minit mesy guru

6
____________________________________________________________________SPSK 07-03 SPSK PK07/3 SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MELAWATI, JALAN GENTING KLANG, 53300 KUALA LUMPUR. MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 / TAHUN 2014 Tarikh : 4 Mac 2014 Masa : 1.40 pm Tempat : Bilik Gerakan Pengerusi : En Mohamad Muzamir bin Mohamad Yusof Kehadiran : Seperti di lampiran Nama Yang Tidak Hadir : Pn Jalina bt Juewani (bersebab) Pn Siti Hajar bt Husain (bersebab) Pn Zarina bt Husain (bersebab) Pn Yeoh Siow Keng (bersebab) Pn Aleesya Tan (bersebab) Pn Fauziah bt Abdul Rahman Pn Nor Asyikin bt Hang Tuah (bersebab) Pn Fatimatul Asmak bt Dzulkifli (bersebab) Pn Sangeeta a/p Asokan (bersebab) Pn Roslinda bt M.Awang (bersebab) Cik Siti Aishah bt Deraman (bersebab) Cik Khartika bt Khamli (bersebab) Pn Nur Saadah bt Tulus (bersebab) Pn Norul Ain bt Mohamad Hashim (bersebab) Pn Noor Fadhilah bt Bakri (cuti bersalin) Urus Setia/Setiausaha : Pn Kamilia bt Kasim 1 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi memohon maaf atas kelewatan beliau berikutan beliau menghadiri taklimat linus oleh pegawai dari PPWKL. Tindakan : Makluman 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Dicadang oleh : Pn Azlizar 2.2 Disokong oleh : Pn Rahidatul Rahika Tindakan : Makluman

Upload: kamilia-kasim

Post on 22-Jul-2015

145 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesy guru

____________________________________________________________________SPSK 07-03

SPSK PK07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MELAWATI, JALAN GENTING KLANG,

53300 KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 / TAHUN 2014

Tarikh : 4 Mac 2014

Masa : 1.40 pm

Tempat : Bilik Gerakan

Pengerusi : En Mohamad Muzamir bin Mohamad Yusof

Kehadiran : Seperti di lampiran

Nama Yang Tidak Hadir : Pn Jalina bt Juewani (bersebab)

Pn Siti Hajar bt Husain (bersebab)

Pn Zarina bt Husain (bersebab)

Pn Yeoh Siow Keng (bersebab)

Pn Aleesya Tan (bersebab)

Pn Fauziah bt Abdul Rahman

Pn Nor Asyikin bt Hang Tuah (bersebab)

Pn Fatimatul Asmak bt Dzulkifli (bersebab)

Pn Sangeeta a/p Asokan (bersebab)

Pn Roslinda bt M.Awang (bersebab)

Cik Siti Aishah bt Deraman (bersebab)

Cik Khartika bt Khamli (bersebab)

Pn Nur Saadah bt Tulus (bersebab)

Pn Norul Ain bt Mohamad Hashim (bersebab)

Pn Noor Fadhilah bt Bakri (cuti bersalin)

Urus Setia/Setiausaha : Pn Kamilia bt Kasim

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memohon maaf atas kelewatan beliau berikutan beliau menghadiri

taklimat linus oleh pegawai dari PPWKL.

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Dicadang oleh : Pn Azlizar

2.2 Disokong oleh : Pn Rahidatul Rahika

Tindakan : Makluman

Page 2: Minit mesy guru

3 PERKARA BERBANGKIT :

3.1 Mesyuarat PSS

3.1.1 Mesyuarat PSS akan ditunda pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Tindakan : Makluman

3.2 Kedatangan Murid

3.2.1 Guru kelas yang tidak hadir perlu maklumkan pada penyelaras atau rakan guru

yang lain supaya kehadiran murid dapat diisi dalam sistem APDM.

Tindakan : Makluman

3.3 Sudut PPDA

3.3.1 Sudut PPDA telah dikemaskini dan pelancaran bagi program tersebut sudah

pun dijalankan. Aktiviti bagi program tersebut sedang berjalan sepanjang

minggu ini.

Tindakan : Makluman

3.4 Headcount

3.4.1 Headcount bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 masih belum

diterima.

Tindakan : En Faizal

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 Kurikulum 4.1.1 Borang Pengesanan Matapelajaran

Pn Zarina meminta semua guru menghantar borang pengesanan

matapelajaran bagi dua bulan pertama untuk ditandatangani. Beliau juga

turut memaklumkan bahawa pencerapan guru-guru akan bermula pada bulan

Mac ini.

Tindakan : Semua guru

4.2 Hal Ehwal Murid

4.2.1 Pelan Taktikal dan Operasi

Pn Mazwin meminta beberapa unit di bawah HEM yang masih lagi belum

menghantar pelan taktikal dan juga pelan operasi supaya menyiapkan dan

menghantar sebelum 10 Mac. Beliau juga turut mengingatkan kepada guru-

guru kelas yang belum menghantar satu salinan carta organisasi kelas supaya

berbuat demikian dengan segera.

Tindakan : Penyelaras unit-unit HEM & guru kelas

4.2.1 Buku kedatangan

Pn Mazwin turut memaklumkan bahawa semasa menutup buku kedatangan,

peratus hendaklah ditulis dalam satu titik perpuluhan dan borang bancian

murid bagi setiap bulan hendaklah dilengkapkan. Beliau turut menegaskan

bahawa sebarang kesalahan hendaklah dipotong dan ditandatangan.

Penggunaan pemadam cecair tidak dibenarkan. Selain itu, beliau turut

memaklumkan bahawa buku kedatangan hendaklah ditutup sebelum 1

Page 3: Minit mesy guru

haribulan setiap bulan dan dihantar pada senarai penyemak yang telah

ditampal di bilik guru.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Murid cicir

Berkenaan murid cicir dari kelas 2 K, guru kelas perlu memanggil ibu bapa

murid tersebut dan berbincang dengan Guru Besar.

Tindakan : Pn Fauziah bt Rawi

4.3 Ko-Kurikulum

4.3.1 Kemaskini Papan Kenyataan

Pn Mazwin meminta ketua-ketua pasukan unit beruniform, kela-

kelab dan persatuan untuk mengemaskini papan kenyataan

masing-masing. Beliau juga meminta peralatan stor PJK dan ko-

kurikulum dapat dipulangkan semula.

Tindakan : Guru yang berkenaan

4.3.2 River of Life

Pihak NGO akan mengadakan satu program “River of Life” yang

hanya melibatkan 3 buah sekolah di Kuala Lumpur dan sekolah

kita telah terpilih. Program tersebut akan berlangsung pada 19

Mac.

Tindakan : Makluman

4.3.3 Baju T Rumah Sukan

Pn Mazwin memaklumkan bahawa baju T bagi rumah sukan

sudah boleh didapati dan tahap 1 juga turut mempunyai rumah

sukan. Beliau turut meminta Pn Mazura untuk mengagihkan

rumah-rumah sukan bagi murid tahap 1. Beliau turut

memaklumkan bahawa bagi baju T guru, mereka hanya perlu

membuat bayaran sebanyak RM 10 sahaja, selebihnya ditanggung

oleh En Goh. Selain itu beliau turut meminta dokumentasi bagi

program 1 Murid 1 Sukan.

Tindakan : Pn Mazura & guru yang berkenaan

4.3.4 Inventori Bilik-bilik Khas & Kelas

Pn Mazwin turut meminta guru-guru yang berkenaan supaya

meyiapkan inventori bagi bilik-bilik khas dan juga kelas. Format

yang selaras boleh didapati daripada Pn Dayang.

Tindakan : Pn Dayang , guru-guru bilik khas & guru kelas

4.3.5 Laluan merentas desa

Pn Mazwin turut memaklumkan bahawa pada 8 Mac, laluan di

hadapan sekolah akan menjadi sebahagian daripada laluan

merentas desa bagi SMK Wangsa MAju Seksyen 2. Beliau

Page 4: Minit mesy guru

berharap guru-guru dapat member kerjasama dengan memantau

murid-murid semasa hari tersebut.

Tindakan : Makluman

4.3.6 KL Car Free Morning

Pn Mazwin memaklumkan bahawa pada setiap hari Ahad minggu

pertama, akan diadakan KL Car Free Morning. Sekolah-sekolah

digalakkan menyertai dan penyertaan yang mempunyai kehadiran

penuh selama program tersebut berlangsung akan mendapat

ganjaran RM 20,000. Jika guru-guru sanggup membawa murid

boleh berbincang dengan PULAPOT untuk meminjam kenderaan

bagi pengangkutan murid-murid.

Tindakan : Makluman

4.3.7 Kedatangan Lewat Bagi Guru-guru

Guru-guru yang datang lewat dengan alasan yang kukuh

dikehendaki meminta tandatangan pentadbir jika “punch card”

merah.

Tindakan : Makluman

4.3.8 Perhimpunan pagi

Pn Mazwin menegaskan supaya guru-guru tidak bercakap semasa

perhimpunan pagi dan beri perhatian pada apa yang disampaikan

pada hari tersebut. Hal ini adalah untuk menunjukkan contoh

yang baik pada murid-murid.

Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Jerebu

Guru Besar memaklumkan bahawa keadaan persekitaran mengalami jerebu

yang agak membimbangkan. Beliau berharap guru-guru mengurangkan

aktiviti-aktiviti luar bagi murid-murid, gunakan ruang perhimpunan jika

terpaksa adakan latihan. Beliau turut meminta guru bertugas menasihati

murid-murid perbanyakkan minum air masak dan jaga kesihatan. Beliau

turut memaklumkan bahawa sebarang arahan berkenaan jerebu, bergantung

kepada arahan yang dikeluarkan oleh PPWKL dan KPM.

Tindakan : Makluman

5.2 PBS

Guru Besar memaklumkan bahawa PBS ditangguhkan bukan dimansuhkan.

PDP hendaklan diteruskan seperti biasa merujuk kepada DSP unutk

pentaksiran. Ahli mesyuarat juga telah bersetuju untuk meneruskan

penggunaan rekod transit untuk rujukan di masa akan datang.

Tindakan : Makluman

Page 5: Minit mesy guru

5.3 PAJSK

Guru Besar memaklumkan bahawa perekodan seperti dalam PAJSK tidak

perlu dilaksanakan setakat ini.

Tindakan : Makluman

5.4 E-Housekeeping

Guru Besar memaklumkan terdapat satu sistem iaitu e-housekeeping untuk

murid ponteng. Sekolah-sekolah yang tidak menghantar data akan menjadi

merah.

Tindakan : Makluman

5.5 Fotostat

Guru Besar memaklumkan bahawa bahan-bahan mengajar yang hendak

difotostat hendaklah dihantar ke pejabat 2 hari sebelum ia hendak digunakan

kerana En Masrizuan turut mempunyai tugas lain yang hendak diselesaikan.

Tindakan : Makluman

5.6 Program-program Sekolah

Guru besar memaklumkan program-program sekolah seperti berikut :

5.6.1 Mesyuarat Jawatankuasa Teater (11 Mac 2014)

5.6.2 Ujian Formatif 1 (10-14 Mac 2014)

5.6.3 Pengelola pesta pantun (19 Mei 2014)

5.6.4 Tuan Rumah Ragbi bawah 12 (19-22 Mei 2014)

Tindakan : Makluman

5.7 Urusan Pemangkuan Pegawai DG 44

Guru Besar memaklumkan bahawa tawaran bagi urusan pemangkuan

pegawai DG 44 terbuka untuk guru-guru DG 41 yang “posting” pada tahun

2008 dan sebelumnya. Permohonan adalah secara atas talian.

Tindakan : Makluman

5.8 Perhimpunan Ko-kurikulum

Puan Mazwin memaklumkan pada 17 Mac 2014 akan diadakan perhimpunan

Ko-kurikulum yang akan dikendalikan oleh Pengakap. Beliau turut

memaklumkan bahawa beliau akan mengeluarkan surat makluman kepada

ibubapa supaya murid-murid tahap dua memakai uniform masing-masing

pada hari tersebut. Beliau turut memaklumkan sesi analisis kesihatan akan

diadakan pada 12 Mac 2014 mulai 10 pagi. Bayaran adalah sebnayak RM 30.

Tindakan : Pn Hjh Che Mazwin

5.9 Penghargaan

En Wan Mohd Ridhwan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana

menjayakan kursus kepimpinan murid di Kem Wirajaya baru-baru ini.

Page 6: Minit mesy guru

Tindakan : Makluman

6 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 pm. Mesyuarat seterusnya akan diadakan

pada bulan April.

Disediakan oleh :

………………………..

(KAMILIA BT KASIM)

Setiausaha Mesyuarat Guru

SK Wangsa Melawati

Tarikh : 11 Mac 2014