mukim telok terletak dalam daerah kuala langat dan terdiri ... mahkamah... · dan agensi yang lain...

2
Mukim Telok terletak dalam daerah Kuala Langat dan terdiri daripada kampong tradisional, kampong baru dan taman perumahan. Telok Datok adalah pusat pentadbiran Daerah Kuala Langat, Selangor. Daerah Kuala Langat adalah sebuah daerah di bahagian barat daya Selangor. Ia meliputi kawasan seluas 885 kilometer persegi, dan bersempadan dengan daerah Klang ke utara dan Sepang ke timur. Sempadan di selatan adalah sebahagian dari sempadan negeri Selangor dengan Negeri Sembilan. Selat Melaka membentuk sempadan di barat. Bandar utama di Kuala Langat terdiri daripada Banting, Jugram Telok Datok dan Morib. Mahkamah Majistret Telok Datok yang beralamat di Jalan Stadium Jugra, Banting, Selangor ditempatkan dalam bangunan lama yang terletak dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Langat. Berada dalam kedudukan lebih kurang 150 meter daripada Sungai Langat, bangunan Mahkamah dibina bersebelahan dengan Bangunan Stadium Jugra. Kawasan yang sama juga turut menempatkan bangunan kerajaan dan agensi yang lain seperti Pejabat Pos Cawangan Serahan Banting. Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bekalan Air dan Klinik Kesihatan Telok Datok. Kuala Langat terus berkembang pesat dan menukar imej melalui Perancangan Pembangunan Lembah Klang Dua yang siap sepenuhnyapada tahun 2015. Bangunan Mahkamah Telok Datok dibina di tapak PT 3, Seksyen 1 Telok Datok dalam daerah Kuala Langat yang berkeluasan 0.2229 hektar seawall tahun 1978. Mahkamah ini mula beroperasi pada tarikh 1 Januari 1979. Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah Alhaj telah berkenan merasmikan Bangunan Mahkamah Majistret Telok Datok pada 24 Mac 1979. Pada tahun 1979 sehingga 13 Januari 2010, Majistret Mahkamah Telok Datok bersidang sebanyak dua kali seminggu sebangai Mahkamah Litar di Mahkamah Majistret Sepang. Pada 14 Januari 2010, Majistret Mahkamah Telok Datok tidak lagi bersidang sebagai Mahkamah Litar di Mahkamah Sepang. Kini, Majistret bertindak sebagai Ketua Pusat Kos yang mentadbir secara berasingan dengan pentadbiran Mahkamah Sepang.

Upload: others

Post on 17-Oct-2019

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mukim Telok terletak dalam daerah Kuala Langat dan terdiri ... MAHKAMAH... · dan agensi yang lain seperti Pejabat Pos Cawangan Serahan Banting. Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bekalan

Mukim Telok terletak dalam daerah Kuala Langat dan terdiri daripada kampong tradisional, kampong baru dan taman perumahan. Telok Datok adalah pusat pentadbiran Daerah Kuala Langat, Selangor. Daerah Kuala Langat adalah sebuah daerah di bahagian barat daya Selangor. Ia meliputi kawasan seluas 885 kilometer persegi, dan bersempadan dengan daerah Klang ke utara dan Sepang ke timur. Sempadan di selatan adalah sebahagian dari sempadan negeri Selangor dengan Negeri Sembilan. Selat Melaka membentuk sempadan di barat. Bandar utama di Kuala Langat terdiri daripada Banting, Jugram Telok Datok dan Morib.

Mahkamah Majistret Telok Datok yang beralamat di Jalan Stadium Jugra, Banting, Selangor ditempatkan dalam bangunan lama yang terletak dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Langat. Berada dalam kedudukan lebih kurang 150 meter daripada Sungai Langat, bangunan Mahkamah dibina bersebelahan dengan Bangunan Stadium Jugra. Kawasan yang sama juga turut menempatkan bangunan kerajaan dan agensi yang lain seperti Pejabat Pos Cawangan Serahan Banting. Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bekalan Air dan Klinik Kesihatan Telok Datok. Kuala Langat terus berkembang pesat dan menukar imej melalui Perancangan Pembangunan Lembah Klang Dua yang siap sepenuhnyapada tahun 2015. Bangunan Mahkamah Telok Datok dibina di tapak PT 3, Seksyen 1 Telok Datok dalam daerah Kuala Langat yang berkeluasan 0.2229 hektar seawall tahun 1978. Mahkamah ini mula beroperasi pada tarikh 1 Januari 1979.

Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamudin Alam Shah Alhaj telah berkenan merasmikan Bangunan Mahkamah Majistret Telok Datok pada 24 Mac 1979.

Pada tahun 1979 sehingga 13 Januari 2010, Majistret Mahkamah Telok Datok bersidang sebanyak dua kali seminggu sebangai Mahkamah Litar di Mahkamah Majistret Sepang. Pada 14 Januari 2010, Majistret Mahkamah Telok Datok tidak lagi bersidang sebagai Mahkamah Litar di Mahkamah Sepang. Kini, Majistret bertindak sebagai Ketua Pusat Kos yang mentadbir secara berasingan dengan pentadbiran Mahkamah Sepang.

Page 2: Mukim Telok terletak dalam daerah Kuala Langat dan terdiri ... MAHKAMAH... · dan agensi yang lain seperti Pejabat Pos Cawangan Serahan Banting. Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bekalan

Selepas 37 tahun bangunan mahkamah ini dibina, terdapat beberapa pengubahsuaian telah dilakukan untuk menyediakan kawasan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan kemudahan yang selesa kepada kakitangan dan orang ramai yang berurusan di Mahkamah, termasuklah membesarkan ruang pejabat pentadbiran, ruang menunggu, pembesaran lokap tahanan dan pejabat polis Mahkamah.