murid dan alam belajar - perkaitan iklim sosial kepada pengajaran dan pembelajaran

10
1.0 Iklim Sekolah Iklim sekolah didefinisikan sebagai satu keadaan dimana suasana sekolah yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sekolah yang mempunyai iklim yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) pula menyifatkan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Selain itu, iklim sekolah dipengaruhi oleh banyak pihak termasuk pelajar, ibu bapa, guru-guru, pengetua, peruntukan kewangan dan sebagainya. Manakala, Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Di samping itu, sekolah juga dapat mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan menyumbang bentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya. 2.0 Aspek Sosial dalam Iklim Sekolah 2.0.1 Aspek hubungan guru dan anak murid Aspek aspek sosial yang dapat dikenalpasti sebagai iklim sekolah ialah hubungan guru dan pelajar. Menurut Sweetland dan Hoy (2000) guru merupakan aspek sosial yang paling asas dan terpenting dalam mempengaruhi keberkesanan prestasi para pelajar. Hubungan yang sihat dalam kalangan pelajar dan guru membantu memastikan keberkesanan suasana yang selesa serta selamat. Guru bukan sahaja sebagai individu yang mengajar namun sebagai pendidik anak-anak murid tersebut.Guru juga perlu bersifat dominan namun ia secara terancang. Kajian Wubbels & Levy (1993) telah mengenalpasti bahawa aspek dominan sebagai ciri penting dalam hubungan guru-murid. Menurut Wubbels, dominan disini bukan bermaksud autokratik tetapi keupayaan guru menyediakan matlamat yang jelas serta bimbingan kepada murid serta tingkah lakunya. Jelas menunjukkan bahawa guru harus membina 1

Upload: mohamad-syafie-bin-samsir

Post on 29-Jun-2015

334 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Untuk perkaitan antara iklim sosial dan fizikal kepada proses p&p

TRANSCRIPT

Page 1: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

1.0 Iklim Sekolah

Iklim sekolah didefinisikan sebagai satu keadaan dimana suasana sekolah

yang kondusif dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran sebagai

sekolah yang mempunyai iklim yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang

merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah

menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut

berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya,

Howard (1974) pula menyifatkan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya

sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Selain itu, iklim

sekolah dipengaruhi oleh banyak pihak termasuk pelajar, ibu bapa, guru-guru,

pengetua, peruntukan kewangan dan sebagainya.

Manakala, Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah

yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya

yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Di samping itu, sekolah juga

dapat mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama pelajar. Selain itu, pihak

sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang

mesra di antara sekolah dan keluarga akan menyumbang bentuk pendidikan yang

lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.

2.0 Aspek Sosial dalam Iklim Sekolah

2.0.1 Aspek hubungan guru dan anak murid

Aspek –aspek sosial yang dapat dikenalpasti sebagai iklim sekolah ialah

hubungan guru dan pelajar. Menurut Sweetland dan Hoy (2000) guru merupakan

aspek sosial yang paling asas dan terpenting dalam mempengaruhi keberkesanan

prestasi para pelajar. Hubungan yang sihat dalam kalangan pelajar dan guru

membantu memastikan keberkesanan suasana yang selesa serta selamat. Guru

bukan sahaja sebagai individu yang mengajar namun sebagai pendidik anak-anak

murid tersebut.Guru juga perlu bersifat dominan namun ia secara terancang.

Kajian Wubbels & Levy (1993) telah mengenalpasti bahawa aspek dominan

sebagai ciri penting dalam hubungan guru-murid. Menurut Wubbels, dominan disini

bukan bermaksud autokratik tetapi keupayaan guru menyediakan matlamat yang

jelas serta bimbingan kepada murid serta tingkah lakunya. Jelas menunjukkan

1

Page 2: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

bahawa guru harus membina sempadan yang bukan menjadi jurang antara murid

dan guru, namun, sebagai satu cara untuk memastikan kawalan tingkah laku murid

tersebut.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Persatuan Pendidikan Kanada (1995)

menyatakan, salah satu krateria yang paling asas bagi sesebuah sekolah yang

berprestasi tinggi adalah iklim psikososialnya. Pembelajaran akan lebih berkesan

dan mudah apabila persekitaran sosial sekolah adalah selamat, membantu serta

berfokuskan pembelajaran. Hubungan harmoni antara warga sekolah dapat

mewujudkan suasana yang selesa, selamat dan tenteram. Ia sebenarnya merujuk

kepada keperluan emosi individu. Analoginya, jika kita berada dalam keadaan yang

tidak selesa adakah kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja yang

kita sedang lakukan.

2.0.2 Aspek Komunikasi

Kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Ee Ah Meng, 1996). "Serulah

(manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat

yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya….."

(An-Nahl : 125). Ayat ini menyebut komunikasi yang baik merupakan sesuatu

perkara yang penting dan sesuatu yang dituntut. Intipati ayat tersebut menunjukkan

bahawa pentingnya berkomunikasi secara bijaksana dan berhikmah dalam membina

kefahaman murid. Ia juga memberi impak kepada proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah serta luar bilik darjah.

Kita tidak mahu salah faham dan kecelaruan murid dalam menerima ilmu

sekiranya komunikasi yang tidak berkesan berlaku. Sebagai contoh, guru meminta

murid-murid melakukan tugasan untuk hari ini, namun cara penyampaian guru hanya

dapat didengari oleh pelajar yang duduk berhampirannya. Jadi apabila perkara

sedemikian berlaku akan adalah murid –murid yang melakukan kesilapan atas sebab

kelemahan guru dalam menyampaikan maklumat. Jadi begitu pentingnya guru dalam

mempraktikkan komunikasi yang baik agar dapat membantu murid dalam memahami

ilmu yang dipelajari.

2

Page 3: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

2.0.3 Aspek Interaksi

Interaksi yang berkesan juga penting dalam membina iklim sosial yang baik

dalam diri murid. Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa

faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan

dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Guru yang bercakap dengan penuh

bertenaga, sebutan yang tepat, jelas, berintonasi serta suara yang menarik lebih

cepat menerima respon daripada murid, lebih-lebih lagi apabila diucap dengan

tatabahasa yang betul dan tersusun. Justeru, guru juga perlu menguasai kemahiran

berinteraksi dengan baik agar hubungan dengan murid berkesan.

Menurut Ab. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti

motivasi, penggunaan sumber, aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke

arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Namun demikian, satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai

matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri

dalam beberapa perkara yang disarankan. Antaranya, guru harus sedar akan

masalah murid-murinya secara individu.Selain itu guru juga harus menguasai

kurikulum dan teknik pengajaran.Malah, guru juga perlu bermuhasabah bagi menilai

pengajaran sendiri dan guru juga perlu meluaskan pengetahuan serta kemahiran.

2.0.4 Aspek Kemesraan

Seterusnya ialah kemesraan yang perlu wujud bagi membentuk suasana

sekolah yang selesa serta ceria. "Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu

berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati

kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu"(Al-'Imran : 159). Dari

perspektif seorang guru yang mesra serta mudah bertolak ansur merupakan satu

sikap yang sangat disukai pelajar. Namun, masih perlu dikawal agar tidak menjadi

perkara yang sebaliknya. Guru itu tidak sepatutnya untuk ditakuti tapi patut

dihormati.Melalui pembinaan sahsiah guru serta emosi yang stabil maka, murid akan

dapat berada dalam satu zon selamat sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran.

3

Page 4: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

2.0.5 Aspek Perpaduan

Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem  persekolahan

sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya,

pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai

asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di

kalangan rakyat berbilang kaum

Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus

diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat

utama Dasar Pendidikan Kebangsaan.  Melalui cara ini, di samping boleh bergaul

secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh

memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah

semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara

pelajar dan saling faham-memahami. Di samping itu, perpaduan turut menyumbang

kepada pembinaan suasana yang harmoni dalam sekolah yang berbilang kaum.

Secara tidak langsung ia turut menyumbang dalam memastikan suasana

pembelajaran yang tenang dan selamat.

3.0 Perbezaan Individu

Guru seharusnya mengerti akan perbezaan dalam kalangan murid. Ini dapat

dikenalpasti mencari pengamatan dan pemerhatian terhadap personaliti individu

tersebut. Keperibadian dan sikap seseorang menjadikan manusia ini mempunyai

banyak ragam serta menunjukkan bahawa manusia itu berbeza.

Woodcock (2000) mengkategorikan perbezaan individu kepada dua jenis iaitu

interindividu dan intraindividu. Personaliti intraindividu dipengaruhi oleh masa,

tempat dan keadaan. Contohnya seorang doktor yang serius semasa bertugas

ketika di hospital merupakan seorang yang peramah semasa dirumah. Sebagai

seorang guru, kita harus mengenalpasti personaliti intraindividu bagi memahami dan

menyelami naluri pelajar tersebut, dalam usaha membina hubungan dan

kesefahaman antara guru dan anak murid.

Perbezaan individu hadir dalam pelbagai bentuk dan perkara.Perkara ini

menerangkan bentuk perbezaan yang kedua iaitu perbezaan interindividu. Ia

4

Page 5: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

terdapat dalam diri seseorang dan juga dalam diri seseorang yang lain. Faktor

persekitaran dan baka merupakan faktor yang utama dalam menyumbang

perbezaan individu. Ahli psikologi turut menyokong penyataan ini.Teori Ekologi

Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai

hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Tambah

beliau lagi, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-

kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut terhadap persekitaran.

3.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu

3.1.1 Aspek Kecerdasan

Kecerdasan merupakan salah satu aspek perbezaan yang dapat dilihat secara

jelas dengan bukti yang banyak diperbahaskanoleh ahli-ahli pemikir. Mengikut

Kamus Dewan (1986 hlm.99) cerdas ditakrifkan sebagai sempurna akal (untuk

berfikir, mengerti dan lain-lain), cerdik, pintar dan sempurna pertumbuhan

(perkembangan) badannya. Manakala, Woolfolk (1998) kecerdasan seseorang amat

sukar untuk dipisahkan daripada faktor baka dan persekitaran. Mereka beranggapan,

faktor baka dan persekitaran menentukan tahap kecerdasan seseorang.

Kecerdasan telah ditakrifkan dalam beberapa bentuk.Antaranya kecerdasan

pelbagai,kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual. Gardner (1983) telah

mengetengahkan konsep Kecerdasan Pelbagai ( Multiple Intelligence). Menurut teori

ini, setiap individu memiliki lapan jenis kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-linguistik,

logikal-matematikal, visual-ruang, muzikal, kinestetik, naturalistik, interpersonal dan

intrapersonal. Contohnya, seorang penggubah lagu mempunyai kelebihan pada

kecerdasan muzikal, berbeza dengan seorang guru yang mempunyai kecerdasan

interpersonal iaitu guru mempunyai kemahiran memahami orang lain. Jelas

menunjukkan setiap individu itu berbeza dari segi kecerdasan.

5

Page 6: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

3.1.2 Aspek Gaya Berfikir

Akal fikiran merupakan anugerah Allah s.w.t yang paling utama kepada

manusia, kriteria terpenting yang membezakan mereka daripada makhluk selainnya.

“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang

dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah

diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269) Gaya berfikir setiap manusia itu

berbeza dan dari perspektif itulah yang membezakan individu dengan individu yang

lain. Terdapat beberapa jenis gaya berfikir yang terdiri dari pemikiran konvergen dan

divergen, pemikiran menegak dan lateral, pemikiran kreatif dan pemikiran kritis serta

pemikiran reflektif.

Jika kita lihat dari segi pemikiran kreatif, Cropley (1967) dan Torrance (1972)

menyatakan, murid yang kreatif akan menimbulkan permasalahan dalam bilik darjah

kerana mereka sukar untuk menumpukan perhatian semasa dalam bilik darjah.

Contohnya, Cikgu Aini menyuruh anak-anak muridnya melukis kereta, semua murid

melukis sebuah kereta yang biasa, namun ada anak murinya yang melukis kereta

mempunyai ekzos besar yang mengeluarkan api atau kereta yang mempunyai

tanduk. Disini ingin kita kupaskan bahawa pemikiran kreatif ada dalam diri setiap

murid dan guru bertindak sebagai pencungkil pemikiran tersebut.

3.1. 3 Aspek Gaya Pembelajaran

Individu juga berbeza dari segi gaya pembelajaran. Jika kita lihat situasi yang

realiti disekolah setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Malah,

jika di pusat – pusat pengajian tinggi juga berlaku perkara tersebut. Ada individu

yang senang belajar sendiri atau bekumpulan. Dunn, R. dan Dunn, K. (1978) dalam

bukunya berjudul “Teaching Students Through Their Individual Learning Styles”

menyatakan kekaguman mereka apabila mendapati adanya begitu banyak penulisan

pada tahun 1970-an yang menyokong pendapat bahawa setiap murid belajar

mengikut cara-caranya yang tersendiri, berbeza dengan rakan sebayanya.

6

Page 7: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

3.1.4 Aspek Fizikal

Lihat rakan anda yang duduk disebelah anda, apa yang anda dapat bezakan

antara dia dan anda? Rupa paras, bentuk badan, ketinggian. Semua perkara itu

merujuk kepada aspek fizikal manusia yang secara kasar kita dapat lihat.

Sesungguhnya tiada manusia yang sama, sekalipun mereka itu dilahirkan kembar

pasti ada perbezaan antara mereka. Aspek fizikal merujuk kepada perubahan saiz

fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan

dan perawakan manusia ( Woolfolk dan Margetts, 2007 ).

3.1.5 Aspek Bangsa dan Bahasa

“Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu dari lelaki dan

perempuan dan kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa serta bersuku-suku

supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah

yang paling bertaqwa” (Al-hujurat : 13). Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t

telah menciptakan manusia berbeza-beza, suku kaum,bangsa dan bahasa. Setiap

kali kita bertemu dengan orang yang berada disekeliling kita, ada yang sama bangsa

dan ada yang berbeza. Beza saya dengan Ah Chong ialah, saya berbangsa Melayu

dan dia berbangsa Cina. Saya bertutur dengan Bahasa melayu dan dia bertutur

dengan Bahasa Mandrin.

Perbezaan individu memberikan kita satu pandangan bahawa manusia itu

semua berbeza. Sebagai seorang bakal guru kita harus mersiapkan diri dalam

membentuk kemahiran dalam diri untuk menghadapi segala kemungkinan yang

bakal kita tempa. Pendekatan yang sesuai dan berkesan amat penting dalam

membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

(1775 patah perkataan)

7

Page 8: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

Refleksi

Pada 3 Ogos yang lalu pesyarah pembimbing mata pelajaran Murid dan Alam

Belajar, Encik Mohd Din Bin Haron telah memberikan tugasan untuk semester ini.

Tugasan berkenaan mengarang esei tentang komponen pelajaran dibawah tajuk

“Iklim Sosial Sekolah” dan “Perbezaan Individu”. Esei yang diperuntukkan adalah

sebanyak 1500 patah perkataan dan hendaklah ditulis dalam bentuk esei ilmiah.

Pendekatan matapelajaran Murid dan Alam Belajar adalah untuk

mendedahkan kepada bakal guru berkenaan pentingnya mengenal bagaimana

sesuatu situasi memberi kesan kepada pembelajaran seseorang murid. Jika kita teliti

iklim sekolah yang bagaimanakah dapat membantu minat dan memperkembangkan

bakat seseorang murid. Walhal jika kita pandang perkara sebegitu adalah perkara

yang remeh. Namun, ia sebenarnya memainkan peranan dalam membina minat dan

rangsangan murid untuk terus belajar.

Bagi pendapat saya, selain faktor sosial, faktor-faktor lain juga turut memberi

kesan. Antaranya faktor fizikal, sekolah yang mempunyai kemudahan dan

infrastruktur dapat membantu para pelajarnya untuk belajar dengan lebih selesa

serta mudah. Berbanding dengan sekolah yang kurang kemudahan seperti tiada

bekalan eletrik yang tetap dan ketiadaan pusat sumber yang lengkap. Sedikit

sebanyak minat murid untuk belajar akan terjejas. Namun, inisiatif guru dalam

membina minat pelajar adalah penting. Walaupun, mereka belajar dibawah pokok

sekalipun, jika ada guru yang mengajar dan murid yang belajar maka adalah

pendidikan.

Melalui tugasan yang diberikan ini, beberapa pengetahuan baru dapat saya

perolehi. Anyaranya, bagaimana perbezaan individu itu berlaku. Sehinggakan bukti

yang jelas bukan sahaja dinyatakan oleh para ahli falsafah, tetapi didalam Kitab Al-

Quran. Jelas menunjukkan jika kita perhatikan manusia mempunyai perbezaan. Jika

kita teliti perkara yang paling ketara ialah cap jari kita. Belum pernah berlakunya

situasi orang yang mempunya cap jari yang sama di dunia ini. Samada dari segi

fizikal dan mental manusia itu berbeza. Seperti penyataan Carl Rogers menyatakan

bahawa manusia itu unik, mulia dan baik pada azalinya.

8

Page 9: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

Saya berharap agar tugasan yang saya lakukan ini dapat membimbing saya

dan rakan-rakan dalam usaha menjadi insan guru yang menjadi rol model yang baik

kepada para pelajar. Di samping itu, membantu kami dalam membina kemahiran

untuk mengajar dengan mengaplikasikan segala pengetahuan berkenaan murid dan

alam belajarnya. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku ada hikmah

disebaliknya.

9

Page 10: Murid Dan Alam Belajar - Perkaitan Iklim Sosial kepada Pengajaran dan Pembelajaran

Rujukan

Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes, 1994, _ HYPERLINK http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html __http://barco.art.uiuc.edu/arted/clclife.html_.

Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986), Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM: Bahagian Agama Islam.

Mok Soon Sang, (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990), Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur, DBP.

Rosli Abd. Rahman (1997), Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia.

Theodore Coladarci (1991), Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching, Journal of Experimental Education, University of Maine.

Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995/Bil. 3,UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,PERBEZAAN GAYA KOGNITIF INDIVIDU DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENDIDIKAN oleh PROFESOR A. LOURDUSAMY

Laman web

http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/03/29/iklim-sekolah-kaitannya-dengan-hasil-akademik-dan-non-akademik-siswa/

http://amaljaya.com/guru/2010/01/27/perbezaan-individu/

http://hbis.wordpress.com/2010/04/01/konsep-budaya-dan-iklim-sekolah-oleh-a-fatah-munzalilanjutan/

http://rastodio.com/pendidikan/iklim-sekolah-school-climate.html

http://skypin.tripod.com/agama/aga43.html

http://tuanmat.tripod.com/aliransekolah.html

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/menuntut-ilmu-menurut-perspektif-islam.html

http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/lourd/index.html

http://www.schoolfile.com/cap_start/socialclimate.htm

10