moral thn 3

Upload: annisa-ulhusna

Post on 08-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

UJIAN PENGGAL 1MORAL TAHUN 3

TRANSCRIPT

BAHAGIAN AArahan: Bulatkan jawapan yang betul.

1. Saya menjaga kebersihan sekolah dengan membuang sampah ke dalam

A. bakul sampah B. laci meja C. longkang D. koridor

2. Semasa perhimpunan sekolah, saya

A. Mendengar ucapan guru sambil makanB. Bercakap dengan kawan semasa guru memberi pengumumanC. Memberi perhatian semasa guru berucapD. Tidur semasa guru berucap

3. Apakah tanggungjawab ketika kamu di perpustakaan sekolah?

A. Saya menyembunyikan buku yang saya sukaiB. Saya berlari-lari dalam perpustakaanC. Saya memulangkan buku mengikut tempoh yang telah ditetapkanD. Saya menconteng buku yang saya suka

4. Setelah menyiapkan kerja rumah yang diberi guru, saya berasa

A. BanggaB. KecewaC. Sedih D. Gelisah

5. Semasa di kantin, saya perluA. Berebut-rebut membeli makananB. Beratur semasa hendak membeli makananC. Memotong barisan supaya dapat membeli makanan dengan cepatD. Makan dengan gelojoh

6. Sambutan Hari Krismas melibatkan aktiviti menghiasA. Dinding dan siling rumahB. Pokok KrismasC. Pokok KelapaD. Kereta

7. Mei Lin menyambut Hari Wesak. Pada Hari Wesak, Mei Lin akan berlutut di hadapan ________ untuk memohon restu.

A. PokokB. BuddhaC. DewaD. Ibu bapa

8. Batrisya menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah berpuasa selama

A. SemingguB. SebulanC. SetahunD. Sehari

9. Pada pagi ________, Kyles akan mandi minyak dan sembahyang di kuil.

A. KrismasB. Raya C. DeepavaliD. Wesak

10. Pada musim perayaan, kita perlu ___________ kawan.

A. MentertawakanB. MemulauC. MenghormatiD. Menziarahi

(20 markah)BAHAGIAN BArahan : Isikan tempat kosong dengan menyatakan kepentingan membantu warga sekolah dengan betul.

(10 markah)BAHAGIAN CNyatakan sama ada tindakan yang berikut BETUL atau SALAH di ruang ().

1. Murid mestilah datang awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pembelajaran bermula di sekolah. ()

2. Jika tidak hadir ke sekolah, saya hanya berdiam diri sahaja.()

3. Pakaian seragam yang lengkap perlu dipakai apabila ke sekolah.()

4. Murid lelaki boleh membuat fesyen rambut terpacak supaya nampak lebih menarik apabila ke sekolah.( )

5. Murid perempuan yang berambut panjang mestilah mengikat rambut dengan kemas semasa di sekolah.()

(5 markah)

BAHAGIAN DArahan: Isi tempat-tempat kosong di bawah ini dengan perkataan yang sesuai.

memulangkan sokongan membantu

menasihati

meminta

1. Saya perlu ____________________ izin guru sebelum hendak keluar kelas dan ke tandas.

2. Apabila kawan baik saya memberitahu saya bahawa dia akan menyertai pertandingan bercerita, saya memberi ________________ kepadanya.

3. Zahid terlihat cikgu membawa banyak buku ditangannya. Zahid sepatutnya ______________ cikgu membawa buku-buku itu.

4. Setelah meminjam buku dari perpustakaan, saya akan __________________ semula buku itu.

5. Chandran selalu lewat ke sekolah. Sebagai rakan sekelas, saya akan ______________nya supaya datang awal setiap hari.

(10 markah)

Arahan: Padankan gambar mengikut tanggungjawab pelajar di sekolah.

(5 markah)Disediakan oleh: Disemak oleh:Disahkan oleh:

(Guru Pend. Moral Thn.3) (Ketua Panitia Pend. Moral)