mssm2 peraturan am

4
PERATURAN AM KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM KUALA LUMPUR (MSSMKL) 1. NAMA Kejohanan Bola Tampar (R) Peringkat Negeri MSSMKL Tahun 2015. 2. TUJUAN Mempertingkatkan taraf permainan bola tampar dari segi prestasi pemain-pemain dan permainan.Mempopularkan permainan bola tampar di sekolah-sekolah. Mengeratkan jalinan persahabatan serta mengamalkan semangat kesukanan di kalangan pelajar. 3. KELAYAKAN PASUKAN Semua sekolah rendah dan sekolah persendirian yang bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Kuala Lumpur (MSSMKL). 4. KELAYAKAN PEMAIN Semua pemain yang mewakili sekolah mesti terdiri daripada pelajar- pelajar sekolah berkenaan. Pemain-pemain tersebut mesti berumur 12 tahun dan ke bawah pada tahun pertandingan. 5. TARIKH PERTANDINGAN 5.1. Pertandingan peringkat negeri akan akan dijalankan pada 23 – 27 Mac 2015. 6. TEMPAT PERTANDINGAN 6.1. Pertandingan peringkat negeri akan dilangsungkan di ______________________________ 7. KEANGGOTAAN PASUKAN ( LELAKI & PEREMPUAN ) 7.1. Setiap pasukan mestilah terdiri tidak lebih daripada 12 orang pemain dan tidak kurang daripada 6 orang pemain. 1

Upload: kristina-lyons

Post on 22-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

peraturan bola tampar mssm

TRANSCRIPT

Page 1: MSSM2 Peraturan Am

PERATURAN AM KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM KUALA LUMPUR (MSSMKL)

1. NAMA Kejohanan Bola Tampar (R) Peringkat Negeri MSSMKL Tahun 2015.

2. TUJUANMempertingkatkan taraf permainan bola tampar dari segi prestasi pemain-pemain dan

permainan.Mempopularkan permainan bola tampar di sekolah-sekolah. Mengeratkan jalinan persahabatan serta mengamalkan semangat kesukanan di kalangan pelajar.

3. KELAYAKAN PASUKANSemua sekolah rendah dan sekolah persendirian yang bergabung dengan Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia Kuala Lumpur (MSSMKL).

4. KELAYAKAN PEMAINSemua pemain yang mewakili sekolah mesti terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah

berkenaan. Pemain-pemain tersebut mesti berumur 12 tahun dan ke bawah pada tahun pertandingan.

5. TARIKH PERTANDINGAN5.1. Pertandingan peringkat negeri akan akan dijalankan pada 23 – 27 Mac 2015.

6. TEMPAT PERTANDINGAN6.1. Pertandingan peringkat negeri akan dilangsungkan di

______________________________

7. KEANGGOTAAN PASUKAN ( LELAKI & PEREMPUAN )7.1. Setiap pasukan mestilah terdiri tidak lebih daripada 12 orang pemain dan tidak

kurang daripada 6 orang pemain.7.2. Hanya pemain-pemain yang didaftarkan sahaja akan dibenarkan atau layak

bertanding.7.3. Tiada tambahan atau pertukaran pemain dibenarkan selepas pendaftaran

dilakukan.7.4. Setiap pasukan mesti diiringi seorang guru dari sekolah berkenaan.7.5. Jurulatih luar tidak dianggap sebagai guru pengiring atau jurulatih rasmi.

1

Page 2: MSSM2 Peraturan Am

8. PAKAIAN SERAGAM8.1. Semua sekolah yang mengambil bahagian mestilah memakai pakaian

seragam.8.2. Keseragaman pakaian hanya dihadkan pada jersi sahaja.8.3. Jersi-jersi pemain mestilah dinomborkan dari 1 hingga 18 sahaja.8.4. Nombor-nombor mestilah dicetak di hadapan dan di belakang jersi.8.5. Saiz nombor mestilah berukuran minima 15 cm di bahagian dada dan

minima 20 cm di bahagian belakang.

9. CARA PERTANDINGAN Pertandingan untuk peringkat negeri akan dijalankan secara separuh liga.

Pertandingan peringkat zon akan ditentukan oleh Pengerusi Permainan zon-zon yang berkenaan.

10. JADUAL PERTANDINGAN Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Kecil pertandingan dan akan

diagihkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian kelak.Sebarang rayuan untuk meminda jadual yang telah ditetapkan tidak akan dilayani kecuali

pihak Jawatankuasa Kecil pertandingan memutuskannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

11. PENARIKAN DIRI Setiap pasukan mesti berada di gelanggang setengah jam sebelum pertandingan yang

dijadualkan bermula.16 minit sebelum masa perlawanan, upacara lambungan syiling atau “ toss coin” akan disempurkan.Perlawanan akan dimulakan menepati jadual pertandingan.Jika pasukan yang berkenaan tidak melaporkan diri 15 minit selepas masa perlawanan tanpa sebarang sebab yang munasabah maka pasukan terbabit akan dianggap telah menarik diri dan menyerah kalah tanpa bertanding.Pasukan yang menarik diri akan menjawab kepada Tuan Pengarah secara bertulis dan akan dikenakan denda sebanyak RM 300.00.Tindakan Tatatertib akan diambil terhadap pasukan itu dan pasukan tersebut tidak akan dibenarkan bertanding seterusnya.

2

Page 3: MSSM2 Peraturan Am

12. BANTAHAN Keputusan pengadil dalam setiap perlawanan adalah muktamad.Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada Juri Rayuan dan keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.Pada sesuatu perlawanan, sekiranya mana-mana pasukan ingin membuat bantahan, Ketua Pasukan hendakalah mengemukakan bantahan secara lisan kepada pengadil bertugas.Pada akhir perlawanan Ketua Pasukan yang ingin meneruskan bantahan mereka dikehendaki menulis “INGIN BANTAH” semasa menandatangani borang skor agar bantahannya berkesan.Pasukan yang membuat bantahan dikehendaki menulis surat biasa kepada Juri Rayuan dalam masa tempoh satu jam setelah tamat perlawanannya berserta dengan wang cagaran sebanyak RM 300.00.Juri Rayuan akan bersidang untuk memutuskan bantahan tersebut dengan secepat mungkin. Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.Jika bantahan itu tidak munasabah maka wang cagaran akan menjadi milik Jawatankuasa Penganjur.

13. JURI RAYUAN Juri Rayuan bagi pertandingan ini akan terdiri daripada :a. Pengerusi Pertandinganb. Pengerusi Teknikc. Setiausaha Penganjurd. Dua orang pengurus pasukan ( GURU ) dari pasukan yang berkecuali.

14. PENGADIL Bagi pertandingan peringkat negeri , pengadil akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan diuruskan oleh Pengerusi Teknik.Semua pengadil yang mengadili pertandingan peringkat negeri mesti terdiri dari pengadil yang bertauliah.

15. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR Jawatankuasa Penganjur Pertandingan adalah berhak mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam pertandingan ini yang tidak tersebut dalam Peraturan Pertandingan ini dan keputusannya adalah muktamad.

3