modulsjh3103ppg(2013)

94
SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH Sinopsi s Tajuk ini memberi pendedahan mengenai latar belakang kurikulum Sejarah di negara ini. Perbincangan juga menyentuh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berikutnya perbincangan menganalisis pemikiran Sejarah. Untuk menguji kefahaman pelajar di akhir perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri. HasilPembelajaran: 1. Mengenal pasti perkembangan kurikulum sejarah di negara ini. 2. MenjelaskanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 3. Membincangkan asas-asas pemikiran Sejarah. Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini Latar belakang Kurikulum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Asas penggubalan KSSR Pengenalan Kurikulum Elemen merentas kurikulum Kurikulum berasaskan standard Kurikulum Sejarah

Upload: rav-bany

Post on 28-Sep-2015

45 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

TAJUK 1PENGENALAN KEPADA KURIKULUM SEJARAH

Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan mengenai latar belakang kurikulum Sejarah di negara ini. Perbincangan juga menyentuh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Berikutnya perbincangan menganalisis pemikiran Sejarah. Untuk menguji kefahaman pelajar di akhir perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.

HasilPembelajaran:

1. Mengenal pasti perkembangan kurikulum sejarah di negara ini.

2. MenjelaskanKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

3. Membincangkan asas-asas pemikiran Sejarah.

Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Latar belakang Kurikulum Sejarahiklum Sejarah

10

2

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Asas penggubalan KSSR

Pengenalan Kurikulum Sejarah

Elemen merentas kurikulum

Kurikulum berasaskan standard

Kurikulum Sejarah

Kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara

Sub tajuk 1.1 Latar belakang kurikulum Sejarah

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid Tahun 4 di Tahap II dalam KSSR mulai tahun 2014. Tujuan pembelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah adalah untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Selain itu supaya murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah dari peringkat awal.

Pelaksanaan kurikulum Sejarah telah disepadukan dengan elemen pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik di dalam dan luar bilik darjah. Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara tematik dan mengikut kronologi yang membincangkan pengenalan negara dan identitinya, sejarah awal negara dan warisannya serta kedaulatan dan kejayaan negara.

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan kepada pembelajaran Sejarah di peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Oleh itu pendekatan PdP mata pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah.

Sub tajuk 1.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Literasi Sains dan Teknologi dan Ketrampilan Diri. Enam tunjang ini merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketrampilan.

Layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang KSSR Sejarah

Sub tajuk 1.3 Asas Penggubalan KSSR Sejarah

Matlamat Kurikulum Pendidikan Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

Objektif Kurikulum Pendidikan Sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah membolehkan murid ;1.Memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu2.Mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat3.Memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam elemen Sejarah4.Menyatakan kepentingan Sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa Sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian5.Menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian Sejarah6.Menilai warisan sejarah negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global7.Memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat8.Menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia9.Memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum10.Memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri11.Mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimin negara sebagai melahirkan perasaan bangga dan hormat

12.Menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial

Fokus Mata Pelajaran Sejarah

Fokus Utama KSSR Sejarah

Menerapkan semangat patriotik melalui pengetahuan masa lalu dan masa kiniMenyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

Rajah 1 : Fokus Mata Pelajaran Sejarah

Organisasi Kurikulum Sejarah

Organisasi kurikulum Sejarah disepadukan berasaskan tiga elemen utama iaitu:

1. Kandungan Kurikulum

Kandungan kurikulum Sejarah menggunakan pendekatan tematik seperti berikut ;

TahunTema

Tahun 4Mengenal Negara Kita

Tahun 5Sejarah Awal Malaysia

Tahun 6Kedaulatan Negara

Jadual 1 : Kandungan Kurikulum Sejarah

2. Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

Organisasi kurikulum Sejarah juga memasukkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Penerapan nilai ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, serta kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik tersebut dapat diperincikan seperti pada jadual di bawah ini.

BilDimensi KewarganegaraanCiri-ciri WarganegaraElemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

1Perkongsian SejarahMengetahui dan memahami sejarah pembentukan negra Berbangga dengan sejarah asal usul negara Menghargai kewujudan dan kegemilangan kerajaan Melayu tradisional Mengambil iktibar kesan penjajahan luar ke atas negara Memelihara warisan negara

2Perkongsian NilaiMengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah Menyanjungi prinsip Rukun Negara Menghormati kepelbagaian agama dan budaya Berbangga dengan lambang dan simbol negara

3Perkongsian KekitaanMembentuk sikap sepunya dan kebersamaan Menghormati amalan kepelbagaian kaum, budaya dan agama Berbangga dengan hari kemerdekaan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Berbangga dengan pencapaian negara

4Perkongsian Masa DepanMembina keyakinan dan tanggungjawab mencorakkan negara pada masa depan Menghormati masyarakat pelbagai kaum Memakmurkan ekonomi negara Mengekalkan warisan negara

5KesetiaanMemupuk perasaan taat dan setia pada negara Mentaati Raja dan negara Menghormati pemimpin negara Mematuhi undang-undang dan peraturan negara

6Tanggungjawab WarganegaraMengetahui dan memahami tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati Mempertahankan identiti negara Mempertahankan warisan negara Menerima perbezaan dan agama

7Keterikatan Emosi Kepada NegaraMempunyai perasaan cinta akan negara yang mendalam dan berusaha mempertahankannya Menghargai sejarah asal usul negara Menghargai warisan negara Menghargai identiti negara Menghayati prinsip Rukun Negara Bersyukur dengan keharmonian kaum Bersyukur dengan kemajuan ekonomi Berbangga dengan pencapaian negara

Kemahiran Pembelajaran Sejarah

Mata pelajaran Sejarah mempunyai teras struktur disiplin yang sistematik bagi mengembangkan proses pembelajaran dan pengajarannya. Kemahiran ini termasuklah ;

a)Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)b)Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI)c)Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI)

a) Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

i.Merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guruii.KPS membantu murid memahami bagaimana Sejarawan menggabungjalin peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti Sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkan pemikiran kritis dan kreatifiii.Penerapan KPS dapat membantu guru menghidupkan suasana pembelajaran yang sekaligus mampu meningkatkan minat murid

Terdapat beberapa asas KPS yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendah. Antara kemahiran pemikiran Sejarah tersebut seperti berikut ;

Elemen asas Sejarah Konsep masa Susunan masa Konversi masa Signifikan bukti Imaginasi Perbandingan masa lalu Isu dan masalah masa lalu

Perbincangan

Dalam kumpulan seramai 4 orang, bincangkan asas-asas kemahiran pemikiran Sejarah (KPS) secara terperinci beserta dengan contoh yang sesuai.

Susunan MasaAwalan, perkembangan dan akhiranMengukur dan mengira kalendar masa

Konsep MasaTempohJarak MasaTarik Spesifik

Elemen Asas SejarahTokohTempatPeristiwaTarikh/Masa

Asas KPS yang perlu dikuasai murid SekolahRendah

Konversi MasaInterpretasi garis masaPerubahan dan kesinambungan dalam kronologi masa

ImaginasiImaginasi visualPengembangan kreativitiImaginasi perasaan

Signifikan BuktiTarikh berlakuTokoh terlibatPeristiwa yang berlakuLokasi peristiwa yang berlakuBagaimana berlaku

Perbandingan Masa LaluMencari persamaanMencari perbezaanIsu dan Masalah Masa LaluMengkaji sebab musababMelihat perubahan dan kesinambunganMelihat sebab dan akibat

Rajah 2 : Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)

b) Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI)

Elemen KPS turut menggabungjalin kemahiran kreatif dan inovatif. Elemen KPS yang boleh dikaitkan dengan fasa kreatif adalah seperti berikut ;

KemahiranFasa Kreatif

Memahami KronologiFasa Persediaan

Meneroka BuktiFasa Persediaan

Membuat InterpretasiFasa Imaginasi

Membuat ImaginasiFasa Imaginasi

Membuat RasionalisasiFasa Perkembangan

Membuat PenjelasanFasa Perkembangan

EmpatiFasa Tindakan

Jadual 2 : Kemahiran Kreatif dan Inovatif Mengikut Fasa

Kemahiran Kreatif dan Inovatif (KKI) pula boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut :FasaPersediaan

PemerhatianMembuat pemerhatian untuk mengumpul maklumat

AnalisisMenganalisis maklumat daripada umum kepada khusus

FasaImaginasi

SintesisMenggabungkan maklumat yang berasingan untuk memilih dan menghasilkan sesuatu idea

Penjanaan IdeaMenghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara

Fasa

Penambahbaikan

FasaPerkembangan

MenilaiMembuat penilaian tentang sesuatu perkara

FasaPerkembangan

PelaksanaanMembuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan kualiti karya atau ciptaan

Amalan BerterusanPeka kepada perkara yang berlaku di sekeliling dan menjana idea kreatif

Jadual 3 : Pembahagian KKI

c) Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid berperanan merancang dan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan selesa dan bebas. Mereka melibatkan diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan, ujikaji dan kaji siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran seperti kerja projek, simulasi, lawatan, main peranan, forum dan kuiz.

Dalam pembelajaran Sejarah, kemahiran inkuiri ini dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan sikap ingin tahu dalam kalangan murid. Semasa melaksanakan inkuiri, murid akan lebih peka kepada keadaan masyarakat dan persekitarannya.

Kemahiran inkuiri turut digunakan dalam kajian kes kerana membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui penaakulan. Kemampuan mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan.

Menerusi kemahiran inkuiri ini, guru juga boleh berperanan sebagai fasilitator untuk merangsang minat murid menjadi lebih yakin dan seronok dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.

Terdapat lima peringkat dalam kemahiran inkuiri seperti berikut ;

Mengenal pasti tajuk Menentukan kaedah Mengumpul maklumat Mengkaji maklumat Membuat rumusan

Mari kita rehat sebentar...cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda fahami selepas membaca tajuk-tajuk tersebut. Tajuk-tajuk tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini.

Aktiviti

1) Pada pendapat anda, apakah rasionalnya kemahiran kreatif dan inovatif (KKI) digabungjalinkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah rendah?

2) Apakah kelebihan pelaksanaan pembelajaran berasaskan inkuiri dalam kalangan murid di sekolah rendah?

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

Sub tajuk 1.4 Bentuk KSSR

Sub tajuk 1.5 Elemen Merentas Kurikulum

Pembelajaran mata pelajaran Sejarah di Sekolah Rendah merupakan suatu pembelajaran yang merentas kurikulum seperti mana pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan sebelum ini. Kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Rendah ini merentas elemen kurikulum Geografi, Ekonomi, Sains, Sivik, Pendidikan Moral mahupun elemen kurikulum Sejarah itu sendiri. Oleh itu dapat disimpulkan, mempelajari mata pelajaran Sejarah membantu murid atau pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang pelbagai aspek dan tidak hanya semata-mata berkaitan kurikulum Sejarah itu sahaja. Mempelajari mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dari pelbagai aspek termasuk tentang kehidupan seharian dalam kalangan masyakat dan rakyat kepada sesebuah negara.

Sub tajuk 1.6 Kurikulum berasaskan standard

Kurikulum berasaskan standard sekolah rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah memberi penekanan kepada lapan elemen.

Menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikirDomain kognitif, efektif dan psikomotor

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasiPenekanan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Elemen kewarganegaraan dan nilai sivik

Kemahiran pelbagai kecerdasanSemangat patriotik

Penerapan nilai murniKajian masa depan

Pembelajaran sepanjang hayat

Kurikulum ini merupakan transformasi pendidikan yang memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid. Dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebih proaktif, dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman terhadap matlamat, objektif dan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Selain itu, dapat membantu guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran secara berkesan. Penghayatan semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapat direalisasikan berpandukan tajuk dalam standard kandungan serta standard pembelajaran.

Kurikulum berasaskan standard mata pelajaran sejarah telah menggariskan tiga standard yang diguna pakai sebagai rujukan.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD RUJUKAN DIGUNA PAKAI MATA PELAJARAN SEJARAH

STANDARD PEMBELAJARAN

STANDARDPRESTASI

MAKSUD STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARANDAN STANDARD PRESTASI

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

STANDARD PRESTASI

Penyataan spesifik tentangperkara yang murid patutketahui dan boleh lakukandalam suatu tempohpersekolahan merangkumiaspek pengetahuan,kemahiran dan nilai.Suatu penetapan kriteria atauindikator kualiti pembelajarandan pencapaian yang bolehdiukur bagi setiap standardkandungan.

Suatu set kriteria umum yangmenunjukkan tahap-tahapprestasi yang perlu muridpamerkan sebagai tandabahawa sesuatu perkara itutelah dikuasai murid(indicator of success)

Sub tajuk 1.7 Kurikulum Sejarah

Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran, elemen Kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

i)Huraian dan perincian kurikulum sejarah

Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktivititersebut mengaplikasikan elemen didik hibur bagi menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Ini bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warga negara Malaysia.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan seperti rajah di bawah:-

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

ii)Bentuk Kurikulum

Bentuk Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah ialah menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapansemangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangkakronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusiadan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

Sejarah Sekolah Rendah mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (kemahiran), penerapan elemen Kewarganegaraan dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah.Organisasi kurikulum dapat dilihat dengan jelas dalam rajah di bawah ini.

Organisasi Kurikulum

iii)Rasional kurikulum Sejarah

Menjelang tahun 2014, Kementerian Pendidikan berusaha memberi penekanan kepada mata pelajaran Sejarah yang merangkumi asas-asas sejarah negara bagi membantu memahami hubungan etnik, sistem beraja, kedudukan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu. Kurikulum sejarah ini bertujuan untuk menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Penekanan yang khusus kepada sejarah negara selaras dengan kehendak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia celik sejarah di samping menghayatinya. Langkah memperkenalkan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah adalah tepat supaya murid-murid dapat diberi pendedahan awal tentang sejarah di samping memupuk minat untuk mempelajari sejarah sebagai persediaan di peringkat menengah nanti. Mata pelajaran Sejarah dimasukkan dalam tunjang kemanusiaan yang lebih kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai patriotisme

dalam kalangan murid. Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, kemahiran , elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan di luar bilik darjah. Melalui mata pelajaran Sejarah konsep-konsep asas berkaitan negara diperkenalkan bagi mengembangkan isu-isu komplek sejarah Malaysia yang meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

iv)Komponen kurikulum Sejarah

Komponen kurikulum Sejarah merupakan kesepaduan tiga elemen utama iaitu:

1.1 Kandungan Kurikulum Sejarah

Kandungan kurikulum Sejarah sekolah rendah menggunakan pendekatan kronologi. Persembahan kandungan berfokuskan tentang sejarah negara yangdisepadukan dengan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik.Kandungan kurikulum Sejarah mencakupi beberapa tema seperti berikut:

TAHAP IITEMA

Tahun 4Sejarah Awal Negara

Tahun 5Kedaulatan Negara

Tahun 6Kemakmuran Negara Kita

Kandungan Kurikulum Sejarah

1.2 Elemen Kewarganegaraan Dan Nilai Sivik

Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik melalui mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan

dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang. Pelaksanaannya adalah secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.2.1 Dimensi Kewarganegaraan

Penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik menggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Elemen ini merujuk kepada bangsa yang mendiami suatulingkungan geografi yang memiliki etos sebagai penjalin hubungan antara etnik yang mendiaminya. Di Malaysia, rakyat terdiri daripada pelbagai etnik, budaya dan agama.

Perkongsian Sejarah

Perkongsian NilaiKeterikatan Emosi Kepada Negara

Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

Kesetiaan

Perasaan Kekitaan

Tanggungjawab Warganegara

Perkongsian Masa Depan

Dimensi Kewarganegaraan

1.2.2 Panduan Pelaksanaan Penerapan Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik

Kaedah untuk melahirkan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik kepada murid haruslah melalui aktiviti soal jawab, kajian kes, pemerhatian dan kaedah-kaedah lain mengikut kreativiti guru dan tahap kebolehan murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Contoh soalan melalui aktiviti soal jawab:

1. Adakah kita perlu menjaga alam sekitar?2. Mengapakah anda perlu menghargai keindahan alam sekitar?3. Bagaimana anda dapat menyatakan rasa bangga terhadap keindahan alam sekitar?

1.3 Kemahiran Pembelajaran Sejarah

Mata pelajaran Sejarah mempunyai teras struktur disiplin yang sistematik bagi mengembangkan proses pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran inimerangkumi aspek berikut:

1.3.1 Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan proses kognitif yang membolehkan murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. KPS juga membantu murid memahami bagaimanasejarawan menggabungjalinkan peristiwa lalu dengan menggunakan bukti-bukti sejarah bagi menentukan signifikan sesuatu peristiwa ke arah meningkatkanpemikiran kritis dan kreatif. Penguasaan kesemua elemen dalam kemahiran ini membolehkan murid dapat melihat sesuatu peristiwa sejarah secara empati.

KPS sesuai diaplikasikan dalam hampir semua situasi pembelajaran dan pengajaran. Penerapan KPS dapat membantu guru menghidupkan suasana

pembelajaran Sejarah yang sekaligus boleh meningkatkan minat murid. Ini membolehkan murid menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang perlu dikuasai oleh murid di peringkat sekolah rendahadalah seperti berikut:

a) Elemen Asas Sejarahb) Konsep Masac) Susunan Masad) Konversi Masa

e) Isu dan Masalah Masa Laluf) Perbandingan Masa Lalug) Imaginasi dan Empatih) Mencari sumberi) Signifikan Bukti

1.3.2 Kemahiran Kreatif dan Inovatif

Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran murid. Melalui proses pembelajaran dan pengajaran, murid dapat memahami secara kritis dan imaginatif tentang segala aspek kehidupan manusia silam dan kini secara empati. Secara khusus, mata pelajaran Sejarah menekankan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah yang dipupuk dan dikembangkan dalam kalangan murid bagi meningkatkan kemahiran kritis, kreatif dan inovatif.

1.3.3 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Kemahiran inkuiri dapat mengembangkan kemahiran berfikir dan sikap ingin tahu dalam kalangan murid. Semasa melaksanakan inkuiri, murid akan lebih peka kepada keadaan masyarakat dan persekitarannya. Kemahiran inkuiri merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid berperanan merancang dan menjalankan aktiviti pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara aktif untuk mencari dan mengumpul maklumat melalui

pelbagai aktiviti seperti memerhati, mendengar, menyoal, berbincang, membuat rujukan, uji kaji dan kaji siasat. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan dalam pelbagai teknik pembelajaran seperti kerja projek, simulasi, lawatan, main peranan dan kuiz.

Kemahiran inkuiri digunakan dalam kajian kes kerana membolehkan murid memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui penaakulan. Kemampuan mencari dan mengumpul maklumat melalui pelbagai aktiviti tersebut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang lebih bermakna dan berkesan. Menerusi kemahiran ini, guru juga boleh berperanansebagai pembimbing untuk merangsang minat murid menjadi lebih yakin dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.

1.3.4 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagimenyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,

menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran. KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

Layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sejarah

Sub tajuk 1.8 Kaitan kurikulum dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara

Kurikulum mata pelajaran Sejarah ini disusun berkait rapat dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara. Generasi masa kini dilihat tidak lagi menghayati sejarah negara yang menjadi dasar utama kepada pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang kita lihat pada masa ini. Kekurangan ilmu sejarah telah menyebabkan perpaduan yang dibina selama ini goyah. Masyarakat juga mula berani mempertikaikan dan mempersoalkan perkara-perkara yang boleh menggugat ketenteraman negara seperti hak-hak sesuatu kaum, rasisme dan sebagainya tanpa menyedari bahawa bukan mudah untuk membina perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini.

Warganegara yang baik sudah semestinya merupakan individu yang menyayangi negaranya sendiri dan mempunyai semangat patriotik. Kurikulum sejarah ini melihat sejauhmana individu mengetahui sejarah masa lepas dan menilai rasional mengkaji sejarah masa lepas. Seterusnya, masa depan yang akan dilalui merupakan ramalan atau andaian dalam kehidupan individu. Kaedah-kaedah kita meramal masa depan berkait rapat dengan sejarah masa lepas yang dilalui. Kemahiran meramal masa depan merujuk kepada sejarah masa lepas yang dijalani dalam kehidupan seseorang.

Kurikulum sejarah berkait rapat dengan kehidupan masyarakat dan negara. Persoalan di bawah perlukan jawapan daripada anda.

1.Nyatakan sumbangan penting tokoh kemerdekaan negara kita.2.Berikan ciri-ciri pemimpin yang dapat membangunkan negara.3.Nilai sanggup berkorban untuk negara penting dalam memajukannegara, bincangkan.4.Sekolah ialah institusi untuk menyatukan masyarakat. Jelaskan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan tunjang bagi mengukuhkan kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran terbaik merealisasikannya ialah melalui pendidikan khususnya pendidikan sejarah yang merupakan teras penting dalam dasar pendidikan. Ia juga merupakan satu keperluan dalam proses pemantapan kewarganegaraan bagi membolehkan sesebuah sejarah bukan sahaja dihargai dan dihayati malah elemen penting lain ialah sebagai suatu pengajaran, pedoman ataupun perencanaan. Melalui sejarah, pengalaman masa lampau merupakan satu rujukan terbaik bagi generasi masa kini dan akan datang membentuk sebuah negara bangsa.

TAJUK 2 MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

TAJUK 1: MARI BELAJAR SEJARAH

Hasil Pembelajaran:

1.Merumuskan sejauhmana mata pelajaran sejarah berperanan dalam membina patriotik diri seorang warganegara.2.Menghuraikan mata pelajaran Sejarah Sekolah Rendah dari perspektif Mata Pelajaran Sejarah

Carta Aliran

MARI BELAJAR SEJARAH

PengenalanKemahiran SejarahFokus Konsep Ilmu Sejarah Pengertian Diri dan keluarga Sekolah Tempat tinggal EmpatiMenghubungkaitkan peristiwa sejarah mengikut garis masa Menghayati sejarah negara Menjelaskan sebab dan akibat dalam sejarah Menghargai diri, keluarga dan masyarakat

Apa itu Sejarah?Berbagai-bagai pengertian telah dikemukakan oleh Sejarawan. Di bawah diperturunkan beberapa pandangan yang telah diberikan oleh Sejarawan terkemuka

R.G.CollingwoodHerodotus

E.H. CarrLeopold Von RankeDefinisiSejarah

Ibnu KhalunAbdul Rahman Abdullah

i.Herodotus Sejarah bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman ii.Leopold Von Ranke - Sejarah haruslah dikaji dan ditulis seperti sebenarnya berlaku berasaskan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.

iii.R.G.Collingwood Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau

iv.E.H.Carr - Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putus antara ahli Sejarah dengan faktanya atau masa kini dengan masa lampau. v.Ibnu Khaldun - Sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yang berlaku pada masyarakat tersebut.

vi.Abdul Rahman Abdullah Sejarah sebagai realiti objektif (fakta) memerlukan pemikiran pemikiran subjektif (interpretasi) Sejarawan yang bertanggungjawab

Mari kita rehat sebentar... cuba anda berikan definisi Sejarah mengikut Ilmuan Islam dan Barat.

AktivitiMelalui pengalaman anda, ceritakan tentang sejarah diri dan keluargaserta sejarah sekolah

. Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah

SEJARAH AWAL NEGARA

Sinopsis

TAJUK 2 : ZAMAN AIR BATU

Tajuk ini menjelaskan tentang zaman air batu akhir iaitu zaman Plestosen danzaman Holosen. Tajuk ini juga menerangkan hubungan antara ilmu geografidengan sejarah bagi memupuk semangat jati diri, sayang akan negara dan menghargai alam sekitar. Carta Aliran

ZAMAN AIR BATU

Empati Memahami kejadian alam Memupuk kesedaran memelihara alam sekitar Menanam semangat jati diri dalam kalangan murid Fokus Perubahan Zaman Air Batu PengenalanZaman Air Batu

Mari kita rehat sebentar... cuba anda bezakan antara Zaman Pleistosendan Zaman Holosen.

. Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

Sinopsis

TAJUK 3: ZAMAN PRASEJARAH

Tajuk ini menjelaskan tentang kehidupan masyarakat sebelum kewujudan sistem tulisan. Perbincangan memfokuskan cara masyarakat zaman praSejarah menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk kelangsungan hidup.Di samping itu, tajuk ini juga memperlihatkan kesungguhan mereka menghadapi cabaran alam. Sikap berani, kreatif dan inovatif dalam menghadapi cabaran alam ini wajar dicontohi murid. Tajuk ini juga menghubungkait disiplin ilmu Sejarah dengan Geografi

CARTA ALIRAN.

ZAMAN PRASEJARAH

Fokus Kehidupan manusia zaman prasejarah Empati Memupuk perasaan menghargai diri dan alam sekitar Memupuk semangat jati diri dalam kalangan murid. Menghubungkait peristiwa sejarah dengan geografi Pengenalan Zaman prasejarah

ZAMAN PRA-SEJARAH

Paleolitik(Zaman Batu Awal)

Mesolitik(Zaman Batu Pertengahan)

Neolitik(Zaman Batu Baharu))

Logam(Zaman Gangsa Besi)

(i) Zaman Paleolitik (Zaman Batu awal)

Berdasarkan rekod-rekod sejarah, Zaman ini wujud kira-kira 35000 tahun yanglalu.Komunitinya tinggaldalam gua-gua.Kegiatan ekonomi mereka bersifat saradiri dan hidup secara nomad.Contoh petempatan komuniti ini ialah di Gua Badak dan Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Tingkayu (Sabah).

(ii) Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)

Zaman ini dianggarkan sekitar 11,000 tahun yang lalu.Komuniti zaman ini tertumpu di gua-gua batu kapur.Mereka sudah mula mendiami kawasan sekitar sungai dan pinggir laut.Peralatan batu yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka lebih halus buatannya.Masih berburu binatang dan mula bercucuk tanam.Kawasan petempatan mereka seperti di Gua Cha (Kelantan), Gua Kecil(Pahang), Gua Kepah (Kedah), Jenderam Hilir(Selangor).

(iii) Zaman Neolitik (Zaman Batu Baharu)

Sekitar 5,000 tahun yang lalu, komuniti ini masih menggunakan alat-alat batu untuk membantu mereka menjalani kehidupan seharuian. Kegiatan utama memburu binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam dan menternak binatang.Mereka mula mengadakan hubungan dengan komuniti luar.Contoh petempatan yang memperlihatkan zaman ini ialah di Gua Gomantong dan Gua Madai (Sabah), Gua Niah dan Gua Tengkorak (Sarawak). (iv) Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi)Zaman ini dikatakan wujud disekitar 2500 tahun yang lalu.Zaman ini tidak lagi menggunakan allt-alat batu untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian. Kehidupan komuniti ini lebih teratur dan beradat.Contph petempatan zaman ini ialah di Sungai Lang dan Sungai Langat (Selangor), Batu Buruk dan Sungai Terengganu (Terengganu) dan Sungai Tembeling (Pahang).

Mari kita rehat sebentar.. cuba anda jelaskan apakah kegiatan ekonomi yang dipraktikkan di setiap zaman kehidupan pra-sejarah.

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SEJARAH AWAL NEGARA

Sinopsis

TAJUK 4: KERAJAAN MELAYU AWAL

Tajuk ini membincangkan Kerajaan-kerajaan Melayu awal sebelum Kesultanan Melayu Melaka. Melalui pembelajaran ini murid dapat mengenali keistimewaan dan keunikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang dikaitkan dengan kemashyuran jalan laut dan perdagangan.

CARTA ALIRAN

KERAJAAN MELAYU AWAL

Empati Mengagumi kegiatan kerajaan - kerajaan Melayu awal Menghayati kegemilangan Kerajaan Melayu awal Mengagumi kemahiran masyarakat kerajaan Melayu awal Fokus Kerajaan Melayu Awal Kerajaan-kerajaan Melayu Lokasi Kegiatan ekonomi

Pengenalan Kerajaan Melayu Awal

Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu termasuklah Tan-Tan, Kalasapura, Fo-Lo-An, Chiu-Chih, Lo-Yueh, Chih-Tu, Tun-Sun, Pan-Pan dan Hsia-Wau-Lu. Kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai nama loghat Bahasa Cina.

Kerajaan Kedah Tua

(1) Menurut Catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke - 5 Masihi antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu.(2) Pusat pentadbiran Kedah Tua pada awalnya ialah Sungai Mas dan kemudian berpindah ke Lembah Bujang.(3) Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannya agama Hindu dan bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan Candi di Lembah Bujang.(4) Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka.Kapal-kapal yang belayar dari Arab, Perak,dan Ceylon di Teluk Benggala akan singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan pelayaran ke tempat-tempat lain.(5) Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka sudahtiba di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas.(6) Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di LembahBujang iaitu dua keping wang perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (847-861 Masihi), manik dari India dan kaca dari Timur Tengah..

Kerajaan Chih Tu

(1) Pendapat sesetengah pengkaji mengatakan bahawa Kerajaan Chih Tu terletak di sekitar Tanah Merah Kelantan.Menurut Sumber Cina, Chih Tu juga dikenali sebagai Tanah Merah. Kerajaan ini mempunyai hubungan dengan kerajaan China. Menerima pengaruh Hindu-Budha dan raja mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran.(2) Raja dibantu oleh Jemaah menteri yang dianggotai oleh tiga orang menteridan seorang Ketua Hakim bergelar Chu Lo Mo Ti atau Kulapati (Lisa Yip danJais Abdul Hamid, 2012)

Latihan : Jelaskan apakah kegiatan ekonomi yang dipraktikkan pada setiap zaman kehidupan kerajaan melayu awal

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan

SEJARAH AWAL NEGARA

TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka adalah kerajaan yang telah melahirkan beberapa orang tokoh terbilang. Di antara tokoh-tokoh ini terdiri daripada Parameswara, Bendahara Tun Perak dan LaksamanaHang Tuah yang telah memainkan peranan penting dalam membina keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Peranan mereka yang boleh dirujuk dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah boleh menjadi iktibar dan contoh kepada murid-murid dalam membina sahsiah, jati diri dan kepimpinan mereka pada masa depan. Nilai-nilai murni masyarakat masa lalu dapat juga dijadikan panduan oleh murid-murid untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika mulia.

CARTA ALIRAN

TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA

Empati Memupuk rasa bangga dan setia kepada institusi pemerintahan Menghargai peranan tokoh-tokoh terbilang dalam memberi iktibar Menghargai nilai-nilai masyarakat terdahulu untuk dicontohi oleh murid Fokus Tokoh Terbilang Parameswara BendaharaTun Perak Laksamana Hang Tuah Pengenalan Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja Cina pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana yang bermaksud Yang Dipertuan kepada tiga dunia melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek.Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372-1386), Paduka Seria Rana Wira Kerma (1386-1399) dan Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399-1401). Pada tahun 1401 kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

Menurut Suma oriental, Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahnya Raja Sam Agi. Baginda diserang Raja Jawa, Batara Tamavill. Baginda melarikan diri ke Singapura.Setelah membunuh wakil Raja Siam(Temagi) di Singapura. Parameswara menjadi pemerintah palsu dan telah diserang dan dihalau oleh Siam. Ekoran daripada itu baginda bersama seribu pengikutnya menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu (Malay Annals) yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak dari Kota Burok ke Seniang Ujong dan di Sungai Bertam. Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Melaka, Parameswara telah melihat persitiwa anjing pemburuannya telah ditendang oleh seekor pelanduk yang kecil yang dianggapnya kejadian yang luar biasa. Parmeswara menamakantempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.

Antara sultan yang terkenal dan sering dikaji oleh pengkaji Sejarah ialah :

(i) Sultan Mansor SyahSultan Mansor Shah (memerintah 1456 1477) adalah gelaran kepada RajaAbdullah menggantikan bapanya Sultan Muzaffar Shah. Zaman pemerintahSultan Mansor Syah , baginda menjalankan perluasan wilayah antaranya ialah Selangor, Bertam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan dan pulau-pulau sekitarnya. Baginda mendapat menakluki Indragiri dan Siantan secara percuma daripada Majapahit setelah Sultan Mansor Syah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit. Sultan Mansur Syah sangat memuliakan alim ulama sambilmendalami ilmu agama sehigga tahap ilmu tasawuf. Baginda telah menjalankan Hukum Kanun Melaka yang dikatakan mirip kepada keislaman.

(ii) Sultan Muzaffar Syah.Sultan Muzaffar Syah atau nama sebenarnya ialah Raja Kassim merupakan Sultan Melaka yang ke 5. Baginda memerintah dari tahun 1445 hingga 1456.Setelah baginda ditabakan menjadi pemerintah Melaka, baginda memerintahkan pegawainya melaksanakan segala adat istiadat, tradisi dan larangan yang diperkenankan oleh almarhum ayahandanya .Banyak peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahannya, antaranya ialah Tun Perak berjaya menangkis serangan dari Ayuthia (ibu negara Siam), Persengketaan Tun Perak dan Tun Ali yang membawa kepada perkahwinan Tun Ali dengan Tun Kudu yang merupakan salah seorang isteri Sultan Muzaffar Syah pada masa itu. Sultan Muzaffar Syah telah mengkat selepas serangan Siam pada tahun 1456 namun Melaka berjaya menangkisnya, kemenangan Melaka dalam peperangan ini telah menyuntik semangat baru dalam menyusun strategi untuk mengembangkan pengaruhnya di kepulauan Melayu yang lain.

(iii) Sultan Alauddin Riayat Syah.Nama sebenarnya ialah Raja Hussain merupakan sultan Melaka yang ke-7.Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya Sultan MansurSyah pada tahun 1477.Baginda adalah seorang raja yang mementingkan keadilan dan keamanan . Baginda sering menyamar pada waktu malam untuk mengetahui keadaan sebenar rakyat jelatanya.Baginda banyak mendapatrintangan dalam pemerintahannya seperti pemerintahannya dicabar oleh kekandanya Raja Ahmad yang mendakwa dirinya benhak menduduki takhta. Baginda mempunyai dua orang anak yang merebut takhta selepas kemangkatannya.Baginda meninggal dunia pada tahun 1488 dan diganti oleh puteranya Raja Mahmud.

(iv) Sultan Mahmud Syah Sultan Mahmud Syah memerintah Melaka pada tahun 1488 hingga 1511merupakan Sultan Melaka yang ke-8.Baginda mewarisi takhta Melaka pada usia yang muda dan mencapai kegemilangan Melaka dengan menjadikan Melaka terkenal sebagai pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Baginda juga terkenal dengan pemerintahan yang kejam, tetapi pentadbirannya dibantu oleh Bendahara Tun Perak.Baginda juga terkenal kerana ingin memperisterikan Puteri Gunung Ledang yang menjadi kemuncak kezalimannya membuat apa saja asalkan impiannya tercapai.

Tun PerakNama gelaranya ialah Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih iaitu Bendahara Melaka yang ke-5.Antara kejayaan Tun Perak ialah berjaya menangkis serangan Siam yang pada masa itu satu kerajaan yang kuat.Ketika Tun Perak menjadi Bendahara , Melaka telah berjaya menakluki negeri-negeri pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor,Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak. Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka, umpamanya beliau melantik Sultan Alaudin Riayat Syah yang merupakan anak saudaranya. Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498.

Mari kita rehat sebentar.....berdasarkan dua sumber, jelaskan asal-usul Parameswara

Aktiviti : Secara kumpulan berikan faktor-faktor kegemilangan dan kejatuhanMelaka.

Jata NegaraBunga KebangsaanKBahasa KebangsaanLagu KebangsaanBendera KebangsaanIdentiti NegaraJangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan

(i) Jata Negara(a) Lambang bintang pecah 14 -13 Buah negeri dalam Persekutuan Malaysia.(b) Anak Bulan Agama rasmi adalah Agama Islam.(c) Lima bilah keris NNMTB (Johor,Kedah,Perlis, Kelantan,Terengganu)(d) Pokok Pinang-Negeri Pulau Pinang(e) Pokok Melaka- Negeri Melaka(f) Empat Jalur warna hitam dan putih negeri Pahang.(g) Jalur merah dan kuning-Selangor(h) Jalur hitam,putih dan kuning-Perak(i) Jalur Merah,hitam dan kuning Negeri Sembilan(j) Bahagian bawah sebelh kiri Sabah dan kanan Sarawak.(k) Warna kuning- warna Diraja

(ii) Bendera Kebangsaan(a) 14 jalur merah dan putih 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan(b) Warna biru tua perpaduan rakyat(c) Anak Bulan Agama Islam agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia(d) Bintang pecah 14- 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan(e) Warna kuning pada bulan dan bintang Warna Diraja Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

(iii) Lagu Kebangsaan(a) Lagu Negaraku adalah lagu rasmi negeri Perak yang berasal dari Pulau Mahe di Kepulauan Seycelles yang dibawa oleh Sultan Abdullah setelah selesai menjalani hukuman dibuang negeri kerana di dakwa bersubahat membunuh Residen Perak JWW Birch.(b) Lagu ini dicipta oleh seorang penggubah Perancis yang bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) telah diberi seni kata baru dinamakan Allah Lanjutkan Usia Sultan yang menjadi lagu rasmi negeri Perak Darul Ridzuan.(c) Lagu tersebut telah dipilih menjadi lagu kebangssan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957 bertempat di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

(iv) Bahasa Kebangsaan(a) Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu yang digunakan untuk urusan rasmi oleh seluruh rakyat Malaysia.

(v) Bunga Kebangsaan.(a) Bunga Raya adalah sejenis bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscusrosasinensis).(b) Bunga Raya telah dipilih daripada i tujuh bunga yang dipertandingkan pada 28 Julai 1960.

Yang Dipertuan Agong(1) Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Negara bagi Persekutuan Malaysia yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu.(2) Perlembagaan Persekutuan Perkara 34 menyebut beberapa perkara yang tidak boleh dibuat oleh Yang Dipertuan Agong:(a) Yang diPertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas sebagai raja negerinya kecuali tugas sebagai Ketua Agama Islam.(b) YDPA tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apapersaraan.(c) YDPA tidak boleh mengambil bahagian dengan bergiat dalam apa-apa enterprise perniagaan(d) YPDP tidak boleh menerima apa-apa jenis pendapatan yang kedar atau terakur kepadanya sebagai Raja Negerinya di bawah peruntukan Perlembagaan Negerinya itu atau peruntukan mana-mana undang-undang negeri.(e) YDPA tidak boleh dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atas lawatanke suatu negeri.

Yang Dipertuan Agong menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan. Baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri kecuali mana-mana peruntukan selain perlembagaan ini. Ia mempunyai kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen dan meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yanag Maha MuliaRaja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu. (Perlembagaan, Perkara 40(2))

Rukun Negara(a) Rukun Negara lahir sesudah peristiwa hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei1969, telah diisytiharkan pada tahun 31 Ogos 1970.(b) Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang bertujuan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat tanpa mengira perbezaanyang berdasarkan asal keturunan, bahasa, agama dan budaya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Latihan : Berikan apakah maksud yang ada pada jata negara .

Kita Rakyat Malaysia(a) Pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik. Di Semenanjung Tanah Melayu kelompok terbesar adalah orang Melayu, Cina dan India.Di samping itu terdapat juga Sikh dan Serani.

Suku Kaum di SabahSabah mempunyai pelbagai suku kaum, antaranya ialah:

KadazandusunBonggiMurutKimarang

BajauKwijauPaitanLundayeh

KedayaUbianSuluBinadan

KokosBisayaRumanauLotud

MinokokOrang SungaiRungusTatana

TagaasSulukMelayuIrranun

Idaan BruneiPelbagai kumpulan etnik Filipina Selatan

Suku Kaum di SarawakSarawak mempunyai dua puluh tujuh etnik antaranya ialah :

MelanauDayak - Iban

Dayak -KenyahDayak - Kayan

Dayak - MurutDayak - Bidayuh

Dayak - PenanKedayan

Dayak - KelabitDayak Punan

Latihan ; Senaraikan kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak

Keseniaan dan Kebudayaan MalaysiaKepelbagaian kaum telah menghasilkan pelbagai corak kesenian dan kebudayaan masyarakat negara kita.Dari segi pakaian, orang Melayu mempunyai pakaian seperti baju kurung, baju kebaya dan baju Melayu. Pelbagai adat dan pantang larang di amalkan antaranya ialah adat besanding, melenggang perut dan sebagainya. Masyarakat Cina pula mempunyai pelbagai budaya mereka seperti pakaian Cheong Sam,makanan Young Tau Fu dan sebagainya.

Asas kebudayaan kebangsaan ialah :(i) Kebudayaan Kebangsaan negara ini haruslah berteraskan kepada kebudayaan penduduk asli rantau ini.(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajarlah diterima dan menjadi sebahagian daripada unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.(iii) Islam adalah menjadi unsur penting dalam pembentukan kebaudayaan kebangsaan.

Kejayaan dan Dunia.Pada pentas dunia, Malaysia banyak memainkan peranan sama ada peringkat serantau atau antarabangsa. Pada peringkat serantau, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan direalisasikan melalui Perisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961. Negara-negara yang menganggotai ASA ialah Persekutuan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.

Tujuan penubuhan ASA ialah :(i) Mewujudkan kerjasama dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara yang bukan komunis.(ii) Memperbaiki kedudukan ekonomi dan sosial negara-nagara anggota ASA.(iii) Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan kebudayaan, kemasyarakatan, sains dan pentadbiran.(iv) Membendung kemiskinan(v) Membendung ancaman komunis.

ASEAN ditubuhkan hasil daripada Deklarasi Bangkok pada Ogos 1967. ASEAN pada peringkat awalnya dianggotai Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. Kini ASEAN mengandungi sepuh anggota dengan penambahan negara iaitu Kampuchea, Laos, Brunei, Vietnam dan Myanmar.

Tujuan penubuhan ASEAN ialah :(i) Mempercepatkan perkembangan ekonomi,sosial, dan kebudayaan melaluikegiatan bersama.(ii) Mewujudkan kestabilan dan keamanan serantau berasaskan keadilan dankepatuhan undang-undang serta prinsip piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada peringkat antarabangsa Malaysia menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Malaysia menganggotai Komanwel pada tahun 1957, dan Non-Aligned Movement (NAM) yang ditubuhkan pada tahun 1961.

Latihan ; Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia di peringkat dunia.

TAJUK 3 SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan mengenai latar belakang kurikulum sejarah sekolah rendah di Malaysia yang dimulakan bagi murid Tahun 4 mulai tahun 2014. Perbincangan ini juga menyentuh Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga mengenai asas pemikiran sejarah bagi melahirkan murid yang dapat memahami konsep dan fakta sejarah. Berikutnya perbincangan mengenai asas pemikiran sejarah.

Hasil Pembelajaran:

1. Mengenal pasti perkembangan kurikulum Sejarah di negara ini.

2. Menjelaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

3. Membincangkan asas-asas pemikiran Sejarah.

SJH3103 KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

2

Asas Memahami Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Di Sekolah Rendah

Sub tajuk 3.1: Sukatan Pelajaran Sejarah di sekolah rendah

3.1.1: Latar Belakang subjek Sejarah di Malaysia

Di Malaysia, mata pelajaran sejarah diajar mengikut keperluan masyarakat dan negara dalam membina masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Hal ini disebabkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan bentuk masyarakat telah berubah kepada masyarakat berbilang kaum. Oleh itu subjek Sejarah menjadi mekanisme untuk menyelesaikan pelbagai konflik yang timbul kesan daripada masyarakat berbilang kaum. Terdapat dua tahap masa bagi melihat latar belakang pengajaran subjek Sejarah di sekolah rendah.

Tahap Pertama: Tanah Melayu Sebelum Merdeka

Ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British subjek Sejarah diajar secara tidak serius. Pihak penjajah British hanya menekankan kepada pengajaran yang berbentuk sejarah dunia bagi dihafal olah murid-murid agar mereka mengakui kepentingan penjajah Barat. Kisah-kisah sejarah berkisar kepada kejayaan bangsa Eropah dalam mewarnakan sejarah dunia. Tidak banyak kisah masyarakat tempatan diceritakan kepada murid-murid. Dengan lain perkataan sejarah pada zaman British bersifat Euro-Centric.

Tahap Kedua: Tanah Melayu merdeka

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan Tanah Melayu telah membolehkan sistem pendidikan yang menjurus kepada kepentingan masyarakat di Tanah Melayu. Subjek Tawarikh yang hanya menjurus kepada catatan ataupun peristiwa sejarah semata-mata, mula menekankan kepada sejarah yang menjurus kepada nilai, iktibar dan kepentingan mempelajari Sejarah.

3.1.2: Rasional Sukatan dan Huraian Sukatan Sejarah

Sukatan subjek Sejarah di sekolah rendah memberi penekanan kepada perkembangan murid melalui pembelajaran sejarah berasaskan pengalaman dan persekitaran murid-murid. Oleh yang demikian sukatan dan huraian sukatan pelajaran menekankan kepada Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.

Standard Kandungan merupakan perkara-perkara dalam konteks sejarah yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh murid dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula menekankan kepada kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur melalui tajuk-tajuk sejarah yang dipelajari. Disamping itu, sesuatu yang dipelajari oleh murid perlu diukur bagi membuktikan bahawa murid mencapai tahap yang dikehendaki mengikut tahap penguasaan dalam Standard Prestasi.

Rasional sukatan dan huraian sukatan pelajaran sejarah lebih menekankan konsep kronologi bagi membentuk murid agar memahami susun galur sejarah mengikut tempoh masa sesuatu peristiwa yang berlaku. Oleh yang demikian murid berupaya menjelaskan masa lepas untuk memahami masa kini dan boleh meramal masa depan berasaskan peristiwa-peristiwa sejarah yang dipelajari dan dikuasai.

3.1.3: Matlamat dan Objektif

Kurikulum Standard Sejarah sekolah rendah mengharapkan agar murid dapat memahami pelbagai tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah Malaysia dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

Objektif Mempelajari Sejarah Di Sekolah Rendah

Objektif mempelajari Sejarah di sekolah rendah mengharapkan murid dapat memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu. Subjek Sejarah membolehkan pelbagai sumber dan maklumat dikaji. Melalui kajian ini murid akan mendapat idea, konsep serta eleman sebab dan akibat dalam pembelajaran sejarah. Warisan negara amat penting dipelajari dalam konteks setempat, negara dan juga global. Kepimpinan negara membolehkan pelbagai nikmat kehidupan diperoleh oleh setiap generasi. Oleh yang demikian, menghargai tokoh-tokoh akan dapat melahirkan perasaan bangga dan hormat kepada pemimpin masa lalu.

3.1.4: Pemetaan Sukatan Pelajaran sejarah

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah yang dimulakan kepada murid Tahap 2 mengandungi tiga tema utama iaitu:

Pemetaan Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kronologi dengan memberi pengetahuan asas Sejarah awal Negara yang mengandungi:- Mari Belajar Sejarah Zaman Air Batu Zaman Pra Sejarah Kerajaan Melayu Awal Tokoh Kesultanan Melayu Melaka

Semua tajuk ini menjurus kepada asas-asas pembentukan negara dan cara-cara mempelajari kejadian atau peristiwa yang membolehkan murid menjadi sebahagian warganegara.

Tahap Kedua menekankan kepada Kedaulatan Negara yang mengandungi:- Warisan Negara Kita Perjuangan Kemerdekaan Negara Yang DiPertuan Agong Identiti Negara Kita

Tahap Ketiga pula, tema yang dipelajari lebih menjurus kepada Kemakmuran Negara yang mengandungi:- Negara Malaysia Kita Rakyat Malaysia Pencapaian dan Kebangaan Negara

3.1.5: Skop Kandungan

Skop dan Kandungan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah berfokuskan tentang Sejarah Negara yang disepadukan dengan eleman kewarganegaraan dan nilai sivik bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid tentang nilai jati diri dan semangat patriotik. Eleman kewarganegaraan dan nilai sivik bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu, berbangga sebagai rakyat Malaysia, setia kepada negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, aktif dan bermaklumat dalam mengamalkan dan menghayati ciri-ciri warganegara yang cemerlang.

Penerapan eleman kewarganegaraan dan nilai sivik menggunakan Dimensi Kewarganegaraan. Eleman ini merujuk kepada bangsa yang mendiami sesuatu lingkungan geografi yang memiliki sistem nilai sebagai penjalin hubungan antara etnik yang terdapat di Malaysia.

Perbincangan1) Bincangkan matlamat dan objektif pembelajaran kurikulum Sejarah di sekolah rendah2) Dalam kumpulan seramai 3 orang, sediakan peta pemikiran (i-THINK) bagi menjelaskan skop dan kandungan kurikulum Sejarah di sekolah rendah.

Kita rehat seketika untuk menghilangkan tekanan.....

TAJUK 4CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan mengenai ciri-ciri guru sejarah yang efektif. Tiga ciri yang dikenalpasti sebagai guru yang efektif iaitu berpengetahuan, memartabatkan profesion keguruan dan berkeperibadian. Ketiga-tiga ciri ini akan dijelaskan melalui modul ini. Di akhir modul, disediakan latihan untuk para pembaca menguji kefahaman. Diharapkan modul ini akan memberikan bantuan dan manfaat kepada para pembacanya dalam persiapan kursus SJH3103.

Hasil Pembelajaran1. Menyenaraikan ciri-ciri guru Sejarah yang efektif2. Mentakrifkan konsep-konsep yang berkaitan ciri guru Sejarah yang efektif3. Menghuraikan ciri-ciri guru Sejarah yang efektif

Kerangka Kursus

SubTajuk: 4.1 Berpengetahuan

Sebelum dibincangkan dengan lebih mendalam akan komponen-komponen yang membentuk guru yang berpengetahuan, adalah lebih baik perbincangan dimulakan dengan mentakrifkan pengertian guru yang efektif. Efektif dalam pengertian yang mudah bermaksud berhasil. Guru yang efektif pula dapat ditakrifkan sebagai guru yang telah berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Guru yang efektif juga boleh juga bermaksud tindakannya telah meninggalkan kesan dan pengaruh terhadap murid-muridnya. Tindakan dalam konteks ini bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran. Jelasnya guru yang efektif adalah guru yang berjaya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya.Berpengetahuan dalam konteks ini bermaksud seseorang guru sejarah menguasai fakta-fakta Sejarah yang perlu disampaikan kepada murid-muridnya. Menguasai fakta-fakta membawa pengertian bahawa guru mempunyai tahap penguasaan yang komprehensif dan lengkap terhadap ilmu pengetahuan yang bakal disampaikan kepada murid-muridnya. Untuk memiliki ciri guru Sejarah yang efektif, guru mestilah banyak membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan bidangnya. Guru Sejarah mestilah rajin membaca buku-buku dan bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah. Ini akan menatijahkan guru Sejarah sentiasa mengikuti fakta-fakta dan penemuan baru dalam bidang sejarah terutamanya dalam sejarah negara kita. Dengan memiliki pengetahuan sejarah yang mendalam, guru berupaya menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh muridnya secara tepat, jelas dan terperinci. Berupaya menjawab soalan-soalan murid adalah tindakan yang signifikan kerana murid-murid pada tahap ini mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terutama yang berkaitan dengan dirinya dan keadaan persekitaran. Sekiranya perasaan ingin tahu ini dihalang oleh guru, perkembangan pembelajaran dalam diri murid akan terbantut. Berpengetahuan juga bermaksud guru juga mempunyai kemahiran pedagogi dalam penyampaiannya. Memiliki kemahiran pedagogi bermakna seseorang guru Sejarah mengetahui kaedah-kaedah yang berlainan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajarannya. Dengan yang demikian, proses pembelajaran akan menjadi suatu sesi yang menyeronokkan dan memberikan banyak kelebihan kepada murid-muridnya. Apabila tahap penguasaan ilmu dan kemahiran pedagogi berada pada tahap yang cemerlang, kesannya dapat dilihat kepada tahap keyakinan seseorang guru Sejarah itu. Guru Sejarah yang mempunyai keyakinan diri akan mudah berhadapan dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid-muridnya.

Guru Sejarah yang efektif juga perlu menguasai dokumen standard kurikulum. Dokumen standard kurikulum bermaksud kurikulum mata pelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. (BPK) Penguasaan dokumen standard kurikulum adalah pra syarat yang tidak boleh dielakkan. Guru juga perlu menguasai isi kandungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Penguasaan. (KSSR) Menguasai dan mengetahui dokumen standard kurikulum bererti guru telah mengenalpasti objektif matapelajaran yang dihasratkan dan seterusnya memastikan objektif-objektif tersebut dapat dicapai. Guru sejarah yang efektif mesti menyedari bahawa kurikulum standard sekolah rendah adalah berdasarkan enam tunjang iaitu;1. Komunikasi2. Kerohanian3. Sikap dan nilai4. Kemanusiaan5. Literasi Sains dan teknologi6. Keterampilan diri

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara bagi melajirkan warganegara yang patriotik dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. Objektif kurikulum Standard Sejarah Sekolah pula membolehkan murid-murid;1.memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu.2.mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat3.memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam elemen Sejarah.4.menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian.5.menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian Sejarah.6.menilai warisan sejarah negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global.7.memahami proses pembinaan tamadun manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat8.menjelaskan kehidupan dan kebudayaan masa lalu dan masa kini masyarakat di Malaysia.9.memahami kedudukan kaum dalam konteks lokasi dan pembentukan kaum sebagai pengukuhan kepada persefahaman kaum.10.memahami cabaran negara dalam konteks mempertahankan kedaulatan negara bagi pembinaan jati diri. 11.mengenal pasti usaha dan sumbangan para pemimpin negara sebagai melahirkan perasaan bangga dan hormat. 12.menilai pencapaian dan kemajuan negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Dengan mempunyai pengetahuan terhadap matlamat, objektif dan tunjang yang mendasari dokumen kurikulum standard Sekolah Rendah, guru akan menyedari tangggungjawab yang perlu dilaksanakannya kerana ia telah menyedari akan kedudukannya dalam profesion keguruan serta peranan-peranan spesifik yang harus dilaksanakan.

Guru yang berpengetahuan juga mestilah mempunyai pemahaman yang mendalam terhadap konsep EQ dan IQ murid-murid didiknya. EQ (emotion quotient) dapat ditakrifkan dalam bentuk yang mudah sebagai kecerdasan emosi.Goleman (1995) menjelaskan bahawa terdapat lima komponen dalam EQ iaitu;

1. Mengetahui emosi sendiri2. Menguruskan emosi sendiri3. Memotivasikan diri sendiri4. Menyedari dan menghormati emosi orang lain5. Menguruskan hubungan

Proses-Proses Yang Terlibat Dalam EQJelasnya EQ atau kecerdasan emosi adalah kemampuan individu untuk mengawal emosi diri sendiri dan dalam hubungan dengan pihak lain.Salovey dan Mayer (1990) mendefinisikan EQ (emotional quotient) sebagai,

kemampuan untuk memahami perasaan diri sendiri, untuk berempati terhadap perasaan orang lain dan untuk mengatur emosi, yang secara bersama berperanan dalam peningkatan taraf hidup seseorang.

Sebaliknya IQ pula membawa maksud Ialah istilah

kecerdasan manusia dalam kemampuan untuk menalar, perencanaan sesuatu, kemampuan memecahkan masalah, belajar, memahaman gagasan, berfikir, penggunaan bahasa dan lain-lain

Komponen-komponen kepintaran dalam diri manusia.

Mengapakah EQ dan IQ penting untuk dikuasai oleh guru-guru sejarah dan apakah kaitannya dengan guru yang efektif? Jawapannya ialah guru yang efektif perlu mendidik murid-murid dalam kerangka EQ dan IQ. Dengan yang demikian murid-murid akan dapat diasuh secara yang seimbang dari segi emosi dan kecerdasannya. Guru yang efektif akan membimbing murid-muridnya tidak hanya bertumpu kepada kecerdasan akal fikiran tetapi mampu juga mengurus emosi secara yang betul dan sihat. Seperti yang telah dijelaskan, keseimbangandiri murid-murid telah lama diberikan penekanan dalam sistem pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Negara menjelaskan bahawa;Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Seterusnya guru yang berpengetahuan mestilah mempunyai minat dalam bidang penyelidikan. Dalam bentuk yang mudah, penyelidikan bermaksud sebarang usaha pengumpulan data, maklumat dan fakta untuk tujuan kemajuan dan peningkatan ilmu pengetahuan. Peningkatan ilmu bermaksud teori dan hukum ilmu pengetahuan yang sedia ada akan dikaji semula. Jelasnya meminati bidang penyelidikan adalah ciri yang mesti dimiliki oleh guru-guru sejarah dalam usaha untuk menjadi guru yang efektif. Tambahan pula, disiplin sejarah dan bidang penyelidikan sejarah mempunyai perkaitan yang rapat. Kemajuan dalam bidang penyelidikan akan membantu perkembangan dan perjumpaan baru dalam bidang sejarah. Guru Sejarah yang efektif juga akan mendorong budaya penyelidikan dalam kalangan murid-muridnya. Dengan yang demikian minat meneroka dapat disemai dalam diri murid-murid

Menguasai bidang teknologi maklumat (IT) juga adalah ciri penting guru yang berpengetahuan. Dalam proses penyampaian ilmu, guru Sejarah yang efektif perlu mengaplikasikan kemahiran IT agar proses tersebut akan menghasilkan impak yang maksimum terhadap pemahaman murid. Bahan bantu belajar yang menggunakan kemudahan IT akan meningkatkan pemahaman murid kerana beberapa deria digunakan dalam masa yang sama. Penguasaan IT yang baik oleh para guru juga akan membolehkan lebih banyak maklumat disimpan dalam bentuk digital dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Akhbar-akhbar lama, peta, surat-surat perjanjian dan deklarasi yang penting buat negara dapat dipelihara dengan selamat melalui proses penyalinan secara digital.

Tayangan video membolehkan para pelajar mengimbas peristiwa-peristiwa silam seperti peristiwa pengistiharan kemerdekaan dan peristiwa perang yang pernah berlaku. Seterusnya penggunaan IT seperti komputer, aplikasi multimedia dan internet telah meningkatkan kualiti pengajaran menjadi lebih kreatif dan lebih berkesan. Kemudahan internet membolehkan penerokaan dan percambahan ilmu terutamanya yang berkaitan dengan fakta-fakta Sejarah. Murid-murid dapat diasuh untuk berdikari dalam mengakses bahan-bahan dan ilmu pengetahuan. Jelasnya kepada guru sejarah yang efektif elemen IT perlu digabungjalinkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Guru yang berpengetahuan juga mestilah melaksanakan pembelajaran berasaskan projek. Pembelajaran sering juga diistilahkan sebagai learning by doing seperti yang diajurkan oleh John Dewey. Secara umumnya pembelajaran berasaskan projek boleh dicirikan sebagai berikut;a)Proses pembelajaran yang mengintergrasikan ilmu pengetahuan dan amalan- amalan amali.b)Murid-murid diberikan suatu tugasan atau projek tertentu. c)Mereka akan bekerja secara kolaboratif dalam menyempurnakan tugasan. d)Murid-murid akan diberikan suatu soalan panduan (driving question)e)Pengumpulan maklumat dilakukan secara penyelidikanf)Murid-murid diasuh untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan kemahiran ITg)Amalan-Amalan Abad ke-21 seperti Pemikiran Kritis, Komunikasi dan Kolaborasi) diterapkan dalam proses tugasan projekh)Selepas projek disiapkan, terdapat sesi pembentangan projek yang melibatkan penggunaan sumber dan artifak yang berkaitani)Beberapa mata pelajaran boleh digabungkan dalam menghasilkan projek seperti di antara mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu atau di antara IT dan Matematik

Proses Kerja Pembelajaran Berasaskan Projek

Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek mempunyai banyak manfaat kepada murid-murid. Antaranya ialah seperti;Sifat PositifPenerangan

BerdikariKurang mengharapkan bantuan guru dalam menyiapkan projek

BekerjasamaBekerjasama dan berkolaborasi dalam kumpulan

BerkeyakinanBerkeyakinan dalam menentukan projek dan semasa pembentangan projek

Daya ingatan dan pemahamanPelajar lebih mengingati dan memahami fakta kerana terlibat secara langsung dalam projek

Contoh Pembelajaran Berasaskan Projek yang boleh dilaksanakan oleh guru Sejarah di sekolah rendah :

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terbentuknya dan berkembangnya bandar di tempat kediaman anda?

Soalan Panduan (Driving question)

SubTajuk: 4.2 Memartabatkan Profesion Perguruan

Para pelajar yang dihormati,Setelah kita membincangkan ciri-ciri guru yang efektif melalui amalan berpengetahuan, kita bincangkan pula amalan seterusnya iaitu guru yang efektif mesti memartabatkan profesion perguruan.Profesion perguruan merupakan antara profesion manusia yang tertua. Kesinambungan sesebuah tamadun dan peradaban berkait erat dengan penurunan ilmu dari satu generasi kepada generasi yang lain. Siapakah yang paling sesuai untuk memainkan peranan yang amat penting itu kalau bukan seorang guru? Agama Islam telah meletakkan profesion perguruan pada tahap yang tinggi dan ungkapan seperti murabbi, mualim dan ulama telah digunakan untuk merujuk kepada profesion perguruan.Untuk memartabatkan profesion perguruan, beberapa pra syarat yang mesti dipenuhi oleh guru seperti yang dipaparkan melalui rajah di bawah;

Berpandangan progresif merupakan pemikiran ke arah pembaikan keadaan kini. Seorang guru yang progresif akan melihat keadaan persekitarannya dan dalam masa yang sama akan memikirkan ruang-ruang dan peluang untuk penambahbaikan. Idea-idea dan kaedah-kaedah baru akan diperkenalkan untuk membaiki suatu sistem . Progresif merupakan kebalikan daripada keadaan statik dan jumud yang ingin mengekalkan sedia ada. Pemikiran saintifik pula adalah pemikiran yang didasarkan kepada kepentingan untuk bertindak mengikut prosedur-prosedur tertentu serta mementingkan bukti yang empirikal. Pemikiran saintifik akan sentiasa menguji hipotesis demi mencari kebenaran yang baru. Dalam pemikiran saintifik, tidak ada kebenaran mutlak. Ilmu-ilmu baru yang telah melalui proses pengujian akan diperkenalkan.

Kedua-dua pemikiran ini jika diaplikasikan akan membantu guru dalam memartabatkan profesion perguruan. Seorang guru Sejarah berpandangan progresif akan sentiasa berusaha menambahbaik amalan profesionalnya di dalam ruang bilik darjah. Ia akan bersikap dinamik iaitu akan melakukan perubahan demi perubahan untuk meningkatkan kualiti pengajarannya. Ia akan bersikap terbuka kepada kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan bersedia pula untuk melaksanakannya. Guru sejarah yang berfikiran saintik pula akan sentiasa mementingkan kajian dan pembuktian dalam budaya kerjanya. Dengan ini guru tersebut akan menjadi guru yang bersistematik semasa menjalankan tugas. Berfikiran progresif dan saintifik akan menyebabkan profesion perguruan menjadi lebih profesional kerana pengamalnya sentiasa mengamalkan inovasi dan pembaharuan. Semua ini akn menatijahkan profesion perguruan dapat dimartabatkan.Di mana sahaja guru itu ditempatkan, ia adalah sebahagian daripada agen perubahan terutama dalam masyarakat sekitar. Guru sebagai pengamal ilmu pendidikan bukan sahaja bertugas di dalam bilik darjah tetapi turut memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat. Mereka menjadi pengkritik yang membina serta menganjurkan perubahan-perubahan yang positif. Guru sering dianggap pemimpin masyarakat yang tidak rasmi. Guru juga menjadi role model dengan mengamalkan tingkah laku yang positif serta kecintaan kepada ilmu. Sumbangan guru kepada proses modernisasi dan perubahan sebenarnya amat besar kerana perubahan dan kemajuan tidak hanya berpaksikan kepada pembangunan fizikal dan kebendaan sahaja. Jelasnya guru yang efektif merupakan guru yang menjadi egen perubahan dengan menyediakan pembangunan kerohanian dan pembangunan modal insan.Guru yang efektif juga merupakan penjawat awam yang berpendirian teguh kepada prinsip-prinsip yang benar. Dalam sebarang keadaan ia tidak akan tunduk kepada tekanan dan desakan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Dengan ini guru tersebut berupaya menolak elemen-elemen yang korup seperti rasuah dan diskriminasiSeterusnya setiap guru perlu menjunjung aspirasi negara khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 ,terdapat lima hasil yang ingin dicapai iaitu;i. Akses kepada Pendidikanii. Kualiti Standard Antarabangsa Yang TInggiiii. Ekuiti untuk Semua Muridiv. Memupuk Perpaduan dalam Kalangan Muridv. Pelaksanaan Berkecekapan TinggiJusteru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai guru, kelima-lima hasil dan aspirasi negara perlu dijelmakan. Dengan memahami hasrat sistem pendidikan negara, guru yang bertugas adalah pada landasan yang betul dan seterusnya membantu ke arah usaha memartabatkan profesion perguruan.Seorang guru juga memainkan peranan kepemimpinan dalam pendidikan. Ia mungkin seorang guru atau Guru Besar dan Pengetua, peranan kepemimpinan perlu dilaksanakan. Menjalankan peranan kepemimpinan bermakna tugas-tugas mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, mengatur sumber-sumber dalam institusi pendidikan, menyusun pentadbiran sekolah, membina hubungan institusi pendidikan dengan institusi-institusi lain. Di peringkat yang lebih rendah tetapi penting, guru adalah pemimpin di dalam bilik-bilik darjah dan terlibat dalam memimpin murid-muridnya.

SubTajuk: 4.3 Keperibadian Selepas berehat daripada membaca dua sub topik terdahulu, kita fokuskan kepada sub topik yang terakhir iaitu Keperibadian guru sebagai pra syarat untuk menjadi guru yang efektif.Untuk tujuan perbincangan, kita fokuskan tiga ciri yang membentuk guru yang berkeperibadian iaitu;

Keperibadian dalam bentuk yang ringkas bermaksud watak seseorang yang agak stabil dan menonjol pada diri seseorang yang dapat membezakan dirinya daripada orang lain. Elemen pertama yang akan dibincangkan ialah kecindanan. Kamus Dewan telah mentakrifkan kecindan sebagai jenaka, lawak dan kelakar. Shaffe Mohd Daud (2009) pula mendefinisikan kecindan sebagai kebolehan seseorang manusia, objek, situasi dan perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau terhibur. Suasana kecindan boleh berlaku apabila kita ketawa kepada sesuatu situasi seperti kelucuan yang ditunjukkan oleh seseorang. Hasil utama akibat daripada suasana kecindan ialah berkurangnya situasi tegang. Shaffee Mohd Daud juga menjelaskan kesan kecindan sebagai,i. Mewujudkan suasana yang membantu pembelajaranii. Meningkatkan perhatian dan keseronokan belajariii. Meningkatkan motivasi untuk terus belajariv. Meningkatkan kemahiran belajarv. Membentuk guru berkesan

Kajian Garner (2006) (dalam Shaffe Mohd Daud (2009) mendapati bahawa guru yang mengamalkan unsur kecindan dianggap oleh murid dan rakan setugas sebagai lebih positif dan membantu mananakala Malikow (2007) (dalam Shaffe Mohd Daud (2009) mendapati 59% pelajar menyatakan guru yang mempunyai unsur-unsur kecindanan adalah guru yang berkesan. Willard (2006) (juga dalamShaffe Mohd Daud (2009) pula mengutarakan kelebihan-kelebihan guru yang mengamalkan unsur kecindan iaitu;i. Memperbaiki sikap murid terhadap mata pelajaran, mengurangkan kebimbangan, tekanan, ketegangan dan kebosananii. Meningkatkan kefahaman, ingatan, minat dan pelaksanaan tugasaniii. Meningkatkan motivasi untuk belajar dan kepuasan untuk belajariv. Meningkatkan kreativiti dan pemikiran secara divergent (mencapah)Selain daripada mengamalkan unsur kecindanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus selalu melakukan penilaian kendiri. Penilaian kendiri adalah proses pembinaan persepsi sendiri terhadap ciri-ciri dan kebolehannya. Jika dijadikan alaman kerja, penilaian kendiri membolehkan seseorang itu mereflek kelemahan dan kekuatan prestasi kerjanya. Dalam masa yang sama, langkah-langkah pembaikan boleh dilakukan. Semua ini akan memberikan impak yang positif terhadap profesion perguruan kerana guru sentiasa berusaha membaiki kelemahan dan meningkatkan mutu kerja mereka.Selari dengan amalan pemikiran progresif dan saintifik, guru sejarah yang efektif juga perlu mengaplikasikan Kajian Tindakan dalam menyelesaikan masalah-masalah pembelajaran murid-muridnya. Menggunakan kajian tindakan bermakna guru akan melakukan pemerhatian terhadap yang masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi muridnya. Seterusnya guru tersebut akan merancang tindakan-tindakan pemulihan dan disertai dengan tindakan mereflek akan keberkesanan tindakan-tindakan pemulihan. Semua ini akan diselenggarakan dalan satu kitaran. Sekiranya perlu, kitaran kedua dengan langkah-langkah tindakan yang sama tetapi kaedah pemulihan mungkin berbeza. Rumusan daripada langkah-langkah yang dialkukan dalam Kajian Tindakan boleh dirujuk daripada rajah di bawah;

Langkah-Langkah Dalam Kajian Tindakan Rehatlah sebentar. Kita telah menamatkan tajuk 4 dalam kursus SJH 3103 iaitu Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Kita imbas kembali perbincangan Menamatkan modul ini bermakna kita telah membincangkan ciri-ciri guru sejarah yang efektif seperti yang dapat dilihat melalui rajah di bawah ini;

Ciri-ciri Guru SejarahYang Efektif

Berpengetahuan

Memartabatkan profesion perguruanBerkeperibadian

Penguasaan isi kandunganMenguasai Dokumen Standard KurikulumEQ dan IQMinat dalam penyelidikanMenguasai bidang ITPembelajaranberasaskan projekBerpandangan progresif dan SaintifikAgen perubahanBerpendirian teguhMenjunjung aspirasi negaraKepimpinan dalam pendidikanKecindananPenilaian KendiriKajian Tindakan

PerbincanganBerdasarkan nota yang telah dikaji dan dipelajari, bincangkan soalan-soalan berikut sesama rakan-rakan anda. Soalan-soalan perbincangan adalah seperti berikut;Soalan Perbincangan 1

Cadangkan suatu program beserta pengisiannya yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti EQ dan IQ murid-murid di sekolah anda. Berikan justifikasi anda tentang kewajaran program tersebut.

Soalan Perbincangan 2Berdasarkan rajah di atas, berpandangan progresif dan saintifik, agen perubahan dan berpendirian teguh adalah unsur yang akan memartabatkan bidang keguruan. Susun mengikut prioriti akan kepentingan ketiga-tiga unsur tersebut. Pertahankan pendirian anda dengan mengemukakan hujah-hujah yang meyakinkan

Perhatian kepada semua pelajar,Tajuk 5 di bawah isu Penerapan Nilai dan unsur Patriotisme Dalam Sejarah akan diajar semasa interaksi bersemuka sebanyak lima kali (rujuk bahagian Panduan Interaksi). Tanyalah pensyarah anda semasa berinteraksi, jangan malu dan segan. Segan bertanya sesat jalan.

TAJUK 6 PENGURUSAN PANITIA SEJARAH DI SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan pengurusan mata pelajaran Sejarah dari aspek struktur organisasi Panitia Sejarah, tujuan Panitia Sejarah, Pengurusan Panitia Sejarah dari segi sistem fail dan perancangan aktiviti panitia serta peranan Panitia Sejarah di sekolah rendah. Berikut adalah perbincangan lanjut tentang tajuk-tajuk tersebut.

Hasil Pembelajaran

1.Mengenal pasti struktur pengurusan Panitia Sejarah.2.Membincangkan peranan ahli-ahli panitia Sejarah.3.Merancang dan melaksanakan aktiviti panitia bercorak akademik dan kokurikulum bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah.

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Sekolah Rendah

Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan mata pelajaran Sejarah berasaskan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan panitia serta persatuan mata pelajaran.

Panitia Mata Pelajaran Sejarah

Panitia mata pelajaran Sejarah hendaklah ditubuhkan di sekolah untuk mempertingkat pengurusan panitia dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP (BS) 8591/Jld. 11 (44) bertarikh 13 Mac 1986.

Definisi Panitia Mata Pelajaran

Pengurusan jawatankuasa bagi sesebuah mata pelajaran Guru-guru yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran yang sama Guru-guru perlu bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran Tempat bagi guru-guru mencari penyelesaian masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan tabiat belajar murid

Tujuan Penubuhan Panitia

Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Berusaha mendapat strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah Mewujudkan semangat bekerjasama di antara Panitia Mata Pelajaran dengan Persatuan atau kelab Aakdemik

Peranan Panitia Mata Pelajaran

1.Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaharu untuk kegunaan ahlinya2.Menyediakan rancangan mengajar yang selaras untuk penggal-penggal persekolahan3.Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pentadbir4.Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku bacaan tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru kepada pusat sumber5.Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank soalan6.Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan7.Mengadakan mesyuarat secara berkala dan pertemuan ad hoc jika perlu8.Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan persatuan9.Bekerjasama dengan panitia lain10.Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit mesyuarat, laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod berkaitan panitia

Struktur Organisasi Panitia Sejarah

PenasihatGuru Besar

Timbalan PengerusiGPK 1

Ketua Panitia

Setiausaha

AJK(Guru Mata Pelajaran Sejarah)

Carta Organisasi Panitia Sejarah

Pengurusan Panitia dan Sistem Fail Panitia

Mengadakan mesyuarat Panitia Diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun Perjumpaan dalam kelompok kecil dari semasa ke semasa Mengeluarkan notis mesyuarat / memo panggilan mesyuarat Mengendalikan mesyuarat

Ucapan alu-aluan Pengerusi Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu Perkara berbangkit Membuat rumusan maklum balas Setiap panitia perlu mempunyai buku atau fail panitia Di dalam buku ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian Pada Bahagian I, perlu dilengkapkan dengan maklumat berkaitan Visi, Misi, Matlamat Sekolah, Carta Organisasi Sekolah, Carta Organisasi Panitia, Senarai Guru, Senarai Penggubal Soalan Ujian/Peperiksaan, Data Pelajar tahun semasa, Perancangan Aktiviti Panitia, Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Pada Bahagian 2, akan mengandungi perancangan akademik, prestasi semasa mata pelajaran tahun lalu semua darjah dan peperiksaan awam, perancangan strategik semua darjah serta keputusan peperiksaan terakhir sasaran tahun semasa, strategi / aktiviti peningkatan prestasi akademik. Pada Bahagian 3, mengandungi Dokumen Sokongan : Penetapan kuota latihan setiap darjah, panduan penentuan gred peperiksaan atau ujian, pemeriksaan buku nota/latihan pelajar, Laporan dan Pemantauan Kurikulum Berkualiti, Sistem Fail Panitia, Senarai Disket Panitia, Senarai Buku Rujukan / CD/BBM untuk guru.

Perbincangan

Bincangkan fungsi Pengerusi dan Setiausaha Panitia Sejarah.

Latihan

1)Sebagai Setiausaha Panitia sejarah, susun agenda mesyuarat Panitia Sejarah dan buat catatan minit.

2)Sediakan Rancangan Tahunan Panitia Sejarah bagi memantapkan prestasi mata pelajaran Sejarah di sekolah.

Senarai Rujukan

Alis Putih. (2009). Kajian Tindakan di Sekolah, suatu pengenalan. Jitra: Pure Honey Enterprise.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baron, R.A. & Kalsher, M.J. (2002). Essentials of Psychology. Boston: Pearson Education Company.

Haigh, A. (2008). The Art of Teaching. Harlow: Pearson Longman.

Ismail Said. (2013). Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Kangar.

Maier, P & Warren, A. (2002). Intergrating Technology in Learning and Teaching. London: Kogan Page Limited.

Rosnaini Mahmud, Mokhtar Haji Nawawi, & et al. (2009). Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Sejauh Mana Peranan Pusat Sumber Sekolah, dalam Shaffe Mohd Daud, Sharifah Md Nor & et. al (pnyt), Pengajaran & Pembelajaran daripada Pelbagai Perspektif. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri & et al. (2009). Amalan Kecindan (Sense of Humour) Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran , dalam Shaffe Mohd Daud, Sharifah Md Nor & et. al (pnyt), Pengajaran & Pembelajaran daripada Pelbagai Perspektif. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Tamat

Bentuk KSSR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM14