minit mesyuarat jawatankuasa pembangunan

6
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN &KESELAMATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 16,LAHAD DATU BIL 1/13 Tarikh : 10 Januari 2013 Hari : Khamis Tempat : Bilik Gerakan Masa : 12.40 pm – 2.00 pm HADIR 1.En.Jeniar Subeh - Guru Besar 2.En.Khaironi bin Jazuli -Pen.Kanan Kurikulum 3.Pn.Aisyah Binti Abdullah -Pen.Kanan Ko-Kurikulum 4.En.Sumidi bin Sumardi - Setiausaha 5.En.Anuwar bin Jaafar -Setiausaha Kurikulum 6.Pn.Hamidah bin Awg.Damit -Pnyelaras Tahun 3 7.Cik.Helena Semoi Petrus -Setiausaha Unit Hem 8.Pn.Khadijah binti Ahmad -Penyelaras Tahun 5 9.En.Mohd Norkhairul bin Abd Rahman -Penyelaras PA.Sistem 10.Pn.Masharih binti Mansur -Penyelaras Pendidikan Khas 11.Cik Salbaherna binti Bakar -Penyelaras Pra Sekolah 12.En.Sarpie bin Jaini -Penyelaras Tahun 4 13.En.Abu Talib bin Othman - Juruteknik Komputer 14.En.Mohd Rafiqe bin Rika -Ketua Pengawal Keselamatan 15.Pn.Mariam -Ketua bahagian pembersihan TIDAK HADIR 1.En.Jaitu bin Adian -Pen.Kanan Hem (Ke Klinik) 2.Pn.Masia bt.Mulok -Penyelaras Tahun 1 (Ke MRSM) 3.En.Saberi bin Bandu -Ketua Penyelaras (Tiada makluman) 4.En.Mohd Yatimi bin Yasin -Penyelaras Tahun 6(Tiada Makluman) 5.Pn.Radziah binti Mohd Ziki - Setiausaha Ko-Kurikulum (Tiada Makluman) 6.En.Mohd Hairi bin Jamalul -Penyelaras Bekalan Minyak (Tiada Makluman) 7.En.Mohd Hermanshah Bin Sabran -Rekod Inventori (Bercuti) 1

Upload: sagalancer2013

Post on 02-Jan-2016

148 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN &KESELAMATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SAHABAT 16,LAHAD DATU BIL 1/13

Tarikh : 10 Januari 2013Hari : KhamisTempat : Bilik GerakanMasa : 12.40 pm – 2.00 pm

HADIR

1.En.Jeniar Subeh - Guru Besar2.En.Khaironi bin Jazuli -Pen.Kanan Kurikulum3.Pn.Aisyah Binti Abdullah -Pen.Kanan Ko-Kurikulum4.En.Sumidi bin Sumardi - Setiausaha5.En.Anuwar bin Jaafar -Setiausaha Kurikulum6.Pn.Hamidah bin Awg.Damit -Pnyelaras Tahun 37.Cik.Helena Semoi Petrus -Setiausaha Unit Hem8.Pn.Khadijah binti Ahmad -Penyelaras Tahun 59.En.Mohd Norkhairul bin Abd Rahman -Penyelaras PA.Sistem10.Pn.Masharih binti Mansur -Penyelaras Pendidikan Khas11.Cik Salbaherna binti Bakar -Penyelaras Pra Sekolah12.En.Sarpie bin Jaini -Penyelaras Tahun 413.En.Abu Talib bin Othman - Juruteknik Komputer14.En.Mohd Rafiqe bin Rika -Ketua Pengawal Keselamatan15.Pn.Mariam -Ketua bahagian pembersihan

TIDAK HADIR

1.En.Jaitu bin Adian -Pen.Kanan Hem (Ke Klinik)2.Pn.Masia bt.Mulok -Penyelaras Tahun 1 (Ke MRSM)3.En.Saberi bin Bandu -Ketua Penyelaras (Tiada makluman)4.En.Mohd Yatimi bin Yasin -Penyelaras Tahun 6(Tiada Makluman)5.Pn.Radziah binti Mohd Ziki - Setiausaha Ko-Kurikulum (Tiada Makluman)6.En.Mohd Hairi bin Jamalul -Penyelaras Bekalan Minyak (Tiada Makluman)7.En.Mohd Hermanshah Bin Sabran -Rekod Inventori (Bercuti)8.Pn.Zunaidah binti Daiman -Naib Setiausaha (Cuti Sakit)

1

Page 2: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan

AGENDA :

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali ini.Pengerusi menjelaskan bangunan fizikal dan prasarana sekolah pada masa ini cantik dan dalam keadaan baik .Kerja-kerja pembaikan bangunan sekolah dan penyelenggaraan sistem paip telah dijalankan oleh kontraktor semasa cuti sekolah.

1.2 Tentang pembinaan tempat meletak kenderaan di luar pagar sekolah,Pengerusi menjelaskan ia adalah atas inisiatif pihak felda yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun lepas.Mungkin atas sebab-sebab tertentu,pembinaan tidak dapat dilaksanakan dan memohon agar setiausaha mengambil tindakan dengan membuat surat susulan tentang masalah tersebut kepada pihak berkenaaan.

1.3 Pengerusi juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak felda yang banyak membantu pihak sekolah khususnya dalam pembangunan sekolah seperti penyambungan bekalan elektrik ke janakuasa pam air dan bantuan bekalan minyak diesel semasa kelewatan bekalan minyak daripada Pejabat Pelajaran .Begitu juga pembaikan paip air sekolah adalah atas inisiatif pihak felda.

1.4 Pengerusi juga memaklumkan tandas guru lelaki dan tandas murid telah dibaiki untuk kemudahan guru.Pengerusi juga telah dimaklumkan oleh guru Pusat Sumber bahawa terdapat kebocoran pada siling bilik Pusat Sumber dan akan diambil tindakan.Pengerusi meminta agar semua guru sentiasa peka dengan keadaan sekeliling yang berkaitan dengan keadaan fizikal sekolah dan memaklumkannya dengan segera sekiranya terdapat kerosakan.

1.5 Pengerusi menjelaskan kutipan sewa yang dikenakan kepada guru-guru yang tinggal di flat guru adalah untuk menampung kos penyelenggaran sekiranya berlaku kerosakan paip atau bangunan flat.Permohonan peruntukan pembaikan daripada pejabat mengambil tempoh masa yang agak lama.Ini boleh menjejaskan kebajikan guru.

1.6 Pengerusi memaklumkan kepada pengawal keselamatan agar dapat mengawal bilangan anjing liar yang masuk ke kawasan sekolah.

2.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SESI 2013

2.1 Setiausaha memaklumkan perlantikan ahli jawatankuasa pada tahun ini adalah berdasarkan perlantikan yang telah dibuat oleh Penolong Kanan pentadbiran.(Rujuk lampiran)

2.2 Setiausaha berharap setiap Ahli Jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sebaiknya.

2

Page 3: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan

3.0 ISU-ISU PEMBANGUNAN & KESELAMATAN

3.1 Pn.Masharih memaklumkan bangunan tandas yang dibina untuk kelas Pendidikan Khas telah siap dan boleh digunakan.Hanya mangkuk tandas yang dipasang tidak mengikut aspek yang diminta.Sepatutnya mangkuk tandas yang dipasang terdiri daripada jenis “duduk” dan “cangkung”.Walau bagaimanapun,kedua-dua tanda yang dipasang adalah jenis “duduk”.

3.2 Pn.Khadijah memaklumkan beberapa tombol pintu kelas rosak disebabkan pemasangan pintu yang tidak sempurna.Contohnya kelas Tahun 1 Intelek.Pengerusi berjanji akan cuba untuk berbincang dengan kontraktor agar pintu-pintu ini dibaiki semula.

3.3 Pengerusi memakluman kepada Juruteknik Komputer agar mengambil tindakan untuk mengemaskini sambungan wayar talian internet berhampiran makmal computer.

3.4 En.Sumidi meminta agar setiausaha Hem berbincang dengan Penolong Kanan Hem tentang pelan kecemasan sekolah yang perlu ditampal dalam setiap kelas.En.Khaironi berpendapat pihak pengurusan Hem perlu berbincang dengan pihak Bomba untuk menentukan pelan kecemasan yang sesuai dengan fizikal sekolah.

3.5 En.Anuwar memaklumkan kepada pengerusi tentang pentingnya pembinaan pagar di kantin bagi mengelakkan anjing memasuki kawasan kantin dan meminta agar pihak pentadbir dapat membaiki paip di sinki Bilik Guru dan Pejabat Am untuk kegunaan staf.

3.6 En.Sumidi memaklumkan masalah bekalan elektrik yang sering terputus di kawasan kantin dan kelas Tahun 6 akan cuba diatasi.

3.7 Pn.Aisyah meminta agar pengawal keselamatan memastikan agar tiada ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah melalui kawasan lobi kecuali pada hari hujan.Ini untuk mengelakkan kesesakan pada awal pagi.

3.8 En.Khaironi menjelaskan tentang pencapaian skor dalam SKPM bagi unit pembangunan pada tahun lepas ialah skor 5.Justeru itu,skor yang lebih baik dapat dicapai pada tahun ini.

3.9 En.Khaironi meminta agar pokok yang tumbuh di atas talang air dibersihkan untuk mengelakkan tanggapan yang kurang elok dikalangan masyarakat tentang sekolah.

3.10 Cik Salbaherna memaklumkan agar bahagian pembersihan sekolah dapat mengalihkan pokok bunga yang bersaiz besar dari ruang koridor sekolah dengan menggantikan pokok bunga yang bersaiz kecil.Ini untuk mengelakkan gangguan.Selain itu,Cik.Salbaherna meminta agar paip yang berhampiran dengan pra sekolah ditutup atau diganti dengan paip yang berkunci untuk mengelakkan laluan kawasan pra sekolah basah dan boleh mendatangkan bahaya.

3.11 En.Abu Talib memohon agar soket dipasang di dewan dan tapak perhimpunan untuk kegunaan peralatan PA.Sistem.Ini kerana soket yang sedia ada sering kali bermasalah.

4.0 HAL-HAL LAIN

Tiada

3

Page 4: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi atas perhatian ahli – ahli mesyuarat tentang masalah-masalah yang dibangkitkan khususnya yang berkaitan dengan pembangunan dan keselamatan sekolah.Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 2.00 petang sehingga mesyuarat akan datang.

Dsediakan oleh,

____________________________SUMIDI BIN SUMARDI)Setiausaha,Pembangunan Dan Keselamatan Sekolah

Disahkan oleh,

_____________________________JENIAR SUBEH PPN,ADK,BSKGuru Besar,SK Sahabat 16.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT:

DICADANGKAN OLEH :________________________________________________

DISOKONG OLEH :________________________________________________

TARIKH :________________________________________________

MASA :_______________________________________________

4

Page 5: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan

5