moden2

13
Soalan: Bincangkan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalammembangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayusebelum Perang Dunia Kedua. Jawapan cadangan:Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah ada sejakcampur tangan British pada tahun 1874. Dengan adanya semangatnasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke atas negeri- negeri Melayu tidakberlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakattempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air sepertiDato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong,Mat Salleh, dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat tempatanterhadap kuasa asing di negara ini. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yangmembangkit semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Faktor-faktor ini dapat dilihat melalui faktor dalaman dan faktor luaran.Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus diTanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalammembangkitkan dan menyemarakkan semangat nsionalisme orang Melayu.Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung abad ke-19 dan awalabad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandarberasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka.Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebabadanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Olehyang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagimembawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat merekasupaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telahmelahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakatMelayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidangekonomi dan sosial.Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untukmemperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20.Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkanperanan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakatMelayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yangmula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaanekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan inihampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah danterpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan inimenerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dangerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awalabad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara

Upload: tenalagi-ap-mmahandran

Post on 20-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fakta

TRANSCRIPT

Soalan: Bincangkan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalammembangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayusebelum Perang Dunia Kedua.Jawapan cadangan:Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu telah ada sejakcampur tangan British pada tahun 1874. Dengan adanya semangatnasionalisme, maka penguasaan penjajahan ke atas negeri-negeri Melayu tidakberlaku secara aman damai tetapi sebaliknya ditentang oleh masyarakattempatan. Penentangan ini dilakukan oleh pejuang-pejuang tanah air sepertiDato Maharaja Lela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong,Mat Salleh, dan lain-lain lagi mencerminkan penentangan rakyat tempatanterhadap kuasa asing di negara ini. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yangmembangkit semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu. Faktor-faktor ini dapat dilihat melalui faktor dalaman dan faktor luaran.Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus diTanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalammembangkitkan dan menyemarakkan semangat nsionalisme orang Melayu.Antara faktor dalaman ialah agama. Pada penghujung abad ke-19 dan awalabad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandarberasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka.Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebabadanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Olehyang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagimembawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat merekasupaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telahmelahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakatMelayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidangekonomi dan sosial.Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untukmemperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20.Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkanperanan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakatMelayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam keuniversiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yangmula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaanekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan inihampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah danterpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan inimenerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dangerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awalabad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dariTimur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed SyeikhAhmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali.Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air padaawal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islambaru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dankhurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapattentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golonganortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi jugamemusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang olehrevolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan danpenafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapiperkembangan pesat.Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turutmenjadi punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orangmelayu menjadi penduduk pribumi tetapi masih tertinggal jauh dalam bidangekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu yang berasaskan getahdan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripadakegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai olehorang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombongbjih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang cinapula menguasai sektor ekonomi di kawasan Bandar seperti menjadi peniaga.Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yangtinggal di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam bidangpendidikan pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system pendidikanmelayu tidak mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan orangmelayu dalam bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka perlu mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cinaPeranakan di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutumendesak supaya diberi hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaanBritish. Orang Melayu sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugatkedudukan mereka sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telahmenyemarakkan semangat nasionalisme orang melayu untukmempertahankan kedudukan mereka di Tanah Melayu.Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsaasing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupanseharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orangMelayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakangkepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu,pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalammenegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dantingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikankemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepadapemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakinmenebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Merekaakhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepundengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesananpenentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalamdaging kepada pentadbiran tentera Jepun.Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangatnasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu. Ketika penaklukan Britishke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas hati dengan kaedahpengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanahmelayu. Pihak british kemudian telah memulakan proses menginstitusikanberbagai bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupanpolitik, ekonomi dan sosial.usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukandi negeri-negeri melayu bersekutu.Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayutradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakinkecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak Britishtelah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaranuntuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diteroka oleh masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih burukmenjelang tahun 1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduknegeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orangcina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mulamenguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang merekatelah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di mana orangbukan melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-langkah yang di ambil olehpihak british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orangmelayu, kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demisedikit diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.Faktor lain seperti bahasa dan kesusasteraan. Melalui faktor bahasa dankesusasteraan ini, tulisan Jawi telah diperkenalkan sebagai tulisan rasmiBahasa Melayu. Pengaruh Arab turut wujud hasil dari peranan golongan agamadan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah.Ini sebenarnya membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negarasendiri. Antara lain ialah kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah Melayu dan MPSI. Dalam pada itu. bahasa Melayu sebenarnyasemakin hilang peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Ini dapatmemperlihatkan hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu. BahasaMelayu hanya digunakan dalam Sekolah Melayu.Jika dapat kita perhatikan, perbahasan dalam MMN dan MMPmenggunakan Bahasa Inggeris. Perkara ini pernah dibantah oleh Raja Chulanakan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan jugapenggunaannya dalam MMN dan MMP kerana wakil Melayu tiidak fahamapakah yang dibahaskan. Semua ini telah menyedarkan orang Melayu akankepinggiran bangsa dan bahasa Melayu. Jadi, gelanggang bagi orang Melayumelahirkan ketidakpuasan melalui adalah karya sastera. Secara tidak langsung,dapat memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepasmerdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam utusan Melayukeluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung olehHarun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937)yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum(1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban. Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangatkebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi(1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor KualaLumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh HajiMuhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuanmemupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripadapenjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeruorang Melayu berjuang mencapai kemajuan.Cerpen merupakan cerita pendekyang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untukkemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialahCerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayusupaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagangdan Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; RumahBesar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayumenbenci dan menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan,para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.Antara kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa itu ialahmelahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66. Penubuhanpersatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM (berjuang bagimenjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan )turut diwujudkan. Antara kejayaan lain adalah penubuhan Dewan Bahasa danPustaka yang berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayudan alat penyatuan bangsa. Ini dapat menyumbang ke arah pembentukanbangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu. Dengan itu, Melayu tidaklagi berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis danlain-lain.Tambahan lagi, faktor lain ialah sistem pendidikan. Terdapat sekolah-sekolah pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yangdisediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka dikawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi.Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdikpandai dikalangan orang melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orangmelayu menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar disekolah Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikanoleh orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja. Olehkerana penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satuyang ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai.Maka surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya 'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J.Wilkonson selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawasurat khabar melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkanterhadap kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepadadunia luar melalui surat khabar, telah membuka mata orang melayu,terutamanya generesai muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi orangmelayu.Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolahpondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan.Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilaikeislaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum imigran.Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan perananuntuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walaubagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi,maka barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka mindakaum melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka ditanah melayu. Sukatan dan dasar yang tidak selaras membangkitkan rasa tidakpuas hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.Kesimpulannya,perkembangan pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah memainkanperanan penting dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.Selain itu, kemunculan golongan intelektual juga antara faktor dalamankebangkitan semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh dengan idea-ideadan falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dannasionalisme. Sistem pendidikan yang sama antara penduduk jugamemberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan.Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluangyang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanyadalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yangdiajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagaisubjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmupengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkanpengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkanintelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangatdan kesedaran nasionalisme .Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan DatoOnn Jaafar. Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayudan menubuhkanUMNO bagi menentang Malayan Union. Beliau berjuang melalui akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu dengan membuat bidasandan kritikan serta mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula adalahpejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagimencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomiorang Melayu terutama dalam bidang pendidikan. Ahmad Boestaman adalahpejuang KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidakmenerima sambutan. Beliau memperjuangkan ketuanan Melayu danperkembangan sosio ekonomi serta politik Melayu.Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan intelektual danmerupakan pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencarikemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sekolah-sekolah agama telah didirikan diSingapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan diTeluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolahagama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, diMelaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor.Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dandi Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akankelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusahabersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar.Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan beliauperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Beliau jugamengenengahkan isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di samping itu, MaktabMelayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) jugabertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalanganpenduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi olehorang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini danmemperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsadan negara mereka. Graduan MPSI menubuhkan Persatuan Sastera Melayupada tahun 1923 bagi menggalakkan pertumbuhan sastera danmembangkitkan semangat nasionalisme .Seterusnya, perkembangan media massa turut memainkan peranan yangpenting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Idea nasionalisme lahirmelalui surat khabar, majalah, novel dan rencana. Surat khabar digunakansebagai medan untuk menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaanmereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858.Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peripentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu seagai alatmenyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.Sebagai contoh, pada23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar iniditerbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi,Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji AbbassMohammad Taha. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha,Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh.Selain itu, pada tahun 1939, akhbarUtusan Melayu telah diterbitkan.Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemukapula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadilambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu dimintaberusaha dengan gigih untuk kemajuan. PenerbitanUtusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas,terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dansebagainya. Selain itu, kemunculan alat pencetak telah mencetuskankesedaran kebangsaan melalui penertbitan akbar, majalah & novel. Dalammasa yang sama, muncul golongan wartawan yang komited dan sedar akannasib bangsanya. Golongan wartawan telah membangkitkan isu-isukemunduran masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti sosial,pendidikan, ekonomi dan politik.Faktor terakhir adalah perkembangan sistem perhubungan. Sistemperhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demikepentingan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantumenyelesaikan halangan geografi di kalangan masyarakat melayu.Umpamanya,pada tahun 1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistemperhubungan ini dapat membantu merentasi sikap kekampungan, kedaerahandan kenegerian. Masyarakat melayu tidak kira dari daerah atau negeri yangberlainan dapat berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara tidaklangsung dapat menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnyamewujudkan identiti kebangsaan. Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpinmelayu yang berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas kepada masyarakatdi kawasan perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan raya dan jalankeretapi.Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus diluar Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar kepadaperkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah Melayu.

Faktor-faktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat kebangkitansemangat nasionalisme orang Melayu.Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. GerakanPemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamismetelah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang pemudareformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke19. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani sendiri dan SyeikhMuhammad Abduh.Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 danmendapat ijazah dariUniversiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Syeikh MuhammadAbduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak azanmoden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yangsejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul sepertiyang tercatit di dalam al-Quran dan al-Hadis. Yang disesuaikan ialah perkara-perkara dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam mengenai sesuatupendapat atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau dianggap baru, prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkankonsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,gerakan ini turut bermatlamat untuk membebaskan agama Islam daripadakepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islamyang sebenar.Antara lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islamyang terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untukmencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran danHadith dan yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruhpenjajahan Barat. Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi keluar negeri, terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam.Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembanganreformisme di timur tengah itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulantersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayuberlandaskan agama islam.Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepadapelajar-pelajar Melayu yang menuntut diUniversiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesirpulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agamaislam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh TahirJalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin MohammadTaha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agamaIslam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalahal-Imam.Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tigagerakan iaitu Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda.Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu gerakan untuk menyatukan umatIslam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. GerakanPan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaankuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun 1300.Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani inginmenyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam danmenubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahangmendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal.Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johortetapi gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakatmenentang kuasa Berikat.Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dansegala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkanpeperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain danPerancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada beritayang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan-Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur danNur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkandahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turkiakan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar Indiamelancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British.Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjayamenakluki Singapura.Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalamPerang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di Indiamembentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistemKhilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi olehBritish. Yang terakhir sekali ialah Gerakan Turki Muda yang dipimpin olehMustapha Kamal Attaturk yang bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkansebagai Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. AbdulKadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistemKhilafat. Golongan Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama danundang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau AbdulKadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda.Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda,iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turkidikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan KerajaanTurki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidangekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golonganKaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. KaumMuda di Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM)pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik.Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868,Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpinMeiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepunmengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniruteknologi Barat, sekaligus membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telahmewujudkan Ilham dan keazaman dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenanganJepun terbesar ialah apabila dapat mengalahkan Eropah. Kesan daripadakemenangan ini, orang Asia dan Melayu mulai sedar akan kepentinganpelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjadikanrakyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang sama, ianya juga memberikesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah Melayu.Dalam peperanganyang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-1905) menyaksikan Jepuntelah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dankesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklahsekuat seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikanbahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat sepertiJepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telahmenghasilkan karya berjudul 'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yangmenceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliaudaripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang asalnya daripada bahasa arab.Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan ditimur dan ini termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mulapercaya bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga bolehmenghalau keluar orang British dari Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedarioleh golongan terpelajar di Tanah Melayu. Di antara mereka ialah Syed Sheikhal-Hadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka dalamaspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepunmengalahkan kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawaorang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripadaterus di tindas oleh pihak British. Selain itu, turut timbulnya GerakanKesedaran Kebangsaan China. Pada tahun 1911 berlaku Revolusi China yangdipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya menumbangkan kerajaanManchu dan menubuhkan sebuah negara republik China. Keadaan inimembangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British.Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari Indonesia.Gerakan kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belandatelah memberi semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasandaripada penjajahan British. Beberapa parti politik telah ditubuhkanditubuhkan di Indonesia. Antaranya ialah Sarekat Islam. Sarekat Dagang Islamdiasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama SarekatDagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islamialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yangterkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim.Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesiasupaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johorditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islamdi Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadapBritish di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai olehSayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserahhingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawanganSarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke TanahMelayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agamadari Sumatera.Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh SyedSyeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadimengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang diakhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah Parti KomunisIndonesia (PKI). PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono padatahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajarankomunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk TanMalaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil.Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi keranamereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapatmengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.Yang terakhir sekali ialah Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan olehSukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesiamemperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan sosial dankebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkandasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telahdiamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi.PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkankerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah danakhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu.Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orangMelayu. Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu paduuntuk melepaskan diri daripada kuasa penjajah.Faktor kelima adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina. Jose Rizalmemimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol. Beliautelah menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntutSepanyol memberi layanan adil kepada rakyat. Melaului gerakan ini juga telahmember kesedaran kepada openduduk di Tanah Melayu untuk bangkit dariterus dikuasai oleh kuasa asing.Faktor terakhir adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan India. Gerakan inidipimpin oleh Mahatma Gandhi. Tujuan gerakan ini adalah untukmembebaskan India daripada penjajahan British. Penduduk di Tanah Melayu juga turut mempunyai keinginan yang sama iaitu ingin membebaskan diridaripada penjajahan Brirish. Dengan itu, gerakan ini telah memberi semangatserta kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu untuk terus bangun daripenindasan yang berleluasa di Negara sendiri.Kesimpulannya, faktor-faktor dalaman mempunyai peranan yangtersendiri dalam membangkitkan semangat nasionalisme penduduk TanahMelayu. Contohnya ialah agama, system pendidikan, kesedaran tentangkemunduran orang melayu, bahasa dan kesusasteraan serta perkembangan media massa, Jadi faktor-faktor inilah antara yang banyak membantu kearahproses kemerdekaan rakyat. Selain itu, peranan pengaruh luar merupakanfaktor penting kebangkitan nasionalisme Melayu. Akibatnya, timbul persatuanMelayu pada tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres Melayu Se Malayadiadakan pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan orangMelayu. Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan UMNO pada tahun 1946.