minit mesyuarat bidang kemanusiaan kali pertama tahun 2011

4
MINIT MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN KALI PERTAMA TAHUN 2011. Tarikh: 28 Disember 2010. Hari: Rabu. Masa: 11.10 pagi. Tempat: Bilik Gerakan SMK Seri Perpatih. Kehadiran Pn. Norzila Bt Idris - Pengetua. En. Nor Amai Sham b Mohd Nor – GPK Pentadbiran. En. Omar b Ahmad – ketua bidang kemanusiaan En Mazlan Bin Abu Hassan Pn Zainon Bt Daud Pn Zaiton Bt Mohamad Pn Rozilawati Bt Sulaiman En Zulraimizan B Abdul Shukor En Zulhishah B Abu Bakar En Muhammad Suhaizan Bin Suid Pn Arbinah Bt Abd Ghani Agenda. 1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi. i. Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat memberi komitmen untuk hadir dalam mesyuarat ini. Beliau juga telah mengucapkan tahniah kepada guru- guru terutamanya guru tingkatan 3 yang telah berjaya meningkatkan peratus sekolah untuk peperiksaan PMR 2010. ii. Selain itu, beliau juga telah mengucapkan tahniah kepada panitia beberapa matapelajaran yang telah menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan. Antara matapelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Upload: suhaizan-muhammad

Post on 29-Jun-2015

658 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN KALI PERTAMA TAHUN 2011

MINIT MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN KALI PERTAMA TAHUN 2011.

Tarikh: 28 Disember 2010.

Hari: Rabu.

Masa: 11.10 pagi.

Tempat: Bilik Gerakan SMK Seri Perpatih.

Kehadiran

Pn. Norzila Bt Idris - Pengetua. En. Nor Amai Sham b Mohd Nor – GPK Pentadbiran. En. Omar b Ahmad – ketua bidang kemanusiaan En Mazlan Bin Abu Hassan Pn Zainon Bt Daud Pn Zaiton Bt Mohamad Pn Rozilawati Bt Sulaiman En Zulraimizan B Abdul Shukor En Zulhishah B Abu Bakar En Muhammad Suhaizan Bin Suid Pn Arbinah Bt Abd Ghani

Agenda.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi.i. Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat memberi

komitmen untuk hadir dalam mesyuarat ini. Beliau juga telah mengucapkan tahniah kepada guru-guru terutamanya guru tingkatan 3 yang telah berjaya meningkatkan peratus sekolah untuk peperiksaan PMR 2010.

ii. Selain itu, beliau juga telah mengucapkan tahniah kepada panitia beberapa matapelajaran yang telah menunjukkan peningkatan yang cukup memberangsangkan. Antara matapelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

iii. Pengetua juga telah menyatakan bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu dan KHB telah memperoleh gred A yang tertinggi iaitu masing-masing 40.9 peratus dan 50.0 peratus.

iv. Pengetua juga telah mengingatkan bahawa sistem maklumat dalam buku rekod mengajar perlulah dilengkapkan. Justeru, para guru bolehlah mendapat maklumat daripada buku rekod mengajar 2010. Bagi para guru baru, mereka diminta merujuk kepada ketua panitia masing-masing. Selain itu, pengetua juga mengingatkan bahawa para guru perlulah menghantar buku rekod pada setiap hari Jumaat. Di samping itu, rancangan harian untuk hari Isnin pada minggu seterusnya juga perlulah ditulis juga pada minggu sebelumnya.

Page 2: MINIT MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN KALI PERTAMA TAHUN 2011

v. Pengetua juga meminta agar panitia melengkapkan fail panitia masing-masing. Dalam fail panitia tersebut perlulah disusun dengan teratur agar tidak menimbulkan kecelaruan. Para guru boleh merujuk kaedah susunan fail Panitia dalam kertas edaran yang diberikan.

1.1 Selain itu, pengetua juga memaklumkan kepada para guru agar menyiapkan penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) seberapa segera bagi mengelakkan sebarang masalah kelewatan.

1.2 GPK pentadbiran, En. Nor Amai Sham telah menerangkan tugas-tugas seorang ketua panitia dan juga guru mata pelajaran. Di samping itu, pengetua melahirkan harapan agar dalam mesyuarat panitia, ahli panitia akan berbincang dengan lebih terperinci agar proses P&P akan berjalan dengan baik.

1.3 Beliau juga memaklumkan agar Penilaian Berasakan Sekolah dapat dijalankan lebih awal. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa target untuk PMR juga perlulah selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

1.4 Beliau juga memaklumkan tentang sistem buku latihan yang perlu dilakukan oleh pelajar. Para guru perlulah memaklumkan kepada pelajar tentang kaedah sistem buku latihan ini. Beliau juga mengingatkan para guru agar memastikan para pelajar membuat indeks di dalam buku latihan.

1.5 Ustaz Nazri menyatakan bahawa terdapat masalah tempat dalam menjalankan program BADAR. Pengetua meminta agar program BADAR ini dilaksanakan di surau sekolah. Di samping itu, pihak AJK BADAR bolehlah mendapat pertolongan daripada kaunselor dalam melakukan aktivitinya.

1.6 En Zulhishah b Abu Bakar memaklumkan bahawa bilik sukan yang menghadapi masalah. Pengetua memaklumkan bahawa perkara itu akan diatasi secepat yang mungkin.

1.7 En Mazlan b Abu Hassan meminta penjelasan daripada pengetua tentang pembahagian waktu untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan. Hal ini kerana beliau menyatakan bahawa pembahagian satu waktu untuk pendidikan jasmani dan satu waktu untuk kesihatan adalah tidak relevan kerana perlu kekangan waktu untuk melaksanakannya. Pengetua menyatakan bahawa pembahagian waktu tersebut perlu dikekalkan dan pelajar dibenarkan memakai baju sukan hingga waktu pulang.

1.8vi.

vii.

2. M3. M4. M

Page 3: MINIT MESYUARAT BIDANG KEMANUSIAAN KALI PERTAMA TAHUN 2011

5. M6. M7. M8. m