model terapi realiti

3
Model Terapi Realiti Model Terapi Realiti ini telah dikemukakan oleh William Glasser. William Glasser telah mengemukakan Teori Kawalan sebelum ini. Beliau telah mendapati bahawa Teori Kawalannya tidak diterima oleh orang ramai. Oleh itu, William Glasser telah menambah baik Teori Kawalannya dengan mengubah teorinya kepada Teori Pilihan. Teori Pilihan William Glasser telah mengutamakan elemen keperluan asas manusia, kualiti dan kreativiti pengajaran guru dalam menguruskan masalah disiplin murid-murid di sekolah. Beliau berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh pilihan seseorang manusia tersebut. . Menurut William Glasser, masalah disiplin berlaku dalam kalangan murid kerana murid-murid berasa bosan dan tidak puas hati dengan aktiviti pengajaran, pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru serta keadaan fizikal dan persekitaran di bilik darjah dan sekolah yang tidak selesa. Keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi asas boleh mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Oleh itu, murid-murid akan melakukan kesalahan salah laku jika keperluan asas tidak dijaga dengan baik. Jadi, Model Terapi Realiti dapat menangani masalah disiplin dalam kalangan murid-murid di sekolah. Model ini dapat memastikan keperluan asas psikologi murid-murid di sekolah dijaga. Oleh itu, murid-murid di sekolah tidak akan melakukan salah laku disiplin jika keperluan asas psikologi dijaga. Antara empat keperluan asas psikologi murid yang perlu dijaga ialah kasih sayang, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keseronokan. Kasih sayang merupakan salah satu keperluan asas murid yang perlu dijaga. Murid-murid di sekolah sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada guru. Murid-murid yang tidak dapat mendapat perhatian dan kasih sayang daripada guru akan cuba melakukan salah laku disiplin untuk menarik perhatian dan mendapatkan kasih sayang daripada guru. Oleh itu, guru haruslah memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada murid. Guru haruslah melayan murid dengan sama rata dan menganggap murid merupakan ahli-ahli di dalam bilik darjah dan sekolah. Guru juga haruslah sentiasa mengambil berat tentang keadaan semasa murid di sekolah dan rumah. Jika murid tersebut menghadapi masalah, guru haruslah membantu murid tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Guru di sekolah boleh mengamalkan pengurusan bilik darjah yang berunsur demokratik iaitu guru menerima pandangan dan pendapat murid dengan hati yang terbuka. Guru juga boleh memberi peneguhan positif seperti hadiah dan pujian kepada murid apabila murid bertingkah laku baik dalam bilik

Upload: ng-hui-yi

Post on 23-Dec-2015

203 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Model Terapi Realiti

Model Terapi Realiti

Model Terapi Realiti ini telah dikemukakan oleh William Glasser. William Glasser

telah mengemukakan Teori Kawalan sebelum ini. Beliau telah mendapati bahawa Teori

Kawalannya tidak diterima oleh orang ramai. Oleh itu, William Glasser telah menambah

baik Teori Kawalannya dengan mengubah teorinya kepada Teori Pilihan. Teori Pilihan

William Glasser telah mengutamakan elemen keperluan asas manusia, kualiti dan

kreativiti pengajaran guru dalam menguruskan masalah disiplin murid-murid di sekolah.

Beliau berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh pilihan

seseorang manusia tersebut.

. Menurut William Glasser, masalah disiplin berlaku dalam kalangan murid

kerana murid-murid berasa bosan dan tidak puas hati dengan aktiviti pengajaran,

pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru serta keadaan fizikal dan persekitaran di bilik

darjah dan sekolah yang tidak selesa. Keperluan untuk memenuhi empat keperluan

psikologi asas boleh mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah. Oleh itu, murid-murid

akan melakukan kesalahan salah laku jika keperluan asas tidak dijaga dengan baik.

Jadi, Model Terapi Realiti dapat menangani masalah disiplin dalam kalangan murid-

murid di sekolah. Model ini dapat memastikan keperluan asas psikologi murid-murid di

sekolah dijaga. Oleh itu, murid-murid di sekolah tidak akan melakukan salah laku disiplin

jika keperluan asas psikologi dijaga.

Antara empat keperluan asas psikologi murid yang perlu dijaga ialah kasih

sayang, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keseronokan. Kasih sayang

merupakan salah satu keperluan asas murid yang perlu dijaga. Murid-murid di sekolah

sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada guru. Murid-murid yang tidak

dapat mendapat perhatian dan kasih sayang daripada guru akan cuba melakukan salah

laku disiplin untuk menarik perhatian dan mendapatkan kasih sayang daripada guru.

Oleh itu, guru haruslah memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada murid. Guru

haruslah melayan murid dengan sama rata dan menganggap murid merupakan ahli-ahli

di dalam bilik darjah dan sekolah. Guru juga haruslah sentiasa mengambil berat tentang

keadaan semasa murid di sekolah dan rumah. Jika murid tersebut menghadapi

masalah, guru haruslah membantu murid tersebut untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh murid. Guru di sekolah boleh mengamalkan pengurusan bilik darjah yang

berunsur demokratik iaitu guru menerima pandangan dan pendapat murid dengan hati

Page 2: Model Terapi Realiti

yang terbuka. Guru juga boleh memberi peneguhan positif seperti hadiah dan pujian

kepada murid apabila murid bertingkah laku baik dalam bilik darjah. Dengan

melaksanakan cara-cara ini, murid-murid akan berasa mereka telah disayangi dan

dihargai oleh guru apabila guru telah memberi kasih sayang dan perhatian kepada

murid-murid di sekolah. Oleh itu, murid-murid akan bertingkah laku baik dan tidak akan

mewujudkan masalah disiplin dalam sekolah.

Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan murid di sekolah dapat ditangani

dengan guru memberi kuasa dan kawalan yang bersesuaian kepada murid semasa

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Model Terapi

Realiti juga mencadangkan guru untuk memberi kebebasan kepada murid. Guru akan

memberi peluang kepada murid bagi membolehkan mereka menguruskan diri dan bilik

darjah. Murid diberi pilihan untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan mereka dengan

mengikuti minat dan kecenderungan murid. Pada masa yang bersesuaian, guru

memberi bimbingan dan pengawasan yang bersesuaian kepada murid semasa murid

sedang melaksanakan aktiviti. Oleh itu, murid akan mempunyai kesedaran dalam

mengawal tingkah laku sendiri apabila guru telah memberi kuasa kepada murid untuk

melaksanakan aktiviti secara individu. Murid-murid akan lebih berjaga-jaga dan

berwaspada dengan tingkah laku yang ditampilkan oleh diri sendiri. Oleh itu, masalah

disiplin dalam kalangan murid di sekolah dapat ditangani dengan murid-murid

bertanggungjawab dalam mengawal tingkah laku sendiri.

Murid-murid di sekolah melakukan kesalahan disiplin kerana mereka inigin

mendapat perhatian daripada pihak ibu bapa dan guru. Murid-murid melakukan

kesalahan disiplin juga kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang

oleh guru tidak seronok dan membosankan. Apabila murid berasa bosan, mereka akan

mula mencari tingkah laku yang menyeronokkan mereka. Oleh itu, Model Terapi Realiti

juga telah mencadangkan guru untuk memberi keseronokan kepada murid semasa

berada dalam bilik darjah. Guru haruslah mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Guru boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih

seronok dengan menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Guru

boleh mengajar dengan menggunakan alat bantu mengajar yang dibuat oleh guru. Guru

juga boleh menggunakan perisian komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar dan komputer dapat menarik perhatian

murid untuk belajar. Murid akan menumpukan perhatian semasa proses pengajaran

Page 3: Model Terapi Realiti

guru dan mereka akan tidak berbuat bising semasa dalam bilik darjah. Guru juga boleh

mewujudkan sesi berlakon drama untuk membolehkan murid memahami maksud teks

yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan berasa seronok

dan tertarik dengan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Dengan ini, mereka akan

lebih menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar. Oleh itu, masalah disiplin

murid dalam bilik darjah dapat dikurangkan. Guru juga boleh merancang pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid dengan memilih objektif pembelajaran

yang boleh dicapai oleh murid-murid.

Model Terapi Realiti dapat menangani masalah disiplin murid dengan membantu

murid untuk memahami tindakan dan pilihan-pilihan yang dibuat oleh mereka. Guru

berperanan untuk memberitahu murid-murid tentang akibat yang akan dilanda jika murid

telah melakukan salah laku disiplin. Akibat mestilah realistik dan telah dikenal pasti oleh

murid. Murid perlu mengemukakan pelan perancangan untuk membantu sendiri dalam

menguruskan tingkah laku. Murid harus bertanggungjawab terhadap tingkah laku sendiri

dan bersedia untuk menanggung akibat yang dilakukan oleh murid sendiri. Guru

berperanan untuk mendengar masalah murid serta membantu murid dalam membuat

pilihan dan melaksanakan pilihan tersebut.

Model Terapi Realiti dapat membantu murid mengenal realiti kehidupan dan

memenuhi kehendak kehidupan mereka melalui pilihan yang telah dibuat. Guru perlulah

bersikap jelas, tegas dan serius dalam mengawal disiplin dalam kalangan murid. Guru

perlulah menegaskan tingkah laku murid yang ingin dibetulkan sehingga murid tersebut

dapat mengubah tingkah laku yang tidak diingini. Guru juga perlu menegaskan murid-

murid tentang kelakuan yang diterima di sekolah dan memastikan murid-murid

mematuhi peraturan yang perlu dipatuhi di sekolah.