mohdridzuansx015137awd04d03tt3

19
BAB 3 PUNCA-PUNCA KELEWATAN 3.1 Pengenalan Masalah kelewatan dalam projek pembinaan dikalangan kontraktor kelas F di kawasan Majlis Perbandaran Seremban bukanlah satu perkara yang baru. Ia sering terjadi jika pihak utama yang terlibat iaitu pihak kontraktor tidak mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menanganinya. Masa dilihat agak sukar dikawal kerana ia memerlukan kontraktor untuk memahami keadaan semasa industri yang sentiasa berubah-ubah. Dalam mengawal masa pembinaan agar memenuhi objektifnya, selain daripada sistem pengurusan masa yang baik dan berkesan, permasalahan mengenai punca berlaku kelewatan merupakan satu perkara yang mesti dibincangkan. Punca-punca yang berlaku ini

Upload: vandars

Post on 20-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

delay in contsruction

TRANSCRIPT

Page 1: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

BAB 3

PUNCA-PUNCA KELEWATAN

3.1 Pengenalan

Masalah kelewatan dalam projek pembinaan dikalangan kontraktor kelas F di

kawasan Majlis Perbandaran Seremban bukanlah satu perkara yang baru. Ia sering terjadi

jika pihak utama yang terlibat iaitu pihak kontraktor tidak mengambil langkah-langkah

yang perlu untuk menanganinya. Masa dilihat agak sukar dikawal kerana ia memerlukan

kontraktor untuk memahami keadaan semasa industri yang sentiasa berubah-ubah.

Dalam mengawal masa pembinaan agar memenuhi objektifnya, selain daripada

sistem pengurusan masa yang baik dan berkesan, permasalahan mengenai punca berlaku

kelewatan merupakan satu perkara yang mesti dibincangkan. Punca-punca yang berlaku

ini mampu mempengaruhi sistem pengurusan yang dipraktikkan. Apabila sampai ke satu

peringkat, ia dapat menyukarkan corak pengurusan yang digunakan dan apabila kesulitan

ini tidak diatasi, ia akan membawa kepada kegagalan dalam menguruskan masa

Page 2: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

pembinaan yang seterusnya secara langsung membawa kepada masalah kelewatan. Oleh

itu adalah amat penting untuk dibincangkan punca-punca berlaku kelewatan agar

perancangan dan langkah awal untuk membendung kelewatan daripada terjadi dapat

diambil.

Oleh itu, di dalam bab ini, perbincangan akan ditumpukan kepada punca-punca

yang menyumbang kepada masalah kelewatan. Ia akan meliputi tentang punca kelewatan

yang berlaku ekoran daripada kekurangan pekerja , kewangan, jentera dan bahan binaan

serta beberapa punca lain seperti kelewatan menerima arahan/arahan perubahan kerja

yang tidak lengkap, cuaca yang buruk, kesilapan pada spesifikasi dan , force majeure dan

dan lain – lain.

3.2 Punca-Punca Kelewatan

Kelewatan yang berlaku didalam pembinaan dipengaruhi oleh banyak faktor.

Menurut Abdul Majid dan McCaffer (1998), faktor yang paling umum menyebabkan

berlakunya kelewatan adalah pertukaran dalam keperluan dan reka bentuk, keadaan

fizikal tapak bina yang berlainan, cuaca, kekurangan pekerja, bahan dan loji, kesilapan

lukisan dan speksifikasi dan campur tangan pihak klien.

Walaubagaimanapun kelewatan yang berpunca dari kewangan, bahan binaan,

jentera & loji dan tenaga manusia adalah merupakan masalah kelewatan paling utama

yang selalu dialami oleh konrtraktor kelas F di Majlis Perbandaran Seremban. Disamping

itu, terdapat juga berlakunya kesilapan dalam rekabentuk yang dibuat dimana berlaku

beberapa perubahan yang menyebabkan masa pembinaan terpaksa dilanjutkan. Didalam

kajian ini, penekanan yang lebih dititik beratkan adalah dari segi kelewatan yang

disebabkan oleh faktor kewangan, bahan binaan, jentera dan loji, kekurangan tenaga

Page 3: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

buruh serta kelemahan yang timbul ketika penyediaan spesifikasi dan pelan untuk projek

oleh pihak Majlis sendiri.

3.2.1 Kekurangan Sumber Kewangan

Sumber kewangan merupakan sumber yang diperlukan bagi mendapatkan

sumber-sumber lain seperti sumber bahan, buruh dan jentera. Melalui kewangan

yang kukuh, perolehan sumber-sumber lain dapat dipastikan berjalan dengan

lancar. Oleh itu, sumber kewangan yang dilihat sebagai agen yang mengawal

sumber-sumber lain perlu diuruskan dengan baik bagi memastikan masa

pembinaan tidak terjejas. Masalah akan timbul ekoran daripada kelemahan

pengurusan sumber kewangan yang membawa kepada kekurangan sumber

berkenaan. Di antara punca-punca yang membawa kepada kekurangan sumber

kewangan ialah :

1. Kelemahan dalam pengurusan sumber kewangan

2. Kesukaran mendapatkan pinjaman

3. Kelewatan menerima bayaran kemajuan daripada klien atau pemilik

Pihak yang terbabit dalam menjalankan proses pembinaan iaitu kontraktor,

haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang pengurusan

kewangan terutamanya dalam merancang dan mengawal aliran tunai. Sebelum

projek pembinaan dapat dijalankan persediaan modal yang besar dan kukuh juga

perlu dibuat agar memudahkan mereka kelak terutamanya untuk berhadapan

masalah-masalah kewangan yang tidak dijangka.

Page 4: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

Industri pembinaan merupakan satu bidang industri yang mempunyai

risiko yang besar dalam pelaburan wang. Ini kerana, industri ini mudah terdedah

kepada kerugian jika sumber kewangan tidak dikendalikan dengan baik dan

berkesan. Jika berlaku masalah dalam sumber kewangan, maka pembayaran balik

ke atas pinjaman yang dibuat terhadap sesebuah institusi kewangan akan

mengalami kelewatan atau mungkin kegagalan dalam bayaran berlaku. Ekoran

daripada itu, pihak institusi kewangan mengenakan syarat yang ketat untuk

mendapatkan pinjaman agar mereka tidak mengalami kerugian ke atas pinjaman

yang diberi dan juga memastikan hanya yang layak sahaja diberi pinjaman.

Biasanya, syarat-syarat atau pertimbangan yang dibuat ke atas permohonan

pinjaman adalah seperti :

1. Kekukuhan kewangan syarikat

Ini diperolehi daripada keadaan kewangan yang ditaksir dari akaun kewangan

syarikat di samping surat akuan daripada pihak bank.

2. Track Record yang baik

Ia di lihat dari segi transaksi wang keluar masuk didalam akaun serta cek-

cek yang dikeluarkan oleh kontraktor tidak mengalami masalah iaitu seperti

cek tendang dan lain – lain.

3. Pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan

Ia memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan pinjaman kerana

ini merupakan satu pengukur kewibawaan kontraktor oleh pihak bank.

Pengalaman yang lama dapat meyakinkan pihak bank untuk memberi

pinjaman dengan lebih mudah.

4. Penyempurnaan kerja-kerja yang pernah dilakukan.

Page 5: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

Kontraktor yang berkenaan mampu menyiapkan kerja-kerja pembinaan

mengikut masa yang ditetapkan serta menyediakan laporan mengenai

perlaksanaan projek yang dijalankan

5. Syarat-syarat cagaran

Cagaran yang ditetapkan lazimnya seperti aset tetap atau saham dan dijamin

oleh penjamin.

(Sumber : Bumiputra Commerce Berhad)

Jika diperhatikan daripada syarat – syarat tersebut, agak sukar bagi

sesebuah syarikat kontraktor atau perseorangan untuk memenuhi kesemua kriteria

tersebut terutamanya kepada kontraktor yang baru dan kurang berpengelaman.

Perlaksanaan syarat-syarat yang ketat oleh institusi kewangan ini bertujuan untuk

memastikan mereka mendapat pulangan ke atas pinjaman yang dibuat namun ia

membawa masalah yang besar kepada pihak kontraktor. Yang mana

mengakibatkan kontraktor menghadapi kesukaran untuk memperolehi sumber

kewangan sebagai modal permulaan dan modal pusingan.

Menurut Kwaku (1989), secara amnya, seseorang kontraktor perlu mengisi

borang permohonan bagi setiap bayaran kemajuan pada fasa terakhir pembinaan

ataupun pada akhir-akhir tarikh penyiapan sesuatu projek pembinaan. Pada

dasarnya, setiap bayaran kemajuan adalah berdasarkan kepada peratusan hasil

kerja yang telah dilaksanakan termasuk kemajuan subkontraktor dalam jangka

masa yang tertentu. Kelewatan pembayaran yang dikeluarkan kepada kontraktor

setelah kerja – kerja siap dilaksanakan; menyebabkan pihak kontraktor

kekurangan modal pusingan untuk melaksanakan projek. Kebanyakkan modal

pusingan telah digunakan untuk menyiapkan projek terdahulu dan apabila bayaran

tidak diterima maka tentunya berlakunya masalah modal permulaan untuk

Page 6: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

memulakan projek yang baru. Disamping itu, sekiranya kontraktor tersebut

membuat pinjaman bank, maka kelewatan pembayaran yang berlaku akan

menyebabkan kontraktor mengalami kerugian dari segi faedah yang dikenakan

oleh institusi pinjaman.

Jika aspek-aspek penting dalam pengurusan kewangan diabaikan, maka

kelemahan dalam pengurusan sumber kewangan pasti akan berlaku. Sebagai

contoh, jika kontraktor tidak merancang dengan baik aliran tunai mereka, mereka

akan berhadapan dengan pengaliran tunai pada perkara yang tidak berkaitan dan

ini di lihat amat membazir dan jika tidak dikawal boleh mengundang kepada

masalah kekurangan sumber kewangan. Jika ini terjadi, bagai manakah sumber-

sumber lain dapat diperolehi memandangkan agen penting ini bermasalah. Tanpa

perolehan sumber-sumber lain yang diperlukan, tidak mungkin projek pembinaan

dapat diteruskan. Maka ini akan membawa kepada kelewatan penyiapan projek.

3.2.2 Kekurangan Sumber Bahan Binaan.

Bahan binaan biasanya merangkumi lebih kurang 50% daripada kos

pembinaan yang dilaksanakan. Pada kebiasaannya kontraktor memberikan

penekanan yang lebih terhadap aspek pengurusan sumber ini terutamanya bagi

mengelakkan peningkatan kos berlaku. Sumber ini juga semestinya sentiasa

mencukupi sepanjang tempoh pembinaan dijalankan bagi mengelakkan

penangguhan kerja. Penangguhan yang berlaku ini yang dapat mengundang

kepada hasil akhir yang dibincangkan iaitu kelewatan jika tidak dikawal.

Walaupun penekanan terhadap pengurusan sumber ini telah diberi perhatian yang

serius, namun kekurangan sumber berkenaan masih lagi terjadi. Di antara bahan

binaan yang sering mengalami kekurangan ialah bahan-bahan binaan yang utama

Page 7: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

iaitu premix, simen, besi tetulang dan lain – lain. Namun, beberapa faktor juga di

lihat mempengaruhi pengurusan sumber bahan menjadikan pengurusan ini

menjadi bertambah rumit. Malah, jika faktor-faktor ini gagal dikawal, pengurusan

bahan akan menemui kegagalan dan masa pembinaan pasti akan terjejas yang

mana boleh membawa kepada kelewatan. Di antara faktor-faktor yang

dimaksudkan :

1. Permintaan yang tinggi terhadap bahan binaan

2. Pembaziran bahan binaan di tapak

3. Kerosakan bahan binaan

Menurut (Johnston 1981), dalam satu jangka masa, kadang-kala berlaku

permintaan terhadap bahan binaan yang terlampau tinggi hingga menyebabkan

pihak pembekal tidak mampu untuk membekalkan sepenuhnya bahan binaan yang

dikehendaki. Ekoran daripada itu, masalah kelewatan akan terjadi. Walaupun

dalam perjanjian sesebuah projek pembinaan telah dimeterai bahawa pengeluar

harus membekalkan kuantiti bahan binaan yang mencukupi terhadap permintaan,

namun pengeluar mempunyai had pengeluaran yang terhad dan dibatasi oleh

kemampuan mereka. Apabila berlaku permintaan yang tinggi dan berlaku di luar

batasan kemampuan mereka, maka proses membekalkan bahan binaan akan

terganggu dan membawa kepada masalah putus bekalan di dalam industri.

Dalam industri ini, proses bekalan bahan dilakukan secara kredit dan tidak

secara tunai. Ia dilakukan dengan cara pengeluar seperti kilang-kilang yang

mempunyai modal yang besar dan kewangan yang kukuh memberikan

kemudahan kredit yang besar kepada pembekal dan pembekal sebagai pihak

perantaraan juga menggunakan sistem yang sama dalam membekalkan bahan

kepada pihak kontraktor. Dalam keadaan ini, jika berlaku kegagalan pembayaran

oleh pihak kontraktor terhadap kredit yang dibuat, ia akan membawa masalah

Page 8: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

kepada pihak pembekal dan seterusnya kepada pengeluar. Kegagalan kontraktor

menjelaskan bayaran juga merupakan penyebab kepada ketidakpercayaan

pembekal kepada kontraktor berkenaan dan ini menimbulkan kesukaran untuk

kontraktor tersebut mendapatkan bekalan dimasa akan datang.

Pembaziran juga merupakan salah satu daripada punca berlaku

kekurangan sumber bahan binaan. Dalam jumlah yang kecil ia boleh diabaikan,

namun jika berlaku dalam jumlah yang besar, kesan terhadap kuantiti bahan yang

diperlukan amat terasa. Menurut Johnston 1981, di antara punca-punca yang

menjadi faktor penyebab berlaku pembaziran ialah :

1. Tersilap tafsir lukisan

2. Terlebih anggaran dalam kuantiti yang sepatutnya diperlukan untuk kerja-

kerja pembinaan

3. Kecuaian dalam menguruskan bahan binaan

4. Kesilapan semasa pembinaan oleh buruh

Walau bagaimanapun semasa kerja-kerja di tapak bina dijalankan,susun

atau tapak yang baik dan kemas dapat mengurangkan masalah ini. Selain itu,

sikap pekerja yang sambil lewa dalam menjalankan kerja pembinaan turut

membawa kepada masalah pembaziran. Namun, dengan pengawasan yang ketat,

masalah ini boleh diatasi.

Di tapak bina, kerosakan bahan binaan juga sering terjadi yang mana akan

membawa kepada masalah kekurangan bahan yang seterusnya mempengaruhi

masa pembinaan. Ia boleh berlaku diakibatkan oleh pelbagai punca seperti susun

atur tapak yang tidak berkesan, kesilapan golongan tertentu seperti buruh, dan

lain-lain sebab lagi. Contohnya simen yang mudah mengalami kerosakan apabila

Page 9: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

terdedah kepada lembapan. Oleh itu, penstoran bahan tersebut perlu

dititikberatkan agar tidak mengalami kerosakan.

3.2.3 Kekurangan Sumber Jentera dan Loji

Kekurangan sumber jentera dan loji juga merupakan salah satu sebab

mengapa terjadi kelewatan dalam pembinaan projek di Majlis Perbandaran

Seremban. Ini kerana peranan yang dimainkan oleh sumber ini amat besar dalam

membantu tenaga manusia menjalankan kerja. Selain memudahkan kerja-kerja

dijalankan ia juga dapat membantu dalam memastikan kelicinan perjalanan masa

pembinaan sesebuah projek. Namun begitu tidak semua pihak kontraktor kelas F

mempunyai sumber jentera dan loji yang cukup. Faktor kos di lihat menjadi faktor

utama mengapa pihak kontraktor lebih suka menyewa sesetengah jentera daripada

mempunyai status pemilikan penuh. Ekoran daripada itu, wujud beberapa

masalah yang di lihat mempengaruhi masa pembinaan antaranya ialah :

1) Masalah pengangkutan dan pengagihan bahan

2) Masalah disebabkan penyelenggaraan jentera dan loji yang lemah

3.2.3.1 Masalah Pengangkutan Dan Pengagihan Bahan

Masalah ini selalunya berlaku apabila kontraktor tidak mempunyai

pengangkutan sendiri untuk mengangkut bahan. Pergantungan

sepenuhnya kontraktor terhadap pembekal untuk menghantar bahan binaan

ke tapak bina akan terjadi. Jika berlaku masalah penghantaran, bahan

Page 10: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

binaan akan sampai lewat daripada masa yang sepatutnya dan ini

mempengaruhi perjalanan masa pembinaan. Masalah penghantaran yang

dimaksudkan ialah :

i) Kesibukan penghantaran bahan oleh pembekal

Keadaan ini berlaku apabila terjadi permintaan yang

tinggi terhadap bahan dalam industri maka kesemua kenderaan

yang dimiliki oleh pembekal digunakan dan kelewatan akan terjadi

dalam penghantaran bahan. Jika kontraktor mempunyai kenderaan

sendiri masalah ini akan dapat diatasi.

ii) Kenderaan pembekal rosak

Jika berlaku kerosakan kenderaan, maka proses

penghantaran bahan akan terbantut. Walaupun sepatutnya pihak

pembekal mesti mengatasi masalah ini namun untuk keadaan yang

kritikal seperti pembekal tidak mempunyai kenderaan lain secara

tidak langsung kontraktor mesti mengambil sendiri bahan

berkenaan. Ketiadaan kenderaan tidak memungkinkan kontraktor

dapat mengatasi masalah ini dan terpaksa menunggu sehingga

pembekal berjaya menghantar dan ini memakan masa.

Page 11: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

3.2.3.2 Masalah Disebabkan Penyelenggaraan Jentera dan Loji Yang

Lemah

Di tapak pembinaan, salah satu punca yang menyebabkan terjadi

kekurangan jentera dan loji ialah aspek penyelenggaraan jentera dan loji

tidak diberikan penekanan oleh pihak kontraktor. Ia melibatkan alat ganti,

servis dan perkara-perkara yang berkaitan dalam memastikan jangka hayat

dan produktiviti jentera dan loji. Apabila aspek ini diabaikan maka jentera

yang digunakan tidak berfungsi dengan baik dan sering mengalami

kerosakan. Sebagai contoh ialah kerosakan yang berlaku kepada loji yang

memerlukan kepada gantian peralatan tertentu, dan alat ganti yang

dikehendaki itu perlu ditempah terlebih dahulu. Jelas di sini apabila

kejadian ini berlaku, loji tidak dapat berfungsi dan mengganggu

kelancaran kerja. Masa yang lama juga diperlukan untuk memastikan loji

berkenaan berfungsi seperti biasa. Ini menunjukkan bahawa bagaimana

faktor ini mempengaruhi masa pembinaan.

3.2.4 Kekurangan Sumber Tenaga Manusia

Dalam sektor pembinaan, sumber tenaga manusia merupakan jentera

utama dalam menggerakkan sesebuah projek pembinaan. Namun, sejak

kebelakangan ini masalah kekurangan tenaga buruh semakin ketara dan berlaku

terhadap kesemua kategori buruh yang diperlukan oleh industri. Kategori yang

dimaksudkan ialah :

Page 12: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

i) Buruh Mahir

Terdiri daripada pekerja yang mahir dalam pengkhususan bidang tertentu

dan boleh bekerja tanpa pengawasan.

ii) Buruh separa mahir

Terdiri daripada pekerja yang menjalankan kerja-kerja khusus tetapi tidak

mendapat kemahiran dan pendidikan yang khas. Pekerja jenis ini memerlukan

pengawasan terhadap kerja yang dijalankan, juga memerlukan bimbingan. Ini

kerana pengalaman bekerja dan kemahiran yang dimiliki masih tidak

memadai.

iii) Buruh Am

Pekerja yang tidak mempunyai apa-apa kemahiran khusus dan

menjalankan kerja dengan berpandukan arahan-arahan yang diberikan.

Pengawasan yang maksimum perlu diberikan pada setiap masa bagi

mengelakkan kesilapan kerja yang dijalankan.

Walaupun buruh dikelaskan kepada kategori-kategori tertentu, peranan

yang dimainkan oleh mereka amat besar dan berkaitan antara setiap kategori yang

dibincangkan. Oleh itu perhatian yang wajar harus diberikan kepada setiap

kategori agar bekalan buruh yang mencukupi sentiasa terjamin dan masa

pembinaan dapat dijaga.

Page 13: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

3.2.4.1 Punca-Punca Berlaku Kekurangan Sumber Buruh

Menurut Kwaku(1985), kekurangan sumber tenaga manusia atau

buruh adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :

i. Sikap memilih kerja

ii. Pergantungan kepada pekerja asing

iii. Implikasi daripada kekurangan sumber tenaga buruh

Salah satu daripada punca kekurangan buruh dalam industri

pembinaan ialah disebabkan oleh wujudnya sikap memilih kerja di dalam

diri warga tempatan. Kecenderungan mereka untuk bekerja lebih kepada

sektor perindustrian berbanding sektor pembinaan. Wujudnya fenomena

ini ialah kerana perbezaan suasana bekerja antara kedua-dua sektor.

Berbanding sektor perindustrian, sektor pembinaan sentiasa terdedah

kepada bahaya pada setiap masa dan memerlukan pekerja untuk

mengerahkan seluruh kudrat dalam menjalankan kerja dan ini amat

memenatkan.

Ekoran daripada masalah kekurangan sumber tenaga manusia yang

terpaksa dihadapi oleh sektor pembinaan, kerajaan telah mengambil

inisiatif untuk mengatasi masalah berkenaan dengan membenarkan pihak

majikan untuk mengambil pekerja dari negara luar seperti Indonesia,

Bangladesh dan lain – lain negara. Bagi mereka yang mempunyai permit

bekerja yang sah, harga yang ditawarkan adalah terlalu tinggi untuk

melaksanakan kerja terutamanya dalam bidang yang memerlukan

kemahiran yang tinggi. Ini menyebabkan kontraktor mengambil jalan

mudah dengan menyeludup mereka ini masuk kedalam negara dan

Page 14: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

melaksanakan kerja – kerja dengan bayaran yang lebih murah.

Walaubagaimanapun tindakan kerajaan yang begitu agresif telah dapat

menangani masalah penyeludupan pekerja ini dan seterusnya ianya

memberikan masalah kepada pihak kontraktor untuk mendapatkan tenaga

kerja. Ini seterusnya telah membawa kepada berlakunya kelewatan dalam

pembinaan.

Akibat dari kekurangan buruh juga maka banyak kontraktor yang

mengupah mereka yang kurang mahir dan kurang berdisplin dimana kerja

yang dilaksanakan akan mengalami kelewatan akibat sikap tidak

bertanggungjawab pekerja seperti ponteng kerja dan tidak menghasilkan

kuantiti kerja seperti sepatutnya. Disamping kadar gaji yang tinggi juga

menyebabkan kontraktor memerlukan pusingan modal yang lebih tinggi

dan ini memungkinkan agihan aliran tunai tidak stabil yang mana

menyebabkan sumber lain tidak dapat dibekalkan untuk menyiapkan

projek dalam kadar masa yang ditentukan.

3.2.5 Kelewatan Menerima Arahan Perubahan Kerja.

Arahan perubahan kerja didefinisikan sebagai apa-apa pindaan yang dibuat

ke atas reka bentuk, mutu atau kualiti kerja yang ditentukan dalam lukisan atau

penentuan kontrak. Ini termasuk apa-apa tambahan atau pemotongan atau

penggantian bahan yang telah ditetapkan dalam kontrak asal.

Arahan Perubahan Kerja ini ada dinyatakan di dalam semua Borang

Kontrak JKR 203A (Semakan 10/83) dan memperuntukkan Pegawai Penguasa

untuk mengeluarkan Arahan Pinda Kerja. Sebarang pindaan boleh dibuat ke atas

Page 15: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

lukisan asal atau lukisan kontrak, Spesifikasi atau senarai bahan dengan cara

penambahan, pengurangan, penggantian atau perubahan terhadap bahan-bahan

binaan, saiz, kerja atau skop kontrak.

Pindaan kerja ini boleh wujud dalam empat keadaan sama ada melibatkan

pindaan dari segi

i) Kualiti

ii) Kuantiti

iii) Peruntukan wang prima iaitu sejumlah wang yang

diperuntukkan untuk kerja-kerja yang dilaksanakan oleh

kontraktor kecil terpilih dan pembekal terpilih

iv) Peruntukan sementara iaitu peruntukan sementara yang tidak

dapat ditentukan semasa peringkat awal projek

Pada amnya Arahan Pinda Kerja adalah sesuatu yang digemari oleh pihak

kontraktor kerana ia dapat meningkatkan keuntungan yang diperolehi. Walau

bagaimanapun, jika terdapat terlalu banyak Arahan Pinda Kerja tambahan, ia akan

menyumbang kepada kelewatan dan tempoh kontrak terpaksa dilanjutkan.

Arahan Pinda Kerja yang dikeluarkan selepas kerja-kerja yang berkaitan

dijalankan adalah punca utama yang menyebabkan kelewatan kerana kontraktor

terpaksa memberhentikan kerja yang sedang dijalankan sambil menunggu arahan

dan pelan terbaru dari pihak Majlis. Selain itu, terdapat juga kes di mana

kontraktor terpaksa merombak semula sesuatu kerja yang telah dibina kerana

Arahan Pinda Kerja yang dikeluarkan selepas kerja disiapkan.

Terdapat implikasi yang akan timbul berikutan dari Arahan Pinda Kerja

yang dikeluarkan iaitu, sekiranya pindaan kerja tidak dikawal dan dihargakan

dengan sempurna maka perancangan kos dan masa perlaksanaan yang telah

Page 16: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

disediakan adalah sia-sia sahaja kerana kos dan masa perlaksanaan keseluruhan

projek boleh bertambah.

3.2.6 Cuaca Yang Buruk

Keadaan cuaca merupakan faktor utama dalam mempengaruhi aktiviti-

aktiviti pembinaan. Ini kerana aktiviti pembinaan di tapak dilaksanakan secara

terbuka. Dalam mengatasi masalah ini, pihak kontraktor perlu menggunakan

pengalaman yang ada pada mereka untuk mengambil kira keadaan cuaca

sepanjang tahun sekiranya projek yang hendak dijalankan itu hendak diteruskan

pada bulan-bulan tertentu yang dikenal pasti bermasalah. Rekod-rekod keadaan

cuaca pada tahun-tahun yang lepas perlu dianalisis oleh pihak kontraktor dalam

menangani masalah ini.

Keadaan hujan yang berterusan boleh membantutkan kerja-kerja tertentu

di lapangan. Contoh yang dapat diambil ialah penangguhan kerja konkrit bagi

sesebuah struktur. Kerja pengkonkritan tidak dapat dijalankan kerana air hujan

yang turun dapat mempengaruhi kandungan nisbah air simen pada konkrit yang

telah dibancuh. Jika diteruskan juga ia akan mempengaruhi kekuatan struktur

pada kemudian hari. Oleh itu, kerja –kerja tersebut terpaksa ditangguhkan dan

apabila sesuatu aktiviti ditangguhkan ianya akan mempengaruhi masa penyiapan

projek tersebut.

Page 17: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

3.2.7 Kesilapan Pada Pelan Spesifikasi.

Spesifikasi dalam konteks pembinaan ialah suatu arahan bertulis yang

menghuraikan secara terperinci mengenai perlaksanaan kerja, sifat-sifat dan

kualiti bahan serta mutu kerja dan bagaimana tanggungjawab khusus kontraktor

yang tidak dirangkumi dalam syarat kontrak. Spesifikasi juga menyatakan

peraturan dan kaedah kerja yang perlu dilaksanakan.

Kesilapan pada pelan spesifikasi sering terjadi semasa penyediaan

dokumen tender dan pelan. Ia disebabkan oleh penelitian yang lemah oleh pihak

yang bertanggungjawab menyediakannya. Terdapat juga masalah yang berlaku di

mana pelan tapak yang disediakan tidak memenuhi kehendak struktur yang direka

bentuk dan juga wujudnya percanggahan dengan peruntukan yang dinyatakan di

dalam syarat-syarat kontrak (Johnston 1981).

3.2.8 Force Majeure

Force majeure adalah merujuk kepada semua keadaan yang bebas dari

kehendak manusia dan apa-apa yang bukan dalam bidang kawalan kuasanya

(lebeaupin lawan Crispin (1920) 2 KB 714). Kejadian seperti kemalangan di

tempat kerja walaupun segala aspek keselamatan telah diambil kira merupakan

contoh keadaan force majeure yang dapat mempengaruhi pengurusan masa dalam

pembinaan. Walau bagaimanapun, force majeure mempunyai makna yang terhad

kerana perkara yang di luar kawalan kuasa manusia seperti kebakaran, cuaca yang

buruk dan lain-lain lagi diletakkan di bawah pembahagian yang khusus di dalam

kontrak.

Page 18: MOHDRIDZUANSX015137AWD04D03TT3

Dalam realiti pembinaan, force majuere merupakan alasan yang biasa

digunakan oleh pihak kontraktor jika gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa

yang ditetapkan. Malah, ia juga sering digunakan bagi menuntut lanjutan masa

bagi mengelakkan Denda Akibat Tidak Siap.

3.3 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kekurangan sumber-sumber utama seperti bahan binaan,

kewangan, tenaga kerja dan jentera dapat mempengaruhi kelicinan perjalanan projek.

Kekurangan terhadap sumber-sumber ini jika tidak dikawal pada peringkat yang lebih

awal boleh mengundang kepada masalah kelewatan. Oleh itu, amat penting bagi pihak

pengurusan masa pembinaan untuk memahami permintaan semasa dalam sektor

pembinaan terhadap sumber-sumber utama.

Selain itu, terdapat juga beberapa punca kelewatan yang tidak disebabkan oleh

kekurangan sumber utama. Ia berlaku tidak disebabkan faktor dalaman kontraktor tetapi

faktor luaran yang melibatkan pihak-pihak lain yang terbabit di dalam perjanjian kontrak.

Oleh kerana proses pembinaan merupakan proses kerja berpasukan, maka setiap pihak

yang terlibat harus memainkan peranan masing-masing dengan baik dan berkesan agar

tidak membawa masalah kepada pihak-pihak lain dan seterusnya masa pembinaan.