mohamed fajil (volume 2, issue 2, 2017) file2 (universiti(teknologi(mara,(kampus(seremban,(negeri...

14
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, Volume 2, Issue 2, (page 31 44), 2017 31 www.msocialsciences.com Adakah Amerika Syarikat (AS) Mampu Menguasai Afghanistan? Mohamad Faisol Keling 1 , Ahmad Shah Pakeer Mohamed 2 , Mohamed Fajil Abd Batau 2 1 Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah 2 Universiti Teknologi Mara, Kampus Seremban, Negeri Sembilan Corrrespondence: Mohamed Fajil Abd Batau ([email protected]) Abstrak ______________________________________________________________________________________________________ AS (Amerika Syarikat) semenjak tahun 2002 sering mendabik dada dengan “kemenangan” dalam Perang Afghanistan dengan menewaskan rejim Taliban yang dianggap sebagai kerajaan pengganas dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh pengganas antarabangsa Osama bin Laden. Selepas Perang Afghanistan, AS sentiasa mempromosikan kemenangan ke atas operasi-operasi ketenteraan Taliban bagi menyakinkan masyarakat dunia dengan kejayaan usaha menumpaskan Taliban. Namun setelah 9 tahun berlalu, Afghanistan hakikatnya masih dibelenggu dengan berita-berita kemusnahan, korban nyawa, kemunduran dan kemiskinan. Isu penguasaan AS dan sekutunya di Afghanistan mula menjadi perdebatan adakah AS dan NATO gagal? Tindakan Taliban yang telah mengubah strategi serangan semenjak awal Oktober 2009 untuk menfokuskan kepada serangan yang dapat memberikan impak dan dapat menarik perhatian yang besar sama ada di dalam negara, rantau dan antarabangsa. Kebangkitan kuasa Taliban mula menjadi perdebatan sama ada Taliban sedang mendahului AS di Afghanistan atau sebaliknya. Justeru, penulisan ini menjelaskan apakah faktor yang mempengaruhi kelemahan AS? Bagaimana dengan perkembangan semasa strategi dan kemampuan kedua-dua pihak? Adakah operasi ketenteraan yang diketuai AS semenjak 13 Februari 2010 yang mempunyai kekuatan 121,000 anggota tentera dan pengamalan doktrin ketenteraan yang baru mampu menghapsukan Taliban? Adakah Taliban mampu mengusir tentera Barat keluar dari bumi Afghanistan? Kata kunci: perang Afghanistan, Taliban, kebangkitan kuasa ______________________________________________________________________________________________________ Is The United States of America Capable of Dominating Afghanistan? Abstract ______________________________________________________________________________________________________ Since 2002 United States (US) is dignified with the “win” against Afghanistan with the defeat of Taliban regimes. Afghanistan is a dissent terrorist and has a close relationship with international leader of terrorist group which is Osama Bin Laden. After the Afghan War, the US has always promoted a victory over the Taliban military operations to convince the world with the success over the Taliban. However, after 9 years, Afghanistan in fact, is still chained to the news regarding destructions, deaths, declination on rate of living and poverty. The domination of U.S and its allies were ignited a debate whether U.S and NATO has failed? Since the early of October 2009, the action of the Taliban is to revise their strategic attacks which are focus on attacks that convey huge impacts and be able to attract Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ SSH) Volume 2, Issue 2, September 2017 eISSN : 25048562 Journal home page: www.msocialsciences.com

Upload: vohanh

Post on 07-Apr-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

31  

www.msocialsciences.com    

 Adakah  Amerika  Syarikat  (AS)  Mampu  Menguasai  Afghanistan?  

 Mohamad  Faisol  Keling1,  Ahmad  Shah  Pakeer  Mohamed2,  Mohamed  Fajil  Abd  Batau2  

1  Universiti  Utara  Malaysia,  Sintok,  Kedah  2  Universiti  Teknologi  Mara,  Kampus  Seremban,  Negeri  Sembilan  

   

Corrrespondence:  Mohamed  Fajil  Abd  Batau  ([email protected])      

Abstrak  ______________________________________________________________________________________________________  AS (Amerika Syarikat) semenjak tahun 2002 sering mendabik dada dengan “kemenangan” dalam Perang Afghanistan dengan menewaskan rejim Taliban yang dianggap sebagai kerajaan pengganas dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh pengganas antarabangsa Osama bin Laden. Selepas Perang Afghanistan, AS sentiasa mempromosikan kemenangan ke atas operasi-operasi ketenteraan Taliban bagi menyakinkan masyarakat dunia dengan kejayaan usaha menumpaskan Taliban. Namun setelah 9 tahun berlalu, Afghanistan hakikatnya masih dibelenggu dengan berita-berita kemusnahan, korban nyawa, kemunduran dan kemiskinan. Isu penguasaan AS dan sekutunya di Afghanistan mula menjadi perdebatan adakah AS dan NATO gagal? Tindakan Taliban yang telah mengubah strategi serangan semenjak awal Oktober 2009 untuk menfokuskan kepada serangan yang dapat memberikan impak dan dapat menarik perhatian yang besar sama ada di dalam negara, rantau dan antarabangsa. Kebangkitan kuasa Taliban mula menjadi perdebatan sama ada Taliban sedang mendahului AS di Afghanistan atau sebaliknya. Justeru, penulisan ini menjelaskan apakah faktor yang mempengaruhi kelemahan AS? Bagaimana dengan perkembangan semasa strategi dan kemampuan kedua-dua pihak? Adakah operasi ketenteraan yang diketuai AS semenjak 13 Februari 2010 yang mempunyai kekuatan 121,000 anggota tentera dan pengamalan doktrin ketenteraan yang baru mampu menghapsukan Taliban? Adakah Taliban mampu mengusir tentera Barat keluar dari bumi Afghanistan? Kata kunci: perang Afghanistan, Taliban, kebangkitan kuasa ______________________________________________________________________________________________________

 Is  The  United  States  of  America  Capable  of  Dominating  Afghanistan?  

 Abstract    

______________________________________________________________________________________________________  Since 2002 United States (US) is dignified with the “win” against Afghanistan with the defeat of Taliban regimes. Afghanistan is a dissent terrorist and has a close relationship with international leader of terrorist group which is Osama Bin Laden. After the Afghan War, the US has always promoted a victory over the Taliban military operations to convince the world with the success over the Taliban. However, after 9 years, Afghanistan in fact, is still chained to the news regarding destructions, deaths, declination on rate of living and poverty. The domination of U.S and its allies were ignited a debate whether U.S and NATO has failed? Since the early of October 2009, the action of the Taliban is to revise their strategic attacks which are focus on attacks that convey huge impacts and be able to attract

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities  (MJ  -­‐  SSH)      

Volume  2,  Issue  2,  September  2017    

e-­‐ISSN  :  2504-­‐8562    

Journal  home  page:    www.msocialsciences.com  

 

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

32  

www.msocialsciences.com    

vast attention either nationally, regionally and internationally. The surge of the Taliban has begun a heated debate whether the Taliban are ahead of U.S in Afghanistan or contrarily. Thus, this study is explained on what are the factors influencing the vulnerability of the U.S? What about the existent development strategy and the aptitude of both parties? Does the military operations lead by the U.S since 13th of February 2010 consist of 121,000 manpower troops and the adoption of a new military doctrine is able to destroy the Taliban? And whether the Taliban able to extrude the Western troops out of Afghanistan? Key words: Afganistan war, Taliban, emergence of power __________________________________________________________________________________________________      Pengenalan   Amerika Syarikat AS semenjak tahun 2002 sering mendabik dada dengan “kemenangan” dalam peperangan Aghanistan dengan menewaskan rejim Taliban yang dianggap sebagai kerajaan pengganas dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh pengganas antarabangsa Osama bin Laden. AS melalui tokoh penentang pengganasnya George W. Bush sememangnya lantang mempromosikan keburukan dan fikiran sempit Taliban serta menwar-warkan mereka sebagai tentera pembebasan dari cengkaman kekejaman Taliban. Dengan memperkenalkan sistem demokrasi dan penguatkuasa keamanan di Afghanistan, AS sering menjadikan alasan ini untuk menyakinkan masyarakat antarabangsa dengan pendudukan mereka di bumi gersang ini. Tindakan AS yang mengambil pendekatan untuk memperluaskan operasi ketenteraan di Afghanistan yang tidak hanya mempergiatkan pendekatan serangan udara sebaliknya turut memperkukuhkan kuasa serangan di daratan. Malah AS turut menumpukan gerakan operasi ketenteraan ke kawasan selatan dan sempadan Pakistan-Afghanistan bagi memburu saki-baki pejuang Taliban, pemberontak kerajaan dan Al Qaeeda. Tindakan AS yang melancarkan serangan darat dari wilayah Afghanistan ke wilayah Pakistan pada 12 September 2008 tanpa kebenaran kerajaan Pakistan telah menunjukan kesungguhan AS memperluaskan operasi ketenteraan. Richard E. Friedman and Frank Schell (2009) menyatakan :-

“Lack of a strategy gave the George W. Bush administration only partial and temporary victory.Under these policies; the U.S. temporarily suppressed the Taliban and made it more difficult for al Qaeda to operate in Afghanistan. However, al Qaeda is not limited to Afghanistan; it also operates in ungoverned spaces in Pakistan and abroad. While American troops had suppressed the Taliban, it has subsequently reconstituted itself with greater strength and zeal”.1

Walaupun pada ketika ini, AS sedang mempamerkan peningkatan dan memperluaskan operasi memerangi pengganas dan pemberontak kerajaan termasuk menambahkan kelengkapan ketenteraan termasuk pengunaan peluru berpandu strategik bagi operasi darat dan udara serta memperkukuhkan ketumbukan anggota tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, ia tidak boleh dilihat atau dianggap sebagai kejayaan, kekuatan dan penguasaan AS di bumi Afghanistan. Sebaliknya keputusan AS ini telah memperlihatkan kuasa dan cengkaman AS di bumi Afghanistan semakin goyah dan lemah. Operasi ketenteraan besaran-besaran AS, NATO dan Pakistan ke atas kubu kuat Taliban di Afghanistan semenjak 13 Februari 2010 turut menimbulkan perdebatan mengenai sejauh mana keberkesanan operasi yang dipimpin oleh AS ini dapat menstabilkan Afghanistan. Perdebatan ini timbul berikutan, AS dan sekutunya termasuk Pakistan telah mengalami “kegagalan” menghapuskan Taliban dalam operasi yang dijalankan sebelum ini semenjak Mei 2009. Manakala bagi pihak Taliban, mereka dilihat telah berjaya menghadapi operasi ketenteraan besar-besaran Barat termasuk operasi 30,000 tentera Pakistan yang merupakan negara sekutu AS pada 17 Oktober 2009.

                                                                                                               1 Richard E. Friedman and Frank Schell (2009):- Afghanistan: A mission in search of a strategy. The National

Strategy Forum Review.Vol.18.No.1.Winter.hlm 1

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

33  

www.msocialsciences.com    

Di sini persoalan yang timbul adalah apakah faktor yang mempengaruhi kelemahan AS? Bagaimana dengan perkembangan semasa strategi dan kemampuan kedua-dua pihak? Adakah operasi ketenteraan yang diketuai AS semenjak 13 Februari 2010 yang mempunyai kekuatan 121,000 anggota tentera dan pengamalan doktrin ketenteraan yang baru mampu menghapsukan Taliban? dan Adakah Taliban mampu mengusir tentera Barat keluar dari bumi Afghanistan? Faktor  Yang  Mempengaruhi  Kelemahan  AS   Kegagalan AS dan Pakistan ini pastinya mengundang persoalan mengenai realiti faktor (real factor) yang mempengaruhi kegagalan mereka di bumi Afghanistan dan Pakistan. Terdapat pelbagai faktor yang cuba menjelaskan kegagalan AS dan Pakistan membasmi gerakan Taliban. Namun umumnya terdapat dua faktor utama yang membawa kepada kegagalan iaitu i) kelemahan AS ii) kelemahan Pakistan a)  Kemenangan  AS  hanya  dalam  pertempuran     Kelemahan AS ini dapat dikaitkan dengan kelemahan dalam mendapatkan kemenangan dalam Perang Afghanistan dalam erti kata yang sebenar. Laungan “kemenangan dan kemusnahan” yang dipamerkan oleh AS di media massa seringkali dipersoalkan mengenai kebenarannya. Di sini, persoalan yang dapat ditimbulkan adalah apakah definisi “kemenangan” yang diamalkan oleh AS? Ini kerana “kemenangan” yang seringkali dipromosikan oleh AS adalah jauh dari hakikat yang sebenar. “Kemenangan” yang laungkan hanyalah merupakan satu kejayaan dalam sesuatu operasi dalam medan (battle) pertempuran dan bukannya kemenangan dalam peperangan dalam erti kata yang sebenar. AS hanya boleh menjelaskan bahawa tenteranya telah mengalahkan pihak Taliban dalam operasi-operasi yang dijalankan dan dapat menghalau golongan Taliban untuk berundur, namun dalam Perang AS-Afghanistan adakah AS berjaya menghapuskan Taliban? Strategi mempromosikan “kemenangan” oleh AS dan Pakistan ini hakikatnya pernah dilakukan oleh Kesatuan Soviet dengan kekuatan 120,000 orang tentera menceroboh Afghanistan pada Disember 1978. Namun penguasaan Kesatuan Soviet hanyalah dalam medan pertempuran dan hanya menguasai kawasan bandar sahaja dan bukannya Afghanistan secara menyeluruh. Malah kemenangan ini jauh dari makna yang sebenar kerana operasi ketenteraan Soviet ini tidak direstui oleh masyarakat Afghan itu sendiri. Di sebalik kemenangan ini Kesatuan Soviet sebenarnya terpaksa bergelut bukan untuk menguasai Afghanistan tetapi juga untuk mengawal bandar-bandar yang telah diduduki. Akibatnya pada Februari 1989, Kesatuan Soviet akhirnya terpaksa mengalah dan berundur dari bumi Afghanistan. Justeru, dalam memastikan AS memenangi Perang Afghanistan 2002, definisi kemenangan adalah sesuatu terma yang besar dan ianya bukan hanya merujuk kepada kejayaan sesebuah negara menewaskan musuh dalam pertempuran sahaja, sebaliknya ia perlulah “memenangi” sokongan dan penerimaan atau pengiktirafan masyarakat Afghanistan dan antarabangsa terhadap operasi yang dijalankan. Dalam kempen peperangan, sesebuah negara perlu memenuhi dua aspek tersebut iaitu menang dalam pertempuran dan menang dalam menawan hati masyarakat, maka ia akan dianggap sebagai kemenangan dalam erti yang sebenar2. b)  Gagal  mendapat  pengiktirafan  antarabangsa   Kegagalan AS di Afghanistan juga turut dipengaruhi oleh masalah pengiktirafan dan sokongan masyarakat tempatan dan antarabangsa terhadap operasi ketenteraan di Afghanistan. Operasi ketenteraan yang dijalankan tidak hanya perlu mendapat sokongan oleh masyarakat Afghanistan semata-mata, sebaliknya kemenangan ini perlu diterima oleh masyarakat antarabangsa. Dengan kata lain, AS perlu menewaskan musuh dalam pertempuran dan perlu “memenangi” sokongan dan penerimaan atau pengiktirafan masyarakat Afghanistan dan antarabangsa terhadap peperangan yang dijalankan. Dalam menjelaskan definisi kemenangan dalam perang ini, ia dapat dilihat berdasarkan

                                                                                                               2 Thomas H. Johnson and M.Chris Mason (2006). Understanding the Taliban and insurgency in Afghanistan.

Orbis. Elsevier Limited. hlm 82-86

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

34  

www.msocialsciences.com    

definisi kemenangan yang dilaungkan oleh AS iaitu kemenangan AS dalam Perang Teluk I (1991) dengan kemenangan Afghanistan (2002) yang mana ia mempunyai perbezaan yang nyata. Apa yang membezakan definisi kemenangan di antara kedua-dua perang ini adalah masyarakat tempatan dan antarabangsa telah menerima dan menyokong operasi ketenteraan AS ke atas Iraq pada tahun 1991 yang mana masyarakat tempatan dan antarabangsa telah memberi sokongan atau “kebenaran” untuk meruntuhkan rejim Saddam. Namun dalam kes Perang Afghanistan 2002, ia adalah situasi yang berbeza yang mana AS gagal mendapatkan sokongan masyarakat sepenuhnya sama ada dari dalam negara AS sendiri ataupun masyarakat antarabangsa bagi menjalankan operasi ketenteraan di Afghanistan 3 . Akhirnya AS hanya memenangi pertempuran dan bukannya peperangan. Malah sehingga kini, Taliban masih lagi relevan dalam memberi tentangan dan menguasai geo-politik Afghanistan dan Pakistan. c)  Strategi    yang  lemah   Kelemahan yang membawa kepada kegagalan AS di Afghanistan juga turut dipengaruhi oleh kelemahan strategi ketenteraan yang mana serangan yang dilakukan telah memberi impak kepada imej AS itu sendiri. AS telah mengakui situasi semasa Perang Afghanistan 2002 pada ketika ini sebagai “kesilapan strategi”. Perkara ini telah diakui oleh Pentagon pada 11 September 2008 yang menjelaskan bahawa kedudukan AS di Afghanistan bukan di pihak yang menang, sebaliknya kesilapan yang bakal membawa “bencana” yang lebih besar iaitu kegagalan operasi ketenteraan. AS juga telah menyedari bahawa pada ketika ini mereka hanya mengambil dan menumpukan satu pendekatan sahaja iaitu pendekatan ketenteraan semata-mata dan telah mengabaikan strategi bukan ketenteraan seperti menyakinkan masyarakat Afghanistan dan masyarakat antarabangsa terhadap operasi ketenteraan yang dijalankan. Ternyata dengan pengakuan Pentagon mengenai kesilapan strategi AS ini menunjukan kedudukan AS di Afghanistan tidak terjamin dan sekiranya AS gagal menyakinkan masyarakat tempatan dan antarabangsa, AS bakal menjadi kuasa besar dunia kedua yang bakal diusir keluar dari bumi Afghanistan selepas Kesatuan Soviet yang berundur pada tahun 19894. Ia adalah situasi yang sama turut berlaku dalam operasi ketenteraan AS di Iraq pada Mac 20035 yang mana AS sebenarnya mengalami “kekalahan” dan bukannya kemenangan seperti yang diwar-warkan6. Kegagalan AS ini turut berkaitan dengan keputusan Presiden George W. Bush yang mengambil tindakan menjalankan operasi ketenteraan dengan mengambil tindakan serangan dan ketenteraan ke atas Afghanistan tanpa mendapat “kebenaran” dan mengabaikan pandangan masyarakat antarabangsa yang menolak operasi ke atas Afghanistan pada tahun 2002. Akibatnya, kejayaan operasi ketenteraan ini hanyalah diterima bagi negara yang bersekongkol dengan kuasa besar AS dan operasi ini gagal di mata kebanyakkan negara dalam sistem antarabangsa7. Selain itu, Perang Afghanistan adalah peperangan yang bukan sahaja memerlukan pengwujudan ketumbukan ketenteraan yang hebat semata-mata, sebaliknya ia juga memerlukan pelan strategi operasi ketenteraan yang berbentuk komprehensif dan berkesan. Peperangan di Afghanistan bukanlah satu bentuk peperangan konvensional secara total, tetapi ia adalah peperangan berbentuk gerila dan militan yang mana ia akan memberi kesukaran kepada negara penceroboh dalam menghapuskan musuh sekiranya menggunakan senjata semata-mata. AS dan sekutunya sukar untuk mengenalpasti tentera musuh, cuaca, muka bumi, communication line, sasaran serangan dan sumber yang membawa kelebihan kepada kekuatan musuh (Taliban). Berdasarkan peta di atas, kawasan yang di dominasi oleh puak Pashtun adalah kawasan operasi Taliban, manakala sumber yang diperolehi adalah daripada

                                                                                                               3 Carter Malkasian and Jerry Meyerle (2009). How is Afghanistan different from Al Anbar? Alexandria CAN:

Document Control and Distribution.hlm iii-vi. 4 AS gagal di Afghanistan. Utusan Malaysia . 12 September 2008 5 Wan Latif Wan Muda (2005).Perang gerila bandar, penguasaan dan perebutan medan tempur. Perajurit.

Januari. hlm 19 6 Carter Malkasian and Jerry Meyerle (2009). Op.cit.hlm iii-vi. 7 Ibid.hlm iii-vi.

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

35  

www.msocialsciences.com    

sempadan Afghanistan-Pakistan 8 . Walaupun AS pernah mempunyai pengalaman dalam perang berbentuk gerila dalam Perang Vietnam (1965-1975), ia tidak bermakna ia menjamin AS akan memenangi peperangan ini. Ini kerana Kesatuan Soviet turut mengalami kekalahan di tangan Mujahideen yang mengamalkan serangan gerila walaupun Kesatuan Soviet pernah mempunyai pengalaman dalam Perang Vietnam. Melalui operasi gerila yang dijalankan, Taliban berjaya menyelinap masuk, menyerang dan menguasai kawasan-kawasan yang dikuasai oleh tentera asing. Taktik gerila Taliban ini telah berjaya menimbulkan kekeliruan kepada AS dan sekutunya serangan atau operasi ketenteraan yang dijalankan seringkali mengorbankan masyarakat awam dan bukannya anggota Taliban9.

Jalan dan Kemasukan Logistik Kepada Taliban

Sumber: Gilles Dorronsoro (2009). d)  Gagal  dalam  meraih  sokongan  masyarakat  Afghanistan     Kegagalan AS dan sekutunya untuk mengenalpasti musuh dan sasaran telah menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat Afghanistan kerana ia telah memberi impak kemusnahan kepada masyarakat. Ketidakpuasan hati bukan hanya kerana soal kemusnahan serangan semata-mata sebaliknya, tentera AS dan sekutunya turut dilihat sebagai “orang asing” di bumi Afghanistan yang

                                                                                                               8 Colin Rhys Hill (2009). Beyond Charlie Wilson: The Soviet-Afghan War. The New Media Journal. 10 Januari

2009. hlm 25-26. Diakses pada 7 November 2009 daripada http://www.nationalhistoryclub.org/documents/2-Soviet-Afghan19-1.pdf .

9 Op.cit.

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

36  

www.msocialsciences.com    

kini sedang mengawal dan memerintah negara mereka. Faktor ini telah memberi kelebihan kepada pihak Taliban apabila masyarakat Afghanistan mula menilai erti “keamanan dan kestabilan” ketika kehadiran AS dan negara sekutunya dan ketika era pemerintahan Taliban. Ini bermakna, dengan kehadiran tentera asing di bumi Afghanistan ia bukan sahaja telah menghadkan aktiviti dan kebebasan masyarakat, malah masyarakat Afghanistan lebih menderita apabila terpaksa akur kepada undang-undang yang belum pernah diamalkan di negara meraka. Ia adalah satu bentuk perubahan dan kesedaran dalam pemikiran rakyat Afghanistan dalam memahami erti kebebasan, keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara. Justeru, operasi ketenteraan AS dan sekutunya hanya diterima bagi masyarakat dan negara yang lebih berpihak dengan kuasa besar AS, manakala sesetengah masyarakat dan negara menolak kehadiran AS di bumi Afghanistan.

“The war in Afghanistan is directly related to the political stability of Pakistan. Roughly 40 million Pashtuns live on both sides of the Af-Pak border. There is a high degree of ethnic nationalism among the Pashtuns, who do not welcome U.S. troops”10.

Tindakan kabinet Afghanistan yang menuntut kehadiran tentera asing di bumi Afghanistan perlu dikaji semula pada 26 Ogos 2008 telah membawa satu perubahan perspektif masyarakat Afghanistan terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka11. Kelemahan  Pakistan   a)  Percaturan  politik  antarabangsa   Kegagalan menghapuskan Taliban dan ketidakstabilan politik di Pakistan ini sekiranya dilihat dalam konteks yang lebih mendalam, ia adalah berkaitan dengan kegagalan percaturan strategi dan dasar Pakistan itu sendiri. Dengan kata lainnya, Pakistan kini telah “terperangkap” dengan strateginya sendiri. Sedar atau tidak, Pakistan adalah negara yang bertanggungjawab “melahirkan” dan menjadi sahabat kepada Taliban. Persoalannya bagaimanakah ianya wujud? Kemunculan Taliban ini adalah berkaitan dengan dasar dan strategi Pakistan dan AS yang bertanggungjawab melatih dan memberi bantuan kepada pejuang Mujahideen (ketika ini Taliban masih belum wujud) semenjak tahun 1978 yang akhirnya berjaya mengusir keluar Kesatuan Soviet pada Februari 1989. Keterlibatan Pakistan di Afghanistan berkait rapat dengan percaturan strategi sebelum pecerobohan Soviet ke atas Afghanistan pada 1978. Ini kerana, perlu difahami kelahiran Pakistan pada tahun 1947 adalah ketika sistem antarabangsa sedang menghadapi pergelutan kuasa yang mana negara dalam sistem antarabangsa terpaksa memilih pendirian sama ada condong kepada mana-mana kuasa ataupun bersifat berkecuali. Dalam konteks ini, sejarah politik Pakistan yang menghadapi masalah dengan India adalah elemen yang telah diambil kira dalam proses pembentukan dasar luar Pakistan. Pakistan merupakan sebuah negara yang mempunyai hubungan yang baik dengan AS yang mana keakraban ini dapat dengan kesediaan Pakistan menyertai Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) pada September 195412. Manakala India pula merupakan sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan Kesatuan Soviet dan condong kepada ideologi sosialis. Hubungan New Delhi-Islamabad sememangnya bertentangan dan tegang semenjak kedua-dua negara mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1947. Keakraban hubungan antara New Delhi-Moscow telah mempengaruhi Pakistan untuk memperkukuhkan hubungannya dengan AS13. Pada

                                                                                                               10 Richard E. Friedman and Frank Schell (2009).Op.cit.hlm 3 11 Afghanistan kaji semula kehadiran tentera asing. Utusan Malaysia. 27 Ogos 2008 12 Southeast Asia Treaty Organization (SEATO), 1954. Diakses pada 9 November 2009 dari

http://www.state.gov/r/pa/ho/time/lw/88315.htm 13 Amin Saikal (1989).The regional politics of the Afghan crisis. Dalam Amin Saikal and William Maley (eds).

The Soviet withdrawal from Afghanistan. Cambridge: Cambridge University Press.hlm 54

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

37  

www.msocialsciences.com    

tahun 1971, Pakistan telah terbabit dalam krisis pepecahan apabila Pakistan Timur (Bangladesh) yang disokong India telah menuntut kemerdekaan. Krisis ini telah meletakkan Pakistan dalam ancaman keselamatan apabila kedaulatan wilayah yang berpecah dan dalam masa yang sama India turut terbabit menyokong Bangladesh. Keadaan ini menyebabkan Perdana Menteri Pakistan Zulfiqar Ali Bhutto memerlukan sokongan bagi menghadapi krisis ini dan pihak AS telah mempamerkan kehadirannya melalui kapal pengangkut pesawat sebagai “wakil” ke Teluk Benggal pada tahun 1971 bagi menyokong Pakistan. Ketegangan hubungan dan perspektif India sebagai ancaman keselamatan semakin meningkat apabila Kesatuan Soviet yang merupakan negara sahabat India telah menceroboh Afghanistan pada 31 Disember 1978. Ia telah meletakkan Pakistan dalam dilema ancaman pencerobohan komunis ke atas negaranya selepas Afghanistan14. b)  Sokongan  dan  bantuan  Pakistan  kepada  Taliban   Akibat daripada percaturan politik antarabangsa, ia telah mempengaruhi dasar Pakistan untuk mengadakan hubungan dan memberi sokongan serta bantuan kepada Taliban bagi menjamin keselamatannya terjamin. Masalah ini telah mendorong Pakistan memberi bantuan kepada pemimpin-pemimpin puak di Afghanistan yang menentang kuasa Soviet. Melalui Inter-Services Interlligence (ISI) Pakistan telah bertanggungjawab menyalurkan bantuan bersama-sama AS termasuk dalam aspek bantuan kewangan, persenjataan dan ketenteraan kepada pejuang Mujahideen. Antara pemimpin Afghanistan yang mempunyai hubungan rapat dengan Pakistan adalah Burhanudin Rabbani, Ahmad Shah Massoud, Gulbuddin Hekmatyar, Gilzani Pushtun dan sebagainya pada 1970-an yang akhirnya para pemimpin puak ini bersatu di bawah satu kumpulan pejuang yang dikenali sebagai Mujahideen. Michael Rubin (2002:5) :-

“Inter-Services Intelligence (ISI), would introduce the United States to such important later mujahidin figures as Burhanuddin Rabbani, Ahmad Shah Masud, and Gulbuddin Hikmatyar. The latter is actually a Ghilzai Pushtun, but from the north, with only limited links to the Pushtuns of the south.”15

Di sini, Pakistan telah memainkan peranannya dalam membantu dan melindungi rakyat Afghanistan yang ditindas apabila membuka sempadan bagi kemasukan pelarian rakyat Afghanistan. Kemasukan para pelarian Afghanistan ini adalah majoritinya dari kalangan etnik Pushtun ke wilayah Pakistan yang rata-ratanya menyokong Taliban16. Kemunculan Mullah Omar dan puak Taliban yang amat berpengaruh di Afghanistan semenjak November 1994 telah memberi kesan kepada Pakistan itu sendiri. Pakistan terpaksa memberi sokongan memandangkan para penyokong pihak Taliban turut datang dari kawasan wilayah yang sebelum ini dibuka bagi memberi perlindungan daripada keganasan Soviet. Dasar Pakistan ini telah “memerangkap diri” memandangkan sebahagian daripada rakyatnya adalah rakyat Afghanistan yang masuk ke Pakistan ketika Perang Afghanistan-Soviet Union (1979-1989) yang kini menyokong gerakan Taliban. Penguasaan Taliban dan Mullah Omar ke atas Afghanistan semakin meluas apabila rakyat Afghanistan memberi sokongan dan menerima Taliban sebagai pemimpin apabila Taliban mempromosikan perlaksanaan pemerintahan Islam di Afghanistan. Menjelang Februari 1995, hampir keseluruhan Afghanistan telah dikuasai dan Taliban telah membentuk kerajaan bagi memerintah Afghanistan17. Pakistan sekali lagi mengambil pendekatan untuk mengiktiraf kerajaan Taliban di samping Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE)18. Walau bagaimanapun “negara mentor”

                                                                                                               14 Michael Rubin (2002).Who is responsible for the Taliban? Middle East Review of International Affairs. Vol. 6.

No. 1. March. hlm 3-5 15 Ibid. hlm 5 16 Gilles Dorronsoro (2009). The Taliban’s winning strategy in Afghanistan. Washington D.C: Carnegie

Endowment For International Peace. .hlm21 Diakses pada 7 November 2009 daripada http://www.carnegieendowment.org/files/taliban_winning_strategy.pdf

17 Op.cit. hlm 10-13 18 Ibid. hlm 11

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

38  

www.msocialsciences.com    

iaitu AS dan negara-negara lain seperti India, Rusia, Iran, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan sebagainya menganggap kerajaan Taliban sebagai tidak sah dan tidak mengiktiraf pemerintahan Taliban. Tanpa disedari dasar Pakistan yang mengiktiraf dan mengadakan hubungan dengan kerajaan Taliban ini telah memberi impak negatif kepada keselamatan Pakistan itu sendiri. Pakistan telah memberi peluang kepada rakyat di negaranya mempunyai hubungan rapat dengan Taliban19. Ini dapat dilihat berdasarkan Islamabad tidak menghalang hubungan parti politiknya iaitu Jamiat-Ulema-e-Islam (JUI) untuk mengadakan hubungan baik dengan pihak Taliban. Keadaan ini telah membolehkan Taliban bergerak bebas memperluaskan pengaruh dan perjuangan mereka yang tidak hanya di Afghanistan tetapi juga ke Pakistan.

Penguasaan Taliban di Beberapa Wilayah Afghanistan

Sumber: Gilles Dorronsoro (2009) c)  Desakan  kuasa  besar  AS   Kemunculan isu Taliban sebagai kumpulan pengganas yang perlu ditangani telah menyebabkan Pakistan berada dalam dilema apabila Taliban dan kumpulan militan lain telah terbabit dalam serangan ke atas dua buah pejabat kedutaan AS di Tanzania dan Kenya pada 7 Ogos 1988. AS yang sebelum ini tidak mengiktiraf Taliban melihat tindakan Taliban ini sebagai menjejaskan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan negaranya. Akibatnya AS telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Taliban di Afghanistan sebagai tindak balas. Pakistan semakin terhimpit apabila AS menggesa Pakistan mengawasi pergerakan Taliban khususnya ketika era pemerintahan Jeneral Prevez Musharraf. Pakistan semakin tertekan apabila pihak Taliban telah berjaya membunuh pemimpin sokongan AS iaitu Ahmad Shah Massoud pada 9 September 2001 dan melakukan serangan ke atas World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001. Susulan ini, AS telah menjalankan dasar war on terrorism

                                                                                                               19 Ahmed Rashid (2000). Taliban: Islam, oil, and the new great game in Central Asia.London: I.B. Tauris and

Company. hlm 89.

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

39  

www.msocialsciences.com    

yang mana ia juga turut melibatkan Pakistan yang digesa memerangi Taliban dan al-Qaeeda. Kesediaan Pakistan dan Jeneral Pervez Musharraf untuk memerangi Taliban dan al-Qaeeda telah menyebabkan Pakistan telah menjadi sasaran kepada serangan Taliban. Apa yang lebih membimbangkan adalah Taliban turut berpengaruh di dalam arus politik Pakistan yang akan menyukarkan usaha Pakistan menghapuskan Taliban. Pakistan sekali lagi menjadi harapan kepada AS apabila Islamabad telah menjadi “mata dan telinga” kepada AS dalam isu militan dan pengganas, di samping memantau perkembangan kuasa komunis (Rusia dan China) di Asia Selatan. Kemunculan ancaman pengganas secara terang-terangan semenjak awal tahun 2000, Pakistan semakin penting kepada AS dalam menjadi negara yang bertanggungjawab melaksanakan dasar memerangi keganasan bagi pihak AS ketika Pakistan di bawah pemerintahan Musharraf. Namun, kekalahan Musharraf dalam pilihanraya telah menjadi titik tolak kepada kebimbangan AS terhadap perlaksanaan dan perlindungan kuasanya di rantau Asia Selatan. Dari perspektif AS, Asif merupakan pemimpin Pakistan yang lebih mengutamakan dasar yang berlembut dengan militan dan pengganas. Ia merupakan satu pendekatan yang bertentangan dengan prinsip AS yang tidak akan berkompromi dan menggunakan kekerasan ketenteraan dalam menangani isu pengganas dan militan. Tindakan AS dan sekutunya yang mengambil keputusan untuk memperluaskan operasi ketenteraan ke dalam wilayah Pakistan walaupun tanpa kebenaran kerajaan Pakistan semenjak September 2008 telah menunjukkan ketidakyakinan AS terhadap Pakistan. Malah kegagalan Pakistan dalam menangani isu keganasan antarabangsa termasuk serangan di Mumbai pada 27 November 2008 turut dilihat sebagai kegagalan Pakistan apabila AS bertindak seolah-olah menyebelahi India dalam isu ini. d)  Memandang  rendah  keupayaan  Taliban   Kebangkitan semula Taliban telah mempengaruhi Pakistan perhatian mengenai kemampuan sebenar kumpulan dan pengaruh Taliban yang walaupun hanya dilengkapi senjata ringan seperti AK-47, pelancar roket (RPG) dan bom tangan, ia masih berupaya menggugat “menara kemegahan kekuatan Pakistan”20. Dengan melihat kepada kejayaan dan sokongan masyarakat Pashtun dari wilayah barat Pakistan dan dari wilayah Afghanistan terhadap gerakan Taliban, kekukuhan pertahanan Pakistan pastinya tergugat. Pakistan sepatutnya menydari bahawa anggota Taliban yang ada pada ketika ini adalah anggota yang sama pernah terbabit dan menimba pengalaman dalam siri peperangan dengan gergasi ketenteraan dunia, Kesatuan Soviet (1979-1989) melalui gerakan Mujahideen. Malah semenjak November 1994, Taliban juga merupakan puak yang berjaya meruntuhkan kerajaan Mujahideen yang memerintah Afghanistan selepas pengunduran Kesatuan Soviet pada Februari 1989. Justeru, kemampuan Taliban ini tidak boleh dipandang rendah oleh Pakistan kerana dengan hanya memiliki kelengkapan dan strategi yang sama mereka berjaya menumbangkan “gergasi merah Eropah” yang amat digeruni ketika era Perang Dingin (1945-1991)21. Kemampuan Taliban dan pengganas yang berjaya membunuh bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto pada 27 Disember 2007 yang juga merupakan isteri kepada Presiden Pakistan pada ketika ini adalah bukti mengenai keupayaan Taliban dan pengganas untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin utama kerajaan. Malah Taliban dan pengganas juga pernah menjadikan Presiden Pakistan sebagai sasaran pengeboman seperti mana yang berlaku ke atas Jeneral Prevez Musharraf pada April 2002 dan Disember 2003. Kejayaan Taliban dan pengganas membunuh jeneral tentera Pakistan, Brigadier Moin Haider di Islamabad pada 22 Oktober 2009 adalah satu perkembangan yang membuktikan kemampuan sebenar Taliban untuk menganggu gugat kekukuhan kerajaan dan negara Pakistan itu sendiri. Gerakan Taliban ini dilihat lebih sukar diatasi oleh pihak kerajaan berbanding Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) yang juga pernah berjaya membunuh Perdana Menteri India, Rajiv Ghandi pada Mei 1991 dan membunuh pemimpin kanan kerajaan Sri Lanka. Ini kerana Taliban bukanlah satu gerakan yang berstruktur dan mempunyai satu pusat gerakan yang tetap,

                                                                                                               20 Wan Latif Wan Muda (2005).Op.cit. hlm 19 21 Mark Galeotti (1995).Afghanistan: The Soviet Union’s last war. Portland: Frank Cass.hlm 1

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

40  

www.msocialsciences.com    

sebaliknya Taliban adalah satu gerakan yang lebih “longgar” yang mana adalah sukar untuk dikenalpasti anggota Taliban dan di mana ianya beroperasi. Selain itu, pengaruh dan ajaran Taliban dilihat ia telah “sebati” dalam budaya dan amalan dan perjuangannya diterima oleh masyarakat22. e)  Pakistan  amat  bergantung  kepada  kuasa  besar  AS   Ketika era pemerintahan Barack Obama, Pakistan sekali lagi menjadi “sandaran” kepada AS untuk melindungi kepentingan dan melaksanakan dasar AS di rantau Asia Selatan. Dasar AS ini adalah dipengaruhi oleh faktor kepentingan dan kegagalan penguasaan mereka Afghanistan. Dengan menyedari kawalan AS terhadap Afghanistan semakin lemah, maka Pakistan telah menjadi “pilihan utama” dalam memastikan masalah pengganas dapat dihapuskan. Pakistan sekali lagi telah djadikan sebagai “benteng” kepada perlindungan kepentingan AS di Asia Selatan seperti mana yang pernah digunakan ketika Afghanistan diceroboh oleh kuasa besar Kesatuan Soviet. Kesungguhan AS dalam menjadikan Pakistan sebagai benteng pertahanan dan membendung pergerakan Taliban, pengganas dan militan dapat dilihat apabila AS bersedia untuk menyediakan bantuan tambahan bernilai AS$1.5 bilion (RM5.4 bilion) setiap tahun dalam tempoh lima tahun kepada Pakistan bagi memperkukuhkan angkatan keselamatan, memulihkan demokrasi, membangunkan sekolah dan menyediakan kemudahan infrastruktur lain. Isu dan masalah pengganas ini walau bagaimanapun telah meletakan Pakistan berada dalam dilema. Ini kerana Pakistan sememangnya memerlukan bantuan daripada AS dalam usaha menangani permasalahan ini dan memastikan hubungan baik AS-Pakistan terus terjalin. Dalam masa yang sama hubungan baik AS-Pakistan ini turut mampu mengancam keselamatan mereka khususnya ancaman daripada Taliban, pengganas dan rakyat Pakistan itu sendiri. Harapan AS kepada Pakistan dalam membendung gerakan pengganas Taliban dan pengganas juga dipengaruhi oleh kegagalan rejim Hamid Karzai dalam membasmi permasalahan ini. Ini kerana hakikat di sebalik berita penguasaan AS dan sekutunya ke atas Afghanistan yang diwar-warkan kepada dunia adalah jauh dari apa yang sebenarnya berlaku di Afghanistan. Ini kerana, gerakkan Taliban masih kukuh termasuk berjaya menguasai beberapa wilayah besar di Selatan Afghanistan. Kawalan AS dan sekutunya hanyalah terhad di kawasan-kawasan bandar sahaja sedangkan mereka gagal menguasai kawasan-kawasan lain khususnya kawasan yang bersempadanan Afghanistan-Pakistan. AS sememangnya telah menyedari dengan situasi semasa kedudukan kuasa pengawalan ke atas Afghanistan pada ketika ini semakin sukar dikawal. Cadangan Obama untuk menambahkan 17,000 anggota tentera kepada keseluruhan 70,000 orang tentera adalah cadangan yang memaparkan risiko kekalahan di Afghanistan seperti mana yang pernah dilalui AS di Vietnam (1965-1975). Memandangkan dasar Pakistan pada ketika ini yang mengamalkan dasar untuk “berlembut” terhadap kumpulan Taliban, militan dan pengganas, maka AS dapat menggunakan kesempatan ini untuk membendung ancaman dan gerakan pengganas. Kesediaan Presiden Pakistan Asif Ali Zardari yang membenarkan undang-undang Syariah dilaksanakan di Lembah Swat, selatan negara yang majoritinya diduduki oleh militan dan Taliban telah menunjukkan kerajaan Asif cuba berkompromi dengan puak Taliban. Keputusan ini juga adalah sebagai memenuhi tuntutan kumpulan militan tempatan dan Taliban bagi meredakan keganasan di Pakistan. Walaupun keputusan Pakistan ini tidak disenangi oleh AS, namun AS tidak mempunyai pilihan selain “membenarkan” Islamabad berkompromi dengan kumpulan Taliban dan pengganas. Keputusan ini juga merupakan satu keputusan yang dibuat berdasarkan keperluan kepada kerajaan Pakistan itu sendiri apabila Taliban dan pengganas telah menjadi salah satu “kelompok masyarakat” di Pakistan.                                                                                                                

22 Mohamad Faisol Keling (2009). Taliban jatuhkan 'air muka' Pakistan. Utusan Malaysia. 3 November

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

41  

www.msocialsciences.com    

Analisis  Perkembangan  Semasa  Kemampuan  AS  Dan  Taliban   Kemampuan  dan  strategi  semasa  yang  dilaksanakan  oleh  AS  dan  Sekutunya   Operasi ketenteraan yang dijalankan ke atas Taliban pada 13 Februari 2010 adalah operasi ketenteraan yang mempamerkan AS telah melakukan perubahan strategi dan doktrin ketenteraan yang berbeza dengan operasi ketenteraan yang pernah dijalankan di Afghanistan sebelum ini. Ini kerana AS telah menyedari dengan kegagalan yang pernah dialami sebelum ini yang mana terdapat kelemahan dalam proses penguatkuasaan kawalan selepas perang dan penguasaan kawasan. Operasi ketenteraan AS dan NATO di Afghanistan pada ketika ini telah melibatkan seramai 121,000 orang tentera yang mana matlamat penguasaan tidak lagi tertumpu kepada kehadiran tentera dan penguasaan bandar utama semata-mata, sebaliknya ia turut melibatkan penguasaan ke atas kawasan geografi yang lebih luas dan menyeluruh. Pengawalan dan penguasaan tentera Barat telah diperluaskan ke kawasan-kawasan pergunungan dan pendalaman agar ia dapat “menutup ruang” bagi pembentukan kubu pengoperasian Taliban. Wilayah-wilayah yang berhampiran sempadan dan pergunungan seperti di wilayah Waziristan Selatan dan wilayah Helmand termasuk kawasan Marjah dan Nad Ali yang selama ini menjadi kawasan “perlindungan” kepada Taliban telah menjadi sasaran AS dan sekutunya23. Operasi pada kali ini juga tidak lagi menfokuskan kepada operasi penguasaan ke atas bandar-bandar tertentu, sebaliknya ia turut diperluaskan ke atas kawasan geografi yang lain. Kesediaan AS yang menegaskan untuk menambah 40,000 anggota tentera yang membawa kepada jumlah hampir 150,000 anggota tentera adalah satu jumlah yang besar, malah ia merupakan satu jumlah yang lebih besar berbanding pencerobohan Kesatuan Soviet (1979-1989) yang hanya mempunyai 120,000 orang tentera. Kesediaan AS ini telah menunjukkan komitmen AS untuk memperluaskan proses menguasai, mengawal Afghanistan dan menghapuskan Taliban. AS dan sekutunya sememangnya telah menyedari doktrin ketenteraan yang tidak menumpukan kepada usaha mewujudkan kestabilan selepas perang telah memberi bencana kepada penguasaan Barat itu sendiri. Ini kerana persoalan mengenai kejayaan penguasaan ke atas Afghanistan tidak hanya dalam Perang Afghanistan yang meletus pada tahun 2001, sebaliknya AS juga perlu berjaya menguasai Afghanistan selepas perang. Ini bermaksud, kejayaan AS menumpaskan Taliban dengan mudah pada 2002 itu hanyalah sebagai kejayaan Barat membuka platform bagi menempatkan angkatan dan pengkalan tentera dan bukannya menguasai Afghanistan dalam erti kata yang sebenar. Kegagalan menguatkuasakan keamanan selepas perang menunjukan AS gagal menguasai Afghanistan. Dengan adanya peningkatan serangan gerila Taliban yang semakin rancak semenjak Oktober 2009, ia menunjukan AS dan sekutunya “gagal” dalam menstabilkan Afghanistan selepas “mengalahkan” Taliban pada tahun 2002. Operasi Mushtarak (Bersatu) yang dijalankan oleh AS dan sekutunya semenjak 13 Februari 2010 adalah operasi ketenteraan yang menggabungkan usaha ketenteraan dan bukan ketenteraan dalam usaha menghapuskan Taliban. Usaha bukan ketenteraan ini dapat dilihat apabila AS telah dibantu oleh rejim Hamid Karzai yang berusaha mewujudkan ketenteraman, jaminan keselamatan, pusat-pusat perubatan, pembukaan sekolah dan mewujudkan peluang pekerjaan sebagai usaha melenyapkan pengaruh Taliban di kalangan masyarakat Afghanistan. Strategi ini bertujuan untuk mendapatkan keyakinan masyarakat Afghanistan agar tidak bergantung dan berpihak kepada Taliban24.

“The Taliban's influence can ultimately be countered by economic reconstruction and the promise of a better way of life for the alienated rural poor. Rural construction projects, a robust role of international non-government organizations (NGOs), and the deployment of civilian experts to provide social services for the basics of life — shelter, foodstuffs, and public health for example”25.

                                                                                                               23T homas H. Johnson and M.Chris Mason (2006).Op.cit.hlm 82 24 Kenneth Katzman (2009).Afghanistan: Post Taliban governance security and U.S policy. CRS Report For

Congress. hlm 14 telah diakses pada 24 Februari 2010 dari http://italy.usembassy.gov/pdf/other/RL30588.pdf 25 Richard E. Friedman and Frank Schell (2009).Op.cit.hlm 5

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

42  

www.msocialsciences.com    

Sememangnya penumpuan kepada usaha bukan ketenteraan ini telah menunjukkan kesediaan AS melakukan perubahan dalam doktrin ketenteraannya, namun tindakan tentera NATO yang melakukan kesilapan serangan ke atas sasaran yang “kabur” seperti kesilapan serangan pada 21 Februari 2010 yang mengorbankan 27 penduduk wanita dan kanak-kanak di wilayah Uruzgan Afghanistan adalah “kesilapan kecil” yang mampu mengubah momentum kejayaan dan mengubah persepsi masyarakat Afghanistan terhadap Barat. Kesilapan seperti ini pernah dialami oleh AS dalam Perang Vietnam (1965-1975) yang dikenali sebagai tragedi My Lai pada 16 Mac 1968 yang mana tindakan tentera AS yang membunuh orang awam telah menjadi faktor kepada penolakan masyarakat terhadap kehadiran AS di Vietnam26. Walaupun pada 23 Februari 2010, AS menerusi komander tentera AS dan NATO di Afghanistan, Jeneral Stanley McChrystal telah memohon maaf atas tragedi ini namun AS perlu memastikan kesilapan ini tidak berulang sekiranya AS mahukan kejayaan menghapuskan Taliban. Kemampuan  dan  strategi  semasa  yang  dilaksanakan  oleh  Taliban   Namun, adakah pihak Taliban mampu meraih sokongan masyarakat Afghanistan? Sekiranya dilihat dalam konteks yang luas, pihak Taliban juga turut mempunyai kelemahan dalam memperluaskan pengaruh dan perjuangan mereka di Afghanistan. Dalam operasi ketenteraan yang dijalankan semenjak 13 Februari lalu, Taliban telah melakukan kesilapan strategi apabila menjadikan masyarakat awam sebagai benteng bagi mengelakkan serangan tentera Barat. Ini bermakna puak Taliban telah mengeksploitasi masyarakat awam Afghanistan demi kepentingan pencapaian objektif dalam menghadapi serangan. Realitinya, sokongan masyarakat Afghanistan terhadap Taliban bukanlah secara menyeluruh. Sekiranya kita menilai proses pembentukan kerajaan selepas Perang Afghanistan (2002), masyarakat Afghanistan telah bersatu hati untuk memberi komitmen keluar membuang undi bagi membentuk kerajaan yang lebih baik yang mana Hamid Karzai telah berjaya memenangi pilihanraya pertama yang dijalankan pada Oktober 2004. Malah terdapat masyarakat Afghanistan yang memberi komitmen untuk keluar mengundi walaupun telah diberi amaran dan ancaman daripada pihak Taliban dalam pilihanraya. Pengalaman yang dilalui oleh masyarakat Afghanistan dalam pemerintahan Islam radikal yang diamalkan oleh Taliban antara 1996-2001 adalah pengalaman yang telah menyuntik kesedaran masyarakat Afghanistan untuk menilai semula sokongan terhadap Taliban27. Ini kerana pemerintahan radikal Taliban telah menyebabkan masyarakat Afghanistan terpaksa melalui fasa “isolasi” dan kemunduran daripada arus kemajuan dan pemodenan negara seperti mana yang dikecapi oleh masyarakat Islam di negara lain. Malah masyarakat Afghanistan semakin jauh ketinggalan pembangunan dan hidup dalam kemiskinan apabila Taliban melaksanakan dasar yang menghadkan kebebasan dan mengabaikan kebajikan masyarakat. Selain itu, kesedaran masyarakat Afghanistan untuk bergerak ke arah keamanan dan kestabilan politik ini juga dapat dilihat dengan kesediaan beberapa panglima Quetta Shura Taliban untuk menyertai perbincangan dengan Kai Eide28 wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di London pada 29 Januari 2010 yang dikenali sebagai Persidangan London yang mana Barat telah menawarkan dana AS$140 juta (RM476 juta) dan pengampunan kepada pejuang Taliban sebagai habuan untuk melucutkan senjata adalah senario yang menggambarkan Taliban semakin kurang mendapat sokongan. Kesediaan pemimpin dari kalangan Taliban itu sendiri yang bersedia untuk menyertai Persidangan London yang turut disertai oleh 70 buah negara Afghanistan, AS serta Britain telah memberi gambaran mengenai kekurangan sokongan terhadap gerakan Taliban di Afghanistan. Senario ini menunjukkan bahawa masyarakat Afghanistan telah mempunyai kesedaran dan pendirian untuk mewujudkan keamanan dan membentuk kerajaan yang stabil walaupun tidak secara menyeluruh. Kejayaan tentera sekutu AS iaitu Pakistan yang berjaya menahan pemimpin elit Taliban Abdul Ghani Baradar atau dikenali sebagai Mullah Brother yang merupakan pemimpin nombor dua selepas Mullah Muhammad Omar pada 16 Februari 2010 telah memberi tekanan kepada puak Taliban. Ini kerana Abdul Ghani                                                                                                                

26 Thomas H. Johnson and M.Chris Mason (2006).Op.cit.hlm 72 27 Ibid. 28 Vanda Felbab-Brown (2009). Negotiations and reconciliation with the Taliban: The key policy issues and

dilemmas. Washington: Brookings.hlm 3

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

43  

www.msocialsciences.com    

Baradar merupakan individu yang bertanggungjawab membentuk gerakkan Taliban pada tahun 1994 dan menjadi pemimpin utama yang menjalankan strategi dan perancangan yang berpusat di Pakistan bagi menggerakkan operasi Taliban di Afghanistan. Pihak Taliban dilihat tertekan berikutan kehilangan beberapa pemimpin elitnya seperti Baitullah Mehsud pada 5 Ogos 2009 dalam operasi AS dan sekutunya yang dilancarkan antara Mei-Oktober 2009 telah memberi kesan kepada gerakan Taliban. Terkini, kematian Mullah Brother juga akan menjejaskan perancangan dan gerakan Taliban di Afghanistan serta sokongan masyarakat terhadap Taliban. Kesimpulan   Setelah 7 tahun berlalu, Afghanistan hakikatnya masih dibelenggu dengan berita-berita kemusnahan, korban nyawa, kemunduran dan kemiskinan. Malah kehidupan masyarakat Afghanistan pada ketika ini bagaikan “telor di hujung tanduk” apabila tersepit di tengah-tengah perbalahan pihak yang bertelagah. Situasi ini telah menimbulkan persoalan kepada masyarakat Afghanistan dan antarabangsa dengan nasib dan masa depan rakyat yang semakin gelap. Tanpa mengendahkan nasib dan hala tuju rakyat Afghanistan, AS tetap mempromosikan kemenangan ke atas Taliban bagi menyakinkan dunia dengan tindakan yang diambil. Dasar AS dan Pakistan yang menggunakan kekerasan ketenteraan terhadap Taliban dan pengganas di Afghanistan dan Pakistan akan menyukarkan lagi usaha penyelesaian. Kelemahan rejim boneka AS di Afghanistan dan Pakistan yang gagal membawa kepada kestabilan akan terus mempengaruhi peningkatan keganasan daripada Taliban dan al-Qaeda. AS dan sekutunya sepatutnya perlu menjadikan kegagalan gergasi ketenteraan dunia, Kesatuan Soviet di Afghanistan sebagai model dalam membendung ancaman pada ketika ini. Namun, apa yang dipraktikan oleh AS dan Pakistan pada ketika ini adalah hampir sama dengan apa yang pernah dilakukan oleh Kesatuan Soviet pada satu ketika dahulu. Ancaman utama terhadap keselamatan negara bagi Negara Dunia Ketiga adalah lahir dari dalam negara itu sendiri. Ini kerana sesebuah negara yang hanya menumpukan kekuatan bagi menghadapi ancaman luaran semata-mata akan meletakkan sesebuah negara itu dalam risiko keruntuhan. Teladan terbaik yang dapat menjelaskan keadaan ini adalah senario keruntuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991 yang mana keruntuhan ini telah dipengaruhi oleh sikap kerajaan yang hanya menumpukan untuk mengatasi ancaman luar sempadannya semata-mata. Ia telah menyebabkan Kesatuan Soviet “terlepas pandang” terhadap keperluan dalaman negara termasuk pembangunan ekonomi dan tuntutan rakyat. Akibatnya ia telah merintis kepada kelemahan kuasa, kelemahan pengurusan kerajaan dan gerakan penentangan masyarakat dari dalam negara yang akhirnya menumbangkan sebuah negara yang berstatus kuasa dunia. Di sini, Taliban tidak boleh dipandang rendah oleh pihak Pakistan. Strategi bagi menghapuskan Taliban bukan hanya terletak kepada strategi ketenteraan semata-mata, tetapi juga ia memerlukan strategi yang bukan bersifat ketenteraan. Presiden Asif Ali Zardari perlu menilai semula perjalanan dan pembangunan politik, undang-undang, ekonomi, sosial dan dasar luar yang diamalkan sebelum ini. Dasar AS yang menggunakan kekerasan ketenteraan terhadap Taliban dan pengganas di Afghanistan dan Pakistan akan menjadi semakin sukar untuk diselesaikan. Dalam sama yang sama tindakan Pakistan yang membuka tangan kepada kemasukan Taliban dan pengganas ke wilayahnya akan member landasan kepada gerakan keganasan yang berpanjangan. Kelemahan rejim boneka AS di Afghanistan yang gagal membawa kepada kestabilan akan turut mempengaruhi kepada ancaman keganasan. AS sepatutnya perlu menjadikan kegagalan kuasa besar dunia, Kesatuan Soviet di Afghanistan sebagai model dalam membendung ancaman pada ketika ini. Namun, apa yang dipraktikan oleh AS pada ketika ini adalah hampir sama dengan apa yang pernah dilakukan oleh Soviet pada satu ketika dahulu. Sekiranya AS terus gagal mengawal pergerakkan Taliban dan pengganas serta tidak berjaya menggunakan kepentingan Pakistan sebaik-baiknya, Afghanistan sekali lagi akan menyaksikan satu lagi kuasa besar dunia di tumbangkan di Afghanistan.

Malaysian  Journal  of  Social  Sciences  and  Humanities,  Volume  2,  Issue  2,  (page  31  -­‐  44),  2017        

 

44  

www.msocialsciences.com    

Rujukan   Afghanistan kaji semula kehadiran tentera asing. Utusan Malaysia. 27 Ogos 2008 Ahmed Rashid (2000). Taliban: Islam, oil, and the new great game in Central Asia. London: I.B. Tauris

and Company. Amin Saikal (1989). The regional politics of the Afghan crisis. Dalam Amin Saikal and William Maley

(edt). The Soviet Withdrawal from Afghanistan. Cambridge: Cambridge University Press. AS gagal di Afghanistan. Utusan Malaysia . 12 September 2008 Carter Malkasian and Jerry Meyerle (2009). How is Afghanistan different from Al Anbar? Alexandria

CAN: Document Control and Distribution. Colin Rhys Hill (2009). Beyond Charlie Wilson: The Soviet-Afghan War. The New Media Journal. 10

Januari 2009. hlm 25-26. Diakses pada 7 November 2009 daripada http://www.nationalhistoryclub.org/documents/2-Soviet-Afghan19-1.pdf .

Gilles Dorronsoro (2009). The Taliban’s winning strategy in Afghanistan. Washington D.C: Carnegie Endowment For International Peace. Diakses pada 7 November 2009 daripada http://www.carnegieendowment.org/files/taliban_winning_strategy.pdf

Kenneth Katzman (2009).Afghanistan: Post Taliban governance security and U.S policy CRS Report For Congress telah diakses pada 24 Februari 2010 dari http://italy.usembassy.gov/pdf/other/RL30588.pdf

Mark Galeotti (1995).Afghanistan: The Soviet Union’s last war. Portland: Frank Cass. Michael Rubin (2002).Who is responsible for the Taliban? Middle East Review of International

Affairs. Vol. 6. No. 1. March. Mohamad Faisol Keling (2009). Taliban jatuhkan 'air muka' Pakistan. Utusan Malaysia. 3 November Richard E. Friedman and Frank Schell (2009). Afghanistan: A mission in search of a strategy. The

National Strategy Forum Review.Vol.18.No.1.Winter. Southeast Asia Treaty Organization (SEATO), 1954. Diakses pada 9 November 2009 dari

http://www.state.gov/r/pa/ho/time/lw/88315.htm Thomas H. Johnson and M.Chris Mason (2006). Understanding the Taliban and insurgency in

Afghanistan. Orbis. Elsevier Limited. Vanda Felbab-Brown (2009). Negotiations and reconciliation with the Taliban: The key policy issues

and dilemmas. Washington: Brookings. Wan Latif Wan Muda (2005). Perang gerila bandar, penguasaan dan perebutan medan tempur.

Perajurit. Januari.