minit mesyuarat ahli jawatankuasa pibg sesi 2015

Upload: katy-anderson

Post on 10-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minit mesyuarat pibg untuk dimanfaatkan

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2015KALI PERTAMA

Tarikh: 11 April 2015Hari: SabtuMasa: 8.30 PagiTempat: Bilik Gerakan SK Petaling 1

KehadiranBILNAMA

1.En. Othman Md. Zain

2.En. Muhamad Azizi B. Abdul Rahim

3.Pn. Siti Rozyda Md Yunus

4.En. Mohd Sabri Mohamad

5.En. Wan Mohd Mahfodz Wan Hasan

6.Pn. Rabiatul Adawiyah Ismail

7.En. Shaiful Anuar Darus

8.En Abd. Hamid B. Selamat

9.En. Mohd Jamil Patah

10.En. Mohd Faizul Zawawi

11.En. Mahadi Ibrahim

12.Pn. Rozian Ishak

13.Cik Nurulfatin Amira Abdul Halim

14.Pn. Rohaya Omar

15.En. Zubir Ahmad

16.Pn. Siti Rohana Mohd Radzi

17.En. Abdul Rahman Mohd Radzi

18.En. Rambali Salleh

19.Pn. Razmuna Mohd Zaki

20.Cik Hasyimah Hassan

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2015/2016 En Muhamad Azizi Bin Abdul Rahim1.1 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua AJK serta mengucapkan terima kasih kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat AJK PIBG kali pertama tahun ini. 1.2 Beliau menyatakan objektif mesyuarat AJK PIBG kali pertama diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan halatuju PIBG Sk Petaling 1 sepanjang tahun 2015 secara keseluruhannya.

2.0 Ucapan dan laporan oleh Guru Besar En Othman Bin Mad Zain2.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua AJK atas lantikan semula dan lantikan baru serta berterima kasih di atas kesudian AJK untuk hadir dalam mesyuarat kali ini.2.2 Beliau berharap agar hubungan di antara AJK PIBG, warga sekolah dan ibu bapa bertambah erat pada tahun ini serta dapat menjadikan PIBG sebagai wadah antara ibu bapa dengan pihak sekolah.

2.2.1 Laporan Hal Ehwal Murid (HEM) En. Wan Mahfodz2.2.1.1 Bumbung sekolah rosak dilanda rebut dan perlu dibaiki.2.2.1.2 Kes denggi Seramai 3 orang murid dijangkiti denggi. Pihak DBKL telah datang untuk membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat ulat jentik-jentik di beberapa tempat.2.2.1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak BSN akan datang dan murid boleh menambah wang dalam akaun masing-masing.2.2.1.4 Beliau memaklumkan bahawa pintu pagar kecil akan ditutup semasa balik dan hanya pintu pagar utama yang akan dibuka untuk menjaga keselamatan murid.

2.2.2 Laporan Kokurikulum2.2.2.1 Pasukan Bola Baling dan Bola Tampar Sekolah telah Berjaya mendapat tempat di peringkat negeri2.2.2.2 Peserta azan telah Berjaya menempah tempat ke peringkat negeri. 2.2.2.3 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengeluarkan sebahagian peruntukan sekolah untuk kemajuan aktiviti kokurikulum sekolah. 2.2.2.4 Unit Kokurikulum sekolah berbesar hati sekiranya pihak PIBG dapat memberi sumbangan air kepada pelajar yang terlibat dengan aktiviti Kokurikulum sekolah.2.2.2.5 Pada 13&14 April akan berlangsungnya perlawanan Bola Sepak, Bola Baling dan Bola Tampar.2.2.2.6 Pihak Kokurikulum ingin meminta sumbangan set jersey yang baru untuk perlawanan sekolah daripada pihak PIBG.2.2.2.7 Pasukan bola juga memerlukan bip semasa menjalani latihan di sekolah.2.2.2.8 Hanya pemain yang terdiri daripada Tahap 2 sahaja yang dibenarkan datang sendiri ke tempat latihan, manakala murid-murid Tahap 1 perlu dihantar oleh Ibu Bapa bagi memastikan keselamatan murid-murid yang terlibat dengan aktiviti sukan pada hari cuti.2.2.2.9 Program Perkhemahan Unit Beruniform yang bakal dijalankan oleh pihak sekolah perlu penglibatan daripada pihak Ibu Bapa kerana aktiviti-aktiviti yang dirancang akan melibatka guru dan Ibu Bapa. Program Perkhemahan ini akan dijalankan di Tapak Perkhemahan Nur Lembah Pangsun. Peserta perkhemahan adalah terdiri daripada murid Tahun 2 sahaja, dan yuran perkhemahan bagi seorang murid adalah sebanyak RM50 manakala makanan murid akan disediakan dengan kerjasama guru dan Ibu Bapa.

3.0 Perbincangan Aktiviti/ Program PIBG 2015/20163.1 Karnival Keusahawanan Sekolah3.1.1 Program ini dicadangkan akan berlangsung pada 9 Mei 2015 dan pihak BSN akan memberikan sumbangan sebanyak RM10 000.3.1.2 Kertas Kerja Karnival Keusahawanan akan disiapkan dengan kadar segera bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan.3.2 Majalah Sekolah. 3.2.1 Majalah sekolah akan dijual pada Hari Keusahawanan Sekolah. 3.2.2 AJK Majalah Sekolah perlu bergerak awal untuk mencari dana dan sumbangan daripada pihak luar.

4.0 Hal-Hal Lain4.1 YDP telah meluluskan permohonan kewangan untuk program perkhemahan unit beruniform Sekolah.4.2 En. Zubir mencadangkan supaya pintu pagar kecil dibuka untuk murid semasa datang dan balik sekolah. Beliau mencadangkan supaya pihak sekolah meletakkan papan tanda, larangan keluar masuk masuk ibu bapa melalui pintu pagar kecil kecuali murid-murid sekolah dan meminta supaya pengawal menjaga laluan keluar masuk di pintu pagar kecil.4.3 En. Wan Mahfodz memohon pihak sedikit sumbangan daripada PIBG untuk diberikan kepada keluarga murid tahun 6 yang baru sahaj kematian bapanya. 4.4 Peruntukan untuk servis penghawa dingin di bilik ICT telah diluluskan.4.5 YDP membentangkan satu projek Indoor Arena dibuat di sekolah tetapi perlu berbincang dengan pihak Sk Petaling 2 terlebih dahulu dan perlu membuat kertas kerja projek tersebut bagi mendaoatkan kelulusan.4.6 En. Abd Hamid mencadangkan supaya pihak PIBG dapat memberi sumbangan untuk membina balai berteduh kepada murid-murid di hadapan kantin untuk keselesaan murid-murid. 4.7 En. Zubir meminta pihak PIBG dapat mengeluarkan satu surat untuk beliau bertujuan untuk memohon tong pemadam kebakaran daripada ADUN Lembah Pantai.

5.0 Ucapan PenangguhanPengerusi berharap agar setiap aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik demi masa depan sekolah serta kerjasama yang utuh dapat dijalinkan di antara guru dan Ibu Bapa. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

..(WAN MOHD MAHFODZ BIN WAN HASAN)(MUHAMMAD AZIZI ABDUL RAHIM)Setiausaha PIBG SKP1YDP PIBG SKP1Sesi 2015/2016Sesi 2015/2016