mudah murah diyakini - korban aqiqah...21 tahun! pelaksanaan korban eidul adha & aqiqah hampir...

2
21 Tahun! Pelaksanaan Korban Eidul Adha & Aqiqah Hampir 68,000 peserta sejak tahun 1415H/1995 Masihi. Sebanyak 33,422 ekor ternakan selamat disempurnakan. Sebanyak 4956 buah perigi wakaf selamat dibina. “Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.” al-Kautsar : 2 “Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya…” Maksud hadis LAPORAN PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA & AQIQAH DI KEMBOJA 1435H www.korbanaqiqah.com.my Assalamualaikum wbt. Laporan Program Korban & Aqiqah 1435H Tuan / Puan yang budiman, Alhamdulillah, Program Korban Eidul Adha & Aqiqah bagi tahun ke-21 telah selamat disempurnakan di seluruh Kemboja. Semoga ibadah Korban dan Aqiqah serta wakaf perigi yang kita laksanakan diberkati Allah SWT. Berikut adalah perangkaan yang berkenaan: Pada Hari Raya Korban (5 Oktober 2014 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1435H), ternakan korban mula disembelih di setiap kampung Islam di seluruh Kemboja. Pengurusan agihan dipimpin sendiri oleh Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Haji Kamarudin Yusuf dengan ketua urus setianya YBhg. Haji Zakaryya Adam. Berdasarkan sunnah Rasulullah SAW daging korban diagihkan dalam keadaan mentah kepada penduduk kampung manakala jamuan aqiqah telah disempurnakan untuk pelajar madrasah, kenduri perkahwinan serta jamuan di masjid dan surau di seluruh Kemboja. “Dengan ini saya mengesahkan bahawasanya ibadah korban dan aqiqah yang diuruskan oleh syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pimpinan Agama Islam Kemboja dan Yayasan Pembangunan Umat Islam Kemboja tahun 1435H telah disempurnakan mengikut ketentuan hukum-hukum syarak.” Okhna Haji Kamaruddin Yusof Mufti Kerajaan Kemboja IBADAH KORBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA Tahun Bil. Ternakan 1415H 17 1416H 150 1417H 288 1418H 263 1419H 451 1420H 561 1421H 736 1422H 685 1423H 886 1424H 1178 1425H 1177 1426H 1381 1427H 1443 1428H 2102 1429H 2524 1430H 2567 1431H 3256 1432H 3337 1433H 3247 1434H 3696 1435H 3490 BILANGAN WAKAF PERIGI DI KEMBOJA Tahun Bil. Perigi 1430H 301 1431H 341 1432H 380 1433H 524 1434H 1506 1435H 1931 Tahun ke- Mudah Murah Diyakini 1435H Wakaf Perigi 1931 KORBAN Jumlah Lembu 1872 Kambing 525 AQIQAH Jumlah Lembu 234 Kambing 847 NAZAR Jumlah Lembu 2 Kambing 10 JUMLAH BESAR 3490 1434H Wakaf Perigi 1506 KORBAN Jumlah Lembu 1878 Kambing 421 AQIQAH Jumlah Lembu 355 Kambing 1036 NAZAR Jumlah Lembu 3 Kambing 3 JUMLAH BESAR 3696

Upload: others

Post on 29-Jun-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mudah Murah Diyakini - Korban Aqiqah...21 Tahun! Pelaksanaan Korban Eidul Adha & Aqiqah Hampir 68,000 peserta sejak tahun 1415H/1995 Masihi.Sebanyak 33,422 ekor ternakan selamat disempurnakan

21 Tahun! Pelaksanaan Korban Eidul Adha & AqiqahHampir 68,000 peserta sejak tahun 1415H/1995 Masihi.

Sebanyak 33,422 ekor ternakan selamat disempurnakan.Sebanyak 4956 buah perigi wakaf selamat dibina.

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.” al-Kautsar : 2

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya…” Maksud hadis

LAPORAN PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA & AQIQAH

DI KEMBOJA 1435H

www.korbanaqiqah.com.my

Assalamualaikum wbt.

Laporan Program Korban & Aqiqah 1435H

Tuan / Puan yang budiman,

Alhamdulillah, Program Korban Eidul Adha & Aqiqah bagi tahun ke-21 telah selamat disempurnakan di seluruh Kemboja.

Semoga ibadah Korban dan Aqiqah serta wakaf perigi yang kita laksanakan diberkati Allah SWT. Berikut adalah perangkaan yang berkenaan:

Pada Hari Raya Korban (5 Oktober 2014 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1435H), ternakan korban mula disembelih di setiap kampung Islam di seluruh Kemboja. Pengurusan agihan dipimpin sendiri oleh Mufti Kerajaan Kemboja, Okhna Haji Kamarudin Yusuf dengan ketua urus setianya YBhg. Haji Zakaryya Adam.

Berdasarkan sunnah Rasulullah SAW daging korban diagihkan dalam keadaan mentah kepada penduduk kampung manakala jamuan aqiqah telah disempurnakan untuk pelajar madrasah, kenduri perkahwinan serta jamuan di masjid dan surau di seluruh Kemboja.

“Dengan ini saya mengesahkan bahawasanya ibadah korban dan aqiqah yang diuruskan

oleh syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Tertinggi

Pimpinan Agama Islam Kemboja dan Yayasan Pembangunan Umat

Islam Kemboja tahun 1435H telah disempurnakan mengikut

ketentuan hukum-hukum syarak.”

Okhna Haji Kamaruddin YusofMufti Kerajaan Kemboja

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA

Tahun Bil. Ternakan

1415H 17 1416H 150 1417H 288 1418H 263 1419H 451 1420H 561 1421H 736 1422H 685 1423H 886 1424H 1178 1425H 1177 1426H 1381 1427H 1443 1428H 2102 1429H 2524 1430H 2567 1431H 3256 1432H 3337 1433H 3247 1434H 3696 1435H 3490

BILANGAN WAKAF PERIGI DI KEMBOJA

Tahun Bil. Perigi

1430H 301 1431H 341 1432H 380 1433H 524 1434H 1506 1435H 1931

Tahun ke-

Mudah ◆ Murah ◆ Diyakini

1435H

Wakaf Perigi 1931

KORBAN JumlahLembu 1872Kambing 525AQIQAH JumlahLembu 234Kambing 847NAZAR JumlahLembu 2Kambing 10JUMLAH BESAR 3490

1434H

Wakaf Perigi 1506

KORBAN JumlahLembu 1878Kambing 421AQIQAH JumlahLembu 355Kambing 1036NAZAR JumlahLembu 3Kambing 3JUMLAH BESAR 3696

Page 2: Mudah Murah Diyakini - Korban Aqiqah...21 Tahun! Pelaksanaan Korban Eidul Adha & Aqiqah Hampir 68,000 peserta sejak tahun 1415H/1995 Masihi.Sebanyak 33,422 ekor ternakan selamat disempurnakan

Laporan Program Ramadan 1435H:

Bagi penyertaan awal sebelum 20 Ramadan 1435H, sebahagian daripada yuran penyertaan telah diperuntukkan untuk Program Berbuka Puasa.

Kemboja: sumbangan berbuka puasa: RM56,570.44 (termasuk sumbangan tambahan oleh peserta Korban & Aqiqah). Bilangan ternakan aqiqah yang disempurnakan untuk jamuan berbuka puasa dan sahur ialah: Kambing 151ekor, lembu 41 ekor dan nazar kambing 5 ekor. Filipina: sumbangan RM10,00.00 telah diagihkan di Mindanao, Filipina. Thailand: sumbangan RM27,982.50 telah diagihkan di Pattani, Thailand.

Laporan Program Wakaf Perigi 1435H:

Biasanya mulai bulan Disember sehingga Mei setiap tahun, Kemboja mengalami musim kering. Bekalan air menjadi masalah utama di luar bandar pada musim ini. Pada tahun 1435H sebanyak 1931 sumbangan perigi wakaf telah diterima untuk dibina bagi kegunaan keluarga yang miskin dan juga penduduk kampung.

Perasmian Program Wakaf Perigi pada 10 Zulhijjah 1435H / 5 Okt 2014 di Kg. Srah, Daerah Kampung Ponhea Krek, Wilayah Tbong Khmom.

Laporan Program Ziarah Kemboja 1435H:

Seramai 41 orang telah menyertai Program Ziarah Kemboja. Majlis perasmian Program Korban & Aqiqah di Kemboja yang dihadiri bersama oleh peserta ziarah telah dilaksanakan di Kg. Srah, Daerah Kampung Ponhea Krek, Wilayah Tbong Khmom.

Sijil pengesahan perlaksanaan Ibadah Korban, Aqiqah dan juga Wakaf Perigi akan dihantar secara individu melalui pos dalam tempoh 30 hari selepas Hari Raya Eidul Adha. Laporan lengkap Program Korban & Aqiqah di Kemboja dengan senarai tempat-tempat perlaksanaan dan juga surat pengesahan perlaksanaan daripada Mufti Kerajaan Kemboja boleh didapati di www.korbanaqiqah.com.my pada tarikh berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Haji Che Mazlan SaadPengerusi Program Korban Eidhul Adha & Aqiqah di Kemboja

WAKAF PERIGI DI KEMBOJA

Musim kemarau di Kemboja berlaku setiap tahun dan boleh berterusan sehingga 4 bulan. Agihan perigi ditentukan oleh Mufti Kemboja.Satu bahagian wakaf perigi: RM150.00. (5 bhgn wakaf bersamaan dengan sebuah perigi)

Maklumat lanjut : Sila hubungi Ustazah Norwariza Mohd Hedwww.korbanaqiqah.com.my 03-4143 4343

WAKAF TANDAS DI KEMBOJA

Di kampung-kampung Kemboja dianggarkan hanya 20% keluarga mempunyai tandas di rumah. Mufti Kemboja merayu agar sumbangan untuk wakaf tandas di Kemboja dilancarkan

pada tahun 1436H ini. Sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.Satu bahagian wakaf tandas: RM200.00. (5 bhgn wakaf bersamaan dengan sebuah tandas)

Maklumat lanjut : Sila hubungi Ustazah Norwariza Mohd Hedwww.korbanaqiqah.com.my 03-4143 4343

WAKAF FISABILILLAH DI PATTANI

Maklumat lanjut : Sila hubungi Ustazah Norwariza Mohd Hedwww.korbanaqiqah.com.my 03-4143 4343

Pergolakan Pattani masih berterusan. Namun, anak bangsa perlu terus dididik untuk menghayati nilai-nilai Islam dan budaya bangsa. Sumbangan wakaf adalah untuk tanah, bangunan dan peralatan Sekolah Kalamullah Al-Quran

& Multilingual. Juga sedekah naskhah al-Quran untuk Selatan Thailand. Satu bahagian wakaf Sekolah: RM50.00.Satu naskhah al-Quran: RM35.00. (Mulai 1436H)

www.korbanaqiqah.com.my facebook.com/korbanaqiqah.cambodia