murid a

44
KPS6034 ANALISIS SOSIOLOGI TERHADAP DISIPLIN DAN DEVIAN TUGASAN INDIVIDU Kajian Kes: Punca dan Intervensi NAMA ; MALINI A/L MUNUSAMY NO MATRIK : M20142002085

Upload: malini-munusamy

Post on 23-Jan-2016

50 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

devien

TRANSCRIPT

Page 1: Murid A

KPS6034

ANALISIS SOSIOLOGI TERHADAP DISIPLIN DAN

DEVIAN

TUGASAN INDIVIDU

Kajian Kes: Punca dan Intervensi

NAMA ; MALINI A/L MUNUSAMY

NO MATRIK : M20142002085

PENSYARAH: PROFESOR DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM

Page 2: Murid A

PENGENALAN

Alam remaja merupakan satu tahap kritikal dalam kehidupan manusia, iaitu tempoh

peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat ini seseorang itu

akan mula bertindakbalas kepada tuntutan emosi untuk mencari identiti dan penampilan

tersendiri. Ahli psikologi mengistilahkan alam remaja sebagai ‘umur emosi’ (emotional age)

kerana di peringkat mencari identiti , mereka sering berhadapan dengan konflik diri di mana

wujud dua pertembungan iaitu antara sifat kanak-kanak dan keinginan serta kebimbangan

untuk menempuhi alam dewasa. Tetapi kini, remaja telah terlalu jauh meninggalkan batas

keperibadiannya serta melupakan nilai-nilai etika dan moral yang sepatutnya tersemai di dalam

diri mereka. Remaja memperoleh kesedaran pada diri mereka sebagai individu, rakan seksual,

pekerja, dan ibu bapa yang berkebolehan serta sebagai individu yang baru. Tarikan pada

jantina berlawanan akan muncul, pencarian idea dan orang yang boleh dipercayai juga

bermula. Pengharapan baru pada diri mula diadaptasikan. Imej-imej kendiri ini mulanya

cenderung menjadi fleksibel dan selalunya akan berubah mengikut masa, tempat, dan situasi.

Perkembangan Ego pada peringkat ini menyediakan remaja bagi menanggung beban identity

kendiri. Remaja akan berusaha menyelesaikan krisis identiti yang berlaku dengan menguji

pelbagai peranan, nilai dan perhubungan.

Tingkah laku pelajar remaja berkait rapat dengan sikap pelajar remaja tersebut dan

mempunyai norma dalam kehidupan manusia. Pada zaman inilah para remaja mula terdedah

kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah menjadi rumah kedua bagi

mereka. Remaja perlu belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang daripada ibu bapa

tetapi kebanyakan daripada persekitaran sosial mereka ketika mereka membesar. Pada

tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan

seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada kepada alam yang lebih matang dan

dewasa (Bettelheim, 1950). Norma tingkah laku ini dijelaskan sama ada seseorang itu baik atau

buruk. Tingkah laku baik yang mengikut norma ialah seperti tidak bercakap semasa makan,

menghormati orang tua, dan sebagainya. Contoh tingkah laku buruk pula ialah seperti

menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri, berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti

membuang bayi, lari dari rumah, dan perhubungan seks bebas turut juga dilakukan. Anak-anak,

khasnya remaja pada abad ke-21 ini lebih terdedah dengan pelbagai bentuk pengaruh. Dalam

dunia yang disebut “borderless world” ini banyak menerima pengaruh positif mahu pun negatif.

Anak-anak lebih mudah tertawan dengan program yang membunuh sahsiah berbanding

Page 3: Murid A

program yang menghidupkan peribadinya (Hassan Mohd Ali, 1997). Pelajar yang sering

melanggar disiplin atau salah laku ini dikenali pelajar devian.

Page 4: Murid A

Murid A

Butir-butir Peribadi Murid ANama KARTHIK RAJ A/L SUBRAMANIAM

Tarikh

lahir25 JUN 2004

Jantina Lelaki

Bangsa India

Agama Hindu

Umur 11 tahun

Alamat 164A, Kampung Sungai Timah, 34600 Hutan Melintang, Perak Darul

Ridzuan.

Darjah 5 Barati

Nama

sekolah

SJKT Ladang Teluk buloh

Karthik Raj adalah seorang murid tahun 5 Barathi di SJK(T) Ladang Teluk Buloh

yang saya pilih untuk dihuraikan dalam kajian kes ini. Murid ini berasal daripada sebuah

keluarga yang sederhana. Keluarga mereka tinggal di sebuah lading yang berhampiran

dengan pecan. Murid ini mempunyai 4 orang adik-beradik dan dia merupakan anak

yang ketiga dalam keluarganya.

Kartik Raj mempunyai dua orang kakak dan seorang adik. Kesemua adik-

beradiknya sedang belajar. Bapanya berkerja sebagai pemandu lori dan ibunya

merupakan seorang suri rumah . keluarganya masih dalam ketagori miskin dan murid

ini juga selalu mengikuti abang saudaranya ke kerja sambilan.

Page 5: Murid A

Oleh kerana sumber wang mereka hanya bergantung pekerjaan makan gaji,

Karthik dan adik beradiknya tidak dapat peluang utuk mendapatkan kesemua benda

yang diinginkan. Malah, murid itu juga sering menghadapi masalah untuk menyelaskan

segala jenis bayaran yang diminta di sekolah.

Menurut ciri-ciri perwatakan, Karthik Raj merupakan seorang yang nakal, suka

kacau murid lain dan sering berbohong kepada guru dan rakan-rakanya. Di samping itu,

dia juga selalu suka mengampil barang orang laindan menyorokanya. Kartik Raj selalu

suka bergaul dengan murid-murid yang nakal dan kurang berdisiplin. Dia selalu suka

mengasingkan dirinya daripada murid-murid yang pandai berasa iri hati dengan

mereka. Dia sering memandang rendah terhadap dirinya dan suka merendahkan

dirinya apabila ditegur oleh guru-guru.

Karthik Raj juga boleh dikatakan sebagai seorang murid yang dibesarkan dalam

keadaan serba kekurangan. Segala permintaan dan keiginanyan juga sering diabaikan

oleh ibubapanya. Kadang-kadang dia juga menceritakan bahawa dia seorang yag

miskin dan mengadukan kepada rakan-rakanya bahawa ibubapa dia selalu

mengabaikan permintaanya dan memberi keutamaan kepada kakanya.

Dari segi pencapaian akademik, Karthik raj bukanlah seorang murid yang

cemerlang. Dia merupakan murid yang lemah dan pencapaian akademik juga setakat

memuaskan sahaja. Tetapi , dia seorang yang aktif dan berbakat dalam bidang sukan.

Karthik juga selalu barminat dalam pembelajaran mata pelajaran sains dan rekabentuk

dan teknologi. Dia selalu berminat untuk membuat eksperimen dan membuat segalam

aktiviti hands-on. Pernah juga beberapa hari Karthik raj bersuhabat dengan rakan-

rakanya untuk membawa balik bahan-bahan sains keluar dari makmal sais oleh kerana

permintaan dan desakan rakan-rakanya.

Page 6: Murid A

Murid B

Butir-butir peribadi murid BNama THEVAAKAR A/L KRISHNARAU

Tarikh

lahir 14 MAC 2004

Jantina Lelaki

Bangsa India

Agama Hindu

Umur 11

Alamat 36, Ladang Jandarata bahagian 3, 36400 Hutan Melintang, Perak

Darul Ridzuan.

Darjah 5

Nama

sekolah

SJK(T) Ladang Teluk buloh

Thevaakar merupakan murid kedua yang telah dipilih sebagai responden dalam

kajian kes ini. Thevaakar juga berasal dari keluarga yang miskin. Ibunya bekerja

sebagai buruh di Ladang jendarata Bhgn 3. Bapa Thevaakar teliah meninggal dunia

dalam suatu kemalangan semasa dia belajar tahun 2. Thevaakar juga merupakan salah

seorang murid di SJK(T) Ladang Teluk Buloh yang belajar dalam tahun 5 juga.

Thevaakar mempunyai ua orang kakak yang masih belajar dia merupakan anak bongsu

dalam keluarganya. Keluarga Thevaakar hanya bergantung kepada pendapatan ibunya

sahaja.

Thevaakar merupaka anak buah dalam keluarganya dan sangat dimanja oleh

ibunya oleh kerana dialah satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya. Dia juga kurang

Page 7: Murid A

diberi perhatian oleh ibunya kerana beliau berkerja sampai petang dan tidak ada masa

untuk menegur ataupun belanja bersama dengan anak-anaknya.oleh yang itu,

Thevaakar selalu suka bergaul dengan murid-muris sekolah menengah yang tinggal

setempat dengan tempat tinggalnya.

Dari segi pencapaian akademik, Thevaakar merupakan seorang murid yang

sangat lemah dalam pelajaranya dan dia selalu tidak memberi perhatian semasa proses

pembelajaran dijalankan. Dia juga tidak suka dan benci apabila dirinya ditegur olag

guru-guru.Hal ini boleh dibuktikan dengan statistik pencapaiannya dari tahun 1

sehinggalah sekarang.murid ini juga suka ponteng sekolah tanpa sebab yang selalu

memberi masalah sewaktu proses pengajaran dilaksanakan. Thevaakar suka kacau

murid yang lain dan bergaduh dengan mereka selalu. Daripada temubual daripada

kakanya. Mendapat tahu bahawa dia membelanjakan waktu lapanganya dengan

bergaul dengan murid-murid sekolah menengah selepas sekolah.

Hasil daripada siasatan didapati juga bahawa masyarakat setempat dengan

thevaakar kurang berdisiplin dan tingkah laku mereka juga sentiasa luar norma

masyarakat seperti minum arak, main judi, bergaduh dan sebagainya. Murid ini dari dari

lahir sampai sekarang hanya membesar di dalam kalangan masyarakat seperti ini.

Page 8: Murid A

Rekod kesalahan dan tindakan yang telah diambil terhadap murid A

Kesalahan yang telah dilakukan oleh murid A iaitu Raj kumar ialah memcuri

peralatan-peralatan sains dari bilik makmal sekolah serta membawanya ke rumah.

Antara alat-alat sains yang dicurinya ialah teleskop, kid elektrik dan juga seteskop. Dia

juga menuduh kesalahnya terhadap murid lain dan guru matapelajaran apabila telah

ditangkap oleh guru.

Kesalahan yang dilakukannya boleh dikatakan di katakana sebagai sesatu

perbuatan yang luar disiplin malah ia memerlukan keberanian yang tinggi. Murid ini

telah mencuri alat-alat tersebut selepas waktu sekolah. Dia dan seorang lagi rakanya

memecahkan kunci rak makmal sains dan mengambil barang-barang tersebut ke

rumah. Murid ini telah menyorok kesemua alat ini daripada perhatian keluarganya

selama seminggu dan memcuba untuk menjual alat-alat ini kepada rakan-rakanya yang

dewasa.

Sewaktu dia bermain dan cuba memasang kit elektrik itu di rumahnya perbuatan

itu telah dilihat oleh kakaknya yang sama bersekolah denganya. Apabila dia disiasat

oleh kakanya dia juga berbohon bahawa kit elektrik itu telah diberi oleh guru sainsyan

untuk dipasang dirumah. Pada keesokan hari Karthik cuba membawa teleskop dari

rumanya ke padang untuk bermain bersama dengan rakan-rakanya. Dia juaga telah

menjual satu lagi teleskop kepada seorang saudaranya dengan berharga RM50. Ketika

dia membawa teleskop itu ke padang rakan-rakan sekelasnya telah melihat nya dan

melaporkanya kepada guru besar keesokan harinya.

Apabila dia disiasat oleh guru besar, Kartik berani menuduh seorang lagi rakan

kelasya dengan menyatakan bahawa murid itu yang dicuri alat-alat tersebut dan

meletakanya didalam begnya. Selepas dia dan rakan-rakan kelasnya disiasat selama

beberapa jam didapat tahu bahawa Karthik yang mencuri alat-alat tersebut. Dia

Page 9: Murid A

mengaku kesalahnya apabila dia dikatakan bahawa kes ini akan dibawa ke balai polis

untuk menyiasat selanjutnya.

Rekod kesalahan dan tindakan yang telah diambil terhadap murid B

Kesalahan tingkah laku devian yang telah dilakukan oleh murid B ialah memukul

murid lain dan meletakkan paku dibawah tayar kereta guru. Dia juga selalu mengambil

cuti ke sekolah. Perlakuan seperti ini menjadikan pihak sekolah risau terhadapnya .

kesalahan ini juga boleh dianggap sebagai suatu kes yang berat.

Sewaktu matapelajaran pendidikan jasmani Thevaakar bertengkah dengan rakan

sekelasnya sehingga membaling botol air ke kepala murid itu dan ini menyebabkan

murid kepala itu berdarah. Setelah berbuat demikian murid itu telah diberi denda dan

amaran oleh guru disiplin atas perbuatanya. Dia juga degil dan tidak mahu meminta

maaf kepada rakanya yang dicederakan walaupun disuruh beberapa kali oleh guru

disiplin. Oleh kerana itu, guru disiplin terpaksa merotonkan murid tersebut.

Pada keesokkan hari Thevaakan membawa beberapa batang paku ke sekolah.

Selepas tamatnya sekolah thevaakar pergi perseorangan ke tempat letak kereta guru

dan meletakkan paku dibawa kesemua tayar kereta guru. Perbuatan dia ini telah dilihat

oleh pekerja sekolah dan dilaporkan kepada guru besar. Setelah thevaakar dapat

tahudi mana perbuatanya telah diketahuinya oleh guru besar dia lari lari tempat itu dan

menyorok di belakang stor sekolah.

Apabila murid tersebut disiasat oleh guru besar, dia mengaku kesalahanya. Dia

juga berkata bahawa dia tidak puas hati terhadap tindakan guru disiplin yang

merotanya. Pihak sekolah juga didapat tahu bahawa thevaakar disuruh berbuat

demikian oleh rakan-rakanya yang tinggal setempat. Apabila thevaakar memberitahu

mereka yang dia diroton oleh guru, mereka menyuruh murid tersebut untuk meletakkan

paku dibawah tayar.

Page 10: Murid A

Punca utama berlakunya salah laku devian berdasarkan teori-teori devian

Antara factor-faktor utama yang menyebabkan berlakunya salah laku dalam kes

yang dinyatakan adalah kurangya perhatian daripada pihak ibu bapa dan keluarga.

Faktor ini boleh dikaitkan dengan teori kawalan sosial yang dipelopori oleh Travis

Hirsch (1969). Kajian yang dijalankan oleh ahli sosiologi, Travis Hirschi (1969),

terhadap pesalah juvana di California akan memberi gambaran tentang teori ini.Hirschi

mengatakan bahawa orang muda mempunyai kecenderungan untuk akur sekiranya

mereka mempunyai hubungan yang kukuh dengan masyarakat. Hubungan ini

mempunyai empat bahagian iaitu hubungan rapat, penglibatan, komitmen dan

kepercayaan.

Teori broken window juga boleh dikaitkan dengan punca berlaku tingkahlaku

devein ini. Teori roken window bermaksud murid-murid selalu akan mengikuti perbuatan

negative yang dibuat oleh orang lain. Mereka juga akan cuba melakukan kesalahan jika

mempunyai peluang untuk bersalah. Teori ini boleh dikaitan dengan kes murid A. hal ini

kerana murid ini berani untuk mengambil alat-alat sains setelah dia mendapat peluang

untuk melakukanya. Selain itu, dia juga perna lihat ada banyak murid lagi yang

mengambil alat-alat sains itu tanpa pengetahuan guru. Abang dia juga seorang pencuri

dan kini berada di penjara kerana ditahan dalam kes merompak. Di sini kita boleh

katakan bahawa murid B mengikuti dan mencontohi abangnya.

Keterikatan dengan sekolah dan kawan-kawan yang konvensional juga penting

untuk menjauhkan aktiviti delinkuensi. Begitu juga dengan kebolehan akademik,

pencapaian akademik serta sensitiviti terhadap kehendak guru. Teori ini menekankan

Page 11: Murid A

kepada kepentingan hubungan keluarga dan berpendapat hubungan yang buruk antara

ibubapa dan anak sebagai faktor utama tingkahlaku jenayah dan delinkuensi.

Secara keseluruhannya, teori-teori tadi menyentuh tentang peranan keluarga

dalam menyebabkan tingkahlaku jenayah dan delinkuensi. Teori Peluang memfokus

kepada hubungan antara kekurangan peluang yang sah dan kehadiran peluang yang

tidak sah dan kaitannya dengan jenayah. Teori Kawalan memfokus kepada ikatan

konvensional yang mengikat individu kepada masyarakat dan menyebut bahawa

keterikatan kepada ibubapa sebagai penghalang utama kepada tingkahlaku

delinkuensi. Teori Pembelajaran Sosial melihat bagaimana norma-norma yang diterima

masyarakat dipindahkan dalam lingkungan keluarga. Jika pengajaran ini lemah atau

tidak dilakukan dengan berkesan, anak-anak cenderung untuk melakukan yang

sebaliknya.

Mengikut kes kedua iaitu murid B, kekurangan perhatian daripada ibu bapa juga

merupakan antara salah satu faktor terjadinya devian. Hal ini dibuktikan dia tidak

mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarga lebih meluangkan masanya dengan

masyarakat luar dan mempengaruhnya. Setelah disiasat murid itu telah mengaku

bahawa dia meletakkan paku kerana dia disuruh oleh rakan-rakanya. Merekah telah

mempengaruh murid itu untuk membuat devian.

Mengikut teori kawalan sosial, sekiranya murid itu mempunyai hubungan yang

rapat dengan ahli keluarganya dia akan menceritakan situasi dan masalah dia kepada

keluarganya daripada membincangkanya dengan rakan dia. Selain itu, boleh jugs

dikatakan sebagai ibubapa mereka gagal dalam mendidik anak mereka untuk

menyerapkan nilai moral dan akhlak. Sekiranya dia mempunyai akhlak yang tinggi dia

mesti akan meminta maaf kepada murid yang cedera.

Factor lain yang menyebabkan kedua-dua murid ini untuk melalukan devein ialah

pengaruh rakan sebaya.Berkawan adalah penting bagi kita. Walau bagaimanapun,

berkawan boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Kesan tekanan rakan sebaya

boleh mempengaruhi perubahan cara seseorang sama ada cara bercakap,

bertingkahlaku mahupun berfikir.

Page 12: Murid A

Ada masanya kita akan berasa rakan-rakan kita mendesak untuk berkelakuan

dan berfikir secara berbahaya atau tidak boleh diterima oleh akal yang sihat. Tekanan

rakan sebaya sesuatu yang lazim di kalangan rakan-rakan dan akan menjadi lebih kuat

semasa zaman remaja. Mungkin gerak hati kita ingin meminta kita berhenti

menghabiskan masa bersama rakan yang menjadi ‘pengaruh tidak baik’. Namun ia

bukan strategi terbaik kerana ia boleh menimbulkan reaksi bertentangan yang

membawa kepada rintangan tidak diingini. Penyelesaian yang lebih baik adalah melatih

kita berfikir sendiri untuk menahan diri daripada tekanan rakan sebaya yang negatif itu.

Rakan sebaya dan keluarga merupakan dua dunia sosial tempat seseorang itu

berkomunikasi. Apabila berada di rumah, seseorang itu akan bergaul dengan

keluarganya yang terdiri daripada ibubapa dan adik beradiknya. Manakala apabila dia

berada di luar rumah dia akan bergaul dengan rakan sebaya. Rakan sebaya ini terdiri

daripada pelajar-pelajar atau murid yang mempunyai umur yang hampir-hampir sama di

antara satu sama lain.

Kekeliruan ini memburukkan lagi pergeseran dan akhirnya menimbulkan

masalah. Apabila murid-murid menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang

sebagai tempat mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadangkala

mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan

sebaya. penolakan rakan sebaya di dalam masalah tingkahlaku negatif murid. Terdapat

beberapa cara penolakan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan remaja untuk

terlibat dengan rakan sebaya yang devian dan delikuen. Salah satu cara ialah, remaja

yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mengalami masalah kekurangan kemahiran

sosial dan agresif selain tingkahlaku anti-sosial yang menyebabkan mereka terlibat

dengan remaja yang devian. Kes thevaakar boleh diambil sebagai satu contoh yang

baik. Menurut keteranganya, dia disuruh oleh rakan-rakanya untuk meletak paku

dengan alasan membalas dendam guru disilpin sekolah. Dalam kes Karthik raj, dia

didesak dan ditemani oleh seorang lagi rakanya untuk mencuri alat-alat sains.

Page 13: Murid A

Kesimpulannya, tekanan rakan sebaya merupakan sesuatu yang lazim di

kalangan rakan-rakan. Kebanyakkannya menjurus ke arah negatif jika tidak ditangani

dengan rasional dan ianya juga boleh memberi kesan kepada perubahan cara

seseorang sama ada cara bercakap, bertingkahlaku mahupun berfikir

Teori yang terakhir yang menyebabkan murid-murid tersebut berbuat devien

adalah teori labeling. Mengikut teori labeling seseorang murid akan dilabel sebagai

devien setelah didapati murid itu berbuat demikian. Dalam kedua-dua kes ini murid-

murid tersebut sudah pun dilebelkan sebagai murid yang bermasalah oleh pihak

sekolah. Ini menyebabkan mereka berani melakukan kesalahan yang sama. Sebagai

contoh Karthik Raj sebelum ini telah dilabelkan sebagai seorang yang kerap berbohong

dan mencuri. Perkara yang sama sahaja berlaku apabila dia disiasat oleh guru besar.

Dia menuduh kesalahanya terhadap rakan kelas yang lain.

Manakalah thevaakar pula sudah pun dilabelkan sebagai murid tingkahlaku bermasalah

dan degil. Dia berani mencederakan rakanya kerana dia sudahpun dilabelkan sebagai

murid yang nakal dan degil.

Page 14: Murid A

Temu bual pemegang taruh dan buat analisis keberkesanan

tindakan yang telah diambil.

Pemegang Taruh iaiah seseorang individu, kumpulan atau organisasi yang

mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam sesebuah

organisasi atau individu. Pemegang taruh ini adalah terdiri daripada pengurusan

sekolah, kakitangan sekolah, keluarga dan juga pelajar. Pemegang taruh ini secara

langsung atau tidak langsung akan melibatkan diri dalam penyelesaian sesuatu

masalah.

Dalam kes yang saya kaji individu yang menjadi pemegang taruh ialah guru

besar sekolah itu. Beliau mengambil tanggungjawap untuk menyelesaikan kes A. Kes A

adalah tentang seorang murid tahun lima yang mencuri alat- alat dan bahan-bahan dari

makmal sains sekolah. Seterusnya menjual alat-alat ini kepada orang luar untuk

mendapatkan wang. Saya juga telah menemu bual Guru Besar sekolah tersebut

tentang tindakan-tindakan yang diambil berkenaan kes tersebut.

Semasa perbincangan bersama Guru Besar, beliau telah memberitahu latar

belakang hidup pelajar tersebut. Beliau sendiri pergi ke tempat tinggal pelajar tersebut

dan membuat analisis. Menurut beliau latar belakang keluarga dan kecuaian ibubapa

murid itu menjadi punca berlakunya tingkahlaku devein ini. Factor keluarga menjadi

punca utama dalam kes ini. Selain itu, guru besar juga menyatakan bahawa ada juga

factor-faktor luaran yang lain mendorong murid itu berbuat demikian secara tidak

langsung.

Page 15: Murid A

Saya juga turut berbincang tentang tindakan-tindakan dan langkah-langkah

yang telah diambil oleh pihak sekolah berkenaan dengan kes tersebut. Menurut beliau

kes ini perlu ditangani dengan gandingan bersama guru disiplin dan guru kanan Hal

ehwal murid. Ketiga-tiga pihak ini berlu berkerjasama untuk menyelesaikan masalah ini.

Tindakan pertama yang diambil oleh mereka adalah menghantar surat panggilan

kepada ibubapa murid tersebut. Ibubapa murid tersebut diberitahu terlebih dahulu

tentang tujuan dipanggil. Ibubapa murid itu diberitahu semua kesalahan yang dibuat

oleh murid ini sebelum ini. Malah, beberapa bukti juga turut ditunjukan kepada mereka.

Guru besar memberitahu ibubapa murid itu tentang langkah-langkah untuk

menyelasaikan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Iaitu tabiat mencuri dan

berbohong.

Seterusnya murid itu juga telah dihantar ke sesi kaunseling oleh guru besar.

Guru besar turut menyertai sesi kaunseling tersebut untuk mengenali situasi sebenar

dan perasaan murid itu. Hasil daripada perbincangan guru besar saya mendapat tahu

bahawa murid terbabit itu mengakui kesalahan segalam kesalahan yang dibuat

sebelum ini dan dia juga meluahkan isi hati dia kepada guru kaunseling dan guru besar.

Iaitu murid terbabit itu selalu dihiraukan oleh ibubapanya dan juga segala

permintaannya tidak ditunaikan oleh mereka. Dia juga mencuri alat-alat tersebut untuk

menjual dan mendapatkan wang utuk membeli alat permainan.

Dalam perbincangan bersama dengan guru besar didapat tahu bahawa murid itu

mengalami pelbagai tekanan hidup. Selain dari keluarga dia juga mengalami beberapa

tekanan dari persekitaranya. Salah satunya ialah, murid tersebut diminta untuk

mengambil duit dari beg kawan-kawanya oleh salah seorang kawan yang tinggal

setempat denganya. Dia juga diugut bahawa persahabatan dia dengan kawan tersebut

akan diputus sekiranya dia tidak enggan berbuat demikian.

Pada r sesi kaunseling murid itu diberitahu kesan buruk yang akan dihadapi olehnya

pada masa yang akan dating akibat dari perbuatanya. Dia juga dijelaskan tentang

perasaan ibubapanya akibat daripada perbuatanya itu. Murid itu turut diberikan contoh

Page 16: Murid A

kisah beberapa orang yang lain turut mempunyai masalah yang sama seperti dia dan

akibat yang diterima daripada perbuatan itu.

Pada akhir sesi kaunseling murid terbabit barjanji dengan guru besar dan guru

kaunseling agar tidak mengulangi kesalahan ini lagi. Pada masa yang sama murid itu

juga menyatakan bahawa dia sedar akan kesalahan dia dan berasa kesal dengan

perbuatannya itu. Ibubapa murid itu juga menelifon gurubesar dan mengucapkan

terimah kasih kepada beliau kerana berusaha sedaya upaya untuk menginsafkan anak

mereka. Mereka juga mengaku kepada guru besar bahawa mereka telahpun melihat

perubahan dalam sikap anaknya selapas menyertai sesi kaunseling.

Individu yang menjadi pemegang taruh dalam kes kedua ialah guru disiplin dan ibubapa

murid tersebut. Kes B adalah berkaitan dengan seorang murid yang meletakkan paku

dibawa tayar kereta guru. Kes ini dinggap agak serius oleh pihak sekolah. Hal ini

kerana perbuatan seperti ini boleh mendorong murid itu untuk melakukan perbuatan

yang lebih teruk lagi sekiranya dia dibiarkan sebegini.

Setelah sahaja diketahui perbutan murid itu, guru disiplin berhubung dengan ibubapa

murid tersebut dengan kadar yang segera dan diminta unutk dating ke sekolah. Ibu

bapa sendiri dibawa ke tempat kejadian dan ditunjukkan dengan perbuatan anak

mereka. Ibubapa mereka juga dibawa ke pejabat oleh guru disiplin untuk berjumpa

dengan guru besar.

Guru disiplin juga turut membawa pelajar itu ke sesi perbincangan dengan ibu

bapa. Pelajar iti disiasat punca melakukan kesalahan tersebut. Murid itu juga mengaku

kesalahanya dihadapan ibubapa mereka dan memberitahu bahawa dia disuruh berbuat

demikian oleh rakan-rakan tempat tinggalya. Guru disiplin juga membawa segala bukti

kesalahan yang dia telah lakukan dan memberikanya kepada ibubapa. Tujuan tindakan

ini adalah untuk memberitahu mereka yang mana, anak mereka sering menlibatkan diri

dalam beberapa kesalahan yang salah disisi undang-undang akibat daripada kecuain

mereka. Rekod kemajuan murid itu juga turut disertakan.

Guru disiplin tersebut juga turut pergi ketempat tinggal murid itu bersama

dengan AJK Pibg dengan kebenaran guru besar. Mereka telah berjumpa dengan

Page 17: Murid A

rakan-rakan setempat murid tersebut. Dengan kerjasama ibubapa murid tersebut guru

kaunseling dan ajk Pibg berjumpa dengan ibubapa rakan-rakan murid B. mereka

berbincang dan memberitahu segala peristiwa yang berlaku di sekolah. Mereka juga

diberi nasihat oleh ahli pibg agar tidak membenarkan lagi anak-anak mereka bergaul

dengan murid B. hal ini kerana, daripada hasil temubual dengan murid B didapat tahu

bahawa dia selalu dipaksa oleh rakan-rakannya itu untuk menhisap rokok. Ibubapa

mereka juga meminta maaf kepa guru kaunseling atas perbuatan anak mereka dan

berjanji akan sentiasa mengawal tingkahlaku anak-anak mereka selepas ini.

Sesi kaunseling juga turut diadakan kepada murid tersebut. Rakan-rakan

setempat murid tersebut juga telah dijemput ke sesi kaunseling ini dengan kebenaran

ibubapa mereka dan guru besar. Mereka diberi nasihat oleh guru kaunseling. Guru

kaunseling juga menyediakan beberapa aktiviti yang bersesuai kepada mereka. Pada

akhir sesi kaunseling mereka diminta untuk meminta maaf kepada guru disiplin atas

perbuatan mereka. Rakan-rakan setempat murid itu juga adalah bekas murid sekolah

itu dan kini tidak bersekolah lagi.

Page 18: Murid A

Rancang dan laksanakan beberapa siri program intervensi berdasarkan contoh-

contoh program intervensi yang dibincangkan dalam artikel yang diedarkan.

Intervensi yang pertama dilakukan untuk menagani masalah ini ialah

intervensi bersama keluarga. ia juga merupakan intervensi yang mudah dipilih oleh

guru-guru sekolah dalam membantu pelajar bermasalah. Hal ini disokong menerusi

dapatan kajian Kelly et al. (2010a) yang menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa

dalam membantu pelajar adalah intervensi kedua yang sering digunakan oleh pekerja

sosial sekolah. Intervensi outreach atau amalan keluarga merupakan intervensi yang

digunakan oleh pekerja sosial dalam melibatkan ibu bapa dalam membantu pelajar

(Salazar, 2010). Guru-guru sekolah telah mengadakan perbincangan secara langsung

bersama keluarga pelajar di rumah murid A. Lawatan ke rumah pelajar sekali gus dapat

membantu guru besar dan guru mengetahui sama ada terdapat perkaitan antara

masalah yang dihadapi pelajar dengan persekitaran keluarga. Selain itu, ibu bapa

pelajar juga diberi peluang untuk berjumpa dengan guru-guru di sekolah pada bila-bila

masa. Hal ini telah memudahkan proses menolong yang dijalankan oleh guru sama ada

ke atas murid itu mahupun keluarganya. Namun begitu, ia bergantung kepada sejauh

mana keluarga terlibat dalam masalah yang dihadapi pelajar bergantung kepada sejauh

mana keluarga terlibat dalam masalah yang dihadapi oleh murid A.

Walau bagaimanapun, intervensi melibatkan keluarga merupakan intervensi yang

penting dalam membantu pelajar bermasalah. Sikap ibu bapa yang tegas atau bersikap

autokratik, sibuk bekerja, tiada sokongan sosial dalam ahli keluarga mendedahkan

pelajar dengan masalah sosial. Kurangnya interaksi antara murid dengan ahli keluarga

Page 19: Murid A

menyebabkan pelajar kehilangan tempat untuk berkongsi masalah. Pelajar akan

cenderung melibatkan diri dengan golongan pelajar yang bermasalah dan sekali gus

terlibat dengan gejala sosial. Isu ini boleh dikaitkan dengan kes murid B. menurut murid

itu dia meletakan paku dibawa tayar guru akibat daripada dorongan dan juga galakkan

daripada rakanya/ Selain itu, masalah seperti keruntuhan rumah tangga dan penderaan

juga pencetus masalah sosial dalam kalangan pelajar. Pelajar akan menghadapi

kemurungan dan menjejaskan prestasi akademik mereka di sekolah. Pekerja sosial

sekolah perlu melibatkan ibu bapa pelajar kerana masalah yang timbul kemungkinan

dipengaruhi oleh keluarga atau persekitaran pelajar. Oleh yang itu, guru besar dan guru

terbabit telah pun berbincang tentang ahli PIBG dan merancang satu perjumpaan

dengan ibubapa murid tersebut.

Dalam perjumpaan itu, PIBG telahpun pun menyediakan sesi kaunseling

percuma kepada ibubapa tersebut. Mereka diberitahu segala keburukkan yang akan

dating jika anak mereka dibiar sebegitu. Pada masa yang sama mereka juga diajar

untuk mengurus masa mereka dengan baik dan cara-cara menagani masalah dalam

keluarga. Sebelum pulang dari perjumpaan ini mereka telahpun berjanji bahawa

mereka tidak akan membiar anak mereka berbuat benda yang sama seperti ini selepas

ini. Pada masa yang sama ibubapa juga diminta untuk menandatangani suatu surat

perjanjian yang mana dinyatakan bahawa guru memounyai segala hak terhadap anak-

anak mereka untuk member hukuman dan denda sekiranya mereka membuat

kesalahan. Ibubapa murid-murid itu juga berjanji untuk menhantar dan memberi

sumbangan kepada kelas tuition tambahan yang dilakukan pada waktu malam dan juga

kelas agama yang diadakan pada hujung minggu.

konsep ganjaran dan hukuman juga telah diambil sebagai salah satu

intervensi dalam masalah ini. Konsep ini boleh dikaitkan dengan teori konflik dan juga

teori perubahan social. Kedua-dua konsep ganjaran dan hukuma adalah sama iaitu

untuk mewujudkan tingkahlaku yang membina dan positif. Tetapi, ia berbeza dari segi

perkaedahan. Ganjaran bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang positif dengan

Page 20: Murid A

mengaitkannya dengan perasaan keseronokan manakala dendaan atau hukuman

dilakukan untuk mencegah sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini dengan

mengaitkannya dengan rangsangan yang menyakitkan. Dalam kedua –kedua kes ini

murid-murid tersebut diberi ganjaran agar mereka tidak akan mengulangi perkara yang

sama. Bagi murid A dia telah dilantik sebagai pengawas pusat sumber. Dia diberi

tanggungjawap demikian dengan syarat dia tidak akan mengulangi perkara itu lagi.

Sekiranya dia berbuat demikian dia boleh menyertai lawatan akhir tahun pengawas

pusat sumber dengan percuma.

Selain daripada itu, murid itu juga murid diberi hukuman membantu pekerja

sekolah membersihkan makmal sains sekolah. Hukuman ini diberikan oleh guru disiplin

sekolah dengan harapan murid itu tidak akan membuat kesalahan itu sekali lagi.

Walaubagaimanapun, hukuman yang dikenakan mungkin tidak menghasilkan kesan

yang diingini. Kebaikan melaksanakan konsep ganjaran ialah ia mewujudkan kaitan

yang seronok dengan tingkahlaku yang positif dan dengan itu menggalakkan

tingkahlaku itu berulang. Konsep ganjaran juga menggalakkan murid itu berminat

terhadap pelajaran dan mengekalkan moral yang tingg

Pada masa yang sama kedua –dua murid ini juga telah disuruh untuk menyertai

kursus motivasi dijalankan di peringkat sekolah. Pesertanya adalah terdiri daripada para

pengawas dan beberapa orang murid lagi yang terdibat dalam tingkahlaku devein

sebelum ini. Melalui kursus motivasi yang dijalankan, mereka telah diberi pengisian

kemahiran belajar, komunikasi berkesan, motivasi dan penerapan konsep agape love.

Dengan ini kesemua pelajar akan mendapat pengisian yang sama untuk menjadikan

mereka mengamalkan satu budaya yang sama atau shared value yang setara. Ini

memudahkan pihak sekolah terutamanya kaunselor pelajar dan guru disiplin untuk

mencorakkan murid. Mereka mempunyai matalamat yang sama dan mempunyai

gambaran yang jelas tentang apa yang mereka patut lakukan kepada pihak sekolah.

Mereka juga sedar sekiranya masalah yang mereka lakukan maka akan melambatkan

proses untuk mereka berjaya kerana banyak masa diambil bagi menangani sesuatu

permasalahan yang dilakukan oleh mereka sendiri.

Page 21: Murid A

Di samping itu samua guru matapelajaran pendidikan moral dan sivik

memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Guru-guru matapelajaran tersebut

diminta untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam diri murid-murid. Malah, dengan

kerjasama panitia moral dan sivik pihak sekolah telah menganjurkan suatu program

khas dengan pihak polis. Mereka telah mengadan suatu ceramah dan pameran tentang

kesalahan-kesalahan dibawah akta sisi undang-undang dan juga pameran tentang

jenis-jenis hukuman diberi di penjara. Tujuan utama program ini adalah untuk

mengurangkan tingkahlaku bermasalah murid-murid sekolah yang kian meningkat.

Jesteu, penganjur program juga berharap bahawa program-program seperti ini akan

mengelak murid-murid terbabit dalam kesalahan apabila mereka dewasa nanti.

Intervensi yang selanjutnya yang telah diambil untuk menangani tingkah laku devein ini

adalah mengadakan program pengurusan tingkah laku. Beberapa orang guru juga turut

serta dalam program ini. Dalam program ini beberapa langkah telah diambil secara

berperingkat. Antaranya ialah mengesan tinkah laku bermasalah murid itu. Seterusnya

sentiasa memerhati dan merekod tingkahlaku murid tersebut dari semasa ke semasa.

Dalam tempoh ini, beberapaprogram khas juga turut dijalankan terhadap murid itu.

Contohnya, menhadiri sesi kaunseling seminggu sekali, memberi beberapa aktiviti

hands-one, diberi tanggungjawap-tanggungjawap tertentu dan sebagainya. Dalam

tempoh ini tingkah laku yang ingin ditukar juga telah dikenal pasti. Punca – punca yang

menyebabkan murid-murid ini berkelakuan begini telah dikenalpasti dalam tempoh

pemerhatian dilakukan. Seterusnya guru-guru yan terbabit mengambil langkah-langkah

tertentung untuk membenteras mired-mirid ini dari terlibat dalam tingkahlaku devein.

Page 22: Murid A

Kumpul bahan, maklumat dan rekod intervensi berkaitan.

BORANG SOAL SELIDIK MASALAH MURID

NAMA :____________________________________

JANTINA :____________________________________

TAHUN :____________________________________

NO S/LAHIR :____________________________________

ALAMAT :____________________________________

_____________________________________

Arahan: Tandakan ( X ) pada masalah yang berkaitan

Bahagian A: Masalah Terhadap Diri Sendiri

Bil Masalah Terhadap Diri Sendiri Tandakan ( x )

1 Terlalu lemah dalam beberapa matapelajaran2 Tidak yakin dalam melakukan sesuatu perkara3 Rasa rendah diri4 Malu bertanya apa yang tidak faham5 Sering tidak faham semasa guru mengajar6 Lemah semangat7 Mengidap sesuatu penyakit8 Menghadapi gangguan orang lain9 Tidak berminat untuk belajar10 Tidak dapat mengurus masa seharian dengan sempurna11 Lemah daya ingatan12 Kecewa dalam percintaan

Page 23: Murid A

Bahagian B : Masalah Dengan Rakan

Bil Masalah Dengan Rakan Tandakan ( x )

13 Selalu diganggu14 Menaruh hati pada seseorang15 Berselisih faham dengan rakan karib16 Teman karib telah membenci anda17 Teman seorang penagih dadah,inhalan dan salahlaku seks18 Tiada teman karib19 Tiada galakkan atau dorongan dari teman-teman

Bahagian C : Masalah dengan Guru.

Bil Masalah Dengan Guru Tandakan ( x )

20 Terdapat guru yang dibenci21 Terpikat dengan guru22 Guru yang garang23 Sering di abaikan24 Guru selalumencemuh/menghina

Bahagain D : Masalah Dengan Keluarga

Bil Masalah Dengan Keluarga Tandakan ( x )

25 Ibu bapa bercerai26 Ibu bapa sering bergaduh27 Bapa sering tidak pulang@pulang lewat28 Terpaksa buat kerja rumah yang banyak29 Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran30 Terpaksa bekerja untuk membantu keluarga31 Adik beradik ramai32 Tidak cukup perbelanjaan harian33 Sering bergaduh dengan adik-beradik34 Ada ahli keluarga yang menagih35 Bekerja untuk menampung perbelanjaan sendiri36 Tiada kemudahan asas37 Ibu atau bapa telah meninggal dunia38 Tiada dorongan untuk berjaya dari keluarga39 Ibu bapa tidak memahami40 Sering bergaduh dengan ibu@bapa tiri41 Masalah lain yang tidak dinyatakan di atas

Page 24: Murid A
Page 25: Murid A

Buat refleksi kekuatan, kelemahan dan keberkesanan program intervensi anda.

Kekuatan intervensi yang pertama dilaksanakan ialah iaitu kerjasama dengan

ibubapa adalah pihak sekolah dapat menjalin suatu hubungan yang positif dan

berkesan dengan keluarga murid tersebut. Dengan menjalankan kerjasama seperti ini

pihak keluarga itu selalu menghubung dengan guru-guru sekolah untuk berbincang

tentang perkembangan anak mereka di sekolah. Selain itu, segala tingkah laku murid

itu diberitahu kepada guru besar dari semasa ke semasa. Ibubapa murid itu juga

bersetuju untuk mengantar anak mereka ke rumah guru besar pada setiap hujung

minggu untuk mengahadiri kelas tuition secara percuma. Sebelum ini ibubapa murid itu

selalu tidak member respon terhadap segala komen dan panggilan dari sekolah. Tetapi

selepas kenjadian ini berlaku mereka mengakui berasa serba salah dan akan

mengikuti segalah tindakan dan cadangan yang dibuat oleh oleh sekolah.

Mereka juga sudi mengantar anak mereka ke kelas tambahan dan aktiviti

kokurikulum. Sebelum mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah ibubapa murid-

murid tersebut enggan mengahantar anak mereka ke kelas tambahan dengan alasan

tertentu. Malah, mereka juga mula mengambil berat tentang pendidikan anak-anak

mereka. Menurut temubual murid-murid tersebut kedua-dua ibubapa murid –murid A

dan B mula meluangkan masa dan sedia mendengar masalah mereka selepas

menyertai perbincangan yang diadakan dengan pihak sekolah.

Intervensi seterusnya adalah sesi kaunseling kepada ibubapa bersama Pibg.

Dalam perjumpaan ini segala tingkahlaku yang dibuat oleh anak-anak mereka

dibincangkan dan perkembangan anak-anak mereka dibentangkan kepada ibubapa.

Hasil daripada perjumpaan ini, Persatuan ibubapa dan guru telah bersetujui akan

bengandingbahu dengan pihak sekolah untuk menagani segala masalah tingkahlaku

yang dihadapi oleh guru dan mereka sudi berbincang dengan ibubapa untuk

menyelesaikan masalah ini. Pada masa yang sama ibubapa juga diminta untuk

menandatangani suatu surat perjanjian yang mana dinyatakan bahawa guru

memounyai segala hak terhadap anak-anak mereka untuk member hukuman dan

Page 26: Murid A

denda sekiranya mereka membuat kesalahan. Seperti yang ditentukan dalam

perjumpaan ini ibubapa mereka menghantar anak-anak mereka dan memberi

sumbangan kepada sekolah untuk mengadakan kelas agama dan juga kelas tuition

waktu malam. Murid-murid itu juga mengalami beberapa perubahan selepas

mengahadiri kelas agama selama beberapa minggu. Murid B telahpun membuat suatu

kad ucapan minta maaf yang dinyataka dia kesal atas perbuatanya dan memberikan

kepada guru kaunseling.

Manakala murid B pula mula mengasingkan diri dia daripada murid-murid yang

nakal dan cuba untuk bergaul dengan murid-murid yang pandai. Dia juga meminta guru

besar untuk memberikan dia suatu lagi peluang untuk membersihkan makmal

computer. Semasa meminta kebenaran kepada guru besar dia telah memberitahu yang

dia mempelajari bahawa segala perbuatan jahat dan khianat akan diberi hukuman oleh

tuhan dan kita perlu mencari pahala atas segala perbuatan jahat kita. Guru besar

menyatakan perubahan murid ini dan member hadiah kepada murid itu di perimpunan.

Intervensi seterusnya ialah konsep ganjaran dan hukuman. Antara kebaikan dari

intervensi ini adalah murid A telah menjadi lebih bertanggungjawap dari dahulu. Murid

itu diberi ganjaran untuk menjadi pengawas pusat sumber dan peluang untuk menyertai

lawatan pengawas pusat sumber dengan percuma sekiranya ada peningkatan yang

baik dalan tingkahlaku dan pelajaranya. Selepas menjadi pengawas pusat sumber,

murid A selalu dating awak ke sekolah dan menyusun buku-buku di pusat sumber. Dia

juga sudi untuk balik awal dan membersihkan pusat sumber. Murid itu juga bermula

untuk membaca dan munulis buku nilam selapas menjadi pengawas pusat sumber.

Guru kelas murid itu berasa bangga dengan perubahan sikapnya. Hal ini kerana,

sebelum ini murid tersebut tidak perna pinjam buku di pusat sumber dan menulis buku

nilam.

Page 27: Murid A

Murid B juga turut mengalami banyak perubahan dari segi sikap dan pelajaranya. Murid

itu diberi ganjaran seperti mendapat buku majalah tamil secara percuma jika dia tidak

terlibat dalam mana-mana tingkahlaku masalah dan juga akan dihadiakan sepasang

kasut bola sekiranya dia tidak mengambil cuti kesekolah. Akibat daripada peluang ini

murid itu mula dating kesekolah tanpa cuti dan tidak melakukan apa-apa kesalahan di

sekolah. Murid itu juga mula member tumpuan di kelas. Ada juga beberapa kelemahan

daripada kaedah intervensi ini. Iaitu murid-murid lain mula merasa cemburu terhadap

murid-murid ini. Mereka berasa bahawa murid A tidak patut menjadi pengawas pusat

sumber begitu sahaja dan peluang pergi ke lawatan secara percuma tidak adil. Selain

itu rakan-rakan sekelas murid B mula membuat aduan palsu terhadap diri murid itu.

Mereka sengaja ingin memperkenakan murid itu kepada guru.

Kebaikan daripada kaedah intervensi kem motivasi adalah murid-murid tersebut kesal

akan segala perbuatan mereka. Di samping itu, selepas menyertai pelbagai aktiviti –

aktivi motivasi dapat melihat beberapa peningkatan dalam sikap mereka. Pada sesi

refleksi kem motivasi mereka juga memberi tahu yang mereka rasa jati diri mereka telah

meningkat dan beberapa slot motivasi telah member peluang untuk insaf akan segala

perbuatan mereka. Mereka juga berjanji kepada penganjur kem bahawa mereka akan

memberi tumpuan kepada pelajaran mereka dan menjadi seorang murid yang baik.

Selepas pulang dari kem motivasi ini mereka cuba untuk berkawan dan membinta

bantuan daripada mereka untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Sebelum ini mereka

kurang berkawan dengan mereka debgan alasan pengawas selalu mengenakan

mereka kepada guru semasa mereka membuat kesalahan. Keburukan daripada kaedah

intervensi ini adalah beberapa orang murid pengawas pandang rendah terhadap diri

murid-murid itu. Mereka juga melabelkan murid-murid itu sebagai murid yang tidak

berdisiplin.

Ada juga banyak kebaikan daripada intervensi melalui pengukuhan matapelajaran sivik

dan pendidikan moral. Kebaikan utama melalui intervensi ini adalah murid-murid

Page 28: Murid A

tersebut mula insaf akan tentang kesalahan yang dibuat sebelum ini. Aktiviti yang

dilaksanakan dengan kerjasama panitia moral dan sivik bersama dengan pihak polis

banyak mendatangkan perubahan dala diri dan minda murid-murid itu. Selepas

mendengar ceramah tersebut mereka mendapat tahu segala perlakuan yang dikatakan

salah disisi undang-undang dan hukuman yang diterima akibat dari perbuatan itu. Ini

membentuk satu perasaa takut untuk membuat kesalahan dalam diri mereka. Perasaan

takut ini akan membawa kesan berjangka panjang. Iaitu mereka akan mengingat

hukuman yang bakal diterima jika berbuat salah. Perasaan takut ini akan mengalang

mereka semasa mereka ingin membuat searang aktiviti yang salah di sisi undang-

undang. Kelemahan dalamkaedah intervensi ini adalah wujuk perasaan takut di dalam

diri murid-murid.

Akhirnya, ada juga beberapa kebaikan dari program pengurusan tingkah laku

yang diambil. Kebaikan yang dapat darikaedah intervensi ini adalah guru-guru dapat

memahami dan menyedari situasi sebenar dan latarbelakang murid itu sepenuhnya.

Selain itu,muris itu juga sentiasa di bawa kawalan mereka dan segala perkembangan

mereka diperhati. Ini juga membantu guru untuk menyediakan program –program yang

berkesesuain untuk murid –murid itu. Keburukan daripada kaedah intervensi ini adalah

program ini mengambil masa yang lama serta membebankan guru. Ini kerana guru-

guru terbabit kena memberi tumpuan khas kepada murid-murid terbabit.. selain aktiviti

pengajaran dan pembelajaran guru juga terpaksa menyediakan aktiviti tambahan untuk

mereka. Ini kan megambil masa yang lebih lama dan guru terpaksa mengurangkan

masa yang diluangkan kepada murid yang lain.

Page 29: Murid A
Page 30: Murid A

Kemukakan cadangan penambahbaikan.

Beberapa cadangan penambahbaikan juga boleh dilakukan untuk memberi kesan yang lebi bak

di dalam diri murid-murid itu. Hal ini kerana kaedah intervensi yang dilakukan perlulah

mendatangkan kesan yang perpanjangan dan berterusan dalam diri murid itu. Malah, bukan

hanya dalam tempoh masa yang pendek. Hal ini kerana perasaan dan minda kanak-kanak dan

remaja senang berubah dan beralih jika tidak diberi kawalan yang betul.

Antara cadangan penambahbaikan yang pertama boleh dilakukan adalah dalam kaedah

intervensi kem motivasi. Penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah kem motivasi ini perlu

dilakukan berasingan kepada murid-murid yang bermasalah sahaja. Tidak berkesan jika

digabungkan dengan pengawas sekolah. Hal ini kerana dalam kem motivasi pengawas

kebanyakan slot akan diberi tumpan dalam cara kepimpina dan jati diri sahaja.jika kem motivasi

ini dilakukan secara berasingan beberapa program khas boleh dilakukan. Khususnya lebih

berunsur dalam kawalan tingkahlaku, kerohanian dan akhlak,pengurusan emosi dan minda dan

sebagainya. Sekiranya mereka mengikut kem motivasi sebegini skop yang lebih besar boleh

dilakukan.

Cadangan yang seterusnya ialah pelajar tersebut juga tidak patut dihukum secara

terbuka. Walaupun hukuman yang diberi itu memberi kesan yang baik tatapi ia pasti akan

mnjejaskan emosi dan maruah diri murid-murid itu dikalangan rakan-rakanya. Hal ini kerana,

kesalahan yang dibuatnya pasti akan diketahui oleh semua muted yang lain dan ini akan

Page 31: Murid A

memberi satu imej yang buruk terhadap diri mereka. Guru besar perlu memberi hukuman yang

berunsur akedemik seperti menulis karangan, mengafal karangan, membuat soalan metamatik

dan sebagainya. Hukuman seperti ini pasti akan membantu mereka dari segi pencapaian

akedemik. Selain itu,murid-murid yang lain juga akan mengambil kesempatan untuk menhukum

mereka jikalau mereka membuat kesalahan.

Cadangan yang lain ialah selain memberi ceramah dan pameran murid-murid bermasalah

disiplin juga boleh dibawah ke lawatan ke penjara. Mereka juga perlu diberi peluang untuk

berbual dengan banduan –banduan yang telah insaf. Aktiviti seperti ini pasti akan memberi satu

kesan yang berpanjangan dalam diri dan minda murid-murid itu. Jesteru, kelab anti jenayah

juga perlu dibentuk di sekolah agar murid-murid bermasalah kerap diberi pendedahan dari

semasa ke semasa. Hal ini kerana kanak-kanak dan remaja perlu dikawasi setiap masa.

Sekiranya mereka menyertai kela anti jenayah pasti mereka akan tidak melibatkan diri mereka

dalam masalah disiplin.

Rumusan

Remaja merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan generasi pengganti

pemimpin pada masa akan datang. Oleh itu, perubahan tingkah laku remaja ke arah positif

adalah amat baik. Sebelum mengubah tingkah laku pelajar remaja ke arah kebaikan, terlebih

dahulu kita sebagai guru perlulah mengetahui sikap pelajar tersebut dan dari situ kita akan mula

memahami kenapa seseorang pelajar itu berkelakuan buruk dan seterusnya langkah modefikasi

haruslah dijalankan. Proses modifikasi yang dilakukan melalui kaedah peneguhan merupakan

satu proses yang amat penting dalam usaha mengubah tingkah laku remaja. Oleh kerana

terdapat peneguhan untuk mengubah tingkah laku maka usaha itu dapat dijalankan dengan

lebih berkesan. Penyediaan program yang terancang akan lebih berkesan dalam mengubah

tingkah laku remaja.

Page 32: Murid A

Para guru boleh mengaplikasikan kaedah modifikasi, peneguhan dan teori beheviorisme

dalam bilik darjah. Hal ini dapat membantu guru dalam mengawal susunan dan keadaan dalam

kelas agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Kebaikan dari

mengubah tingkah laku ini melalui pelbagai aspek iaitu individu, masyarakat, dan sebagainya.

Oleh sebab proses pengubahan tingkah laku remaja memerlukan perhatian yang serius, maka

penglibatan semua lapisan masyarakat seperti ahli politik, ahli agama, penduduk dan semua

kumpulan selain daripada guru amat diperlukan.

Bibliografi

Ee, A. M. (1999). Psikologi pendidikn I: Psikologi Pendidikan 

         (Semester I). Kuala Lumpur:  Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee, A. M. (2001). Pedagogi II (2nd ed.) (Semester II). Shah Alam,             Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 

Mok, S. S. (2011). Psikologi pendidikan (2nd ed.).  Puchong, Selangor: 

       

         Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan ilmu pendidikan untuk 

        DPLI psikologi. Subang Jaya, Selangor:

        Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Page 33: Murid A

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. 

        Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, dan Hazalizah 

        Hamzah. (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. 

        Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet

Teori Skinner: Teori modifikasi tingkah laku Skinner. (2010, Mei). 

         Dimuat turun dari http://akugpc.blogspot.com/2010/05/

         teori-skinner.html       

Tingkah Laku Bermasalah. (2010, September). Dimuat turun dari            http://www.scribd.com/doc/37767402/tingkahlaku-bermasalah