minit__mesyuarat_panitia_geografi_kali_ke_2_2011(word_2003)

Upload: yoongsp

Post on 08-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    1/9

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR, BATU BERENDAM

    MINIT MESYUARAT GEOGRAFI KALI KE 2

    SESI AKADEMIK 2011

    Tarikh : 22 April 2011

    Hari : Jumaat

    Masa : 12.30 -2.00 ptg.

    Tempat : Tingkatan 1B

    Kehadiran : 1. Puan Lim Lay Neo

    2. Puan Yoong Sin Poh

    3. Puan Salomi Hj. Naim

    4. Puan Punitha Rajindram

    5. Puan Lim Kim Chu

    Urusetia : Puan Yap Swe Lian (Setiausaha)

    1.0 Ucapan Pengerusi

    1.1 Pengerusi Puan Yoong Sin Poh selaku ketua panitia mengucapkan terima kasih kepada

    semua ahli panitia yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kali ke2

    tahun 2011. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama semua guru

    geografi dalam usaha meningkatkan prestasi mata-pelajaran geografi. Beliau juga

    berharap semua guru terus memberikan kerjasama kepada semua program panitia yangsedang dan akan dilaksanakan.

    Tindakan : Semua guru geografi

    2.0 Ucapan GKMP Kemanusiaan, Puan Lim Lay Neo

    2.1 Puan Lim Lay Neo mengucapkan salam 1 Malaysia dan terima kasih kepada semua guruyang hadir pada mesyuarat ini. Beliau ingatkan bahawa Panitia menyediakan KRA,KPI

    dan kad laporan panitia. Kad laporan mesti dibentangkan setiap kali mesyuarat panitia

    dijalankan sebagai satu cara penilaian program dan perancangan panitia.

    Tindakan : Ketua Panitia

    3.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

    3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat lalu

    Cadangan pengesahan minit mesyuarat yang lalu : Puan Lim Lay Neo

    Menyokong pengesahan minit mesyuarat : Puan Salomi Hj. Naim

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    2/9

    4.0 Perkara Berbangkit

    4.1 (rujuk 2.1.2) Pn Yoong Sin Poh memaklumkan bahawa blog panitia telah dibentuk dan

    guru-guru boleh merujuk kepada blog tersebut untuk maklumat selanjutnya. Beliau juga

    mengalu para guru jika terdapat sebarang cadangan pengisian tolong maklumkan

    kepadanya. Pn LimLay Neo memaklumkan bahawa penilaian blog akan berterusan

    sehingga bulan Oktober. Dengan itu usaha penambahbaik blog mesti juga berterusan.Oleh itu guru-guru boleh e-mel bahan-bahan yang releven kepada ketua panitia untuk

    dimasukkan ke dalam blog.

    Tindakan : Semua guru geografi

    4.2 (rujuk 7.1.5) Program Semerak Jaya sedang dilaksanakan. Pn Lim Kim Chu

    memberitahu bahawa kedatangan pelajar adalah tidak memuaskan. Masalah

    mendapatkan kelas untuk menjalankan program ini kerana kelas-kelas yang lain juga

    menjalankan Program Bimbingan Berfokus. Walaubagaimanapun, beliau akan cuba

    mengatasi masalah.

    Tindakan : Makluman

    4.3 (rujuk 9.1) Pn Yoong Sin Poh memaklumkan bahawa modul latihan geografi telah

    disediakan untuk Ting. 1, 2 & 3 untuk kelas I, A, J & C. Pn Lim Lay Neo mengingatkan

    semua guru untuk menggunakan modul dengan sebaiknya dan memastikan guru

    menyemak kerja pelajar. Pentadbir akan memantau penggunaan modul pelajar dari masa

    ke semasa.

    Tindakan : Semua guru geografi

    4.4 (rujuk 9.2) Pn Yoong Sin Poh mengingatkan bahawa untuk penggubalan soalan

    peperiksaan pertengahan tahun, guru-guru yang terlibat ialah:

    Ting. 1 : Pn Yap Swe Lian

    Ting. 2 : Pn Yoong Sin Poh

    Ting. 3 : Pn Lim Kim Chu (selaras) membantu menyelaraskan kertas-kertas

    soalan yang akan sampai nanti.

    4.5 (rujuk 9.4) Pn Lim Lay Neo mengingatkan kepada guru-guru supaya menyediakan

    Jadual Spesifikasi Ujian dan Analisis Item untuk semua ujian dan peperiksaan.

    Tindakan : Semua guru geografi

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    3/9

    5.0 Analisa dan Post Mortem UB1

    5.1 Jadual Analisis Ujian Berkala 1 bagi Tingkatan 1

    5.2 Jadual Analisis Ujian Berkala 1 bagi Tingkatan 2

    5.3 Jadual Analisis Ujian Berkala 1 bagi Tingkatan 3

    Tindakan : Semua guru geografi

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    4/9

    5.4 Post Mortem UB1

    Kekuatan

    a. Guru-guru geografi menggunakan bahan bantuan belajar dengan berkesan sewaktuproses pengajaran dan pembelajaran.

    b. Guru-guru juga turut banyak memberikan latihan intensif (Modul Latihan Geografi)

    bagi setiap topic yang telah diajarnya.

    Kelemahan

    a. Penguasaan bahasa, konsep dan istilah geografi yang lemah dalam kalangan pelajar

    kelas 1B, 1D, 1H, 2B, 2D, 2H, 3B, 3D dan 3H. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat

    memahami kehendak soalan serta tidak dapat menjawabnya dengan baik.

    b. Kebanyakan pelajar mempunyai masalah disiplin terutamanya kelas B, D, H

    sehinggakan mereka tidak dapat menguasai mata pelajaran dengan baik.

    Tindakan : Semua guru geografi

    6.0 Program Q-Net Ting. 1, 2 & 3

    6.1 Tingkatan 1

    Target cemerlang adalah seramai 61 orang pelajar. Capai 7 orang, tidak capai 54 orang .

    Target pelajar lulus ialah seramai 144 orang. Capai 82 orang, tak capai 62 orang. Target

    pelajar harapan ialah 2 orang pelajar. Kedua-duanya tidak capai.

    6.2 Tingkatan 2

    Sasaran pelajar cemerlang ialah 69 orang pelajar. Capai 20 orang, tidak capai 49 orang.

    Sasaran kumpulan lulus ialah 176 orang pelajar. Capai 47 orang, tidak capai 132 orang.

    Sasaran pelajar harapan ialah 9 orang pelajar. Capai seorang dan tidak capai 8 orang.

    6.3 Tingkatan 3

    Sasaran pelajar cemerlang ialah 72 orang pelajar. Capai 6 orang, tidak capai 66 orang.

    Sasaran pelajar lulus 183 orang pelajar. Capai 48 orang, tidak capai 135 orang. 14 orang

    pelajar yang disasarkan dalam kumpulan harapan tidak mencapai sasaran.

    6.4 Tindakan susulan

    Beberapa program sedang dan akan dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi geografi

    pelajar. Antara program tersebut ialah:

    a. Program Kelas Bimbingan Berfokus

    b. Program Semerak Jaya untuk pelajar yang tidak terlibat dalam kelas bimbingan

    berfokus

    c. Program Map Drilling untuk semua pelajar.

    Tindakan : Semua guru geografi

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    5/9

    7.0 Laporan Kewangan Panitia

    7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa baki wang panitia sehingga suku tahun pertama (Jan Mac) ialah Rm3080.35 Panitia telah membelanjakan sebanyak RM 237.75 untuk

    membeli kertas A4, marker pen dan refill ink bagi kegunaan guru-guru geografi tahun ini( setiap orang guru geografi telah dibekalkan 2 rim kertas A4, 1 marker pen dan 1 botol

    refill ink). Bagi suku tahun kedua (April Jun) panitia telah membelanjakan RM 198.00

    untuk Modul Latihan Geografi Ting. 1, RM 199.00 untuk Modul Latihan Geografi Ting.

    2 dan RM 315.60 untuk Modul Latihan Geografi Ting. 3. Pengerusi juga memaklumkan

    bahawa panitia akan membelanjakan lebih kurang RM 150.00 untuk program student

    reward pada bulan Mei dan akan membeli koleksi peperiksaan tahun lepas PMR dangan

    anggaran sebanyak RM 850.00 pada bulan Jun.

    Tindakan : Ketua panitia

    8.0 Hal-hal lain

    8.1 Perkembangan Staf : Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

    Sebelum taklimat mengenai Kerja Kursus Geografi, Pn Lim Lay Neo mengingatkan

    bahawa PBS akan menjadi sangat penting pada 2014 apabila PMR dimansuhkan. Mulai

    2012, PBS wajib dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan 1. Oleh itu semua guru mesti

    mengikuti format PBS seperti yang ditetapkan dalam panduan Kerja Kursus Geografi.

    Antara beberapa pindaan :

    Lokasi bagi kawasan kajian adalah sekitar kawasan kediaman dan dinyatakan

    dengan jelas. Perlu disebut kawasan, daerah, negeri dalam tajuk kajian, objektifdan pendahuluan.

    Peta daerah mesti diwarna dan mempunyai petunjuk.

    Menggunakan simbol piawai bagi peta kawasan kajian, tidak boleh guna simbol

    rekaan sendiri.

    Peta dan petunjuk mesti dalam muka surat yang sama.

    Ciri-ciri yang terdapat pada peta mesti yang sebenar.

    Jika pelajar menggunakan kaedah soal-selidik untuk memperolehi sesuatu

    maklumat, mesti ada lampiran borang soal-selidik.

    Mesti tulis sumber rujukan bagi segala definisi.

    Setiap grafik ( graf, gambarajah ) mesti ada tafsiran atau huraian dan disertakan

    dalam dapatan kajian mengikut tajuk-tajuk kecil. Tidak digalakkan lampiran

    selepas Dapatan Kajian.

    Untuk bahagian penghargaan, nama pihak yang diberi penghargaan mesti diberi.

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    6/9

    Bagi bahagian rujukan, mesti ikut format yang betul.

    Tarikh akhir penyerahan kerja kursus Ting. 3 ialah 31 Julai 2011. Sebelum 31

    Julai 2011, pelajar boleh buat pembetulan pada kerja kursus.

    Tindakan : Semua guru geografi

    8.2 Pembentangan kertas kerja Program Semerak Jaya

    Pn Yoong Sin Poh memaklumkan Program Semerak Jaya yang diadakan ialah untukmembimbing kumpulan pelajar yang sederhana dan tidak terlibat dalam kelas Bimbingan

    Berfokus agar mereka boleh mendapatkan gred A dalam mata-pelajaran geografi.

    Objektif program tersebut ialah :

    a. memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.

    b. Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan

    peperiksaan.

    c. Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka

    menjelang waktu peperiksaan.

    Pelaksanaan Program Semerak jaya adalah sekali dalam 2 minggu. Guru-guru dan kelas-

    kelas yang terlibat dan ketepatan masa adalah seperti jadual di bawah.

    JADUAL PERJUMPAAN DENGAN PELAJAR-PELAJAR KUMPULAN PROGRAM

    SEMERAK JAYA

    BIL TARIKH MASA NAMA GURU KELAS

    1 04.04.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    05.04.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    2 18.04.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    19.04.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    3 02.05.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    03.05.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    4 16.05.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    7/9

    ISNIN

    17.05.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    5 13.06.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN14.06.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    6 27.06.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    28.06.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    7 11.07.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    12.07.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3CSELASA PN LIM KC 3J

    8 25.07.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    26.07.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    9 08.08.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    09.08.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    10 22.08.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    23.08.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    PN LIM KC 3J

    11 05.09.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    06.09.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    SELASA PN LIM KC 3J

    12 20.09.11 1.10-2.10 PN PUNITHA 3A

    ISNIN

    21.09.11 1.10-2.10 PN LIM LN 3C

    PN LIM KC 3J

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    8/9

    Tindakan : Semua guru Ting. 3

    8.3 Program Kelas Bimbingan Berfokus

    Program Kelas Bimbingan Berfokus merupakan satu program untuk membimbing pelajaryang berpotensi dapat A dan mempertingkatkan prestasi geografi pelajar yang sederhana.

    Jadual berikut adalah jadual waktu dan guru-guru yang terlibat.

    Hari : Selasa (minggu genap)

    Masa : 1.10 2.30 petang

    KUMPULAN NAMA GURU TEMPAT

    K1 Pn Lim LN Kelas 3I

    K2 Pn. Punitha Kelas 3A

    K3 Pn. Lim KC Kelas 3J

    K4 Pn. Yap SL Kelas 5K2

    Kehadiran pelajar untuk kumpulan 2-4 kurang memuaskan. Pn Lim Lay neo

    memaklumkan bahawa pihak pentadbir telah mula hokum merotan pelajar yang ponteng

    kelas bimbingan.

    Tindakan : Semua guru geografi

    9.0 Penutup

    9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia kerana meluangkan masa

    untuk mesyuarat ini. Dengan ini mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

    Disediakan oleh : Puan Yap Swe Lian,

    Setiausaha Panitia geografi

    Tarikh : 29 April 2011

  • 8/6/2019 Minit__Mesyuarat_Panitia_Geografi_Kali_ke_2_2011(Word_2003)

    9/9