muka surat daripada kenyataan...

4
Muka surat 1 daripada 4 Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017 KENYATAAN MEDIA e-Filing Bagi Tahun Taksiran 2016 1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2016 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF boleh dilakukan mulai 1 Mac 2017. 2. Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing). 3. e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet. 4. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my . 5. LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka. Untuk siaran segera

Upload: haxuyen

Post on 09-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Muka surat 1 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017

KENYATAAN MEDIA

e-Filing Bagi Tahun Taksiran 2016

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa

pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2016

melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF boleh dilakukan mulai 1

Mac 2017.

2. Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut

menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi

Mobile Filing (m-Filing).

3. e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM

untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP

secara elektronik melalui internet.

4. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my .

5. LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP dan

membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi

mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dan kenaikan lewat bayar cukai

dikenakan terhadap mereka.

Untuk siaran segera

Muka surat 2 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017

6. Tarikh akhir pengemukaan BNCP Tahun Taksiran 2016 bagi Borang E, BE, B, BT,

P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut:

Jenis-

jenis

Borang

Penerangan

Tarikh Akhir MENGHANTAR

Borang dan MEMBAYAR Cukai

Pendapatan Tahun Taksiran

2016

E Penyata oleh Majikan (bagi majikan

bukan syarikat) 31 Mac 2017

BE Borang Nyata Individu (Pemastautin yang

tidak menjalankan perniagaan) 30 April 2017

B Borang Nyata Individu (Pemastautin yang

menjalankan perniagaan) 30 Jun 2017

P Borang Nyata Perkongsian

BT

Borang Nyata Individu Pemastautin

(Pekerja Berpengetahuan /

Berkepakaran)

30 April 2017

(Tidak Menjalankan perniagaan)

30 Jun 2017

(Menjalankan perniagaan)

M

Borang Nyata Individu (Bukan

Pemastautin)

MT Borang Nyata Individu Bukan

Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)

TF Borang Nyata Pertubuhan

Muka surat 3 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017

7. Harap maklum bahawa para majikan yang terdiri daripada syarikat adalah WAJIB

mengemukakan Penyata oleh Majikan (Borang E) Tahun 2016 secara e-Filing seperti

yang telah ditetapkan dalam subseksyen 83(1B) Akta Cukai Pendapatan 1967.

8. Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat tambahan

masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing:

http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBNCP_2017_1.pdf

9. Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon

nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

10. Manakala bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing dan mempunyai e-

mel berdaftar dengan LHDNM pula, mereka boleh set semula (reset) kata laluan

melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

11. Selain itu, LHDNM juga menyediakan perkhidmatan reset kata laluan e-Filing

melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM. Walau bagaimana

pun, perkhidmatan ini hanya disediakan kepada pengguna talian Maxis, Celcom,

Digi dan Umobile. Pengguna perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran RM0.50

oleh syarikat penyedia telekomunikasi (telco) bagi setiap SMS maklum balas

daripada LHDNM.

12. Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM atau

tidak boleh menggunakan perkhidmatan reset kata laluan melalui nombor telefon

bimbit, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk

mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa

bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

13. Adalah diingatkan bahawa permohonan untuk reset kata laluan e-Filing

menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Muka surat 4 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 22 Februari 2017

Istihar cukai pendapatan dengan betul dan tepat

14. LHDNM juga ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai agar

mengistiharkan maklumat cukai pendapatan mereka dengan betul dan tepat.

15. Semua pendapatan yang diperolehi dalam tahun 2016 daripada semua punca

pendapatan seperti penggajian, kelas tuisyen, perniagaan, komisen, jualan

langsung, sewa, royalti dan lain-lain pendapatan seperti termaktub dalam seksyen 4

dan seksyen 4A Akta Cukai Pendapatan 1967 mestilah diistiharkan.

16. Setiap dokumen sokongan berkaitan pelepasan cukai dan perbelanjaan yang

dituntut dalam mengira cukai pendapatan pula hendaklah disimpan selama tujuh

tahun bagi tujuan auditan atau siasatan cukai oleh LHDNM.

17. LHDNM akan menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti audit dan siasatan

cukai mengikut peruntukan ditetapkan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tindakan ini akan diambil sekiranya LHDNM mendapati terdapat sebarang

keraguan atas maklumat dan cukai pendapatan yang telah diistiharkan oleh setiap

pembayar cukai.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh: Datuk Sabin bin Samitah Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Hubungi: Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 22 Februari 2017.