modul 2 - ciri-ciri kanak-kanak pendidikan khas

Upload: irabeskal

Post on 10-Apr-2018

283 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    1/18

    JABATA PEDIDIKA KHAS

    KEMETERIA PELAJARA MALAYSIA

    KURIKULUM LATIHA PEDIDIKA KHAS

    BERMASALAH PEMBELAJARA

    PERIGKAT ASAS

    MODUL

    Ciri-ciri dan Perkembangan Murid-murid

    Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    September 2007

    2

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    2/18

    Modul 2

    2

    CIRI-CIRI DAN PERKEMBANGAN MURID BERKEPERLUANKHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

    1.0 Pengenalan

    Kursus ini bertujuan menerangkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan

    perkembangan murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    dengan murid-murid normal. Lawatan ke program-program Pendidikan

    Khas Bermasalah Pembelajaran juga diadakan untuk membolehkan guru-

    guru melihat keadaan dan situasi sebenar murid-murid khas bermasalah

    pembelajaran di dalam bilik darjah.

    2.0 Matlamat

    Memberi maklumat dan pengetahuan tentang jenis-jenis murid pendidikan

    khas bermasalah pembelajaran dari aspek :-

    i. Kategori ( yang disahkan oleh doktor)

    ii. Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran dan perbezaannya dengan

    murid normal.

    iii. Cara pengendalian Program Pendidikan Khas Bermasalah

    Pembelajaran.

    3.0 Objektif

    Di akhir kursus ini guru dapat : -

    3.1 Mengenalpasti kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan

    menentukan bantuan khas yang diperlukan.

    3.2 Prihatin terhadap perbezaan individu serta memahami tahap

    kebolehan murid-murid tersebut.

    Jangkamasa : 8 jam

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    3/18

    Modul 2

    3

    5.0 Kandungan

    Bahagian 1 : Jenis dan kategori ketidakupayaan masalah pembelajaran.

    Bahagian 2 : Ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran dan

    perkembangannya

    Bahagian 3 : Lawatan ke Program Pendidikan Khas

    Bermasalah Pembelajaran

    6.0 Kuiz

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    4/18

    Modul 2

    4

    BAHAGIAN 1

    JENIS DAN KATEGORI KETIDAKUPAYAAN MASALAH PEMBELAJARAN

    1.1 Tiga istilah Bahasa Inggeris yang biasa digunakan dalam Pendidikan

    Khas untuk menerangkan tahap ketidakupayaan adalah :

    impairment , disability dan handicap.

    1.2 Dalam Bahasa Melayu, istilah cacat merangkumi ketiga-tiga perkataan di

    atas.

    Murid-murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pembelajaran dibahagikan

    kepada kategori ketidakupayaan seperti berikut :

    a) Sindrom Down

    b) Autisme

    c) Hiperaktif/Hipoaktif

    d) Palsi Serebral

    e) Kerencatan Akal

    f) Bermasalah Komunikasi

    g) Bermasalah Emosi dan Tingkahlaku

    WORLD HEALTH ORGANIZATION DEFINITIONS

    IMPAIRMENT : loss or abnormality of psychological, physiologicalor

    anatomical structure or functions.

    DISABILITY : any restriction or lack of ability (resulting fromimpairment) to perform an activity in the manneror within the range considered normal for ahuman being

    HANDICAP : disadvantage for an individual resulting fromimpairment or disability, that limits or preventsfullfillment of a role that is normal for thatindividual.

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    5/18

    Modul 2

    5

    h) Kerencatan Anggota

    i) Murid-murid yang mempunyai keupayaan mental yang rendah

    j) Pintas Cerdas

    Refleksi

    Pernahkah anda bertemu dengan murid-murid mengikut kategori

    yang dinyatakan ? Bolehkah anda imbas kembali ciri-ciri murid

    tersebut?

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    6/18

    Modul 2

    6

    BAHAGIAN 2

    CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS BERMASALAH

    PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGANNYA

    Sindrom Down

    rambut jarang dan lurus

    muka leper

    mata kecil dan senget ke

    atas

    hidung kecil

    lidah tebal

    jari pendek dan lebar

    senang dijangkiti penyakit

    telinga, mata dan hidung

    leher pendek

    lelanggit tinggi

    cuping telinga tidak

    sempurna

    garisan pada tapak tangan

    terang

    kerencatan akal

    bermasalah pertuturan

    Autisma

    bermasalah komunikasi

    sukakan rutin

    sering berada di dalam dunia

    tersendiri

    ekolalia

    cederakan diri sendiri

    kompulsif

    tidak suka bergaul

    tidak ada tentangan mata

    kerencatan bahasa

    masalah kefahaman

    tidak suka disentuh

    bermasalah interaksi sosial

    pergerakan berulang-ulang

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    7/18

    Modul 2

    7

    Palsi Serebral

    kecacatan anggota tangan,

    kaki, tubuh badan

    masalah pergerakan

    masalah postur

    kekejangan

    pergerakan tidak terkawal

    masalah imbangan badan

    masalah komunikasi

    masalah motor halus / kasar

    masalah tulisan

    masalah perkembangan motor

    halus / kasar

    Hiperaktif Hipoaktif

    tidak boleh duduk diam

    impulsif

    tumpuan perhatian singkat

    suka mengganggu orang lain

    bermasalah pembelajaran

    tidak suka bergerak

    lambat habiskan tugasan

    Tumpuan Perhatian Singkat (ADD / ADHD)

    lambat menyiapkan tugasan

    mudah terganggu

    masalah konsentrasi

    masalah mengurus tugasan cepat lupa

    impulsif

    membuat tugasan lain tanpa

    menyiapkan tugasan

    sebelumnya memerlukan pengawasan

    yang lebih

    masalah menunggu giliran

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    8/18

    Modul 2

    8

    Kerencatan Akal

    Terdapat 4 tahap kerencatan

    akal :

    i) ringan

    ii) sederhana

    iii) teruk

    iv) amat teruk

    masalah tingkah laku

    masalah bahasa

    masalah pengamatan

    mengambil masa yang lama

    untuk mempelajari sesuatu

    masalah sosial

    masalah komunikasi

    masalah pengendalian diri

    masalah dalam pemindahan

    pembelajaran

    perkembangan lewat dalam

    semua aspek berbanding

    dengan rakan sebaya

    sukar memahami sesuatu

    konsep

    Masalah Emosi / Tingkah Laku

    tidak boleh memberi tumpuan

    kepada aktiviti yang sama

    dalam tempoh yang panjang

    pendiam dan pemalu

    selalu bercakap banyak,

    meninggi diri atau sukamenarik perhatian

    dengki

    cepat marah dan meradang

    mencederakan diri sendiri atau

    orang lain

    berkelakuan ganjil

    tidak kenal bahaya

    selalu menangis

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    9/18

    Modul 2

    9

    Masalah Komunikasi

    kecelaruan pertuturan

    kecelaruan bahasa

    kecelaruan suara

    masalah artikulasi

    masalah kelancaran

    Kerencatan Anggota

    kesukaran menggerakkan kaki, tangan, tubuh badan atau leher.

    masalah duduk, berdiri atau berjalan dengan baik

    masalah mendengar, bertutur atau belajar

    Pintar Cerdas

    keupayaan umum yang istimewa

    kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi

    bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya

    IQ tinggi

    mudah memahami pengajaran dan pembelajaran menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

    Murid-murid Yang Mempunyai Keupayaan Mental Yang Rendah

    kerencatan akal ringan

    pencapaian kemahiran 3M rendah

    tidak suka diberi tugasan yang banyak

    lemah dalam kefahaman bahasa

    sukar memberi tumpuan perhatian

    cepat lupa

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    10/18

    Modul 2

    10

    Refleksi

    Arahan : Berdasarkan kategori kecacatan sila baca kajian kes berikut

    bagi tiap- tiap kes dan anda diminta menentukan jenis kecacatan yang

    utama. Untuk aktiviti ini, anda diberi masa selama 1 jam.

    Kes 1 : (Ali : 8 tahun)

    Ali mempunyai masalah dalam bacaan. Apabila membaca di hadapan

    kelas, dia melakukan berbagai kesilapan dan bacaannya kurang lancar.

    Dia juga mempunyai masalah menumpukan perhatian kepada apa yang

    dibacanya. Ibu bapanya memberitahu gurunya bahawa Ali kurang

    membaca bahan bacaan yang menyeronokkan. Ali sering mengakui yang

    dia tidak pandai membaca atas alasan dia bodoh; dia sering mencari jalan

    untuk mengelakkan diri daripada membaca. Ali amat suka menonton TV

    dan boleh bercerita tentang program yang disukainya. Dia lebih suka

    menonton TV, mendengar radio atau kaset dan membantu bapanya

    membaiki kereta pada waktu lapang.

    Kecacatan utama :..

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    11/18

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    12/18

    Modul 2

    12

    Kes 4 : Rebecca : 7 tahun

    Pada umur 7 tahun Rebecca sudah boleh membaca dengan baik dan

    lancar. Ketika umurnya tiga tahun dia sudah boleh mengarang cerita,

    menjelaskan tentang gambar yang terdapat dalam majalah yang

    dilihatnya. Sungguhpun demikian, Rebecca agak lambat dalam

    pemerolehan pertuturan. Ia hanya mula bertutur ketika berumur 18 bulan

    tetapi apabila ia telah boleh bertutur dengan baik perkembangannya

    meningkat dengan ketara.

    Melalui bantuan ibu bapanya perbendaharaan katanya semakin

    bertambah. Kedua-dua ibu bapanya mempunyai kerjaya profesional.

    Rebecca mula boleh membaca ketika berumur 4 tahun yang mana

    sebelum ini buku dan majalah merupakan kegemarannya. Ini

    menampakkan bahawa dia memang suka membaca dan mengarang

    cerita yang menarik walaupun sebelum mengetahui penghujungnya. Ia

    juga berkebolehan mengarang puisi dan dialog tentang orang rekaanya.Ibu bapanya juga sentiasa memberi pendedahan luas dalam segala

    aspek kepadanya.

    Kecacatan utama :

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    13/18

    Modul 2

    13

    Kes 5 : Swee Lan : 4 tahun

    Swee Lan telah menguasai di antara 15 hingga 20 perkataan ketika ia

    berumur 15 bulan hingga 2 tahun. Keadaan ini tidak berubah hingga kini.

    Sebahagian daripada perkataan yang dikenalinya adalah nama benda

    permainannya seperti bear, itik, anak patung dan ini juga termasuklah

    nama kucing kesayangannya, Pusi. Perkataan-perkataan ini digunakan

    untuk benda-benda tertentu di rumah sahaja atau nama-nama benda

    yang terkandung dalam buku tertentu. Swee Lan tidak akan menjawab

    apabila ditanya tentang mainan atau benda-benda yang ada di tadika

    tempat ia belajar. Dia memahami dan boleh melakukan perkara-perkara

    yang 'rutin'dan arahan-arahan mudah yang biasa diberi di tadika

    (contohnya: mari makan bersama dan duduk baik-baik). Dia kelihatan

    boleh mengingati tempat dan aktiviti yang dilakukannya. Pergerakan

    motor kasar dan halus Swee Lan adalah lebih kurang di tahap rakan

    sebayanya tetapi pencapaian keseluruhan Swee Lan adalah pada tahap

    setahun kurang daripada rakan-rakan di kelasnya.

    Kecacatan utama :

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    14/18

    Modul 2

    14

    BAHAGIAN 3

    LAWATAN KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

    BERMASALAH PEMBELAJARAN

    Sediakan laporan lawatan tentang :

    pentadbiran

    susunatur kelas

    bahan bantu mengajar

    Rancangan Pendidikan Individu

    keceriaan

    Tugasan Lawatan :

    1. Anda dikehendaki mengenal pasti dua orang murid dalam kelas Khas

    Bermasalah Pembelajaran dan buat pemerhatian ke atas murid tersebut

    selama 20 minit.

    Lengkapkan maklumat berikut.

    Bil Borang Pemerhatian Murid A

    1

    2

    3

    4

    5

    Nama murid :

    Umur :

    Jantina :

    Tingkahlaku yang ketara :

    1. ..

    2. ..

    3. ..

    Respons murid terhadap pembelajaran dalam kelas. Huraikan.

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    15/18

    Modul 2

    15

    6 Pada andaian anda, apakah masalah murid ini?

    Bil Borang Pemerhatian Murid B

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Nama murid :

    Umur :

    Jantina :

    Tingkahlaku yang ketara :

    1. ..

    2. ..

    3. ..

    Respons murid terhadap pembelajaran dalam kelas. Huraikan.

    Pada andaian anda, apakah masalah murid ini?

    2. Nyatakan perbezaan yang ketara antara murid A dan murid B.a) ..

    b) ..

    c) ..

    d) ..

    e) ..

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    16/18

    Modul 2

    16

    KUIZ

    1) Ketidaknormalan kromosom pada genotaip ke 21 boleh mengakibatkan

    seseorang menghadapi sindrom

    (A) Down

    (B) Spastik

    (C) Autisme

    (D) Palsi Serebral

    2) Apabila seorang ibu yang mengandung di peringkat awal (1-3 bulan) diserang

    penyakit .., ia mungkin boleh menyebabkan bayi yang

    dilahirkan cacat.

    (A) Campak

    (B) Rubella

    (C) Hepatitis B

    (D) Deman kuning

    3) Murid-murid lambat (Slow Learner) biasanya akan mengalami masalah

    (A) bertutur, membaca, menulis(B) membaca, menulis, mengira

    (C) mengira, menulis, mengeja

    (D) bertutur, menulis, mengeja

    4) Murid A terlalu aktif dalam tindakannya dan konsentrasinya amat kurang.

    Kerapkali dia suka mengganggu orang lain. Murid A berkemungkinan

    mengalami keadaan

    (A) sawan

    (B) autisme

    (C) hiperaktif

    (D) kerencatan akal

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    17/18

    Modul 2

    17

    5) Satu daripada pernyataan berikut kurang menetapi ciri-ciri murid pintar

    cerdas.

    (A) Mempunyai emosi yang stabil.

    (B) Kebolehan mengatasi masalah diri.

    (C) Mempunyai pelbagai kecenderungan.

    (D) Berada dalam keluarga yang mewah.

  • 8/8/2019 MODUL 2 - Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pendidikan Khas

    18/18

    Modul 2

    18

    Bahan rujukan/bacaan tambahan

    Bee, Helen (1995) The Developing Child. New York : Harper Collins College

    Bender, William N. (1992) Learning Disabilities : Characteristic, Identification andTeaching Strategies. Boston : Allyn and Bacon

    Lerner, J. (1997) Learning Disabilities : Theories, Diagnosis and TeachingStrategies. 7

    thEdition. Boston : Houghton Mifflin

    Pierangelo, Roger & Jacoby, R. (1996) Parents Complete Special EducationGuide. Tips, Techniques and Materials for Helping Your Child Succeed inSchool and Life. New York : Prentice Hall