modul4 helaian markah excell 2000 - · pdf filebahasa melayu bahasa inggeris pengetahuan agama...

16

Click here to load reader

Upload: hadieu

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

HELAIAN MARKAH

Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Sultan Mizan, Kota Putra, Terengganu.

Modul ini diadaptasi daripada Modul 4 yang dikeluarkan oleh PPK

Page 2: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 1/15

Nama Modul: Helaian Markah Objektif Modul: Pada penghujung modul ini pelajar akan dapat:

1. Menghasilkan helaian markah individu.

2. Menghasilkan helaian markah kelas.

3. Membina graf markah individu daripada helaian markah.

Pengetahuan dan Kemahiran Excel Yang Dipelajari:

1. Mengubah saiz lajur.

2. Membina helaian markah individu ringkas yang mengandungi border, menggunakan

formula SUM, mengira gred dan menggunakan lookup table.

3. Membina helaian markah kelas yang mengandungi jumlah markah, gred dan peratus.

4. Membina graf daripada helaian markah individu.

Ringkasan Modul: Pelajar dapat membina helaian markah sebagaimana contoh di bawah.

Page 3: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 2/15

Markah Ujian Bulan Mac

020406080

100

Ba

ha

sa

Me

layu

Ba

ha

sa

Ing

ge

ris

Pe

ng

eta

hu

an

Ag

am

a Isla

m

Ma

tem

atik

Ge

og

rafi

Se

jara

h

Se

ni L

ukis

Ke

ma

hir

an

Hid

up

Mata Pelajaran

Mark

ah

Markah

Aktiviti 1: Menyediakan borang markah pelajar. 1. Membesarkan lajur A dan lajur B

a. Gerakkan kursor ke garisan di antara label lajur A dan label lajur B sehingga kursor bertukar

menjadi anak panah dwikepala seperti yang berikut.

b. Klik dan seret (drag) tetikus untuk membesarkan saiz lajur A.

2. Masukkan maklumat seperti di bawah pada sel-sel yang ditunjukkan.

Page 4: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 3/15

Aktiviti 2 : Menyimpan helaian kerja 1. Menyimpan helaian kerja baru yang tidak pernah disimpan

• Setiap helaian kerja baru yang dibuka akan secara automatik diberi nama book1.xls (atau

book2.xls, book3.xls dan sebagainya bergantung kepada bilangan helaian kerja baru yang

telah dibuka.)

• Bila suatu helaian kerja disimpan (Save), satu fail komputer akan diwujudkan dalam

komputer anda. Cara menyimpan helaian kerja baru adalah seperti berikut:

1. Klik File pada menu utama

2. klik Save As

Page 5: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 4/15

� Satu paparan kotak dialog Save As muncul. Langkah-langkah yang ditunjukkan

dalam rajah-rajah berikut adalah untuk menyimpan helaian kerja semasa sabagai fail

Markah.xls.

Cara Pertama : Simpan dalam folder C:\My Documents, ikut arahan seperti di bawah :

Cara Kedua : Simpan dalam cakera liut (Floppy Disk), ikut arahan seperti di bawah :

2. Klik pemacu yang akan menyimpan fail.

1. Klik butang ini untuk memaparkan senarai pemacu dalam komputer.

2. Taipkan nama fail ‘Markah’ di sini

3. Klik butang ‘Save’

3. Taipkan nama fail ‘Markah’ di sini.

4. Klik butang ‘Save’

1. Pastikan anda berada pada folder ‘My Documents’

Page 6: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 5/15

2. Menyimpan helaian kerja yang pernah disimpan

Gunakan satu daripada cara berikut:

• Click File pada menu utama kemudian click Save. Helaian kerja aktif (semasa) akan disimpan

(save) secara automatik.

ATAU

• Tekan CTRL + S dan helaian kerja akan disimpan secara automatik.

Aktiviti 3: Memaparkan garis sempadan (Border) borang

1. Klik sel A5 dan seret tetikus hingga ke sel C16. Paparan skrin anda akan kelihatan seperti

berikut.

2. Klik pada butang sempadan (Borders) pada bar format (Formatting Toolbar).

Nota: jika butang sempadan tidak dipaparkan pada skrin anda, klik View pada menu utama

kemudian pilih Toolbars dan klik Formatting supaya satu tanda rait (�) dipaparkan di sebelah

perkataan Formatting.

Butang sempadan

Page 7: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 6/15

3. Senarai jenis sempadan akan dipaparkan. Klik pada ikon semua sempadan.

4. Paparan skrin akan kelihatan seperti berikut.

5. Simpan helaian kerja anda dengan cara klik pada menu ‘file’, kemudian klik pada ‘save’

Aktiviti 4: Memasukkan formula 1. Masukkan formula tambah (untuk mencari jumlah markah) seperti berikut dalam sel B15

dan tekan kekunci ‘Enter’.

=B6+B7+B8+B9+B10+B11+B12+B13

Perhatian: Selain daripada cara di atas, anda boleh juga gunakan fungsi SUM. Taipkan

formula =SUM(B6:B13) di sel B15 akan memberi hasil yang sama.

Ikon semua

sempadan

Page 8: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 7/15

2. Masukkan formula seperti berikut dalam sel B16:

=B15/800 dan tekan kekunci ‘Enter’.

(iaitu jumlah markah di sel B15 dibahagikan dengan jumlah markah maximum bagi 8

mata pelajaran)

3. Klik sel B16 kemudian klik butang peratus pada bar format untuk menukarkan nombor di sel

B16 ke format peratus.

4. Simpan hasilan kerja anda.

Aktiviti 5: Menentukan gred 1. Taipkan nombor berikut dalam sel berkenaan:

di sel E5: taipkan 0

di sel E6: taipkan 40

di sel E7: taipkan 60

di sel E8: taipkan 70

di sel E9: taipkan 80

di sel F5: taipkan E

di sel F6: taipkan D

di sel F7: taipkan C

di sel F8: taipkan B

di sel F9: taipkan A

2. Klik sel C6 dan masukkan formula berikut:

=VLOOKUP(B6,E$5:F$9,2) dan tekan kekunci ‘Enter’.

(formula tersebut menggunakan markah di sel B6 dan cari nilai gred dari jadual gred dalam

kawasan sel E5 hingga F9. Rujuk Help berkaitan penggunaan fungsi VLOOKUP, minta bantuan

daripada guru anda jika perlu.)

Butang peratus

Page 9: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 8/15

3. Menyalin formula dari sel C6 ke sel C7 hingga C13

a. Klik sel C6.

b. Gerakkan kursor ke sudut kanan bawah sel C6 supaya kursor bertukar menjadi satu tanda

silang (lihat rajah berikut):

c. Klik dan seret kursor hingga ke sel C13. Satu rangka garis sempadan sel C6 akan

berkembang seiring dengan gerakan kursor.

d. Bila anda lepaskan butang tetikus, kandungan sel C6 akan disalin ke sel C7 hingga sel

C13.

4. Cetakkan helaian kerja anda.

Aktiviti 6: Menyediakan borang permarkahan ujian bulanan kelas Dalam Microsoft Excel, satu helaian kerja boleh mengandungi lebih daripada satu halaman (sheet).

Dalam aktiviti-aktiviti sebelum ini, anda telah menghasilkan satu borang markah individu dalam

halaman pertama (sheet1) helaian kerja anda. Bagi borang permarkahan ujian bulanan kelas, gunakan

halaman yang baru.

1. Klik ikon Sheet2 pada bahagian bawah helaian kerja anda (lihat rajah berikut). Satu halaman baru

akan dipaparkan.

2. Menukar orientasi (orientation) muka surat dari menegak (Portrait) ke mendatar (Landscape).

a. Klik File pada menu bar dan satu menu akan dipaparkan seperti di bawah:

Tanda silang

Page 10: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 9/15

b. Klik Page Setup. Tetingkap Page Setup akan dipaparkan. Klik butang Landscape. Klik OK.

3. Taipkan tajuk berikut pada sel-sel yang di tunjukkan.

di sel B1 : taipkan Guru Tingkatan: Pn. Lily Pin

di sel B2 : taipkan Tingkatan : 1 Tanjung

di sel B3 : taipkan Ujian Bulan : MAC 2001

di sel A5 : taipkan Bil di sel M5 : taipkan SEJ

di sel B5 : taipkan Nama di sel N5 : taipkan Gred

di sel C5 : taipkan BM di sel O5 : taipkan LKS

di sel D5 : taipkan Gred di sel P5 : taipkan Gred

di sel E5 : taipkan BI di sel Q5 : taipkan KH

di sel F5 : taipkan Gred di sel R5 : taipkan Gred

di sel G5 : taipkan AG/M di sel S5 : taipkan Jum

di sel H5 : taipkan Gred di sel T5 : taipkan %

di sel I5 : taipkan MAT

di sel J5 : taipkan Gred

di sel K5 : taipkan GEOG

di sel L5 : taipkan Gred

Page 11: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 10/15

4. Menukar saiz lajur:

a. Ubahkan saiz lajur A dan B supaya bersesuaian dengan saiz kandungan sel. Jika perlu, rujuk

aktiviti 1.

b. Bagi lajur C hingga T. Lakukan arahan berikut:

i. Klik label lajur C dan seretkan tetikus hingga ke label lajur T supaya semua

lajur dari C hingga T diserlahkan.

ii. Klik Format pada menu bar. Satu menu akan dipaparkan.

iii. Klik Column kemudian klik Width.

iv. Satu tetingkap akan dipaparkan seperti berikut. Taipkan angka 5 (bagi jumlah

aksara dalam satu lajur) dan klik OK.

v. Saiz lajur yang terserlah akan dikurangkan menjadi 5 aksara.

5. Simpan hasil kerja anda.

Aktiviti 7: Memasukkan data. 1. Masukkan data seperti berikut:

a. Masukkan nombor baris (1 hingga 10) dari sel A6 ke bawah.

b. Masukkan nama 10 orang pelajar dari sel B6 ke bawah.

c. Masukkan markah 8 mata pelajaran (gunakan sebarang markah sebagai latihan). Jangan

masukkan gred markah.

d. Masukkan formula ke dalam sel-sel berkenaan untuk mengira gred, jumlah dan peratus

secara automatik. Rujuk kepada Aktiviti 3 dan 4 jika perlu.

e. Hasil kerja anda adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di Aktiviti 7 di bawah.

Nota: bagi formula untuk menentukan gred, rujukan sel perlu diubah mengikut kedudukan

jadual gred

2. Simpan hasil kerja anda. . Klik File pada menu utama kemudian klik Save. Helaian kerja aktif

(semasa) akan disimpan (save) secara automatik.

Page 12: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 11/15

Aktiviti 8: Memaparkan garis sempadan sel (Cell Border) 1. Klik sel A5 dan seret tetikus hingga ke sel T15.

2. Lakukan langkah-langkah seperti di Aktiviti 2 untuk memaparkan sempadan sel.

3. Paparan pada skrin anda akan kelihatan seperti berikut.

4. Simpan hasil kerja anda.

Aktiviti 9: Membina Graf.

Dalam aktiviti ini anda akan gunakan helaian markah individu untuk membina graf.

1. Klik Sheet1 di bahagian bawah skrin anda untuk memaparkan halaman markah individu.

Jadual gred untuk VLOOKUP

Page 13: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 12/15

2. Klik sel A6 dan seret tetikus hingga sel B13.

3. Klik Chart Wizard pada bar alat piawai (Standard Toolbar) seperti berikut.

Chart Wizard

Page 14: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 13/15

4. Tetingkap Chart Wizard akan dipaparkan seperti berikut. Carta bar akan dipilih oleh Excel secara

automatik. Klik Next.

5. Tetingkap berikut akan dipaparkan.

Page 15: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 14/15

6. Klik tab Series untuk memaparkan skrin berikut:

7. Taipkan Markah dalam ruangan Name.

8. Klik Next untuk memaparkan skrin berikut:

Tab Series Taipkan

Markah

Page 16: Modul4 Helaian Markah Excell 2000 - · PDF fileBahasa Melayu Bahasa Inggeris Pengetahuan Agama Islam Matematik Geografi Sejarah Seni Lukis ... Nota: jika butang ... taipkan Tingkatan

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Excel

Helaian Markah – MS Excel 15/15

9. Dalam ruangan Chart title taipkan nama carta: Graf Markah Ujian Bulan Januari. Dalam

ruangan Category (X) axis taipkan nama paksi-x: Mata Pelajaran. Dalam ruangan Value (Y)

axis taipkan nama paksi-y: Markah. Klik Next untuk memaparkan skrin berikut.

10. Klik Finish.

11. Jadual Markah dan Graf yang lengkap akan kelihatan seperti berikut :

12. Simpan helaian kerja anda. Untuk mencetak graf, klik gambar graf dalam helaian kerja supaya

kotak graf terserlah kemudian klik File, Print, OK.

---TAMAT---

Markah Ujian Bulan Mac

020406080

100

Bah

asa

Melay

u

Bah

asa In

ggeris

Pen

geta

huan

Aga

ma Is

lam

Mat

emat

ik

Geo

grafi

Seja

rah

Sen

i Luki

s

Kem

ahira

n Hidup

Mata Pelajaran

Ma

rka

h

Markah