modul pbl pencemaran air

6
Objektif pembelajaran 1.4 Mengetahui kesan-kesan aktiviti manusia terhadap persekitaran Hasil pembelajaran Di akhir proses PdP, murid akan dapat : 1- Menyenaraikan 3 contoh kes pencemaran air yang terdapat dalam akhbar 2- Menerangkan bagaimana aktiviti manusia menyebabkan berlaku pencemaran air tersebut 3- Meramal keadaan yang akan berlaku selepas 10 tahun jika pencemaran tersebut tidak ditangani melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang telah mereka siapkan. Tempoh pelaksanaan 3 minggu Sumber PDP Botol air mineral, botol air berisi air paip, pewarna, gambar, komputer, LCD 7 LANGKAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK JBP MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Subjek : Sains Tahun : 6 Tema : Menyiasat benda hidup Bidang pembelajaran : Interaksi antara benda hidup Topik : Air Kita Tercemar Langkah 1 MEMPERKENALKAN SOALAN RANGSANGAN 1. Guru menunjukkan botol A-berisi air mineral kepada murid dan meminta seorang murid meminum air tersebut.

Upload: iva-shafikah

Post on 11-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh modul pembelajaran berasaskan projek sainspencemaran air tahun 6

TRANSCRIPT

Page 1: Modul PBL Pencemaran Air

Objektif pembelajaran

1.4 Mengetahui kesan-kesan aktiviti manusia terhadap persekitaran

Hasil pembelajaran

Di akhir proses PdP, murid akan dapat :

1- Menyenaraikan 3 contoh kes pencemaran air yang terdapat dalam akhbar

2- Menerangkan bagaimana aktiviti manusia menyebabkan berlaku pencemaran air

tersebut

3- Meramal keadaan yang akan berlaku selepas 10 tahun jika pencemaran tersebut

tidak ditangani

melalui aktiviti pembelajaran berasaskan projek yang telah mereka siapkan.

Tempoh pelaksanaan

3 minggu

Sumber PDP

Botol air mineral, botol air berisi air paip, pewarna, gambar, komputer, LCD

JBP

MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN

Subjek : Sains

Tahun : 6

Tema : Menyiasat benda hidup

Bidang pembelajaran : Interaksi antara benda hidup

Topik : Air Kita Tercemar

Page 2: Modul PBL Pencemaran Air

7 LANGKAH PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

JBP

Langkah 1

MEMPERKENALKAN SOALAN RANGSANGAN

1. Guru menunjukkan botol A-berisi air mineral kepada murid dan meminta seorang murid

meminum air tersebut.

2. Kemudian, guru menunjukkan pula botol B-berisi air yang kotor dan bertanya adakah

murid mahu meminum air tersebut dan meminta sebab mengapa murid tidak mahu

meminum air dari botol B.

3. Guru bertanya :

i. Pernahkah kamu melihat air berwarna seperti botol B di sekeliling kamu? Di

mana? Kemudian guru menunjukkan gambar 1 (lampiran).

ii. Mengapakah air tersebut boleh menjadi sedemikian?

iii. Siapakah yang menyebabkan air tersebut menjadi kotor?

4. Guru memperkenalkan topik pembelajaran iaitu ‘Air Kita Tercemar’.

Langkah 2

MEMPERKENALKAN CABARAN KEMUNCAK

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil secara bertiga-tiga.

2. Dalam kumpulan, murid diminta menghasilkan satu buku skrap bertajuk ‘Air Kita

Tercemar’.

3. Guru menerangkan perkara yang perlu disediakan dalam buku skrap :

a- Murid diminta mencari sekurang-kurangnya 3 keratan akhbar atau artikel

berkenaan kes pencemaran air yang berlaku di seluruh dunia.

b- Berdasarkan keratan akhbar, murid perlu membuat peta I-think, punca yang

menyebabkan berlaku pencemaran tersebut. Kemudian, berikan penerangan

ringkas bagaimana pencemaran berlaku dalam bentuk esei pendek.

4. Murid diberikan masa selama tiga minggu untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Page 3: Modul PBL Pencemaran Air

JBP

Langkah 3

MENGEMBANGKAN TOPIK PELAJARAN LEBIH LANJUT

1. Guru menunjukkan gambar 2 (lampiran).

2. Guru bertanya:

i. Apakah yang ditunjukkan dalam gambar?

ii. Bagaimanakah budak ini terkena penyakit ini?

3. Guru menerangkan bahawa penyakit yang dialami budak adalah salah satu kesan

daripada pencemaran air.

4. Murid diminta meramalkan situasi yang akan berlaku di kawasan yang tercemar (seperti

dalam keratan akhbar) selepas tempoh 10 tahun jika pencemaran air ini tidak ditangani.

Langkah 4

MEMPERSEMBAHKAN HASIL KERJA

1. Murid mempersembahkan hasil kerja dengan membentangkan hasil buku skrap di

hadapan kelas.

2. Setiap ahli perlu menerangkan semula kandungan yang terdapat dalam buku skrap

masing-masing kepada rakan:

a- membacakan 3 keratan akhbar atau artikel berkenaan kes pencemaran air yang

berlaku di Malaysia.

b- menerangkan punca yang menyebabkan pencemaran dan bagaimana pencemaran

berlaku berdasarkan peta I-think.

c- Menerangkan ramalan situasi yang akan berlaku di kawasan tersebut selepas

tempoh 10 tahun jika pencemaran ini tidak ditangani.

3. Setiap murid dinilai dan diberikan markah berdasarkan pembentangan mereka.

4. Dalam masa 10 minit, murid dibenarkan bergerak ke kumpulan lain untuk melihat hasil

buku skrap kumpulan lain.

Page 4: Modul PBL Pencemaran Air

JBP

Langkah 5

MEMBERI MAKLUM BALAS KEPADA HASIL KERJA

1. Guru memilih seorang murid dari setiap kumpulan untuk memberikan ulasan tentang

hasil buku skrap dan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan lain.

Langkah 6

BINCANG SEMULA SOALAN YANG DIBERI

1. Guru mengadakan sesi soal jawab meja bulat bersama murid untuk membincangkan

semula tentang apa yang telah dipelajari, iaitu:

a- punca pencemaran air

b- bagaimana pencemaran boleh berlaku

c- siapakah yang terlibat yang menyebabkan pencemaran berlaku

d- Menerangkan ramalan situasi yang akan berlaku di kawasan tersebut selepas

tempoh 10 tahun jika pencemaran ini tidak ditangani.

2. Guru membincangkan tentang peranan setiap anggota masyarakat dalam menangani

masalah pencemaran air :

i. Kerajaan

ii. Badan/ pertubuhan organisasi/ persatuan

iii. Masyarakat. Contoh :Ibu bapa, remaja

iv. Pekerjaan berkait. Contoh: kilang, peniaga.

v. Lain-lain

3. Guru merumuskan pembelajaran.

Page 5: Modul PBL Pencemaran Air

JBP

Langkah 7

PENILAIAN SUMATIF

Satu kuiz pendek diadakan di akhir pembelajaran untuk menguji kefahaman murid terhadap

topik ini.

Arahan: Sila jawab soalan di bawah dengan teliti.

1. Adakah pencemaran air berlaku di Malaysia?

_________________________________________________________________

2. Apakah sebab berlakunya pencemaran air ini?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

__________________________________________________

3. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menangani masalah pencemaran air?

______________________________________________________________________

____________________________________________________________

4. Apakah cara yang perlu dilakukan untuk menangani masalah pencemaran air?

______________________________________________________________________

____________________________________________________________

5. Sebagai murid, apakah cara yang boleh kamu lakukan untuk menangani masalah

pencemaran air?

______________________________________________________________________

____________________________________________________________

6. Ramalkan apa yang akan berlaku jika masalah pencemaran air ini tidak ditangani

setelah 10 tahun akan datang.

______________________________________________________________________

____________________________________________________________

Page 6: Modul PBL Pencemaran Air

JADUAL PELAKSANAAN :

MINGGU TARIKH PERANCANGAN AKTIVITI

1 10 / 8 / 2015 Taklimat projek kepada murid

11-14 / 8 / 2015 Murid mengumpulkan maklumat berkenaan projek mengikut kumpulan

Murid menunjukkan contoh keratin akhbar

2 17-20 / 8 / 2015 Murid menunjukkan draf buku skrap yang dihasilkan

3 24-28 / 8 / 2015 Murid membentangkan hasil kerja kumpulan Murid menghantar buku skrap

28 / 8 / 2015 Murid menjalani kuiz pendek

JBP