monopoli air

5
BAGAIMANAKAH AIR DIMONOPOLIKAN? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2002, melalui Jawatankuasa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya telah menerangkan bahawa air bersih adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. Menurut jawatankuasa tersebut, hak ke atas air penting kerana air adalah suatu keperluan utama dalam memastikan taraf kesihatan dan taraf kehidupan yang baik. Justeru itu, air tidak wajar dijadikan komoditi sebaliknya harus dimiliki rakyat. Memandangkan air satu hak asasi manusia, maka kerajaan haruslah bertanggungjawab untuk menghormati hak tersebut, melindungi hak tersebut dan memenuhi keperluan hak tersebut. Ada dua cara pengurusan bekalan air, samada air dimilik negarakan mengikut sistem sosialis atau menswastakan air mengikut sistem kapitalis seperti syarikat konsesi air iaitu, contohnya dimana gaji CEO yang beribu-ribu ringgit itu akan dimasukkan kedalam bil air orang ramai sehingga takrif harga air akan menjadi mahal.

Upload: meera

Post on 02-Oct-2015

243 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

isu air

TRANSCRIPT

BAGAIMANAKAH AIR DIMONOPOLIKAN? Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2002, melalui Jawatankuasa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya telah menerangkan bahawa air bersih adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. Menurut jawatankuasa tersebut, hak ke atas air penting kerana air adalah suatu keperluan utama dalam memastikan taraf kesihatan dan taraf kehidupan yang baik. Justeru itu, air tidak wajar dijadikan komoditi sebaliknya harus dimiliki rakyat. Memandangkan air satu hak asasi manusia, maka kerajaan haruslah bertanggungjawab untuk menghormati hak tersebut, melindungi hak tersebut dan memenuhi keperluan hak tersebut.

Ada dua cara pengurusan bekalan air, samada air dimilik negarakan mengikut sistem sosialis atau menswastakan air mengikut sistem kapitalis seperti syarikat konsesi air iaitu, contohnya dimana gaji CEO yang beribu-ribu ringgit itu akan dimasukkan kedalam bil air orang ramai sehingga takrif harga air akan menjadi mahal.

Masyarakat sivil di Malaysia ada hak menuntut air dijadikan harta awam dan memastikan bekalan air bersih sampai keseluruh pelusok penduduk dengan harga yang murah. Namun kenapakah rakyat masih mengalami kes kekurangan air.Jawapannya ialah kerana monopoli air oleh para pemodal kaum kapitalis.

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan sumber air dengan taburan hujan yang tinggi sehingga melimpah ruah danbanjir. Maka kescatuan air adalah karenah monopoli air oleh para pemodal kapitalis bukan kerana Malaysia kekurangan air.Ini menunjukkan air sangat sesuai dimilik negarakan.

Namun mungkin agak susah untuk diubah kerana corak kehidupan masyarakat di Malaysia pada hari ini telah ditakluk oleh sistem kapitalis, dan telah mengubah cara hidup masyarakat di Malaysia itu sendiri. Rakyat kini berdepan dengan gelombang pasang surut ekonomi kapitalis dunia.

Di Malaysia tidak semua benda sesuai untuk dijadikan kapitalis dan juga tidak semua benda sesuai untuk dijadikan sosialis, tetapi ada perkara yang patut disosialiskan dan ada juga perkara yang patut dikapitaliskan. Selain air, perkara yang sepatutnya dimilik negarakan mengikut sistem sosialis ialah syarikat penerbangan (MAS), elektrik, jalan raya, keretapi, hospital dan lain-lain perkara yang boleh memudahkan rakyat. Dimana rakyat ada hak untuk memilih yang mana harus dikapitaliskan dan yang mana harus disosialiskan.

Justeru itu rakyat perlu berhati-hati dan waspada dengan penswastaan kerana biasanya semua perjanjian penswastaan dibuat dalam gelap. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana kroni-kroni dan kaum kerabat ahli politik masih ramai yang berkeliaran mencari untung yang boleh merugikan rakyat.Sebagai contoh yang sedia ada adalah syarikat SYABAS. Dimana ia merupakan pengedar air terawat:

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Pengedar/pengagih air terawat tunggal bagi seluruh kawasan Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mengurus dan menyelenggara pam air, takungan air dan stesen pam.

SYABAS dianugerah 30 tahun konsesi mengedar air oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor pada 2005. Dimiliki oleh Tan Sri Rozali yang juga pengerusi eksekutif sebanyak 70% melalui Puncak Niaga Sdn Bhd, dan kerajaan negeri Selangor memiliki 30% SYABAS melalui KDEB (15%) dan Kumpulan Perangsang (15%). Kerajaan persekutuan memiliki satu golden share.