minit mesyuarat penuh majlis perbandaran subang … · 2020. 8. 17. · kertas kerja bil :...

33
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020 _________________________________________________________________________________________________ 22 Januari 2020 1 Ruj. Fail : MPSJ/KHP/100 6/1/1Jld 7( ) MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 1 TAHUN 2020 Tarikh : 22 Januari 2020 (Rabu) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga, Aras 2, Ibu Pejabat, Majlis Perbandaran Subang Jaya Kehadiran : Seperti di Lampiran A 1.0 BACAAN DOA Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Amizi bin Aminudin, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Subang Jaya. 2.0 PERUTUSAN PENGERUSI Puan Yang Dipertua memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam kepada semua yang hadir dan memaklumkan bahawa

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 1

Ruj. Fail : MPSJ/KHP/100 – 6/1/1Jld 7( )

MINIT MESYUARAT PENUH

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

BIL. 1 TAHUN 2020

Tarikh : 22 Januari 2020 (Rabu)

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Kenanga,

Aras 2, Ibu Pejabat,

Majlis Perbandaran Subang Jaya

Kehadiran : Seperti di Lampiran A

1.0 BACAAN DOA

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Amizi bin

Aminudin, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Khidmat Pengurusan,

Majlis Perbandaran Subang Jaya.

2.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Puan Yang Dipertua memulakan mesyuarat dengan mengucapkan

salam kepada semua yang hadir dan memaklumkan bahawa

Page 2: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 2

mesyuarat kali ini merupakan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil. 1/2020.

Seterusnya beliau menyampaikan beberapa perkara seperti yang

berikut :

i) Tayangan gambar-gambar pelaksanaan program/aktiviti yang

telah berlangsung sepanjang bulan Januari 2020.

ii) Pemakluman Pengisytiharan Kepentingan Peribadi Bagi

Mesyuarat Penuh. Semua ahli mesyuarat diwajibkan

mengisytiharkan kepentingan peribadi ke atas sebarang

keputusan yang dibincangkan dan hendaklah berkecuali dengan

menyatakan kepentingan dan berundur diri seketika semasa

perbincangan. Selaras dengan keputusan Mesyuarat MMKN bil

21/2018, Ahli Majlis diminta mengisi borang Pengisytiharan

Kepentingan Ahli Mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan.

iii) Pemakluman larangan menggunakan peralatan komunikasi

semasa mesyuarat berlangsung.

iv) Puan Pengerusi mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru

Cina kepada semua kaum Thionghoa yang akan merayakannya

pada 25 dan 26 Februari 2020.

v) Puan Pengerusi memaklumkan tentang MPSJ telah mendapat

kelulusan Kabinet untuk dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya

Subang Jaya (MBSJ). Status terkini, keputusan dasar MMKN pada

Page 3: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 3

15 Januari 2020 telah memutuskan tarikh pengisytiharan MBSJ

adalah pada 20 Februari 2020 atau 3 Mac 2020.

Walau bagaimanapun, tarikh pengisytiharan tidak dapat ditentukan

kerana perlu mendapatkan tandatangan Yang Dipertuan Agong

terlebih dahulu sebelum ianya dikuatkuasakan.

Selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong, MPSJ akan

melaksanakan Majlis Pengisytiharan MBSJ dan istiadat ini akan

disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor. Cadangan tarikh

bagi Majlis tersebut juga bergantung kepada perkenan DYMM

Sultan Selangor.

Majlis Sambutan Bandaraya Subang Jaya akan diadakan di Arena

MBSJ dengan berbagai acara dan aktiviti yang akan berlangsung

seperti persembahan pembukaan kebudayaan, persembahan

gendang tiga kaum, formasi waja diri, perarakan kontigen,

pertandingan perbarisan, persembahan artis MBSJ dan jemputan

serta persembahan bunga api. Cadangan tarikh majlis sambutan

adalah selepas Majlis Pengisytiharan dilaksanakan.

Diharapkan semua Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan dan

pegawai-pegawai dapat memberikan kerjasama dalam membuat

persiapan menuju Majlis Bandaraya Subang Jaya, Gemilang

Bersama.

Page 4: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 4

vi) Puan Yang Dipertua memaklumkan berkenaan program Majlis

yang akan berlangsung sepanjang bulan Februari 2020 iaitu

Program Bengkel Kebudayaan Warisan MPSJ.

Bengkel ini merupakan kali ke 3 diadakan bagi mengisi modul-

modul program Anugerah Sekolah Sejahtera MPSJ sempena

Program Generasi Bestari Smart Gen MPSJ. Program ini akan

diadakan pada 11 dan 12 Februari 2020 (Selasa-Rabu), jam 8.30

pagi – 4.00 petang bertempat di Kompleks 3K, SS13, Subang

Jaya.

Bengkel ini merupakan strategi kerjasama pintar antara Majlis

Perbandaran Subang Jaya dengan Perbadanan Adat Melayu dan

Warisan Negeri Selangor (PADAT) bagi menyemarakkan dan

membudayakan kegiatan seni budaya dalam kalangan pelajar dan

guru. Antara program yang akan dilaksanakan adalah tarian

tradisonal dan vokal koir.

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS

PERBANDARAN SUBANG JAYA BIL. 12/2019

Minit Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 12/2019

bertarikh 23 Disember 2019 (Isnin) disahkan tanpa sebarang pindaan.

Page 5: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 5

4.0 MAKLUM BALAS MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN

SUBANG JAYA BIL. 12/2019

Perkara berbangkit adalah seperti yang berikut:

Bil Perkara Keterangan Keputusan

1. Melesenkan permit

kerusi meja di atas

tapak parkir.

Jabatan Pelesenan

memaklumkan buat

masa ini tiada

cadangan

meluluskan permit

untuk kerusi meja

di atas tapak parkir

atas sebab

keselamatan.

Mesyuarat memutuskan

bagi permohonan permit

kerusi meja di kawasan

terbuka, MPSJ akan

menggunapakai dasar

sedia ada daripada

Kerajaan Negeri.

Walau bagaimanapun,

bagi lokasi tertutup atau

kawasan spesifik yang

difikirkan sesuai,

permohonan permit kerusi

meja boleh

dipertimbangkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa

Kawalan Perniagaan.

Tindakan : Jabatan

Pelesenan

Page 6: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 6

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN MESYUARAT JAWATANKUASA

5.1 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

Perancangan dan Pembangunan Majlis Perbandaran Subang

Jaya Bil.1/2020 bertarikh 8 Januari 2020 (Rabu)

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para 1

& m/s 3

Encik

Keshminder

Singh a/l

K.Karam

Singh

BP 2 : SUBANG

HI-TECH

Kertas Kerja bil :

382/20/102/2019

(Untuk: Next

Delta Sdn. Bhd.)

Beliau memohon agar

MPSJ menetapkan syarat

kepada pemajuan akan

datang iaitu mewujudkan

1 bit polis di kawasan

tersebut memandangkan

faktor kes jenayah yang

semakin meningkat.

Keputusan Mesyuarat :

Puan Yang Dipertua

memaklumkan bahawa

permohonan kemudahan

Page 7: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 7

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

awam perlu dilihat dari

beberapa aspek seperti :

i) Keperluan dan

kesesuaian lokasi

ii) Kesediaan pihak polis

terhadap penambahan

balai polis baharu

Mesyuarat memutuskan

pertimbangan terhadap

permohonan ini akan

dibincangkan dengan

lebih lanjut dalam

Mesyuarat Jawatankuasa

OSC.

Tindakan : Jabatan

Perancangan Bandar

2. Para 1

& m/s 3

Puan Lee

Jen Uyin

BP 2 : SUBANG

HI-TECH

Kertas Kerja bil :

382/20/102/2019

(Untuk: Next

Delta Sdn. Bhd.)

Beliau memohon MPSJ

mengkaji berkenaan trafik

di kawasan Persiaran

Setia. Pembangunan ini

dikhuatiri akan

memburukkan lagi

keadaan trafik sedia ada.

Page 8: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 8

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

Keputusan Mesyuarat :

Puan Pengerusi

memaklumkan bahawa

pengurusan trafik sedia

ada merupakan

tanggungjawab pihak

Majlis. Pemaju hanya

bertanggungjawab

terhadap pengurusan

trafik baharu yang dijana

oleh pembangunan

tersebut sahaja.

Walau bagaimanapun,

MPSJ telah meminta

disediakan jejambat yang

menghubung ke Federal

Highway serta

peningkatan taraf dan

pelebaran jalan-jalan

sedia ada.

Makluman

Page 9: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 9

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

3. Para 1

& m/s 3

Encik

Frankie Koh

Eng Kee

BP 3 : PUTRA

HEIGHTS

Kertas Kerja bil :

05/01/02/2020

(Untuk: Kingsley

Hills Sdn. Bhd.)

Beliau memaklumkan

bahawa jalan masuk ke

pembangunan ini adalah

melalui jalan Persiaran

Harmoni. Situasi semasa

di persiaran ini telah

mengalami kesesakan di

tahap yang tinggi.

Pembangunan ini

dikhuatiri akan

menambahkan lagi

kesesakan sedia ada.

Beliau ingin tahu adakah

jalan masuk ke Persiaran

Harmoni akan dilebarkan?

Keputusan Mesyuarat:

Puan Yang Dipertua

memaklumkan bahawa

setiap pembangunan

baharu telah menjalani

tapisan traffic impact

assessment (TIA).

Page 10: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 10

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

Mesyuarat memutuskan

supaya Jabatan

Kejuruteraan menyemak

syarat-syarat yang telah

dikenakan berkenaan

jalan masuk ke persiaran

tersebut. Sekiranya syarat

tersebut tidak

dimasukkan, mohon

pemaju mengambil kira

tentang penambahbaikan

menaik taraf Persiaran

Harmoni kesan daripada

pembangunan yang

berlaku.

Tindakan : Jabatan

Kejuruteraan

Page 11: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 11

5.2 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan Majlis

Perbandaran Subang Jaya Bil. 1/2020 bertarikh 8 Januari

2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para

7.2 &

M/Surat

27

Encik Yap

Kok Weng

Kertas

permohonan

mengadakan

latihan badminton

oleh JKP zon 16

di Dewan

Serbaguna

Laman Puteri 3

(Kertas

mesyuarat bil.

09/01/2020)

Beliau ingin tahu adakah

perkara 7.2, 7.3 dan 7.4

merupakan dasar baharu?

Keputusan Mesyuarat:

Setelah meneliti dan

berbincang mesyuarat

bersetuju menangguhkan

keputusan dan perlu

dibawa untuk

perbincangan semula

pada Mesyuarat

Jawatankuasa

Kemasyarakatan akan

datang.

2. Para

7.3 &

M/surat

28

Kertas

Permohonan

Menggunakan

Dewan

Serbaguna

Page 12: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 12

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

MPSJ, Puchong

Jaya bagi Tujuan

Aktivit Line Dance

oleh JKP Zon 10

Tindakan : Jabatan

Pembangunan

Masyarakat

3. Para

7.4 &

M/surat

29

Kertas

Permohonan

Menggunakan

Dewan

Serbaguna

MPSJ, Puchong

Jaya bagi Tujuan

Aktivit Line Dance

oleh JKP Zon 17

5.3 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Majlis

Perbandaran Subang Jaya Bil.1/2020 bertarikh 13 Januari

2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut dengan beberapa cadangan seperti yang

berikut:

Page 13: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 13

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para

5.11 &

M/surat

12

Encik

Frankie Koh

Eng Kee

Cadangan bagi

Mengadakan

Sambutan

Perayaan

Tahun Baru

Cina, Hari

Deepavali dan

Hari Natal

(Krismas)

Majlis

Perbandaran

Subang Jaya

2020

Beliau mencadangkan

supaya Sambutan Hari

Natal (Krismas) juga

diberikan peruntukkan

untuk dilaksanakan acara

sambutan.

Keputusaan Mesyuarat

Setelah meneliti dan

berbincang, mesyuarat

bersetuju bajet bagi

sambutan perayaan tahun

2020 adalah sebanyak

RM 150 ribu. Pembahagian

peruntukan mengikut

sambutan perayaan akan

dibincangkan dan

diputuskan kelak.

Tindakan : Jabatan

Korporat dan

Pengurusan Strategik

Page 14: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 14

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

2. Para

5.22 &

M/surat

21

Encik Mohd

Saifullah bin

Mohd Zulkifli

Permohonan

Sewaan

Operator di

Kompleks 3C,

Majlis

Perbandaran

Subang Jaya

Beliau ingin tahu status

permohonan sewaan

terhadap 3 operator yang

tidak bersetuju dengan

kadar sewa yang

ditawarkan oleh pihak

Majlis. Beliau difahamkan

sekolah agama telah

bersetuju dengan kenaikan

kadar sewa dan akan

menghantar cadangan

sebutharga baharu dalam

masa terdekat.

Keputusan Mesyuarat:

Setelah meneliti dan

berbincang, mesyuarat

bersetuju untuk

mempertimbangkan

cadangan sebutharga

baharu yang dikemukakan

oleh operator yang

menyewa di kompleks 3C

Page 15: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 15

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

MPSJ. Perkara ini akan

dibincangkan dalam

mesyuarat Jawatankuasa

Kewangan MPSJ akan

datang.

Tindakan : Jabatan

Pembangunan

Masyarakat

5.4 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan

Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1/2020 Bertarikh

14 Januari 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:

Bil Para &

M/Surat

Ahli

Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para

8.5 &

m/s 19

Puan

Sharma

zira binti

Md

Sharif

Cadangan

Konsep Bidaan

(Bidding Concept)

Untuk Bazar

Ramadan

Beliau memohon

perkara ini dibincangkan

semula kerana peniaga

yang menjalankan

perniagaan di tapak

Page 16: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 16

Bil Para &

M/Surat

Ahli

Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

(Hotspot) bagi

Tahun 2020.

bazar Ramadan Taman

Puchong Prima (OTK)

kebanyakannya terdiri

dari penduduk sekitar

yang berada dalam

kategori golongan B40.

Sistem bidaan akan

membebankan dan

berharap sistem undian

yang dilaksanakan

sebelum ini diteruskan

kerana sistem tersebut

merupakan kaedah yang

terbaik.

Keputusan Mesyuarat :

Mesyuarat mengekalkan

keputusaan sedia ada

dengan melaksanakan

konsep bidaan sebanyak

20 petak sahaja di setiap

3 lokasi bazar ramadan

yang mendapat

sambutan hangat iaitu

Page 17: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 17

Bil Para &

M/Surat

Ahli

Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

Bazar USJ 4, Subang

Jaya, Bazar Taman

Puchong Prima (OTK)

dan Bazar BK5 Bandar

Kinrara.

Tindakan : Jabatan

Pelesenan

2. Para

8.5 &

m/s 19

Ar.

Kamarul

Hisham

bin Hj.

Yeop

Hashim

Cadangan

Konsep Bidaan

(Bidding Concept)

Untuk Bazar

Ramadan

(Hotspot) bagi

Tahun 2020.

Beliau memaklumkan

berkenaan laluan bas

yang melalui tapak

Bazar Ramadan USJ 4.

Keputusan Mesyuarat :

Mesyuarat meminta

Jabatan Perancangan

Bandar mengubah

laluan bas yang melalui

tapak Bazar Ramadan

USJ 4 sepanjang

tempoh bazar tersebut

beroperasi.

Tindakan : Jabatan

Perancangan Bandar

Page 18: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 18

5.5 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan dan

Teknologi Maklumat Majlis Perbandaran Subang Jaya

Bil. 1/2020 bertarikh 15 Januari 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut.

5.6 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur,

Pengangkutan dan Kemudahan Awam Majlis Perbandaran

Subang Jaya Bil. 1/2020 bertarikh 15 Januari 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut.

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para

2.2

M/surat

5

Encik Abbas

Salimmi bin

Che Adzmi

@ Azmi

Taklimat

Berkenaan

Status Kerja-

Kerja Yang

Tertangguh di

Jajaran Projek

Transit Aliran

Ringan (LRT)

bagi laluan

Beliau memaklumkan

masalah yang berulang

terpaksa dihadapi oleh

MPSJ terhadap

pelaksanaan kerja bagi

projek melibatkan MRT dan

LRT. Beliau

mencadangkan agar MPSJ

mengeluarkan Notis

Page 19: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 19

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

Kelana Jaya

(KLJ) dan

Ampang (AMG)

di Kawasan

Majlis

Perbandaran

Subang Jaya,

oleh pihak

Prasarana

Malaysia

Berhad

Tawaran Kompaun

terhadap kesalahan yang

berulang.

Keputusan Mesyuarat :

Mesyuarat bersetuju Notis

Tawaran Kompaun

dikeluarkan terhadap

kesalahan yang berulang.

Tindakan : Jabatan

Kejuruteraan

2. Hal-hal

Lain

Encik Tai

Cheng Heng

Kajian ke atas

Jalan Serdang

Raya

Beliau meminta agar MPSJ

menjalankan satu kajian

terhadap jalan raya di

kawasan Serdang Raya

serta memutuskan jenis

kenderaan yang sesuai

menggunakan jalan

tersebut berdasarkan

keadaan semasa jalan.

Keputusan Mesyuarat :

Mesyuarat memutuskan

Page 20: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 20

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

perkara yang dibincang di

luar topik minit mesyuarat

akan dicatatkan sebagai

hal-hal lain dan jawapan

semasa mesyuarat tidak

akan diberikan. Persoalan

akan dihantar ke Jabatan

berkaitan untuk diberikan

maklum balas.

Tindakan : Jabatan

Kejuruteraan

5.7 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan dan

Kesejahteraan Bandar Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil.

1/2020 bertarikh 16 Januari 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam

laporan tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:

Page 21: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 21

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para

6.4 &

M/surat

11

Encik Mohan

Singh a/l

Surtar Singh

Kertas

Cadangan

Pelaksanaan

Projek dan

Program

Landskap

bagi Tahun

2020

Beliau memohon penjelasan

lanjut mengenai cadangan ini

beserta senarai kawasan

terlibat.

Keputusan Mesyuarat:

Mesyuarat memutuskan

cadangan pelaksanaan

projek dan program Landskap

bagi tahun 2020 diedarkan

kepada semua Ahli Majlis dan

jika terdapat sebarang

pindaan atau cadangan

tambahan perkara ini akan

dibincangkan dalam

mesyuarat akan datang.

Tindakan : Jabatan

Landskap

2. Para

7.2.1,

&

M/surat

13

Puan Lee

Jen Uyin

Hal-hal lain Beliau memohon dibuat

pindaan terhadap minit

mesyuarat iaitu pembetulan

Memohon maklum balas

garis panduan dari Jabatan

Page 22: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 22

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

yang memberikan kebenaran

untuk mengunci pintu pagar

lorong belakang.

Keputusan Mesyuarat:

Mesyuarat memutuskan

pindaan terhadap minit

mesyuarat dilaksanakan.

Tindakan : Jabatan

Kesihatan

3. Para

7.2.2

&

M/surat

13

Puan Lee

Jen Uyin

Hal-hal Lain Beliau meminta pindaan

terhadap minit mesyuarat

iaitu pembetulan JKP Zon 1

kepada JKP Zon 3.

Keputusan Mesyuarat:

Mesyuarat memutuskan

pindaan terhadap minit

mesyuarat dilaksanakan.

Tindakan : Jabatan

Kesihatan

Page 23: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 23

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

4. Para

5.1

&

M/surat

7

Encik Yap

Kok Weng

Laporan

Pejabat

Kesihatan

Daerah

Petaling bagi

Tahun 2019

Beliau memohon penjelasan

mengenai apakah yang

dimaksudkan dengan

penyediaan skrip standard

untuk semua program

berkaitan Denggi. Beliau juga

mencadangkan klip bagi

tayangan video dan info

berbentuk grafik berkaitan

Denggi juga dibuat serta

diedarkan kepada semua Ahli

Majlis untuk dipaparkan.

Keputusasan Mesyuarat:

Ahli Majlis merupakan

perantara kepada masyarakat

untuk menyampaikan

informasi –informasi penting.

Jabatan akan menyediakan

skrip standard iaitu maklumat

berkaitan Denggi berbentuk

maklumat ringkas bagi

membantu Ahli Majlis

Page 24: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 24

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

menyampaikannya sebelum

program. Manakala maklumat

berbentuk grafik akan

dibekalkan juga untuk

digunakan sekiranya terdapat

keperluan tayangan di lokasi.

Jenis penyampaian adalah

tertakluk kepada kesesuaian

acara / program.

Tindakan : Jabatan

Kesihatan

5.8 Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan

Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil.1/2020

bertarikh 17 Januari 2020

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat telah bersetuju

menerima laporan dan keputusan yang terkandung dalam laporan

tersebut dengan cadangan seperti yang berikut:

Page 25: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 25

Bil Para &

M/Surat Ahli Majlis Perkara Pindaan / Cadangan

1. Para

2.1 &

M/surat

3

Encik Mohan

Singh a/l

Surtar Singh

Penerimaan

Aduan

Mengikut Zon

Beliau memohon perincian

mengenai aduan di DUN

Sri Serdang kerana

merupakan kawasan yang

mempunyai aduan

tertinggi. Beliau berharap

kajian dapat dilaksanakan

bagi mencari penyelesaian.

Keputusan Mesyuarat:

Mesyuarat memutuskan

perincian aduan serta

cadangan penyelesaian

dibincangkan dengan lebih

lanjut dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Audit dan

Pengurusan Korporat.

Tindakan : Jabatan

Korporat dan

Pengurusan Strategik

Page 26: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 26

6.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

6.1 Cadangan Dasar Fi Baharu Pelesenan Anjing di Kawasan

Pentadbiran MPSJ

(Kertas Mesyuarat Bil.1/1/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Kesihatan dan

dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan.

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan

meluluskan perkara yang berikut:

i) Kadar fi bagi permohonan yang diterima sebelum 1 Julai

2020 adalah mengikut kadar fi biasa iaitu :

a) Anjing mandul – RM 10.00

b) Anjing tidak mandul – RM 20.00

ii) Kadar fi baharu bermula 1 Julai 2020 adalah seperti yang

berikut :

a) Anjing mandul – RM10.00

b) Anjing tidak mandul – RM 100.00

iii) Bagi kadar fi baharu 2020, pelaksanaan bayaran RM100.00

bagi anjing tidak mandul adalah untuk pembayaran tahun

pertama sahaja. Tahun seterusnya pembayaran adalah

sebanyak RM 20.00.

Tindakan : Jabatan Kesihatan

Page 27: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 27

6.2 Cadangan Logo Baharu Majlis Bandaraya Subang Jaya

(Kertas Mesyuarat Bil.2/1/2020)

Kertas kerja ini disediakan oleh Jabatan Korporat dan

Pengurusan Strategik dan dibentangkan oleh Setiausaha

Perbandaran.

Keputusan Mesyuarat :

Setelah meneliti dan berbincang, mesyuarat bersetuju dan

meluluskan logo baharu Majlis Bandaraya Subang Jaya seperti

Lampiran 1.

Page 28: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 28

7.0 PENUTUP

Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mesyuarat

ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari.

Tarikh Disediakan : 24 Januari 2020

″ SELANGOR MAJU BERSAMA "

″ MESRA, CEKAP DAN BERINTEGRITI "

Disediakan oleh;

……………………………………................................

(HJ. MOHD ZULKURNAIN BIN CHE ALI), A.M.N., A.M.S.

Setiausaha Perbandaran

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

Disahkan oleh;

………………………………........................

(TPr. NORAINI BINTI ROSLAN), S.I.S., P.P.T

Yang Dipertua

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA

Page 29: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 29

LAMPIRAN A

HADIR

1. Puan Noraini binti Roslan, S.I.S., P.P.T - Pengerusi

Yang Dipertua

2. Tuan Haji Mohd Zulkurnain bin Che Ali, A.M.N., A.M.S. - Setiausaha

Setiausaha Perbandaran Mesyuarat

3. Encik Yap Kok Weng - Ahli Majlis

4. Encik Mohd Saifullah bin Mohd Zulkifli - “

5. Ar. Kamarul Hisham bin Hj. Yeop Hashim - ″

6. Encik Mohd Tarmizi bin Lazim - ”

7. Encik Mohd Fitri bin Jamaludin - ″

8. Puan Sharmazira binti Md Sharif - ″

9. Puan Kavitha a/p Chandragesan - ″

10. Encik Ismail Kamal bin Abdul Rahman - ″

11. Encik Keshminder Singh a/l K.Karam Singh - ″

12. Encik Thomas Low Yew Sin - ″

13. Encik Mohan Singh a/l Surtar Singh - ″

14. Encik Mehanatan a/l Embamurthi - ″

Page 30: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 30

15. Encik Chia Yew Ken - ″

16. Encik Tai Cheng Heng - ″

17. Encik Thamilarasu Sandayan - ″

18. Encik Wong Yii Seang - ″

19. Encik Lee Jen Uyin - ″

20. Encik Abbas Salimmi bin Che Adzmi @ Azmi - ”

21. Encik Koh Eng Kee - ”

22. Encik Ahmad Faidzal bin Mohamed - ”

23. Encik Thong Kim Fatt - ”

TURUT HADIR (PEGAWAI MPSJ)

1. Ir. Rosli bin Mohammad Yunus, P.J.K.

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan

2. Tuan Hj. Mohd Fadzil bin Mahat, A.M.N, A.M.S

Pengarah, Jabatan Perbendaharaan

3. Encik Muhammad Zaki bin Yusof

Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat

4. Encik Ismail bin Salim

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan

Page 31: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 31

5. Dr. Roslan bin Mohamed Hussin, A.M.S.

Pengarah, Jabatan Kesihatan

6. Puan Hjh. Aida binti Omar

Pengarah, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

7. Puan Hjh. Sharifah Rohaida binti Abd. Rahman, P.J.K.

Pengarah, Jabatan Hasil

8. Puan Azura binti Mohd Don

Pengarah, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar

9. Encik Nor Azmi bin Hj. Mohd Rosli, P.P.T.

Pengarah, Jabatan Bangunan

10. Encik Samzol bin Saat

Pengarah, Jabatan Teknologi Maklumat

11. Puan Hjh. Noraziah binti Ali, P.J.K.

Pengarah, Jabatan Audit Dalam

12. Encik Nazarudin bin Mashtuki

Pengarah, Jabatan Kontrak & Ukur Bahan

13. Sr Mohd Marwan bin Khalilludin

Pengarah, Jabatan COB

14. Encik Azfarizal bin Abdul Rashid

Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik

15. Puan Azlina binti Mat Salim

Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Landskap

Page 32: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 32

16. TPr Hazman bin Mahayudin

Timbalan Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar

17. Puan Rosmawati binti Zainuddin

Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pelesenan

18. Puan Zamzamah binti Zainuddin

Penolong Pengarah, Jabatan OSC

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)

1. Encik M Anbarasan a/l Murugesu - Ahli Majlis

2. Puan Ng Seow Chen - ″

3. Encik Ismail bin Muhamad, A.I.S

Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar

4. Puan Hjh Anita binti Abd Jalil, P.P.T.

Pengarah, Jabatan Undang-Undang

5. Encik Muhammad Azli bin Miswan

Pengarah, Jabatan Pelesenan

6. Cik Rozdiana binti Mohd Rosmi

Pengarah, Jabatan OSC

7. Puan Emilia binti Nasir

Penolong Pengarah, Unit Integiriti

Page 33: MINIT MESYUARAT PENUH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG … · 2020. 8. 17. · Kertas Kerja bil : 382/20/102/2019 (Untuk: Next Delta Sdn. Bhd.) Beliau memohon agar MPSJ menetapkan syarat

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 1 Tahun 2020

_________________________________________________________________________________________________

22 Januari 2020 33

URUS SETIA

1. Puan Nik Zalina binti Megat Muda

Timbalan Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan

2. Puan Mazura binti Mohamad

Penolong Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan

3. Puan Juliana binti Jaafar

Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Jabatan Khidmat Pengurusan