mpob

Upload: yatiaqmal

Post on 15-Jul-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Masakan Kesihatan Berasaskan Minyak Sawit Hari Terbuka MPOB 2010 18 Jun 2010 ( Jumaat ) ( 10.00 11.00 pagi )NAMA AGENSI :_______________________________________________________ : ______________________________________________________

ALAMAT : ______________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ NO. TEL : _______________________ Saya dengan ini mendaftar bagi menyertai pertandingan ini dan mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak pengajur di atas sebarang kecederaan atau kemalangan ke atas diri saya sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini. Tandatangan : Tarikh: .

Sila hantarkan borang yang telah lengkap berserta yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 kepada Pn. Suhana Jamaluddin Tel :03- 87694763 No. Fax 03-89261995. Tarikh Tutup Penyertaan : 14 Jun 2010.

Syarat-syarat Pertandingan Masakan Sempena Hari Terbuka MPOB -18 Jun 2010 (Jumaat)(10.00 11.00 pagi)1. Penyertaan terbuka kepada 20 orang ( lelaki / wanita ) secara individu.2. Masa diberikan selama satu jam. 3. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM20 sebagai yuran komitmen. 4. Yuran hendaklah disertakan bersama dengan borang penyertaan. Bayaran tidak akan dipulangkan jika peserta menarik diri di saat akhir. 5. Peserta hendaklah menyediakan satu jenis lauk (halal) dan satu pemanis mulut.

6. Peserta perlu mempamerkan nama dan resepi masakan yang bertaip kemas di atasmeja semasa pertandingan. Satu salinan resepi juga perlu diserahkan kepada pihak penganjur bersama borang penyertaan

7. Tema pertandingan adalah Masakan Kesihatan Berasaskan Minyak Sawit.Minyak akan disediakan oleh pihak penganjur. 8. Bahan-bahan mentah dan segala bahan serta rempah ratus disediakan sendiri oleh peserta. 9. Peralatan memasak berupa periuk, kuali, pinggan mangkuk dan apa-apa yang dirasakan perlu hendaklah juga disediakan oleh peserta. Pihak penganjur hanya menyediakan gas dan dapur memasak sahaja. 10. Peserta juga dikehendaki memakai apron dan penutup kepala sepanjang pertandingan berjalan. 11. Peserta tidak dibenarkan menyiapkan separuh masakan di rumah kecuali pemanis mulut. Markah akan ditolak jika didapati ada peserta yang berbuat demikian. 12. Peserta boleh menyiapkan bahan kisar dan rempah ratus di rumah. Untuk kemudahan peserta, pihak peganjur turut menyediakan plug sambungan elektrik di tempat pertandingan . 13. Peserta perlu menyediakan piring dan sudu (4 unit) untuk memudahkan juri merasa hasil masakan. 14. Permarkahan adalah dibuat berdasarkan keenakan masakan, keunikan/keaslian resepi, cara masakan, kreativiti, kebersihan dan persembahan terakhir 15. Keputusan berdasarkan pengiraan markah secara purata oleh semua juri. Keputusan juri adalah muktamad. 16. Hadiah-hadiah akan diberikan untuk pemenang pertama, kedua, ketiga dan saguhati.

BORANG PENYERTAAN Pertandingan Tatarias Wajah Hari Terbuka MPOB 2010 18 Jun 2010 ( Jumaat ) ( 2.30 3.00 ptg )NAMA AGENSI :_______________________________________________________ : ______________________________________________________

ALAMAT : ______________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

NO. TEL : _______________________ Saya dengan ini mendaftar bagi menyertai pertandingan ini dan mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak pengajur di atas sebarang kecederaan atau kemalangan ke atas diri saya sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini. Tandatangan : Tarikh: .

Sila hantarkan borang yang telah lengkap berserta yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 kepada Pn. Saidah Kamsan Tel : 03-87694876 Fax No : 03-89257549 Tarikh Tutup Penyertaan : 14 Jun 2010.

Syarat Pertandingan Solekan dan Tatarias Wajah Hari Terbuka MPOB 18 Jun 2010( Jumaat ) 2.30 3.00 petang1. Terbuka kepada 10 orang peserta lelaki / perempuan secara berpasangan (Jumlah peserta 20 orang). Model untuk tatarias wajah hendaklah perempuan. 2. Masa yang diberikan adalah selama 30 minit. 3. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM20 sebagai bayaran komitment. Bayaran tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri di saat akhir. 4. Tema pertandingan adalah Menghadiri Jamuan Makan Malam Rasmi 5. Peserta dikehendaki membawa kit solekan sendiri. 6. Sebarang hiasan tambahan yang diperlukan hendaklah dibawa sendiri oleh peserta pertandingan. 7. Permarkahan dibuat berdasarkan kepada kehalusan dan kerapian, hasil solekan, gabungan warna, kesesuaian tema dan persembahan terakhir. 8. Keputusan berdasarkan pengiraan markah secara purata oleh semua juri. Keputusan juri adalah muktamad. 9. Hadiah-hadiah akan diberikan untuk pemenang pertama, kedua, ketiga dan saguhati.