuk dalam golongan yang
yakin bahawa hukuman fizikal seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat.• Guru menghadapi tekanan jiwa akibat beban
kerja yang terlalu banyak, tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung terhadap guru.• Guru itu sendiri tidak berminat kepada profesion
perguruan.
CARA MENGATASI• Sebagai seorang pendidik yang
bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.• Menurut Mok Soon Sang (1988) antara peranan
guru yang penting ialah sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan bertindak sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar.
• Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah :
"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"
(Riwayat Al-Bukhari)
• Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal"
(Riwayat Al-Bukhari)• Tiga perkara yang boleh mengeratkan
persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"(Riwayat Al-Tabrani)
• Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati.
• Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan.• Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-
faktor umum yang lain seperti motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
• Kesimpulannya, kita dapat mengatasi masalah keganasan guru dengan wujudnya kesedaran dalam diri guru tersebut sendiri.• Namun begitu, penyelesaian bersama hendaklah
ada terutama di antara guru, ibubapa, pelajar dan sekolah agar masalah-masalah ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik.
SEKIANTERIMA KASIH