morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

24
Morobbi Contoh dalam meransang Tarbiah yang berjaya Oleh: Ustaz Ahmad Daud Ishak El Merbawiy Masul Tarbiah IKRAM Dungun

Upload: uitm-terengganu-kampus-rekreasi-bukit-besi

Post on 10-Apr-2017

14 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Morobbi Contoh dalam meransang Tarbiah yang berjayaOleh:Ustaz Ahmad Daud Ishak El MerbawiyMasul Tarbiah IKRAM Dungun

Page 2: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Wasiat-Wasiat Imam al-Banna1. “Wahai saudaraku, jangan biarkan hidup kamu berlalu tanpa matlamat, sesungguhnya Allah tidak menciptakan kamu sia-sia dan tidak membiarkan kamu begitu sahaja.”• Wahai saudaraku, jadikan Allah sebagai matlamat kamu dan dengarlah firman Allah Ta’ala: (Dan segeralah kembali kepada Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang jelas daripada Allah untuk kamu) – Surah Az-Zariyat:50

Page 3: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

2 • “ Wahai saudaraku, sesungguhnya terbangunnya umat dengan pengorbanan dan berdirinya dakwah di atas kesetiaan.Sekiranya kamu hidup untuk kebahagiaan umatmu, maka berkorbanlah pada jalannya. Sekiranya kamu beriman dengan dakwahmu, maka berusahalah untuk menunaikan janji setiamu.”

Page 4: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

3• “Wahai saudaraku, hati kamu adalah tempat tilikan Allah, maka peliharalah ia agar tidak dinodai dengan permusuhan.Sesungguhnya permusuhan adalah halangan di dunia dan mengundang azab di akhirat.” Allah berfirman: (Pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna lagi, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera) – Surah As-Syu’ara’: 88-89

Page 5: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Tarbiah Hadaf al-Quswa (Tarbiah tujuan tinggi)“Tarbiah adalah perkara utama. Tarbiah keutamaan kita. Syiar inilah yang akan berada di hadapan kita. Jadikanlah ia realiti di medan. Kita pindahkan segala teori kepada praktikal, pelaksanaan yang mendalam.”

Page 6: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Quwwatu al-Intimaa’ ath-thalathah – Tiga Tonggak Penggabungan diriAntara ciri-ciri tarbiah: Menghimpunkan dan menyusun. Intima’ kita bukan sekadar intima’ fikrah sahaja; atau emosi sahaja; atau haraki sahaja. Intima’ kita dengan dakwah ini terbahagi kepada tiga rukun:

1. Intima’ fikri di akal2. Intima’ hati di jiwa 3. Intima’ haraki di anggota badan

Intima’ sebenarnya memerlukan 3 rukun ini. Tarbiah kita adalah secara tanzimi (tersusun) dan tajmi’. Tarbiah juga adalah tarbiah harakiah. Ia menjadikan akh bergerak dengan dakwah.

Page 7: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Rukun Tarbiah Empat (4):Rukun tarbiah ada (4) empat. Tidak mungkin sempurna proses tarbiah melainkan dengannya:1. Murabbi (naqib)2. Mutarabbi (sasaran)3. Manhaj – (Silibus )4. Biah – (Suasana yang solehah)

Page 8: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

4.1 MurabbiImam Al-Banna pernah berkata: Murabbi adalah batu asas dalam proses tarbiah. Jika beliau berada di landasan betul dan istiqamah, maka tarbiah akan berjalan dengan betul. Jika beliau bermasalah, maka tarbiah juga akan bermasalah.

Page 9: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

4.2 MutarabbiPeribadi yang perlu kita tarbiahkan dengan sebaik-baiknya.

Anasir as-Solehah dan Ghayr as-Solehah dari rumpun manusia yg kita kumpulkan untuk dididik dan dibina keperibadianya dan masa depannya dengan Islam

Page 10: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

4.3 ManhajSilibus dan panduan pembinaan Duat dan Murabbi – ‘Amileen serta Mujahideen fillah.

Ia bukan sekadar kitab dan isi kandungannya sahaja; malah ia merangkumi semua elemen: silibus, isi kandungan, objektif dan penilaian. Perlatihan berterusan di kalangan Da’ie dipandun oleh para murabbi dan murabiah

Page 11: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

4.4 Bee’ah – Persekitaran soleh untuk Tarbiah berjalan.Biah. Suasana yang berada di sekeliling bagi menyediakan diri untuk ditarbiah. Inilah rukun tarbiah ke4.

Persiapan kepada Murabbi, Mutarabbi dan Persekitaran yg meransang tarbiah boleh berjalan dengan baik. Contoh. Bagi Murabbi memerlukan latihan peningkatan kemahiran metarbiah dan membina berterusan. (peranan Liqaa’ Murabbi dan Tamrin dan dauroh dll)

Page 12: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Morobbi Contoh ke arah Tarbiah yang berjaya1. Qudwah - Suri teladan 2. Dakwah Prioriti 3. Thiqah kepada Qiyadah 4. Qudrat ‘ala Tajmeek 5. Ihtimam ‘Aaliy 6. Sabar dan lapang dada 7. Khidmah – berikan bakti 8. Quwatu li Ta’amul wa Mu’asyarah

Page 13: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

5.1 Qudwah – Seperti ImamQudwah dari sudut tingkah laku, muamalah dan akhlak; dalam aqidah dan ibadahnya. Jika kita mahu mentarbiah ibadah seseorang menjadi elok, maka kita perlulah terlebih dahulu sempurna ibadah kita. Begitu jugalah berkaitan unsur rabbani. Kita perlu menjadi rabbani dan mendekatkan diri dengan Allah swt. Imam al-Banna pernah berkata: Jadilah kamu hamba-hamba Allah swt sebelum kamu jadi pemimpin. Kerana dengan sempurnanya kamu menjadi hamba Allah, kamu akan menjadi pemimpin sempurna.

Page 14: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

5.2 Dakwah adalah PrioritiDakwah menjadi perkara yang paling penting baginya. Jika dia ingin mentarbiah sahabatnya agar mereka menanggung bebanan dakwah; maka hendaklah dia terlebih dahulu menjadikan dakwah perkara utama. Ketika mana urusan kehidupan mencelahi dakwahnya, dia akan bertanya: Apakah kepentingan urusan ini kepada dakwah? Misalnya jika dia ingin berkahwin, dia perlulah berbincang terlebih dahulu dengan sahabatnya; Siapakah calon yang paling sesuai untuk kepentingan dakwah? …

Page 15: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

5.3 Thiqah kepada QiyadahMentaati Qiadah. Orang yang tidak thiqah kepada kepimpinannya, tidak berhak untuk mendapat thiqah orang lain. Selagi mana kepimpinan tidak menyuruh kepada melakukan maksiat.

Thiqah selama mana usaha di ata garis Syariah Islamiah dan kepentingan dakwah Islamiah serta tujuan-tujuannya.

Page 16: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

5.4 Qudrat ‘ala Tajmeek Qulub an-Naas – Menyatukan hati manusia Para murabbi mampu menghimpunkan saudaranya di sekeliling dakwah BUKAN di sekeliling dirinya sendiri. Sesungguhnya di antara halangan jalan dakwah; para murabbi menyeru kepada dirinya sendiri; membawa anak buahnya kepada dirinya. Tarbiah kita mengikat manusia dengan dasar bukan peribadi. Murabbi perlu mentarbiah ikhwah agar mereka terikat dengan dasar dan prinsip. Para murabbi yang cemerlang ialah mereka yang mampu mengumpul para sahabatnya dalam dakwah. Dia seorang yang menjinakkan, menghimpunkan dan tidak memecah-belahkan. “

Page 17: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

5.5 Ihtimam ‘Aaliy – Tinggi Nilai Cakna Ambil beratlah dan raikanlah semua. Para murabbi perlu mengawal orang yang terlalu ke hadapan, memimpin orang yang tertinggal di belakang dan yang tergelincir serta meluruskan yang bengkok. Sekiranya dia tergelincir, janganlah memburukkan keadaan; perlu beliau dikembalikan. Jika ada yang perlahan, bantulah beliau agar boleh mara ke hadapan bersama-sama.

Page 18: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

5.6 Sabru wa Si’at as-sadri – Bersabar dan berlapang dadaBersabar dan lapang dada. Lemah lembut dan bersimpati. Pada masa yang sama, beliau mampu bertegas dan berdisiplin. Lemah-lembut bukan bermakna lemah. Hendaklah murabbi bertegas tetapi jangan berkasar. Inilah murabbi cemerlang, berlembut bukan bermakna lemah.

Sikap layyin dan lateef inilah menjadi bekalan Nabi Musa dan Harun ber hadapan dengan Fir’aun yang maha Zalim. Kerana sifat ini senjata untuk meraih “Rahmat Allah swt”.

Page 19: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

5.7 Dawaamu al-khidmat -Khidmat berterusanBeliau perlu menasihati saudara-saudaranya; merasa sedih dengan kesedihan mereka, gembira dengan kegembiraan mereka. Orang yang berinteraksi dengan mereka. Ayat al-Quran: ... Tugas rasul ... memberi tazkiah, taklimul kitab dan hikmah ... jelas ayat ini menunjukkan bahawa para murabbi perlu mendahulukan tanggungjawab memberi tazkiah sebelum memberi taklim (menyampaikan ilmu). Tazkiah adalah sebahagian daripada tarbiah.

Page 20: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Murabbi perlu berusaha keras untuk saudaranya. Sibuk dengan urusan membina mereka; berjaga malam untuk mereka. Contohnya seperti seorang ibu dan ayah yang berjaga malam demi kemaslahatan anaknya. Jika anak saudara sakit,

Page 21: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

5.8 Quwwatu at-Ta’aamul wa al-Mua’asyarah – Pandai bergaul dan kebersamaan

Beliau bercampur-gaul dan membuka hati untuk mereka. Jika dia berinteraksi dengan mereka, maka di situlah mulanya tarbiah. Murabbi yang hanya jumpa sekali dalam seminggu, tidak mungkin mampu mentarbiah dengan baik.Kamu semua nanti akan ditanya … Jangan lalaikan amanah Allah swt ke atas kita. Hendaklah kita memberi masa untuk dakwah. Janganlah kita bakhil masa, usaha, harta, ruh untuk dakwah. Siapa yang menyerahkan dirinya untuk dakwah, Allah swt akan mencukupkannya. Antum dalam dakwah kamu, Allah akan menjaga keluarga kamu, kesihatan kamu, kesihatan anak kamu, menjaga harta kamu.

Page 22: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Orang yang berjaya ialah orang yang melabur dengan Allah, beruntunglah orang yang berniaga dengan Allah swt. Ayat Al-Quran: ... Allah membeli harta kamu dengan janji syurga ... Ketika dalam hijrah, Nabi saw berkata: ... Untunglah perniagaan kamu wahai Suhaib (Abu Yahya).

Dia korbankan semua hartanya untuk berhijrah ... lalu Suhaib berkata: kami telah beruntung ... Tidak mungkin para murabbi menggunakan tenaganya untuk dakwah tanpa berinteraksi.

Page 23: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Ta’aruf Da’awiy – Berkenalan di dalam Dakwah“Bertaarof dalam dakwah bermakna kita mengenali semua perkara berkenaan diri saudara kita – perasaannya, emosinya, kekuatannya, kelemahannya ... sehinggalah kita mampu memberi tugas kepadanya di tempat yang paling sesuai dan sepatutnya. Saya sarankan selepas ini kita adakan ceramah mengenai tajuk ... bagaimana mengeksploitasi sumber tenaga untuk dakwah ... Rasulullah saw telah mengenali para sahabah ra lalu beliau telah dapat meletakkan mereka di posisi yang sesuai.”

Page 24: Morobbi contoh dalam meransang tarbiah yang berjaya

Jazakumullah khayra al-Jazaa’

Sekian Terima kasih

Wassalamualaikum Warahmatullah