ketahui resepi kecantikan cerah sempurna oleh hanis … · mendidik wanita tentang rejim penjagaan...

7
2/23/2015 Ketahui Resepi Kecantikan Cerah Sempurna oleh Hanis Zalikha | Wanista.com http://www.wanista.com/ketahuiresepikecantikancerahsempurnaolehhaniszalikha/ 1/14 BREAKING Dapatkan Nasihat Penjagaan & Pilihan Kasut Yang Baik di MyORTHO KECANTIKAN · PILIHAN KETAHUI RESEPI KECANTIKAN CERAH SEMPURNA OLEH HANIS ZALIKHA AYU NADIRAH · FEBRUARY 17, 2015 0 0 66 0

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

21 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KETAHUI RESEPI KECANTIKAN CERAH SEMPURNA OLEH HANIS … · mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah

2/23/2015 Ketahui Resepi Kecantikan Cerah Sempurna oleh Hanis Zalikha | Wanista.com

http://www.wanista.com/ketahui­resepi­kecantikan­cerah­sempurna­oleh­hanis­zalikha/ 1/14

BREAKING Dapatkan Nasihat Penjagaan & Pilihan Kasut Yang Baik di MyORTHO

[Inspirasi Fesyen] Diana Rikasari, Penulis ’88 LOVE LIFE’ yang Stailo

Jom Tengok Koleksi Cath Kidston Spring Summer 2015

Ketahui Manfaat Air Beras untuk Kulit Wajah

Berbeza Sungguh! Gambar Beyonce Belum Photoshop Didedah

Lupita Nyong’o Tampil Menawan Dengan Gaun Sarat Hiasan Mutiara

Bumi Arab Saudi Diliputi Salji

Nenek 58 Tahun Ditahan Khalwat Bersama Lelaki Bangladesh

KECANTIKAN · PILIHAN

KETAHUI RESEPI KECANTIKANCERAH SEMPURNA OLEHHANIS ZALIKHA

AYU NADIRAH · FEBRUARY 17, 2015

0 0 66 0

Page 2: KETAHUI RESEPI KECANTIKAN CERAH SEMPURNA OLEH HANIS … · mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah

2/23/2015 Ketahui Resepi Kecantikan Cerah Sempurna oleh Hanis Zalikha | Wanista.com

http://www.wanista.com/ketahui­resepi­kecantikan­cerah­sempurna­oleh­hanis­zalikha/ 2/14

SAFI Balqis White Trilogy membuka dimensi baharu kecantikan anda dengan memperkenal Sistem

White Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk wajah cerah

sempurna seawal 3 hari. Hasil ini boleh diperolehi dengan penggunaan berterusan rangkaian Safi

Balqis White Trilogy.

Berikan wajah anda manfaat kecantikan cerah sempurna dengan manfaat buah kiwi dan limau

gedang yang terdapat dalam rangkaian produk penjagaan kulit muka ini.

3shares

Share on Facebook Share on Twitter + What's This?

Page 3: KETAHUI RESEPI KECANTIKAN CERAH SEMPURNA OLEH HANIS … · mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah

2/23/2015 Ketahui Resepi Kecantikan Cerah Sempurna oleh Hanis Zalikha | Wanista.com

http://www.wanista.com/ketahui­resepi­kecantikan­cerah­sempurna­oleh­hanis­zalikha/ 3/14

Rangkaian yang diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat pencerahannya di

dalam  produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses

pigmentasi. Ia juga turut mengurangkan kerosakan sel serta mempertingkatkan kelembapan kulit,

lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit. Berbeza

daripada rangkaian produk kecantikan di luar yang hanya memberi tumpuan kepada lapisan luaran

sahaja, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan fokus kepada kronologi manfaat pencerahan wajah

seperti berikut:

Page 4: KETAHUI RESEPI KECANTIKAN CERAH SEMPURNA OLEH HANIS … · mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah

2/23/2015 Ketahui Resepi Kecantikan Cerah Sempurna oleh Hanis Zalikha | Wanista.com

http://www.wanista.com/ketahui­resepi­kecantikan­cerah­sempurna­oleh­hanis­zalikha/ 4/14

3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara

semulajadi

3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit

3 minggu – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

Hanis Zalikha, duta SAFI Balqis White Trilogy telah berkongsi resepi kecantikan cerah sempurna

beliau pada majlis SAFI Balqis Cerah Sempurna Masterclass. Majlis tersebut telah dianjurkan untuk

mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi

produk kecantikan kulit wajah dengan formulasi khusus dari buahan semula jadi.

Bertempat di The Cooking House bangsar, majlis yang mengenengahkan konsep “masterclass”

kecantikan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi bersama Chef Cerah Sempurna kemudian disusuri

dengan bengkel kecantikan SAFI Balqis White Trilogy yang dekelolai oleh Hanis Zalikha dan Pengurus

Kumpulan Produk SAFI  – Puan Mahsuri Sulaiman. Sepanjang demonstrasi masakan berlangsung,

para peserta telah dijelaskan oleh Chef Nor Zailina (Chef Lin), berkenaan manfaat kecantikan Kiwi

dalam mecerahkan kulit, dan Limau Gedang untuk keperluan khusus kulit berminyak dan sensitif

melalui pandangan pakar seorang tukang masak.

Penulis kepada 30 buah buku masakan ini turut menyediakan satu hidangan khas, gabungan

istimewa buah Kiwi dan Limau Gedang semasa majlis berlansung sebagai salah satu langkah

penjagaan kecantikan.

Page 5: KETAHUI RESEPI KECANTIKAN CERAH SEMPURNA OLEH HANIS … · mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah

2/23/2015 Ketahui Resepi Kecantikan Cerah Sempurna oleh Hanis Zalikha | Wanista.com

http://www.wanista.com/ketahui­resepi­kecantikan­cerah­sempurna­oleh­hanis­zalikha/ 5/14

Pada sesi bengkel penjagaan wajah, Puan Mahsuri Sulaiman menerangkan keunikan dan teknologi

kecantikan SAFI didalam rangkaian SAFI Balqis White Trilogy beserta cara penggunaan yang betul

agar hasrat transformasi kulit cerah sempurna mampu dikecapi. Selaku pengurus produk rangkaian

SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman berkata “Dengan kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan serta

sains kecantikan SAFI, SAFI Balqis White Trilogy ini telah direka khas untuk seluruh jenis keperluan kulit

kerana kami di keluarga SAFI percaya bahawa semua wanita berhak mendapat penjaagan wajah yang

sempurna seawal usia muda remaja”.

Menambah rencah kecantikan di dalam sesi ini, Hanis Zalikha turuh berkongsi rahsia kulit cerah

semulajadi  beliau dengan memperkenal rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M SAFI

Balqis White Trilogy  beliau iaitu “Membersih – Menyegar – Memelihara – Melembap –

Menyerikan”. Menurut beliau, 5 langkah ini merupakan elemen utama bagi memastikan kulit

sentiasa cerah sempurna.

Dengan nada yang bersahaja dan penuh ceria, personafikasi keayuan jenama SAFI Balqis White

Trilogy – Hanis Zalikha berkata, “penjagaan kecantikan haruslah dititik beratkan luar dalam agar kulit

sentiasa segar, anjal dan kurang kedutan. 5 produk asas mesti ada bersama saya semestinya Pembersih

muka, Penyegar, Krim pelembap, Serum dan BB Cream daripada SAFI BALQIS White Trilogy. Selain itu,

menikmati snek sihat seperti buah-buahan, serta meminum air masak yang banyak turut menjadi amalan

seharian”.

Page 6: KETAHUI RESEPI KECANTIKAN CERAH SEMPURNA OLEH HANIS … · mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah

2/23/2015 Ketahui Resepi Kecantikan Cerah Sempurna oleh Hanis Zalikha | Wanista.com

http://www.wanista.com/ketahui­resepi­kecantikan­cerah­sempurna­oleh­hanis­zalikha/ 6/14

Pada penghujung majlis, peserta dapat berjumpa dengan Puan Mahsuri secara individu untuk

mendapat penerangan lanjut tentang rangkaian produk SAFI Balqis White Trilogy serta sesi beramah

mesra dengan Hanis Zalikha bagi mengetahui tips kecantikan serta penampilan penuh keyakinan diri

beliau.

Peserta pulang dengan raut wajah cerah sempurna dengan bingkisan istimewa dari SAFI Balqis White

Trilogy serta merakamkan potret kenangan bersama keluarga SAFI.

Page 7: KETAHUI RESEPI KECANTIKAN CERAH SEMPURNA OLEH HANIS … · mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah

2/23/2015 Ketahui Resepi Kecantikan Cerah Sempurna oleh Hanis Zalikha | Wanista.com

http://www.wanista.com/ketahui­resepi­kecantikan­cerah­sempurna­oleh­hanis­zalikha/ 7/14

[ EDISI KAHWIN ] SET HANTARAN SK-II &HATTA DOLMAT COUTURE

SIRI DRAMA VIKINGS DI HISTORYKEMBALI UNTUK MUSIM KETIGA

Produk SAFI BALQIS White Trilogy ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya

dan pasaraya hiper utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI BALQIS White Trilogy sila layari laman

facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran

youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.

TAGS: hanis zalikha safi Safi Balqis safi balqis white trilogy

P R E V I O U S P O S T N E X T P O S T

AYU NADIRAH

Dahulu, penyelidik kanser (pelajar postgrad). Kini, seorang penulis. Mempunyainocturnal habit pada waktu malam dan lingkaran hitam di bawah mata.

T H E A U T H O R