modul 4 borang keahlian 2000.doc

15
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000 MODUL 4 BORANG

Upload: zarra12

Post on 25-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

MODUL 4

BORANG

Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

Page 2: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

1. Nama Modul:Borang Keahlian Persatuan

2. Objektif modul: Di akhir modul ini, pelajar dapat menghasilkan satu borang

keahlian pasukan Pengakap.

3. Kemahiran yang dipelajari:

a. Menaip teks

b. Mengedit teks

c. Mengubah gaya teks

d. Menukar fon

e. Menukar saiz fon (font size)

f. Menggunakan kekunci Tab

g. Menggunakan Bullet list

4. Ringkasan modul:

Sebagai setiausaha pasukan Pengakap sekolah, anda dikehendaki menyediakan satu borang keahlian bagi ahli-ahli baru. Contoh borang seperti yang ditunjukkan dalam muka surat berikut. Modul ini melibatkan tiga aktiviti utama berikut:

Aktiviti 1 - Menaip teks

Aktiviti 2 - Menformat teks

Aktiviti 3 - Membina bullet list

Borang 2001 1/11

Page 3: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

Pasukan Pengakap Kumpulan ke 28 LMS,Sekolah Menengah Sungai Bayor,

34140 Rantau Panjang, Perak Darul Ridzuan.___________________________________________________________

Borang Keahlian Pasukan Pengakap

Bahagian A: Butir-butir peribadi.

1. Nama : _______________________________________

2. Tingkatan : _______________________________________

3. No. K.P : _______________

4. Umur : _______________

5. Tarikh lahir : _______________

6. Alamat : _______________________________________

_______________________________________

7. Nama ibu/bapa : _______________________________________

8. No. telefon : _______________________________________

________________________________________________________________

Bahagian B : Kegiatan kokurikulum

Persatuan/kelab lain yang dianggotai :

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Saya mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar dan saya akan mematuhi segala undang-undang Pengakap jika saya diterima menjadi ahlinya.

Tandatangan pelajar : ……………………………………………………………

Tarikh: ……………………………………………………………

Borang 2001 2/11

Page 4: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

Aktiviti 1: Menaip teks

1. Taipkan kepala borang seperti berikut:

Pasukan Pengakap Kumpulan ke-28 LMS,Sekolah Menengah Sungai Bayor,34140 Rantau Panjang, Perak Darul Ridzuan.

2. Serlahkan teks yang telah ditaip.

3. Klik butang Center pada bar alat (tool bar) untuk mengetengahkan teks yang telah diserlahkan.

4. Klik di sebelah kanan perkataan Ridzuan untuk memaparkan kursor.

Borang 2001 3/11

Klik di sini

Butang Center

Page 5: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

5. Tekan kekunci Enter dua kali untuk menurunkan kursor ke baris baru.

6. Ikut langkah berikut untuk membuat satu garisan merentasi borang:

(i) Tekan kekunci Shift dan jangan lepaskan. (ii) Tekan kekunci – (tanda sempang) beberapa kali untuk mendapatkan satu

garisan pendek. (iii) Lepaskan kekunci Shift. (iv) Tekan kekunci Enter.

Garisan pendek ini akan dipanjangkan secara automatik menjadi satu garisan merentasi dokumen (lihat rajah berikut).

7. Tekan Enter dua kali.8. Taipkan tajuk berikut.

9. Ikut langkah berikut untuk memadamkan perkataan “Pendaftaran”

i. Klik ruang kosong di hadapan huruf P dalam perkataan “Pendaftaran” untuk memaparkan kursor.

Borang 2001 4/11

Borang Pendaftaran Keahlian Pasukan Pengakap S.M. Sungai Bayor

Klik di sini.

Page 6: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

ii. Tekan kekunci Delete atau Del beberapa kali untuk memadamkan perkataan tersebut.

10. Untuk memadamkan teks yang lebih panjang, contohnya perkataan “S.M. Sungai Bayor” dalam ayat di atas, gunakan cara berikut:

a. Serlahkan perkataan “S.M. Sungai Bayor”.

b. Tekan kekunci Delete atau Del.c. Tekan kekunci Enter dua kali.

11. Klik butang Align Left untuk menempatkan kursor di sebelah kiri dokumen.

12. Taipkan butir-butir lain dalam borang ini. Ikut cara berikut untuk menaip tajuk Bahagian A.

i. Taipkan “Bahagian A: Butir-butir peribadi:”ii. Tekan Enter dua kali.iii. Taipkan nombor “1” diikuti dengan titik (noktah).iv. Tekan bar ruang (space bar) satu kali.v. Taipkan perkataan “Nama”vi. Tekan kekunci Tab dua kali.

(Kekunci Tab ini digunakan untuk menginden (indent) teks pada jarak yang telah ditetapkan. Kekunci Tab biasanya digunakan untuk menyusun tek secara teratur pada lajur yang sama.)

vii. Taipkan tanda titik bertindih (:)viii. Buatkan garisan dengan menggunakan kekunci Shift dan kekunci – (tanda

sempang)(Jika garisan menjadi terlalu panjang, gunakan kekunci Delete atau Backspace untuk memadamkan bahagian garisan yang tidak diperlukan)

ix. Tekan Enter dua kali.

13. Gunakan cara yang sama untuk menyediakan borang seperti contoh borang di muka surat 2. Semasa menyediakan tiga garisan dalam Bahagian B, pastikan anda menekan space bar sekurang-kurangnya satu kali sebelum dan selepas melukis garisan dengan menggunakan kekunci Shift dan – (sempang). Jika ruang kosong tidak diselitkan sebelum dan selepas garisan, garisan akan dipanjangkan secara automatik bila anda menekan kekunci Enter.

Borang 2001 5/11

Butang Align Left

Page 7: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

14. Klik File, Save As untuk menyimpan fail anda dalam disket atau mana-mana folder. Nama failnya ialah Pengakap.

15. Cara menyimpan dalam disket adalah seperti berikut.

i. Klik File.

ii. Klik Save As.

Kotak dialog berikut dipaparkan.

Kotak dialog berikut dipaparkan. Pastikan disket berada pada pemacu drive A.

iv. Klik pada

Borang 2001 6/11

iii. Klik disini

Page 8: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

Kotak dialog berikut dipaparkan.

Aktiviti 2: Memformat teks dalam borang

1. Tebalkan (Bold) kepala borang dengan cara berikut:

i. Klik di hadapan huruf P dalam perkataan Pasukan.

ii. Serlahkan ketiga-tiga baris dalam kepala borang.iii. Klik butang Bold pada bar pemformatan.

Tiga baris teks dalam kepala borang akan bertukar menjadi lebih tebal (hitam). Gaya teks ini dipanggil Boldface.

2. Menggariskan dan menebalkan tajuk borang dengan cara berikut:

i. Serlahkan tajuk borang.

Borang 2001 7/11

Butang Bold

v. Taipkan Pengakap vi. Klik Save.

Page 9: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

ii. Klik butang Underline.

iii. Klik butang Bold untuk menebalkan tajuk borang.

Borang Keahlian Pasukan Pengakap

3. Gunakan cara yang sama untuk menggariskan dan menebalkan tajuk Bahagian B.

4. Gunakan cara berikut untuk mencondongkan (italic) bahagian pengakuan pelajar, iaitu ayat yang bermula dengan perkataan “Saya”:

i. Serlahkan pengakuan pelajar.ii. Klik butang Italic.

5. Bahagian pengakuan pelajar akan menjadi teks italic seperti berikut:

6. Simpan fail anda dengan klik butang Save.

7. Ikut langkah berikut untuk menukar fon tajuk borang ke jenis Arial saiz 14.

i. Serlahkan tajuk borang.

ii. Klik butang ini untuk memaparkan satu senarai fon seperti dalam rajah berikut.

Borang 2001 8/11

Saya mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar dan saya akan mematuhi segala undang-undang Pengakap jika saya diterima menjadi ahlinya.

Butang Underline

Butang Italic

Page 10: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

iii. Klik fon Arial

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

8. Simpan fail anda.

Borang 2001 9/11

iv. Klik butang ini untuk memaparkan senarai saiz fon.

v. Klik saiz 14.

Page 11: Modul 4 Borang Keahlian 2000.doc

Modul Pembelajaran Akses Kendiri Microsoft Word 2000

Aktiviti 3 : Menggunakan bullet list

1. Serlahkan tiga garisan dalam Bahagian B borang seperti berikut:

2. Klik butang Bullet List.

3. Hasil Bullet list adalah seperti dalam rajah berikut.

4. Anda telah berjaya menyediakan borang keahlian persatuan. Simpan (Save) hasil anda.

5. Cetak borang anda. (Jika perlu, sila rujuk modul 1 )

Latihan :

Sediakan satu borang keahlian bagi Kelab Bola Sepak (atau kelab lain) sekolah anda berdasarkan format borang keahlian pasukan pengakap Sekolah Menengah Sungai Bayor.

-TAMAT-

Borang 2001 10/11

Butang Bullet List