msia2.pdf

333
 TABLE OF CONTENT: Part 2 Titles & Authors Page Numbers 1. PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN 2P2S UNTUK MENGENAL PASTI PERSEPSI GURU MATEMATIK DALAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL: LESSON  STUDY   Nancy Ng Yut Kuan  Faculty of Psychology and Educatio n , Unive rsiti Mal aysia Sabah 1-18 2. FAKTOR PENYUMBANG PENCAPAIAN RENDAH MATA PELAJARAN EKONOMI STPM DI SABAH: SATU TINJAUAN AWAL Abdul Said Ambotang¹, Baharom bin Mohamad² dan Dullah Yute³ ¹·²·³Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah 19-28 3. PERLAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH: TINJAUAN DALAM KALANGAN GURU DI DAERAH TAWAU SABAH Dullah Yute¹ dan Abdul Said Ambotang² 1,2  Fakulti Ps ikologi dan Pendidika n, Unive rsiti Mala ysia Sabah 29-39 4. KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN DAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH RENDAH Abdul Said Ambotang¹, Jumriah Abdul Azis² dan Christina Andin³ ¹· ² Fakulti Psikologi dan Pendidikan,Universiti Malaysia Sabah ³Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 40-50 5. PERBANDINGAN EFIKASI GURU DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA SABAH DAN MRSM TERENGGANU. Mohd Mahadzir Rahimi Bin Mohamed Nawi 1, Khalid Bin Johari 2  Dewi Isma Bt Madzlan 3,  Norsimah Bt Dasan 4  Zulaine Bin Awang Taul 5 1,2,3,4,5  Fakulti Ps ikologi dan Pendidikan, Universit i Malaysia Sabah 51-57 6. AMALAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KUDAT SABAH: SATU KAJIAN KES George Tamaki and Sabariah Sharif  Fakulti Psik ologi dan P endidikan, Universi ti Malay sia Sabah 58-73

Upload: aimiesk

Post on 06-Oct-2015

533 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

  • TABLE OF CONTENT: Part 2

    Titles & Authors Page

    Numbers

    1. PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN 2P2S UNTUK MENGENAL PASTI PERSEPSI GURU MATEMATIK

    DALAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL: LESSON

    STUDY

    Nancy Ng Yut Kuan

    Faculty of Psychology and Education , Universiti Malaysia Sabah

    1-18

    2. FAKTOR PENYUMBANG PENCAPAIAN RENDAH MATA PELAJARAN EKONOMI STPM DI SABAH: SATU TINJAUAN

    AWAL

    Abdul Said Ambotang, Baharom bin Mohamad dan Dullah Yute

    Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    19-28

    3. PERLAKSANAAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH: TINJAUAN DALAM

    KALANGAN GURU DI DAERAH TAWAU SABAH

    Dullah Yute dan Abdul Said Ambotang 1,2 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    29-39

    4. KEPIMPINAN PENGAJARAN GURU BESAR HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN DAN KEPUASAN

    KERJA GURU DI SEKOLAH RENDAH

    Abdul Said Ambotang, Jumriah Abdul Azis dan Christina Andin

    Fakulti Psikologi dan Pendidikan,Universiti Malaysia Sabah

    Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

    40-50

    5. PERBANDINGAN EFIKASI GURU DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA SABAH DAN MRSM TERENGGANU.

    Mohd Mahadzir Rahimi Bin Mohamed Nawi1, Khalid Bin Johari2

    Dewi Isma Bt Madzlan3, Norsimah Bt Dasan4

    Zulaine Bin Awang Taul5

    1,2,3,4,5Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    51-57

    6. AMALAN KREATIVITI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH

    MENENGAH DAERAH KUDAT SABAH:

    SATU KAJIAN KES

    George Tamaki and Sabariah Sharif

    Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    58-73

  • 7. PENGGUNAAN MAGIC HAND DALAM MEMBANTU MURID MENGINGAT FASA-FASA BULAN BAGI MATA PELAJARAN

    SAINS TAHUN 5 :SATU KAJIAN TINDAKAN

    Chin Mui Ken1, and Dr. Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah2 1,2Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah

    74-82

    8. KESAN LATIHAN PLIOMETRIKS MENGGUNAKAN METOD KONVENSIONAL DAN SHUTTLE MVP KE ATAS

    PENINGKATAN KUASA BAHAGIAN BAWAH BADAN ATLET

    LOMPAT KIJANG

    Frankie Lumpil1, D Maryama Daud2 1Sekolah Sukan Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

    2Department of Sports Science, Universiti Malaysia Sabah

    83-98

    9. HUBUNGAN ANTARA EFIKASI GURU DENGAN METAKOGNISI DALAM KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

    PEDALAMAN SATU DI BEBERAPA BUAH DAERAH DI SABAH

    Iffahzuleha Elmandily Binti Awaluddin

    Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    199-105

    10. HUBUNGAN ANTARA KESEDARAN METAKOGNISI DENGAN KOMITMEN KERJAYA DALAM KALANGAN GURU GURU

    PEDALAMAN SATU DI SABAH

    Isninah binti Muin1 1Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah

    106-111

    11. HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KOLEKTIF DENGAN KREATIVITI PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU

    SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN SATU DI BEBERAPA BUAH

    DAERAH DI SABAH

    Cory Joanes

    Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    112-119

    12. HUBUNGAN ANTARA AMALAN PENGURUSAN, KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN KERJA DALAM

    KALANGAN KETUA PANITIA BERDASARKAN PRESTASI

    AKADEMIK SEKOLAH A DAN SEKOLAH B KAWASAN

    PEDALAMAN ATAS NEGERI SABAH.

    Laimah Sungap

    Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, Sabah.

    120-132

  • 13. PENGARUH KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL, MOTIVASI KERJA GURU TERHADAP PRESTASI KERJA GURU MATA

    PELAJARAN SEJARAH DI SABAH.

    Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli, Baharom Mohamad, and Roslee Talip 1,2,3Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah

    133-142

    14. PENGETAHUAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

    Hairiya bt Darwis1

    Mohd Zaki b Ishak2 1,2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    143-149

    15. BAHAN BANTU MENGAJAR GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH SEMPORNA

    Bibah Bt Talag1, Mohd. Zaki B. Ishak2 1,2 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    150-157

    16. HUBUNGAN KUALITI PENGAJARAN GURU DENGAN SIKAP PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

    Normiati Batjo1 dan Mohamad Nizam Nazarudin2

    1.2Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah

    158-174

    17. MOTIVASI DALAM PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PERDAGANGAN BERASASKAN PROJEK PELAJAR

    TINGKATAN EMPAT DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH

    DAERAH KOTA BELUD, SABAH.

    Cheng Tsen Lui1

    Christina Peter Ligadu2, Dayang Maryama Awang Daud3 1,2,3 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    175-184

    18. PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN LITERASI PENTAKSIRAN INSTITUT PENDIDIKAN

    GURU (ILP IPG)

    Zakiah Noordin1, Vincent Pang1 dan Mohd Khairuddin Abdullah1 1Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    185-194

    19. MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH TAWAU

    Hapsa bt Anwar1 & Mohd Zaki b Ishak2 1,2,Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    195-202

  • 20. PELAKSANAAN PROGRAM BIMBINGAN MEMBACA DAN MENULIS (PROBIM)

    DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

    Samsuriani Rusli1

    Mohd. Zaki Ishak2 1,2,Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    203-210

    21. HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DISIPLIN DENGAN SIKAP GURU DISIPLIN

    Najihah bt Yahya

    Roslee Talip 1,2,Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    211-217

    22. SIKAP DAN KEMAHIRAN GURU PRASEKOLAH DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERASASKAN

    KOMPUTER ( ICT ) DALAM

    PENGAJARAN

    AWAL SAINS

    Dg Mariam Binti Hassan1 and Baharom Mohamad2 1,2,Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    218-229

    23. TEKNOLOGI PENGURUSAN PENGETAHUAN PENGARUH SIKAP, NORMA SUBJEKTIF,

    PERSEPSI KAWALAN GELAGAT DALAM KALANGAN

    PENGURUS SEKOLAH RENDAH DI SABAH

    Nazarius G. Yulip1 and Sopiah Abdullah@ Siew Nyet Moi2 1,2Faculty of Psychology and Education , Universiti Malaysia Sabah

    230-239

    24. HUBUNGAN ANTARA EFIKASI KOLEKTIF DENGAN METAKOGNISI GURU DALAM KALANGAN

    GURU SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN SATU SABAH

    Nick Vrynner Liah

    Faculty of Psychology and Education, University Malaysia Sabah

    240-253

    25. PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) WEB MULTIMEDIA

    INTERAKTIF

    PENDIDIKAN JASMANI DALAM KEMAHIRAN ASAS

    PSIKOMOTOR SUKAN HOKI

    Mad Rosli bin Saraamu dan Dr. Anuar bin Din

    Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    254-261

  • 26. HUBUNGAN ANTARA KERJA BERPASUKAN DENGAN KEPUASAN KERJA KETUA PANITIA SEKOLAH RENDAH

    W.P.LABUAN

    Mohammad Nizam B. Nazaruddin1, dan Diana Farahdilla Fadli2 1,2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    262-273

    27. PENGARUH SIKAP DAN PERSEKITARAN TERHADAP TINGKAH LAKU PONTENG SEKOLAH DALAM KALANGAN

    MURID DAERAH PENAMPANG

    Tairin @Noraisah Binti Lontou dan Baharom Mohamad2 1,2 Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah

    274-283

    28. HUBUNGAN PENGURUSAN KURIKULUM GURU BESAR DENGAN KOMITMEN DAN KEPUASAN KERJA GURU DI

    SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DALAM DAERAH

    SANDAKAN.

    Khairol bin Jumat

    Mohamad Nizam bin Nazarudin 1,2Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

    284-289

    29. HUMAN SECURITY IN THE CONTEXT FREEDOM FROM WANT: SCHOOL AND HEALTH ACCESS OF INDONESIAN

    CHILD LABOUR IN THE PALM OIL PLANTATION SECTOR IN

    LAHAD DATU AND SANDAKAN

    Dewi Herviani1, Ramli Dollah2, Kntayya Mariappan3, Wan

    Shawaluddin Wan Hassan4, Emilia .R5, Mohammad Faikar Adi

    Nugroho6, Raden Ilyas Fatahillah7

    1,,5,6,7School of Social Science, Universiti Malaysia Sabah

    2,4Lecture of International Relation, School of Social Science, University

    Malaysia Sabah 3Lecture of Antropology Sosiology, School of Social Science,University

    Malaysia Sabah

    290-298

    30. A COMPARISON BETWEEN SIMPLE LINEAR REGRESSION AND RADIAL BASIS FUNCTION NEURAL NETWORK (RBFNN)

    MODELS FOR PREDICTING STUDENTS ACHIEVEMENT

    Haviluddin1, A. Sunarto2, Suci Yuniarti3

    1School of Engineering & Information Technology, Universiti Malaysia

    Sabah 2School of Science & Technology, Universiti Malaysia Sabah

    3Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia Sabah

    299-308

  • 31. PENGUNAAN MODEL KONSTRUKTIVISME RADIKAL BAGI MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI

    GEOGRAFI FIZIKAL.

    Ovelyn @ Ozy Matanluk

    Sekolah Menengah kebangsaan Sikuati, Kudat.

    309-320

    32. PENDIDIKAN DAN PELATIHAN KEWIRAUSAHAAN: TELAAH TEORITIS

    Edah Runengsih1, Eny Listiany2, Arianti3 1,2,3 Faculty of Business, Economic and Accountancy, University Malaysia

    Sabah

    321-327

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    1

    PEMBANGUNAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN 2P2S UNTUK MENGENAL PASTI

    PERSEPSI GURU MATEMATIK DALAM KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL:

    LESSON STUDY

    Nancy Ng Yut Kuan

    Faculty of Psychology and Education , Universiti Malaysia Sabah

    [email protected]

    Abstrak

    Kekurangan pengetahuan pedagogi kandungan dalam kemahiran

    menyoal dan bagaimana mereka telah dicerap, kurangnya kerjasama

    dan tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran yang yang dapat

    merangsang kognitif, psikomotor dan afektif dalam diri pelajar,

    menjadikan semua ini jurang dalam kajian-kajian literatur yang

    dibuat. Justeru, pengkaji membuat pembangunan dan pengesahan

    Instrumen 2P2S bagi mengenal pasti persepsi guru-guru Matematik

    terhadap pengetahuan, model simulasi, pencerapan klinikal dan

    sinergi dalam KPP: LS. Populasi kajian terdiri daripada sekolah

    rendah serta sekolah menengah dalam 3 buah daerah di bahagian

    timur Sabah iaitu daerah Beluran, Telupid dan Sandakan. Sampel

    kajian terdiri daripada guru-guru Matematik seramai 30 orang.

    Metodologi kajian adalah menggunakan kaedah kuantitatif dan

    kualitatif. Dalam kajian kuantitatif, pembinaan dan penilaian

    kebolehpercayaan maupun pengesahan soal selidik dengan

    menggunakan pengukuran Model Rasch dibuat. Dalam kajian

    kualitatif pula, melibatkan beberapa proses seperti membuat tinjauan

    literatur terhadap pelbagai model dan teori KPP: LS, adaptasi dan

    modifikasi beberapa instrumen soal selidik sedia ada tentang KPP:

    LS dari dalam dan luar negara, penelitian terhadap dokumen-

    dokumen KPP: LS yang disediakan oleh KPM, BPG dan PPD, dan

    proses temu bual secara berstruktur kepada 4 orang responden.

    Dapatan kajian mendapati julat nilai min kuasa dua Infit dan min

    kuasa dua Outfit bagi setiap item dan individu terletak dalam

    lingkungan 0.5 hingga 1.5 (Linarce, 2014). Nilai kebolehpercayaan

    item dan kebolehpercayaan individu yang dikaji berdasarkan nilai

    indeks kebolehpercayaan item (Item Reliability Coefficient) dan

    indeks kebolehpercayaan individu (Person Reliability Coefficient)

    adalah 0.90. Merujuk kepada Linarce (2002), nilai 0.5 dan 0.87

    mempunyai kebolehpercayaan item dan individu yang tinggi. Ini

    menunjukkan Instrumen 2P2S yang dibina oleh pengkaji boleh

    digunakan dan tidak perlu diubah.

    Kata Kunci: Instrumen 2P2S, pengetahuan pedagogi kandungan,

    pencerapan klinikal, model simulasi, sinergi, Komuniti

    Pembelajaran Profesional: Lesson Study

    Abstract

    Lack of pedagogical content knowledge in questioning skills and

    how they have been observed , lack of cooperation and diversify

    teaching methods that promote cognitive , psychomotor and affective

    development of the student , are some gaps in the research literature.

    Thus, the researcher makes the development and validation of

    instruments for identifying 2P2S perception of Mathematics teachers

    in knowledge, simulation models , clinical observation and synergies

    in the PLC : LS . The study population consisted of primary and

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    2

    secondary schools in the three districts in the east of Sabah such as

    Beluran, Telupid and Sandakan. Sample of Mathematics teachers are

    30. The research methodologies are quantitative and qualitative

    methods . In quantitative research, construction and reliability

    assessment or verification questionnaire using Rasch measurement

    model is made. In the qualitative study , involving some process like

    making a review of literature on the various models and theories of

    the KPP : LS, adaptation and modification of some existing

    questionnaires about the KPP : LS from within and outside the

    country , reviews of the KPP: LS documents provided by MOE,

    BPG and PPD, and a structured interview process to four

    respondents. The results showed that the range of the mean squared

    Infit and Outfit mean square for each individual item and are located

    within 0.5 to 1.5 ( Linarce , 2014) . The reliability of individual items

    and the reliability of the study based on the index value of the items (

    Item Reliability Coefficient ) and individual reliability index (Person

    Reliability Coefficient ) is 0.90. Referring to Linarce (2002) , the 0.5

    and 0.87 with reliability and high individual item . This shows 2P2S

    instruments designed by the researcher can be used and no need be

    changed.

    Keywords: Instruments 2P2S, pedagogical content knowledge,

    clinical observation, simulation models, synergies, Professional

    Learning Community: Lesson Study

    1.0 PENGENALAN

    Sistem pendidikan Matematik di Malaysia telah mengalami pelbagai reformasi untuk

    meningkatkan kualiti kurikulum dan guru Matematik mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

    Proses reformasi ini perlu digerakkan oleh jentera utamanya iaitu guru. Salah satu reformasi

    pendidikan yang jelas diperkatakan di negara kita dewasa ini ialah pelaksanaan Bidang Keberhasilan

    Utama Negara. Ia telah dilancarkan pada 11 Julai 2009 dan diumumkan pada 27 Julai 2009, oleh

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas genap 100 hari beliau mentadbir negara yang

    mendokumenkan inisiatitif kerajaan bagi merealisasikan Gagasan 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan (Abdul Rahman Abdul Majid, 2010). Ia memberi fokus kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau lebih dikenali sebagai National Key Results Areas (NKRA) yang

    merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat. Program Transformasi

    Kerajaan (Government Transformation Program atau GTP) turut dilancarkan oleh beliau pada 28

    Januari 2010 dan NKRA Pendidikan adalah salah satu sasaran utama. Sering kali diwartakan bahawa,

    ilmu pengetahuan Matematik menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia.

    Malah ilmu Matematik menjadi prasyarat kepada kemajuan tamadun yang pernah terbina dan yang

    menentukan kelancangannya (NKRA, 2009). Salah satu strategi dan program yang telah dibuat untuk

    mencapai askes pendidikan berkualiti dan berkemampuan dalam NKRA Pendidikan ini khususnya

    dalam pendidikan Matematik ialah Program Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP): Lesson study

    (LS) atau lebih dikenali sebagai PLC iaitu Profesional Learning Community: Lesson study . Ia mula dijadikan sebagai bahan kajian penyelidikan di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah di Malaysia

    pada tahun 2004 (Sitti Haishah Abdul Rahman, Chiew Chee Mun & Norhaini Abdul Aziz, 2011).

    2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

    2.1 Lesson Study

    Selama beberapa dekad, sekolah-sekolah di Sabah telah digesa untuk melibatkan diri dalam aktiviti

    perubahan dan peningkatan pencapaian akademik memandangkan Sabah sering mendapat tempat

    yang tercorot berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Pada tahun 1970-an, penyelidikan ke

    atas sekolah-sekolah yang berkesan dan proses pencapaian akademik di Sabah adalah melalui

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    3

    perubahan minda guru-guru itu sendiri. Lesson study adalah pendekatan dalam Komuniti

    Pembelajaran Profesional (KPP) di mana guru-guru bekerjasama untuk mengkaji kandungan, arahan,

    dan bagaimana pelajar belajar serta mencapai persefahaman untuk meningkatkan pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas. Ianya diiktiraf oleh Majlis Staf Pembangunan Negara sebagai salah satu

    reka bentuk yang paling berkuasa untuk membina KPP (PLC). Sepertimana yang telah dilaporkan

    oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti juga kebanyakan negara lain di dunia seperti Amerika

    Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand, masalah utama yang dihadapi oleh pihak berkuasa ialah

    kekurangan guru yang terlatih untuk mengajar mata pelajaran Matematik. Dalam kebanyakan negara

    maju tersebut, didapati bahawa mata pelajaran Matematik diajar oleh guru yang mempunyai pelbagai

    latar belakang. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan nisbah guru:pelajar yang terlalu tinggi dan

    implikasinya, guru-guru yang mempunyai pelbagai latar belakang pengkhususan diarahkan mengajar

    mata pelajaran Matematik berkenaan. Meskipun ada dalam kalangan guru tersebut yang memiliki

    strategi-strategi penyesuaian diri dan mempraktikkan mekanisme pdp dalam pengajaran mereka,

    tetapi bagi kebanyakan guru Matematik lain mereka memerlukan bimbingan, kolaborasi, perkongsian

    dan menjalankan tanggungjawab sendiri dalam KPP: LS untuk membolehkan mereka mengajar

    dengan berkesan dan bermakna. Justeru, guru-guru Matematik yang berkesan adalah mementingkan

    dimensi instruksional iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui KPP: LS ini.

    2.2 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Kemahiran Menyoal)

    Jika dilihat kepada penyelidikan atau kajian tentang aspek pengetahuan dalam bidang

    pendidikan khususnya dalam kalangan guru Matematik di Sabah, pengetahuan pedagogi seseorang

    guru untuk memberikan kefahaman isi pelajaran kepada pelajar telah mendapat perhatian beberapa

    tahun kebelakangan ini (Noor Shah Saad, 2003). Kajian-kajian ini dijalankan hasil dari inspirasi yang

    digerakkan oleh Shulman (1986) yang telah mengenalpasti bahawa pengetahuan guru merupakan

    paradigma yang hilang dalam kajian-kajian bidang pendidikan. Pengkaji percaya bahawa aspek PPK

    guru seperti yang ditakrifkan oleh Shulman (1986) memberikan sumbangan yang amat penting dalam

    memastikan penguasaan mata pelajaran yang baik dalam kalangan pelajar. Ini berikutan daripada dua

    komponen yang membentuk PPK iaitu pengetahuan pedagogi guru dan pengetahuan bagaimana untuk

    memberikan kefahaman pelajaran kepada pelajar merupakan dua faktor yang tidak mungkin terpisah

    di antara satu sama lain dan sering diperkatakan menjadi penentu kepada sesuatu pengajaran yang

    berkesan. Hasil dapatan kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru Matematik di Sabah

    menyuarakan mereka perlu meningkatkan pengetahuan tentang mata pelajaran ini. Berdasarkan

    dapatan yang diperoleh oleh Shulman, L. S. (1991) dan Noraini Idris (2001), memang terdapat

    persamaan dan boleh disimpulkan bahawa aras pengetahuan guru Matematik ini dapat dikaitkan

    dengan jantina guru, tempoh pengalaman guru, disiplin pengkhususan dan cara komunikasi lisan

    semasa mengajar. Dengan mempertimbangkan dasawarsa baru yang kita lalui, kedinamikan

    perubahan dalam kurikulum pendidikan Matematik serta berdasarkan analisis dapatan kajian guru

    yang lalu di Semenanjung Malaysia, penyelidik merasakan bahawa sudah sampai masanya dijalankan

    satu kajian yang komprehensif dengan mereplikasikan kajian yang dilakukan oleh Chong (1992), Ng

    (1995) dan Noor Shah Saad (2003) tentang KPP: LS dalam kalangan guru Matematik di seluruh

    negeri di Malaysia khasnya dan di Sabah amnya. Dalam KPP: LS ini, situasi apabila guru atau pelajar

    mengemukakan soalan, maka komunikasi akan wujud. Walau bagaimanapun, guru atau pelajar

    kadangkala tidak dapat memahami dengan jelas soalan yang dikemukakan dalam bentuk penulisan

    ataupun lisan. Lebih membimbangkan lagi jika masalah ini menyumbang kepada kelemahan pelajar

    dalam mata pelajaran Matematik (Daud,2000). Antara faktor yang menyumbang ke arah itu adalah

    guru tidak berkemahiran mengemukakan soalan yang sesuai. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan

    untuk mengenal pasti sejauh mana tahap penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) guru

    Matematik dalam mengemukakan soalan (questioning) dari aspek bahasa Matematik dan komunikasi.

    2.3 Model Simulasi

    Unjuran kenyataan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (1990) yang telah menggariskan

    beberapa teknik atau kaedah pedagogi yang kritis di negara ini telah memberikan impak kepada

    pengajaran dan pembelajaran Matematik di kelas dalam kalangan guru berkenaan. Di antara teknik-

    teknik dan kaedah-kaedah pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru Matematik di sekolah atau

    di bilik darjah khususnya ialah simulasi. Ianya merupakan pewujudan suatu situasi yang menyerupai

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    4

    keadaan sebenar dengan tujuan untuk menyelesaikan satu-satu masalah sebenar dalam keadaan yang

    terkawal. Pelajar mungkin perlu membuat persediaan dalam simulasi. Dalam proses simulasi ini,

    mereka dikehendaki menaakul, menganalisis situasi dan berfikir secara kritikal tentang cara mengatasi

    sesuatu masalah itu. Semua kemahiran berfikir ini adalah selaras dengan Kemahiran Berfikir Secara

    Kritis Dan Kreatif (KBKK) yang merupakan satu unsur penting dalam penekanan baru proses

    pengajaran serta pembelajaran Matematik maupun mata pelajaran-mata pelajaran lain di bilik darjah.

    Usaha tersebut dijalankan dengan giatnya di peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah

    dan peringkat sekolah sejak tahun 1994. Oleh itu, melalui kaedah simulasi, jelas dilihat bahawa pihak

    Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah banyak memberi

    pendedahan kepada guru-guru Matematik tentang kaedah perlaksanaan unsur tersebut dengan KBKK

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui Program KPP: LS di samping membuat kajian

    tindakan tentang kaedah simulasi dan KBKK oleh guru-guru dan pensyarah di institusi pendidikan

    (KPM, 2009). Di samping itu juga, pelajar dapat menguasai kemahiran seperti soal jawab,

    pemerolehan dan penggunaan bahan sumber.

    2.4 Pencerapan Klinikal

    Dalam proses pelaksanaan program pendidikan, KPP: LS di Sabah merupakan salah satu

    proses terpenting bagi melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan, kemahiran dan perkembangan

    profesionalisme guru. Menerusi KPP: LS ini, guru-guru dapat menunjukkan kebolehan mereka

    menggunakan segala ilmu pengetahuan dan teori yang telah dipelajari ke dalam situasi sebenar di

    bilik darjah melalui proses pencerapan klinikal. Oleh itu, proses pencerapan klinikal yang diberikan

    mampu membantu guru menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan efisien.

    Pencerapan klinikal ini melibatkan dua proses dan dua tujuan yang utama. Dua proses tersebut ialah

    komunikasi dan refleksi manakala dua tujuan utama pula ialah untuk pemerhatian dan penganalisisan

    proses tingkah laku pengajaran. Tujuan-tujuan utama ini adalah untuk membuat diagnosis iaitu

    mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pengajaran seseorang guru Matematik di dalam bilik darjah.

    Berdasarkan kelebihan dan kelemahan yang telah dikenal pasti, langkah-langkah tertentu dapat

    diambil untuk membantu dan membimbing guru Matematik berkenaan agar mampu menjadi seorang

    guru yang lebih efektif. Terdapat beberapa langkah berstruktur atau pemeringkatan aktiviti dalam

    proses pencerapan klinikal. Pengkaji telah memilih teori proses pencerapan klinikal Goldhammer &

    et al. (1980) sebagai asas kepada pembangunan instrumen yang mengukur pencerapan klinikal dalam

    KPP: LS di Sabah ini. Menurut mereka, proses-proses atau aktiviti-aktiviti pencerapan klinikal ini

    dapat dibahagikan kepada lima peringkat iaitu Perbincangan Sebelum Pemerhatian (Pra Pencerapan

    klinikal), Pemerhatian (Pencerapan klinikal), Analisis Dan Strategi (Pasca Pencerapan klinikal),

    Perbincangan Pencerapan (Pasca Pencerapan klinikal) dan Analisis Selepas Perbincangan (Pasca

    Pencerapan klinikal).

    2.5 Sinergi

    Transformasi pendidikan ke arah melahirkan modal insan cemerlang adalah mewujudkan

    sekolah yang bersinergi dan berkesan di Sabah. Sekolah bersinergi pada masa hadapan pula adalah

    komuniti pembelajaran profesional seperti yang dinyatakan dalam NKRA (2009). Sekolah bersinergi

    adalah kompleks, institusi yang berkolaborasi, memerlukan prestasi tinggi daripada segenap lapisan di

    sekolah dan sekolah yang memastikan pelajarnya menguasai ilmu secara authentik. Literatur terkini,

    menunjukkan unsur terpenting dalam sinergi iaitu kolaborasi dalam kalangan guru amat penting untuk

    memastikan keberkesanan sekolah. Telah terbukti bahawa sekolah bersinergi ialah sekolah yang

    mempunyai budaya perkongsian secara berterusan di antara semua pihak untuk melahirkan guru-guru

    khususnya guru Matematik yang mempunyai sinergi tinggi. Guru Matematik yang bersinergi dan

    berjaya adalah mereka yang mempunyai kerjasama, strategi pengajaran dan amalan refleksi yang baik

    serta mencantumkan usaha-usaha peningkatan profesionalisme guru yang berterusan dan berkembang

    tumbuh iaitu wujudnya Continuous Professional Development di sekolah melalui KPP: LS.

    Sinergi guru Matematik di sekolah sebenarnya amat bergantung sepenuhnya kepada

    kepemimpinan pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas. Memang tidak dipertikaikan lagi

    bahawa tidak ada guru-guru Matematik yang berjaya tanpa sinergi yang berkesan, dan begitu juga hal

    sebaliknya. Dalam konteks menjana insan cemerlang, sinergi guru diertikan sebagai keupayaan

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    5

    kolaborasi guru-guru Matematik untuk menentukan pembelajaran pelajar-pelajarnya adalah authentik

    dan bukannya setakat memastikan pelajar memperoleh keputusan cemerlang, tetapi keputusan

    cemerlang itu mencerminkan penguasaan ilmu oleh pelajar-pelajarnya. Fokus KPP adalah seharusnya

    kepada aktiviti pdp. Oleh itu, segala program KPP di sekolah yang lain adalah untuk mengukuhkan

    pdp. Dalam keadaan organisasi sekolah sebagai satu komuniti yang semakin sukar dan isi kandungan

    pelajaran yang bertambah, telah menuntut sinergi semua guru Matematik sebagai pemimpin untuk

    pembelajaran. Oleh itu, guru-guru di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya, amat menekankan

    sekolahnya sebagai Komuniti Pembelajaran Profesional pada masa sekarang untuk melahirkan sinergi

    guru Matematik yang berkesan (Sharifah Maimunah Syed Zin, 2011).

    3.0 TUJUAN KAJIAN

    Dalam kajian penyelidikan ini, pengkaji akan membuat pembangunan dan pengesahan

    Instrumen 2P2S yang dapat mengenal pasti persepsi guru-guru Matematik dalam penguasaan

    pengetahuan pedagogi kandungan (P 1 ), model simulasi (S 1 ), pencerapan klinikal (P 2 ) dan sinergi (S

    2 ) dalam Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson study. Instrumen yang dapat mengenal pasti

    persepsi guru-guru Matematik dalam empat aspek dalam KPP: LS ini diharapkan dapat diaplikasikan

    dalam kebanyakan sekolah di Malaysia amnya dan di Sabah khasnya untuk menentukan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Matematik dari segi aspek pengetahuan, model

    simulasi, pencerapan klinikal dan sinergi.

    4.0 TINJAUAN LITERATUR

    4.1 Lesson Study

    Pelaksanaan LS di luar negara sudah lama berlaku. Contohnya, memandangkan markah

    pelajar Amerika Syarikat yang rendah dalam laporan TIMSS berbanding dengan markah pelajar-

    pelajar Asia Timur yang tinggi, Hiebert dan Stigler (2000) mengambil perhatian terhadap amalan

    pedagogi yang telah menimbulkan masalah dalam sistem pendidikan. Mereka turut mendakwa

    bahawa walaupun kerja kumpulan seperti kolaboratif, koperatif dan konstruktivis diadakan, beberapa

    perubahan perlu dilakukan dalam proses pembelajaran yang berterusan seperti LS. Dalam keadaan ini,

    beberapa ulama dari Amerika Syarikat dan tempat lain yang mempunyai kepentingan dalam

    pembangunan profesional pendidikan di Jepun, mereka telah memperkenalkan model LS (Fernandez

    & Yoshida, 2004 & Stepanek et al, 2007).

    Lewis (2009) mencadangkan model LS untuk meningkatkan pengetahuan pedagogi guru

    dengan membina komuniti pembelajaran profesional serta merangka bahan-bahan pengajaran yang

    inovatif. Namun menurut Lewis (2009) lagi, walaupun LS telah banyak digunakan di seluruh dunia,

    masih lebih banyak kajian yang diperlukan untuk memahami proses kompleks pelaksanaan LS ini

    seperti dari segi perspektif kolaborasi dan kepimpinan kumpulan dalam kalangan guru yang terlibat,

    tumpuan yang perlu diberikan kepada isu-isu yang berkaitan dengan interaksi sosial antara pelajar dan

    guru, dan proses pengajaran yang dinamik secara berkumpulan seperti simulasi dan penilaian yang

    muncul apabila LS diperkenalkan kepada budaya sekolah yang sedia ada dan hubungan pihak

    berkepentingan. Kenyataan ini disokong oleh Wang-Iverson & Yoshida (2005) di mana KPP: LS

    adalah amalan guru-guru secara kolaborasi untuk merancang dan menyedia rancangan mengajar,

    membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru, membuat refleksi terhadap pdp dan seterusnya

    mengubahsuai untuk menambahbaik rancangan mengajar. Perubahan dunia pendidikan di Malaysia

    amnya dan di Sabah khasnya pada hari ini memerlukan kepemimpinan pengajaran dan pembelajaran

    yang secara langsung bertanggungjawab dalam memastikan kapasiti guru berada pada tahap yang

    tinggi. Demikianlah konsep KPP: LS secara umum yang dapat dilihat sebagai batu asas dalam

    pembentukan model tersebut. Model KPP: LS ini adalah suatu kerangka konsep yang dapat

    memperlihatkan berlakunya anjakan paradigma di sekolah, di mana budaya guru bekerja secara

    menyendiri berubah kepada budaya kerja kolaboratif (Roslee Talip et al., 2011).

    4.2 Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Kemahiran Menyoal)

    Istilah pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) telah diperkenalkan lebih 20 tahun yang lalu

    (Solis, 2009). Penyelidik dalam pendidikan masik menggunakan PPK untuk merujuk pengetahuan

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    6

    tentang pengajaran dan pelajaran. Kini, PPK telah dikembangkan merentasi pelbagai bidang ilmu dan

    telah dipetik lebih daripada 1200 orang penyelidik (Solis, 2009). Sato dan Sato (2003) telah

    menunjukkan beberapa manfaat LS seperti termasuklah tiga elemen utama dalam setiap pelajaran

    iaitu bahan-bahan konkrit yang digunakan untuk menyokong pengetahuan pedagogi dan aktiviti,

    aktiviti kumpulan yang melibatkan tiga atau empat pelajar dan dialog yang menyokong pengetahuan,

    peperiksaan, pemikiran dan idea-idea setiap pelajar maupun sesama guru. Dalam senario ini, ia telah

    menekankan bahawa guru harus selalu membolehkan pelajar bertanya dan mewujudkan perbincangan

    sesama rakan guru lain untuk berdialog tentang refleksi pdp serta penyelesaian masalah dalam amalan

    pengetahuan pedagogi (Sato, 2006a , 2009; Sato & Sato, 2003). Dapatan kajian tersebut harus diberi

    perhatian sewajarnya memandangkan tahap pengetahuan pedagogi guru Matematik ada hubungannya

    dengan tahap pembelajaran pelajar dalam konsep Matematik (Sharifah Maimunah Syed Zin, 2011).

    Kajian-kajian lepas di luar negara seperti Dill (2003), telah menyatakan bahawa guru-guru yang

    mempunyai tahap pengetahuan pedagogi yang tinggi akan dapat meningkatkan tahap pembelajaran

    konsep Matematik pelajar. Oleh itu, penguasaan guru yang lemah dalam pengetahuan pedagogi

    Matematik di Sabah akan menjejaskan beberapa kemampuan, ketrampilan dan keyakinan yang harus

    dipunyai oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Noor Shah

    Saad, 2003) terutamanya aspek pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar. Kenyataan ini

    menyokong dengan dapatan kajian Ng (1998) di mana mereka juga tidak mampu membimbing

    pelajar-pelajar yang menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik serta tidak berkebolehan

    memberikan penjelasan dan kefahaman serta kemahiran menyoal kepada pelajar dengan baik.

    4.3 Model Simulasi

    Simulasi adalah sebagaian daripada strategi pembelajaran aktif yang memerlukan penglibatan

    aktif pelajar (Abdul Ghafar Md. Din, 2003). Daripada sorotan dapatan kajian Maddux et al. (1992)

    tentang konsep simulasi, beliau telah menjelaskan sembilan kelebihan program simulasi. Diantaranya

    ialah menyeronokkan, penggunaan kos yang rendah, keselamatan lebih terjamin, realisme,

    pemindahan pengalaman dan pembelajaran yang lebih baik, ancaman yang minimum, melatih

    pemikiran kritis, menggalakkan sosialisasi dan kolaborasi serta memaksimumkan masa pembelajaran.

    Dapatan kajian Maddux et al. (1992) ini mempunyai idea tentang konsep simulasi yang sama dengan

    kajian Rio Sumarni (1997). Namun, dalam kajian Rio Sumarni (1997), konsep simulasi telah

    dikembangkan lagi oleh beliau yang mengatakan bahawa simulasi membolehkan pelajar menjadi

    lebih aktif, bersifat konstruktif dan lebih bertanggungjawab terhadap subjek yang dipelajarinya.

    Sesuatu kaedah pembelajaran yang mampu menjadikan pelajar aktif dan dapat berinteraksi dengan

    baik bersama rakan-rakan pelajar yang lain, mampu mewujudkan rasa seronok pelajar terhadap

    sesuatu aktiviti yang dijalankan. Semua ini akan mampu menarik minat dan kesefahaman untuk

    menguasai dan mencapai objektif mata pelajaran seperti Matematik. Kaedah simulasi juga adalah

    satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu

    keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar (Joyce et al., 2002). Konsep simulasi

    ini sama seperti yang dinyatakan dalam kajian Syaiful Bahri Djamarah (2006) dan Depdiknas (2005).

    Konsep-konsep keseluruhan ini amat bersesuaian dengan konsep pengajaran dengan KPP: LS iaitu

    ianya merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian

    dan maklum balas (Johnson, 2006).

    4.4 Pencerapan Klinikal

    Pencerapan klinikal merupakan sub bidang yang penting dalam pendidikan guru. Guru-guru perlu

    dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran pedagogi dan kemahiran menguruskan pencerapan

    (Baharudin Yaacob & Mohd. Yusof Abdullah, 2008). Kenyataan ini bertepatan dengan hasil dapatan

    kajian Baharudin Yaacob (1996) yang mengatakan bahawa pendidikan masa kini memberi penekanan

    kepada usaha membimbing guru-guru, khasnya guru-guru akademik bagi meningkatkan mutu

    pengajaran. Peningkatan mutu pengajaran melalui pencerapan klinikal ini seterusnya dapat membantu

    prestasi pembelajaran pelajar. Ini kerana, andaian semua guru berpengalaman mampu menjalankan

    tugas pencerapan klinikal adalah tidak benar. Mereka harus mendapat latihan khusus sebelum terlibat

    sepenuhnya. Pengalaman yang ada pada guru-guru mesti diperkukuhkan dengan pengetahuan dan

    kemahiran mengenai pencerapan pengajaran. Ianya penting kerana pencerapan pengajaran

    pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran mata pelajaran tetapi mencakupi tugas-

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    7

    tugas lain seperti pembinaan kurikulum, pembentukan pengajaran, agen perubahan, perkembangan

    staf dan pengajaran berteraskan penyelidikan. proses pencerapan klinikal adalah berhasrat untuk

    membina dan membangunkan bersama-sama antara guru-guru dan para pentadbir di sekolah untuk

    memperbaiki kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang dialami di bilik darjah, di samping

    berkemampuan memperkembangkan potensi dan kemahiran yang sedia ada di dalam diri guru

    berkenaan. Kenyataan tersebut disokong daripada hasil dapatan kajian Goldhammer (1981) dan

    Cogan (1975) yang mengatakan bahawa proses pencerapan klinikal lebih memberi penekanan untuk

    membantu dan membimbing proses pengajaran ke tahap yang lebih berkualiti. Pengkaji turut dapat

    merasakan kepentingan pencerapan klinikal ini dalam KPP: LS kerana berdasarkan gaya kehidupan

    dan kemajuan teknologi yang telah jauh berubah, proses pencerapan klinikal dianggap begitu penting

    dan perlu dijadikan instrumen bagi penambahbaikan pengajaran guru agar lebih berkualiti. Pada masa

    yang sama, proses pencerapan klinikal juga boleh diimplementasikan terhadap guru Matematik

    khususnya untuk mendiagnosis tahap keefisienan proses pengajaran mereka dan sesama rakan guru

    lain di bilik darjah.

    4.5 Sinergi

    Setiap guru Matematik pada dasarnya adalah guru yang boleh diperhatikan serta boleh

    mengamalkan kepemimpinan pembelajaran dalam KPP: LS. Guru yang diperhatikan akan memimpin

    dirinya sendiri dan orang-orang lain di sekitarnya untuk mencapai tujuan pdp bersama. Memimpin

    bermaksud membangun dan memandu KPP: LS secara efektif dan efisien untuk meraih hasil

    pembelajaran yang tepat. Daripada ciri-ciri dan amalan refleksi tentang kepemimpinan pembelajaran

    seseorang guru Matematik pada dasarnya, akan memungkinkan guru tersebut mempunyai keupayaan

    meningkatkan pengajarannya melalui pembentukan KPP: LS yang efisien. Lebih daripada itu,

    kemampuan menggali idea-idea baru yang menghasilkan proses, bahan atau kaedah pdp yang

    inovatif, akan memotivasikan semua guru Matematik tersebut untuk melaksanakan KPP: LS tersebut.

    Sinergi akan merangsang pemikiran seorang guru Matematik untuk berbincang, berkerjasama dan

    membuat refleksi secara kolaboratif agar pdp tidak menjadi pasif atau tatic. Sebaliknya, KPP: LS

    dapat membentuk pdp yang proaktif dan dinamik. Sinergi juga dapat membentuk guru-guru

    Matematik untuk belajar dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas di samping terlibat secara aktif

    dalam proses kepemimpinan pembelajaran di kelas yang berkesinambungan. Walaupun kadang-kala

    terdapat perbezaan pendapat dan idea guru-guru Matematik, namun semua ini akan mendorong

    penambahbaikan serta perubahan pdp menjadi lebih berinovasi (Hamel, G., & C. K. Prahalad, 1994).

    Sinergi adalah semangat saling bekerjasama, saling bergantung yang positif dan mempunyai

    kemahiran sosial, akauntabiliti, kepimpinan atau rasa bertanggungjawab dan pencerapan klinikal

    (penilaian) serta mempunyai kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, kritis dalam

    menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan, pembelajaran berterusan dan etika moral yang

    profesional (C. K. Prahalad, 2008).

    4.0 METODOLOGI KAJIAN

    Bagi melancarkan proses kajian ini, pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian yang

    melibatkan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif (pendekatan triangulasi). Kajian ini dipilih

    kerana ia bersesuaian dengan sampel yang telah dipilih, masa yang diperuntukkan dan tujuan kajian

    ini dibuat. Menurut Creswell (2009 & 2012), penggabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif

    membolehkan pengkaji memperolehi data yang lebih komprehensif. Oleh itu, kaedah kajian ini adalah

    kajian secara gabungan antara kajian secara kuantitatif dan secara kualitatif. Reka bentuk kajian

    secara kuantitatif adalah menggunakan borang soal selidik iaitu Instrumen 2P2S yang telah dibina

    untuk responden. Soal selidik merupakan nadi bagi kajian yang dibuat oleh penyelidik. Dengan erti

    kata lain, ia merupakan pengganti diri penyelidik serta penghubung di antara pengkaji dan responden.

    Pembangunan soal selidik ini turut disokong dari segi aspek pengekodan dan model visual grafik atau

    network dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Instrumen 2P2S ini mengandungi 5 dimensi utama

    iaitu Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (Kemahiran Menyoal), Model Simulasi, Pencerapan

    Klinikal, Sinergi dan Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson Study. Manakala bagi penilaian

    kebolehpercayaan maupun kesahan instrumen soal selidik ini pula dibuat dengan menggunakan SPSS

    16.0 dan pengukuran Model Rasch. Model Rasch merupakan alat analisis yang sangat berguna untuk

    tujuan menguji kesahihan atau kesahan, dan realibiliti instrumen (persons dan items) di mana ianya

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    8

    belum dapat disaingi oleh alat analisis lain. Lebih daripada itu, Model Rasch juga memenuhi lima

    prinsip model pengukuran iaitu mampu memberikan skala linear dengan selang yang sama,boleh

    melakukan ramalan terhadap data yang hilang, boleh memberikan anggaran yang lebih tepat, mampu

    mengesan ketidaktepatan model dan ukuran yang replicable.

    Reka bentuk kajian secara kualitatif seperti kajian kes dibuat. Kajian kes adalah reka bentuk

    kajian yang paling sesuai digunakan oleh seseorang penyelidik. Oleh itu, pengkaji akan menggunakan

    reka bentuk kajian kes penerokaan berbentuk kes pelbagai dengan menggunakan kaedah triangulasi

    seperti pemerhatian, temubual dan soal selidik kerana melibatkan beberapa proses seperti membuat

    tinjauan literatur terhadap pelbagai model dan teori KPP: LS, adaptasi dan modifikasi beberapa

    instrumen soal selidik sedia ada tentang KPP: LS dari dalam dan luar negara, penelitian terhadap

    dokumen-dokumen KPP: LS yang disediakan oleh KPM, BPG dan PPD, proses temu bual secara

    berstruktur kepada 4 orang responden kajian yang terdiri daripada 1 orang guru pakar Matematik, 1

    orang guru cemerlang Matematik dan 2 orang guru Matematik biasa dan proses pemerhatian terhadap

    sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut kitaran KPP: LS selama 3 minggu berturut-turut.

    Pengkaji turut mengambil gambar dan rakaman semasa sesi PDP tersebut.

    Dalam usaha untuk menyediakan Instrumen 2P2S yang mengoptimumkan reka bentuk

    penyelidikan campuran, maka pengkaji menggunakan Model IDCV (Instrument Development And

    Construct Validation) atau Pembangunan Instrumen Dan Pengesahan Konstruk (Onwuegbuzie, A. J.,

    Bustamante, R. M., & Nelson, J. A., 2010) kerana ia adalah berasaskan model tujuan dan rasional.

    Pengkaji menggunakan Model IDCV untuk proses pembangunan instrumen kuantitatif secara

    optimum. Justifikasi pengkaji untuk menggunakan model IDCV ini adalah kerana ia menggunakan

    teknik-teknik gabungan penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Justeru, ia amat bertepatan dengan

    reka bentuk kajian yang dibuat oleh pengkaji. Model IDCV ini mengandungi 10 fasa yang terperinci

    dan interaktif dalam pembangunan dan pengesahan instrumen yang dibina. Pengkaji turut tertarik

    dengan justifikasi model yang berasaskan analisis Crossover. Analisis Crossover mewakili satu

    mekanisme utama dalam Model IDCV di mana ia melibatkan satu atau lebih jenis analisis.

    Contohnya, analisis data kualitatif digunakan untuk analisis data kuantitatif dan sebaliknya

    (Tashakkori & Teddlie, 1998; Teddlie & Johnson, 2009). Analisis Crossover ini juga merupakan

    suatu paradigma penyelidikan yang timbul hasil daripada tindak balas kepada arus penyelidikan

    kuantitatif dan kualitatif (Powell, H., Mihalas, S., Onwuegbuzie, A. J., Suldo, S., & Daley, C. E.,

    2008). Ramai pengkaji mengatakan bahawa teknik kuantitatif adalah mencukupi untuk pembangunan

    kuantitatif instrumen. Namun, teknik kualitatif boleh digunakan untuk meningkatkan pembangunan

    kuantitatif instrumen dan sebaliknya (Creswell, J. W., 2012).

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    9

    Rajah 4.1: Kerangka Kajian Pembangunan Instrumen Kuantitatif Melalui Penyelidikan

    Campuran

    Keseluruhan kajian ini akan dibahagi kepada empat fasa iaitu perancangan, proses

    pembangunan, penilaian kuantitatif dan pengesahan. Fasa pertama menggunakan pendekatan

    kualitatif dengan reka bentuk kajian kes penerokaan berbentuk kes pelbagai (multiple case). Dalam

    fasa pertama tersebut, penyelidik akan menemubual 4 orang guru Matematik dan disamping itu,

    meninjau pelbagai teori dan model dalam kajian literatur tentang KPP: LS. Fasa kedua melibatkan

    pembinaan item berdasarkan spesifikasi intrumen yang dibina dengan membentuk jadual spesifikasi

    instrumen (JSI) dan fasa ketiga seterusnya menentukan kebolehpercayaan dan kesahan instrumen

    menggunakan SPSS 16.0 dan Rasch Model. Fasa akhir iaitu fasa keempat adalah melibatkan kajian

    sebenar menggunakan instrumen yang dibina dan akan dianalisis dengan menggunakan Rasch Model.

    Bagi fasa pertama, pengkaji membuat tinjauan literatur terhadap pelbagai model dan teori

    KPP: LS, serta adaptasi dan modifikasi beberapa instrumen soal selidik sedia ada tentang KPP: LS

    dari dalam dan luar negara. Tumpuan yang diberikan adalah lebih menjurus kepada perbincangan

    secara khusus mengenai teori dan model yang akan menghuraikan perkara berkaitan dengan kajian.

    Di samping itu, mengenal pasti isu dan permasalahan kajian yang timbul (gap). Penerangan dibuat

    secara menyeluruh dan bukan hanya menumpukan penghuraian ke atas kawasan kajian sahaja. Data

    diperolehi daripada bahan-bahan bacaan yang diterbitkan seperti buku-buku rujukan, kertas-kertas

    seminar, jurnal, keratan akhbar, risalah dan tesis-tesis yang terdahulu. Hasil daripada isu dan

    permasalahan yang dikenal pasti juga, proses seterusnya melibatkan pembentukan objektif kajian

    yang selari dengan isu yang hendak dikupas dan sasaran penyelesaian yang bakal diperolehi. Selain

    itu, penelitian terhadap dokumen-dokumen KPP: LS yang disediakan oleh KPM, BPG dan PPD turut

    dibuat oleh pengkaji. Tumpuan yang diberikan juga adalah lebih menjurus kepada mengenal pasti isu

    dan permasalahan kajian KPP: LS. Bagi mencapai tujuan ini, data pendekatan digunakan untuk

    membentuk permasalahan terkini yang memerlukan kajian KPP: LS dijalankan, iaitu membaca bahan-

    bahan bercetak dari KPM, BPG dan PPD serta kajian-kajian terdahulu bagi mengelakkan berlakunya

    pertindihan isu yang hendak dibincangkan, serta membuat pengamatan dan tinjauan ke kawasan

    kajian. Hasil daripada isu dan permasalahan yang dikenal pasti, proses seterusnya melibatkan

    pembentukan objektif kajian yang selari dengan isu yang hendak dikupas dan sasaran penyelesaian

    yang bakal diperolehi dalam tinjauan literatur yang dibuat sebelum ini. Penelitian dokumen turut

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    10

    boleh digunakan untuk mendapatkan data sokongan seperti boleh menggunakan senarai semak atau

    mendapatkan tema-tema yang diperlukan. Kemudian, pengkaji membuat sesi temubual secara

    berstruktur terhadap 4 orang responden kajian yang terdiri daripada guru-guru Matematik. Mereka

    adalah terdiri daripada 1 orang guru Pakar Matematik, 1orang guru cemerlang Matematik dan 2 orang

    guru Matematik biasa. Temubual ini dibuat untuk proses pembinaan item dalam Instrumen 2P2S yang

    ingin dibuat. Hasil transkrip temubual ini dikumpul, dikod dan dikategorikan dengan menggunakan

    perisian ATLAS.ti. Tugas utama ATLAS.ti ini adalah menyediakan alat bagi memudahkan proses

    mengekod teks, imej, video dan audio, mengkategorikan mengikut tema dalam bentuk visual,

    membuat hubungan (link) mudah dengan drag & drop, perkaitan semantik serta menghasilkan model visual (grafik) melalui network bagi tujuan tafsiran. Melalui network juga, laporan senang

    dibuat. Maka, melalui ATLAS.ti ini, pengkaji dapat membuat analisis tembubual dengan melibatkan

    proses mentafsir data tersebut melalui proses pengekodan, kategori dan model visual yang berbentuk

    network.

    Dalam fasa kedua, pengkaji menyiapkan Instrumen 2P2S yang dibina melalui adaptasi dan

    pengubahsuaian beberapa instrumen asal serta sebahagiannya pula adalah dibina sendiri oleh

    pengkaji berdasarkan data temu bual secara mendalam dengan tinjauan literatur tentang teori dan

    model yang berkaitan. Pengkaji turut menggunakan analisis ATLAS.ti untuk mengekod dan

    mengkategorikan kenyataan dalam transkrip temubual yang dibuat semasa fasa pertama tadi bagi

    tujuan pembinaan item dalam Instrumen 2P2S tersebut.

    Apabila selesai membuat semakan, item-item kemudiannya ditadbirkan kepada kumpulan

    yang mempunyai latar belakang yang sama dengan kumpulan sasaran dalam kajian sebenar untuk

    tujuan ujian lapangan. Semasa mentadbir instrumen, pengkaji memerhatikan tingkah laku responden

    dan meminta mereka memberi komen kepada item yang sukar difahami. Dalam fasa ketiga, satu

    kajian rintis dijalankan terhadap guru-guru Matematik dalam 3 buah daerah yang terpilih iaitu

    Beluran, Telupid dan Sandakan. Responden bagi kajian rintis ini terdiri daripada 30 orang guru

    Matematik yang dipilih secara rawak di sekolah rendah dan sekolah menengah seperti yang

    ditunjukkan dalam Jadual 3.9. Kajian rintis ini dibuat untuk memastikan Instrumen 2P2S yang dibina

    dapat difahami, sesuai dan relevan serta dapat memberi maklumat dan maklum balas yang diperlukan

    mengikut skop kajian ini. Hasil daripada kajian rintis akan melibatkan beberapa sesi pemurnian dan

    pemantapan instrumen soal selidik. Tujuan analisis data pada peringkat ini adalah untuk memilih item

    yang baik daripada item pool yang telah dirintiskan (Creswell, 2012). Berdasarkan respon dan hasil

    analisis item, item-item dibaiki, dirombak dan diubahsuai supaya lebih mantap sebelum boleh

    ditadbirkan. Analisis item melibatkan penentuan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi,

    kesahan dan kebolehpercayaan item. Proses akhir peringkat pembinaan item adalah menyemak item-

    item yang telah dianalisis. Hanya item-item yang menepati piawaian berdasarkan analisis item iaitu

    Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi, kesahan dan kebolehpercayaan yang mencukupi dipilih

    dan dipasangkan sebagai instrumen yang sesuai untuk ditadbirkan kepada sasaran sebenar.

    Dalam fasa akhir kajian iaitu fasa keempat ini juga, akan melibatkan kajian sebenar

    menggunakan instrumen yang dibina dan akan dianalisis dengan menggunakan Rasch Model. Semasa

    kajian sebenar dibuat, pengkaji akan memastikan proses pemerhatian, penilaian serta sesi foto dan

    rakaman juga ada dibuat dengan kitaran KPP: LS dalam pdp Matematik yang dibuat seperti dalam

    Rajah 4.2 berikut.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    11

    Rajah 4.2: Reka Bentuk Dan Proses Kajian Yang Dilakukan

    Pengkaji memilih model pembelajaran Bandura (dalam Friedman, Howard S., & Miriam W.

    Schustack, 2008) sebagai rujukan utama keseluruhan model kajian selepas tinjauan literatur dibuat.

    Model Bandura tidak diterangkan dalam bentuk rajah tetapi pengkaji mengaitkan model Bandura ini

    dalam kajian yang dibuat dengan disokong oleh teori-teori serta model-model lain seperti teori dan

    model Taksonomi Pengetahuan Pedagogi Kandungan Solis, A. (2009), teori dan model Simulasi

    Abdul Ghafar Md. Din (2003), teori dan model Pencerapan Klinikal Goldhammer & et al. (1980)

    serta teori dan model Sinergi C.K. Prahalad (2008). Secara langsung, pengkaji dapat melihat

    hubungkait dan ciri-ciri Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson study (KPP:LS) dengan model

    pembelajaran sosial Bandura. Ini kerana, model pembelajaran sosial Bandura yang mempunyai lima

    ciri utama (Joyce et al., 2002; Udin, 2001) dapat dijustifikasikan satu persatu mengikut empat

    pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini iaitu pengetahuan pedagogi kandungan (PPK), model

    simulasi, pencerapan klinikal dan sinergi.

    5.0 POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN

    Populasi adalah keseluruhan kumpulan manusia, objek mahupun peristiwa yang mempunyai sedikit

    persamaan secara umumnya dan ia mestilah didefinisikan secara spesifik (Azizi Yahya et al., 2006).

    Sampel ialah sebahagian populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat menjadi wakil populasi

    ataupun sebaliknya. Ia adalah sumber untuk mendapatkan data (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999).

    Semakin besar peratusan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai

    lebih kemungkinan untuk memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri populasi. Proses pemilihan

    sampel dilakukan secara sistematik menekankan elemen perwakilan dan kerawakan dan sampel yang

    dipilih mewakili ciri-ciri populasi dengan peluang dipilih sama banyak (Creswell, 2012). Creswell

    (2012) juga mencadangkan penggunaan saiz sampel digalakkan melebihi 30 unit/orang dengan

    andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit/orang.

    Pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Ini

    adalah kerana, semakin besar saiz sampel maka, semakin kecil ralat persampelan (Creswell, 2012).

    Populasi kajian ini ialah guru Matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah dalam

    tiga buah daerah di bahagian Timur Sabah iaitu Beluran, Telupid dan Sandakan. Berdasarkan sumber

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    12

    yang diperolehi daripada Sektor Pengurusan Sekolah (SPS) di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

    (JPNS) pada tahun 2013, jumlah guru yang mempunyai opsyen Matematik adalah seramai 400 orang.

    Saiz sampel dalam kajian ini ditentukan dengan kaedah Cohen, Manion & Morrison (2007). Mereka

    berpendapat bahawa penentuan saiz sampel seharusnya mengambil kira aras kesignifikanan dan ralat

    persampelan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih ralat persampelan sebanyak 1% dan aras

    kebolehpercayaan 99% (aras kesignifikanan = .01). Oleh itu, pengkaji menentukan saiz sampel kajian

    sepertimana yang dicadangkan oleh Cohen, Manion & Morrison (2007) untuk populasi yang tidak

    melebihi 5,000 orang iaitu seramai 329 orang.

    Dalam kajian ini, kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak dan

    persampelan mudah (judgement atau purposive) berdasarkan mata pelajaran Matematik yang

    diajarkan, pengalaman, jawatan yang dipegang di sekolah, dan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk

    mencapai objektif kajian. Populasi kajian adalah melibatkan tiga daerah di bahagian Timur Sabah

    iaitu Beluran, Telupid dan Sandakan yang mana melibatkan kedua-dua sekolah rendah serta sekolah

    menengah. Manakala teknik persampelan kajian yang dibuat adalah dipilih secara persampelan mudah

    dan judgement atau purposive berdasarkan mata pelajaran Matematik yang diajarkan, pengalaman,

    jawatan yang dipegang di sekolah, dan mempunyai ciri-ciri tertentu untuk mencapai objektif kajian.

    Sampel kajian terdiri daripada guru-guru Matematik seramai 329 orang di sekolah-sekolah rendah dan

    menengah yang terlibat di daerah Beluran (118 orang), Telupid (82 orang) dan Sandakan (129 orang).

    Pengkaji merahsiakan nama sekolah-sekolah berkenaan sebagai memenuhi etika penyelidikan atas

    tanggungjawab kerahsiaan informan serta melindungi mereka daripada sebarang risiko (Mohamed

    Yusoff, 2001).

    6.0 KEPUTUSAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

    6.1 Kesahan Muka Dan Kesahan Kandungan Oleh Semakan Panel Pakar

    Kesahan muka ialah sama ada alat ukur yang menampakkan kesahan baik kepada responden

    kajian dan orang lain yang mempunyai kurang pendedahan berkenaan pengukuran tersebut. Kesahan

    ini adalah untuk memastikan kejelasan item, soalan yang dikemukakan, masa menjawab yang

    mencukupi, dan yang paling utama item mengukur apa yang sepatutnya diukur (Creswell, 2012).

    Penyelidik menjalankan ujian pra bagi instrumen kajian terhadap beberapa orang guru Matematik

    daripada kumpulan yang mempunyai ciri yang sama dengan sampel kajian. Mereka diminta untuk

    membaca soalan-soalan yang dikemukakan dan memberi penilaian tentang tahap kebolehbacaan dan

    kefahaman soalan dalam instrumen kajian. Kesahan muka tidak menjamin sama ada ujian tersebut

    betul-betul mengukur fenomena dalam domain tersebut (Noraini, 2010). Oleh itu, pengkaji telah

    membuat kesahan muka dan diikuti dengan kesahan kandungan oleh semakan panel pakar. Ini

    bertujuan untuk memantapkan lagi pembangunan dan pengesahan Instrumen 2P2S ini.

    Penyelidik menjalankan proses kesahan kandungan dengan menggunakan khidmat empat

    orang panel pakar dalam bidang pendidikan amnya. Kriteria pemilihan pakar adalah berdasarkan

    bidang kepakaran mereka iaitu mempunyai pendidikan dalam bidang Matematik, KPP: LS,

    pembinaan instrumen soal selidik dan pembelajaran serta pengajaran sosial di sekolah. Di samping

    itu, pengkaji juga memilih empat orang panel pakar ini atas justifikasi mereka yang berpengalaman

    luas dalam bidang-bidang tersebut melebihi 10 tahun, bekerja di institusi pengajian tinggi pendidikan

    Matematik, dan pakar dalam bidang masing-masing. Kepakaran mereka digunakan untuk menyemak

    komponen Instrumen 2P2S ini, objektif kajian, menyemak tahap setiap dimensi, konstruk serta

    kesesuaian item-item instrumen dan juga memberikan komen sama ada Instrumen 2P2S tersebut

    adalah sesuai atau tidak untuk digunakan.

    Hasil daripada semakan panel pakar yang terdiri daripada empat orang pensyarah institusi

    pengajian tinggi pendidikan yang mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik dan lesson study

    tersebut, telah mendapat maklum balas berkenaan dengan pemilihan konsep soalan, laras bahasa dan

    kesesuaian bentuk soalan rutin dan bukan rutin, penulisan ayat yang terlalu panjang atau pendek dan

    ayat yang menilai dua perkara dalam satu item. Panel pakar juga diminta menulis langkah-langkah

    penyelesaian masalah yang tidak disenaraikan dalam instrumen. Dengan itu, Instrumen 2P2S

    mempunyai 5 dimensi dan terdiri 100 item soalan.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    13

    6.2 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Dengan Model Rasch

    6.2.1 Item Analysis Fit Map

    Persons MAP OF Items

    |

    3 +

    |

    |

    T|

    XX |

    XX |

    2 XXXX S+

    X |

    XXX | I0003

    | I0032

    XX M| I0083

    XX |T I0040

    1 X + I0018 I0044 I0082 I0089

    XXXXX |

    XXXXXX S|S I0014 I0021 I0038 I0045 I0055 I0094

    X | I0006 I0009 I0022 I0041 I0063 I0081 I0086 I0087

    | I0004 I0010 I0026 I0037 I0049 I0053 I0068 I0071 I0080

    I0088 I0090 I0092 I0093

    X | I0033 I0085 I0096

    0 T+M I0015 I0023 I0034 I0042 I0043 I0046 I0054 I0058 I0070

    I0091

    | I0001 I0002 I0008 I0024 I0025 I0027 I0030 I0039 I0056

    I0057 I0059 I0066 I0067 I0069 I0072 I0073 I0074 I0075

    I0076 I0078 I0084 I0095 I0097

    | I0005 I0007 I0017 I0065 I0079 I0098

    | I0013 I0019 I0029 I0031 I0035 I0052 I0060 I0061

    |S I0028 I0036 I0048 I0051 I0064 I0077

    | I0012 I0047

    -1 + I0062

    |T I0016 I0020 I0050 I0099 I0100

    |

    | I0011

    |

    |

    -2 +

    |

    Rajah 6.1: Item Map Bagi Instrumen 2P2S

    Rajah 6.1 memaparkan pengskalaan empirikal Instrumen 2P2S seperti yang ditafsirkan oleh

    item hasil dari analisis Model Rasch. Min bagi pengukuran item ialah di antara 0.00 1.54 logit. Manakala min bagi pengukuran individu (person) ialah 1.2 0.8 logit (Bond, T. G., & Fox, C. M., 2001). Pengkaji mendapati taburan item soalan dalam Instrumen 2P2S ini dalam bentuk simetri dan

    mempunyai lengkuk yang berbentuk pencong positif. Ini bermakna, item-item dalam Instrumen 2P2S

    ini adalah produktif untuk pengukuran. Daripada Rajah 6.1 ini juga, didapati taburan para responden

    berada di bahagian atas sebelah kanan. Ini bermakna, semua responden dapat memberi respon tentang

    persepsi mereka terhadap item-item Instrumen 2P2S tersebut dan semua item dapat dijawab oleh

    responden.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    14

    6.2.2 Person Analysis Fit Map

    Jadual 6.1: Min Kuasa Dua Infit (Infit MNSQ), Nilai Ambang Kesukaran (Thresholds) Dan

    Indeks Diskriminasi Bagi Individu (Person)

    Person/

    Responden

    Min Kuasa Dua Infit

    (Infit MNSQ)

    Nilai Ambang Kesukaran

    (Thresholds)

    Indeks Diskriminasi

    1. 0.91 -0.5 0.23

    2. 0.82 -0.5 0.20

    3. 1.05 0.3 0.23

    4. 1.02 0.3 0.21

    5. 0.57 -2.6 0.24

    6. 0.82 -2.2 0.20

    7. 1.35 3.7 0.20

    8. 1.05 0.3 0.23

    9. 1.09 1.1 0.20

    10. 1.27 3.2 0.20

    11. 0.82 -2.2 0.20

    12. 1.02 0.3 0.21

    13. 1.08 0.5 0.23

    14. 1.05 0.3 0.23

    15. 0.77 -1.5 0.23

    16. 0.91 -0.5 0.23

    17. 0.65 -1.9 0.24

    18. 1.02 0.3 0.21

    19. 1.05 0.3 0.23

    20. 1.11 1.1 0.21

    21. 1.24 1.8 0.21

    22. 0.91 -0.5 0.23

    23. 1.09 1.1 0.20

    24. 1.16 1.0 0.23

    25. 0.86 -1.1 0.21

    26. 1.05 0.3 0.23

    27. 0.89 -0.7 0.22

    28. 1.50 3.1 0.22

    29. 0.91 -0.5 0.23

    30. 0.82 -2.2 0.20

    Daripada Jadual 6.1 di atas, jelas menunjukkan bahawa semua individu berada dalam julat

    1.58 0.96. Seperti mana yang dinyatakan oleh Bond, T. G., & Fox, C. M. (2001), min bagi pengukuran individu (person) ialah 1.2 0.8 logit. Ini bermakna, Min Kuasa Dua Infit (Infit MNSQ) bagi setiap individu (responden) adalah dalam julat yang baik dan boleh menjawab kesemua item

    soalan dengan persepsi mereka mengikut skala Likert 5 poin tersebut.

    Bagi Nilai Ambang Kesukaran (Thresholds) bagi setiap individu yang sepatutnya adalah

    dalam julat -2.0 dan +2.0 (Lord, Novick & Birnbaum, 1968). Daripada Jadual 3.13 tersebut, didapati

    semua responden mengalami aras kesukaran dalam julat -2.0 dan +2.0. Namun terdapat tiga orang

    individu iaitu individu ke-7 (3.7), ke-10 (3.2), dan ke-28 (3.1) yang mempunyai julat yang >+2.0. Ini

    mungkin disebabkan, item tidak dapat dianggarkan/ dipersepsikan jika kenyataan item-item tersebut

    terlalu tepat dan bersesuaian dengan model. Walau bagaimanapun, jika dengan sampel responden

    yang besar, misfit yang keterlaluan mungkin akan berkurangan.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    15

    Secara keseluruhannya, para responden dapat menjawab item-item tersebut. Ini bermakna,

    item soalan dalam Instrumen 2P2S adalah munasabah kerana boleh dijawab oleh kebanyakan

    responden untuk memberikan persepsi atau pendapat mereka. Di samping itu, item-item dalam

    Instrumen 2P2S juga mempunyai keupayaan tinggi yang mencapai tahap untuk dianggarkan/

    dipersepsikan.

    Mengikut Cohen & Swerdlik (2002) dan Popham (1990), Indeks Diskriminasi Item

    seharusnya berada antara 0.2 hingga 0.8. Apabila melihat Jadual 6.1 di atas, didapati semua responden

    berada dalam julat 0.2 hingga 0.8. Ini bermakna, item-item soalan dalam Instrumen 2P2S ini tidak

    perlu diubahsuai atau dibuang kerana dapat dijawab oleh para responden untuk memberi

    pendapat/persepsi mereka.

    6.2.3 Variable Map

    Persons MAP OF Items

    ||

    3 ++

    ||

    ||

    T||

    XX ||

    XX ||

    2 XXXX S++

    X ||

    XXX ||

    || I

    XX M||

    XX ||T I I I I I

    1 X ++ I

    XXXXX || I I

    XXXXXX S||S I I I I I I

    X || I I I I I I I I

    || I I I I I I

    X || I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I I

    I I

    0 T++M I I I I I I I I I I

    || I I I

    || I I I I I I I I I I I I I

    || I I I I I I I I

    ||S I I I I I I

    ||

    -1 ++ I I I I

    ||T I

    || I

    || I

    || I

    ||

    -2 ++

    ||

    Rajah 6.2: Variable Map Bagi Instrumen 2P2S

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    16

    Rajah 6.2 turut memaparkan pengskalaan empirikal Instrumen 2P2S seperti yang ditafsirkan oleh item

    hasil dari analisis Model Rasch dalam Rajah 6.2. Pengkaji mendapati taburan item soalan dalam

    Instrumen 2P2S ini mempunyai satu kontinuum dengan kadar intensiti yang meningkat. Ini bermakna,

    taburan kesukaran item dan kebolehan responden untuk memberikan persepsi adalah sesuai.

    6.2.4 Summary Statistics

    Rajah 6.3: Kebolehpercayaan Dan Separation

    Berdasarkan analisis kajian rintis yang telah dibuat, didapati julat nilai min kuasa dua Infit dan min

    kuasa dua Outfit bagi setiap item dan individu terletak dalam lingkungan 0.5 hingga 1.5 (Linarce,

    2014). Nilai kebolehpercayaan item dan kebolehpercayaan individu yang dikaji berdasarkan nilai

    indeks kebolehpercayaan item (Item Reliability Coefficient) dan indeks kebolehpercayaan individu

    (Person Reliability Coefficient) adalah 0.90. Merujuk kepada Linarce (2002) berikut, nilai 0.5 dan

    0.87 berada di tahap yang mempunyai kebolehpercayaan item dan individu yang tinggi bagi

    setiapnya. Ini menunjukkan Instrumen 2P2S yang dibina oleh pengkaji boleh digunakan dan tidak

    perlu diubah.

    7.0 KESIMPULAN

    Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen yang mengenal pasti persepsi guru-

    guru Matematik terhadap pengetahuan pedagogi kandungan, model simulasi, pencerapan klinikal dan

    sinergi dalam Komuniti Pembelajaran Profesional: Lesson study (KPP: LS). Pembangunan instrumen

    ini adalah untuk memastikan bahawa program KPP: LS yang dirancang dapat mengetahui persepsi

    guru dan mempertingkatkan tahap kepakaran serta kemahiran seseorang guru Matematik melalui

    perkongsian ilmu yang perlu diamalkan supaya objektif yang disasarkan berjaya dan tercapai. Satu

    instrumen yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi perlu dibangunkan agar

    penilaian dan pemantauan proses PDP dengan KPP: LS dapat dijalankan. Instrumen 2P2S ini diharap

    dapat menggalakkan inovasi dan kreativiti dalam aspek pengetahuan, kemahiran (simulasi), refleksi

    (pencerapan klinikal) dan sahsiah (sinergi) bagi menyahut gagasan transformasi sistem pendidikan

    negara melalui NKRA.

    RUJUKAN

    Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

    Baharudin Yaacob & Mohd. Yusof Abdullah. (2008). Pencerapan pengajaran dan pembelajaran.

    Pulau Pinang: Institut Perguruan Tuanku Bainun.

    Chong, A. K. (1992). Laporan pra instrumen Matematik guru pelatih ambilan 1992. Kertas kerja

    Persidangan Kebangsaan Matematik/Institut Perguruan Malaysia. Melaka.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    17

    Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc

    Graw Hill.

    Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research Methods in Education, Sixth Edition. Oxon:

    Routledge.

    Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approachers.

    Los Angeles: SAGE Publications.

    Creswell, J. W. & Plano Clark, V. L. (2011). Designing and conducting mixed method research. (2nd

    edition). Thousand Oaks, CA: Sage.

    Creswell, J. W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative

    and Qualitative Research. (4th ed.). Boston, MA: Pearson Education

    Daud Mohamad. (2000). Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK): Isu Bahasa Dalam Matematik.

    Universiti Teknologi MARA: Seminar Pendidikan Sains dan Matematik.

    Depdikna. (2005). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher.

    Fernandez, Clea & Yoshida, Makoto. (2004). Lesson study: A Japanese Approach to Improving

    Mathematics Teaching and Learning. Mahmah, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates,

    Publishers.Firestone, W.A., & Pennell, J. R. (1997). Designing state-sponsored teacher

    networks: A comparison of two cases. American Educational Research Journal, 34(2), pp.

    237-266.

    Fernandez, C. (2005). Lesson study: a means for elementary teachers to develop the knowledge of

    mathematics needed for reform-minded teaching? Mathematical Thinking and Learning, 7(4),

    pp. 265-289.

    Goldhammer, R., Anderson, R.H., & Krajewski, R. J. (1980). Clinical supervision. New York: Holt,

    Rinehart & Winston, Inc.

    Johnson, C. C. (2006). Effective professional development and change in practice: Barriers science

    teachers encounter and implications for reform. School Science and Mathematics, 106(3), pp.

    150-161.

    Joyce, C. R. B., McGee, H. M., & OBoyle, C. A. (2002). Individual quality of life: review and outlook. In Joyce, C. R. B., OBoyle, C. A. and McGee, H. (eds), Individual Quality of Life: Approaches to Conceptualisation and Assessment. Harwood Academic, Amsterdam, 21524.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pendidikan

    Guru.

    Lewis, C. (2009). What is the nature of knowledge development in lesson study? Educational Action

    Research, 17(1), pp. 95-110.

    Linacre, J. M. (2014). 3PL, Rasch, Quality-Control And Science. Rasch Measurement Transactions,

    27(4), pp. 1441-1444.

    NKRA. (2009). Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara. Putrajaya: KPM.

    Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

    Distributors Sdn. Bhd.

    Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill.

    Noor Shah Saad. (2002). Teori dan Perkaedahan Matematik Siri 1. Petaling Jaya : Prentice Hall

    Pearson Malaysia Sdn Bhd.

    Onwuegbuzie, A. J., Collins, K. M. T., & Leech, N. L. (2007a). Mixed research: A step-by-step guide.

    New York: Taylor & Francis.

    Prahalad C. K., & Krishnan M. S. (2008). The New Age of Innovation: Driving Cocreated Value

    through Global Networks. US: McGraw Hill.

    Roslee Talip et al. (2011). Penambahbaikan sekolah melalui Komuniti Pembelajaran Profesionalisme

    (KPP). Retrieved on December 14, 2011, from http://eprints.ums.edu.my/456/

    Sato, M. (2003). Kyoshitachi no chosen (Challenge by teachers). Tokyo: Shogakkan.

    Sato, M. (2006a). Gakko no chosen (Challenge by schools). Tokyo: Shogakkan.

    Sharifah Maimunah Syed Zin. (2011). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Matematik KBSM.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Shulman, L. S. (1986). Those who understand teach: Knowledge growth in teaching. Educational

    Researcher, 15(2), 414. Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard

    Educational Review, 57(1), 122.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    18

    Shulman, L. S. (1991). Pedagogical ways of knowing. Keynote Address in 1990 ICET World

    Assmebly. Singapore, 2731 Julai. Sitti Haishah Abdul Rahman, Chiew Chee Mun & Norhaini Abdul Aziz. (2011). Komuniti

    Pembelajaran Profesional (PLC)-Lesson study di Malaysia. Perak: Bahagian Pendidikan

    Guru (BPG).

    Solis, A. (2009). Pedagogical content knowledge: What matters most in the professional learning of

    content teachers in classrooms with diverse student populations. Intercultural Development

    Research Association (IDRA) newsletter. Retrieved on July 2012, from http://www.idra.org.

    Teddlie, C., & Johnson, R. B. (2009). Methodological thought since the 20th century. In C. Teddlie &

    A. Tashakkori (Eds.), Foundations of mixed methods research: Integrating quantitative and

    qualitative techniques in the social and behavioral sciences. Thousand Oaks, CA: SAGE.

    Wang-Iverson, Patsy & Yoshida, Makoto (Editors). (2005). Building Our Understanding of Lesson

    study. Philadelphia, PA: Research for Better Schools.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    19

    FAKTOR PENYUMBANG PENCAPAIAN RENDAH MATA PELAJARAN EKONOMI

    STPM DI SABAH: SATU TINJAUAN AWAL

    Abdul Said Ambotang, Baharom bin Mohamad dan Dullah Yute

    Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah [email protected]

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang

    pencapaian rendah mata pelajaran ekonomi STPM dari 20 buah

    sekolah menengah di Sabah. Seramai 500 orang responden yang

    terdiri daripada guru-guru dan pelajar dari 20 buah sekolah

    menengah di Sabah telah dipilih secara rawak Instrumen soal selidik

    ini digunakan untuk membuat kajian ini. Kajian ini dianalisis

    menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science

    (SPSS) For Windows (Version 21.0) berbentuk statistik deskriptif

    dan inferensi. Beberapa faktor meliputi faktor guru, sekolah, ibu bapa

    dan kendiri pelajar fokus utama dalam kajian ini. Hasil dapatan

    kajian diharapkan dapat memberikan input dan gambaran yang

    komprehensif terhadap fakor yang dominen mempengaruhi

    kemerosotan mata pelajaran ekonomi STPM. Cadangan yang positif

    yang dikemukakan dijangka dapat meningkatkan pencapaian pelajar

    pada masa akan datang.

    Kata kunci : Faktor Penyumbang, Pencapaian Rendah dan Mata

    Pelajaran Ekonomi STPM

    Abstract

    This study aimed to identify the factors contributed on the low

    achievement of the Economics STPM result from the number of 20

    selected secondary schools in Sabah. A total 500 random sample will

    selected which comprising Economics teachers and the students to

    represent the whole school in Sabah. Questionnaire form will be used

    to gather the data. Data will be analyized using SPSS software

    (version 21) in the form of descriptive statistic and inference. A few

    factors such as teacher, school, parents and students become the

    main focus in this study. The expected finding will give the clear

    picture and comprehensive idea on the dominant factors that

    contribute to the lower achievement among the Economics STPM

    students. The positive suggestions will place in order to increase

    students achievement in the coming exam.

    Keywords : Contribution Factors, Low Achievement and Economics

    STPM

    PENGENALAN

    Pendidikan di Malaysia kini telah melalui revolusi serta pengolahan semula bagi memantapkan kualiti

    produk pelajar yang dihasilkan menerusi pelbagai jenis penilaian atau peperiksaan awam yang ditetapkan seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil

    Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) serta PMR

    dan digantikan dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula pada 1 Januari 2011

    menunjukkan satu lagi bukti tindakan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha

    memajukan keupayaan sistem pendidikan di Malaysia.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    20

    Dalam konteks kurikulum, mata pelajaran ekonomi bertujuan membekalkan pelajar

    kemahiran supaya dapat menggunakannya sebagai saluran untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang

    berguna dan relevan kepada kehidupan seharian. Mata pelajaran ekonomi mampu menjadikan pelajar

    pada masa hadapan lebih berdaya saing dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi. Oleh itu,

    penguasaan subjek ekonomi amat penting bagi para pelajar pada masa kini. Akan tetapi, pencapaian

    mata pelajaran mata pelajaran ekonomi masih kurang memuaskan.

    Walaupun banyak usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

    meningkatkan prestasi mata pelajaran ekonomi, tetapi keputusan akademik tetap menunjukkan

    pencapaiannya rendah. Kelemahan penguasaan mata pelajaran ekonomi ini bukan lagi suatu isu baru

    tetapi sering diperkatakan. Kajian-kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti faktor kemerosotan

    kelemahan dalam bidang ini juga banyak dilakukan tetapi kebanyakannya adalah memfokuskan

    kepada faktor tanggapan pelajar terhadap mata pelajaran ekonomi, minat, tabiat belajar, kecerdasan

    dan sebagainya. Maka, kajian ini akan memberi fokus kepada empat faktor utama iaitu guru, sekolah

    ibu bapa dan kendiri pelajar.

    LATAR BELAKANG

    Kementerian sememangnya komited serta proaktif dalam menyahut isu masalah dalam pendidikan

    dan salah satu program yang diberi perhatian adalah pendidikan pada peringkat Tingkatan 6.

    Berdasarkan Laporan PPPM 2013 2025 (2012), Tingkatan Enam dan STPM/STAM akan diberi penjenamaan semula bagi menggalakkan lebih ramai pelajar akan memilih untuk mengikuti pilihan

    kelayakan tersebut berbanding yang lain. Usaha ini dijangka akan menjadikan kelayakan Tingkatan

    Enam setanding dengan program prauniversiti yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta.

    Sekolah yang menawarkan Tingkatan Enam akan diberi kuasa membuat keputusan bagi

    memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengupayakan pelajar menjadi lebih bersedia bagi

    kemasukan ke universiti.

    Pendidikan lepas menengah ini dijenamakan semula bermula dengan menambah perjawatan

    kenaikan pangkat, sistem jadual waktu dan pengurusan baharu serta pengenalan sistem modular

    bermula 2012 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Antara langkah dalam usaha penjenamaan

    semula tersebut adalah dengan melonggarkan syarat bagi pemakaian pakaian seragam sekolah pelajar

    Tingkatan Enam, memberi kebenaran bagi pelajar tersebut menubuhkan Majlis atau Persatuan pelajar

    Tingkatan Enam yang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mengenai aspek persekolahan

    mereka merangkumi kebajikan dan pelbagai aktiviti kokurikulum pelajar.

    Di samping itu, langkah yang diambil juga adalah seperti memperkenalkan modul yang

    memerlukan pelajar menjalankan kerja projek kendiri dan/atau bekerja dalam kumpulan untuk

    menjalankan kerja projek tertentu secara individu ataupun berpasukan. Hal ini lebih dikenali sebagai

    sistem Pentaksiran Modular yang menerapkan aspek kemahiran insaniah seperti kemahiran

    komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan

    maklumat, etika dan moral.

    Walaupun banyak usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

    meningkatkan prestasi mata pelajaran ekonomi, tetapi keputusan akademik tetap menunjukkan

    pencapaiannya rendah. Kelemahan penguasaan ekonomi ini bukan lagi suatu isu baru tetapi sering

    diperkatakan. Dengan ini faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan mata pelajaran Ekonomi

    STPM harus dikenal pasti dan ditangani memandangkan pentingnya untuk melahirkan pelajar yang

    boleh berfikir dan menyumbang idea mereka untuk memajukan masyarakat dan negara pada masa

    depan.

    TUJUAN KAJIAN

    Amnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada pencapaian

    rendah subjek Ekonomi dalam STPM di sekolah-sekolah negeri Sabah.

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    21

    OBJEKTIF KAJIAN

    Selain dari mengenal pasti faktor-faktor penyumbang kepada pencapaian rendah dalam subjek

    Ekonomi STPM, kajian ini memberi tumpuan untuk mengenal pasti faktor penyumbang kepada

    pencapaian tinggi sekolah terpilih. Secara khusus, objektif kajian adalah seperti berikut:

    1. Mengenal pasti faktor utama yang menyumbang terhadap pencapaian rendah subjek Ekonomi STPM di Sabah

    2. Membuat perbandingan antara sekolah pencapaian paling tinggi dengan sekolah pencapaian yang rendah bagi subjek Ekonomi STPM di Sabah

    3. Mengenal pasti hubungan antara faktor domain kendiri pelajar dengan pencapaian rendah dalam subjek Ekonomi STPM di Sabah

    4. Mengenal pasti hubungan antara faktor guru dengan pencapaian rendah dalam subjek Ekonomi STPM di Sabah

    5. Mengenal pasti hubungan antara faktor ibu bapa dengan pencapaian rendah dalam subjek Ekonomi STPM di Sabah

    6. Mengenal pasti hubungan antara faktor sekolah dengan pencapaian rendah dalam subjek Ekonomi STPM di Sabah

    Perubahan Sistem Dalam Mata Pelajaran Ekonomi STPM

    Ekonomi ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu yang mengkaji bagaimana individu dan masyarakat

    menggunakan sumber ekonomi yang terhad bagi menghasilkan pelbagai barang dan perkhidmatan

    untuk memenuhi kehendak masyarakat yang tidak terhad (Abd. Hashim dan Aw Pek Cheng, 2007).

    Ekonomi Asas ialah mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas (KPM, 2000). Namun

    pada peringkat pascamenengah, mata pelajaran Ekonomi terdiri daripada dua bahagian iaitu

    mikroekonomi dan makroekonomi dengan menggunakan sukatan pelajaran baharu bermula pada sesi

    2012/2013 persekolahan pascamenengah.

    Pembaharuan tersebut digubal bagi membolehkan pelajar memahami dan menguasa ilmu

    pada tahap prauniversiti dan pada akhirnya dapat menganalisis serta membuat penilaian tentang isu

    ekonomi yang mempengaruhi kehidupan masyarakat dan negara dalam persekitaran yang dinamik

    (MPM, 2012). Mata pelajaran ini juga dibangunkan untuk membolehkan pelajar melanjutkan

    pengajian dalam bidang Ekonomi ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam kajian ini, mata pelajaran

    Ekonomi bermaksud mata pelajaran yang diperkenalkan menggunakan sukatan pelajaran baharu

    bermula pada sesi 2012/2013 persekolahan pascamenengah.

    Dengan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM bermula tahun 2012 yang selaras

    dengan Program Transformasi Pendidikan (GTP), tempoh pengajian Tingkatan Enam dilaksanakan

    seperti pengajian di universiti yang menggunakan penggal atau semester. Tempoh pengajian ini terdiri

    daripada Tingkatan Enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh persekolahan dan Tingkatan

    Enam atas yang meliputi penggal pertama dan penggal kedua tempoh persekolahan. Sehubungan

    dengan itu, Sukatan Pelajaran Ekonomi sedia ada yang telah digunakan sejak peperiksaan Ekonomi

    STPM pada tahun 2003 telah digantikan dengan Sukatan Pelajaran Ekonomi yang baharu dan mula

    digunakan pada tahun 2012. Hal ini sekaligus menjadikan peperiksaan Ekonomi STPM pada tahun itu

    menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan baharu tersebut. Penggubalan semula

    sukatan pelajaran ini adalah untuk memadankan perubahan hasil penambahbaikan sistem peperiksaan

    yang baharu oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Perkara ini merupakan salah satu langkah

    bagi memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Tingkatan Enam supaya tidak jauh

    berbeza dengan amalan PdP di kolej dan universiti.

    Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Ekonomi ini meliputi proses pengemaskinian tajuk,

    kandungan dan kemahiran bagi menyelaraskannya dengan perkembangan semasa. Dengan

    penambahan beberapa tajuk baharu serta penekanan terhadap beberapa kemahiran pembelajaran, hal

    ini diharap dapat menyediakan produk calon prauniversiti yang berfikiran matang, berpengetahuan

  • International Conference on Education 2014 Sabah, Malaysia Official Conference Proceedings

    22

    luas dan mempunyai keupayaan berkomunikasi secara berkesan di samping memperolehi pencapaian

    cemerlang. Namun begitu, terdapat faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi pencapaian seseorang

    pelajar dalam mata pelajaran ini. Kepelbagaian latar belakang, unit persekitaran serta domain yang

    mempengaruhi mewujudkan perbezaan pencapaian antara pelajar Ekonomi STPM di sekolah-sekolah

    berlainan, baik di bandar mahupun luar bandar.

    Faktor Kemerosotan Mata Pelajaran Ekonomi STPM

    Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar seperti

    faktor sosio-ekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran

    guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri (Considine & Zappala, 2002; Fraser & Killen,

    2003; Harb & El-Shaarawi, 2006). Menurut Considine dan Zappala (2002), faktor tahap sosio-

    ekonomi dan taraf pendidikan keluarga merupakan antara faktor yang sering dibincangkan dalam

    kajian prestasi akademik yang mana menjadi faktor penarik (pull factors) bagi mendapatkan prestasi

    akademik yang tinggi. Manakala kajian Ishak (2004) membuktikan bahawa wujudnya perkaitan di

    antara konsep kendiri pelajar dengan pencapaian akademik sebagai faktor penolak (push factor).

    Pelbagai faktor penyebab telah dikemukakan oleh pakar dalam bidang penyelidikan bagi

    menerangkan kemerosotan dan permasalahan dalam pembelajaran ekonomi. Antara faktor tersebut

    ialah pencapaian awal, kemahiran asas, minat, sikap, motivasi dan kemahiran menyelesaikan masalah

    (Salawati 1998). Faktor-faktor lain ialah ketidakselarasan pendekatan pengajaran yang diterima

    dengan keperluan dan gaya pembelajaran pelajar di mana pelajar tidak tahu cara hendak belajar

    dengan berkesan