modul 88 kbk 5035

Upload: hasrolnizam-hassan

Post on 07-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oum kbk

TRANSCRIPT

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 105

    UNIT PELAJARAN 6

    PERKHEMAHAN

    HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

    1. Menjelaskan definisi perkhemahan. 2. Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa perkhemahan. 3. Membincangkan tentang tatacara pengurusan perkhemahan dengan ahli kumpulan. 4. Menghuraikan dengan jelas peranan dan tanggungjawab ahli kumpulan semasa aktiviti

    perkhemahan dijalankan.

    PENGENALAN Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi kebanyakan kegiatan luar. Aktiviti perkhemahan telah menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati ramai terutama golongan muda di serata dunia. Perkhemahan merupakan cara hidup sementara seseorang di persekitaran luar rumah yang memerlukan seseorang melakukan aktiviti kehidupan harian dengan menggunakan peralatan dan bekalan makanan yang terhad. Jika anda belum biasa berkhemah, terdapat banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Hal ini mungkin tidak timbul bagi mereka yang selalu berkhemah. Antara aspek-aspek yang akan dibincangkan termasuklah perancangan, peralatan, kemahiran asas, pelaksanaan aktiviti dan pertolongan cemas.

    TUJUAN Terdapat pelbagai tujuan dalam aktiviti berkhemah. Antaranya ialah :

    Menimba pengalaman dan pengetahuan.

    Menjalani kursus.

    Membuat penyelidikan dan kajian.

    Berekreasi bagi membina semangat dan motivasi diri yang tinggi ataupun sekadar untuk berseronok sahaja.

    Oleh itu, tentulah perkhemahan seumpama ini bertujuan untuk membentuk, membina, memupuk semangat dan motivasi dalam usaha untuk menerapkan sikap kepimpinan dan sahsiah yang tinggi di samping kecemerlangan akedemik.

    PERANCANGAN Perancangan yang teliti dan rapi merupakan aspek yang sangat penting bagi memastikan kejayaan sesebuah program perkhemahan. Perancangan ini bertujuan bagi menambahkan kecekapan dan keberkesanan program perkhemahan yang dijalankan. Terdapat empat langkah utama yang perlu diikuti sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan iaitu;

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 106

    a. Menubuhkan jawatankuasa kerja

    Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas

    1. Komandan Kem/ Pengarah Kem Mengelola dan menyelia keseluruhan program.

    2. Penolong Komandan Kem/ Penolong Pengarah

    Membantu mengelola dan menyelia perjalanan program.

    3. Setiausaha Menguruskan surat-menyurat dan merekodkan segala dokumen berkaitan program.

    4. Bendahari Menguruskan segala perbelanjaan program perkhemahan seperti pembelian dan pembayaran bil serta kutipan yuran.

    5. Jawatankuasa Kecil Peralatan Menyedia dan menyelia segala peralatan perkhemahan.

    6. Jawatankuasa Kecil Makanan Menyedia dan memasak bahan makanan.

    7. Jawatankuasa Kecil Program Merancang dan menjalankan program.

    8. Jawatankuasa Kecil Keselamatan Mengawal keselamatan murid sepanjang program.

    9. Jawatankuasa Kecil Kecemasan/ Kebajikan

    Memberikan rawatan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kecederaan ringan atau parah.

    10. Jawatankuasa Kecil Pengangkutan

    Menyedia dan menyelia pengangkutan sepanjang program.

    11. Jawatankuasa Kecil Kebersihan Membersihkan segala peralatan perkhemahan serta tapak perkhemahan.

    LANGKAH 1 - Menubuhkan jawatankuasa kerja - Memulakan perancangan

    LANGKAH 2 - Menetapkan lokasi perkhemahan - Mendapatkan wang peruntukan

    LANGKAH 3 - Meninjau ke tapak perkhemahan - Menempah tapak - Menguruskan surat-menyurat

    LANGKAH 4 - Menyediakan peralatan - Menempah pengangkutan - Bersedia memulakan perkhemahan

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 107

    b. Menetapkan lokasi dan perbelanjaan

    Lokasi dan Perbelanjaan kedua-dua faktor ini saling berkaitan antara satu sama lain. Lokasi perkhemahan yang dipilih bergantung pada kedudukan kewangan ahlli kumpulan. Peruntukan kewangan ini dapat diperoleh sama ada melalui kutipan bayaran daripada ahli atau dengan cara mendapatkan tajaan daripada pihak-pihak tertentu.

    i) Lokasi Tapak

    Pemilihan tapak perkhemahan perlu dibuat dengan teliti supaya lokasi yang dipilih boleh memenuhi kehendak program perkhemahan.

    Ciri-ciri yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan lokasi adalah seperti berikut :

    Bentuk muka bumi Jarak perjalanan Kos sewaan tapak

    ii) Kos

    Terdapat beberapa punca kewangan yang boleh di kumpulkan antaranya : Kutipan wang Penajaan Kutipan dana

    Pendapatan dari sumber kewangan tersebut akan digunakan untuk menampung kos pengangkutan, pembelian bahan makanan, sewaan tapak perkhemahan dan pelbagai perbelanjaan lain.

    c. Menempah Tapak Perkhemahan Tinjauan ke tapak perkhemahan perlu dilakukan bagi memastikan kesesuaian tapak yang dipilih dengan program yang akan dijalankan. Setelah berpuas hati dengan lokasi dan tapak perkhemahan, tempahan boleh dibuat supaya tapak tersebut tidak digunakan oleh pihak lain pada tarikh program perkhemahan. Seterusnya, urusan surat-menyurat boleh dimulakan. Setiausaha program akan menguruskan segala surat-menyurat yang berkaitan dengan perkhemahan termasuklah surat kepada pihak-pihak yang berkaitan.

    d. Menyediakan Peralatan dan Pengangkutan Pengangkutan yang digunakan boleh terdiri daripada kemderaan awam atau kenderaan persendirian. Bagi persediaan peralatan, ahli jawatankuasa peralatan perlu menyenaraikan serta menyediakan peralatan yang akan digunakan sepanjang program perkhemahan. Kunci kejayaan sesebuah program perkhemahan bergantung pada perancangan yang teliti dan rapi

    PERALATAN PERKHEMAHAN Peralatan merupakan perkara paling utama yang perlu diambil kira dalam aktiviti perkhemahan. Lebih lama tempoh perkhemahan dijalankan lebih banyak peralatan yang perlu digunakan. Peralatan yang akan digunakan bergantung pada lokasi dan jenis program perkhemahan yang dirancang. Peralatan yang perlu dibawa dalam aktiviti perkhemahan perlu dirancang oleh murid

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 108

    agar tiada peralatan yang mustahak tertinggal. Jika ia berlaku kemungkinan besar program tersebut mungkin tergendala.

    a. Senarai Semak Peralatan Cara yang paling baik untuk merancang peralatan yang perlu dibawa adalah dengan menyediakan senarai semak peralatan. Senarai semak ini akan memastikan segala peralatan yang perlu dibawa tidak akan tertonggal serta segala peralatan yang dipinjam akan dipulangkan semula setelah program perkhemahan berakhir. Senarai semak peralatan yang disediakan haruslah mengandungi senarai peralatan yang dibahagikan kepada kategori berikut :

    i) Peralatan Individu ii) Peralatan Perkhemahan iii) Peralatan Memasak iv) Bekalan Makanan

    Peralatan yang disenaraikan ini adalah untuk program perkhemahan tiga hari dua malam dengan jumlah murid seramai 20 orang hingga 30 orang dalam satu kumpulan. Sekiranya jumlah murid lebih ramai daripada jumlah yang dinyatakan, jumlah peralatan yang disenaraikan perlu ditambah mengikut bilangan murid. Keadaan ini akan menjadi rumit sekiranya murid tidak menyediakan senarai semak peralatan kerana jumlah peralatan yang begitu banyak. Oleh itu, murid disarankan untuk menyediakan senarai semak peralatan ini dengan teliti sebelum murid mengumpul peralatan yang diperlukan. Antara senarai kategori peralatan yang perlu diperincikan ialah

    Peralatan Individu - Contohnya : Kad pengenalan, Lampu suluh, Kompas, Wisel, Kamera, Topi

    Pakaian - Contohnya : Baju-T lengan pendek - 3 helai, Seluar panjang -3 helai, Stoking

    - 4 helai

    Peralatan kebersihan diri - Contohnya : Ubat gigi - 1 tiub, Sabun kecil 1 buku, Syampu 3 paket kecil

    Peralatan perkhemahan - Contohnya : Khemah pasang siap 10 buah (Saiz untuk 4, 6 atau 8 orang )

    untuk khemah pusat dan khemah menyimpan peralatan dapur serta makanan, Tiang besi atau kayu 10 batang,: saiz 8 kaki, Tali nilon atau belati 3 gulung: ukuran 20 meter - 30 meter untuk mengikat khemah ponco.

    Peralatan memasak - Contohnya : Periuk besar 3 buah untuk memasak nasi dan lauk, Cerek,

    dapur gas Bunsen, Cawan, Pisau - Bekalan makanan - Contohnya : Beras 10 kg x 1 kampit untuk kumpulan, Minyak masak 5 kg

    x 1 botol besar untuk menggoreng bahan makanan, Sardin 5 tin besar, Ayam 2 tin

    Semasa di tapak perkhemahan, Jawatankuasa Kecil Peralatan disarankan menyediakan sebuah buku log untuk merekodkan pengeluaran segala jenis peralatan dan bahan makanan

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 109

    agar pergerakan peralatan dan bahan makanan sentiasa dapat dipantau. Setiap murid yang meminjam sebarang peralatan diwajibkan menandatangani buku log sewaktu mengeluarkan dan memulangkan peralatan.

    Khemah jenis ini berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa, dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah

    Apakah peralatan tambahan yang diperlukan dalam perkhemahan murid-murid berkeperluan khas.

    KEMAHIRAN ASAS PERKHEMAHAN Kemahiran asas perkhemahan ialah beberapa bentuk kemahiran yang diperlukan oleh murid bagi menjalankan aktiviti perkhemahan. Setiap kemahiran asa ini membantu murid menjalankan rutin kehidupan seharian semasa program perkhemahan. Kemahairan asas perkhemahan boleh dibahagikan kepada tujuh perkra yang utama :

    i) Memilih tapak khemah ii) Mendirikan Khemah iii) Menyalakan api iv) Memasak v) Menggunakan peralatan tajam vi) Memandu arah vii) Membuat gajet

    i) Memilih tapak khemah

    Memilih tapak khemah merupakan kemahiran asas yang perlu diketahui oleh murid. Bagi murid baharu , agak sukar bagi mereka untuk mencari tapak khemah yang sesuai terutamanya di

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 110

    kawasan hutan yang belum pernah diteroka. Sekiranya murid merancang untuk mengadakan perkhemahan di tapak yang telah disediakan dengan kemudahan asas, masalah untuk memilih tapak perkhemahan tidak wujud. Kesilapan memilih tapak untuk program perkhemahan kadangkala boleh membawa bencana dan kemalangan murid perkhemahan yang dipanah petir keranan berlindung di bawah pokok, lemas dihanyutkan banjir kilat, tertimbus di dalam tanah runtuh, dipatuk ular atau terjatuh dari tebing curam. Kesemua jenis kemalangan ini mungkin berlaku kerana murid kurang peka semasa memilih tapak khemah yang selamat. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku, murid hendaklah sentiasa berhati-hati semasa mencari tapak khemah agar sesuai dan selamat. Kriteria berikut boleh dijadikan panduan kepada murid untuk memilih tapak khemah ialah:

    a) Kawasan lapang yang luas, yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 30 orang murid.

    b) Kawasan yang rata dan tidak berbatu-batu supaya khemah mudah didirikan dengan sempurna.

    c) Kawasan yang jauh dari tebing tinggi kerana boleh membahayakan murid sekiranya mereka jatuh.

    d) Kawasan yang berdekatan dengan punca air agar mudah untuk melakukan kerja-kerja seperti memasak dan membersihkan diri.

    e) Kawasan yang teduh seperti di bawah pokok rimbun. Namun begitu pastikan tidak terdapat dahan dan ranting reput yang boleh menimpa murid.

    f) Kawasan yang jauh dari pokok reput kerana dikhuatiri akan tumbang dan menimpa murid.

    g) Kawasan yang jauh dari kaki atau lereng bukit kerana dibimbangi akan berlaku tanah runtuh.

    h) Kawasan yang jauh dari tebing sungai bagi mengelakkan kawasan khemah dilanda banjir. Khemah hendaklah didirikan sekitar 30 meter sehingga 50 meter dari tebing sungai.

    i) Kawasan yang jauh dari semak bagi mengelakkan haiwan liar seperti ular atau biawak memasuki khemah.

    ii) Mendirikan Khemah

    Khemah ibarat rumah bagi murid perkhemahan. Khemah digunakan sebagai tempat tidur, tempat berlindung daripada hujan dan panas serta tempat menyimpan barang-barang peribadi. Setiap murid haruslah tahu untuk mendirikan dan membuka khemah. Khemah mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Jenis khemah yang kerap digunakan dalam program perkhemahan terdiri daripada jenis pasang siap dan kanvas biasa. Khemah jenis pasang siap adalah ringan dan mudah dipasang, tahan lasak dan tidak mudah koyak.

    iii) Menyalakan api

    Kemahiran menyalakan api adalah amat penting terutama ketika murid berada di dalam hutan. Tanpa teknik yang betul, usaha untuk menyalakan api dengan menggunakan kayu mungkin tidak dapat dilakukan. Cara untuk menyalakn api adalah seperti berikut :

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 111

    a) Kumpulkan rumput, ranting kecil dan ranting besar yang kering di satu tempat. Rumput hendaklah disusun di bahagian bawah, diikuti dengan ranting kecil dan ranting besar di bahagian atas.

    b) Nyalakan rumput dan ranting kering terlebih dahulu. Setelah api marak

    letakkan ranting besar di bahagian atas ranting kecil.

    c) Susun ranting besar secara menegak supaya mudah terbakar. Tunggu sehingga api menyala sepenuhnya sebelum nyalaan digunakan untuk memasak.

    iv) Memasak

    Semasa program perkhemahan dijalankan aktiviti penting yang mesti dilakukan ialah memasak. Setiap murid perkhemahan mestilah tahu memasak. Jawatankuasa makanan boleh mengaturkan jadual bagi memastikan setiap murid akan memasak makanan untuk semua ahli kumpulan. Jawatankuasa makanan bertanggungjawab dalam hal-hal penyediaan makanan sepanjang tempoh perkhemahan. Tugas utama ahli jawatankuasa ini ialah memasak untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam dengan dibantu oleh murid lain mengikut giliran. Kebiasaannya, makanan yang dimasak ialah makanan yang tidak terlalu sukar untuk disediakan.

    Antara cara yang digunakan semasa memasak masakan asas sewaktu perkhemahan ialah :

    1) Merebus 2) Menggoreng 3) Menumis 4) memanggang

    v) Menggunakan peralatan tajam

    Adakalanya murid perlu menggunakan peralatan tajam seperti pisau, parang, kapak, dan cangkul semasa program perkhemahan. Penggunaan peralatan ini adalah penting terutamanya semasa hendak memasak dan membersihkan kawasan di sekeliling khemah. Murid hendaklah sentiasa berhati-hati menggunakan peralatan tajam ini bagi mengelakkan kecederaan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain.

    vi) Memandu arah

    Pandu arah merupakan kemahiran mencari haluan di dalam hutan. Peralatan yang digunakan untuk memandu arah terdiri daripada kompas dan peta. Kedua-dua peralatan ini membantu murid mengetahui kedudukan mereka ketika berada di dalam hutan. Kompas dan peta dibaca berpandukan bering dan grid.

    Antara kemahiran memandu arah yang perlu diketahui ialah :

    a) Membaca bering kompas. b) Tersesat di hutan

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 112

    - Isyarat asap - Mengenal pasti arah Timur-Barat - Menyusuri kanak-kanak sungai

    vii) Membuat gajet

    Membuat gajet bermaksud menggunakan bahab-bahan yang terdapat di dalam hutan seperti dahan dan batang pokok sebagai perkakas pelbagai guna bagi memudahkan lagi aktiviti perkhemahan. Dahan dan batang pokok di dalam hutan boleh diubah suai mengikut kreativiti murid untuk dijadikan tempat letak pinggan mangkuk atau menggantung cawan dan kuali. Kemahiran membuat gajet atau perkakas perkhemahan ini amat berguna kepada murid kerana gajet membantu mereka dalam tugas seharian semasa program perkhemahan. Selain itu, murid juga dapat meminimumkan keperluan peralatan yang mungkin dibawa. Gajet yang selalu dibuat semasa perkhemahan adalah berfungsi sebagai :

    a) Membuat tempat letak pinggan mangkuk b) Membuat senduk dan sudu.

    PELAKSANAAN AKTIVITI Bagi memenuhi program perkhemahan yang dijalankan, pelbagai aktiviti diadakan oleh pihak penganjur untuk menjadikan program tersebut lebih menarik dan mencabar. Antara aktiviti yang biasa dilakukan ialah merentas hutan, berkayak, flying fox, mendaki dan sebagainya. Tujuan utama diadakan pelbagai aktiviti tersebut ialah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap murid berkeperluan khas seperti semangat kerjasama, tolong-menolong, bertolak ansur dan bersatu padu. Selain itu, para murid juga akan dapat mempelajari beberapa teknik dan kemahiran baharu.

    a. Merentas hutan Aktiviti merentas hutan bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid habitat flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan. Semasa melakukan aktiviti ini, murid berkeperluan khas akan berjalan dalam kumpulan masing-masing secara satu barisan dengan senyap supaya tidak mengganggu hidupan liar di dalam hutan.

    b. Berkayak

    Berkayak merupakan aktiviti perkhemahan yang menarik. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mengambara di kawasan tasik, sungai atau laut sambil menikmati keindahan alam sekitar. Berkayak boleh mendekatkan diri murid berkeperluan khas dengan habitat sungai dan laut. Bagi murid yang pertama kali berkayak, mereka dinasihatkan agar mendapatkan tunjuk ajar daripada jurulatih yang berkelayakan.

    c. Keyakinan air

    Aktiviti ini amat disarankan kepada setiap murid berkeperluan khas program perkhemahan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar murid supaya tahu berenang dan menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan. Semasa melakukan aktiviti ini, murid berkeperluan khas diajar supaya tidak cepat berasa panik dan berusaha untuk mengapungkan diri di dalam air menggunakan jaket keselamatan untuk satu tempoh yang lama.

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 113

    d. Pandu arah Aktiviti pandu arah merupakan aktiviti menarik yang boleh dijalankan semasa program perkhemahan. Dalam aktivti ini, setiap murid berkeperluan khas dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari beberapa stesen yang terdapat pada peta berpandukan kompas. Setiap kumpulan akan berusaha mencari kedudukan stesen yang terdapat di dalam peta dengan pantas. Murid berkeperluan khas atau kumpulan terpantas yang berjaya tiba ke semua stesen dikira sebagai pemenang.

    e. Mendaki

    Aktiviti ini merupakan salah satu program perkhemahan yang mencabar. Untuk menjalankan aktiviti ini, murid berkeperluan khas memerlukan kawasan yang berhampiran dengan cerun atau tanah tinggi. Murid akan mendaki secara kumpulan hingga sampai ke puncak bukit ataupun gunung bagi meninjau keindahan kawasan tersebut dengan lebih jelas lagi. Murid memerlukan stamina dan ketahanan fizikal yang baik untuk mendaki.

    f. Aktiviti tali

    Antara program perkhemahan yang menarik ialah aktiviti tali. Aktiviti ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu aras tali tinggi dan aras tali rendah. Semua murid berkeperluan khas dikehendaki melalui beberapa halangan serta cabaran yang melibatkan tali seperti berjalan merentasi jambatan tali yang diikat pada dua batang pokok atau tiang pada ketinggian tertentu. Walaupun aktiviti ini nampak mudah tetapi sebenarnya melibatkan kebolehan murid berkeperluan khas untuk mengawal keseimbangan badan supaya tidak jatuh. Fasilitator yang bertanggungjawab akan menentukan jenis aktiviti tali yang akan dijalankan mengikut kebolehan murid.

    g. Aktiviti kerohanian

    Selain melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan mental dan fizikal, program perkhemahan juga seharusnya tidak melupakan aktiviti berbentuk kerohanian kepada para muridnya. Antara aktiviti kerohanian yang boleh dijalankan dalam program perkhemahan ialah solat fardhu secara berjemaah dan ceramah agama. Aktiviti sebegini memberikan pengisian dari aspek rohani untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid seperti sifat sabar dan sentiasa reda dengan keadaan dan kesusahan semasa berada di dalam hutan.

    h. Malam unggun api

    Acara kemuncak dalam setiap program perkhemahan ialah aktiviti malam unggun api. Sudah menjadi amalan, malam unggun api diadakan pada malam terakhir sebelum program perkhemahan itu ditutup. Pada malam itu, murid berkeperluan khas akan mempersembahkan beberapa aktiviti seperti sesi pembentangan daripada setiap kumpulan, sesi soal jawab antara murid dengan fasilitator serta maklum balas daripada murid tentang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan tersebut.

    Menjalankan aktiviti perkhemahan Setelah segala perancangan aktivit perkhemahan dibuat, tibalah masa untuk melaksanakannya. Ketua program perkhemahan dan ahli jawatankuasa (AJK) yang bertanggungjawab hendaklah memastikan bahawa semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Dari segi peralatan aktiviti, kadangkala tidak semua peralatan tersebut mampu dibekalkan atau dibawa oleh AJK ke tapak perkhemahan. Sesetengah pusat rekreasi ada menyediakan khidmat menyewa peralatan perkhemahan dengan kadar yang berpatutan. Oleh

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 114

    itu, AJK peralatan harus memastikan semua peralatan yang diperlukan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan selamat untuk digunakan. Kadangkala AJK aktiviti perkhemahan juga memerlukan khidmat kepakaran daripada pihak-pihak yang tertentu untuk sesetengah jenis sukan seperti abseiling atau berkayak. Pihak AJK perlu memastikan hanya khidmat jurulatih yang bertauliah digunakan. Terdapat juga sesetengah pusat rekreasi menyediakan khidmat jurulatih tersebut. Berikut adalah perkara rutin yang dilakukan oleh murid semasa program perkhemahan dijalankan.

    a. Tiba di tapak perkhemahan

    Kebiasaannya, dalam jadual aktiviti perkhemahan AJK program akan menyediakan satu program tentatif yang dilakukan oleh murid yang telah dipersetujui oleh kesemua AJK. Setelah tiba di tapak perkhemahan, iaitu pada petang hari pertama, setelah menyempurnakan solat Asar, para murid akan bergotong royong membersihkan kawasan tapak perkhemahan yang dianggap sesuai. AJK tugas-tugas khas pula akan mencari dan memotong kayu api untuk menyalakan api bagi bagi menghalau nyamuk serta memulakan tugas untuk memasak. Selepas itu, AJK masakan akan mula menjerang air minum dan memasak nasi. Aktiviti memasak harus dimulakan lebih awal kerana penyediaan makanan kepada murid yang ramai akan memerlukan masa yang agak panjang. Sebaik-baiknya makanan perlu disiapkan lebih awal. Makan malam akan disediakan selepas ceramah. Bagi memastikan makanan yang ada mencukupi, AJK perlulah mengagih-agihkan makanan secara sama rata kepada semua murid dan tidak membiarkan murid menyenduk sendiri makanan dan ini bertujuan bagi mengelakkan sesetengah murid mengambil makanan secara sesuka hati. Setelah selesai aktiviti-aktivit lain, murid berkeperluan khas bolehlah berehat dan tidur. AJK keselamatan serta ahli kumpulan yang bertugas akan bergilir-gilir berkawal unutk memastikan keselamatan semua murid perkhemahan. Kawalan keselamatan diadakan bagi mengelakkan serangan binatang buas yang biasanya keluar pada waktu malam untuk mencari makanan.

    b. Memulakan aktiviti

    Hari pertama di tapak perkhemahan, murid akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk mandi dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu, murid akan bersarapan sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Setelah bersarapan, murid akan berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Aktiviti pertama yang biasanya dilakukan selepas taklimat ialah merentas hutan yang memakan masa lebih kurang empat hingga lima jam. Dalam aktiviti ini, murid akan merentas hutan untuk melihat habitat tumbuh-tumbuhan serta hidupan liar yang terdapat di sekekliling mereka.

    Semasa berjalan, murid hendaklah bergerak dalam satu kumpulan secara berbaris dan

    tidak terputus bagi mengelakkan daripada tersesat. Murid berkeperluan khas perlu sentiasa diingatkan agar tidak sesekali memberanikan diri berjalan seorang diri atau berhenti sesuka hati untuk memerhatikan sesuatu kerana dibimbangi murid tersebut akan ketinggalan dan tersesat seorang diri. Kumpulan hanya akan berhenti sekiranya diarahkan oleh ketua kumpulan. Fasilitator atau ketua kumpulan akan diletakkan sama ada di bahagian hadapan, tengah atau belakang barisan bagi memastikan keselamatan setiap murid kumpulan. Setelah tamat aktiviti merentas hutan, ketua kumpulan akan mengesahkan kesemua ahli kumpulan telah selamat sampai. Murid akan kembali ke khemah masing-masing untuk berehat sementara menunggu

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 115

    petugas memasak pada hari tersebut menyediakan makanan tengah hari. Selepas makan, perserta berkeperluan khas akan membersihkan diri untuk menunaikan solat Zuhur.

    Pada sebelah petang, murid berkeperluan khas akan melakukan sama ada aktiviti air

    atau aktiviti tali bergantung kepada perancangan ketua program perkhemahan. Kemudian murid berkeperluan khas akan kembali ke khemah unutk menunaikan solat Asar, minum petang dan berehat. Bagi AJK masakan serta ahli kumpulan yang bertugas, mereka akan memulakan tugas memasak makanan unutk makan malam. Pada waktu malam, murid akan melakukan aktiviti merentas hutan. Aktiviti pada malam hari ini perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati berbanding dengan waktu siang kerana keadaan malam yang gelap. Semasa aktiviti unggun api, murid akan duduk beramai-ramai mengelilingi unggun api besar. Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti membuat persembahan kumpulan pembentangan laporan dan sesi bersama fasilitator.

    PERATURAN PERKHEMAHAN Semasa mengikuti program perkhemahan, aspek keselamatan perlu diberi perhatian yang utama. Aspek keselamatan ini meliputi diri murid dan juga peralatan perkhemahan. Setiap murid berkeperluan khas akan diberi taklimat berhubung dengan aspek keselamatan. Langkah-langkah keselamatan diadakan bagi mengurangkan risiko kemalangan yang mungkin berlaku semasa program perkhemahan.

    i. Murid berkeperluan khas hendaklah meminta izin daripada komandan kem

    sekiranya berhasrat untuk keluar dari tapak perkhemahan. ii. Murid berkeperluan khas hendaklah keluar bersama-sama rakan atau secara

    berkumpulan agar bantuan dapat diberikan oleh rakan murid sekiranya berlaku kecemasan.

    iii. Murid hendaklah berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam kerana ditakuti boleh mencederakan diri atau orang lain.

    iv. Murid hendaklah memaklumkan kepada rakan setiap kali hendaklah pergi ke sesuatu tempat agar mereka tahu tempat murid berada.

    v. Murid perlu menjauhkan diri dari binatang berbahaya seperti ular, ikan beracun dan binatang buas untuk mengelakkan diri daripada dicederakan.

    vi. Murid hendaklah memaklumkan kepada komandan kem dengan segera sekiranya ditimpa kecederaan.

    vii. Murid hendaklah sentiasa memakai jaket keselamatan ketika melakukan aktiviti air. Jaket ini akan membantu murid mengapungkan diri khususnya bagi mereka yang tidak tahu berenang.

    viii. Murid yang menghidapi sakit seperti asma, kencing manis atau darah tinggi perlu membawa ubat masing-masing.

    ix. Murid hendaklah menjauhkan diri daripada memakan sebarang tumbuhan yang tidak pasti spesisnya bagi mengelakkan keracunan yang boleh mendatangkan mudarat.

    x. Murid hendaklah berhati-hati ketika memegang ikan untuk mengelakkan daripada terkena sengatan. Sesetengah ikan air tawar mempunyai sengat yang berbisa.

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 116

    PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas merupakan satu teknik rawatan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kemalangan sebelum bantuan perubatan yang lengkap tiba. Bentuk bantuan yang diberikan adalah mudah dan ringkas tetapi mampu meredakan kesakitan atau menyelamatkan nyawa mangsa yang normalatau berkeperluan khas. Walau bagaimanapun, hanya mereka yang terlatih dan berkelayakan dibenarkan untuk memberikan pertolongan cemas tersebut. Dalam setiap program perkhemahan, penubuhan unit pertolongan cemas adalah penting. Selain memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan, unit ini juga dapat melatih setiap murid program perkhemahan tentang beberapa teknik pertolongan cemas. Unit ini juga akan dilengkapi dengan kit pertolongan cemas yang mengandungi beberapa peralatan penting seperti ubat-ubatan dan kain pembalut luka. Peralatan ini digunakan oleh mengsa sebelum sampai ke hospital. Bagi sesetengah kecederaan yang berat atau kegagalan mengenal pasti masalah mangsa, biasanya tindakan pantas akan dilakukan untuk membawa mangsa terus ke hospital. Murid perkhemahan haruslah sentiasa peka dan tahu tentang aspek keselamatan dan situasi kecemsan yang berlaku. Sikap sentias berwaspada dapat mengurangkan risiko berlakunya kecederaan dan kemalangan semasa menjalani aktiviti perkhemahan.

    Tindakan ketika kecemasan Dalam setiap program perkhemahan, mungkin terdapat kemalangan yang menyebabkan kecederaan ringan atau parah. Sekiranya terdapat murid yang mengalami kecederaan seperti ini, rawatan segera diperlukan bagi membantu menghentikan pendarahan sementara menunggu mangsa dibawa ke hospital. Bagi kes-kes kemalangan yang serius, mangsa perlu dihantar dengan segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan daripada doktor. Sekiranya kecederaan yang dialami oleh mangsa tidak serius, memadailah murid diberi rawatan dengan bantuan kit pertolongan cemas. Kit pertolongan cemas mudah dibawa dan mengandungi peralatan dan ubat-ubatan yang boleh digunakan untuk merawat kecederaan yang ringan. Antara peralatan dan ubat yang terdapat dalam kit pertolongan cemas ialah :

    Kain anduh segi tiga (bendera yang bersih juga boleh digunakan)

    Tisu penyerap

    Pita pelekat (dua gulung)

    Losen beralkohol

    Kain pembalut kasa

    Spirit ammonia untuk gigitan serangga dan pengsan Ubat mata untuk kegatalan mata yang tidak serius Serbuk baking soda untuk gigitan serangga, ketidaklawasan membuang air, dan

    radang kulit

    Penyahjangkitan

    Losen tabir suria (SPF15)

    Alat pencabut atau spatula kecil yang berhujung tajam

    Gunting kecil

    Pin

    Sarung tangan getah bersteril

    Moleskin losen penghalang melecet

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 117

    Jenis-jenis kemalangan Terdapat beberapa jenis kemalangan yang biasa dialami oleh murid perkhemahan. Antaranya ialah :

    a. Melecet

    Melecet merupakan masalah yang sering dihidapi oleh murid perkhemahan dan boleh menyebabkan ketidakselesaan. Melecet disebabkan oleh geseran antara kulit pada kaki dengan permukaan yang keras seperti kasut. Kelembapan dan suhu merupakan punca utama berlakunya melecet.

    b. Radang kulit disebabkan pancaran matahari

    Radang atau kemerahan pada kulit berlaku apabila murid terdedah terlalu lama di bawah sinaran ultraungu cahaya matahari. Radang kulit ini menjadikan kulit murid kemerah-merahan dan terasa sakit.

    c. Kehilangan haba

    Semasa murid menyertai aktiviti lasak, terutamanya dalam cuaca yang panas, mereka mungkin akan mengalami kehilangan haba badan. Antara simptom yang boleh dilihat pada murid yang mengalami kehilangan haba badan ialah rasa letih yang melampau, muntah, sakit kepala dan mungkin pengsan. Kulit murid akan menjadikan lembap dan melekit serta anak mata membesar.

    d. Penghidratan

    Penghidratan berpunca daripada kehilangan air akibat penyingkiran air yang berlebihan daripada badan, contohnya berpeluh dengan banyak pada waktu panas. Penghidratan dapat diatasi dengan meminum air yang mengcukupi. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas atau 1500 ml air sehari. Sekiranya murid banyak terlibat dengan aktiviti lasak seperti mendaki dan berkayak, murid perlu membawa bekalan air minuman. Kekurangan air di dalam badan akan mengakibatkan murid kehilangan stamina.

    e. Hipotermia

    Hipotermia ialah keadaan penurunan suhu badan yang jauh lebih rendah daripada aras normal. Keadaan ini berlaku akibat suhu yang terlampau sejuk atau murid terjatuh ke dalam kolam air yang sejuk. Antara simptom hipotermia ialah menggigil, kecelaruan fikiran, tidak boleh membuat penilaian yang betul, kecuaian serta kehilangan koordinasi badan. Hipotermia berlaku apabila seseorang itu menggigil secara tidak terkawal, mengalami kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri. Kecelaruan fikiran berlaku kerana otak kaku akibat kesejukan.

    f. Sakit perut

    Sakit perut merupakan masalah yang kerap dialami oleh murid program perkhemahan. Antara punca sakit perut ialah memakan makanan yang telah dicemari bakteria, menggunakan

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 118

    pinggan mangkuk yang tidak dicuci dengan bersih dan meminum air yang tidak dimasak. Antara simptom sakit perut yang biasa berlaku ialah rasa mual dan muntah.

    g. Terkena tumbuhan beracun

    Di dalam hutan, terdapat banyak tumbuhan yang cantik tetapi hakikatnya beracun. Duri atau getah daripada tumbuh-tumbuhan yang beracun, seperti pokok rengas dan keladu hutan, akan menyebabkan kepedihan, kegatalan dan kerengsaan pada kulit apabila disentuh. Untuk mengelakkan murid tersentuh tumbuhan tersebut, murid perlulah memakai pakaian yang dapat memberikan perlindungan terhadap tubuh seperti baju dan seluar panjang. Murid juga perlu mengenal pasti tumbuhan yang beracun supaya dapat mengelakkan diri daripada terkena tumbuhan tersebut. Sekiranya pakaian murid tersentuh tumbuhan tersebut, basuh dengan segera pakaian tersebut dan bersihkan diri sejurus selepas aktiviti.

    h. Patukan ular

    Kawasan hutan merupakan tempat yang terdapat banyak ular berbisa seperti ular tedung selar, ular ketam tebu, dan ular kapak. Ular ini akan menyerang manusia apabila diganggu atau terancam. Sekiranya murid tidak berhati-hati semasa berada di dalam hutan, mereka boleh terdedah kepada patukan ular tersebut. Antara simptom utama patukan ular ialah tanda lebam, lecetan berdarah, menggigil, sakit kepala, demam, mual, pandangan menjadi kabur, kesukaran bernafas, kekejangan otot, peningkatan tekanan darah dan kemungkinan tidak sedarkan diri. Mangsa patukan ular perlu dibawa ke hospital dengan segera.

    RUMUSAN

    Murid-murid berkeperluan khas perlu diberi pendedahan dengan mengikuti aktiviti di luar bilik darjah seperti berkhemah.

    Berkhemah dapat menambahkan pengetahuan. Semasa menjalankan aktiviti mereka didedahkan dengan pengalaman sebenar berbanding dengan di bilik darjah mereka iaitu

    Senaraikan lima (5) aktiviti yang dimodifikasikan semasa perkhemahan

    murid pendidikan khas.

    a.______________________________________________

    b.______________________________________________

    c._______________________________________________

    d. ______________________________________________

    e. ______________________________________________

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 119

    diberi penerangan dan teori sahaja.

    Berkhemah dapat melegakan perasaan yang tegang kerana semasa berkhemah murid- murid berkeperluan khas akan berasa seronok dan dapat mengurangkan tekanan emosi dan dapat memulihkan tenaga. Suasana ketenangan dan kedamaian apabila tinggal di kawasan perkhemahan yang tenang dan jauh dari kesibukan. Jiwa yang tenang akan melahirkan peribadi yang mulia.

    Melalui aktiviti yang dijalankan,murid-murid berkeperluan khas dapat melatih percaya kepada diri sendiri, berani menghadapi cabaran dan tabah. Latihan seperti ini juga dapat melatih murid-murid berkeperluan khas menjadi kuat, sihat cergas, bertanggungjawab dan mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Dalam perkhemahan aspek keselamatan amat dititik beratkan. Keadaan ini meliputi keselamatan di tapak perkhemahan, keselamatan diri dan keselamatan sepanjang aktiviti dijalankan.

    RUJUKAN Ab. Alim Abdul Rahim, 2004. Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Oxford Fajar

    Sdn. Bhd. Borhan Yusof dan Mohd Sadek Mustaffa, 2010. Pendidikan Rekreasi Perkhemahan. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Borhanudin Abdullah, Abdul Razak Sulaiman, Mohd. Fauzi b. Abdul Rahman dan Hamizon

    Hamid (2006). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    Aktiviti Perkhemahan bagi Orang Berkeperluan khas (2009). Diperoleh pada Disember 1, 2011 dari http://intanwahid.blogspot.com/2009/08/aktiviti-perkhemahan-orang-kurang upaya.html Perkhemahan Statik Berkumpulan (2008). Diperoleh pada Disember 5, 2011 dari http://mountdweller.blogspot.com/2008/03/perkhemahan-statikk

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 120

  • K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 121