mitos sejarah

4
NAMA :KASTHURI A/P GURUSAMI NO.MATRIK : AEA 070093 SOALAN 6 : HURAIKAN MAKSUD MITOS-LEGENDA DAN MENGAPA UNSUR MITOS-LEGENDA DIMASUKKAN DALAM PENULISAN SEJARAH MELAYU TRADISIONAL ? PENGENALAN : Mitos adalah suatu bentuk genre dalam sastera rakyat.Mitos biasanya berhubung rapat dengan kepercayaan agama sesebuah masyarakat Mitos mendapat sifatnya daripada keterangan berdasarkan peristiwa yang dikatakan berlaku Dalam peradaban yunani,istilah istilah ‘mitos’ berasal dari kata ‘mutueros’yang merujuk kepada sekumpulan cerita-cerita purbakala. Mitos juga digelar sebagai mitologi iaitu cerita tentang asal-usul,baik asal nama tempat,asal-usul manusia,asal-usul sesuatu kejadian dll. Legenda adalah cerita berkenaan tokoh2 yang terkenal di satu-satu tempat .Tokoh ini mungkin benar2 tokoh yang pernah hidup dalam sejarah tempat itu @mungkin tokoh yang kebenaran sejarahnya tidak dapat dibuktikan. Legenda mendapat sifatnya dari unsure sejarah dan lebih mementingkan tokoh yang terlibat dalam peristiwa itu. MENGAPA UNSUR MITOS-LEGENDA DIMASUKKAN DALAM PENULISAN SEJARAH MELAYU TRADISIONAL ? 1)Mengukuhkan kedudukan raja Mitos telah digunakan untuk mengambarkan keagungan raja-raja melayu.Di samping,mengabsahkan hak dan kelayakkan mereka sebagai pemerintah. Cthnya 1: Raja melayu dikatakan berasal dari raja iskandar@iskandar Dzulkarnain.Ini untuk memperlihatkan keistimewaan raja2 melayu itu sendiri .

Upload: natasyain91

Post on 21-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teori dan kaedah sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: mitos sejarah

NAMA :KASTHURI A/P GURUSAMI

NO.MATRIK : AEA 070093

SOALAN 6 : HURAIKAN MAKSUD MITOS-LEGENDA DAN MENGAPA UNSUR MITOS-LEGENDA DIMASUKKAN DALAM PENULISAN SEJARAH MELAYU TRADISIONAL ?

PENGENALAN :

Mitos adalah suatu bentuk genre dalam sastera rakyat.Mitos biasanya berhubung rapat dengan kepercayaan agama sesebuah masyarakat

Mitos mendapat sifatnya daripada keterangan berdasarkan peristiwa yang dikatakan berlaku

Dalam peradaban yunani,istilah istilah ‘mitos’ berasal dari kata ‘mutueros’yang merujuk kepada sekumpulan cerita-cerita purbakala.

Mitos juga digelar sebagai mitologi iaitu cerita tentang asal-usul,baik asal nama tempat,asal-usul manusia,asal-usul sesuatu kejadian dll.

Legenda adalah cerita berkenaan tokoh2 yang terkenal di satu-satu tempat .Tokoh ini mungkin benar2 tokoh yang pernah hidup dalam sejarah tempat itu @mungkin tokoh yang kebenaran sejarahnya tidak dapat dibuktikan.

Legenda mendapat sifatnya dari unsure sejarah dan lebih mementingkan tokoh yang terlibat dalam peristiwa itu.

MENGAPA UNSUR MITOS-LEGENDA DIMASUKKAN DALAM PENULISAN SEJARAH MELAYU TRADISIONAL ?

1)Mengukuhkan kedudukan raja Mitos telah digunakan untuk mengambarkan keagungan raja-raja melayu.Di

samping,mengabsahkan hak dan kelayakkan mereka sebagai pemerintah. Cthnya 1: Raja melayu dikatakan berasal dari raja iskandar@iskandar

Dzulkarnain.Ini untuk memperlihatkan keistimewaan raja2 melayu itu sendiri .Bagi menunjukkan raja2 melayu bukan dari keturunan sebarangan,tetapi dari keturunan seorang tokoh besar yang terkenal di dunia.

Unsur ini digunakan untuk menunjukkan kebesaran dan kedaulatan mereka.Jadi keturunan mereka mesti dianggap tinggi dan kuat.

Cth 2:Konsep devaraja digunakan untuk meyakinkan masyarakat bahawa orang yang diterima sebagai raja berhak dan layak menduduki tempat yang tertinggi.Kelayakkan itu disahkan oleh kepercayaan bahawa raja itu ialah ‘penjelmaan semula’ dari tuhan mengikut kepercyaan hindhu.

Cth 3: Sejarah melayu menceritakan bagaimana dengan mencecahkan mahkota yang diwarisi dari nenek moyangnya ,Seri Teri Buana Berjaya menghentikan rebut taufan yang melanda angkatannya dlm pelayaran menuju ke temasik.Mitos ini diceritakan bagi melambangkan sifat keistimewaan @ superhuman raja.Di samping mengukuhkan kedudukan raja.

Page 2: mitos sejarah

Selain itu,cara Sesuatu tempat dipilih untuk menjadi negeri baru dan memberi nama tempat itu juga diterangkan dalam bentuk mitos

Cth 4:Pasai mendapat namanya dari nama anjing perburuan raja setelah anjing yang sebegitu garang Berjaya dikalahkan oleh seekor pelanduk.Peristiwa itu diterima sebagai petanda masa depan yang positif bagi tempat tersebut.

Mitos ini digunakan bagi menyampaikan kepada masyarakat bahawa bukan shj raja merupakan orang yang terpilih,tetapi tempat yang dibuka menjadi negeri juga adalah tempat terpilih dan mempunyai keistimewaan

2.Sebagai kiasan atau sindiran halus terhadap peribadi seseorang pemerintah Pengarang menggunakan unsur mitos bagi menyindir secara halus setengah

perbuatan raja2 melayu yang kejam dan tidak bertimbang rasa. Cthnya peristiwa peminangan puteri gunung ledang oleh sultan Mahmud .Sultan

Mahmud sanggup memenuhi segala syarat yang dikenakan oleh puteri gunung ledang namun syarat terakhirnya iaitu darah anak raja semangkuk tidak dapat dipenuhi kerana tidak sampai hati untuk mengeluarkan darah anaknya.

Mitos ini digunakan bagi menyindir sikap raja yang sanggup berbuat apa sahaja terhadap rakyat jelata demi mencapai tujuan dan nafsunya tetapi jika mengenai diri dan keluarganya ,raja tidak sanggup menhadapi secara terang-terangan.

3) Bagi menunjukkan kekuatan orang melayu Pengarang telah menngunakan unsur satu tokoh legenda untuk menunjukkan

kekuatan fizikal dan mental orang –oarng melayu zaman sebeum munculnya Melaka.

Cthnya cerita Badang yang merupakan seorang hamba telah mendapat kekuatan yang luar biasa dengan memakan muntah hantu dan kemudiannya menjadi hulubalang kepada raja singapura

4) Untuk menggambarkan keistimewaan pahlawan dan kesetiaan mereka kepada raja Cthnya Hang tuah digambarkan sebagai pahlawan yang kuat,berani ,handal dan

mempunyai kesaktian dan kuasa sacral Ini bertujuan untuk mengambarkan kesucian kedudukan mereka jika

dibandingkan dengan manusia biasa. Dalam SM,Hang Tuah dijadikan lambang taat setia yang tidak berbelah-bahagi

daripada seorang hamba kepada rajanya.Ia juga membawa motif ‘pantang melayu menderhaka kepada tuannya’

Walaupun Hang Tuah telah difitnah dan diperintah bunuh oleh sultan,Hang Tuah tetap setia dan patuh kepada sultan

Di samping bertujuan untuk membentangkan kebolehan spiritual dan fizikal yang dialami oleh orang melayu zaman dahalu dan yang ada hubungannya dengan kebesaran dan keagungan kerajaan Melaka itu sendiri.

Page 3: mitos sejarah

4)Bagi menerangkan sesuatu peristiwa dengan mudaho Mitos dan legenda penting untuk menerangkan Sesuatu yang sukar difahami

berkenaan kehidupan dengan cara yang paling mudah kepada mayarakat sezamano Dalam genre sastera hikayat ,mitos dan legenda disimpulkan sebagai unsur khayal

yang mengindahkan cerita ,menjadikannya menarik dan meninggikan fungsi hiburan yang diharapkan darinya .Menyediakan penyelesaian bagi masalah-masalah yang sukar diatasi .

Kesimpulannya :Mitos dan legenda yang wujud dalam hasil kesusasteraan sesuatu masyarakat ,bukanlah sesuatu yang aneh dan menjatuhkan maruah bangsa itu.Sebaliknya kewujudan unsure-unsur tersebut membuktikan bahawa masyarakat tersebut telah berkembang dan melalui tahap-tahap peradaban dan pemikiran yang sama dengan masyarakat manusia sejagat yang lain.